• Tidak ada hasil yang ditemukan

BULETIN. MEI - OGOS Edisi 31

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "BULETIN. MEI - OGOS Edisi 31"

Copied!
9
0
0

Teks penuh

(1)

MEI - OGOS

Edisi 31

BU LETIN

(2)

2

Pada tarikh 6 Mei 2014, UTMSPACE telah meraikan 721 graduan dari program Eksekutif dalam satu Majlis Penyampaian Diploma. Majlis diadakan di Dewan Sultan Iskandar, Universiti Teknologi Malaysia, Skudai bersempena Konvokesyen UTM kali ke-52.

Penganugerahan yang diberikan adalah untuk graduan dari Program Eksekutif dan Diploma Profesional bagi tahun 2013. Wakil dari 21 Pusat Pengurusan Program UTMSPACE juga turut dijemput dalam sesi penyampaian ini.

Y.Bhg Tan Sri Abdul Halim bin Ali, Pengerusi Lembaga Pengarah UTM dan UTMSPACE, telah berbesar hati untuk menyampaikan diploma kepada para graduan. Majlis tersebut juga turut dihadiri oleh Prof.

Ir. Dr. Wahid Bin Omar, Naib-Canselor UTM dan Prof.

Dr. Khairul Anuar B. Abdullah, Dekan UTMSPACE, serta ahli-ahli akademik yang lain.

Salah seorang graduan yang diraikan ialah Ybhg. Tn. Hj. Rasman B Ithnain, ADUN Mersing, yang telah bergraduat dengan jayanya dan kini menjadi alumni UTMSPACE. Beliau berasa bersyukur kerana telah berjaya menamatkan pengajian dengan cemerlang melalui Program Eksekutif UTMSPACE. Beliau turut menyatakan penghargaan kepada UTMSPACE kerana memberi peluang kepada golongan yang tidak berkesempatan untuk melanjutkan pengajian sebelum ini disebabkan kekangan tanggungjawab kepada keluarga.

Beliau turut berbangga kerana dengan usaha gigihnya, beliau berjaya graduat walaupun sentiasa dihimpit kesibukan selaku seorang wakil rakyat yang perlu menjaga kebajikan hampir 24,000 penduduk di kawasan Sedili.

Majlis

Penyampaian

Diploma

Eksekutif

(3)

3

persahabatan futsal dengan Kelab Media Johor. Perlawanan ini berlangsung di Daiman Sport Complex, Taman Sri Skudai dengan disertai oleh 3 pasukan Media, 2 pasukan UTMSPACE Kuala Lumpur dan 2 pasukan UTMSPACE Johor Bahru.

Acara dimulakan pada jam 8 malam dengan pengundian bagi menentukan permainan secara liga kumpulan A dan B. Pada peringkat separuh akhir, untuk kumpulan A, UTMSPACE KL B telah bertembung dengan pasukan UTMSPACE KL A, manakala bagi kumpulan B, pasukan UTMSPACE JB bertemu pasukan MEDIA A. Pada permainan akhir, Pasukan Media A telah bertemu dengan pasukan UTMSPACE KL A.

Juara perlawanan menerima wang tunai berjumlah RM500, piala pusingan dan medal bagi setiap ahli pasukan. Manakala tempat kedua menerima wang tunai RM300 dan medal. Bagi tempat ketiga pula, pemenang menerima wang tunai RM200 beserta medal.

Pasukan Media telah berjaya menduduki tempat pertama. Manakala Pasukan UTMSPACE KL A mendapat tempat kedua dan UTMSPACE KL B mendapat tempat ketiga. Tahniah diucapkan kepada semua pasukan yang telah memberikan

3

Media Friendly

2014

kerjasama

dengan penuh semangat kesukanan.

Pihak UTMSPACE mengucapkan ribuan terima kasih kepada En. Raja Jaafar B Raja Ali, selaku Naib Pengerusi Kelab Media Johor yang turut hadir dan mengambil bahagian dalam permainan futsal ini.

Selain itu, ucapan terima kasih turut dirakamkan atas kehadiran para wartawan daripada Utusan Malaysia, Kumpulan Berita Harian, Media Prima, Sinar Harian dan lain-lain yang terlibat. Harapan kami pada tahun hadapan, pertandingan ‘Futsal Media Friendly’ ini akan diadakan sekali lagi dengan lebih meriah dan seterusnya merapatkan lagi hubungan erat antara UTMSPACE dan pihak media Johor.

(4)

4

Tarikh 24 Mei 2014, sempena Konvokesyen ke-52 Universiti Teknologi Malaysia, UTMSPACE sekali lagi meraikan graduannya melalui Majlis Anugerah Dekan dan Hadiah UTMSPACE. Ia diadakan untuk memberi penghargaan kepada graduan yang meraih kejayaan cemerlang dalam pengajian.

Seramai 68 orang penerima anugerah yang diraikan dalam majlis ini yang diadakan di Perpustakaan Raja Zarith Sofiah, UTM Johor Bahru. Para graduan telah menerima hadiah wang tunai sebanyak RM500, dan baju batik sutera/jam tangan setiap seorang.

Menurut Profesor Dr Khairul Anuar B. Abdullah, Dekan UTMSPACE, pada Majlis Konvokesyen ke-52 UTM ini, seramai 559 graduan Pengajian Separuh Masa layak dianugerahkan. Seramai 21 graduan menerima Hadiah Akademik UTMSPACE atas kejayaan mendapat Kelas Pertama. Turut diraikan

ialah Penerima Anugerah Dekan seramai 68 graduan yang telah mendapat PNGK 3.50 dan ke atas.

UTMSPACE berbesar hati memberikan Hadiah UTMSPACE kepada graduan bagi kategori Veteran, Suami/Isteri dan Adik-beradik yang telah sama-sama berjaya bergraduat dalam konvokesyen kali ke-52 UTM ini. Sejak 21 tahun penubuhannya, UTMSPACE telah melahirkan seramai lebih 13,000 orang graduan dalam pelbagai bidang menerusi Program Pengajian Separuh Masa ini yang seterusnya telah terbukti menjadi pemangkin kemajuan negara sebagai modal insan yang berkualiti dan berguna.

Anugerah Dekan dan Hadiah UTMSPACE diwujudkan secara khusus bagi menyampaikan rasa terima kasih dan ucapan tahniah kepada para graduan yang telah gigih berusaha meningkatkan pengetahuan demi kemajuan diri dan kerjaya mereka pada masa akan datang. Bukanlah suatu usaha yang mudah untuk mencapai kejayaan seperti ini. Semestinya kejayaan yang dikecapi pada hari ini adalah hasil pelbagai pengorbanan dan komitmen yang jitu daripada para graduan dan keluarga mereka.

Majlis Anugerah Dekan dan

Hadiah

UTMSPACE

(5)

5

Pada 6 September 2014, sesi pendaftaran pelajar baru Program Sarjana Muda Separuh Masa UTMSPACE telah berlangsung. Sesi Pendaftaran telah diadakan di Dewan Sultan Iskandar, Universiti Teknologi Malaysia Johor Bahru dari jam 8.00 pagi sehingga 5 petang. Seramai 607 orang pelajar telah datang mendaftar dari keseluruhan jumlah 1007 orang calon yang telah ditawarkan tempat.

Pelajar hadir dari seluruh pelusuk Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak untuk mengikuti program sarjana muda pengajian separuh masa UTMSPACE bagi sesi September 2014/2015. Sebanyak 24 program ditawarkan bagi kemasukan September 2014 di 10 pusat pembelajaran di seluruh Malaysia.

Antara pusat pembelajaran tersebut ialah di Johor Bahru, Kuala Lumpur, Kota Bharu, Pulau Pinang, Miri (Sarawak), dan Kerteh (Terengganu). Program yang ditawarkan terbuka kepada pelajar dewasa yang terdiri daripada pelbagai latar belakang pekerjaan dan usia, serta mereka yang ingin meningkatkan pencapaian dalam kerjaya masing-masing.

Majlis pendaftaran pelajar baru telah dirasmikan oleh YB Prof. Dr. Khairul Anuar Bin Abdullah selaku Pengarah Urusan/ Dekan UTMSPACE. Pada sesi petang, sesi taklimat berkenaan Pengajaran &

Pembelajaran Program Pengajian Separuh Masa

& Sesi Soal Jawab juga telah disampaikan oleh Pengarah Pusat Pengajian Separuh Masa UTMSPACE, Prof. Madya Sr. Dr. Mohd Zulkifli b. Mohd Yunus.

UTMSPACE mempunyai satu sistem akademik yang unik dan tidak seperti program jarak jauh (PJJ) di universiti lain kerana ia menawarkan program pengajian separuh masa yang memerlukan pelajar mengikuti kuliah secara bersemuka dengan pensyarah UTM, sama seperti pelajar sepenuh masa. Apa yang membezakan program ini ialah, kuliah diadakan pada hujung minggu. Kuliah ini turut diadakan di 17 pusat pembelajaran UTMSPACE seluruh negara dan bertujuan memberi peluang

kepada pelajar berinteraksi secara langsung dengan tenaga pengajar.

Objektif program pengajian ini adalah untuk melahirkan ahli teknologi dan golongan profesional yang kreatif sebagai memenuhi kehendak pasaran. Pensyarah yang mengendalikan program ini terdiri daripada mereka yang berpengalaman luas dan sudah mengikuti kursus sebelum layak menjadi tenaga pengajar untuk golongan pekerja dewasa dalam program pengajian separuh masa sarjana muda ini.

Program ini adalah satu laluan kepada golongan

‘orang lama’ yang bekerja, sama ada lepasan Diploma mahupun lulusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) kerana golongan ini sebenarnya lebih memahami dan menguasai ilmu pembelajaran dengan lebih baik berbanding pelajar biasa kerana mereka mempunyai pengalaman yang luas melalui pendedahan semasa berada dalam dunia pekerjaan.

Selain bilangan jam kuliah yang sama dengan pelajar sepenuh masa, pelajar-pelajar di UTMSPACE juga turut mengambil kertas peperiksaan sama yang dijalankan secara serentak dengan semua pelajar kursus sepenuh masa di UTM. Oleh itu, kualiti sijil akademik yang dimiliki mereka adalah sama dengan pelajar perdana selepas menamatkan pengajian dan kerana itulah program ijazah kejuruteraan UTMSPACE adalah satu-satunya program ijazah kejuruteraan separuh masa yang diiktiraf oleh Lembaga Jurutera Malaysia. Program sarjana muda ini ditawarkan sebanyak 2 kali setahun.

Permohonan boleh dibuat secara atas talian di www.utmspace.edu.my.

UTMSPACE mengucapkan tahniah kepada semua pelajar baru yang berjaya mendaftar dan selamat maju jaya dalam mengharungi cabaran sebagai mahasiswa.

Mahasiswa Baru Program

Sarjana Muda

(6)

6

KESUKEB Johor telah menganjurkan Ekspedisi Menjejak Puncak Gunung Panti pada 10 Mei 2014. Hampir kesemua warga UTMSPACE melibatkan diri dalam program ini. Gunung Panti setinggi 1684 kaki terletak di Kota Tinggi, Johor Bahru.

Dengan bekalan latihan stamina selama sebulan, para peserta ekspedisi berjaya menempuhi segala halangan dan rintangan sepanjang pendakian. Terima kasih diucapkan kepada semua warga UTMSPACE yang mengambil bahagian.

Ekspedisi Menjejak

Puncak Gunung

Panti

(7)

7

Urusan / Dekan UTMSPACE, Yang Berbahagia Prof. Dr.

Khairul Anuar Abdullah. Jersi tersebut telah diserahkan kepada beliau pada 9 Jun 2014.

Secara rasminya, jersi ini telah dipakai oleh para pemain pada program Futsal Media Friendly bertarikh 12 Jun 2014.

Terima kasih kerana menyokong pasukan SJFC. Sokongan anda pembakar semangat pasukan SJFC.

SPACE Johor Football Club

“ Football is not an instant success “

Penyerahan

Jersi

Pasukan SJFC

Jika berminat untuk mengadakan perlawanan persahabatan boleh hubungi:

Shahrul Nizam 012 723 1047 Khalidi 017 723 2395

(8)

10

(9)

Fotografi Produk/

Talent/Makeover

Rekaan Grafik TV Media Slide

Fotografi Keluarga/Bayi

Rekaan Laporan Tahunan/

Profil SYarikat Video Korporat

07 521 8144 0183677983 013 6454905 0137902097 07 521 7129

PEJABAT FARHAN HILMI NAZRI

spacevectorstudio fkhair@

utmspace.edu.my syed@

utmspace.edu.m y nazrisayuti@

utmspace.edu.m y

Referensi

Dokumen terkait

Dari hasil Methylene Blue Test dapat diketahui jenis mineral yang berada pada Formasi Gumai Shale adalah mineral clay illite, yaitu salah satu mineral yang reaktif terhadap air,

perencanaan mesin ini adalah berupa desain atau rancangan mesin peniris minyak pada keripik nangka dengan kapasitas 2,5 kg/menit menggunakan motor listrik 0,25

Ini termasuk: (1) menyediakan masukan- masukan teknis terhadap penyusunan kebijakan daerah, (2) memfasilitasi training peningkatan kapasitas pemangku kepentingan di

demikian dapat disimpulkan bahwa pemanfaatan teknologi, dukungan terhadap kontribusi karyawan, dan pemberdayaan karyawan dapat semakin meningkatkan keinovasian dalam

Analisa pada teori antrian dipakai untuk mendapatkan harga-harga dari sistem yang dianalisis, misalnya parameter rata-rata jumlah kedatangan pada suatu interval tertentu atau

Berdasarkan hasil penelitian yang telah dilaku- kan maka yang menjadi kesimpulan dalam peneli- tian ini adalah tidak terdapat hubungan antara tingkat pengetahuan dan personal hygiene

Menurut Freud (dalam Samiun, 2006: 334-335) ada tiga bentuk kecemasan diantaranya; pertama, kecemasan realitistik atau kecemasan yang timbul karena penyesuaian diri

Terjadinya gempa bumi di Alor yang berpusatkan di daratan sekitar 33 Km arah timur ibukota Kabupaten Alor, Kota Kalabahi, mengakibatkan kerusakan fisik berupa bangunan pribadi