HUBUNGAN PUNCA STRES DAN TAHAP STRES DI KALANGAN GURU-GURU DI SEBUAH SEKOLAH MENENGAH AGAMA JOHOR
BAHRU
Kajian ini merupakan satu kajian kes untuk meninjau tahap dan punca stress di kalangan guru-guru di salah sebuah sekolah Menengah Agama di Daerah Johor Bahru. Prihalan antara faktor-faktor demografi terhadap tahap stress juga diperlihatkan. Seramai 35 orang responden yang terdiri dari kesemua guru sekolah terbabit telah di ambil sebagai sampel kajian. Data-data yang dikumpulkan telah dianalisa mengguna perisian computer Program Statistical Package of Social Science (SPSS) for Window 11.0 . Dapatan dari hasil kajian secara keseluruhannya menunujukkan bahawa tahap stress di kalangan guru-guru sekolah ini adalah rendah iaitu sebanyak 94.3 peratus. Manakala 5.7 peratus mengalami tahap;stress yang sederhana dan tiada responden yang mengalami tahap stress yang tinggi. Secara khususnya keadaan kelas yang bising, tiada masa memeriksa buku pelajaran dan tidak mempunyai cukup masa berehat di antara waktu mengajar merupakan punca utama stress di kalangan guru sekolah ini. Secara umum faktor beban tugas merupakan punca stres primer dan faktor peraturan sekolah merupakan faktor skunder. Kajian ini juga mendapati terdapat hubungan signifikan antara faktor peraturan sekolah dan hubungan interpersonal dengan tahap stress guru-guru sekolah ini. Beberapa alasan telah diberi keatas keputusan yang diperolehi. Cadangan-cadangan kajian susulan juga dinyatakan atas keputusan yang diperolehi. Cadangan-cadangan kajian susulan juga dinyatakan untuk memperbaiki dan memperkembangkan lagi hasil dapatan yang diperolehi.
Abstract
1.0 PENGENALAN
Stres pekerjaan di kalangan guru telah mendapat perhatian di negara barat sejak dua dekad yang lepas. Ini boleh dibuktikan dengan banyak kajian stres telah dijalankan ke atas guru (Kyriacou dan Sutcliffe, 1977, 1978, 1979; Gmelch et al. 1984; Mc Cormik dan Solman, 1992). Di Malaysia, kajian mengenai stres pekerjaan di kalangan guru telah menarik ramai pengkaji akhir-akhir ini (Siti Radziah, 1982; Chang Fui Chin, 1996; Ahmad Shakri, 1998; Malakolunthu, 1994). Namun demikian, kajian mengenai stres guru-guru di sekolah Agama masih kurang dan perlu dilakukan memandangkan prestasi sekolah Agama agak menggalakkan, walaupun beban tugas guru semakin bertambah.
Bukti-bukti daripada kajian stres ke atas guru ini juga menunjukkan betapa seriusnya masalah ini. Guru-guru menyedari bahawa stres yang biasa dapat memberi kesan yang mendalam terhadap prestasi serta kebajikan. Tetapi stres yang berlebihan akan mengurangkan prestasi dan menjejaskan kesihatan guru di mana guru akan berhadapan dengan tekanan. Menurut Zainal (1983) dan McCormick et al. (1992) dalam (Noriah, 1994), guru-guru yang tidak dapat mencapai harapan yang tinggi daripada masyarakat , pentadbir dan ibu bapa akan merasa kecewa dan seterusnya mengakibatkan mereka mengalami ketegangan (stres) pekerjaan.
Kajian ini bertujuan:
1. Untuk mengenal pasti tahap stres berdasarkan faktor-faktor demografi guru.
2. Untuk mengenalpasti punca-punca stres sama ada ia berkaitan pentabdiran atau peraturan sekolah, ciri-ciri tugas, hubungan interpersonal atau masalah murid.
3. Untuk mencari hubungan antara punca stres dengan tahap stres guru-guru sekolah menengah agama yang dikaji.
Hipotesis Kajian
1) Hipotesis 1
Terdapat hubungan yang signifikan antara hubungan interpersonal dengan tahap stres guru-guru.
2) Hipotesis2
Terdapat hubungan yang signifikan antara pentadbiran/peraturan sekolah dengan tahap stres guru-guru.
3) Hipotesis3
Terdapat hubungan yang signifikan antara masalah murid dengan tahap stres guru-guru.
4) Hipotesis 4
2.0 METODOLOGI
Reka bentuk kajian
Rekabentuk kajian yang digunakan di dalam kajian ini ialah rekabentuk kajian kes di mana semua populasi merupakan responden. Sejumlah 35 orang guru semuanya di salah sebuah Sekolah Agama Di Johor Bahru yang dijadikan sampel.
Tatacara kajian
Kajian ini dilakukan dengan menggunakan soalselidik. Instrumen ini mempunyai 73 item yang terdiri daripada tiga bahagian seperti berikut, bahagian A merupakan demografi subjek, Bahagian B merupakan punca-punca yang boleh membawa kepada stres terdiri dari beban tugas, peraturan sekolah, hubungan interpersonal dan masalah pelajar dan Bahagian C pula merupakan ujian tahap stres.
Alat ukur ini telah digunapakai oleh ramai pengkaji sebelum ini dengan nilai kebolehpercayaan Alpha Cronbach melebihi 0.7. Berikut adalah pengkaji-pengkaji yang telah menggunakan alatukur ini dengan kebolehpercyaan ( alpha ) yang didapati;
Jadual 1: Nilai Alpha alat ukur pengkaji lepas
Pengkaji IPT Sampel Alpha
Noriah (1994 ) UKM 180 0.9575
Kiwamuddin UTM 192 0.8110
Zulkifli UTM 189 0.780
A.Azahari( 1998 ) UTM 246 0.7734
A. Shakri UTM 189 0.8405
Sebelum instrumen diedarkan pengkaji telah mengadakan tinjauan dan temubual untuk melihat dan memahami situasi sekolah yang menjadi kajian kes ini juga untuk menguji kefahaman responden terhadap struktur ayat dan item-item tertentu dalam soalselidik dan meninjau masalah sebelum kajian sebenar dijalankan.
Kajian rintis telah dilakukan dengan mengedar soalselidik kepada 13 responden yang bukan guru-guru sekolah terbabit kerana semua sampel disekolah itu nanti akan digunakan untuk kajian sebenar. Didapati instrumen ini mempunyai nilai alpha
Jadual 2: Nilai Alpha alat ukur pengkaji
Item Nilai Alpha
Punca Stres 0.7881
Stres 0.8270
Tatacara Analisisis Data
Program Statistical package of Social Science ( SPSS ) for Window 10.0 digunakan untuk tujuan penganalisaan. Bagi analisa deskriptif:
• taburan Frekuensi Demografi Responden dan persilangannya ( crosstabulation ) dengan tahap stres.
• Taburan Frekuensi setiap item min ( Mean ) dan Sisihan piawai ( SP ) • taburan frekuensi tahap stres dan punca Stres
Bagi analisa Infrensi:
• Mencari pekali pearson ( r ) untuk melihat perhubungan antara tahap stres dan punca stres.
Jadual 3: Skor Indeks Punca Stres
Komponen IPK Bil. Item Min Skor Penengah
Mak Min
Jadual 4: Taburan Soalan dalam instrumen kajian
PEMBOLEHUBAH NO. ITEM
A. DEMOGRAFI A1 Umur A2 Jantina A3 Status
A4 Bilangan Anak
B. PUNCA STRES Positif Negatif B1 - B11 (Peraturan sekolah)
B12 - B24 (Beban tugas)
B25 - B39 (H. interpersonal) B40 - B47 (M.Pelajar)
1,6,7,9
14,16,18,20, 23, 25
26,28,29,31,32, 34 ,36,39 40,42,45,47
2,3,4,5,8,10,11
12,13,15,17, 19, 21,22,24
27,30,33,35,37,38 41,43, 44,46
Jumlah 47
C. TAHAP STRES
C1 - C19 1,2,3,4,5,6,7,8,9,10,11,12,13,14,15,16,17,18,19 Jumlah 19
Jumlah Keseluruhan 73
3.0 DAPATAN KAJIAN
Taburan Frekuensi Punca dan Tahap Stres Mengikut Item
Item yang memberi punca stres yang lebih dengan nilai min tiga terendah.
No Item Min
B45 Kelas bising tidak mengganggu pengajaran anda. 2.143 B22 Anda mempunyai cukup masa untuk memeriksa buku
pelajaran murid
2.286
B21 Anda mempunyai cukup masa berehat di antara waktu mengajar
2.686
Item yang memberi tahap stres yang lebih dengan nilai min dua tertinggi.
No Item Min
C04 Adakah anda cepat marah? 1.914
C14 Pernahkah anda berfikir untuk meletak jawatan dan memulakan hidup baru dalam suasana berbeza?
Faktor-faktor Punca Stres
Secara keseluruhannya faktor beban tugas menjadi punca primer kepada stres guru-guru sekolah ini dengan nilai min yang terendah dan diikuti dengan faktor peraturan sekolah :
1) Peraturan Sekolah Min = 3.24
2) Beban Tugas Min = 3.2
3) Hubungan Interpersonal Min = 3.68
4) Masalah Pelajar Min = 3.38
Hubungan Antara Tahap Stres dan Punca Stres
Analisa ini adalah untuk melihat samada terdapat perhubungan yang signifikan antara faktor-faktor punca stres dengan tahap stres responden. Perhubungan ini dapat dilihat dari jadual di bawah:
Jadual menunjukkan hubungan korelasi antara pembolehubah punca stres dengan tahap stres responden. Alias Baba ( 1992 ) meletakkan anggaran kekuatan perhubungan antara dua pembolehubah dengan nilai pekali pearson ( r ) 0.00 - 0.20 sebagai lemah dan boleh diabaikan, 0.21 - 0.40 dianggap hubungan yang rendah, 0.41 - 0.60 sebagai hubungan yang sederhana, 0.61 - 0.80 sebagai hubungan yang tinggi dan 0.81 - 1.00 sebagai hubungan yang sangat tinggi.
Jadual 5: Analisis Hubungan Korelasi skor Punca Stres (Peraturan sekolah, Beban tugas, Hubungan Interpersonal dan Masalah Pelajar) dengan skor stres
Pembolehubah Punca stres Tahap stres (Nilai Korelasi (r)
Peraturan sekolah 0.285 p = 0.097
Beban tugas
0.175 p = 0.192
Hubungan interpersonal
0.238 p = 0.168
Masalah pelajar
-0.157 p = 0.367
Hasil dapatan adalah seperti berikut:
1) Hubungan di antara peraturan sekolah dengan stres.
Hipotesis H0 1 :
Tidak terdapat hubungan yang signifikan di antara peraturan sekolah dengan stres di kalangan guru-guru sekolah ini.
Dari jadual 5 diatas di dapati pekali korelasi Pearson bagi pembolehubah peraturan sekolah dan stress adalah lemah iaitu r= 0.285 pada nilai signifikan 0.097 (2 tailed). Ini menunjukkan bahawa terdapat hubungan yang signifikan antara peraturan sekolah dengan stres. Dengan ini hipotesis nol ditolak.
2) Hubungan di antara beban tugas dengan stres.
Hipotesis H0 2 :
Tidak terdapat hubungan yang signifikan di antara faktor punca stres beban tugas dengan tahap stres di kalangan guru-guru sekolah ini.
Dari jadual 5 diatas di dapati pekali korelasi Pearson bagi pembolehubah beban tugas dan tahap stress adalah sangat lemah iaitu 0.175 pada nilai signifikan p = 0.314 (2 tailed). Ini menunjukkan bahawa tidak terdapat hubungan yang signifikan antara beban tugas dengan stres. Dengan ini hipotesis nol gagal ditolak.
3) Hubungan di antara hubungan interpersonal dengan stres.
Hipotesis H0 3:
Tidak terdapat hubungan yang signifikan di antara hubungan interpersonal dengan stres di kalangan guru-guru sekolah ini.
Dari jadual 5 diatas di dapati pekali korelasi Pearson bagi pembolehubah hubungan interpersonal dan stress adalah lemah iaitu r = 0.238 pada nilai signifikan 0.168 (2 tailed). Ini menunjukkan bahawa terdapat hubungan yang signifikan antara hubungan interpersonal dengan stres. Dengan ini hipotesis nol ditolak.
4) Hubungan di antara punca stres masalah pelajar dengan tahap stres.
Hipotesis H0 4 :
Tidak terdapat hubungan yang signifikan di antara faktor masalah pelajar dengan tahap stres di kalangan guru-guru sekolah ini.
Terdapat hubunngan yang signifikan antara peraturan sekolah dan hubungan interpersonal dengan tahap stres dikalangan guru-guru sekolah ini. Pada keseluruhannya tahap stres guru-guru sekolah ini adalah rendah. Perihalan antara faktor demografi dengan tahap stres tidak menunjukkan perbezaan yang ketara kerana peratusan responden yang mempunyai tahap stres yang sederhana terlalu kecil jika dibandingkan dengan responden yang mengalami tahap stres yang rendah. Secara keseluruhannya faktor primer yang merupakan punca stres di kalangan guru-guru sekolah ini adalah faktor beban tugas, manakala faktor sekunder adalah faktor peraturan sekolah.
Secara khususnya item yang kerap memberikan kesan stres kepada guru-guru adalah kelas bising kerap mengganggu pengajaran guru, tidak mempunyai cukup masa untuk memeriksa buku pelajaran murid dan tidak mempunyai cukup masa berehat di antara waktu mengajar merupakan punca utama stres di kalangan guru sekolah ini.
4. 0 IMPLIKASI DAN CADANGAN
Hasil dapatan yang diperolehi menunjukkan secara keseluruhan tahap stres yang dialami adalah rendah. Ini mungkin disebabkan faktor-faktor lain yang dapat mengawal keadaan stres yang tinggi di kalangan guru-guru. Dari segi faktor-faktor demografi, kajian memperlihatkan dua responden lelaki yang bujang dan berumur bawah 25 tahun mengalami tahap stress yang sederhana. Keputusan kajian juga menunjukkan faktor punca beban tugas yang menjadi punca utama stres memberikan kesan stres yang sederhana kepada guru-guru sekolah tempat kajian. Dapatan kajian turut menunjukkan, faktor peraturan sekolah juga sebagai faktor skunder yang memberikan kesan stres yang sederhana kepada guru-guru
Kemungkinan pihak yang terbabit boleh berpuashati dengan keadaan guru-guru yang kebanyakannya mempunyai kelebihan dalam pengawalan diri dalam menangani stres dan berwawasan. Namun demikian, pihak yang terbabit tidak boleh memandang ringan kebajikan guru dan kemungkinan punca stres supaya keadaan yang sedia ada kekal dan bertambah baik. Pihak pentadbir perlu menambahkan tenaga pengajar dan turut memberi insentif sebagai motivasi kepada guru dalam menjalankan tugas yang berlebihan. Pihak pentadbiran perlu mengambil inisiatif memanjangkan dapatan kajian untuk memperbaiki dan mempertingkatkan kualiti kerja guru-guru dengan memberikan latihan-latihan khusus seperti pengurusan masa, latihan assertif, pengurusan stres dan kursus-kursus motivasi.
Hasil dari kajian ini dapat digunakan oleh guru-guru untuk menilai dan melihat dalam diri mereka sendiri, apa tujuan dan matlamat hidup mereka, apa yang mereka telah lakukan sebagai pembimbing kepada pelajar-pelajar yang memerlukan tunjuk ajar dan kasih sayang dari mereka.
5.0 PENUTUP
Pada keseluruhannya tahap stres yang dialami oleh guru-guru sekolah ini adalah pada tahap yang rendah. Punca stres yang dikenalpasti sebagai punca yang primer adalah beban tugas, ikuti oleh peraturan sekolah. Masalah pelajar memberikan punca yang sedikit manakala hubungan interpersonal memberikan stres yang terendah di kalangan guru-guru sekolah ini. Masalah kelas bising, kurang masa memeriksa buku pelajar dan kurang masa rehat antara watu mengajar merupakan item punca stres yang memberikan tekanan kepada kebanyakan responden.
Dari segi perhubungan pula di dapati terdapat hubungan yang lemah dan signifikan oleh faktor peraturan sekolah dan faktor hubungan interpersonal dengan tahap stres guru sementara faktor beban tugas , masalah pelajar tidak terdapat hubungan yang signifikan.
BIBLIOGRAFI
Ahmad Mahdzan Ayob (1991). "Kaedah Penelidikan Sosioekonomi. Satu Pengenalan". 3th. ed. Hulu Klang Selangor: Dewan Bahasa & Pustaka.
Ahmad Shakri (1998). "Tinjauan Tahap dan Punca Stres Di Kalangan Guru-guru Sekolah Menengah Di negeri Perlis". Kertas Projek Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan: Universiti Teknologi Malaysia.
Ahmad Azhari Sarr (1998). ""Tinjauan Tahap dan Punca Stres Di Kalangan Guru-guru Sekolah Menengah Di Johor Bahru". Kertas Projek Ijazah Sarjana Muda Pendidikan: Universiti Teknologi Malaysia.
Alias Baba (1992). "Statistik Penyelidikan Dalam Pendidikan Dan Sains Sosial". Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia.
Anisah Hashim (1999). "Hubungan Antara Tekanan Kerja dan Tekanan Rumahtangga Dengan Komitmen Terhadap Kerjaya Di Kalangan Pensyarah Wanita Di Maktab Perguruan Kuala Terengganu". ". Kertas Projek Ijazah Sarjana Pendidikan: Universiti Teknologi Malaysia.
Anuar Mohd. Som (2000). "Tahap dan Punca Stres di Kalangan Guru-guru Elektirik Sekolah Menengah Teknik, Negeri Johor. ". Kertas Projek Ijazah Sarjana Muda Pendidikan: Universiti Teknologi Malaysia.
Borg, M.G. & Falzon, J.M. (1988). "Sources of Teachers' Stress in Maltese Primary's School", Research In Education.46; 44 - 49.
Cates, W.M. (1985). "A Practical Guide to Education Research". 1st Ed. Englewood Cliffs, N.Y: Prentice - Hall.
Cormier, L.S. & Hacney, H. (1993). "The Professional Counselor". 2nd. Ed. Boston, London, Toronto, Sydney, Tokyo, and Singapore: Allyn and Bacon.
D.M. Pestonjee (1988). "Second Handbook of Psychological and Social Instruments". New Delhi: Concept Publishing Company.
Epstein,J.L.(1990).”Scholl and Family Connections: Theory, Research and Implications for Intergrating Sociologies of Education and Family” in Marriage and Family Review, Vol. 21 Issues 1-2, p 99-126.
Esah Munji (1991)." Ke arah Kesejahteraan Mental: Pengurusan Stress- Satu Panduan Untuk pelajar Di IPT". Serdang: Universiti Pertanian Malaysia.
Fauziah Salam (2000)." Stres Di Kalangan Pelajar Sekolah Menengah Agama Johor Bahru" Kertas Projek Ijazah Sarjana Pendidikan (Bimbingan & Kaunseling): Universiti Teknologi Malaysia.
Grant, D.(1989)." Learning Relations" London: p 133.
Habibah Elias, Noran Fauziah (1997)."Psikologi Personaliti". Kuala Lumpur: Dewan Bahasa & Pustaka.
Hamidah Othman (1996). "Correlates of Stress Among Secondary SchoolTeachers in Penang". Kertas Projek Master: Universiti Utara Malaysia
J. Supranto (1986). "Kaedah Penyelidikan, Penggunaannya Dalam Pemasaran". Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Jerrold S. Greenberg (1996). " Your Personal Stress Profile And Activity Workbook". United State of America: Times Mirror Higher Education Group.
Joyce M.Hawkins (1994). " Kamus Dwibahasa Oxford Fajar, Inggeris - Melayu, Melayu - Inggeris". Kuala Lumpur: Fajar Bakti Sdn. Bhd.
Kamus Dewan.Kuala Lumpur.DBP (1999).
Kiwamuddin Othman (1996). "Tinjauan Tahap dan Punca Stres Di Kalangan Pelajar Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta pendidikan. Satu Kajian Kes". Kertas Projek Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan: Universiti Teknologi Malaysia.
Kyriacou, C dan Sutcliffe, J. (1979). "The Stress And Satisfaction". Education
Lazarus, R.S. (1976). "Patterns of Adjustment." N.York: McGraw Hill.
Manning and Curtis (1988)." Stress Without Destress". Ohio: South-Western Publishing Co.
Matthew and Keith (1976). "How to Kill Stress Before It Kills You". New York: Grosset & Dunlap Publishers.
Md. Hasidi Zaini (1995)."Faktor Ciri-ciri Kerja Yang Mempengaruhi Stres Guru-guru di Sekolah Menengah di Johor." Kertas Projek Ijazah Sarjanamuda Pendidikan: Universiti Teknologi Malaysia.
Mohd. Majid Konting (1990)."Kaedah Penyelidikan Pendidikan". Kuala Lumpur: Dewan Bahasa & Pustaka.
Mohamed Najib Abdul Ghafar (1999)." Penyelidikan Pendidikan". Skudai: Universiti Teknologi Malaysia.
Mohd. Salleh Abu & Zaidatun Tasir (2001). "Pengenalan Kepada Analisis Data Berkomputer SPSS 10.0 for Windows". Kuala Lumpur: Venton Publishing
Mohd. Sazali Nordin (1997)."Stress Pekerjaan Di Kalangan Guru-guru Sekolah Menengah Daerah Kuala Kangsar Perak". Kertas Projek Master: Universiti Utara Malaysia.
Muhammad Hatta Shaharom (1989) "Psikologi Keluarga, Kearah Keluarga Bahagia". Kuala Lumpur : Pustaka Salam.
Noriah (1994)." Pola Pemilihan Respon Menangani Ketegangan Dan Hubungan Dengan Punca Ketegangan Di Kalangan Guru-guru" . Kertas Projek Ijazah Sarjana Pendidikan: Universiti Kebangsaan Malaysia.
Penny Gray (1994). “Hard Labour Parts 3”. London: London Hazard Center.
Peter Seldin, Editor (1987). "Coping With Faculty Stress". San Francisco, London: Jossey-Bass Inc, Publishers.
Raven, J ( 1977 ). "School Rejection and its Amelioration". Education Research, Malaysia: Vol.20.
Rohani Abu Bakar (1998). "Tahap dan Punca Stres di Kalangan Guru-guru Sekolah Mengengah Johor Bahru". Kertas Projek Ijazah Sarjana Pendidikan: Universiti Teknologi Malaysia.
Selye, H. (1976). "The Stress of Life".N.York: McGraw-Hill Book Co.
Susanne Carter(1994). “Teacher Stress and Burnout”. Organizing Systems to
Support Competent Social Behaviour In Children and Youth: Volume lll.
Universiti Tenologi Malaysia (1999). "Panduan Menulis Thesis ." Pusat Pengajian Siswazah.
Woolfolk , A . E .(1995), 6th edition." Educational Psychology". USA: Allyn and Bacon.
http://news.bbc.co.uk/hi/english/education/newsid_660000/660906 http://www.globalserve.net/~sairam/youth/equal.html.