• Tidak ada hasil yang ditemukan

Malaysia: Negara dan bangsa atau Negara tanpa bangsa? Pembentukan Negara Bangsa Pembentukan sebuah negara bangsa merupakan satu tuntutan, apatah lagi pada sebuah negara sepert

Dalam dokumen Survivor Bahasa Mandarin Di Singapura Pe (Halaman 57-59)

Malaysia yang para penduduknya terdiri daripada pelbagai etnik dan mempunyai latar belakang sejarah yang berbeza-beza. Apabila negara bangsa terbentuk, akan lahirlah sebuah masyarakat yang bersatu padu dan harmoni yang menstabilkan negara baik dari aspek sosial, politik mahupun ekonomi. Usaha untuk membentuk sebuah negara bangsa menuntut jangka masa yang panjang dan bukanlah sesuatu yang mudah. Ini kerana negara bangsa sebagaimana kata Kellas (1991: 2) ialah sekumpulan manusia yang merasai mereka sebagai satu komuniti setelah mereka boleh menerima pakai perbezaan sejarah, kebudayaan dan warisan dan asal usul mereka yang mereka lalui (Mansor Mohamad Nor dan Shamsul Amri; Monograf Hubungan Etnik ;2009)

Konsep negara bangsa dan usaha pembentukan negara bangsa bagi sesebuah negara mengikut Birch (1989) dalam bukunya Nationalism and National integration, tidak dapat dipisahkan daripada semangat nasionalisme dan perpaduan nasional. Perpaduan nasional yang digandingkan dengan dasar-dasar pemerintah merupakan proses pembinaan negara bangsa. Ini kerana perpaduan nasional yang dibentuk atas kehendak kerajaan adalah bertujuan untuk mengubah sikap rakyat supaya menumpahkan taat setia mereka kepada kerajaan. Bagi mencapai hasrat ini kerajaan menubuhkan institusi yang bersifat nasional dan mengeksploitasikan taktik sosialisasi politik serta berusaha untuk mengnyahkan ketidaksetiaan rakyat yang bersifat parochial kedaerahan dan kesukuan, keetnikan dengan menanamkan perasaan yang bersifat kebangsaan (Birch, 1987;37). Rakyat yang tidak sanggup menjadi warga negara bagi sesebuah negara adalah mempunyai semangat nasionalisme yang tinggi dan sanggup mati demi negara mereka (Kellas,1991).

Anderson (1991) dalam bukunya Imagined Communities; Reflections of the Origin and Spread of

Nationalism juga telah berhujah tentang nasionalisme dan pembinaan negara bangsa. Beliau

mengungkapkan pembinaan negara bangsa adalah sebagai komuniti idaman. Bagi beliau komuniti idaman ialah satu konsep masyarakat dalam sesebuah negara berada dalam keadaan sedar yang mereka hidup dalam sebuah masyarakat besar adalah ekoran daripada peranan media massa, sistem pendidikan, dan undang-undang pemerintah (Andersons,1991;32-34). Mereka tidak mungkin bertemu dengan masyarakat lain, tetapi dengan adanya media massa menjadi saluran yang menyatukan pelbagai masyarakat yang berbeza. Fenomena ini timbul dikalangan masyarakat yang mengalami industrialisasi dan modenisasi dan bagi Andersons antara media massa yang beliau bincangkan, akhbarlah yang merupakan wahana yang memberikan impak besar terhadap pembinaan negara bangsa (Ahmat, 2003;135-183).

Pembentukan negara bangsa merupakan satu agenda yang penting di negara dunia ketiga selepas Perang Dunia Kedua dan senario tersebut turut melanda Asia Tenggara yang dibelenggu dengan pelbagai permasalahan yang diwarisi dari era kolonialisasi Barat. Persoalan-persoalan yang berkaitan dengan identiti serta polisi negara, dasar serta struktur pentadbiran serta sistem ekonomi dan pertahanan sering merencatkan usaha negara-negara berkenaan dalam usaha membina satu identiti serta jata diri yang merdeka. Ia dibebankan lagi dengan kewujudan masyarakat pluralisasi yang mempunyai identiti, budaya, agama serta kepentingan yang berbeza. Lantaran itu proses pembentukan negara bangsa dilihat sebagai satu proses yang berterusan dan ia merupakan usaha dalam mencari satu titik pertemuan dalam kalangan penduduk yang pelbagai etnik bagi menjamin kestabilan serta masa hadapan negara yang dimiliki bersama. Menurut Smith (2000), pembentukan negara bangsa meliputi dua elemen yang penting iaitu

58 pembentukan negara dan pembentukan bangsa. Dalam usaha membentuk sebuah negara bangsa, aspek- aspek seperti struktur politik, sistem politik, sistem ekonomi, soal-soal pentadbiran, penetapan sempadan serta kawasan di bawah lingkungan kuasanya, pertahanan serta keselamatan dalan negara perlu diberi keutamaan(Mansor Mohamad Nor dan Shamsul Amri; Monograf Hubungan Etnik ;2009).

Manakala dalam proses membina bangsa, satu titik persamaan perlu dicari dalam aspek kerakyatan, budaya kebangsaan, bahasa dan pendidikan perlu diusahakan agar negara bangsa yang dibina itu memenuhi aspirasi serta kehendak semua rakyatnyaBangsa pula di-taknfkan sebagai kumpulan manusia yang menetap di satu wilayah, mempunyai tamadun yang dapat dilihat dari segi budayanya seperti bahasa, adat resam, kesenian dan agama serta sistern politiknya yang tersendiri. Kerajaan pada masa ini merujuk kepada tiga badan yang terlibat dalam pemerintahan sesebuah negara demokrasi, iaitu badan perundangan, badan pelaksana, dan badan kehakiman. Bidang kuasa ketiga-tiga badan tersebut dinya- takan dalam perlembagaan negara kita. Pada zaman tradisi, konsep kerajaan di negara kita berbeza dengan konsep yang digunakan sekarang. Pada zaman itu, kerajaan itulah raja danraja itulah kerajaan. Perlembagaan ditakrif sebagai kumpulan peraturan atau undang-undang utama sama ada bertulis atau tidak bertulis yang menentukan organisasi kerajaan, pembahagian kuasa antara badan-badan pemerintah dan prinsip umum yang menentukan bagaimana kuasa-kuasa tersebut dilaksanakan.

Oleh itu, perlembagaan merupakan peraturan yang menentukan bagai-mana sesebuah negara itu ditadbir. Di negara kita, perlembagaan merupakan undang-undang tertinggi yang menjadi rujukan bagi pemerintahan negara. Undang-undang tertinggi inilah seterusnya yang menjadi sumber bagi menggubal undang-undang lain yang ada di negara kita dan semangat itu diterjemahkan dalam pinsip Rukun Negara Malaysia dahulu, kini dan pasti selamanya. Malaysia adalah sebuah negara yang mempunyai penduduk yang terdiri daripada pelbagai kaum. Usaha untuk menyatupadukan kaum melalui proses pembinaan bangsa perlu dilaksanakan. Proses tersebut bertujuan menyedarkan warganegaranya tentang harga diri sebagai bangsa yang merdeka dan berdaulat serta mampu membangunkan sebuah negara yang maju. Oleh itu. pembinaan bangsa merupakan usaha bersama seluruh rakyat bagi meletakkan bangsa dan negaranya setaraf dengan bangsa dan negara lain yang maju di dunia. Dalam proses pembinaan bangsa dan negara Malaysia, terdapat empat konsep yang perlu difahami terlebih dahulu. Konsep tersebut ialah negara, bangsa, kerajaan dan perlembagaan. Negara kita dikenali sebagai Persekutuan Malaysia yang terdiri daripada Persekutuan Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak. Negeri-negeri ini merupakan sebahagian daripada Gugusan Kepulauan Melayu (Mansor Mohamad Nor dan Shamsul Amri; Monograf Hubungan Etnik ;2009).

Dalam dimensi yang berbeza, terdapat tiga bentuk pembinaan negara bangsa di dunia ini. Pertamanya negara bangsa klasik tua, keduanya negara bangsa pelbagai budaya dan ketiganya negara bangsa payung anak watan. Kunci dalam mengurus pembentukan negara bangsa ialah penentuan kedudukan indigenity atau anak watan sebagai alat mengikat ahli-ahli penduduk di negara itu yang mesti diterima dan diperakui (Mansor Mohamad Nor dan Shamsul Amri; Monograf Hubungan Etnik ;2009).

Dua aspek yang sering diberi perhatian, iaitu satu, pembangunan negara, dan kedua, pembinaan negara bangsa. Ada tiga bentuk pembinaan negara bangsa di dunia ini. Pertama adalah negara bangsa klasik tua, kedua adalah negara bangsa pelbagai budaya dan ketiga adalah negara bangsa payung anak watan. Kunci dalam mengurus pembentukan negara bangsa adalah penentuan kedudukan indigenity atau anak watan sebagai alat mengikat ahli-ahli penduduk di negara itu yang mesti diterima dan diperakui yangmana salah satunya adalah elemen bahasa.(Mansor Mohamad Nor dan Shamsul Amri; Monograf Hubungan Etnik ;2009).

Di negara yang pembinaan negara bangsanya bersifat klasik tua, rakyatnya terdiri dari penduduk asal yang memiliki ciri satu suku bangsa, satu bahasa, satu budaya dan satu agama. Identiti setiap rakyatnya adalah sama dengan negara bangsanya. Tidak ada lapisan identiti lain di antara individu dengan identiti

59 negaranya. Namun begitu, negara bangsa klasik tua ini juga tidak bebas daripada dilanda perubahan. Ada beberapa negara bangsa klasik ini yang masih bertahan tetapi ada setelah penghijrahan dan globalisasi berlaku telah membuka pembinaan negara bangsa mereka kepada “suku kaum lain” tetapi perubahan itu masih lagi dalam dimensi asasnya dengan mengutamakan identiti diri berdasar pada satu bahasa, satu budaya, satu agama dan satu suku bangsa. Di Jerman yang mendapat kerakyataan ialah orang Jerman sahaja. Orang Turki yang telah berhijrah ke sana sebelum Peperangan Dunia Pertama masih lagi dianggap sebagai pekerja tetamu. Tetapi di Perancis pula, anak-anak jajahan yang menguasai bahasa Perancis di perakui sebagai seorang Perancis walaupun kulit mereka hitam (Mansor Mohamad Nor dan Shamsul Amri; Monograf Hubungan Etnik ;2009).

Pembinaan negara bangsa pelbagai budaya terbentuk apabila kelompok manusia berhijrah ke satu kawasan baru dan membina komuniti mereka hingga menguasai tanah, sektor ekonomi, sistem pentadbiran dan politik negara itu. Hal ini boleh berlaku kerana kawasan yang dibangunkan itu tidak mempunyai penduduk yang besar dan masyarakat watan setempat tidak menguasai tanah, sistem pentadbiran dan politik yang kuat dan berpusat. Malahan dengan kedatangan komuniti hijrah baru ini ke kawasan mereka, jumlah mereka yang kecil dan pemilikan teknologi perang yang terbatas telah menyebabkan mereka kalah dalam persaingan dan terpaksa berpindah ke pinggir tanah air mereka sendiri, diletakan di tanah-tanah rezab dan sering kali juga berlaku mereka ini diburu dan dibunuh sahaja. Dalam pembinaan negara bangsa seperti ini, kumpulan hijrah yang menguasai tanah, ekonomi, pentadbiran dan politik negara pelbagai budaya akan membina etos bangsa berdasar liberti, hak asasi, keadilan, kesamarataan dan berbagai nilai universal lain (Mansor Mohamad Nor dan Shamsul Amri; Monograf Hubungan Etnik ;2009). Tetapi jika diteliti nilai universal yang dilaungkan itu oleh negara bangsa pelbagai budaya ini, ia didapati terikat dengan kumpulan hijrah yang paling dominan dalam kalangan beberapa kumpulan yang berhijrah ke kawasan itu. Kumpulan hijrah yang dominan ini akan menentukan bahasa, budaya, agama dan suku-kaum yang boleh mencorakkan setiap aspek masyarakat setempat itu.

Dalam dokumen Survivor Bahasa Mandarin Di Singapura Pe (Halaman 57-59)