• Tidak ada hasil yang ditemukan

PROJEK BUKU DIGITAL PERCUMA

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2022

Membagikan "PROJEK BUKU DIGITAL PERCUMA"

Copied!
7
0
0

Teks penuh

(1)

PROJEK

BUKU DIGITAL PERCUMA Mari Berkongsi Ilmu

● Sukacitanya diumumkan bahawa kini Baytul Hikma membuka peluang untuk sesiapa sahaja berkongsi ilmu melalui buku digital.

● Kami namakan projek ini sebagai “Projek Buku Digital Percuma”.

● Yang dimaksudkan dengan “buku digital” ialah buku yang diterbitkan secara elektronik,

(2)

● Buku yang diterbitkan secara bercetak di atas kertas, kami namakannya “buku fizikal”.

● Di Baytul Hikma, kami ada dua pakej penerbitan iaitu;

1. Penerbitan Standard 2. Penerbitan Digital

PENERBITAN STANDARD

● Penerbitan Standard ialah penerbitan yang biasa diamalkan sejak dahulu lagi, yakni pengkarya menghantar karya, kemudian karya itu diproses untuk diterbitkan dalam bentuk buku fizikal.

● Penerbitan Standard tidak diterbitkan secara digital, kecuali sekadar untuk pratonton (preview).

● Kami masih menerima karya untuk Penerbitan Standard. Kadar royalti akan diberikan sebanyak 15% daripada harga jualan buku fizikal tersebut.

Royalti diberikan setelah buku habis dijual.

PENERBITAN DIGITAL

● Penerbitan Digital ialah penerbitan dalam bentuk PDF.

(3)

● Walau bagaimanapun, PDF itu hanya untuk bacaan digital. PDF tersebut akan disetkan supaya tidak boleh dicetak dan akan diletakkan tera air (watermark).

● Segala kos pembukuan akan ditanggung sepenuhnya oleh Baytul Hikma. Pengkarya tidak perlu mengeluarkan sebarang modal wang ringgit.

● Hanya Baytul Hikma dan pengkarya sahaja yang berhak mencetaknya secara fizikal.

● Sekiranya Baytul Hikma berkemampuan untuk mencetaknya secara fizikal, maka Baytul Hikma akan menjual buku fizikal tersebut, kemudian pengkarya akan diberikan royalti sebanyak 15%

daripada harga jualan buku fizikal tersebut.

Royalti diberikan selepas buku habis dijual.

● Pakej Penerbitan Digital sangat sesuai untuk mereka yang ingin menyebarkan sesuatu ilmu dan idea secara meluas kepada seluruh masharakat.

● Bersempena dengan kedudukan agama Islam yang semakin terancam, maka kami amat mengalu-alukan sebarang karya yang dapat menjawab segala tohmahan terhadap Islam, sekaligus memartabatkan agama Islam di tempat yang tinggi sepertimana yang sepatutnya.

(4)

KATEGORI KARYA

● Secara umumnya Baytul Hikma menerima empat jenis karya seperti berikut;

1. Penulisan, iaitu karya asli yang memang ditulis sendiri oleh pengkarya berdasarkan ilmu dan idea yang Allah kurniakan kepadanya.

2. Penterjemahan, iaitu pengalihan daripada sesuatu bahasa kepada bahasa lain.

3. Perumian, iaitu pengalihan daripada tulisan Jawi kepada tulisan Rumi.

4. Penjawian, iaitu pengalihan daripada tulisan Rumi kepada tulisan Jawi.

BAHASA

● Buat masa ini kami hanya menerima karya dalam bahasa Melayu. Sekiranya ada Muslim takMelayu yang ingin menyebarkan ilmu kepada mereka yang takMuslim dan takMelayu melalui bahasa selain Melayu, maka kami juga mengalu- alukannya.

ETIKA

1. Pastikan karya yang dihantar itu memang milik pengkarya 100%, bukan diambil daripada karya

(5)

2. Sebarang rujukan atau petikan daripada sumber-sumber lain mestilah dinyatakan di bahagian nota kaki atau rujukan.

3. Karya mestilah bersesuaian dengan wahyu (revelatif), akal (rasional) dan deria (empirikal).

Karya yang berunsur penyelewengan fakta ataupun melanggar nilai-nilai akhlak islamiah tidak akan diterima.

4. Pengkarya mestilah menjaga nama baik Baytul Hikma sepertimana Baytul Hikma menjaga nama baik pengkarya. Sebarang permasalahan perlulah dibincang secara tertutup dengan cara yang baik dan harmoni.

PENGHANTARAN KARYA

1. Karya mestilah dihantar dalam bentuk Microsoft Word.

2. Saiz kertas ialah A5.

3. Gunakan font Times New Roman saiz 12.

4. Gunakan font Traditional Arabic untuk tulisan Arab.

5. Jika karya anda mengandungi tulisan Jawi, gunakan font Scheherazade. Klik pautan berikut untuk memuat turunnya kemudian terus pasang (install) pada komputer anda;

(6)

https://software.sil.org/downloads/r/scheheraza de/Scheherazade-2.100.zip

6. Sekiranya pengkarya menggunakan “heading”

untuk setiap tajuk, itu akan memudahkan dan mempercepatkan kerja pembukuan. Boleh rujuk Youtube mengenai cara menggunakan “heading”

dalam Microsoft Word.

7. Berikut adalah contoh karya yang telah diterbitkan secara digital;

https://archive.org/download/SyairSindiranBad an/SyairSindiranBadan.pdf

8. Karya yang dirasakan memenuhi kriteria- kriteria yang telah dinyatakan, bolehlah dihantar kepada;

[email protected]

(7)

PENUTUP

● Semoga “Projek Buku Digital Percuma” ini dapat mengubah gaya fikir masharakat kita seterusnya mengubah gaya hidup kita ke arah yang diredai Allah, kerana itulah tujuan sebenar hidup kita, tiada tujuan lain. InshaAllah.

● Sekian, terima kasih.

Yang Benar,

Naseer Sobree Pengasas-Pengarah,

Baytul Hikma

Referensi

Dokumen terkait

terhadap kita atau sebaliknya adalah pengalaman dan konsep diri. Bagi orang yang telah lama hidup bersama kita, jika dalam hidup kita konsisten dalam kebaikan, maka orang tidak

Salah satunya adalah para siswa yang sebenarnya (atau, sasarannya adalah guru kalau mereka adalah MTT). Pelajaran ini dapat disusun dalam rentang waktu sesuai dengan kebutuhan

Pada saat ini berkembangya bahasa arab di indonesia di tandai dengan lembaga pendidikan bahasa arab yang sudah mulai banyak di jumpai di Indonesia, akan tetapi banyak

Unit Layanan Pengadaan Barang/Jasa Pemerintah yang selanjutnya disebut ULP adalah unit organsasi Pemerintah Daerah yang berfungsi melaksanakan pengadaan barang/jasa

: Sejauh diketahui tidak ada peraturan nasional atau kedaerahan spesifik yang berlaku untuk produk ini (termasuk bahan-bahan produk tersebut).

Atribut yang harus ditingkatkan adalah atribut yang menjadi citra merek Nokia di pasar persaingan HP lainnya yaitu produk yang berkualitas, fasilitas multimedia,

Kebumen Blora DIY Brebes Kab.Tegal Kota Tegal Cilacap Banyumas Pemalang Kab.Pkl Kota Pkl Purbalingga Banjngr Wnsbo Temngg Purwrjo Kab.Mgl Kota mgl Batang Kt.Smg Kab.Smg Demak

Peleburan dengan tungku ini dapat menghasilkan logam cair dengan komposisi kimia yang lebih konsisten dengan kadar impuritas yang lebih rendah karena bahan baku yang dilebur