BAB 1 PENGENALAN
1.1 PENDAHULUAN
Dalam bab ini kami akan menerangkan tentang pengenalan bagi sebuah Troli Bot Fiber. Namun, dalam bab ini kami dapat mengetahui masalah dengan penyataan masalah, objektif kajian serta skop kajian.
1.2 PENYATAAN MASALAH
Penyataan masalah, projek ini merupakan masalah yang timbul dihadapi oleh nelayan dalam proses mengangkat atau menyimpan bot mereka ditempat yang selamat. Proses penyimpanan dan pengangkutan bot fiber adalah rumit dan sukar, sekiranya tiada troli bot yang boleh membantu. Keadaan ini menyukarkan orang ramai terutamanya golongan yang berpendapatan rendah untuk membeli atau memiliki troli bot. Troli bot yang berada di pasaran selalunya menggunakan komponen yang mahal, dan ditawarkan dengan harga yang tinggi.
Selain itu, Troli bot yang berada di pasaran mempunyai masalah dari segi pengangkutan bot keatasnya. untuk menaikkan bot fiber ke atasnya. Ini kerana rekabentuk troli bot fiber yang digunakan pada masa kini tidak sesuai. Oleh itu, sebuah rekabentuk troli bot dicipta bagi memudahkan kerja-kerja menggangkut dan menyimpan bot fiber. Ini memudahkan nelayan yang hendak melakukan aktiviti seperti memancing, menahan bubu, menjala ataupun memukat ikan di sungai mahupun di pesisiran pantai. Semoga rekabentuk troli ini dapat menyelesaikan masalah nelayan untuk menaikkan dan menurunkan bot fiber mereka di sungai ataupun di persisir pantai.
Troli bot yang berada di pasaran memerlukan kepakaran untuk dibaikpulih atau di selenggara jika mengalami kerosakan. Industri pengeluaran troli bot juga
kebiasaannya mengeluarkan troli yang agak besar dan berat. Kos penghasilan juga mahal dan menyukarkan nelayan kecil untuk memilikinya. Selain itu, troli bot amat penting bagi nelayan kecil untuk mencari pendapatan. Kebiasaannya, nelayan menggunakan bot fiber bersaiz kecil dan sederhana serta perlu diangkut menggunakan troli yang bersesuaian untuk proses penyimpanan. Jadi agak sukar bagi mereka mendapatkan troli bot yang berada di pasaran kerana tidak mempunyai siaz yang sesuai untuk bot mereka. Kebiasaannya bot mereka di ikat di tiang-tiang kayu atau jeti yang berada di kuala sungai atau tepi pantai. Ini boleh menimbulkan masalah jika air pasang besar atau surut. Kemungkinan besar bot fiber mereka akan mengalami kerosakan dan mereka tidak akan turun ke laut untuk melakukan aktiviti. Sehubungan dengan itu, troli bot adalah salah satu jalan penyelesaian bagi nelayan untuk mengatasi masalah ini
.
1.1 OBJEKTIF KAJIAN
Objektif kajian adalah seperti berikut:-
Merekabentuk sebuah troli bot yang boleh dilaras dan bersesuaian bagi penggunaan nelayan kecil.
Membuat analisa data tentang berat bot yang mampu ditampung
1.2 SKOP KAJIAN
Setiap projek dan konsep yang hendak dihasilkan memerlukan penghasilan yang berinovasi, efektif dan bermutu tinggi dari segi rekabentuk dan fungsinya. Bagi mencapai objektif ini, kami telah menetapkan beberapa skop projek seperti dibawah:
Had pelaksanaan projek dikatakan sebagai skop perlu dibuat sebagai rujukan bagi memastikan setiap perlaksaan projek tidak terkeluar dari objektif yang ingin dicapai.
Menghasilkan suatu troli yang boleh dilaras mengikut saiz bot dan pergerakan nelayan mengalihnya ke tempat yang lain. Troli bot ini hanya menampung berat
BAB 2
KAJIAN ILMIAH
2.1 PENDAHULUAN
Dalam bab ini kami akan menerangkan tentang kajian ilmiah dan sejarah yang dijadikan sebagai panduan kepada kami untuk menjayakan projek ini. Selain itu, kami telah membuat kajian dengan mengadakan sesi temu bual dengan nelayan dan pengeluar troli bot.
2.2 PENGENALAN
Troli bot fiber yang pertama telah direka oleh Frank W. Hawley pada tahun 1893 di Erie Canal. Penggunaan enjin elektrik yang digunakan dapat mengerakkan troli bot tersebut. Jarak pergerakan troli bot ini adalah sejauh 2 km. Selain itu, Oregon telah melakukan inovasi dalam penyediaan troli bot. Troli bot tersebut dapat mengangkut bot yang lebih besar.
Di Perancis, troli bot yang pertama telah diuji pada tahun 1895 oleh M. Galliot di Bourgogne Canal. Troli bot itu dipanggil sebagai, “Trolleytruck” kerana bentuk yang digunakan seakan truck dan mempunyai tiga roda. Ia juga boleh dipandu di atas jalan dengan menggunakan roda logam dan tanpa memerlukan bagi mengangkut berbagai jenis bot.
Pada tahun 1890, kerajaan Jerman menjalankan eksperimen dengan menggunakan lokomotif wap bagi menghasilkan troli bot. Keputusan yang diterima oleh mereka mendapat hasil yang memberangsangkan iaitu berjaya menunda tujuh buah bot fiber yang bersaiz besar. Walau bagaimanapun, troli ini memerlukan penggunaan tenaga yang amat tinggi dan sistem yang tidak ekonomik
Rajah 2.1 : Troli Bot Pertama
2.3 TROLI
Troli merupakan sesuatu kemudahan untuk mengangkat atau memindahkan barang dari satu tempat ke tempat yang lain. Troli mempunyai banyak jenis dan kegunaanya seperti troli yang boleh mengangkat gas, barang-barang keperluan dan lain-lain. Dengan adanya troli, kita tidak perlu lagi memikul barang-barang. Ini memudahkan pengguna untuk mengangkat barang dalam kuantiti yang banyak dan berat. Troli pertama dicipta adalah untuk mengangkat barang-barang keperluan di pasaraya. Ianya dicipta oleh Sylvan Nathan Goldman yang terhasil diinovasikan daripada kereta mainan kanak-kanak. Ianya berkembang dari semasa ke semasa sehinggakan banyak troli yang mempunyai pelbagai bentuk dan fungsi yang berbeza.
2.4 JENIS – JENIS TROLI BOT FIBER
Jadual 2.1 : Jenis – Jenis Troli Bot
Bil Gambar Troli Bot Kelebihan Kekurangan
1
Rajah 2.2 Troli Bot Kayu
Boleh digunakan untuk mengangkut bot di tepi pantai
Kayu troli bot cepat reput dan patah.
2
Rajah 2.3 Troli Bot Berkaki Lima
Boleh mengangkut
bot fiber bersaiz 20 kaki.
Tidak
mempunyai roller dan batang syaf.
3
Rajah 2.4 Troli Bot Berkaki 20
Troli bot ini juga boleh ditarik dengan menggunakan kenderaan dan tidak memerlukan tenaga manusia untuk menggerakkanya.
Komponen yang banyak
menyebabkan kos nya sangat mahal.
4
Rajah 2.5 Troli Bot Berkaki 30
Troli bot ini boleh digunakan di tempat seperti pelabuhan dan di kawasan lain.
Troli ini tidak boleh
digerakkan dengan
kenderaan biasa dan perlukan kenderaan berat kerana saiznya yang besar.
5
Rajah 2.6 Troli Bot Berkaki 9
Boleh digerakkan dengan menggunakan kenderaan biasa walaupun saiznya sederhana besar.
Kos
pembuatannya amat mahal kerana memerlukan komponen yang banyak untuk direka.
6
Rajah 2.7 Troli Bot Tirus
Boleh juga digunakan di tempat pelabuhan dan kawasan lain untuk mengangkut bot fiber bersaiz 14 kaki.
Susah untuk menyimpan di kawasan tertutup seperti garaj kerana saiznya yang besar.
7
Rajah 2.8 Troli ”Speedboat”
Troli bot hidraulik jek mempunyai alat hidraulik jek yang boleh melaraskan ketinggian troli bot.
Kos yang mahal kerana
menggunakan komponen yang banyak
contohnya alat hidraulik jek.
8
Rajah 2.9 Troli Bot Fiber Berkaki
24
Kos yang murah kerana hanya menggunakan kayu serta roda.
Kayu yang digunakan troli bot ini mudah reput serta cepat patah
9
Rajah 2.1.1 Troli Bot Kapal
Mempunyai besi yang kuat untuk
mengangkut bot dan tidak mudah berkarat kerana besi berkualiti tinggi.
Memerlukan kenderaan yang berat untuk mengangkut bot. Kos yang tinggi dari segi perbaiki troli bot.
10
Rajah 2.1.2 Troli Bot Kayu Berkaki
10
Dibina dengan kayu Memerlukan tenaga manusia
11
Rajah 2.1.3 Troli Bot Berkaki 32
Mempunyai lebih pada empat roda yang dapat menggerakkan troli bot dengan stabil dan mudah mahupun.
Memerlukan kenderaan yang berat untuk menggerakkan troli.
12
Rajah 2.1.4 Troli Bot Berkaki 16
Diperbuat daipada kayu yang
bercampuran dengan bahan yang kuat.
Memerlukan kenderaan yang berat untuk menggerakkan troli.
13
Rajah 2.1.5 Troli Bot Kapal
Dapat mengangkut kapal dan bot bersaiz besar.
Memerlukan kenderaan yang berat untuk mengangkut.
Komponen alat ganti sukar untuk dapat di pasaran.
Tidak sesuai untuk kegunaan nelayan.
14
Rajah 2.1.6 Troli Bot Berkaki 30
Tidak mempunyai had pengangkut bot.
Tiada penyesuian untuk kegunaan nelayan.
15
Rajah 2.1.7 Troli Bot Fiber Berkaki
12
Dapat mengangkut bot fiber secara songsang dan
memudahkan nelayan melakukan kerja dengan mudah.
Kos yang mahal dari segi bahan yang digunakan untuk mencipta troli tersebut.
16
Rajah 2.1.8 Troli Bot Berkaki 26
Mempunyai roller yang boleh
memudahkan nelayan menolak bot naik ke atas troli.
Kos troli amat mahal kerana memerlukan komponen yang banyak untuk mereka troli bot itu.
17
Rajah 2.1.9 Troli Bot Kenderaan
Dapat mengangkut bot bersaiz besar.
Memiliki lebih pada empat roda yang dapat menstabilkan gerakkan troli.
Kos yang mahal dari segi alat ganti dan pasaran.
Memerlukan krain untuk mennaikkan bot ke atas troli.
2.5 KAJIAN KOMPONEN YANG DIGUNAKAN
2.5.1 Besi Berongga
Rajah 2.2.1 : Besi Berongga
Besi berongga, galvanin kebiasaan digunakan dalam konstruksi bangunan, terutamanya pagar, kanopi atau pintu gerbang. Besi berongga juga dapat digunakan untuk menampung pada pemasangan platfom.
Kelebihan :
Tidak berkarat dan berkalis air.
Dapat menampung pasangan platform.
Kekurangan :
Kos yang agak mahal.
Perjualan pasaran adalah terhad.
2.5.2 Roda Tahan Lasak
Rajah 2.2.2 : Roda Tahan Lasak
Untuk tayar hadapan, kami menggunakan roda tahan lasak. Pemilihan ini adalah kerana roda ini mampu membuat pusingan 360 darjah.
Kelebihan :
Dapat memusing sebanyak 360 darjah.
Kekurangan :
Tayar mudah pecah
Kos agak mahal.
2.5.3 Roda Kenderaan
Rajah 2.2.3 : Roda Kenderaan
Tayar belakang, kami memilih tayar kereta kerana ianya lebih murah dan tahan lasak serta mampu menampung beban.
Kelebihan :
Tiada had menampung berat
Dapat bergerak dengan lancar Kekurangan :
Penjualan pasaran adalah terhad.
Diperbuat daripada plastik dan mudah lebur.
2.5.4 Shaft Pemegang Roda Belakang
Rajah 2.2.4 : Shaft Pemegang Roda Belakang
Ia digunakan untuk mengikat dua roda yang digunakan. Ia boleh ditanggalkan dengan mudah berbanding ikatan kimpalan.
Kelebihan:
Pengikat yang kuat dan tidak mudah longgar.
Shaft tidak mudah patah.
Kekurangan :
Bahan mudah berkarat.
2.5.5 Bearing Pemutar Roda
Rajah 2.2.5 : Bearing Pemutar Roda
Suatu komponen yang berfungsi untuk mengurangkan geseran pada mesin atau komponen-komponen yang bergerak dan saling menekan antara satu dengan yang lain.
Kelebihan :
Roda dapat bergerak dengan lancar.
Tiada geseran yang berlaku.
Kekurangan :
Kos yang mahal.
Sukar dijual di pasaran.
BAB 3 METODOLOGI
3.1
PENDAHULUAN
Dalam bab ini membincangkan proses kerja yang telah dijalankan bagi pelaksanaan kerja, peralatan dan bahan yang digunakan. Ianya berkaitan dengan perhasilan atau pengunaan troli bot fiber. Ketepatan ukuran merupakan aspek utama yang diambil kira bagi menghasilkan projek yang tepat mengikut ukuran. Antara kaedah kerja yang dijalankan semasa pelaksanaan projek ini ialah melakar rekabentuk troli bot. Metodologi sangat penting bagi membantu projek berjalan dengan lancar.
Metodologi juga dapat memudahkan untuk mengetahui tentang projek yang sedang dijalankan. Di awal projek, penyelidikan dibuat tentang projek troli bot sedia ada dan disitulah tercetusnya idea untuk menghasilkan inovasi troli bot. Hasil dari penyelidikan kami, memilih untuk mengunakan besi berongga kerana ianya kukuh dan mempunyai kos yang rendah. Selain itu, kami menggunakan roda kenderaan untuk bahagian belakang dan roda tahan lasak pada bahagian hadapan untuk memastikan troli dapat bergerak dengan lancar dan selamat digunakan.
3.2 CARTA ALIRAN METODOLOGI PENYELIDIKAN
Carta alir adalah rajah yang mewakili suatu proses di mana ia ditunjukkan dalam pelbagai bentuk dan susunannya dihubungkan dengan anak panah. Gambaran rajah dapat membantu dalam menyelesaikan masalah yang timbul secara selangkah demi selangkah. Operasi proses diwakili bentuk kotak dan anak panah yang mewakili aliran kawalan data. Carta alir telah digunakan dalam menganalisis, merekabentuk, mendokumentasi atau menguruskan proses. Pemilihan projek ini, berdasarkan permasalahan yang berlaku dipersekitaran yang mendatangkan kepayahan atau kesusahan pada seseorang. Selepas banyak idea yang diperkenalkan dan dibincangkan dengan penyelia. Kami telah membuat keputusan untuk membangunkan sebuah Troli Bot Fiber.
Selepas itu, skop dan objektif di cari bagi penghasilan projek. Skop dan objektif dibuat, berdasarkan permasalahan yang berlaku. Apabila selesai mengenal pasti skop dan objekif, proses pemilihan komponen dijalankan untuk mengenalpasti komponen-komponen yang ingin digunakan untuk menghasilkan projek ini.
Pembentangan projek satu, melibatkan beberapa perkara iaitu pengenalan projek, skop, objektif, penyataan masalah, kajian literasi, metodologi, dan lukisan berbantu komputer seperti Autodesk Inventor. Selepas projek diluluskan dan diterima, pelaksanaan aktiviti projek seperti proses merekabentuk dibuat untuk penghasilan projek. Apabila projek telah siap, semakan projek dilakukan oleh penyelia supaya projek yang dilakukan berfungsi seperti yang dirancangkan. Penghasilan laporan projek untuk menganalisis data-data yang terdapat pada projek yang dicipta. Selepas penghasilan ini, pembentangan kedua diadakan untuk mengetahui tentang pelaksanaan projek. Penyerahan projek dan laporan akhir adalah proses akhir selepas pembentangan kedua.
3.3 CARTA ALIR PROJEK
TAMAT
PEMILIHAN KOMPONEN
PENGHASILAN PROJEK
ANALISIS DATA
KEPUTUSAN DAN KESIMPULAN
PROJEK TIDAK
PENCARIAN MAKLUMAT DAN MENGENALPASTI
MASALAH
YA MULA
PEMILIHAN TAJUK
OBJEKTIF DAN PENENTUAN SKOP PROJEK
Rajah 3.1 : Carta Alir
3.4 KONSEP REKA BENTUK
Jadual 3.1 : Konsep Reka Bentuk
Konsep Huraian
Rajah 3.2 Troli kayak
Konsep ini tidak sesuai dalam menggangkut bot fiber dan memerlukan tenaga manusia.
Penggunaan bahan bagi konsep ini adalah besi berongga dan dapat digunakan dengan jangka masa yang lama.
Kelebihan:-
Dapat melipatkan troli
Dapat mengangkut pelbagai jenis objek
Kekurangan:-
Tidak sesuai untuk mengangkut bot fiber
Saiz troli amat kecil
Rajah 3.3 Troli Bot Berkaki Lima
Troli bot fiber ini diperbuat daripada besi berongga yang dapat menggangkut berpanjangan kurang daripada lapan kaki serta mempunyai tiga roda yang dapat bergerak dengan mudah pada persisiran pantai.
Kelebihan:-
Troli bot diperbuat menggunakan
“Porclain”.
Bot fiber dapat diangkut dengan selamat agar terdapat tempat pemegang bot fiber.
Troli ini diperbuat daripada kayu dan digunakan
Rajah 3.4 Troli Bot Kayu
untuk menggangkut bot fiber yang berpanjangan lebih daripada dua puluh kaki dan mudah direput agar air masin yang diheret semasa menggangkut bot fiber akan menyebabkan troli ini mereput.
Kelebihan:-
Dapat mengangkut bot fiber yang berpanjangan 20 kaki.
Digunakan di persisiran pantai.
Kekurangan:-
Mudah direput akibat air masin di pantai.
Kos pembinaan yang tinggi.
Rajah 3.5 Troli Bot Fiber
Troli ini yang direka oleh kami merupakan troli bot fiber inovasi yang terdapat iaitu troli ini boleh dilaras dan dapat mengangkut bot yang berlainan saiz.
Kelebihan:-
Dapat melaraskan kepada panjangan minima kaki iaitu 8 sehingga panjangan maksima iaitu 14 kaki.
3.5 CADANGAN REKA BENTUK PROJEK
Rajah 3.6 : Lakaran Troli Bot Fiber
Berdasarkan lakaran rekabentuk yang telah kami cadangkan, kami telah mendapatkan spesifikasi ukuran saiz Troli Bot Fiber yang akan kami buat.
3.6 ANGGARAN KOS
Jadual dibawah menunjukkan kos untuk penghasilan projek Troli Bot Fiber. Dalam jadual ini menunjukkan bahan-bahan yang digunakan dengan harga yang lengkap beserta unit
Jadual 3.2: Kuantiti Beserta Kos
Bil Item Unit Kos seunit Jumlah
1 Plat keluli 1 50.00 50.00
2 Besi berongga 2 90.00 180.00
3 Roda bahagian belakang 2 50.00 100.00
4 Roda bahagian hadapan (heavy duty) 1 40.00 40.00
5 Spray 2 7.60 15.20
6 Skru dan pengikat 7 2.00 14.00
7 Bearing roda 2 50.00 100.00
JUMLAH KESELURUHAN RM499.20