• Tidak ada hasil yang ditemukan

LEE KUAN YEW DAN PENERAPAN NILAI ASIA: USAHA KE ARAH MENGANGKAT MARTABAT BAHASA MANDARIN

Dalam dokumen Survivor Bahasa Mandarin Di Singapura Pe (Halaman 38-40)

Dalam konteks pelaksanaan dwibahasa, usaha LKY menutup semua sekolah beraliran dilihat sesuatu yang bersifat berani dan tidak bertolak ansur. Usaha untuk membangunkan warga Singapura dilihat dalam masa yang sama “membunuh” legasi dan ketamadunan masyarakat asal, khususnya masyarakat China dan India seberang. Seperti kata Zainudin Maidin (2012, hal 13) “Air mata mengalir di kalangan masyarakat

India apabila sekolah Tamil ditutup di Singapura pada tahun 1982 terutama sekali di kalangan penjual- penjual akhbar Tamil yang penutupan sekolah itu bererti berakhirnya riwayat akhbar bahasa Tamil di Singapura”.

Tidak ramai yang mengaitkan LKY yang sebenarnya merupakan pejuang nilai-nilai Asia.15

14

Kemudiannya dikenali sebagai Language Proficiency Centre

Menutup sekolah pelbagai aliran (termasuk sekolah Cina) tidak bermakna LKY mengagungkan nilai-nilai Barat dan menjadikan Singapura acuan kejayaan dan pembangunan model Barat di Asia Tenggara. LKY rasional mempercayai Singapura sangat fragile dan hanya boleh bertahan dengan melaksanakan sesuatu yang pragmatik, dinamik dan berinovasi. Dalam hal ini LKY percaya nilai-nilai Asia yang baik merupakan rahsia kejayaan masyarakat Asia amnya dan masyarakat Singapura khususnya. Beliau mempercayai bahawa falsafah Konfusian tebal mempengaruhi cara hidup dalam kalangan masyarakat

15 Selain LKY, Tun Mahathir juga turut dikenali secara bersama sebagai pejuang tegar nilai Asia bagi melawan kebanyakan nilai

Barat yang negatif termasuk yang dinamai sebagai demokrasi liberal. Presiden Suharto walaupun tidak memperkatakan nilai-nilai Asia tetapi merupakan seorang pemimpin yang menggunakan nilai Jawa sebagai satu cara pengurusan diri, keluarga dan negaranya.

39 kaum Cina. Malah kejayaan Singapura khususnya dan negara-negara Asia lainnya amnya adalah kerana penerapan nilai-nilai Asia.16

Falsafah Konfusian mengajarkan kepentingan semangat kekeluargaan, hidup bermasyarakat, ketaatan kepada pemerintah, etika kerja yang tinggi, penekanan ibu bapa kepada pelajaran anak-anak dan banyak lagi. Ini diterapkan sejak awal di bangku persekolahan khususnya sekolah aliran Cina.

“... I have long felt that Chinese schools possess certain intrinsic qualities that are worth preserving. I started feeling this when I encountered Chinese schools students in my youth; I became certain in my adulthood, which was I sent all my children to Chinese primary and secondary schools. When I steered the Singapore education system towards one with English as the main language of instruction, I was keenly aware that doing so would result in the lost of those qualities unless proactive steps were taken to ensure their survival.”

(Lee Kuan Yew, 2012; hal 115)

Dalam hal ini, LKY bukanlah pemusnah legasi bangsanya sendiri. Sekolah SAP (Special Assistance Plan

School) berjaya “meletakkan” dengan kukuh penggunaan bahasa Inggeris dalam kalangan pelajar Cina (putting the “English” into Chinese schools.) Dalam masa yang sama Bahasa Mandarin terus bermandiri

dalam aliran perdana sebagai kesan penerapan nilai dan budaya baik aliran sekolah cina. SAP berjaya menjadi antara sekolah menengah terbaik selain Raffles Institution dan Raffles Girls’ School. Sehingga tahun 2012 terdapat 11 buah sekolah SAP.

Elemen utama yang diterapkan di sekolah SAP ini ialah sejarah asal usul bangsa bagi memastikan generasi muda tidak mudah lupa diri. Elemen yang dianggap tidak popular pada sesetengah sistem pendidikan ini telah menjadi teras kepada sekolah SAP dan menyumbang ke arah pembangunan patriotisme dan pembangunan bangsa Singapura. Alasan LKY dalam perkara ini ialah;

“So I started SAP schools in order to impart knowledge of Chinese history and philosophy in successive generations of young Chinese Singaporeans. A person who gets deculturalised – as I nearly was – loses self-confidence. For optimum performance, a man must know himself even as he knows the world. He must know where he stands within the cosmos. I may speak the English language better than I speak the Chinese language because I learned English early in life, but my values, precept and outlook are Eastern, not Western.”

(Lee Kuan Yew, 2012; hal 116)

Jelasnya, refleksi di sini bahawa seseorang pemimpin yang hebat seharusnya mampu memikirkan dan mengemukakan nilai-nilai, norma-norma dan aspirasi yang boleh mengekalkan serta merubah golongan yang dipimpinnya (Mohd Ali, 1998: hal 29). Seorang pemimpin yang pragmatik mampu memanipulasi “nilai-nilai baik” sedia ada dalam masyarakatnya. Sesuatu bangsa dengan pemupukan nilai kukuh akan kekal bermandiri dan secara langsung memandirikan bahasanya (bahasa Mandarin). Kebijakan pemimpin seharusnya mampu mengangkat martabat bangsa dan bahasanya dengan cara yang lebih holistik.

16

Nilai Asia merujuk nilai semua orang Asia tanpa mengira budaya, etnik, geografi, sejarah dan perbezaan agama tetapi berkongsi beberapa falsafah kehidupan yang sama. Asia adalah kumpulan yang menekankan elemen spritual dan kurang materialistik berbanding Barat. Dalam hubungan sesama manusia, terdapat kecenderungan mendalam untuk menilai moral seseorang berbanding status dan kuasanya. Nilai Asia menekankan sifat tolak ansur, tidak ganas, tidak militan, tidak agresif dalam konteks hubungan sesama manusia. Orang Asia juga selalu digambarkan sebagai sangat mencintai keamanan sesama manusia dan sanggup menyelesaikan konflik secara persetujuan bersama daripada berperang atau mengambil tindakan undang- undang (Seah & Ho, 1977: hal 11).

40

BAHASA

MANDARIN

-

DARI SEKOLAH, UNIVERSITI AKHIRNYA KE

MASYARAKAT

Antara syarat utama dasar dwibahasa di Singapura ialah bahawa sesuatu bahasa itu sendiri hendaklah mampu menjadi penentu kesinambungan survival masyarakat Singapura masa akan datang. Oleh yang demikian, LKY menolak bahasa dialek. Membuat keputusan untuk memilih bahasa Mandarin (nothern Chinese) dan menghapuskan bahasa dialek pelbagai (southern Chinese) yang dituturkan oleh kaum Cina di Asia Tenggara tidak ubah seperti telah menghapuskan akar budi bangsanya sendiri. Alasan rasional beliau ialah:

“Mandarin is now the dominant language used by 1.3 billion people. It is rich, vibrant language with structure and history, and most importantly, a future. It is on of the five official languages used it the United Nations and the only Asian language”.

(Lee Kuan Yew, 2012; hal 148)

Antara langkah awal beliau adalah mengalih suara (dubbing) semua rancangan popular dari Hong Kong (Kantonis) kepada bahasa Mandarin sebelum disiarkan oleh Singapore Broadcasting Corporation.17 LKY jelas melihat pengaruh media massa khususnya televisyen dan radio pada masa itu sebagai agen perubahan paling dominan dan drastik. Kempen berbahasa Mandarin telah dilakukan pada 7 September 1979 di Singapore Conference Hall yang antara lain bermatlamat supaya pelajar sekolah dan siswazah mampu berbahasa Mandarin dengan baik 5 tahun kemudiannya dan memastikan bahasa Inggeris dan Mandarin dituturkan secara majmuk di kedai-kedai kopi, gerai makanan, pawagam dan di tempat-tempat awam.

“As an immediate measure, I decided that all government department, hospital and clinics should require their frontliner counter staff to speak Mandarin.”

“Beyond the public sector, we also required all ethnic Chinese taxi drivers to pass an oral Mandarin test before their licence could be renewed”.

(Lee Kuan Yew, 2012; hal 153)

Hingga kini Singapura melalui syarikat media komersialnya Media Corporation of Singapore Pte Ltd (MediaCorp) kompetitif dalam menerbitklan dan mengeluarkan filem Mandarin untuk pasaran Singapura dan Asia Tenggara. Malah berdasarkan pemerhatian penulis, produknya dibeli oleh Media Prima Berhad dan Astro Malaysia dengan sasaran tontotan masyarakat Malaysia.

IKTIBAR KEMANDIRIAN BAHASA MANDARIN DALAM DASAR DWIBAHASA -

Dalam dokumen Survivor Bahasa Mandarin Di Singapura Pe (Halaman 38-40)