• Tidak ada hasil yang ditemukan

FAKTOR FAKTOR PERKEMBANGAN ISLAM DI NUSA

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "FAKTOR FAKTOR PERKEMBANGAN ISLAM DI NUSA"

Copied!
22
0
0

Teks penuh

(1)

FAKTOR-FAKTOR PERKEMBANGAN ISLAM DI NUSANTARA

Pengenalan

Telah banyak teori-teori dikemukakan dan diketengahkan tentang cara-cara kedatangan agama

Islam ke Nusantara. Terdapat juga pendapat-pendapat yang berkaitan dengan dongeng seperti

penerimaan Islam di dalam Hikayat Raja-raja Pasai dan Sejarah Melayu.1

AhIi-ahli sejarah umumnya berpendapat Islam sudah bertapak di Nusantara semenjak abad

ke-13. Walaupun tarikh sebenar kedatangan Islam tidak diketahui tetapi dipercayai Perlak

merupakan kawasan pertama menerima Islam berdasarkan catatan Marco Polo yang pernah

singgah di kawasan tersebut dalam tahun 1292.

Catatan Ibnu Batuttah menguatkan lagi pendapat tersebut kerana menurut catatannya, ketika

beliau singgah di Pasai pada tahun 1345, penduduk di situ telah menganut Islam kira-kira satu

abad. Dalam kitab Raja-raja Pasai ada menceritakan tentang peristiwa pengislaman raja negeri

tersebut iaitu Merah Silu yang kemudian menukarkan namanya kepada Malikul Saleh. Beliau

telah diislamkan oleh seorang pengembara Arab bernama Syeikh Ismail.

Di samping itu, ada juga pendapat lain yang mengatakan Islam mula sampai di Pantai Timur

Tanah Melayu yang dibawa oleh orang-orang Champa. Pendapat ini dikuatkan Iagi dengan

terjumpanya Batu Bersurat di Sungai Terasek Terengganu yang bertarikh 1303. Terdapat juga

pendapat yang mengaitkan tentang kedatangan Islam seperti yang terkandung dalam Sejarah

Melayu. Jelasnya ahlli-ahli sejarah tidak mempunyai kata sepakat berhubung dengan tarikh dan

bagaimana Islam mula tersebar di Nusantara.2

(2)

Terdapat banyak faktor yang mempengaruhi perkembangan agama Islam di Nusantara. Antara

faktor-faktor tersebut adalah seperti berikut:

1. Perdagangan

Ramai ahli sejarah bersetuju yang agama Islam telah diperkenalkan di Nusantara melalui

perdagangan. Peranan pedagang Islam terutama di zaman permulaan Islam di Nusantara

amat penting sekali. Para pedagang dari Arab, India dan Parsi telah menumpukan kegiatan

perdagangan di rantau ini semenjak abad ke-8 atau ke-9 Iagi.3

Kebanyakkan ahli sejarah barat juga berpendapat agama Islam diperkenalkan di Nusantara

melalui perdagangan. Pendapat ini berasaskan kepada tiap-tiap pelabuhan terdapat

penduduk-penduduk yang beragama Islam. Contohnya di Melaka dan di Aceh yang

merupakan pusat-pusat perkembangan Islam di samping pusat-pusat perdagangan di

Nusantara. Di pelabuhan-pelabuhan tadi terdapat jawatan Shahbandar yang berfungsi

menghubungkan sultan-sultan yang memerintah dengan pedagang-pedagang yang

berdagang, sama ada dari dalam atau luar negeri.4

Melaka telah menjadi sebuah negara Islam hasil daripada kegiatan perdagangan. Setelah

Melaka menjadi negara Islam, kegiatan dakwah diperluaskan pula ke Jawa dan Brunei

melalui cara yang sama. Akhirnya kedua-dua negara itu mengikut langkah Melaka.5 Brunai

telah menerima agama Islam melalui perhubungan yang rapat dengan pedagang-pedagang

Islam. Pedagang-pedagang Jawa yang mempunyai hubungan yang rapat dengan Melaka

telah kembali menyebarkan agama Islam di daerah masing-masing. Begitu juga peranan

yang dimainkan oleh Aceh setelah jatuhnya Kerajaan Melaka pada tahun 1511 Masehi.

Kemewahan yang dimiliki oleh saudagar-saudagar Islam telah menarik hati penduduk

tempatan termasuk pihak pemerintah sendiri. Mereka suka dan tertarik hati kepada

saudagar Islam kerana kemakmurannya bergantung kepada perdagangan yang dibawa

oleh saudagar tersebut.6

1. 4. STPM Sejarah Islam, halaman 135

2. 3. 5. Sejarah Islam untuk STPM, halaman 345, 346

6. Ikhtisar Perkembangan Islam, halaman 529

3. Mad Aros, op. cit. 4. Hashim, op. cit. 5 Mad Aros, op. cit.

(3)

Melaka juga menjadi pusat pengajaran Islam di Nusantara. Ini dapat dibuktikan dari

Melakalah Islam berkembang ke Pulau Iawa. Ahli-ahli perniagaan Jawa beramai-ramai

datang ke Melaka dan di samping menjalankan perniagaan ada di antaranya menerima

Islam. Sekembalinya mereka ke Jawa, saudagar-saudagar tadi berusaha memperkenalkan

Islam di Jawa. Akhirnya atas usaha saudagar-saudagar tadi, Islam telah berkembang di

Jawa. Lantaran itu ramai yang berpendapat Jawa diislamkan oleh Melaka.7

Teori bagaimana Islam disebarkan ke alam Melayu telah dikemukakan oleh beberapa orang

sarjana Barat. Teori yang tertua sekali menyatakan bahawa agama Islam disiarkan ke alam

Melayu melalui saluran perdagangan seperti yang telah dikemukakan oleh Tom Pires pada

tahun 1515. Teori ini menyatakan bahawa proses islamisasi di kepulauan Melayu dilakukan

secara aman oleh pedagang-pedagang yang tinggal di beberapa tempat dan berkahwin

dengan wanita-wanita setempat. N. Krom berpegang kepada pendapat yang sama dan

beliau menekankan tentang persamaan di antara proses islamisasi dengan proses

penyebaran agama Hindu di alam Melayu sebelum kedatangan agama Islam. Beliau juga

berpendapat bahawa penyebaran agama Islam itu dilakukan oleh pedagang-pedagang

Islam. Y.H. Kern juga berpegang kepada teori yang sama dan menambah bahawa, apabila

peniaga-peniaga yang kaya telah berkahwin dengan keluarga pemerintah setempat, sedikit

demi sedikit mereka dapat menguasai politik negeri berkenaan.8

Menurut catatan China pula, pedagang-pedagang Islam sudah ada di kawasan perairan

Melayu semenjak pertengahan abad ke-7 lagi. Pedagang-pedagang Islam dipercayai telah

mendirikan koloni-koloni mereka di perairan Semenanjung Tanah Melayu dan Sumatera

untuk menjalankan kegiatan perdagangan. Selain menjadi perdagangan,

saudagar-saudagar tersebut juga menjalankan kegiatan dakwah di kawasan-kawasan yang

disinggahi. Ada di antara mereka yang tidak menjalankan kegiatan dakwah tetapi telah

memberikan kemudahan kepada golongan pendakwah yang berkhidmat secara langsung

dengan mengizinkan pendakwah menaiki kapal-kapal mereka bagi menyebarkan dakwah

dari satu pelabuhan ke pelabuhan yang lain. Dengan cara ini Islam dengan cepat tersebar

di Nusantara.9

7. STPM Sejarah Islam, halaman 135 8. Peradaban Melayu & Islam, halaman 23 9. Sejarah Islam untuk STPM, halaman 346

7. Hashim, op. cit.

8. Ismail Hamid, Dr., Peradaban Melayu & Islam, Fajar Bakti Sdn. Bhd., 1985, halaman 23

(4)

2. Perkahwinan

Perkahwinan merupakan faktor utama dalam perkembangan Islam di Nusantara. Ramai

saudagar-saudagar luar, sama ada dari Arab atau India yang beragama Islam telah

berkahwin dengan wanita-wanita tempatan atau puteri-puteri raja.

Antara saudagar-saudagar terdapat yang menjadi hartawan. Melalui hadiah-hadiah dan

pengaruh, mereka dapat berkahwin dengan puteri-puteri tempatan.10 Sesetengahnya

mempunyai hubungan yang rapat dengan pembesar-pembesar tempatan. Dengan

kekayaan yang ada, mereka berjaya mempengaruhi wanita-wanita tempatan untuk dijadikan

isteri. Malahan, ada saudagar-saudagar yang dapat berkahwin dengan puteri-puteri dari

kalangan anak pembesar terutamanya di zaman Melaka. Perhubungan keluarga teIah

memudahkan para pedagang Islam berdakwah secara terus dengan kaum kerabat mereka

sendiri.11 Selepas perkahwinan, saudagar-saudagar tadi memperkembangkan agama Islam

pada isterinya, keluanga isterinya dan seterusnya pada masyarakat tempatan amnya.

Proses yang sama akan berlaku yang berakhir dengan seluruh keluarga diraja tersebut

memeluk agama Islam. Sudah menjadi tabiat masyarkat Melayu akan mengikut apa yang

dilakukan oleh raja-raja dan golongan bangsawan, jadi bila raja-raja dan

pembesar-pembesar menerima Islam, amat mudah dan cepat Islam berkembang di kalangan rakyat

bawahan.12

Agama Islam juga tersebar melalui perkahwinan antara raja sesebuah negara dengan puteri

raja dari negara yang lain. Proses ini biasanya dipanggiI perkahwinan siasah. Langkah ini

turut membantu penyebaran Islam ke sesebuah negara. Umpamanya perkahwinan Puteri

Pasai dengan Megat Iskandar Syah menyebabkan Islam tersebar ke Melaka.13

Putera Parameswara yang beristerikan dengan puteri Sultan Pasai yang beragama Islam

telah ditauladani oleh pengikut-pengikut dan rakyatnya kerana hendak mendapat limpah

kurnia daripada pemerintah dan daripada pergaulan hidup bermasyarakat.14

10. Hashim, op. cit. 11. Mad Aros, op. cit. 12. Hashim, op. cit.

(5)

Sebagaimana yang diketahui Melaka mempunyai tanah jajahan takluk yang luas. Melaka

berfungsi sebagai pusat perkembangan agama Islam memain peranan utama

mengembangkan Islam di tanah-tanah jajahan takluknya seperti ke Siak, Inderagiri, Rokan,

Pahang, Perak dan lain-lain. Pada lazimnya penkahwinan sering dilakukan di antara

putera-puteri Melaka dengan putera-putera-puteri tanah-tanah jajahan tadi. Jadi, putera-putera-puteri Melaka

yang beragama Islam bila berkahwin dengan putera-puteri lain sudah pastilah akan

memeluk agama Islam terlebih dahulu. Dengan pemelukan Islam oleh raja-raja tempatan

tadi dengan mudah Islam berkembang di kalangan rakyat bawahan.15

Schrieke juga turut menekankan bahawa perkahwinan peniaga Islam yang kaya dengan

keluarga diraja setempat telah menjadi faktor utama dalam penyebaran Islam ke seluruh

alam Melayu. Walau bagaimanapun, sukar untuk menunjukkan bukti tentang pengislaman

yang dilakukan secara besar-besaran di sesuatu daerah tertentu. Hubungan perkahwinan

selalunya membawa pengislaman bagi jumlah yang kecil sahaja.16

Faktor ekonomi dan sosial menjadi pendorong yang besar ke arah kepesatan

berkembangnya agama Islam di kawasan ini. Brunei telah menerima agama Islam melalui

perhubungan yang rapat dengan pedagang-pedagang Islam. Pedagang-pedagang Jawa

yang mempunyai hubungan yang rapat dengan Melaka telah kembali menyebarkan agama

Islam di daerah masing-masing. Begitu juga peranan yang dimainkan oleh Aceh setelah

jatuhnya Kerajaan Melaka pada tahun 1511 Masehi. Kemewahan yang dimiliki oleh

saudagar-saudagar Islam telah menarik hati penduduk tempatan termasuk pihak

pemerintah sendiri. Mereka ini suka dan tertarik hati kepada saudagar Islam kerana

kemakmurannya bergantung kepada perdagangan yang dibawa oleh saudagar tersebut.

Mereka kahwinkan puteri-puteri bangsawan dan puteri-puteri orang besar mereka untuk

mengekalkan saudagar-saudagar tersebut di tempat itu dan untuk mendapatkan faedah

ekonomi. Dengan cara perkahwinan ini maka keluarga-keluarga yang terlibat dalam

perkahwinan itu dengan sendirinya memeluk agama Islam.17

10. 12. 15. STPM Sejarah Islam, halaman 136

11. 13. Sejarah Islam untuk STPM, halaman 346, 347

14. 17. Ikhtisar Perkembangan Islam, halaman 529, 530

16. Peradaban Melayu & Islam , halaman 24

(6)

3. Perluasan kuasa dan faktor politik

Dua buah negara yang memainkan peranan penting dalam penyebaran Islam melalui usaha

penaklukan ialah Melaka (pada abad ke-15) dan Acheh (pada abad ke-16 dan 17). Di

zaman keagungannya, Melaka telah menakluki banyak daerah dari negeri di Semenanjung

dan juga Sumatera seperti Pahang, Kedah, Siak, Rokan dan lain-lain Iagi.

Melalui penaklukan ini, Islam telah disebarkan ke negeri-negeri tersebut. Kebiasaannya,

raja di sesebuah negeri yang ditawan tidak sukar diislamkan kerana secara sukarela

mereka menerima Islam sebagai satu Iangkah untuk mendapatkan layanan yang baik dari

pemerintah negeri yang menawannya. Pengislaman raja sesebuah negeri biasanya diikuti

oleh rakyat. Ini sudah tentu menambahkan bilangan orang yang menganut agama Islam.

Di zaman kekuatan Melaka dan Acheh dahulu, melalui naungan yang diberikan terhadap

tanah-tanah jajahannya, ia telah menyelamatkan negeri-negeri tersebut dari jatuh ke tangan

kuasa-kuasa Kristian.18

Sarjana Barat, Van Leur mengemukakan teorinya yang mengatakan bahawa proses

islamisasi di kepulauan Melayu disokong oleh situasi politik dan juga motif politik. Melaka

dikatakan menganut agama Islam kerana bermaksud mendapat sokongan

pedagang-pedagang Islam. Hal yang sama juga dikatakan dilakukan oleh kerajaan-kerajaan di pesisir

kepulauan Indonesia. Negeri-negeri itu menganut agama Islam untuk mengelak dari

pengaruh kerajaan Majapahit. Kerajaan-kerajaan Islam yang baru, menuntut sokongan

orang Islam untuk mempertahankan kerajaan mereka yang bercorak Islam.

Kerajaan--kerajaan ini mengharapkan pertumbuhan aktiviti perdagangan dengan sokongan dari

pedagang-pedagang Islam. Van Leur cuba menumpukan faktor-faktor politik dan ekonomi

yang menjadi dorongan kuat untuk kerajaan Melayu menganut agama Islam.19

18. Sejarah Islam untuk STPM, halaman 347, 348 19. Peradaban Melayu & Islam , halaman 24

(7)

4. Ajaran Islam yang mudah/Ideologi Islam itu sendiri

Faktor yang dikira penting disamping ikutan dan kepatuhan kepada raja mereka, orang

Melayu secara beramai-ramai dan suka hati memeluk Islam adalah disebabkan keelokkan

ajaran serta keadilan sejagat yang menghapuskan sistem kasta dalam umat manusia yang

dibawa oleh Islam. Keadilan dan kebebasan yang tidak membezakan warna kulit dan darah

keturunan, menarik minat mereka dalam menghapuskan jurang pemisah dalam serata

masyarakat ketika itu.20 Islam menekankan cara pergaulan yang baik, cara berpakaian,

makan dan sebagainya. Dengan perkataan lain, ajaran Islam menganjurkan kebersihan dari

kesucian jasmani dan rohani. Ia dianggap sebahagian daripada iman.21

Sebelum agama Islam bertapak dan berkembang di Nusantara, penduduk-penduduknya

menganut agama Hindu atau mempercayai fahaman animisme yang diwarisi dari datuk

nenek mereka.22Tetapi kerana aspek ajaran Islam itu Iebih baik dan mudah, menyebabkan

agama tersebut akhirnya dapat mengatasi perkembangan agama Hindu.23

Faktor kesederhanaan, kesucian dan keluhuran agama Islam itu sendiri yang bertunjangkan

kepada ketuhanan yang tunggal dan penyamaan taraf antara sesama Islam, tidak

sebagaimana agama Hindu yang dianuti oleh penganut-penganut Melayu sebelum itu yang

bertuhankan kepada berhala dan dewa.24

Agama Islam dianggap agama yang rasional dan praktikal, mudah difahami dan konsepnya

sesuai dengan corak dan sistem hidup orang-orang Melayu. Islam telah melahirkan

nilai-nilai murni seperti hidup bantu-membantu, bersifat adil, jujur dan sebagainya. Semuanya ini

menjadi tarikan kepada orang-orang Melayu untuk menerima Islam. Akhirnya agama Hindu

ditolak secara keseluruhannya oleh masyarakat Melayu.25

20. Mohd Masir Ripin, Tamadun Islam & Tamadun Asia 1, Universiti Teknologi Malaysia, 2003, halaman 123 21. Mad Aros, op. cit., halaman 348, 349

22. Hashim, op. cit., halaman 137, 138 23. Mad Aros, op. cit.

(8)

Wertheims juga rnenunjukkan bagaimana idea persamaan dan harga diri bagi setiap insan

dalam masyarakat Islam telah rnenjadi daya penarik yang utama kepada penduduk di

kepulauan Melayu daripada sistem kasta Hindu yang diamalkan selama ini dalam

kehidupan mereka seharian. Sesungguhnya konsep Islam tentang persamaan telah

mendapat sambutan yang rneluas di kalangan rakyat jelata di daerah-daerah yang didatangi

oleh pedagang Islam atau daerah-daerah yang dikuasai oleh kerajaan-kerajaan Hindu.

Dengan kata lain, pengislaman yang berlaku di daerah ini adalah disebabkan oleh

semangat ideologi Islam itu sendiri. 26

(9)

5. Faktor kesusasteraan

Kesusasteraan juga telah menjadi saluran penting kepada penyebaran Islam di Asia

Tenggara. Dengan kedatangan Islam, masyarakat Nusantara telah menggunakan bahasa

Melayu sebagai bahasa perhubungan utama. Dengan adanya satu bahasa, kegiatan

menyebarkan Islam menjadi lebih mudah dan lancar. Kedatangan Islam juga telah

memperkenalkan tulisan Jawi. Hasil-hasil sastera Melayu ditulis dalam tulisan Jawi. Hal ini

memudahkan para ulama dan pendakwah mengajar tentang ilmu yang berkaitan dengan

Islam kerana mereka dapat menguasai tulisan Jawi.

Di zaman keagungan Melaka dan Acheh, bahasa Melayu telah dijadikan bahasa pengantar

dalam sistem pendidikan mereka. Pelbagai bentuk sastera Arab seperti syair dan gurindam

telah mempengaruhi bahasa Melayu. Hasilnya sastera-sastera Islam telah dikembangkan

melalui bahasa Melayu dan ini sudah tentu dapat mengembangkan lagi fahaman

orang-orang Melayu terhadap ajaran Islam.27

Di samping ajaran agama Islam, terdapat hasil-hasil sastera Islam berdasarkan kepada

cerita-cerita nabi, perwira-perwira Islam dan lain-lain disebarkan oleh bijak pandai Islam

ketika itu. Jadi pengaruh agama Islam tersiar dengan meluas di Nusantara dan berjaya

dijadikan satu pegangan yang teguh dan kuat sehingga mengkagumkan mubaligh-mubaligh

Kristian yang gagal menjalankan usaha-usaha mereka di Nusantana.28 Beberapa tokoh

karyawan dan ulama Iuar serta tempatan telah menghasilkan karya-karya yang berunsur

Islam sama ada dalam bentuk asli ataupun terjemahan dan saduran. Sebahagian besar

daripada karya tersebut seperti Hikayat Nabi Bercukur, Hikayat Raja Khandak, Hikayat Amir

Hamzah dan sebagainya begitu diminati oleh orang-onang Melayu. Karya-karya ini

mengandungi pelbagai unsur yang boleh mendekatkan kefahaman pembacanya kepada

ajaran Islam itu sendiri.

Bidang kesusasteraan Islam begitu pesat berkembang di Acheh sehingga melahirkan ramai

tokoh sastera seperti Hamzah Fansuri dan Nuruddin al-Raniri yang berhasil mengarang

pelbagai jenis kitab agama. Kitab-kitab ini kemudiannya disebarkan ke seluruh jajahan

takluk dan hal ini sudah tentu membantu penyebaran Islam ke Nusantana.29

20. Tamadun Islam & Tamadun Asia 1, halaman 123

21. 23. 25. 27. 29. Sejarah Islam untuk STPM, halaman 348, 349, 354

22. 28. STPM Sejarah Islam, halaman 137, 138

24. Ikhtisar Perkembangan Islam, halaman 528

26. Peradaban Melayu & Islam, halaman 24

(10)

6. Peranan ahli tasawuf, sufi dan pendakwah

Pengembang-pengembang agama pula sungguhpun mereka bukannya orang yang

mula-mula sekali membawa masuk agama Islam ke Melaka, tetapi kedatangan mereka

kemudiannya telah memesatkan penyebaran itu bersama dengan ajaran-ajarannya sekali.

Islam tiada berkehendakkan pengorbanan yang besar dari penganut-penganutnya yang

baru memeluk agama Islam. Walau bagaimanapun, hingga kurun yang keempat belas,

penyebaran agama Islam telah disekat oleh Majapahit, negara Hindu yang terakhir dan

terbesar sekali di Tenggara Asia. Dengan berpecahnya Majapahit, Islam telah mulai

tersebar semula dengan cepatnya.30

Bukti-bukti juga menunjukkan yang Mu’awiyah bin Abu Sufyan (661-680M.), iaitu Khalifah

pertama Kerajaan Bani Umayyah, telah pernah menghubungi Ratu Sima di Jawa pada

tahun 674M. Tetapi baru pada zaman Khalifah Umar Abdul Aziz (717-720M), usaha-usaha

dakwah Islamiah menampakkan hasil apabila beliau berjaya mengislamkan Srindravarman,

Raja Srivijaya di Jambi pada tahun 718M.31

Kegiatan penyebaran Islam dikembangkan oleh ahli-ahli tasawuf dan sufi yang merupakan

ulama Islam yang kuat beramal. Kedua-dua golongan ini telah menunjukkan teladan yang

baik tentang Islam itu sendiri. Mereka berpakaian bersih, bersopan santun dan bertatatertib

sehingga tingkah laku dan tutur kata mereka mempesonakan orang ramai.

Di zaman Melaka, golongan ini juga diberi penghormatan yang tinggi oleh pemerintah

kerana bijak dalam tutur kata. Nasihatnya didengar oleh sultan dan para pembesar. Di

zaman kesultanan Acheh, golongan tasawuf telah diberi peranan penting dalam

pentadbiran. Semasa pemerintahan Sultan lskandar Muda, seramai 22 orang ulama (ahli

tasawuf) telah menganggotai BaIai Gadang yang menjadi pusat bagi membincangkan

masalah pentadbiran negara dan masalah agama. Antara mereka termasuklah Hamzah

Fansuri dan Nuruddin aI-Raniri. Mereka telah memberi sumbangan yang besar kepada

Acheh dalam kegiatannya sebagai pusat penyebaran Islam di Asia Tenggara.

30. Ikhtisar Perkembangan Islam, halaman 530 31. Sejarah & Tamadun Islam, halaman 346 30. Ahmad, op. cit., halaman 530

(11)

Sementara pada zaman kerajaan Islam Demak, golongan ini Iebih dikenali sebagai Wali

Songo. Mereka memainkan peranan penting dalam penyebaran Islam di Pulau Jawa.

Tokoh-tokoh seperti Sunan Ampel, Sunan Bonang dan Sunan Gunung Jati memang tidak

asing dalam sejarah perkembangan pengaruh Islam di Jawa dan sekitarnya.32

Ada pendapat yang menolak dakwaan agama Islam datang ke Nusantara melalui pedagang

sebab pedagang-pedagang Islam berada di Nusantara sejak abad ke 8M lagi. Masakan

agama Islam mulai tersebar luas hanya pada kurun 12M. Lagipun kalau agama Islam

dibawa oleh pedagang-pedagang, nescaya agama Islam berkembang di peringkat rakyat

bawahan kemudian baru diikuti oleh golongan bangsawan dan raja-raja. Jadi, wujud pula

pandangan dan pendapat yang mengatakan agama Islam di Nusantara dibawa oleh

ahli-ahli sufi yang datang bersama-sama dengan para pedagang bagi tujuan mengembangkan

agama Islam. Puak sufi ini terdiri daripada orang-orang yang benar-benar ikhlas dan jujur

dalam melaksanakan tugas mengembangkan agama Islam di Nusantara. Peranan puak sufi

ini amat jelas bila dianalisa perkembangan Islam di pedalaman kepulauan Indonesia.

Terdapat juga ahli-ahli sufi yang melibatkan diri mereka dengan politik contohnya dalam

usaha menentang dan menghapuskan kerajaan Hindu-Majapahit di Jawa dan Sumatera.

Melalui pengaruh dan usaba-usaha ahli sufi inilah, agama Islam meluas pengaruhnya di

Nusantara. Sebagai buktinya peranan ahli-ahli sufi ialah masih terdapat pusara-pusara

mereka yang dianggap keramat dan menjadi tumpuan penduduk-penduduk tempatan

seperti di Jawa, Sumatera dan di Sulu, Filipina.

Terdapat juga ahli-ahli tasauf Islam yang mengembara ke daerah-daerah pedalaman

dengan tujuan mengembangkan agama Islam. Di samping itu ada ulama-ulama berusaha

menyalin kitab-kitab agama dan falsafah Islam ke dalam bahasa Melayu untuk

mengembangkan dengan luasnya pengetahuan Islam di kalangan rakyat di seluruh

Nusantara.33

32. Sejarah Islam untuk STPM, halaman 349, 350 33. STPM Sejarah Islam, halaman 136, 137

(12)

Sarjana Barat, A.H. John juga dengan teori yang berpendapat agama Islam bukan

dibawakan oleh pedagang-pedagang kerana menjadi sesuatu yang luar biasa jika

pedagang begitu berminat untuk menjalankan dakwah agama. Yang berkemungkinan

berlaku ialah pedagang-pedagang itu menjadi ahli kumpulan sufi yang tertentu dan dalam

pengembaraan mereka, pedagang-pedagang tersebut ditemani oleh syekh sufi berkenaan.

Ahli-ahli sufi inilah yang sebenarnya menjalankan dakwah agama Islam di alam Melayu.

S.Q. Fatimi bersetuju dengan pendapat ini dan menyokong teori proses islamisasi di alam

Melayu ini dilakukan oleh ahli-ahli sufi.34

(13)

7. Kesan Perang Salib / saingan untuk mengatasi perkembangan agama Kristian

berlumba-lumba mengukuhkan kedudukan dan menjaga kepentingan mereka di timur. Jadi

saudagar-saudagar Islam telah berusaha bensungguh-sungguh untuk meluaskan pengaruh

mereka dengan mengembangkan agama Islam di Nusantara. Hal yang sama dilakukan oleh

orang-orang Kristian, contohnya Sepanyol dan Belanda.36 Orang-onang Kristian mempunyai

matlamat mengkristiankan masyarakat Timur khasnya masyarakat Nusantana.37 Salah satu

tujuannya ialah menghapuskan agama Islam dan mengembangkan agama Kristian tapi

gagal, kecuali di kepulauan Philipina dan Pulau Ambon. Lantaran itu orang.orang Barat

mulai menggunakan kekerasan untuk mencapai tujuan mereka di atas. Walau

bagaimanapun sejarah telah membuktikan yang agama Islam telah berjaya tersebar luas

dengan pelbagai cara di seluruh Nusantara.38

Schrieke juga cuba menghubungkan faktor penyebaran Islam di kepulauan Melayu dengan

usaha saingan untuk mengatasi perkembangan agama Kristian. Konfrontasi di antara Islam

dengan Kristian di Asia Barat dan di Semenanjung Iberia di Eropah juga dilanjutkan ke alam

Melayu. Pertentangan terus-menerus berlaku antara Portugis dengan peniaga-peniaga

Islam, raja-raja Islam dan Arab, Parsi dan India. Faktor saingan ini telah mendorong

semangat penyebaran agama Islam. Keadaan ini dapat dianggap sebagai satu usaha untuk

menahan pengaruh agama Kristian di sebelah timur.39

35. 37. Sejarah Islam untuk STPM, halaman 350

36. 38. STPM Sejarah Islam, halaman 137

(14)

8. Kekaburan ajaran Hindu

Agama Hindu merupakan satu fahaman yang amat kompleks dan sukar difahami oleh

rakyat bawahan.40 Konsep ketuhanan agama Hindu sukar difahami walaupun agama

tersebut telah tersebar ke Alam Melayu semenjak berabad-abad. Agama Hindu mempunyai

banyak tuhan; ada tuhan baik, tuhan jahat dan sebagainya. Penganut-penganutnya juga

tidak faham tentang konsep hukum-hakam, dosa, pahala dan lain-lain lagi.

Ajaran Hindu juga lebih menitikberatkan soal khayalan, dongeng, dewa-dewa dan lain-lain.

Selalunya soal-soal seperti ini hanya difahami oleh sami-sami mereka sahaja. Dengan erti

kata yang lain, ajaran-ajaran agama Hindu banyak yang kabur dan seringkali pula

ajaran-ajarannya tidak diterima akal. Keadaan ini telah menjejaskan kepercayaan

penganut--penganut agama tersebut.41

Sebaliknya agama Islam adalah satu agama yang mudah difahami dan dapat diterima pada

akal oleh setiap golongan rakyat, sama ada rakyat atasan atau bawahan tanpa

memberatkan diri seseorang penganutnya. Jadi tidak menghairankanlah agama Islam

mendapat sambutan yang baik bila ianya diperkenalkan. Hanya dengan menerima konsep

ketuhanan yang esa dan Nabi Muhammad sebagai pesuruhNya, maka keislaman

seseorang itu sudah diterima.42

Penganut-penganut agama Islam dijelaskan dengan sifat-sifat ketuhanan yang

sebenar-benarnya. Tuhan yang menjadikan seluruh alam, mempunyai kekuasaan dan tidak

menyerupai apa-apa benda sekalipun. Hal ini dengan mudah menarik orang-orang Melayu

menerima Islam.43

40. 42. STPM Sejarah Islam, halaman 138

41. 43. Sejarah Islam untuk STPM, halaman 352, 353

40. Hashim, op. cit., halaman 138 41. Mad Aros, op. cit. halaman 352 42. Hashim, op. cit.

(15)

9. Status / perasaan anti sistem kasta

Berbanding dengan ajaran Islam, agama Hindu sangat mementingkan status atau

menekankan konsep kasta. Dalam masyarakat Hindu, manusia dibahagikan kepada taraf

yang berbeza-beza: kasta tinggi (Brahmin), kasta sederhana (Kesyatria dan Vaisya) dan

kasta rendah (Paria). Tiap-tiap orang tidak boleh mengubah kasta.44

Ahli-ahli sosioloji moden menjelaskan bahawa lahirnya sentimen pro-Islam yang mendalam

di kalangan penganut Islam di kawasan ini terutama sekali di kawasan bandar adalah

dipengaruhi dengan kuatnya oleh perasaan anti sistem kasta. Kelas-kelas bawahan dalam

masyarakat menyedari bahawa kedudukan mereka tidak ada nilai dalam sistem masyarakat

lama. Memeluk agama Islam adalah satu cara yang berkesan untuk membebaskan mereka

dari belenggu kasta. Islam dengan ajarannya yang mementingkan persamaan taraf sesama

manusia telah menjadi faktor yang utama dalam penukaran agama.45 Ajaran agama Islam

mengamalkan persaudaraan dan kasih sayang sesama manusia dan penganutnya tanpa

mengira warna kulit bangsa, taraf dan kekayaan. Hal ini amat sesuai dengan cara hidup

orang-onang Melayu yang hidup turun-temurun secara bentolong-tolongan melalui sistem

bergotong-royong. Masyarakat Nusantana juga terkenal dengan sifat-sifat halus dan berbudi

bahasa.46 Sungguhpun sistem kasta di gugusan pulau-pulau Melayu tidak begitu keras

diikuti sebagaimana yang diamalkan di India, tetapi tidaklah benar sama sekali jika

dianggap bahawa tidak ada perbezaan taraf di kalangan masyarakat orang beragama Hindu

di gugusan pulau-pulau Melayu pada masa itu.

Bersama dengan kedatangan agama Islam itu pula wujudnya keamanan, ilmu pengetahuan,

kepandaian menulis dan membaca, keadilan sosial dan kemajuan, sebagai gambaran

daripada keluhuran dan kesucian agama tersebut. Salah satu daripada ajaran Islam ialah

wajib percaya kepada adanya syurga dan neraka, orang yang berbuat baik mendapat

pahala iaitu balasan baik di dalam syurga, orang yang berbuat jahat pula akan menerima

balasan azab dan dimasukkan ke dalam neraka47

44. Sejarah Islam untuk STPM, halaman 353,

45.47. Ikhtisar Perkembangan Islam, halaman 529

46. STPM Sejarah Islam, halaman 138

44. Mad Aros, op. cit.

45. Ahmad, op. cit., halaman 529 46. Hashim, op. cit.

(16)

10. Pengaruh pemerintah

Pengaruh agama Islam yang mula berkembang di Nusantara telah mendapat tempat di

kalangan raja dan pembesar. Pengislaman raja-raja telah membantu perkembangan Islam.

Masyarakat Melayu terkenal sebagai masyarakat yang taat kepada raja. Mereka mudah

terpengaruh dengan perbuatan dan kata-kata raja. Biasanya kata-kata raja juga dianggap

undang-undang muktamad.

Apabila raja dan pembesar sesebuah negeri menganut Islam, secara tidak Iangsung rakyat

jelata turut mengikut jejak langkah mereka. Keadaan ini juga diikuti oleh penduduk di

negeri-negeri jajahan. Akhirnya, Islam berkembang luas di semua daerah Nusantana.48

Susunan masyarakat juga boleh membantu penyebaran Islam. Mengikut sistem Hindu di

mana terdapat struktur masyarakatnya yang berbentuk fiudal, kedudukan seorang raja di

segi agama merupakan penjelmaan dewata. Contoh tauladan yang dilakukan oleh

pembesarnya selalunya diikuti oleh rakyat. Maka pengislaman raja Melayu bererti

peng-islaman rakyatnya juga.49

Selain itu, peranan yang dimainkan oleh Syahbandar dalam perkembangan Islam adalah

amat penting. Syahbandar merupakan pegawai yang berkuasa di pelabuhan-pelabuhan.

Peranannya mengutip cukai dan menjadi perantara antara pedagang dengan sultan.

Biasanya Syahbandar mempunyai pengaruh di kalangan raja dan para pembesar serta

nasihatnya diikuti oleh raja dan pembesar.Di dalam menyebarkan Islam, Syahbandar telah

membawa masuk ahli-ahli agama. Sering juga seseorang Syahbandar bersikap pilih kasih

iaitu hanya pedagang-pedagang Islam sahaja diberi keutamaan berniaga di pelabuhan yang

dikuasai. Ini menggalakkan pedagang-pedagang bukan Islam menganut agama Islam untuk

mendapat kedudukan istimewa. Hal ini sudah tentu mendatangkan sekurang-kurangnya dua

kebaikan iaitu perdagangan berkembang pesat dan bertambahnya bilangan orang yang

menganut Islam. Apabila golongan ini pulang ke tempat asal, sudah tentu mereka dapat

mempengaruhi kaum keluarga supaya menerima ajaran Islam.50

48. 50. Sejarah Islam untuk STPM, halaman 347, 354

49. Ikhtisar Perkembangan Islam, halaman 530

(17)

11. Kekosongan jiwa kerana belum ada agama

Sungguhpun sebahagian besar masyarakat Melayu di Nusantana beragama Hindu, ada

juga yang tidak mempunyai agama. Mereka mengamalkan kepercayaan animisme. Mereka

menyembah dan mempercayai penunggu, pawang, jin dan objek-objek yang dianggap ganjil

dan dipercayai mempunyai kuasa. Dengan perkataan lain, mereka belum Iagi mempunyai

satu pegangan khusus dan sebenar. Jiwa mereka masih kosong. Kedatangan Islam

membawa ajaran yang rasional dan telah mengubah fikiran mereka dan akhirnya diterima

sebagai pegangan hidup.51

Huru-hara akibat perpecahan dalam Iapangan siasah dan pemikiran agama telah terbukti

merupakan suatu faktor yang penting dalam penyebaran agama Islam. Melaka telah

menerima Islam sebagai senjata siasah untuk digunakan bagi menentang Majapahit Hindu

itu. Lain-lain kerajaan beraja yang telah merdeka dari Majapahit telah juga berbuat

demikian. Kekosongan dalam segi pemikiran agama yang merupakan huru-hara siasah di

Tenggara Asia pada penghujungan kurun yang keempat belas hanya dapat diisi oleh

Islam.52

51. Sejarah Islam untuk STPM, halaman 355 52. Ikhtisar Perkembangan Islam, halaman 530, 531

(18)

12. Kelemahan pengaruh Hindu dan Buddha

Kelemahan pengaruh Hindu dan Buddha telah mendorongkan kepada penukaran dan

agama tersebut kepada agama Islam. Lagipun aliran fikiran yang menjadi panduan hidup

orang Hindu banyak yang bertentangan dengan tradisi penduduk tempatan. Sebaliknya

pula, Islam menarik fikiran mereka menyebabkan mereka berasa senang hati memeluk

agama Islam.53

(19)

13. Corak maritim kawasan

Asal-usul kedatangan Islam ke alam Melayu ditentukan oleh corak maritim kawasan yang

menerima pengaruh agama iaitu kawasan persisiran. Kemudahan perjalanan seperti ini

membolehkan agama Islam dari Melaka tersebar lebih jauh ke bahagian utara pesisir Pulau

Jawa, Kepulauan Sulu dan Brunei. Melaka berperanan menyebarkan agama Islam kerana

adanya faktor-faktor tertentu. Di antara peranan sultan iaitu Sultan Muzaffar Syah di mana

baginda telah berusaha mengukuhkan dan menyebarkan agama Islam di Melaka dan

kawasan berhampiran dengannya. Sultan Muzafar menjadikan hukum Islam sebagai asas

pemerintahan baginda. Kumpulan dakwah pula telah berusaha mengajar hukum Islam dan

dengan ini dapat membentuk peningkatan tentang kefahaman dalam Islam. Tambahan pula

sultan Muzaffar memberikan galakan kepada pendakwah bagi melaksanakan rancangan

untuk mengembangkan Islam. Antara pendakwah yang terdapat iaitu Kadi Melawar, Sayid

Abdul Aziz, Maulana Abdul Sadar dan sebagainya. Mereka ini berasal dari Tanah Arab.

Semasa pemerintahan Sultan Mansor Syah, dakwah islamiah telah berkembang dengan

meluas ke seluruh Asia Tenggara terutamanya ke Gugusan Kepulauan Melayu. Pendakwah

dari Melaka telah pergi ke Pulau Jawa, Pulau Borneo dan sebahagian Selatan Filipina untuk

menyerarkan agama Islam.54

(20)

KESIMPULAN

Setelah penerangan yang panjang lebar di atas berdasarkan kepada fakta-fakta yang telah

dikumpul, maka dapatlah disimpulkan bahawa agama Islam berkembang di Nusantara

bukanlah disebabkan oleh satu-satu faktor yang tertentu, malah terdapat 13 faktor yang

masing-masing turut mempengaruhi antara satu sama lain. Antara sebab-sebabnya ialah

perdagangan iaitu melalui para pedagang yang turut menjadi atau membawa bersama mereka

ahli tasauf atau ahli sufi atau pendakwah yang menonjolkan sifat-sifat positif, disamping ideologi

ugama Islam itu sendiri yang mudah difahami, bersifat rasional, universal dan tidak

mengamalkan kasta, menarik perhatian masyarakat Melayu berbandingn dengan agama Hindu

dan Budha yang juga kurang pengaruhnya pada waktu itu. Justeru pemelukan agama Islam di

kalangan para pembesar dan raja merupakan pemangkin perkembangan agama Islam di

Nusantara memandangkan sifat masyarakat Melayu itu sendiri yang taat kepada raja,

menyebabkan mereka turut memeluk ugama Islam. Pada masa yang sama, perkahwinan

saudagar luar sama ada dari Arab atau India yang beragama Islam dengan wanita-wanita

tempatan atau puteri-puteri raja juga turut menyumbang. Senario ini juga berlaku iaitu

perkahwinan antara putera-puteri Melaka dengan putera-puteri tanah-tanah jajahannya.

Kekosongan jiwa kerana belum ada agama yang merupakan huru-hara siasah di Tenggara Asia

pada penghujungan kurun yang keempat belas yang berlaku juga menyebabkan masyarakat

Melayu mudah menerima Islam. Kesemua ini juga berkait rapat dengan corak maritim kawasan

(21)
(22)

RUJUKAN

Abdul Rahman Hj. Abdullah, Dr., Sejarah & Tamadun Islam, Pustaka Ilmi, 2002

Ahmad Hj. Hashim, B.S. (hons) U.M., STPM Sejarah Islam, Pustaka Sri Murni, 1989

Azhar bin Mad Aros, Sejarah Islam untuk STPM, IBS Buku Sdn. Bhd., 1991

Dusuki bin Hj. Ahmad, Ikhtisar Perkembangan Islam, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kementerian Pelajaran Malaysia, 1987

Ismail Hamid, Dr., Peradaban Melayu & Islam, Fajar Bakti Sdn. Bhd., 1985

Mohd Masir Ripin, Tamadun Islam & Tamadun Asia 1, Pusat Pengajian Islam dan Pembangunan Sosial, Universiti Teknologi Malaysia, 2003

Referensi

Dokumen terkait

Rahyono (2003) menyatakan intonasi sebuah bahasa memiliki keteraturan yang telah dihayati bersama oleh para penuturnya.Penutur sebuah bahasa tidak memiliki kebebasan yang

Penelitian tindakan kelas ini difokuskan pada peningkatan kemampuan mahasiswa calon guru kimia dalam melakukan Praktikum Kimia Dasar dengan strategi learning cycle

PRAJNYA PARAMITA. Program Studi : Pendidikan Pancasila dan Kewarganegaraan, Jurusan Pendidikan Ilmu Pengetahuan Sosial, Fakultas Keguruan dan Ilmu Pendidikan,

Pembayangan penuh pada dinding tidak terjadi pada bulan Juni dan Juli karena pada bulan tersebut lintasan matahari berada paling jauh di belahan bumi Utara, sehingga posisinya

Apabila solusi awal tidak mungkin diambil, maka sistem akan melanjutkan dengan pengolahan data, yakni mencoba mengambil pengetahuan dari data latihan yang telah

This statement is similar with preveous research of dielectric constant in edible oils and fatty acids at frequency 100 Hz - 1 MHz (Lizhi et al.. This result indicated

Berdasarkan hasil penelitian yang telah dilakukan mengenai pengaruh pelatihan terhadap kinerja karyawan Kedai Roti Gempol dan Kopi Anjis Bandung, maka dapat diambil beberapa

Biaya penggabungan usaha adalah keseluruhan nilai wajar (pada tanggal pertukaran) dari aset yang diperoleh, liabilitas yang terjadi atau yang ditanggung dan instrumen