• Tidak ada hasil yang ditemukan

BAB 1 PENGENALAN 1.1 LATAR BELAKANG KAJIAN

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "BAB 1 PENGENALAN 1.1 LATAR BELAKANG KAJIAN"

Copied!
28
0
0

Teks penuh

(1)

1 BAB 1

PENGENALAN

1.1 LATAR BELAKANG KAJIAN

Pada masa kini, kebanyakkan manusia menggunakan teknologi untuk memudahkan urusan kehidupan mereka dalam semua aspek. Manusia sentiasa mencari sesuatu untuk membantu melakukan kerja-kerja yang berat dan susah dalam urusan seharian mereka. Oleh itu, troli dibina untuk membantu mengurangkan penggunaan tenaga manusia ketika mengangkat dan memindahkan barang yang berat dari satu tempat ke tempat yang lain. Penggunaan troli juga dapat membantu menyelesaikan masalah kesihatan manusia terutama yang melibatkan laporan kejadian sakit tulang belakang selepas urusan pemindahan barang di tempat kerja atau rumah kediaman.

1.2 PERNYATAAN MASALAH

Pada masa kini, pengguna mempunyai masalah untuk mengangkat atau

memindahkan beban yang berat ke tempat yang tinggi dan ia juga memerlukan

pengunaan tenaga manusia yang ramai. Masalah ini biasanya dihadapi oleh pengguna

domestik yang tiada peralatan canggih untuk membantu mereka mengangkat dan

memindahkan barang yang berat. Malah, laporan kes kemalangan yang menyebabkan

kecederaan semasa mengangkat beban yang berat sering berlaku. Projek Lifter Trolley

yang dibina ini akan membantu menyelesaikan sedikit sebanyak masalah yang dihadapi

oleh kebanyakkan pengguna domestik terutama dalam urusan pemindahan dan

mengangkat barang berat yang memerlukan tenaga manusia yang ramai.

(2)

2 1.3 OBJEKTIF KAJIAN

Objektif kajian ini adalah untuk :

i. Merekabentuk dan membina sebuah Lifter Trolley menggunakan sistem mekanikal dibantu Perisian Inventor Autodesk Professional 2016.

ii. Menganalisis sistem kecekapan Lifter Trolley yang dibina.

1.4 SKOP KAJIAN

Setiap projek dan konsep yang hendak dihasilkan memerlukan penghasilan yang berinovasi, efektif dan bermutu tinggi dari segi rekabentuk dan fungsinya. Bagi mencapai objektif ini, kami telah menetapkan beberapa skop projek seperti di bawah;

1. Dimensi troli 107 x 76 x 120cm

2. Tinggi maksimum troli adalah 120 cm.

3. Rendah maksimum troli adalah 70 cm.

4. Menggunakan sistem scissor lift

5. Digunakan untuk mengalih dan mengangkat beban maksimum 130kg

6. Lebih tertumpu untuk mengangkat dan mengalih beban ke atas lori yang berketinggian 120cm ke bawah.

1.5 KEPENTINGAN KAJIAN

Tujuan kajian ini dilakukan adalah untuk mengurangkan kes sakit tulang belakang

dan penggunaan tenaga manusia yang ramai untuk mengangkat objek berat ke tempat

yang lebih tinggi.

(3)

3 1.6 TAKRIFAN

Manusia mula menyedari bahawa objek berat mampu digerak atau dipindahkan dengan mudah menggunakan objek berbentuk bulat seperti pokok yang diletakkan di bawahnya dan digerakkan dengan menggulingkannya. Penyedaran idea ini telah melahirkan penghasilan papan luncur salji. Lurah dipotong menggunakan pengguling yang hanya memerlukan tenaga yang kurang untuk membuat gerakan berputar. Pada batang tempat berputarnya roda, kayu pasak digunakan untuk membaiki kereta salji tanpa roda di mana ia direhatkan di atas pengguling supaya tidak bergerak dan kelihatan seperti kereta sorong.

Manusia telah menyedari tentang kepentingan persekitaran. Pertukaran atau perkembangan dibuat dengan menggantikan bahan utama kayu kepada logam contohnya mild steel bagi menahan panas serta tahap ketahanan dalam penghasilan produk.

Kebiasaannya dari segi pengurusan dan perniagaan bahan yang digunakan bagi menghasilkan sesebuah troli ini perlulah murah serta mempunyai ketahanan yang tinggi bagi menampung beban. Bagi menghasilkan troli yang ringan serta mudah, contoh termudah yang boleh dipakai adalah plastik. Walaubagaimanapun plastik merupakan bahan utama troli yang mempunyai pelbagai kelemahan dan tidak sesuai digunakan sebagai bahan utama troli kerana plastik tidak mempunyai ketahanan yang tinggi pada suhu yang tinggi. Oleh itu bahan utama yang digunakan sekarang adalah bahan besi.

Pastinya troli mempunyai pelbagai keperluan bagi sesuatu alat untuk memindahkan barang-barang berat dan pada mulanya ia hanya menggunakan tenaga manusia, binatang dan tenaga air untuk mengangkat beban. Memikirkan mengangkat beban bergantung pada asas tenaga pada pertanian sehinggalah revolusi pada abad ke-18 dimana kuasa mesin dikaitkan dengan perkembangan dalam mengangkat.

Pada tahun 1835, pengangkutan barang menggunakan tali sawat diperkenalkan

buat kali pertama oleh sebuah kilang di England. Kuasa pengangkat hidraulik pula

menggunakan tekanan air yang muncul pada tahun 1846. Manakala kuasa pengangkat

beban menggunakan tenaga elektrik pada tahun 1889, dimana ia dapat mempercepatkan

(4)

4 pergerakan dengan aplikasi menekan butang dan pengawalan tuil didapati pada tahun 1894. Kuasa pengangkat barang mula dikenali sebagai mesin kemajuan kejuruteraannya.

Secara praktikal, roda merupakan sesuatu kaedah yang dianggap lama dari segi pencapaian sejarahnya yang tersendiri. Roda pertama yang telah dihasilkan adalah pada zaman Mesopotamia. Dalam bentuk yang mudah roda merupakan kayu keras yang dipasang dan berbentuk bulat dimana ia diikat menggunakan pin kayu keselamatan.

Ciptaan roda tersebut merupakan titik mula peralihan dalam tamadun manusia pada zaman tersebut. Ia membawa kepada penggunaan yang lebih efisyen berbanding dengan menggunakan tenaga binatang dalam pertanian dan pekerjaan yang lain dengan menjadikan ciptaan mekanikal adalah alat yang paling berharga dalam mengawal aliran dan arah bagi kuasa dan kerja. Penggunaan roda dalam kehidupan moden dan berteknologi tiada kesudahan yang mutlak. [1]

1.7 RUMUSAN BAB

Begitulah serba sedikit pengenalan tentang troli. Seterusnya, kajian ini diteruskan

dengan bab 2 iaitu kajian literatur.

(5)

5 BAB 2

KAJIAN LITERATUR

2.1 PENGENALAN BAB

Membuat kajian terhadap komponen-komponen yang terlibat di dalam membangunkan rekabentuk Lifter Trolley. Melalui kajian ini, ia dapat membantu pereka dalam mengetahui fungsi-fungsi dan kendalian komponen-komponen yang terlibat. Di samping itu juga, pereka dapat membuat pemilihan komponen yang terbaik berdasarkan objektif kajian.

2.2 PANDUAN IDEA

Untuk menjadikan projek kami lebih berjaya kami perlu berpandukan pada produk-produk yang sedia ada. Ia akan menjadikan sumber untuk menjalankan projek ini.

Dengan ini kami dapat mengolahkan produk-produk yang sedia supaya dapat

diaplikasikan pada Lifter Trolley. Reka bentuk dan fungsi sesuatu produk itu akan diubah

mengikut kesesuaian projek.

(6)

6 2.2.1 : KAJIAN SPESIFIKASI TROLI DIPASARAN

Pelbagai jenis troli telah dipasarkan di pasaran tempatan mahupun di pasaran antarabangsa. Setiap troli mempunyai kebolehan, keunikan dan ciri-ciri reka bentuk yang tersendiri yang telah disuaikan seperti kehendak penciptanya. Pencipta menciptanya atas dasar permasalahan yang timbul hasil daripada pemerhatian terhadap pengguna. [2]

Bil. Jenis Roda Kapasiti beban (kg)

1.

Super duty caster

540 - 2300

2.

Elastic rubber caster

100 - 200

3.

Nylon caster

50

4.

PVC caster

40 - 80

Jadual 2.1 : Jenis – jenis roda [3]

(7)

7 Jenis

troli

Berat (kg)

Kapasiti beban

(kg)

Luas troli (mm)

Kelebihan Kekurangan

Harga (RM) Hydraulic lifter

44 226 710x4

40

Boleh angkat

beban seberat 226

kg

Tinggi maksimum

740 mm 1157.4 7

Porta Lift

27 100 400x6

35

Tapak troli boleh dinaikkan

setinggi 100 cm

Maksimum beban yang

boleh diangkat hanya 100 kg

sahaja

800

Stacker lift hydraulic

1000 435x6 00

Boleh mengangka

t beban 1000 kg

dengan ketinggian

1800 mm

Mahal 1999

Jadual 2.2 : Jenis – jenis troli di pasaran [4]

(8)

8 2.3 : KAJIAN KOMPONEN YANG DIGUNAKAN PADA PROJEK

Rajah 2.3.1 Plat Keluli

Dari sudut alam sekitar, bahan pembinaan daripada keluli boleh dikitar semula, melibatkan kos pengangkutan yang murah dan tidak menghasilkan pencemaran bunyi serta habuk yang tinggi. Besi sebagaimana kebanyakan logam, biasanya tidak dijumpai dalam kerak bumi dalam bentuk unsur. Besi hanya boleh didapati dalam kerak bumi dalam bentuk sebatian dengan oksigen dan belerang.

Rajah 2.3.2 Besi berongga

Besi berongga adalah besi yang ringan. Besi ini mempunyai dua bentuk iaitu bulat

dan petak. Biasanya besi ini dibuat daripada besi berongga dan galvanis yang sering

digunakan dalam konstruksi bangunan, terutamanya pagar, atap kanopi atau pintu

gerbang. Besi berongga juga dapat digunakan untuk menampung pada pemasangan

platform bahagian atas. [5]

(9)

9 Rajah 2.3.3 Roller Heavy Duty

Roda ini digunakan pada bahagian belakang troli untuk menampung beban berat.

Pemilihan roda ini lebih sesuai kerana dari keselamatannya ia boleh dikunci supaya troli tidak dapat bergerak. Ianya juga mampu berpusing 360

o

yang dapat memudahkan pergerakan troli.

Rajah 2.3.4 Roda satu arah

Untuk roda bahagian hadapan, kami memilih untuk menggunakan roda ini.

Pemilihan ini adalah kerana roda ini hanya mampu bergerak satu hala sahaja. Ianya bagi

melancarkan lagi pergerakan ketika ditolak.

(10)

10 Rajah 2.3.5 Bolt dan nat

Ia digunakan untuk mengikat dua komponen atau lebih. Mempunyai pelbagai saiz dan sesuai digunakan untuk mengikat komponen. Ia boleh ditanggalkan dengan mudah berbanding ikatan kimpalan. Komponen ini paling banyak digunakan dalam projek ini pada setiap bahagian.

Rajah 2.3.6 Washer

Merupakan plat yang nipis dan mempunyai ruang pada bahagian tengahnya.

Kebiasaanya digunakan untuk menyumbang sedikit berat pada pemasangan bolt dan nat.

Kegunaan yang lain bagi adalah sebagai peruang, kadar lapisan dan alat pengikut. Ia juga mempunyai pelbagai saiz dan kelebaran bergantung kepada saiz bolt dan nat yang digunakan. [6]

Selalunya washer mempunyai diameter luar yang dua kali ganda besar berbanding

diameter dalamnya. Ia diperbuat daripada plastik atau besi. Selain itu, ia juga diperbuat

daripada getah dan bahan kaca yang digunakan untuk menahan pengaliran air pada

pemasangan paip.

(11)

11 2.4 PERALATAN PROJEK

Peralatan peralatan yang digunakan untuk menjayakan sebuah adalah seperti berikut:

Rajah 2.4.1: Mesin kimpalan MIG

Digunakan untuk menyambung besi-besi bagi dijadikan rangka. Kumain yang terhasil menyambung besi-besi untuk dijadikan produk. Mesin MIG ini dapat dioperasikan secara manual dengan menarik picu untuk mengeluarkan leburan logam bagi proses menyambung besi menggunakan proses kimpalan.

Proses untuk mengimpal menggunakan kaedah MIG juga adalah lebih mudah berbanding kimpalan arka yang lain. Kebanyakan kimpalan-kimpalan yang dibuat di bengkel-bengkel juga adalah kimpalan MIG.

Prinsip asas kimpalan MIG dalam kimpalan MIG, arka elektrik terbentuk

apabila hujung dawai elektrod bersentuhan dengan logam asas. Arka menghasikan

haba yang akan meleburkan logam asas dan hujung elektrod. Leburan elektrod

dan logam asas bercampur membentuk kolam leburan dan sebati apabila sejuk

untuk menghasilkan kumai kimpalan. Dawai elektrod tanpa salutan dibekalkan

berterusan (dalam bentuk gelungan) melalui unit suapan dawai. Bekalan gas

lengai melindungi arka dan kolam leburan daripada udara atmosfera. Kimpalan

MIG kebiasaannya digunakan untuk menyambungkan komponen-komponen yang

berasingan untuk dijadikan produk. [7]

(12)

12 MIG digunakan dengan meluas untuk kimpalan yang memerlukan kadar pengeluaran tinggi, contohnya dalam kilang pembuatan. Antara kelebihan MIG:

i. Proses boleh diautomasikan (digabungkan dengan robot).

ii. Proses lebih cepat.

iii. Hasil kimpalan bermutu tinggi.

iv. Arka dan kubang kimpal mudah dilihat semasa melakukan pengimpalan.

v. Kimpalan boleh dibuat pada semua kedudukan.

vi. Boleh mengimpal semua jenis logam utama .

Rajah 2.4.2: Mini grinding machine

Mini grinding machine adalah mesin canai mudah alih yang mengacu pada

pembuatan bentuk datar dan permukaan yang rata pada sebuah benda kerja yang berada

di bawah batu grinder yang berputar. Pada umumnya mesin grinder digunakan untuk

penggerindaan permukaan yang meja mesinnya bergerak horizontal bolak-balik. Benda

kerja dicengkam pada meja magnetik, digerakkan kehadapan dan belakang di bawah batu

grinder. Meja pada mesin grinder mendatar dapat dioperasikan secara manual atau

automatik yang dapat diatur pada bahagian mata alat

.

[8]

(13)

13 Rajah 2.4.3: Mesin Pemotong Mudah Alih ( grinder )

Mesin grinder merupakan mesin yang bertujuan untuk mengasah benda kerja seperti pisau dan pahat, atau dapat juga bertujuan untuk membentuk benda kerja seperti merapikan hasil pemotongan, merapikan hasil las, membentuk lengkungan pada benda kerja yang bersudut, menyiapkan permukaan benda kerja untuk dilas, dan lain-lain.

Mesin grinder mampu untuk dapat menghasilkan kecepatan sekitar 11000 –

15000 rpm. Dengan kecepatan tersebut mata grinder yang merupakan komposisi

aluminium oksida dengan kekasaran serta kekerasan yang sesuai, dapat menggerus

permukaan logam sehingga menghasilkan bentuk yang diinginkan. Dengan kecepatan

tersebut juga, mesin grinder juga dapat digunakan untuk memotong benda logam dengan

menggunakan mata grinder yang dikhususkan untuk memotong. [9]

(14)

14 Rajah 2.4.4: Mesin gerudi tangan

Mesin gerudi yang digunakan ialah jenis gerudi tangan. Mesin ini digunakan untuk menebuk lubang pada permukaan besi. Mesin ini mudah digunakan kerana ia boleh digunakan pada kedudukan yang berlainan. [10]

Rajah 2.4.5: Mata gerudi besi

Mata gerudi yang digunakan ialah jenis stainless steel. Ia sesuai digunakan untuk

menebuk lubang pada pelbagai jenis besi samada lembut mahupun besi keras.

(15)

15 Rajah 2.4.6: Skru dan pengikat

Ia digunakan untuk mengikat dua komponen atau lebih. Mempunyai pelbagai saiz dan sesuai digunakan untuk mengikat komponen. Ia boleh ditanggalkan dengan mudah berbanding ikatan kimpalan.

Rajah 2.4.7: Penyembur

Penyembur digunakan dalam proses mengecat rangka projek. Ia mudah

digunakan untuk mengecat pada kedudukan atau sudut yang berbeza

.

(16)

16 Rajah 2.4.8: Welding Mask

Rajah 3.4.8 menunjukkan alat keselamatan yang digunakan semasa kerja pengimpalan dilakukan bagi membantu pengimpal untuk melihat dan juga untuk melindungi bahagian muka pengimpal daripada tercedera.

Rajah 2.4.9: Mesin Kimpalan TIG

Mesin kimpalan TIG digunakan untuk melakukan penyambungan logam yang menggunakan haba dari arka kimpalan yang menggunakan kuasa elektrik serta menggunakan gas tertentu bagi mendapatkan satu sambungan yang bermutu tinggi.

Kimpalan jenis ini banyak digunakan dalam kerja yang memerlukan kualiti

penyambungan yang tinggi, dan proses ini boleh mengimpal hamper semua jenis. [11]

(17)

17 Rajah 2.4.10: Mesin Kimpalan Arka

Mesin kimpalan arka adalah merupakan sebuah alatubah perendah iaitu ia mngubah dari voltan tinggi kepada voltan rendah tetapi menghasilkan arus yang tinggi untuk menerbitkan arka bagi kegunaan mengimpal. Dilengkapi dengan kabel pemegang elektrod dan juga kabel bumi ke meja kerja. [12]

2.5 RUMUSAN BAB

Bab ini menerangkan secara terperinci tentang troli yang sedia ada dan yang

terdapat dipasaran. Seterusnya, dalam bab ini juga menerangkan fungsi-fungsi komponen

dan bahan asas yang digunakan bagi menyiapkan projek ini. Segala kajian yang pernah

dijalankan sewaktu dahulu telah banyak menerangkan bagaimana sebuah troli itu

berfungsi.

(18)

18 BAB 3

METODOLOGI KAJIAN

3.1 PENGENALAN

Metodologi ialah aspek yang perlu dikaji untuk menghasilkan sesuatu projek.

Perancangan proses perlu diteliti sebaik mungkin untuk menghasilkan suatu projek atau produk yang berkualiti. Berikut adalah turutan segala proses atau tatacara yang perlu dilalui sebelum suatu produk itu siap sepenuhnya. Kaedah kerja perlu dilakukan dengan teratur dan sesuai bagi mendapatkan kerja dan hasil yang lebih baik dan terjamin. Dengan adanya kaedah kerja yang teratur, maka segala kerja dan tugas yang ingin dilakukan dapat diikuti dan dilaksanakan dengan teratur dan selamat. Dalam bab ini akan membincangkan mengenai langkah-langkah kerja yang akan dilakukan untuk menyiapkan projek ini.

Setiap langkah kerja yang akan dilakukan akan diterangkan bersama rajah yang boleh

membantu pemahaman mengenai penghasilan projek ini.

(19)

19 3.2 CARTA ALIR PROSES PERLAKSANAAN PROJEK

Jadual 3.2.1 Carta alir perlaksanaan projek

GAGAL

LULUS

Pemasangan

Lakaran Reka Bentuk Percambahan Idea

Pemilihan Idea

Penghasilan Produk Pemilihan Bahan

Permasalahan

Tamat Pengujian

Mula

(20)

20 Carta alir adalah sejenis rajah yang mewakili suatu proses di mana ia ditunjukkan dalam pelbagai jenis kotak dan susunannya dihubungkan dengan anak panah. Gambarajah dapat membantu dalam menyelesaikan masalah yang timbul secara selangkah demi selangkah. Operasi proses diwakili dalam bentuk kotak dan anak panah yang menghubungkannya pula mewakili aliran kawalan data. Aliran data tidak selalunya diwakili dalam carta aliran, berbanding dengan gambar rajah aliran data sebaliknya, mereka tersirat oleh turutan operasi. Carta aliran telah digunakan dalam menganalisis, merekabentuk, mendokumentasi atau menguruskan proses atau program dalam pelbagai bidang.

Pada permulaan, telah dibincang untuk memilih tajuk projek. Pemilihan projek ini, berdasarkan permasalahan yang berlaku dipersekitaran yang mendatangkan kepayahan atau kesusahan pada seseorang. Selepas banyak idea yang diperkenalkan dan dibincangkan dengan penyelia, persepakatan untuk menghasilkan satu produk dihasilkan.

Selepas itu, mencari skop dan objektif daripada penghasilan projek. Skop dan objektif ini,

berdasarkan permasalahan yang berlaku. Pembentangan Projek 1, melibatkan beberapa

perkara iaitu pengenalan projek, skop, objektif, penyataan masalah, kajian literasi,

metodologi, lukisan berbantu computer dan lain-lain. Selepas projek diluluskan dan

diterima, pelaksanaan aktiviti projek seperti proses merekabentuk dibuat untuk

penghasilan projek. Apabila projek telah siap, semakan projek dilakukan oleh penyelia

supaya projek yang dilakukan berfungsi seperti yang dirancangkan. Penghasilan laporan

projek untuk menganalisis data-data yang terdapat pada projek yang dicipta. Selepas

penghasilan ini, pembentangan kedua diadakan untuk mengetahui tentang pelaksanaan

projek. Penyerahan projek dan laporan akhir adalah proses akhir selepas pembentangan

kedua

(21)

21 3.3 MENGENAL PASTI MASALAH

Terdapat beberapa kaedah bagi mengenalpasti masalah dalam projek ini antaranya adalah masalah yang dikemukakan oleh pensyarah, hasil perbincangan antara ahli kumpulan serta komen atau pandangan dari pihak ketiga. Pengumpulan maklumat dan data berkaitan dengan spesifikasi yang terperinci tentang projek yang dirancang juga perlu dibuat supaya projek yang dibuat berjalan lancar tanpa mempunyai sebarang masalah. Kajian dan rujukan yang diperolehi daripada pensyarah, ahli-ahli kumpulan dan laman web yang berkaitan dengan Lifter Trolley ini juga banyak membantu dalam mengatasi dan mengenalpasti masalah yang timbul apabila menghasilkan rekaan tersebut.

3.4 PERANCANGAN RANGKA DAN PERLAKSANAAN KERJA

Proses merekacipta merupakan kerja-kerja yang perlu dilakukan bagi menghasilkan suatu projek baru atau pengubahsuaian ke atas suatu projek. Antara langkah-langkah yang perlu dijalankan dalam proses merekacipta ialah :

3.4.1 Mencari maklumat

Proses mencari maklumat dan menganalisis bahan rujukan mengenai komponen-komponen dan peralatan-peralatan yang perlu digunakan sepanjang projek ini dijalankan. Peralatan yang telah dikenalpasti akan disenaraikan untuk diambil tindakan seterusnya.

3.4.2 Membuat lakaran secara kasar

Lakaran secara kasar dilakukan di dalam tiga pandangan utama iaitu

pandangan hadapan, belakang dan sisi kiri atau kanan. Lakaran secara kasar ini

menggunakan imaginasi dan idea yang telah dikenalpasti semasa tinjauan

(22)

22 dilakukan. Lakaran yang telah dilakukan di atas kertas dilaksanakan sebelum diadaptasi menjadi lebih berkualiti dan mantap tanpa ada sebarang permasalahan.

3.4.3 Mencari Bahan-bahan Dan Komponen

Sebelum memulakan kerja pencarian bahan yang sesuai, seperti bahan yang mampu menahan beban yang tinggi dan mudah didapati di pasaran untuk membuat model Lifter Trolley ini. Pihak kami terlebih dahulu membuat rujukan dari sumber-sumber yang diperolehi dari internet dan buku-buku rujukan.

Pemilihan bahan merupakan salah satu aspek yang penting dalam proses merekabentuk projek. Pemilihan bahan akan mempengaruhi jangka hayat, prestasi dan kos pembuatannya. Bahan yang murah dan berkualiti akan menjadikan projek lebih praktikal dan mampu dimiliki oleh pengguna.

i. Rangka projek dibina dari besi berongga ii. Menggunakan roda heavy duty

iii. Skru dan pengikat daripada bahan yang tahan karat.

iv. Menggunakan plate bar 5mm

3.4.4 Proses Pengujian

Melakukan proses pengujian peralatan dan komponen dari segi kesesuaian.

Pengujian dilakukan untuk menentukan peralatan daan komponen tersebut dapat

beroperasi dengan baik.

(23)

23 3.4.5 KHIDMAT PENYELIA DAN INDIVIDU BERKENAAN

Membincangkan projek yang akan dilaksanakan dengan penyelia projek dan individu berkenaan untuk mengembangkan idea bagi membaiki kelemahan dan menambahkan kecekapan projek tersebut.

3.5 KOS PROJEK ( Bill of Material )

Jadual 3.5 menunjukkan kos untuk penghasilan projek Lifter Trolley.

Dalam jadual ini menunjukkan bahan-bahan yang digunakan dengan harga yang lengkap beserta unit

BIL BAHAN KOS (RM)

1 Round Hollow Steel 30

2 Square Hollow Seqtion 107

3 Bearing 18

4 Bolt, Nut, Washer 34

5 Plat Besi 80

6 Batang Ulir 24

7 Roda (Lock) 40

8 Roda Heavy Duty 70

Jumlah 403

Jadual 3.5: Kos penghasilan projek

(24)

24 3.6 PERLAKSANAAN PROJEK

Setelah kami mengenalpasti keperluan dan kriteria yang perlu ada dalam projek, kami mula melakar beberapa lukisan bagi rekabentuk projek. Seterusnya, semua ahli kumpulan sepakat untuk memilih rekabentuk ini sebagai projek kami. Proses perlaksanaan projek akan dijalankan mengikut jadual perancangan.

.

Rajah 3.6: Lakaran projek

Antara perlaksanaan yang dilakukan untuk membina sebuah projek Lifter Trolley adalah seperti berikut:

Rajah 3.6.1: Memotong besi

(25)

25 Besi dipotong mengikut ukuran dan jenis besi yang berbeza. Antara besi yang digunakan adalah seperti hollow steel, plat bar, hollow bar, besi padu dan bartang alur.

Rajah 3.6.2: Mengimpal bahagian base troli

Membina dan mengimpal bahagian base projek iaitu bahagian yang paling bawah troli. Ia merupakan struktur yang pertama perlu didirikan untuk membina Lifter Trolley.

Rajah 3.6.3: Membina rangka atas troli

(26)

26

Besi yang digunakan untuk membuat rangka atas projek ialah besi hollow. Sebelum proses mengimpal bahagian rangka atas troli dilakukan, sudut 90 darjah perlu diukur dengan tepat bagi memastikan struktur projek mendapat bentuk petak yang tepat.

Rajah 3.6.4: Mengukur dan memotong plat besi

Selepas rangka atas troli dibina, plat besi diukur dan dipotong dengan tepat mengikut ukuran rangka atas troli tersebut.

Rajah 3.6.5: Mengimpal plat besi dan rangka.

Plat besi yang dipotong mengikut ukuran rangka troli dikimpal diatas rangka yang

dibuat.

(27)

27 Rajah 3.6.6: Mencantumkan base dan tapak atas troli.

Mencantumkan bahagian base dan bahagian tapak atas troli dengan cara mengimpal kedua-duanya.

Rajah 3.6.7: Memasang roda.

Setelah bahagian base dan bahagian atas troli dikimpal. Roda dipasang bagi

membolehkan troli digerakkan ke satu tempat ke tempat yang lain. Roda yang digunakan

ialah roda heavy duty.

(28)

28 Rajah 3.6.8: Mencanai karat yang ada pada besi.

Proses mencanai bagi membuang karat yang ada pada pada besi perlu dilakukan.

Ianya bagi memastikan fizikal projek kelihatan kemas apabila dicat.

Rajah 3.6.9: Mengecat projek.

Proses mengecat dilakukan pada besi yang sudah dicanai dan karatnya sudah

dibuang. Hasil cat yang disapu kelihatan lebih kemas dan sempurna.

Referensi

Dokumen terkait

Kimpalan jenis ini banyak digunakan dalam kerja yang memerlukan kualiti penyambungan yang tinggi, dan proses ini boleh mengimpal hamper semua jenis... 17 Rajah

Carta aliran projek akhir ini ditujukkan pada rajah dibawah. Pertama sekali ialah berkumpul sesama ahli kumpulan untuk mengkaji serta membincangkan keperluan untuk rekabentuk

Rata-rata para klien pengguna jasa reklame adalah klien lama yang telah memperpanjang masa waktu pemasangan reklame.jadi masalah utama PT Citra Nuansa Media

Dengan adanya alat ini, masalah seperti kerja yang dilakukan agak berat dan menyusahkan, masa yang diambil untuk menghasilkan cendol agak lama serta memerlukan

menerokainya. Beberapa kajian tentang zeaxanthin telah dijalankan di Luar Negara tetapi penyelidikan dalam bidang ini masih belum dibuat di Malaysia. Walhal, Malaysia merupakan

Dengan mengangkat sejarah dari tokoh Syeikh Sadzaly, penulis akan membuat karya dalam format dokumenter-drama (dokudrama). Tidak hanya ‘memindahkan’ sejarah ke

pendidikan mempunyai masa depan yang dengan bekal yang cukup.. bil oleh penyelenggaran/management sekolah yang diperkirakan dapat memberikan beban berat bagi siswa

Hal ini dikarenakan rumah sakit mengutamakan merawat pasien yang memiliki gejala sedang hingga berat dan memerlukan tindakan medis dengan penyakit penyerta, sehingga memerlukan