• Tidak ada hasil yang ditemukan

Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi Universiti Putra Malaysia

Dalam dokumen Survivor Bahasa Mandarin Di Singapura Pe (Halaman 94-96)

Pengenalan

Jika diteliti dari sudut sejarah, bahasa Melayu telah mencapai taraf dan kedudukan yang tinggi. Bahasa Melayu sejak lebih daripada satu alaf telah memiliki martabat sebagai bahasa besar. Sejak abad ke-7 Masihi, bahasa Melayu telah menjadi bahasa kerajaan, bahasa perdagangan, bahasa pengajian agama dan lingua franca bagi rantau kepulauan Melayu di bawah kerajaan Sriwijaya. Pada zaman kesultanan Melayu dari sekitar abad ke-13 hingga abad ke-19, bahasa Melayu mencapai puncak kegemilangan sebagai bahasa tamadun Melayu baharu, dengan menjadi bahasa pentadbiran, bahasa diplomasi, bahasa undang- undang, bahasa ilmu dan falsafah, bahasa perdagangan, bahasa ketatanegaraan dan bahasa sastera tinggi (Awang Sariyan,2006).

Mengimbau dari sudut sejarah pula, penyebaran Bahasa Melayu, bukan saja dituturkan di daerah pinggir laut tetapi juga digunakan di seluruh kepulauan Melayu dan di negeri-negeri Timur, sebagai suatu bahasa yang difahami di mana-mana saja oleh setiap orang, tidak ubah seperti bahasa Perancis atau Latin di Eropah atau bahasa lingua franca di Itali dan di Levant. Dalam konteks ini, bahasa Melayu telah digunakan di Kepulauan Melayu kira-kira abad ke-7 lagi. Pada waktu itu bahasa Melayu dianggap sebagai satu daripada 200 bahasa yang dituturkan di kepulauan tersebut. Penggunaan bahasa Melayu semakin meluas kerana bahasa tersebut mudah dituturkan berbanding dengan bahasa-bahasa lain yang ada pada waktu itu. Terdapat beberapa kerajaan Melayu yang wujud pada masa itu seperti Kalingga, Kendiri, Singahsari dan Majapahit yang merupakan kerajaan Hindu-Buddha yang menggunakan bahasa Sanskrit dan Tamil sebagai bahasa komunikatif. Namun, dalam kerajaan Sri Wijaya bahasa Melayu digunakan sebagai bahasa pentadbiran. Ciri-ciri keterbukaan yang terdapat dalam bahasa Melayu, merupakan antara faktor yang mendorong bahasa tersebut berkembang pesat dan diterima umum. Faktor ini juga menjadi pemangkin perluasan dan perkembangan bahasa Melayu pada waktu itu.

Penerimaan positif masyarakat terhadap bahasa Melayu pada waktu itu, telah menolak usaha untuk menggunakan bahasa Jawa sebagai bahasa perhubungan. Keadaan ini ditambah dengan ciri-ciri bahasa Jawa yang rumit serta menyukarkan penggunaannya. Jelasnya bahasa Melayu telah mula digunakan dan berkembang secara meluas sebagai bahasa perantaraan dan bahasa pentadbiran mulai kurun ke-7. Bahasa Melayu berkembang dan mencapai zaman kegemilangan pada abad ke-13 apabila Islam mula bertapak di Kepulauan Melayu. Bahasa tersebut telah digunakan sebagai bahasa perantaraan secara lisan dan tulisan. Dalam hubungan ini, peranan yang dimainkan oleh golongan pendakwah dalam menyebarkan Islam telah meningkatkan martabat bahasa Melayu pada tahap yang membanggakan. Bahasa Melayu telah mampu membicarakan persoalan yang lebih realistik dan ilmiah sifatnya. Selain itu peranan Melaka sebagai tempat pendakwah Islam dan pelabuhan yang terkenal di Barat dan di Timur menjadi nadi perkembangan bahasa Melayu untuk digunakan secara meluas. Kesan daripada itu, bahasa Melayu telah diterima dan digunakan oleh pelbagai peringkat dan bahasa Melayu dalam abad ke 16 dan 17 telah mencapai taraf bahasa antarabangsa terutama dengan kedudukannya sebagai bahasa diplomatik, lingua franca, bahasa perdagangan sedunia, bahasa penyebaran agama besar dunia dan bahasa sastera (Awang Sariyan;2006).

95 Sementara itu, jika ditinjau dari sudut keilmua pula Bahasa Melayu telah dipelajari di 129 buah pusat pengajian tinggi di luar negara, sama ada sebagai kursus bahasa Melayu atau pengajian Melayu. Antara institusi tersebut ialah Universiti Youngsan, Universiti Pengajian Asing Hankuk di Seoul, Universiti Woosong, dan Universiti Pengajian Asing Busan di Busan, di Korea Selatan. Di United Kingdom pula kursus bahasa Melayu ditawarkan di School of Oriental and African Studies ,University of London. Di Amerika Syarikat terdapat banyak institusi yang menawarkan kursus bahasa Melayu atau pengajian Melayu iaitu di Universiti Ohio, Universiti Yale, Universiti Cornell, Universiti Hawaii, Universiti California-Berkeley, Universiti Wisconsin, Universiti Michigan, Universiti Northern Illinois, dan Universiti Arizona. Di negara Rusia pula kursus ini ditawarkan di Universiti Negara Moscow Lomonosov, Universiti Negara St. Petersburg, Institut Perhubungan Antarabangsa, Institut Sains Kemanusiaan, Institut Timur Amali, dan Institut Ketimuran. Di benua Eropah, kursus in juga ditawarkan di Universiti Leiden, Belanda, dan Universiti La Rochelle, Peranchis. Ia juga dipelajari di beberapa universiti di Jerman, iaitu di Universiti Hamburg, Universiti Cologne, Universiti Bonn, Universiti Frankfurt Universiti Passau, Universiti Bochum, Universiti Kassel, dan Universiti Giesen. Di Australia kursus bahasa Melayu ditawarkan di Universiti Sydney, Universiti Melbourne, Universiti Kebangsaan Australia, Universiti La Trobe, Universiti Monash. Curtin University of Technology di Perth, Universiti Australia Selatan, Kampus Bendigo Universiti La Trobe, Universiti Griffith, Universiti James Cook, Universiti Deakin, Universiti Flinders, Universiti Queensland Selatan, Universiti Murdoch, Universiti Tasmania, Universiti Kolej Wilayah Utara, dan Sekolah Bahasa-bahasa Angkatan Udara Diraja. Sementara di New Zealand bahasa Melayu dipelajari di Universiti Victoria, Wellington, dan Universiti Auckland serta di Kolej Rongitoto. Di luar nusantara di benua Asia, bahasa Melayu di pelajari di Jepun, iaitu di Universiti Pengajian Asing Osaka, Universiti Pengajian Asing Tokyo, Universiti Tenri, Universiti Kyoto Sangyu,Universiti Setsunan, Universiti Kyoto, Universiti Takushoku, Universiti Nohon,Universiti Sophia, Universiti Ajia, Universiti Daitobunka, Universiti Senshu, Universiti Tokto, Universiti Tokyo Nogyo,Universiti Waseda, dan Universiti Pengajian Asing Kota Kobe. Di negara besar Republik Rakyat China, bahasa Melayu dipelajari di Universiti Beijing, Universiti Pengajian Asing Beijing, Universiti Komunikasi China, Beijing, Universiti Pengajian Asing Guangdong (di Guangzhou), dan di Universiti Bangsa-bangsa Guangxi, Nanning .

Dalam konteks pembelajaran bahasa Melayu di Universiti Putra Malaysia (UPM), ternyata bahasa Melayu turut diajarkan iaitu dengan menawarkan kursus Bahasa Melayu peringkat asas sebagai kursus yang wajib diikuti oleh semua pelajar antarabangsa.

Kursus Bahasa Melayu Asas I (Basic Malay Language I) BBM 1401 yang membawa nilai 3 kredit dirangka untuk membolehkan pelajar menunjukkan cara bertutur tentang aktiviti harian yang asas dengan sebutan dan intonasi yang betul (C3), memberikan tindak balas terhadap rangsangan lisan (P3), memberikan respons terhadap arahan asas secara bersopan sama ada dalam bentuk lisan atau tulisan (A2, EM),dan menyampaikan idea dengan jelas, berkesan, dan berkeyakinan secara lisan (CS). Kandungan kursus ini meliputi latihan menyebut bunyi bahasa Melayu, latihan membina ayat mudah secara lisan dan tulisan, latihan bertutur dan mendengar perbualan mudah, latihan membaca, dan menulis petikan mudah. Kursus Bahasa Melayu Asas II (Basic Malay Language II) BBM 1402 yang membawa nilai 3 kredit dirangka untuk membolehkan para pelajar menjelaskan hal peribadi dan sekitar menggunakan sebutan dan intonasi yang betul (C4), memberikan idea tentang sesuatu topik mudah dalam bentuk lisan atau tulisan (A2,CT), memberikan tindak balas terhadap rangsangan lisan (P3), dan berkomunikasi dengan peserta komunikasi yang mempunyai budaya berlainan (CS). Kandungan kursus ini meliputi peluasan kosa kata, latihan dalam empat kemahiran asas bahasa, pembacaan teks naratif atau teks paparan mudah, latihan pembentukan kata dan ayat berdasarkan pola linguistik dalam pelbagai situasi dan konteks, dan penulisan esei mudah.

96 Kursus Bahasa Melayu Asas III (Basic Malay Language III) BBM 1403 yang membawa nilai 3 kredit dirangka untuk membolehkan para pelajar membaca bahan bacaan kreatif dan ilmiah dengan betul, dan jelas, serta dapat mengitlak isi bahan yang dibaca (C3, EM) berkomunikasi tentang hal semasa dan akademik secara lisan dan tulisan dengan betul dan bersusila (A2, CS), menyampaikan idea melalui tulisan dengan baik dan jelas (P3). Kandungan kursus ini meliputi latihan penggunaan struktur linguistik untuk pelbagai tujuan, pembacaan bahan yang lebih kompleks, seperti surat khabar, dan majalah, serta menyampaikan gerak balas peribadi terhadap bahan melalui lisan dan tulisan.

Dalam dokumen Survivor Bahasa Mandarin Di Singapura Pe (Halaman 94-96)