• Tidak ada hasil yang ditemukan

JANGKAAN MASA DEPAN TERHADAP KEPERLUAN T (2)

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "JANGKAAN MASA DEPAN TERHADAP KEPERLUAN T (2)"

Copied!
23
0
0

Teks penuh

(1)

Jurnal Pendidikan 2006, Universiti Malaya 189

JANGKAAN MASA DEPAN TERHADAP KEPERLUAN TENAGA

KERJA DAN PENAMBAHB AIKAN SISTEM PENDIDIKAN

Saedah Siraj Norhayati Sulaiman

Universiti Malaya

The objective of this study was to investigate the projection of workforce needed by the country by the year 2020 and to forecast the preferable improvements to be implemented in the education system. Five experts in this field were interviewed. The study revealed that the workforce in 2020 will necessitate emphasis on skill-based jobs, identifying of the type and skills for the future by the ministry of education and employment sector, and introducing ofmulti-skills in the school system to ensure the workforce meets future challenges. Hence, producing a quality workforce for the year 2020 is one of the crucial functions of the educational sector.

Pendidikan sentiasa menjadi agenda terpenting dalam pembangunan dan pembentukan masa depan negara di seluruh dunia dan merupakan bidang paling strategik bagi membina generasi yang akan mengisi keperluan dan pembangunan masa hadapan terutamanya dalam abad 21 (Saedah Siraj, 2001). Pendidikan juga memainkan peranan yang penting dalam pembangunan sumber tenaga manusia dan ekonomi negara (Nik Mustapha Nik Hassan & Syed Omar Syed Agil, 1994). Memandangkan betapa pentingnya pendidikan untuk melahirkan tenaga kerja profesional bagi memenuhi keperluan tenaga kerja negara, bilangan sekolah, politeknik dan universiti perlu ditambah bagi melatih tenaga kerja dalam perlbagai bidang seperti pentadbir, doktor, jurutera, guru dan golongan profesional yang lain (Atkinson, 1983).

Menurut Abdul Shukur Abdullah (1994), terdapat dua isu yang menjadi landasan kepada pembangunan tenaga manusia melalui pendidikan. Pertama ialah jelas dan pasti tentang jenis pekerjaan yang harus dilahirkan, dan kedua ialah menentukan kemahiran yang dibina perlu berhubung kait dengan keperluan kemahiran dalam pasaran pekerjaan.

Keperluan kajian berkaitan tenaga kerja akan datang adalah amat penting bagi memastikan negara maju yang disasarkan menjelang tahun 2020 akan tercapai. Artikel ini melaporkan jangkaan masa depan keperluan tenaga kerja berdasarkan pandangan pakar.

Definisi Kajian Masa Depan

(2)

190 Jurnal Pendidikan 2006, Universiti Malaya

teknologi dan Iain-lain yang mana dianggap sebagai terkini atau boleh diguna pakai pada masa depan.

Slaughter (1997) menterjemahkan masa depan merupakan ruang yang kosong yang mana manusia tidak akan tahu mengenainya, tetapi kita boleh membuat jangkaan tentangnya. Slaughter (1997) juga mengatakan bahawa masa depan adalah sebagai satu mesin, di mana masa depan dilihat sebagai satu zaman pembangunan dalam bidang sains dan teknologi. Adalah menjadi lumrah pada ketika itu, manusia hidup dalam satu budaya yang dikenali sebagai budaya mesin.

Ziauddin Sardar (1985) menyatakan bahawa masa depan dapat dikawal, diwujudkan serta dibentuk mengikut cita-cita dan keinginan masyarakat. Ini bermakna apa yang berlaku pada masa depan adalah bergantung kepada apa yang dilakukan oleh manusia pada masa kini. Segala perubahan yang dilakukan adalah mengikut apa jua perancangan yang dilakukan oleh manusia pada masa kini dan dilaksanakan secara berterusan sehingga ke masa depan. Wan Mohamad Zahid Mohd. Nordin (1993) pula melihat masa depan sebagai satu perkara yang dikandung masa kini dan kita boleh menelaah apa yang akan terjadi pada masa depan berasaskan kepada perkembangan semasa.

Dalam bukunya, Slaughter (1997, him. 173) pula menyatakan masa depan adalah,

A dimension of human existence which functions as a principle of present action. Without it, the present becomes thin and incapable of supporting human activity of any kind. Hence the future is not blank space or unknowable realm that it is popularly thought to be. It has tangible content and can be explored, colonized, imagined and created.

Manakala bagi Ornstein dan Hunkins (1998) kajian masa depan adalah memproses data untuk melihat kemungkinan-kemungkinan yang akan berlaku, perubahan, peluang dan masalah yang mungkin atau akan berlaku pada masa depan berdasarkan kepada perkembangan yang berterusan dari masa kini.

Walau apa pun definisi masa depan yang diberikan, kita dapat menyimpulkan bahawa masa depan adalah sesuatu yang masih kosong dan kita tidak pasti apa yang akan berlaku pada masa depan. Namun ini tidak bermakna kita hanya menanti sahaja kehadiran masa depan tanpa berusaha untuk menyediakan satu kehidupan yang terbaik untuk generasi masa depan.

(3)

Jurnal Pendidikan 2006, Universiti Malaya 191 Kaitan Tenaga Kerja Dengan Sistem atau Trend Pendidikan

Tujuan pendidikan adalah untuk memberi peluang kepada pelajar untuk memperoleh ilmu, kemahiran, kepercayaan dan nilai baik yang diterima dalam masyarakat yang membolehkan manusia melakukan sesuatu untuk kehidupan dan Iain-lain (Ornstein & Hunkins, 1998). Walaupun sukar untuk meramalkan masa depan, namun pendidikan tetap memainkan peranan untuk menjangka dan menentukan ilmu pengetahuan, kemahiran, sikap dan nilai yang perlu diterapkan masa depan.

Selaras dengan perkembangan negara bagi mencapai negara maju menjelang tahun 2020, keperluan tenaga kerja amat penting dan perlu dititikberatkan oleh semua pihak, terutamanya dari sektor pendidikan di negara ini. Ini adalah kerana sistem pendidikan negara yang akan menyediakan tenaga kerja yang berkemahiran dan berkebolehan dalam setiap bidang. Sistem Pendidikan Kebangsaan telah digubal beberapa kali setelah negara mencapai kemerdekaan melalui Penyata Razak (1956), Akta Pelajaran (1961), Laporan Rahman Talib (1961) dan Laporan Kabinet (1979) menunjukkan kepada kita tujuan pendidikan adalah untuk perpaduan negara serta menghasilkan tenaga rakyat yang mahir.

Perancangan pendidikan yang mengambil kira keperluan masa depan amat penting kerana pendidikan memberi sumbangan besar ke arah pembangunan sosioekonomi negara dalam pelbagai bidang. Tanpa perancangan dan sistem pendidikan yang sejajar dengan keperluan tenaga kerja profesional dan separa-profesional akan menyebabkan negara mewujudkan satu ruang kosong untuk pembinaan generasi masa depan yang boleh menerajui keperluan negara dari semua aspek.

Bila mana ekonomi sesebuah negara berkembang, permintaan terhadap tenaga kerja profesional dan mahir akan bertambah bagi memenuhi keperluan permintaan di sektor awam dan juga swasta. Ali Abu Hassan Sulaiman (1993) menyatakan usaha pembangunan dan latihan sumber manusia perlu memberi respon yang sewajarnya bagi memastikan keperluan tenaga kerja masa depan dapat dipenuhi. Shahril@Chairil Marzuki dan Habib Mat Som (1999) menyatakan melalui sistem pendidikan, pentadbir dan pengurus yang cekap dan berpengalaman akan dapat dilahirkan dan ditambah bagi mengendalikan sumber alam dan sumber manusia untuk pembangunan negara.

Pitts (2003) dalam ulasannya terhadap kandungan buku"Workforce 2020: Work and Workers in the 21s' Century"mengatakan pada abad ke-21, ekonomi Amerika bergantung sebahagian besarnya kepada apa yang dilakukan dalam sistem pendidikan umum kini. Manakala Wan Mohamad Zahid (1993) mengatakan matlamat yang hendak dicapai di era 2020 boleh dilaksanakan melalui pembangunan sumber manusia yang lengkap, seimbang dan sepadu. Pembangunan Sumber Manusia tersebut bergantung sebahagian besarnya kepada pendidikan.

(4)

192 Jurnal Pendidikan 2006, Universiti Malaya

Wonacott (1992) mengatakan perubahan kependudukan, teknologi dan pertambahan persaingan merupakan tiga serangkai yang menyebabkan persediaan tenaga kerja menjadi isu yang kritikal pada masa ini. Oleh itu, perantisan pelajar bagi mendapat latihan kemahiran sama ada di Amerika sendiri atau di luar Amerika dirasakan perlu untuk menyediakan tenaga kerja yang berkemahiran yang diperlukan oleh sektor pekerjaan atau majikan-majikan yang menaja pelajar.

TINJAUAN LITERATUR

Banyak kajian tentang jangkaan tenaga kerja menjelang tahun 2020, malahan terdapat juga kajian yang melampaui hingga tahun 2059 telah dibuat di luar negara. Kebanyakan jangkaan yang dibuat adalah melihat kepada jumlah atau bilangan tenaga kerja yang diperlukan bagi negara tertentu secara umum. Namun begitu, hanya sedikit sahaja kajian yang memberi fokus secara spesifik tentang bidang atau pekerjaan yang diperlukan pada tahun 2020.

Zimmermann (2000) mengatakan setelah beberapa dekad berlalu jangkaan golongan futuris tentang pekerjaan di rumah tidak menjadi kenyataan, tapi pada masa kini menunjukkan bilanganteleworkertelah meningkat pada 23.8 juta pada akhir tahun 2000. Ini bermakna 18.7% tenaga kerja di Amerika akan bekerja di rumah. Ini menyokong jangkaan yang dibuat oleh Nilles pada tahun 1970-an lagi dan jangkaan beliau tersebut baru diterbitkan pada tahun 1998 menyatakan menjelang tahun 2030 kemungkinan terdapat 51 juta rakyat Amerika yang akan melakukan sebahagian daripada kerja mereka di rumah. Ini tidak bermakna pekerja pada masa depan tidak perlu ke pejabat. Sebahagian besar dari masa bekerja mereka akan dilakukan di rumah; pada masa-masa yang tertentu pekerja-pekerja ini akan ke pejabat. Mengikut Nilles, jangkaan ini akan menjadi kenyataan pada masa depan berdasarkan pada beberapa faktor seperti mengelakkan kesesakan jalan raya, pencemaran dan yang lebih penting dengan kewujudan dan penggunaan teknologi canggih seperti akses Internet yang cepat dan perhubungan tanpa wayar akan menggalakkan pekerja melakukan tugas-tugas mereka di rumah. Ini bermakna pekerja masa depan akan mendapat kelebihan dari segi keseimbangan masa untuk kerjaya dan keluarga dengan melakukan kerja-kerja pejabat di rumah.

Manakala Henson (2003) pula melihat tenaga kerja pada tahun 2020 merupakan kanak-kanak yang berada dalam lingkungan 6 tahun hingga 10 tahun pada masa kini. Kanak-kanak ini telah membesar dengan teknologi dan telah selesa dengannya. Apabila dewasa mereka juga memerlukan teknologi yang tercanggih yang membolehkan mereka bekerja di mana-mana sahaja dan pada bila-bila masa. Menurut Henson, untuk memastikan kejayaan sesebuah syarikat pada tahun 2020, syarikat tersebut perlu menyediakan peralatan dan teknologi yang canggih dan pekerja hendaklah boleh mengaplikasikan teknologi canggih dan berkemahiran dalam penggunaan segala peralatan dan teknologi itu.

(5)

Jurnal Pendidikan 2006, Universiti Malaya 193 pada masa kini yang dianggap akan berterusan. Penyataan Jabatan Buruh Amerika Syarikat seperti yang dipetik dalam Min (1999) telah menjangkakan bahawa pada tahun 2025, 90% pertumbuhan dalam bidang kejuruteraan komputer dan 12% dalam bidang pemprograman komputer akan berlaku di negara tersebut.

Apa yang menarik terdapat kajian yang menjangkakan terdapat beberapa jenis pekerjaan yang tidak akan disenaraikan oleh ibu bapa untuk masa depan anak-anak mereka pada masa tersebut. Preziosi dan Gooden (2003) mengemukakan pendapat ini dengan mengemukakan jenis-jenis pekerjaan yang kurang mendapat tempat dalam pasaran kerjaya pada masa depan. Pekerjaan tersebut adalah:

1. Pertanian

2. Tukang jahit dan pengendali mesin atau jentera

3. Pengasuh kanak-kanak di rumah. Pusat asuhan kanak-kanak lebih mendapat tempat di kalangan ibu bapa kerana ibu bapa berpendapat di pusat asuhan kanak-kanak, anak mereka akan mendapat pendedahan dan pendidikan awal 4. Pembantu pengurus, setiausaha, dan pengkeranian

5. Penyimpan kira-kira, akauntan dan kerani audit

Judy (1997) menyatakan pada masa depan akan ada teknologi canggih seperti voice activated softwareyang akan memudahkan tugas dan kerja dalam bidang pengurusan dan pentadbiran yang akan mengurangkan peranan pembantu peribadi, setiausaha dan juga kerani. Di samping itu, penggunaan meluas teknologi jentera dan pneumatik yang boleh meningkatkan hasil pengeluaran serta lebih menguntungkan akan mengurangkan penggantungan terhadap tenaga manusia dalam bidang-bidang tertentu.

Selain itu, terdapat juga kajian oleh Robson (2001) yang melihat tenaga kerja dari segi umur. Mengikut Robson, pada masa depan lebih banyak tenaga kerja di kalangan golongan veteran. Ini berdasarkan kepada jangkaan kependudukan yang jelas menunjukkan bahawa salah satu kemahiran yang mesti dikuasai oleh kanak-kanak hari ini sebagai persediaan masa depan adalah kemahiran berinteraksi dengan orang yang lebih dewasa. Ini adalah kerana pada masa depan golongan ini yang akan memenuhi sebahagian besar daripada tenaga kerja. Mengikut jangkaan berdasarkan kepada perkembangan kependudukan, umur penengah tenaga kerja pada masa depan akan meningkat sebanyak 5 tahun kepada 38 tahun berbanding 33 tahun sekarang. Di samping faktor kependudukan, keadaan ini mungkin disebabkan oleh strategi latihan, pelanjutan umur persaraan, jadual kerja yang fleksibel, bidang kerja dan gaji yang berpatutan, perubahan dalam organisasi pekerjaan dan teknologi dan perancangan yang cemerlang.

(6)

194 Jurnal Pendidikan 2006, Universiti Malaya

TUJUAN KAJIAN

Kajian ini bertujuan mengenal pasti jangkaan masa depan oleh pakar (dalam bidang tertentu seperti pendidikan, perancangan ekonomi negara mahupun perancangan dan pembangunan sumber manusia) ke atas keperluan tenaga kerja (bidang-bidang pekerjaan yang akan diambil oleh rakyat Malaysia) pada masa depan. Secara khusus kajian ini cuba meninjau keperluan tenaga kerja pada tahun 2020 serta membuat jangkaan persediaan bagi memenuhi keperluan tenaga kerja tahun 2020.

METODOLOGI

Di dalam kajian ini pengkaji telah mengadakan temubual bagi mendapatkan pandangan dari ahli yang dipilih dalam bidang masing-masing. Pakar yang dipilih terdiri daripada mereka yang telah melibatkan diri dalam bidang masing-masing lebih daripada sepuluh tahun iaitu terdiri daripada lima orang profesional yang berpengalaman lebih sepuluh tahun. Setiap seorang dari pakar-pakar tersebut merupakan pakar-pakar pendidikan, perniagaan, sumber manusia (Unit Sumber Manusia, Kerajaan Negeri), perancang ekonomi negara (Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri) dan buruh (pegawai Tenaga Rakyat). Kesemuanya mempunyai kelulusan sama ada ijazah pertama atau sarjana dalam bidang masing-masing. Temubual telah dijalankan sebanyak dua kali dan setiap temubual mengambil masa lebih daripada dua jam. Data di analisis dengan menggunakan analisis tematik dan dilaporkan secara naratif.

Analisis Data

Berdasarkan temubual, 2 tema utama telah dikenal pasti seperti berikut: (A) Jangkaan Tenaga Kerja Pada Tahun 2020

(B) Implikasi dan Cadangan Penambahbaikan Sistem Pendidikan

Jangkaan Tenaga Kerja Pada Tahun 2020

Hasilan temubual dengan responden, beberapa subtema bagi tema utama Jangkaan Tenaga Kerja tahun 2020 telah dikenal pasti seperti berikut:

• Bilangan Tenaga Kerja Tahun 2020 Ciri-ciri Pekerja Pada Tahun 2020

• Faktor Mempengaruhi Keperluan Tenaga Kerja

• Peranan Sistem Pendidikan dalam Membekalkan Tenaga Kerja 2020

Bilangan Tenaga Kerja 2020

(7)

Jurnal Pendidikan 2006, Universiti Malaya 195 tidak menyatakan apa-apa tentang bilangan tenaga kerja pada masa depan. Manakala Responden B telah membuat jangkaan berdasarkan kepada GDP dari 2 hingga 5 peratus di mana responden B menyatakan:

kalau kita mengambil kira pembangunan di negara kita, kita dapati bahawa menjelang tahun 2010 kita akan mempunyai 1.5 juta tenaga kerja dan menjelang tahun 2020, di Sarawak akan terdapat 2.5 juta tenaga kerja.

Namun demikian bilangan tenaga kerja yang diberikan oleh Responden berfokuskan senario di negeri Sarawak.

Manakala Responden E tidak dapat membuat jangkaan terhadap keperluan tenaga kerja masa depan. Ini adalah kerana Responden E mengatakan bahawa masa depan adalah sesuatu yang kita tidak ketahui apa akan berlaku. Lebih-lebih dalam senario di negara kita, di mana politik dan pemimpin memainkan peranan dalam menentukan arah ekonomi dan pembangunan negara. Beliau menambah lagi,"Kalau kita hendak membuat jangkaan kita mesti ada statistik yang mengandungi maklumat yang berkaitan sepuluh dan dua puluh tahun yang lepas, setelah itu baru kita boleh membuat jangkaan tentang masa depan".

Responden A telah menyatakan bahawa pada masa depan, Sektor Perkhidmatan merupakan sektor utama dalam keperluan tenaga kerja pada tahun 2020, namun begitu sektor pertanian dan pembuatan juga tidak dianaktirikan. Di samping itu Responden A juga mengatakan bahawa golongan profesional dan juga teknikal amat diperlukan oleh negara pada tahun 2020.

Bagi Responden B pula, pendapatnya sama dengan Responden A di mana golongan profesional dan teknikal amat diperlukan negara pada masa depan sekiranya Malaysia menjadi negara yang maju. Selain itu responden B juga telah mengatakan tentang kewujudan SOHO {Small Office, Home Office) sebagai salah satu cara atau bentuk menjalankan kerja dan ia juga menjangka perubahan peranan Setiausaha. Responden B juga menyatakan bahawa ada kemungkinan pekerjaan sebagai Setiausaha tidak lagi wujud kerana kemungkinan besar pada masa depan akan wujud teknologi yang membolehkan computer memproses arahan melalui suara.

Responden C juga menyetujui pendapat di atas, dan tidak menyatakan pendapat lain tentang keperluan tenaga kerja pada masa depan. Manakala Responden D pula menyatakan bahawa di samping negara memerlukan pekerja yang berkemahiran untuk memenuhi keperluan dalam bidang pembuatan dan perindustrian negara, K-Workers (Pekerjaan Berasaskan Ilmu Pengetahuan) akan menjadi tunjang kepada ekonomi negara. Namun begitu, golongan profesional juga memainkan peranan penting dalam menerajui kemajuan negara pada masa depan.

Responden E pula berpendapat bahawa pendidikan agama perlu dijadikan asas untuk membentuk tenaga kerja yang terbaik dalam apa jua bidang.

(8)

196 Jurnal Pendidikan 2006, Universiti Malaya Jadual 1

Perbezaan Pandangan Pakar terhadap Jangkaan Tenaga Kerja 2020

Responden Frasa Kenyataan

A • Bilangan tidak dapat dinyatakan • Lebih kepada Sektor Perkhidmatan

• Sektor pembuatan dan pertanian diberi perhatian • Memerlukan ramai golongan profesional dan teknikal • Kemunculan teknologi komputer yang boleh menerima

arahan

B • Berdasarkan kepada kepesatan negara membangun • Guna 5% GDP

• Ada 2.5 juta pekerja pada 2020 di Sarawak • K-Workers

• Peranan setiausaha mungkin berubah atau tidak ada lagi • Memerlukan ramai golongan teknikal dan profesional • Akan wujud SOHO (Small Office Home Office) C • Tidak dapat nyatakan bilangan

• Memerlukan ramai golongan teknikal dan profesional seperti jurutera

D • Rujuk "The Way Forward"

• Pekerja berkemahiran yang mempunyai kelayakan akademik • Tenaga kerja yang berpengetahuan

• Pekerjaan berkemahiran dalam bidang lain diperlukan selain sektor pembuatan

• Akan wujud banyak pekerjaan baru

E • Tidak dapat buat jangkaan kerana kita tidak tahu apa akan berlaku pada masa depan

• Pemimpin dan politik tentukan arah ekonomi, politik dan pembangunan negara

• Kalau hendak buat jangkaan tenaga kerja mesti ada statistik 10 dan 20 tahun lepas

• Walau apa pun jangkaan pendidikan agama sebagai asas untuk melahirkan tenaga kerja yang terbaik dalam apa jua bidang.

Berdasarkan Jadual 1, secara umumnya, pada masa depan dijangka memihak kepada golongan yang memiliki kemahiran dalam bidang teknikal dan juga golongan profesional. Manakala seorang responden tidak dapat membuat jangkaan tentang masa depan kerana masa depan adalah perkara yang kita tidak tahu apa akan terjadi.

(9)
(10)

Jurnal Pendidikan 2006, Universiti Malaya 197 Ciri-ciri Pekerja pada Tahun 2020

Berdasarkan rumusan data bagi subtema ciri-ciri pekerja yang diperlukan oleh negara pada masa depan, Responden A telah mengatakan,"pekerja pada tahun 2020 hendaklah mempunyai kelayakan dalam bidang tertentu. Seelok-eloknya mempunyai kemahiran tertentu sama ada golongan profesional maupun teknikal." Begitu juga, Responden A berpendapat pekeria pada masa depan mestilah berkemampuan untuk menggunakan teknologi terkini yang diguna pakai pada masa tersebut untuk mengelakkannya dari ketinggalan.

Responden B pula menyatakan pada masa depan pekerja yang diperlukan oleh negara adalah pekerja yang bersedia untuk bersaing dalam dunia globalisasi, termasuklah dari aspek bagaimana dan kepantasan mereka menyiapkan kerja, inovatif, serta bersedia untuk mempelajari ilmi-ilmu yang baru. Di samping itu, Responden B juga menyatakan bahawa penguasaan dalam bahasa Inggeris amat penting kerana menurut beliau,"Bahasa Inggeris adalah bahasa yang digunakan dalam bidang Sains dan Teknologi, akan tetapi tidak mengenepikan bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan".

Responden B juga menyetujui pendapat Responden A iaitu pekerja pada masa depan hendaklah berkemampuan untuk menguasai teknologi maklumat.

Bagi subtema yang sama, Responden C pula menyatakan di samping mempunyai ciri yang paling asas bagi setiap pekerja ialah bermoral, beretika dan berdisiplin, pekerja mesti bersedia untuk bersaing dengan pekerja mahir bukan setakat pekerja dalam negeri malahan juga pekerja dari luar negara. Ini adalah kerana menurut Rersponden C, "... dalam dunia globalisasi kita terpaksa menerima saingan dari dalam dan luar negara. Ini memerlukan pekerja menguasai pelbagai kemahiran".Responden C juga berpendapat bahawa pekerja pada masa depan mesti mempunyai kelayakan dalam bidang pekerjaan tetapi ia hanya melibatkan pekerja dalam sektor swasta sahaja atau sebahagian daripada pekerjaan dalam bidang profesional sepertidoktorjuruteradankerja-kerjayangmelibatkan kemahiran. Bagi sektor awam, Responden B menyatakan kadang-kadang pekerja yang diambil mempunyai kelayakan yang tidak berkaitan dengan bidang tugas.

Sekali lagi Responden D, merujuk kepada bukuThe Way Forward,berpendapat pekerja masa depan hendaklah bersedia untuk berubah mengikut keperluan kerja, berilmu pengetahuan, berkeyakinan untuk mencapai kejayaan dan berdisiplin serta bersedia untuk belajar dan menerima pengetahuan dan kemahiran yang baru. Apa yang paling penting menurut Responden D ialah "willing to try new approaches and ideas". Bagi Responden E pula, asas yang paling penting yang perlu ada pada pekerja ialah pendidikan dan pegangan agama yang kukuh. Dari sini bermulanya, pekerja yang baik dalam apa bidang sekalipun. Responden E berkata, "..jorang yang beragama will be a good asset to the country".Bertitik tolak dari agama akan melahirkan pekerja yang berjaya yang akan membantu negara kerana mereka memahami peranan dan tanggungjawab mereka untuk membina ketamadunan dan kemajuan Islam dan negara. Selain dari itu, Responden E juga menyatakan, "Secara umumnya pekerja masa depan mestilah mempunyai daya tahan menghadapi cabaran dan berdisiplin, memiliki knowledge yang diperlukan serta menguasai Sains dan teknologi seperti yang ditekan oleh Perdana Menteri kita."

(11)

198 Jurnal Pendidikan 2006, Universiti Malaya Jadual 2

Perbezaan Pandangan Pakar terhadap Ciri-ciri Pekerja Masa Depan

Responden Frasa Kenyataan

A • Mempunyaikelayakansamaadadalambidangprofesionaldan teknikal

• Berkemampuan menggunakan teknologi maklumat terkini seperti komputer

• Mampu bersaing

B • Mesti ikut teknologi

• Menguasai bahasa Inggeris dan juga bahasa ketiga mengikut arah perdagangan

• Pekerja berpengetahuan, berkemahiran dan inovatif dan mudah mempelajari"new knowledge"

• Kepantasan menyiapkan tugas • Bersedia menghadapi persaingan

C • Akhlak dan etika sebagai perkara paling asas

• Mampu bersaing sama ada di dalam negara atau di peringkat antarabangsa

• Mempunyai kepelbagaian kemahiran bagi sektor industri tetapi bukan bidang profesional

D • Rujuk kepada "The Way Forward"

• Pekerja yang bersedia untuk berubah mengikut keadaan kerja • Berpengetahuan

• Berkeyakinan

• Mahu mencuba pendekatan dan idea yang baru

• Berdisiplin, berkemahiran dan bersedia untuk belajar mengenai kemahiran yang baru

E • Berpendidikan dan mempunyai pegangan agama yang kukuh • Akan mewujudkan pekerja yang baik termasuk kepada negara • Memahami peranan dan tanggungjawab mereka untuk

membina ketamadunan dan kemajuan Islam dan negara • Mempunyai daya tahan menghadapi cabaran, berdisiplin,

memiliki pengetahuan yang diperlukan • Menguasai bidang Sains dan Teknologi

Berdasarkan kepada Jadual 2, didapati ciri-ciri pekerja yang diperlukan oleh negara pada masa depan ialah akhlak dan disiplin yang menjadi tunjang utama. Selain itu kemahiran dalam bidang sama ada profesional mahupun golongan teknikal adalah amat perlu. Persediaan diri untuk bersaing dalam dunia globalisasi juga merupakan ciri penting bagi pekerja-pekerja yang diperlukan negara pada masa depan.

(12)

Jurnal Pendidikan 2006, Universiti Malaya 199 Faktor yang Mempengaruhi Keperluan Tenaga Kerja

Jadual 3 memperlihatkan perbezaan pandangan pakar terhadap faktor-faktor yang mempengaruhi tenaga kerja masa depan. Dalam analisis temubual bagi subtema Faktor Mempengaruhi Keperluan Tenaga Kerja, Responden A menyatakan dasar yang diguna pakai oleh kerajaan yang menentukan keperluan tenaga kerja. Sebagai contoh menurut beliau,"Sekiranya kerajaan fokuskan kepada sistem pertanian, maka ramai tenaga kerja akan diperlukan dalam bidang tersebut."

Responden B juga menyatakan sistem yang diguna pakai oleh kerajaan yang banyak mempengaruhi keperluan tenaga kerja. Di samping itu, faktor ekonomi juga amat mempengaruhi keperluan ini.

Bagi Responden C pula, faktor globalisasi merupakan faktor utama keperluan tenaga kerja. Di samping itu Responden C mengatakan, "Pembangunan fizikal yang berlaku dalam negarajuga memberi sumbangan kepada keperluan tenaga kerja."

Menurut Responden C lagi, "Bila berlaku pembangunan yang baru, kita memerlukan teknologi yang baru,pengetahuan yang baru dan kepakaran yang baru".

Responden D pula hanya mengatakan penggunaan teknologi dan cara-cara pengurusan baru banyak mempengaruhi keperluan tenaga kerja. Manakala Responden E pula berkata,"Apajua yang berlaku dalam negara banyak dipengaruhi oleh politik serta dasar ekonomi yang diperkenalkan oleh negara dan pemimpinnya".

Di samping itu Responden E tidak menolak perubahan yang berlaku di dunia secara global juga menyumbang kepada keperluan tenaga kerja.

JdUUdl

Perbezaan Pandangan Pakar Terhadap Faktor Mempengaruhi Keperluan Tenaga Kerja

Responden Frasa Kenyataan

A • Dasar kerajaan

• Contoh, kalau kerajaan tumpukan bidang pertanian, ramai yang akan pergi ke bidang tersebut

B • Ekonomi

• Sistem yang diguna pakai oleh kerajaan

C • Faktor globalisasi

• Pembangunan fizikal negara

D • Teknologi

• Cara pengurusan yang baru

Politik

Apa yang berlaku dalam negara dan dasarnya ditentukan oleh pemimpin

(13)

200 Jurnal Pendidikan 2006, Universiti Malaya

Berdasarkan kepada analisis subtema di atas, faktor utama yang mempengaruhi keperluan tenaga kerja adalah sistem atau dasar yang diguna pakai oleh kerajaan. Di samping itu faktor ekonomi dan juga perubahan yang berlaku di dunia luar juga menyumbang kepada keperluan itu.

Peranan Sistem Pendidikan terhadap Penyediaan Tenaga Kerja 2020

Subtema yang kelima berdasarkan analisis temubual ialah Peranan Sistem Pendidikan Terhadap Penyediaan Tenaga Kerj a 2020. Responden A meny atakan pendidikan merupakan asas kepada pembelajaran. Menurut beliau peranan pendidikan dalam penyediaan tenaga kerja, "...bergantung kepada sejauh mana pendidikan diterima, selepas itu peranan ini akan disambut oleh institusi lain."Tambahan lagi, Responden A berkata,"Pendidikan sebenarnya memberi pendedahan kepada pelajar tentang pendidikan asas seperti Sains dan Matematik kepada pelajar." Kesimpulannya, untuk memastikan kejayaan, para pelajar perlu mendapat pendidikan secara berterusan, dari peringkat sijil sehinggalah ke peringkat yang tertinggi. Manakala Responden B berpendapat sistem pendidikan merupakan langkah pertama kepada pekerjaan dan menyarankan, "Pendidikan perlu mempunyai elemen-elemen yang membolehkan kita menghasilkan tenaga kerja yang berkemahiran, inovatifdan berdisiplin."

Responden C pula melihat sistem pendidikan sebagai satu cara untuk mendedahkan pelajar kepada perkara asas sahaja. Beliau menganggap sistem pendidikan sebagai satu agen untuk membentuk sahsiah pelajar dan "Pendidikan kita lebih kepada membentuk tenaga kerja profesional sahaja bukannya teknikal."Menurut beliau tenaga kerja teknikal lebih banyak dihasilkan oleh institusi-institusi lain yang melatih pelajar selepas PMR, SPM atau peringkat yang lebih tinggi. Manakala Responden D pula berpendapat peranan pendidikan amat kritikal bagi menyediakan tenaga kerja kerana, "... tanpa pendidikan dan latihan yang relevan, tidak akan melahirkan sebarang tenaga kerja yang sesuai." Namun begitu, Responden D menyatakan pendidikan hanya sebahagian daripada proses penyediaan tenaga kerja; ia mesti dipenuhi dengan latihan pelbagai kemahiran yang dijalankan oleh institusi-institusi yang bertanggungjawab dari semasa ke semasa. Bagi Responden E pula, pendidikan "adalah alat untuk mendidik pelajar. Bukan setakat mencapai kecemerlangan dalam bidang akademik semata-mata, tetapi juga melibatkan akhlak dan didikan agama." Beliau juga berpendapat, dalam senario di Malaysia, kadang-kadang pendidikan tidak diambil kira, kerana terdapat unsur"Know Who bukan Know How"dalam pengambilan tenaga kerja. Menurut Responden E, pegangan agama yang kukuh hasil dari penekanan pendidikan agama akan dapat mengelakkan situasi begini terus berlaku. Di samping itu, beliau menegaskan, penekanan yang serius dalam pendidikan agama, bukan setakat sebagai satu mata pelajaran, dapat memainkan peranan penting untuk melahirkan tenaga kerja profesional yang amat diperlukan negara.

(14)

Jurnal Pendidikan 2006, Universiti Malaya 201 Jadual 4

Perbezaan Pandangan Pakar terhadap Rumusan Terhadap Peranan Sistem Pendidikan dalam Penyediaan Tenaga Kerja

Responden Frasa Kenyataan

A • Pendidikan sebagi asas

• Bergantung sejauh mana pendidikan diterima

• Selepas alam persekolahan, peranan diambil alih oleh institusi lain • Pendedahan kepada mata pelajaran yang asas

• Menerapkan minat dalam bidang tertentu

• Untuk mencapai kejayaan, pendidikan hendaklah dilakukan secara berterasan sehingga peringkat tinggi

B • Langkah pertama kepada pekerjaan

• Pendidikan perlu ada elemen-elemen bagi menghasilkan tenaga kerja berkemahiran, inovatif dan berdisiplin

• Pendidikan memberi pendedahan tentang apa yang ingin dilakukan pasa masa depan

C • Mendedahkan tentang perkara asas kepada pelajar • Memberntuk sahsiah pelajar

• Lebih kepada pembentukan tenaga kerja profesional

• Tenaga kerja teknikal dihasilkan oleh institusi lain mengikut pendidikan yang diperolehi

D • Peranan yang kritikal menyediakan tenaga kerja • rerlu ada pendidikan dan laiihan yaiif TeTfiVIn

• Pendidikan hanya sebahagian daripada proses penyediaan tenaga kerja dan ia mesti dipenuhi dengan latihan berbagai kemahiran E • Alat untuk mendidik pelajar dari segi kecemerlangan akademik dan

akhlak

• Di Malaysia unsur"Know Who bukan Know How"menyebabkan terkadang pendidikan tidak diambil kira untuk memperolehi pekerjaan

• Perlunya pendidikan agama ditekankan dalam Sistem Pendidikan

Berdasarkan Jadual 4, pendidikan memainkan peranan sebagai agen untuk mendedahkan kepada pelajar tentang perkara-perkara asas dalam kehidupan dan juga pembentukan sahsiah pelajar. Melalui pendidikan juga pelajar mendapat pendedahan terhadap apa yang mereka minat dan apa yang mereka ingin lakukan pada masa depan.

(15)

202 Jurnal Pendidikan 2006, Universiti Malaya

Implikasi dan Cadangan Penambahbaikan Sistem Pendidikan

Hasil analisis temubual tema utama yang kedua ialah Implikasi dan Cadangan Penambahbaikan Sistem Pendidikan. Analisis bagi tema utama ini dikategorikan pula kepada dua subtema iaitu:

(A) Implikasi Sistem Pendidikan Yang Tidak Memenuhi Keperluan Tenaga Kerja Negara

(B) Cadangan untuk Menambahbaikkan Sistem Pendidikan

Implikasi Sistem Pendidikan yang Tidak Memenuhi Keperluan Tenaga Kerja Negara

Hasilan analisis bagi subtema ini menunjukkan Responden A menekankan kesan yang paling jelas dari sistem pendidikan yang tidak dapat memenuhi keperluan negara ialah kekurangan tenaga kerja. Sepertimana yang dijelaskan oleh Responden A,"Tenaga kerja yang dimaksudkan di sini ialah yang berkemahiran ".Rentetan dari sini akan menyebabkan negara terpaksa membawa masuk pekerja asing yang berkemahiran. Tambah beliau,"... in return effect, dari import worker akan menyebabkan wang kita mengalir keluar dan ini akan merugikan Negara".Walau bagaimanapun, Responden A melihat satu aspek positif dari kemasukan tenaga kerja mahir dari luar negara ini iaitu pertukaran teknologi yang akan menguntungkan negara.

Manakala Responden B telah menyenaraikan secara ringkas tentang implikasi yang akan dihadapi dari sistem pendidikan yang tidak menepati keperluan tenaga kerja negara iaitu:

1. Pembangunan negara yang lambat 2. Kualiti tenaga kerja akan merosot

3. Wawasan negara tidak akan tercapai; kalau tercapai pun akan lambat

4. Kekurangan tenaga kerja sebab sumber tenaga kerja adalah dari sekolah. Ini adalah kerana untuk menjadi negara maju, negara mesti mempunyai tenaga kerja profesional dan teknikal dalam jumlah yang besar.

Responden C pula menyatakan peningkatan pengangguran akan berlaku di mana beliau menyatakan, "...it has a change effect".Pandangan beliau dapatlah dirumuskan bahawa kesan sampingan daripada peningkatan kadar pengangguran ini ialah dalam aspek ekonomi dan kestabilan negara. Di samping itu ia juga akan menjadi faktor kepada peningkatan masalah sosial.

(16)

Jurnal Pendidikan 2006, Universiti Malaya 203 Jadual 5 memperlihatkan perbezaan pandangan pakar terhadap implikasi kepada sistem pendidikan yang tidak dapat memenuhi keperluan tenaga kerja masa kini.

Jadual 5

Perbezaan Pandangan Pakar terhadap Rumusan Implikasi Sistem Pendidikan yang Tidak Memenuhi Keperluan Tenaga Kerja

Responden Frasa Kenyataan

A • Kekurangan tenaga kerja berkemahiran • Kemasukan tenaga kerja berkemahiran • Pengaliran wang negara keluar

• Faedahnya ialah pertukaran teknologi dan kemahiran B • Pembangunan tergendala

• Kualiti tenaga kerja menurun • Wawasan negara lambat tercapai • Kekurangan tenaga kerja berkemahiran

• Untuk jadi negara maju memerlukan ramai tenaga kerja teknikal dan profesional

C • Pengangguran yang meningkat • Kesan sampingan dari aspek:

1. Ekonomi

2. Kestabilan Negara 3. Sosial

D • Tidak timbul jika makna pendidikan difahami secara tepat E • la adalah spekulasi

• Kita mesti mengetahui keadaan dalam negara

• Mengetahui keadaan "geo-political society" sebelum membuat jangkaan

• Penduduk pedalaman akan terus ketinggalan

Berdasarkan kepada Jadual 5, didapati kekurangan tenaga kerja merupakan implikasi yang paling jelas akibat daripada perjalanan sistem pendidikan yang tidak seiring dengan keperluan negara. Bertitik tolak dari masalah inilah yang akan membawa masalah yang lebih teruk lagi dari segi ekonomi, kestabilan negara dan juga sosial.

Cadangan untuk Menambahbaikkan Sistem Pendidikan

(17)

204 Jurnal Pendidikan 2006, Universiti Malaya

be..literate in the minimum sense' sahaja, sekadar pandai membaca, sekadar pandai menulis tetapi kemahiran lebih dari itu".

Respondent A mencadangkan sedemikian kerana sekiranya golongan ini diabaikan ia akan memberi kesan buruk kepada ekonomi negara. Tambahan lagi, beliau juga mencadangkan agar kerajaan memperbanyakkan sekolah-sekolah teknik bagi memenuhi keperluan negara yang kekurangan pekerja berkemahiran.

Bagi Responden B pula cadangan beliau terhadap sistem pendidikan di negara kita disenaraikan seperti berikut:

a) Sistem pendidikan kita jangan terlalu rigid. Dari semasa ke semasa ia perlukan perubahan yang menjadikan ia peka dengan dunia yang bakal dihadapi oleh pelajar pada masa depan. Macam sekarang ramai siswazah yang menganggur, mesti ada "something wrong" dalam sistem pendidikan kita.

b) Sistem pendidikan kita perlu dinamik, bergerak sejajar dengan apa yang berlaku di dunia, kita boleh mengkaji sistem yang diguna pakai oleh negara luar dan cuba disesuaikan dengan nilai dan budaya masyarakat kita. Kita boleh mendapatkan expertise dalam bidang pendidikan dari negara maju dan berusaha mencari elemen yang ada dalam sistem pendidikan negara maju dapat menghasilkan pelajar yang proaktif, "enterprising", inovatifdan berdaya saing.

c) Kita mempunyai sukatan atau syllabus yang baik, sesuai dengan apa yang dikehendaki, topi kita mungkin perlu memperbaiki kelemahan perisiannya, seperti penyampaian kepada pelajar dan dari aspek penilaian. Kita perlu fikirkan adakah penilaian yang kita buat sesuai atau tidak, sebab sekarang ni kita menekankan peperiksaan diakhirnya.

d) Mengubah sikap dan cara pemikiran pelbagai pihak yang terlibat dengan pendidikan mesti berubah sejajar dengan perubahan.

e) Saiz kelas perlu dikecilkan. Kelas kita di Malaysia ni terlalu besar. Apa salahnya kita membuat investment yang lebih banyak untuk pendidikan dengan tujuan untuk menyediakan fizikal sekolah yang kondusif. Bila kita merujuk kajian yang dibuat oleh United Nations pun, kebanyakan negara maju membuat investment yang paling banyak untuk education berbanding dengan bidang yang lain.

f) Memperbanyakkan kaunselor di sekolah juga penting. Bagi membantu pelajar bukan setakat pelajar yang bermasalah disiplin malahan juga membantu pelajar untuk melihat apa mereka nak lakukan di masa depan.

g) Disiplin perlu dititik berat. Ini adalah kerana pelajar yang tidak berdisiplin akan masuk dalam pasaran kerja masa depan akan terjejas pembangunan kualiti pekerja itu sendiri. Ia juga akan mendatangkan kerugian kepada negara.

(18)

Jurnal Pendidikan 2006, Universiti Malaya 205 Begitu juga, perlu wujud satu jaringan kerjasama antara Institusi Latihan Kemahiran dengan sektor pendidikan secara menyeluruh.

Manakala Responden D pula telah mengutarakan pendapatnya iaitu, "Setakat padapendidikan am tidakperlu diubah".Namun begitu, responden D telah menekankan agar kepelbagaian pilihan kepada pelajar diwujudkan dalam bidang kemahiran pada peringkat persekolahan dan pendidikan tinggi. Beliau juga menekankan tentang sikap, disiplin, kesungguhan dan iradat pada sempadan penemuan, pembaharuan dan ciptaan yang mutakhir.

Responden E pula berkata, "Sebarang perubahan yang dilakukan dalam sistem pendidikan haruslah dilakukan kajian yang mendalam sebelum berlakunya perubahan". Di samping itu Responden E juga mencadangkan sistem pendidikan kita agar memberi penekanan kepada pelbagai sektor seperti pertanian, teknologi dan sebagainya. Beliau juga mencadangkan agar sistem pendidikan kita memberi penekanan kepada usaha untuk menghasilkan tenaga kerja yang diperlukan oleh negara. Ini dapat dilihat melalui kata-kata beliau, "...yang penting, kita mesti produce manusia dari aspek knowledge, not only in Malaysia, but can be in the international level".Selain daripada itu Responden E mencadangkan agar pendidikan agama yang betul diterapkan ke dalam pelajar secara total dalam sistem pendidikan kita.

Jadual 6 memperlihatkan perbezaan pandangan terhadap Cadangan Penambahbaikan Sistem Pendidikan.

Jadual 6

Perbezaan Pandangan terhadagjCadangan Penambahbaikan Sistem Pendidikan

Responden Frasa Kenyataan

A • Kembali kepada pendidikan asas

• Atasi keciciran pelajar di kawasan luar bandar atau pedalaman • Bukan sekadar boleh membaca, menulis dan mengira tetapi kemahiran

teknikal juga

• Tidak hanya fokus kepada golongan yang pandai sahaja tetapi juga golongan yang tidak berkemampuan

B • Sistem pendidikan tidak terlalu rigid

• Menganalisa sistem yang diguna pakai oleh negara maju • Memperbaiki dari segi software atau penyampaian bahan • Memperbaiki sistem dan cara penilaian

• Mengecilkan saiz kelas dan membuat lebih pelaburan dalam bidang pendidikan

• Memperbanyakkan kaunselor • Ubah cara berfikir

(19)

206 Jurnal Pendidikan 2006, Universiti Malaya

C • Tidak ada cadangan kerana mempunyai sistem pendidikan yang sudah baik

• Menambah bilangan calon dalam bidang yang kekurangan tenaga kerja

• Kerjsama antara sistem pendidikan dan institusi latihan kemahiran D • Pendidikan am tidak perlu diubah

• Mempelbagaikan pilihan pelajar pada peringkat kemahiran dan pendidikan tinggi

• Latihan mencakupi segala ilmu pengetahuan dan kemahiran serta orientasi sikap, disiplin, kesungguhan dan iradat pada penemuan, pembaharuan dan ciptaan yang mutakhir

E • Sebarang perubahan perlu melalui kajian yang menyeluruh

• Penekanan kepada semua bidang seperti pertanian, teknologi, dan Iain-lain

• Melahirkan manusia yang berpengetahuan yang boleh bersaing di peringkat dalam negara mahupun antarabangsa

Berdasarkan Jadual 6 secara umumnya, kita sudah mempunyai satu sistem yang baik. Namun demikian masih terdapat beberapa ruang yang boleh dibaiki dari peringkat pendidikan yang paling asas hingga ke peringkat tinggi. Ini adalah penting bagi memastikan apabila negara mencapai taraf negara maju, kita tidak lagi terlalu mengharapkan kepada tenaga kerja berkemahiran dari luar bagi meneruskan kemajuan yang telah diasaskan oleh pemimpin pada masa kini.

IMPLIKASI DAN CADANGAN

Hasil kajian yang dilakukan menunjukkan bahawa dalam pendidikan yang dilaksanakan di negara kita, pelajar tidak diberi pendedahan secara langsung terhadap apa yang bakal dihadapi pada masa depan, di mana ia memberi kesan kepada kualiti pekerja apabila kumpulan pelajar ini bekerja. Bagi mengatasi masalah ini, pelajar kita perlu diberi peluang untuk melihat sendiri lapangan atau bidang tugas sesuatu pekerjaan yang berkaitan dengan apa yang mereka pelajari sejak dari awal lagi, sebagai contoh melalui kajian yang dilakukan di sektor-sektor yang berkaitan.

Penekanan yang lebih terhadap pencapaian akademik bagi pelajar akan mewujudkan masalah disiplin. Senario ini memberi implikasi yang negatif terhadap pembentukan tenaga kerja negara yang mempunyai disiplin dan memenuhi ciri-ciri penting pada masa depan. Oleh itu, penekanan kepada soal disiplin dan akhlak amat perlu diberi perhatian. Tanggungjawab ini bukan terletak di bahu pihak sekolah mahupun ibu bapa sahaja tetapi juga semua pihak yang terlibat agar sama-sama menggembelingkan tenaga bagi memulihkan masalah ini.

(20)

Jwnal Pendidikan 2006, Universiti Malaya 207 bidang teknikal dan sains melalui pembinaan lebih banyak lagi sekolah-sekolah teknik yang lengkap dengan keperluan dan peralatan yang boleh memantapkan bakat dan kemahiran pelajar secara maksimum.

Bidang teknikal dan kemahiran amat diperlukan negara menjelang tahun 2020, malangnya sistem pendidikan tidak dapat menyediakan latihan teknikal dan mengenal pasti kemahiran yang betul-betul diperlukan oleh sektor pekerjaan khasnya sektor swasta. Kerjasama antara sektor swasta dengan institusi-institusi pendidikan amat perlu diperkukuhkan bagi memastikan kemahiran yang diberikan kepada pelajar adalah sejajar dengan kehendak industri pekerjaan sama ada dalam bentuk latihan mahupun kajian terhadap bentuk kemahiran yang perlu dimiliki oleh tenaga kerja. Ini adalah untuk mengelakkan pembaziran dalam memberi latihan kemahiran yang tidak sesuai dengan kehendak pekerjaan yang diperlukan oleh industri pembuatan mahupun sektor perkhidmatan.

Pada masa depan, penggunaan teknologi komputer dalam perhubungan dan komunikasi di dalam pelbagai sektor di negara ini akan meningkat. Namun demikian, kita masih lagi kekurangan pakar-pakar dalam bidang tersebut contohnya, pakar dalam kejuruteraan perisian. Bagi mengelakkan penggantungan berterusan kepada perisian-perisian dan pakar dari luar negara, sektor pendidikan dan institusi-institusi latihan Vokasional dan Kemahiran di negara juga perlu memberi penekanan kepada bidang kritikal seperti ini. Ini akan membolehkan kita berdikari dalam membangun dan memajukan negara kita tanpa banyak campur tangan dari pihak luar.

KESIMPULAN

Kajian ini berfokus kepada kemahiran yang diperlukan oleh tenaga kerja negara pada tahun 2020. la bertujuan untuk mengenal pasti bentuk kemahiran yang diperlukan pada tahun 2020 supaya kurikulum kita akan menjurus kepada penyediaan tenaga kerja yang berkemahiran yang bertepatan dengan keperluan negara. Kajian ini perlu sebagai satu cara untuk mengenal pasti kurikulum yang disediakan sejajar dengan kehendak tenaga kerja pada tahun 2020 nanti. Daripada dapatan kajian yang diperoleh, adalah menjadi tanggungjawab kita untuk memastikan setiap langkah yang kita ambil hari ini tidak akan merugikan negara pada masa depan. Kurikulum dan sistem pendidikan amat penting peranannya kerana tenaga kerja negara pada tahun 2020 adalah anak-anak kecil yang berumur tujuh tahun pada masa kini yang akan meneruskan agenda negara sebagai negara maju pada tahun 2020.

Kajian ini merupakan satu kajian bersifat terlalu umum dan terlalu kecil berbanding dengan kajian yang dibuat oleh pihak lain seperti Unit Perancangan Ekonomi dan sebagainya. Namun amat jarang kajian yang dilakukan untuk melihat perkaitan dan persediaan pendidikan dengan tenaga kerja, walaupun disedari pendidikan adalah perintis kepada penyediaan sumber tenaga kerja negara. Kajian lain yang lebih memfokuskan kepada masa depan dan tahun 2020 juga amat diperlukan supaya pendidikan yang diberikan kepada generasi wawasan menyediakan sumber tenaga kerja yang memenuhi keperluan negara.

(21)

208 Jurnal Pendidikan 2006, Universiti Malaya

sukar untuk memenuhi aspirasi pemimpin negara untuk keperluan tersebut. Justeru itu, akan wujud banyak ruang-ruang kosong dalam lakaran tenaga kerja negara pada masa depan menyebabkan kemasukan tenaga pakar dari luar dalam pelbagai bidang yang akan banyak mendatangkan kerugian kepada negara dan rakyat Malaysia sendiri.

RUJUKAN

Abdul Rahim Abdul Rashid (2000).Wawasan pembangunan: Isu dan cabaran.Kuala Lumpur: Utusan.

Abdul Shukur Abdullah (1994). Pendidikan kebangsaan dalam mencapai objektif Wawasan 2020, pembangunan ummah ke arah Wawasan 2020.Kuala Lumpur: Institut Kefahaman Islam Malaysia.

Ahmad Sarji (2003).Memahami konsep, implikasi dan cabaran Wawasan 2020.Kuala Lumpur: Utusan.

Ali Abu Hassan Sulaiman (1993). Labour demand towards 2020. Kertas kerja yang dibentang dim National Employers Conference anjuran Malaysian Employers Federation dan The Malaysia Strategies Consultancy. Dimuat turun pada 2 November 2003 daripada http://www.graduan.com.my/graduan/annuals/1993.articles.taf Atkinson, A. B. (1983). The economics of education. London: Hodder & Stoughton. Australian Bureau of Statistics (1995). Australian Social Trends 1995: Work-Labour

Force Projections: Projections of Labour Force. Dimut turun pada 2 November 2003 daripada http://www.abs.gov.au/Ausstats?abs@nsf

Bahagian Perancangan dan Penyelidikan, Kementerian Pendidikan Malaysia. (1997). Pendidikan dan tenaga kerja bagi memenuhi keperluan tenaga buruh berpendidikan, 1980-2020. Dimuat turun pada 2 November, 2003 daripada http://www.2.moe.gov. my/~bppdp/Kajian%20BPPDP/kajian 1997.htm

Beaumont. G. (2003). Meeting the work force demands of the future market. Dimuat turun pada 4 November 2003 daripada

http://cnn.hct.ac.ae/events/archive/tend/033beaum.html

Buku Vision 2020: Malaysia: Towards Establishing A Fully Developed Nation (1997). Kuala Lumpur: Jabatan Penerangan Malaysia.

Buletin Perangkaan Sosial Malaysia (2001). Putra Jaya: Jabatan Perangkaan Malaysia. Henson, R. (2003). Clarifying the views of Human Resources in Year 2020. PeopleSoft,

Inc. http://www.acs.org.au/nsw/articles/2000075Jitm

Judy, R. (1997).Workforce 2020: Work & workers for the 21st century.Ohio: Bpi. Kamus Dewan (2002). Edisi Ketiga. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Mahathir Mohamad (1998a).The way forward.London: Weidenfleld & Nicolson. Mahathir Mohamad (1998b).Mahathir Mohamad on multimedia super corridor.Subang

Jaya, Selangor: Pelanduk.

(22)

Jurnal Pendidikan 2006, Universiti Malaya 209 Min, B. (1999). Economic and Demographic Trends and Early Childhood Education.

Dimuat turun pada 4 Disember, 2004 daripada http://www.nsf.gov/sbe/tcw/ events990615w/9.html

Nik Mustapha Nik Hassan, & Syed Omar Syed Agil (1994).Pembangunan ummah ke arah wawasan 2020.Kuala Lumpur: Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM). Nik Zafari Abdul Majid (2000).Pengurusan dan perancangan sumber manusia.(Siri Wawasan 2020, K-Ekonomi, Daya Saing Strategik 1). Dimuat turun pada 4 Disember, 2004 daripada http://www.geocities.com/nikzafri/hrd.html

Ornstein, A. C, & Hunkins, F. P. (1998).Curriculum: Foundation, principles and issues. London: Allyn & Bacon.

Oxford Paperback Dictionary and Thesaurus (2003). Dimuat turun pada 4 Disember, 2004 daripada http://www.askoxford.com/dictionary/future Preziosi, C, &

Gooden, D. (2003).Machiavelli revisited: MBA Students' Perspectives.

Kertaskerja di bentangkan di International Business and Economics Conference, Las Vegas, Nevada. Oktober, 2003. Pitts, P. J. (2003). Education as Key to Work Force Future. Ulasan kepada Buku Workforce

2020: Work and Workers in the 21stCentury by the Staff of the Hudson Institute. Dimuat turun pada 4 Disember, 2004 daripada

http://news.uns.purde.edu/UNS/hot.topics/workforce2020.html

Robert, C. P. (2003). Workforce 2020: Work and Workers of the 21stCentury. Dimuat turun pada 4 Disember, 2004 daripada http://www.wf2020broward.org/academies_ trends .php.

Robson W. B. P., & A BNAC Statement (2001).Aging populations and the workforce: Challenges for employers.British-North America Committee. Manitoba, Canada: Printcrafters.

Saedah Siraj (Ed.) (2001).Perkembangan kurikulum: Teori dan Amalan.Selangor: Alam Pintar.

Saedah Siraj (2005). Kurikulum masa depan: Bolehkah diukur? Dalam Siow Heng Loke, Abu Talib Putih, Lee Siew Eng, Sandiyao Sebestian, & Adelina Asmawi (Peny.), Pedagogi merentas kurikulum(ms. 351-65). Kuala Lumpur: Fakulti Pendidikan, Universiti Malaya.

Shahril @ Charil Marzuki, & Habib Mat Som (1999).Isupendidikan di Malaysia: Sorotan dan cabaran.Kuala Lumpur: Utusan.

Shantakumar, G. (2002). Population and labour force: Dynamics and policy in Singapore. Kertaskerja di bentangkan di IUSSP Regional Population Conference, Bangkok, Thailand 10-13 June, 2002. Dimuat turun pada 12 November 2003 daripada http:// www.iussp.org/Bangkok2002/S16shantakumar.pdf

Sing, T. (2003). Workforce will be key to survival.Pacific BussinessNews.Dimuat turun pada 12 November 2003 daripada

(23)

210 Jurnal Pendidikan 2006, Universiti Malaya

Slaughter, R. A. (1996, November). The knowledge base of futures studies as an evolving process.Futures, 28(9),799-812. Dimuat turun pada Ogos 15,2005, daripada http:// www.sciencedirect.com/science ?_ob=MImg&_imagekey =B6V653VWC55R2&_ cdi=5805&_user=3464026&_orig=search&_coverDate=ll%2F30%2F1996&_sk =999719990&view=c&wchp=dGLbVzzzSkWA&d= ff70d3ca2fb4ba2110c9ald6 lef32a00&ie=/sdarticle. pdf

Slaughter, R. A. (1997). Implementing foresight for future generations. Dim. R. Slaughter (Ed.),The knowledge base of Futures Studies, Volume 3: Directions and outlooks. Hawthorn, Victoria, Australia: DDM Media.

The Collins Essential English Dictionary (2003). United Kingdom: HarperCollins. Toffler, A. (1990).Kejutan dan gelombang.Kuala Lumpur: DBP.

Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri (2001).Rancangan Malaysia Kelapan. Kuala Lumpur: Percetakan Nasional.

Wan Liz Wan Omar (2000). Mengurus agenda abad 21: Cabaran dan persiapan dalam era globalisasi.Kuala Lumpur: Golden Books Centre.

Wan Mohamad Zahid Mohd. Nordin (1993). Pengisian Wawasan Pendidikan. Kertaskerja utama Persidangan Pendidikan Nasional, Institut Aminuddin Baki, Malaysia. Wonacott, M. E. (1992), Apprenticeship and The Future of The Workforce. ERIC

Clearinghouse of Adult, Career and Vocational Education. Dimuat turun pada 15 Ogos, 2005, daripada: http://icdl.uncg.edu/ft.082099-03.html

Zimmermann, S. (2000). Home work: After decades of futuristic predictions about work-at-home technology, telecommunicating is finally becoming a reality. Dimuat turun pada Ogos 15,2005, daripada http://www.lib.niu.edu/ipo/2000/ii000930.html Ziauddin Sardar (1985). Islamic futures: The shape of ideas to come. New York:

Mansell.

Referensi

Dokumen terkait

Pengaruh likuiditas dan profitabilitas terhadap return saham pada sub sektor konstruksi dan bangunan yang terdaftar di bursa efek indonesia.. Universitas Pendidikan Indonesia |

Pemerintah tidak seharusnya melakukan hal hal yang mencoreng kebebasan manusia untuk hidup dengan menembak mati para pendemo yang tidak setuju

Dari hasil di atas dapat diketahui signifikansi sebesar 0,540 Karena signifikansi lebih dari 0,05 maka dapat disimpulkan bahwa kedua kelompok data intensitas

Dalam penentuan kawasan yang sesuai untuk wisata bahari di Pulau Kemujan digunakan metode overlay atau menumpang tindihkan berbagai parameter yang berpengaruh terhadap

Model pembelajaran the power of two adalah pembelajaran yang dipergunakan guru dalam mencapai tujuan pembelajaran yang diinginkan. The power of two sebagaimana

Pelaksanaan asuhan keperawatan dalam pemberian posisi semi fowler itu sendiri dengan menggunakan tempat tidur orthopedik dan fasilitas bantal yang cukup untuk menyangga

menunjukkan bahwa nilai p < 0,05 dengan demikian terdapat hubungan yang negatif dan signifikan sebesar - 0,172 antara status gizi dengan prestasi belajar siswa, sehingga

Ruangan ini berfungsi sebagai ruang pengendali rekaman yang di dalamnya dilengkapi dengan peralatan studio seperti mixer video, TV monitor setiap sumber audio