• Tidak ada hasil yang ditemukan

Peristiwa di belakang tabir

Dalam dokumen Survivor Bahasa Mandarin Di Singapura Pe (Halaman 84-88)

Perbincangan ini dimulai dengan kutipan beberapa peristiwa di belakang tabir yang melibatkan ‘kekongo- an’ (bahasa Kelantan bererti kedayusan) orang/bangsa Melayu dalam menangani penghinaan terhadap maruah, bangsa, bahasa dan hak mutlaknya di negara ini. Kutipan-kutipan peristiwa ini tidak kena- mengena dengan masalah perkauman. Akan tetapi kalau kaum-kaum lain boleh dan bebas memerkatakan hak kaum mereka di negara ini, kenapa orang/bangsa Melayu tidak boleh?

Mula-mula kutipan tulisan Dato’ Dr. Anwar Ridhwan, Sasterawan Negara ke-10, di ruangan khasnya di

Berita Harian, Isnin, 10 September, 2012 yang bertajuk; Penangan luka bangsa dan bahasa. Dalam

tulisannya ini, Dato’ Anwar Ridhwan memetik sebuah sajak yang termuat dalam buku Kamaruddin M. Said, berjudul 500 tahun Melayu menghadapi cabaran (Shah Alam: Kris Publication, 2004) di halaman 246, berjudul Kingdom of Purplaya yang ditulis oleh Cecil Rajendra. Sajak ini pada asalnya disiarkan dalam majalah Aliran. (Bil. 2001:21 (1) dan diterjemahkan seperti berikut:

Negara Purplaya Kerajaan Purplaya

Berada di satu tempat di Asia Di utara Khatulistiwa

Rakyatnya berasal usul pelbagai Ada Indonesia, ada Cina

Ada India, ada Portugis

Kesemua rakyat Puprlaya adalah imigrin Dari negeri-negeri jiran

Hanya segelintir yang benar-benar peribumi Mereka hidup di bukit-bukau

Sebagai pemburu dan pengumpul

Tidak pernah menjadi tuan rumah-hanya penyewa Peribumi ini warga asal tanah airnya Telah dipinggirkan

Oleh si perampas yang mencuri miliknya Mereka mengaku mereka peribumi

Rakyat Purplaya yang diistemakan Tuhan Orang lain dianggap asing

Untuk menjamin keistimewaan terpelihara Si sawo matang yang bermuka-muka ini (dengan bantuan tuan penjajah mereka) Menggubal sebuah perlembagaan Yang menetapkan Raja dan Presiden Daripada keturunan mereka saja Mereka amalkan sistem kuota

85

Di sekolah, maktab dan unversiti

Melantik anggota polis dan tentera Dengan pegawai pilihan mereka

Untuk melindungi poket dan kekayaan mereka Adakan undang-undang yang membolehkan

Siapa yang bertanya tentang kuasa dan kedudukan mereka Didakwa atas tuduhan mengkhianati Negara

Orang sawo matang yang hampir kelemasan ini Kini membolot segala lessen tanpa had

Kerana hanya mereka sahajalah yang bebas Untuk mecerca musuh mereka dalam akhbar Membakar patung musuh di persimpangan jalan Sedangkan rakyat lainnya

Disiksa dan dipenjarakan Jika mereka mengkritik kerajaan Atau mengadakan tunjuk perasaan Namun, pemerintah kuku besi apartied ini Satu-satunya yang masih wujud di dunia Adalah pengamal institusi perkauman

Mereka bermuka-muka dengan luar biasa Sambil mendabik dada

Mengamalkan demokrasi

Sebagaimana Dato’ Anwar Ridhwan, puisi ini sudah terbit selama 11 tahun. Dan terjemahannya dalam Bahasa Melayu sudah berusia 8 tahun lebih! Oleh kerana saya tidak ada majalah Aliran dan tidak beli buku Kamaruddin M.Said, 500 Tahun Melayu Menghadapi Cabaran, jadi saya tidak tahu tentang puisi ini.

Apa yang jelas, sajak ini merupakan satu propaganda pihak yang menafikan hak bangsa Melayu, bahasa Melayu dan ketuanan Melayu sebagai pemilik asal di negara ini. Kenapa mesti ditakwilkan lagi akan hakikat ini sedangkan segala-galanya telah termaktub dalam sejarah. Sejarah telah mencatat nama asal negara ini ialah Persekutuan Tanah Melayu dan terletak dalam wilayah yang bernama Kepulauan Melayu (Malay Archipelago) dan menggunakan bahasa Melayu! Ia bukan negara asal yang bernama Persekutuan Tanah Macinda (Melayu-Cina-India), menggunakan bahasa Macinda dan berketuanan Macinda. Ini adalah kerana kaum-kaum bukan Melayu yang ada di negara ini telah tercatat dalam sejarah bukan penduduk asal negara ini. Mereka adalah pendatang sebagaimana kata Morgan:

“The ordinary Chinese immigrant was penniless collies who landed with no more than a thin coat and a pair of blue trousers. He was driven forth from his overcrowded village by poverty, and he came intending to go back as soon as he could.”

(The History of Malaya, Singapura: 1956, hal.68)

Kata David Joel Steinberg (editor) dan kumpulannya:

“In the Federated Malay State (FMS) in the lead, took place large-scale development of European and Chinese entrepreneurial and extractive economis activity, with a starting increase in alien immigration. In the FMS, population rose from 218,000 in 1891 (at the time of the first full census) to 1.7 million in 1931. Already by 1891, as a result of accelerating Chinese (and to a lesser extent Indian) immigrating during the previous two decades.”

(In Search of South-East Asia A Modern History, Kuala Lumpur: Oxford Asia

86 Kata Dato’ Hasan Ahmad bekas Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka:

“Selama lebih 700 tahun bangsa Melayu-Islam sudah mempunyai negeri dan kerajaan. Bermula daripada kerajaan Melayu Samudera-Pasai di Utara Sumatera, hinggalah kerajaan Melayu Melaka yang diperangi Portugis pada tahun 1511. Kerajaan Melayu Melaka bersambung pula di Johor atau digantikan dengan kerajaan Melayu Johor-Riau yang meliputi Singapura sebagai jajahan takluknya.

Bahasa Melayu dan agama Islam menjadi bahasa dan agama rasmi kerajaan Melayu sejak lebih 700 tahun lamanya. Sejak abad ke-15, Bahasa Melayu sudah jadi bahasa lingua-franca kerajaan, persuratan dan ilmu, bahasa agama, bahasa perdagangan serta bahasa politik dan diplomasi di seluruh rantau ini. Bahasa Melayu bukan bahasa yang kecil dan bukan bahasa yang baru berkembang selepas kemerdekaan 1957. Selain dari itu Persekutuan Tanah Melayu yang merdeka pada tahun 1957, bukan Negara baharu seperti yang dikategorikan oleh pemikir barat. Negara ini yang sudah lama wujud di dunia ini – Negara yang terdiri daripada negeri-negeri Melayu.

Tanah Melayu ini pusaka peninggalan nenek-moyang bangsa Melayu: Inilah hatra bangsa Melayu yang tidak boleh dijual atau diserahkan melalui apa-apa cara kepada orang-orang asing.”

(Dewan Masyarakat, Ogos, 2007, hal. 22-23.)

Dalam peristiwa ke-2, pada 8 Januari, 2011, saya diundang sebagai salah-seorang ahli panel membicarakan novel Interlok di Rumah Pena, Kuala Lumpur. Namun, tanpa disedari oleh sesiapa, tepat pada waktu yang sama, novel Interlok telah dihina dengan aksi yang cukup keji oleh sekumpulan jahiliah sastera di hadapan Dewan Sentosa, Majlis Perbandaran Kelang oleh kira-kira 100 orang jahiliah sastera yang menamakan diri mereka sebagai ahli Dewan Himpunan Penyokong Pas. Dalam peristiwa tersebut, novel Interlok bersam-sama gambar pengarangnya Sasterawan Negara Dato’ Abdullah Hussain telah digantung kasut, ditumbuk, ditampar dan diludah seterusnya dibakar. Abunya dilenyek dengan kaki. Sedangkan dalam novel berkenaan turut terdapat beberapa Kalimah Allah. Dan kerana terpaksa mengalah kepada tuntutan jahiliah sastera ini, novel Interlok pun ditarik balik sebagai buku teks Tingkatan Lima Zon Tengah (WilayahPersekutuan, Selangaor dan Negeri Sembilan) oleh Kementerian Pelajaran tanpa mengambil kira ratusan-ribu perbelanjaan telah dikeluarkan!

Peristiwa ke-3, dalam tahun 2008, seorang ahli Umno yang jadi Ketua Bahagian Bukit Bendera, dalam kempen pilihan raya kecil Permatang Pauh telah berkata bahawa orang Cina dan India adalah pendatang negara ini. Semua pertubuhan Cina dan India, MCA, Gerakan, MIC, DAP mendesak kerajaan ambil tindakan terhadap ahli Umno berkenaan. Kalau tidak MCA dan MIC, Gerakan akan keluar dari Barisan Nasional. Lalu ahli Umno itu telah dipecat serta-merta dari jawatan Ketua Bahagian Bukit Bendera dan digantung keahlian selama tiga tahun.

Akan tetapi apabila seorang Timbalan Menteri wanita Cina MCA dan seorang Ahli Parlimen wanita Cina DAP berkata semua penduduk di Negara ini adalah pendatang; Melayu datang dari Kepulauan Melayu, Cina datang dari negara China dan India datang dari India, tidak ada siapa yang bangkit melenting.

Peristiwa ke-4, apabila ada seorang pemuda Cina yang menghina Lagu Kebangsaan dengan istilah negaraku dan dan kata orang Melayu berasal dari hutan, jadi, orang Melayu mesti balik ke hutan, tidak ada sekeratpun orang Melayu yang melenting! Malah si biadab ini diberi keistimewaan mengarah filem Nasi Lemak 2.0 yang para pelakonnya kebanyakan terdiri daripada si Melayu yang buta mata hati dan perutnya.

87 Inilah sebahagian dari kepelbagaian peristiwa yang memperlihatkan ‘kekongo-an’ orang/bangsa Melayu berhadapan dengan penghinaan terhadap bangsa-bangsanya di negaranya ini. Berapa ramaikah orang Melayu yang berarak ke balai-balai polis untuk membuat laporan terhadap pihak yang menghina mereka dalam peristiwa-peristiwa tersebut? Renungilah. Kalau perkara seberat dan sebesar itupun orang Melayu tidak mempedulikannya, inikah pula tentang masalah bahasa?

Peristiwa-peristiwa di atas juga memperlihatkan ‘wajah/warna’ sebenar kaum-kaum lain di Negara ini terhadap Bahasa Melayu dan secara tidak langsung turut memperlihatkan rasa penghinaan mereka terhadap orang/bangsa Melayu sebagaimana istilah yang digunakan terhadap orang Melayu, ‘malai-kuai’, (Abdullah Hussain, Interlok, Kuala Lumpur, DBP, 1971, hal.300). Dengan sikap seperti ini, bagaimana Bahasa Melayu dapat dimertabatkan? Dapat ditanam dalam hati setiap orang yang mengakui dirinya menjadi rakyat/warganegara Negara ini? Kata Profesor Teo Kok Seong dalam rencananya yang bertajuk, ‘CinaPerlu Ubah Sikap Terhadap Bahasa Melayu’:

“Sikap terhadap bahasa selalunya juga adalah sikap terhadap kaum yang menuturkannya sebagai bahasa ethnic. Oleh itu tindak balas kaum Cina terhadap Bahasa Melayu sebetulnya ikut memperlihat pemikiran dan penilaian mereka terhadap kaum Melayu, iaitu penutur jati Bahasa Melayu.”(Berita Harian, 14 Nov.2012, ms.23).

Memang benar seperti yang dikatakan oleh Profesor Teo Kok Seong itu. Kaum bukan Melayu di Negara ini memang merasakan mereka tidak perlu mempelajari dan menguasai Bahasa Melayu. Ini adalah kerana bagi mereka, Bahasa Melayu tidak penting dan tidak berguna satu apa. Tanpa penguasaan Bahasa Melayu mereka hidup dalam kemewahan di rumah-rumah banglo, memilik kereta Mercedes, Lamborghini dan kumpul harta berbukit-bukit. Makan angin ke serata dunia! Jadi untuk apa perlu menguasai Bahasa Melayu! Mereka bukan hidup merempat dalam hutan, tidur atas tanah, makan rumput dan minum air dalam kubang kalau tidak menguasai Bahasa Melayu.

Inilah hakikatnya kenapa setelah 55 tahun dimertabatkan sebagai Bahasa rasmi negara, Bahasa Melayu masih lagi diperkatakan tentang pemertabatannya. Malah kelihatannya Bahasa Melayu makin bercelaru dan makin dipinggirkan! Semenjak dahulu-kala hingga ke waktu ini, Bahasa Melayumasih tetap bersaing sisi-bersisi dengan bahasa-bahasa lain, Inggeris, Cina dan Tamil di Negara ini. Lihatlah nama-nama bangunan dan kedai di seluruh negara, lihat papan-papan iklan, malah perhatikan juga sekecil-kecil kertas keterangan dalam kotak-kotak ubat, berapa bahasakah yang digunakan? Cuba perhatikan sebahagian nama-nama bangunan dan tempat ini:

Putra World Trade Centre = PWTC

Kuala Lumpur International Airport = KLIA

Kuala Lumpur City Centre = KLCC

KL Tower, Mid Valley, Salak South, Up Town, KB Mall, Mega Mall, Times Square, Queensbay, Prangin Mall, Brickfield, Sunway, Geoparks dan berates ribu nama tempat dan bangunan lagi di seluruh negara. Ini tidak termasuk perkataan dalam Bahasa Melayu yang dieja mengikut sebutan kaum-kaum tertentu sebagai contoh; Batu Feringgi jadi Batu Feringhi, Jalan Burma jadi Jalan Burmah, Tanjung Bunga jadi Tanjung Bungah, Sungai Pinang jadi Sungei Pinang.

Perhatikan juga ejaan nama-nama tempat ini: Bagan Datoh, Pelabuhan Klang, Kluang, Dato’ Kramat. Sejauh ini hanya nama Alor Setar sahaja yang sudah diperbetulkan. Mudah dua buah negeri di Negara ini turut bertukar ejaannya kalau ditulis dalam Bahasa Inggeris iaitu Pulau Pinang jadi ‘Penang’, Melaka jadi ‘Malacca’! Sampai bila nama-nama ini dan nama-nama tempat yang lain hendak diperbetulkan?

Kita sudah ketiadaan para pejuang bangsa dan bahasa yang sejati. Aminuddin Baki sudah tidak ada. Dato’ Hassan Ahmad sudah tidak ada! Dahulu, apabila diwartakan perlembagaan yang menyisihkan Bahasa

88 Melayu, para pejuang Bahasa Melayu yang terdiri dari para penulis, para pemimpin dan cendikiawan Melayu,terus berkumpul dan berarak membelanya dengan mengusung Keranda 152! Hari ini orang Melayu bukan sahaja tidak pedulikan nasib Bahasa Melayu, malah mereka juga tidak mahu ambil peduli tentang nasib bangsa Melayu dan nasib Tanah Melayunya! Segala cogankata tentang bahasa yang sering dilaung-laungkan dahulu;

Bahasa jiwa bangsa

Bahasa menunjukkan bangsa Lenyap bahasa, lenyaplah bangsa.

sudah lenyap semuanya. Jadinya, walaupun sudah 55 tahun dimertabatkan sebagai Bahasa Kebangsaan Negara ini, namun, Bahasa Melayu makin tidak dihargaibukan sahajaoleh orang bukan Melayu, tetapi oleh si Melayu sendiri.

Kelihatannya nasib Bahasa Melayu di negara ini samalah dengan nasib orang/bangsa Melayu itu sendiri kerana berebut kuasa politik tanpa memikirkan kepentingan masa depan bangsa, negara dan agama yang dianutinya.

Bandingkan kemelut Bahasa Melayu yang terjadi di negara ini dengan negara Indonesia dan Thailand. Pernahkah kita dengar kedua-dua buah negara ini menggunakan proses asimilasi kepada para pendatang yang mahu menetap dan menjadi warga-warga mereka. Tidak seperti di negara ini yang tidak dikenakan sebarang syarat kepada orang mendatang yang mahu tinggal dan jadi rakyat di negara ini. Walaupun mereka tahu bahasa rasmi negara ini ialah Bahasa Melayu, akan tetapi mereka tidak pernah dihukum kalau mereka tidak tahu menggunakanya. Mereka juga tidak dikenakan sebarang tindakan kalau mereka menghinanya!

Pada tahun 2010, saya telah dijemput untuk turut serta menghadiri Persidangan Meja Bulat Pemartabatan Bahasa Melayu, yang diadakan di Hotel W.J. Marriot, Putrajaya yang dipengerusikan oleh Tan Sri Alimuddin. Saya telah memohon keizinan pihak urusetia untuk mengedarkan kertas ‘luahan perasan’ yang bertajuk Kecelaruan Bahasa Melayu: Kepada Siapa Hendak Mengadu.

Saya peturunkan kembali sebahagian kandungannya dalam perbincangan ini. Ini adalah kerana sehingga kini segala cadangan yang ditulis dalam kertas edaran itu masih tidak dipedulikan oleh mana-mana pihak yang berkenaan.

Dalam dokumen Survivor Bahasa Mandarin Di Singapura Pe (Halaman 84-88)