• Tidak ada hasil yang ditemukan

CARA CARA MENGATASI TEKANAN

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "CARA CARA MENGATASI TEKANAN"

Copied!
4
0
0

Teks penuh

(1)

TEMA PENGURUSAN TEKANAN ATAU STRES

TUGASAN SOALAN CARA-CARA MENGATASI TEKANAN ATAU STRES ( ANDA / INDIVIDU)

ARAS CEMERLANG ( 80 – 85 )

Setiap manusia tidak terlepas daripada menghadapi tekanan dalam kehidupan. Hal ini bertepatan dengan maksud peribahasa, bumi mana yang tidak ditimpa hujan dan lautan mana yang tidak bergelora. Bagaimanapun, tekanan yang dihadapi itu berbeza-beza tahapnya. Tekanan yang dihadapi oleh golongan dewasa mungkin akibat memikirkan masalah keluarga, kewangan atau kerjaya, manakala bagi remaja pula tekanan yang dihadapi mungkin berkaitan dengan pelajaran, hubungan dengan rakan atau masalah yang berkaitan dengan keluarga. Bagi sesetengah orang, tekanan mungkin membawa kejayaan dan kebahagiaan dalam kehidupan, manakala yang lainnya pula menganggap tekanan sebagai sumber kesengsaraan dan penderitaan sehingga tekanan yang dihadapi itu membawa kepada pengakhiran kehidupan. Sebagai pelajar, saya juga tidak terlepas daripada menghadapi tekanan yang berpunca daripada pelbagai faktor terutamanya faktor pelajaran. Oleh hal yang demikian, sebelum nasi menjadi bubur, beberapa langkah telah saya ambil bagi menangani masalah tekanan.

(2)

Sesungguhnya saya amat meyakini bahawa cara kita berfikir amat mempengaruhi kesihatan diri, terutamanya kesihatan mental. Lantas, demi memastikan saya memiliki kesihatan yang baik tanpa menghadapi tekanan, saya sentiasa berfikiran positif apabila berhadapan dengan situasi yang kritikal dan sukar. Apabila menerima pujian, saya tidak akan berbangga dengan pujian tersebut, sebaliknya saya akan memikirkan sama ada pujian terebut diberikan secara ikhlas atau diberikan kepada saya kerana ada udang di sebalik batu. Berkemungkinan pujian itu diberikan secara bersahaja, atau jika tidak pun saya menerimanya sebagai satu penghargaan. Bagaimanapun, jika kritikan atau teguran pula yang diberikan, saya akan menerimanya dengan minda terbuka dan menganggapnya sebagai kritikan yang membina. Ibu sering mengingatkan saya bahawa kritikan yang diberikan oleh seseorang itu sebenarnya lebih ikhlas dan memiliki nilai kejujuran berbanding dengan pujian yang selalunya lebih bersifat palsu. Di sebalik kritikan yang diterima itu saya akan melakukan muhasabah diri lalu membaiki segala kekurangan yang ada agar saya tidak menerima kritikan yang sama pada waktu yang lain pula. Sekiranya saya tidak dapat menerima kritikan tersebut, fikiran akan menjadi tidak menentu dan kusut, lalu akhirnya saya akan terjerat dalam kancah tekanan yang melampau. Natijahnya, saya sentiasa menghadapi tekanan dengan fikiran yang positif.

(3)

Saya juga menjadikan ibadat sebagai salah satu cara untuk mengurangkan tekanan yang dihadapi. Setiap hari saya akan mendirikan solat , sekurang-kurangnya lima kali sehari kerana solat merupakan tiang agama. Apabila saya tidak mendirikan solat, hal ini bermakna runtuhlah agama saya. Sesungguhnya, solat memberikan ketenangan yang tidak dapat saya ungkapkan dengan kata-kata. Solat yang khusyuk akan menjadikan saya melupakan semua tekanan yang saya hadapi, malah saya dapat merasakan betapa dekatnya diri saya dengan Yang Maha Pencipta. Jiwa berasa tenang dan damai, hati juga menjadi bersih. Benarlah seperti yang pernah dikatakan oleh seorang penceramah gaya hidup sihat, Encik Norhisham Mustaffa bahawa solat merupakan senaman yang paling ampuh untuk memberikan kesihatan terbaik buat tubuh badan kita . Ketika rukuk dan sujud, darah akan mengalir dengan lebih sempurna di tubuh kita. Demikian juga ketika saya duduk di antara dua sujud dan duduk tahyat awal serta akhir, kedudukan tubuh dan jari-jari kaki memberikan bentuk senaman yang begitu berkesan. Selepas mendirikan solat, saya akan berzikir yang mampu membersihkan dan memberikan kedamaian kepada hati serta jiwa. Saya sangat menyedari dan menginsafi bahawa hanya Allah yang dapat membantu saya dalam segala hal. Lantaran itu, saya menjadikan ibadat sebagai usaha yang terbaik untuk menghindari dan mengurangkan tekanan yang dihadapi.

(4)

Referensi

Dokumen terkait

Siswa yang yang memiliki gambaran diri secara positif akan menerima diri sendiri seperti apa adanya, menerima kekurangan dan kelebihan diri sendiri; memiliki

lingkungan saya Saya senang jika menerima kritikan dari orang lain Saya merasa puas dengan apa yang telah saya lakukan untuk orang lain Saya merasa mempunyai kemampuan lebih yang

Hal ini menunjukkan bahwa para pegawai yang memiliki penerimaan diri yang baik akan mampu menerima segala hal yang ada pada diri sendiri baik kekurangan maupun kelebihan

Menerima segala kenyataan yang terjadi, serta sikap berani mengakui kekurangan diri sendiri dan mengakui kelebihan orang lain adalah perwujudan dari sikap ....

Saya berharap agar makalah yang saya buat ini dapat menjadi acuan bagi para pembaca, sehingga saya dapat memperbaiki segala kekurangan yang terdapat pada makalah yang saya susun

(v) Melatih diri bagi mengatasi tekanan dengan cara yang ditetapkan terlebih dahulu (vi) Kenal bentuk tekanan yang boleh membantu untuk mengembangkan diri. Dengan cara

Siswa yang yang memiliki gambaran diri secara positif akan menerima diri sendiri seperti apa adanya, menerima kekurangan dan kelebihan diri sendiri; memiliki keyakinan

Menyadari banyaknya kekurangan dan kekeliruan dalam penyusunan laporan kegiatan ini, maka kami dengan segala kekurangan dan kerendahan hati tidak menutup diri untuk menerima saran dan