• Tidak ada hasil yang ditemukan

KHATAM AL QUR AN ISU ISU PELAKSANAANNYA

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "KHATAM AL QUR AN ISU ISU PELAKSANAANNYA"

Copied!
12
0
0

Teks penuh

(1)

NATIONAL RESEARCH SEMINAR 2015

“trengthening “cholarships ThroughResearch i

N

A

T

IO

N

A

L

R

E

S

E

A

R

C

H

S

E

M

IN

A

R

2

0

1

5

PROCEEDING

“trengthening

Scholars

hips

s

Through

Research

9 May 2015

▸ Baca selengkapnya: pidato singkat tentang khatam al quran

(2)

“trengthening “cholarships ThroughResearch ii

© Hakcipta Fakulti Pengurusan dan Ekonomi UPSI Cetakan 2015

Hak cipta terpelihara. Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian artikel, ilustrasi dan isi kandungan buku ini dalam apa juga bentuk dengan cara apa jua sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman atau cara lain sebelum mendapat izin bertulis daripada Fakulti Pengurusan dan Ekonomi, Universiti Pendidikan Sultan Idris, 35900 Tanjong Malim, Perak.

NATIONAL RESEARCH SEMINAR 2015 Fakulti Pengurusan dan Ekonomi Universiti Pendidikan Sultan Idris

ISBN: 978-983-2084-05-1

Diterbit dan dicetak oleh:

(3)

“trengthening Scholarships Through Research 1207

SPKO-82

KHATAM AL-

QUR’AN

: ISU-ISU PELAKSANAANNYA DALAM

SISTEM PENDIDIKAN

YM Raja Abdullah bin Raja Ismail

Institut Pendidikan Guru

Kampus Dato’ Razali Ismail

raja_abdullah@ipgmkdri.edu.my

Daud Ismail, Dr.

Universiti Sultan Zainal Abidin

daudismail@unisza.edu.my

Fouziah Mohd, Dr.

Institut Pendidikan Guru

Kampus Dato’ Razali Ismail

fouziah@ipgmkdri.edu.my

Kemahiran bacaan dan penghayatan Al-Qur’an menjadi tumpuan utama pihak kerajaan amnya dan Kementerian Pendidikan khasnya ke arah mencapai matlamat melahirkan generasi ulul albab melalui corak pendidikan Quranik, Ensaiklopedik dan Ijtihadik yang mampu memacu kejayaan umat di dunia dan akhirat. Namun situasi yang berlaku pada hari ini sedikit menggugat usaha membina generasi tersebut lantaran kelemahan dalam kemahiran bacaan, kelancaran, fasohah serta tilawah Al-Qur’an bertajwid. Polemik ini menghantui pelbagai lapisan sistem pendidikan sama ada pada peringkat rendah, menengah, institusi pengajian tinggi serta masyarakat awam. Keupayaan membaca secara tartil dan seterusnya mengkhatamkan Al-Qur’an mengikut tatatertib yang digariskan oleh ulama’ Ulumul Quran juga tidak dapat dicapai sepenuhnya. Kecaknaan, sikap serta penglibatan ibu bapa dalam memastikan anak-anak menguasai asas-asas mengenal huruf dan bacaan Al-Qur’an dikatakan menjadi penyebab kepada kelemahan tersebut. Oleh itu, penulisan ini akan memberi fokus kepada konsep Khatam Al-Qur’an, amalan khatam Al-Qur’an Rasulullah s.a.w, para sahabat serta sistem tradisional yang diamalkan oleh ulama-ulama’ silam dan isu-isu pelaksanaannya dalam sistem pendidikan. Kajian mendapati walaupun mereka ini telah mencapai umur dewasa dan mengenali huruf-huruf hijai’yyah tetapi masih gagal membaca Al-Qur’an dengan lancar bahkan lebih malang lagi

langsung tidak dapat membaca kalimah atau diistilahkan sebagai “Buta Al-Qur’an”, lemah dalam aspek tajwid dan makhraj huruf. Isu ini harus ditelusuri punca permasalahannya bagi mencari langkah penyelesaian untuk mengembalikan penguasaan bacaan dan seterusnya berjaya mengkhatamkan Al-Qur’an mengikut kehendak sebenar dan bukan hanya berkonsepkan Baca Ikut Guru (BIG) semata-mata.

(4)

“trengthening Scholarships Through Research 1208

1.1

PENGENALAN

Kitab Al-Qur’an begitu sinonim dengan kehidupan umat Islam. Ianya menjadi pegangan dan panduan dalam semua bidang kehidupan meliputi akidah, syariat, akhlak dan kehidupan seharian setiap muslim yang merangkumi ibadat, muamalat, munakahat, jinayat, perundangan dan pelbagai aspek lain (Mohd Yusof Ahmad, 2005). Al-Qur’an juga merupakan semulia-mulia kalam Allah s.w.t yang tidak terhitung fadhilatnya, menjadi penutup kepada segala kitab yang diturunkan kepada Nabi Muhammad s.a.w (al-Mustagfiri, 2009) melalui perantaraan malaikat Jibril a.s secara Tawatur bermula dari surah Al-Fatihah hingga surah Al-Nas. Penurunan wahyu Al-Qur’an ini menggambarkan ketinggian dan keagungan kuasa Allah s.w.t yang disaksikan para malaikat di Luh Mahfuz bagi membuktikan kebenarannya. Hal ini bersandarkan firman Allah dalam surah Al-Buruj ayat 21 dan 22 yang bermaksud:

“(Sebenarnya apa yang engkau sampaikan kepada mereka bukanlah syair atau sihir), bahkan

ialah Al-Qur’an yang tertinggi kemuliannya; (lagi yang terpelihara dengan sebaik-baiknya) pada Luh Mahfuz.”

Berdasarkan kemuliaan dan keagungan Al-Qur’an sebagai mukjizat yang agung dalam ayat tersebut, maka Allah s.w.t telah menjanjikan kurniaan yang besar kepada orang yang suka membaca Al-Qur’an diumpamakan seperti mereka yang sentiasa mendirikan solat dan membelanjakan hartanya ke jalan Allah, sentiasa beroleh keuntungan dalam perniagaan dan sentiasa diberi pegampunan sebagai balasan kebaikan dari penciptanya (al-Nawawiy, 1999). Hal ini dinyatakan dalam hadith Bukhari diriwayatkan daripada Sayyidina Uthman bin Affan r.a yang bermaksud :

“Sebaik-baik kamu orang yang mempelajari Al-Qur’an dan mengajarkannya.”

Hadith ini dengan jelas mengurniakan satu pandangan yang istimewa kepada pengajar dan orang yang mempelajari Al-Qur’an itu sendiri. Namun begitu, dalam konteks mempelajari atau membaca

Al-Qur’an ini, kemelut yang menghantui rata-rata umat Islam di negara ini ialah membaca dan

mengkhatamkan Al-Qur’an menepati tatatertib dan kehendak pengajian yang digariskan oleh para ulama’

Al-Qur’an. Persoalan inilah yang membelenggu pelajar-pelajar atau penuntut-penuntut dalam semua

peringkat pendidikan sama di sekolah rendah, menengah atau institusi pengajian tinggi dalam negara. Mereka ini walaupun telah mencapai umur dewasa dan mengenal huruf-huruf ‘hijya’iyyah’ namun gagal membaca Al-Qur’an dengan lancar dan didapati ‘buta Al-Qur’an’, lemah penguasaan tajwid serta makhraj huruf (Mohd Zainul Arifien, 2006;Mohd Faisal et al., 2008). Penemuan kajian oleh Zulkifli & Saidi (2008) juga didapati mengejutkan, dimana 60 peratus daripada 320 pelajar tingkatan satu Sekolah Menengah Kebangsaan di Negeri Terengganu gagal membaca Al-Qur’an dengan lancar walaupun telah melalui proses pengajaran dan pembelajaran selama enam tahun di sekolah rendah. Isu ini harus ditelusuri punca permasalahannya bagi mencari langkah penyelesaian untuk mengembalikan penguasaan bacaan dan khatam

Al-Qur’an umat Islam sepertimana yang dilakukan Rasulullah s.a.w serta generasi Islam pada zaman silam.

1.2

KONSEP KHATAM AL-

QUR’AN

Para ulama’ menggariskan panduan dan adab-adab yang khusus dalam membaca dan seterusnya mengkhatamkan Al-Qur’an. Ia bertujuan memastikan amalan tilawatil Qur’an tersebut bermanfaat, mendapat pahala dan menjadi ibadat kepada pembacanya. Susunan atau adab-adab membaca dan seterusnya mengkhatamkan Al-Qur’an ini diperolehi oleh mereka dari sunnah Rasulullah s.a.w, para sahabat baginda dan hasil kepekaan serta kefahaman mereka tentang Al-Qur’an (al-Khalidy, 1994).

Tertib bacaan dengan adab yang khusus meliputi sebelum dan semasa membaca Al-Qur’an diberi

penekanan khusus oleh para ulama’ yang mengarang kitab-kitab tersebut. Antaranya ialah menanamkan niat

(5)

“trengthening Scholarships Through Research 1209

dengan penuh tabarru’ bagi mendapat keberkatan dari Allah s.w.t. Para sahabat dan Salafus Soleh membaca

Al-Qur’an secara bertajwid sebagaimana keadaan asal ia diturunkan bagi membetuli makhraj dan hukum

-hukum bacaannya. Rasulullah s.a.w mencadangkan para sahabat supaya mengikuti bacaan Ibn Ummi ‘Abd

(gelaran bagi Abdullah bin Mas’ud) kerana beliau dikurniakan kelebihan bacaan bertajwid yang tepat

(al-Maliki, 2010).

Membaca dan mengkhatamkan Al-Qur’an secara bertajwid adalah sangat diutamakan kerana ia boleh menghindari daripada kesalahan bacaan (lahn) yang membawa kepada perbuatan haram. Konsep atau cara membaca dan mengkhatamkan Al-Qur’an yang betul ialah secara tartil agar sebutan huruf dan makhraj yang dibaca menjadi jelas serta dapat bertadabbur melaluinya. Hal ini merupakan pandangan para fuqaha’

Mazhab Syafi’e yang meletakkan pahala yang tinggi kepada bacaan Al-Qur’an secara tartil.

Kenyataan ini menjelaskan kepada kita bahawa Al-Qur’an harus dibaca dengan lancar dan fasih dari segi sebutan huruf mengikut baris dan tanda bacaan, serta berhenti dan memulakan bacaan dengan tepat (al-Maliki, 2010). Cara atau konsep seumpama inilah yang harus diterapkan dalam memastikan kurikulum Tilawah Al-Qur’an (khatam Al-Qur’an) yang dilaksanakan di peringkat sekolah rendah kebangsaan melalui program j-QAF mencapai matlamatnya menurut erti kata sebenar.

1.2.1 Teladan Khatam Al-

Qur’an Rasulullah s.a.w

Sekiranya diteliti maksud Al-Qur’an secara istilah, ia merupakan wahyu Allah s.w.t yang diturunkan kepada Nabi Muhammad s.a.w yang merupakan mukjizat yang dipindahkan kepada baginda ketika beruzlah di Gua

Hira’melalui perantaraan malaikat Jibril a.s. Baginda menerima wahyu secara beransur-ansur sedikit demi

sedikit sehinggalah khatam keseluruhan isi Al-Qur’an secara berperingkat-peringkat (Sharifah Norshah Bani, 2011). Ini menunjukkan bahawa Rasulullah juga mengalami proses talaqqi musyafahah secara berhadapan dengan malaikat Jibril a.s dalam memastikan kandungan Al-Qur’an yang diterima baginda menepati aspek makhraj, fasohah serta tajwid yang disyaratkan dalam bacaan Al-Qur’an untuk dikira sebagai ibadat yang mendapat pahala dari Allah s.w.t.

Pada zaman Rasulullah s.a.w pembelajaran Al-Qur’an berdasarkan kaedah talaqqi musyafahah

sebagaimana nabi menerimanya dari malaikat Jibril a.s diteruskan di rumah baginda dan Al-Arqam bin Abi Al- Arqam. Seterusnya dikembangkan kepada sahabat-sahabat yang datang dari Madinah untuk memeluk Islam dan mendalami Al-Qur’an. Kaedah mempelajari Al-Qur’an secara bersemuka ini diteruskan lagi oleh baginda sehinggalah penghijrahan ke negara Madinah melalui cara bacaan talaqqi musyafahah yang menepati kehendak khatam sebenar. Maka lahirlah ramai huffaz yang masyhur dan hebat dalam kalangan sahabat baginda seumpama Sayyidina Abu Bakar, Umar, Uthman, Ali, Ibnu Mas’ud, Aishah dan Hafsah (al-Buti, 1991).

Nabi Muhammad s.a.w dalam bacaan Al-Qur’an mengamalkan bacaan huruf demi huruf yang dituturkan satu persatu dengan jelas dari sudut makhrajnya, menampakkan sifat-sifat serta membaca mengikut turutan setiap kalimah dengan berhati-hati (al-Maliki, 2010). Ini bertepatan dengan maksud firman Allah s.w.t dalam surah Al-Muzammil ayat 4 :

“Dan bacalah Al-Qur’an dengan tartil(tenang) dan mengikut tajwidnya”

Bacaan seumpama inilah yang menepati kehendak syarak dari sudut mengkhatamkan seluruh isi kandungan Al-Qur’an. Baginda mengamalkan cara bacaan yang mengutamakan kehendak hukum tajwid sebagaimana yang diperintahkan oleh Allah s.w.t agar mengajar dan menunjukkan cara bacaan yang menepati makhraj, memberhentikan dan memulakan bacaan dengan betul serta nada yang menimbulkan rasa tadabbur dan memberi kesan kepada jiwa.

1.2.2 Teladan Khatam Al-Qur’an Sahabat Salafus Soleh

(6)

“trengthening “cholarships ThroughResearch 1210

dengan penuh khusyuk dan menghayati serta memahami maksudnya dalam hati, fikiran serta mengamalkannya dengan lisan dan anggota badan dengan cara bersungguh-sungguh menjadi amalan para sahabat. Hal ini bersesuaian dengan firman Allah s.w.t yang bermaksud:

“Maka adakah mereka tidak memahami serta memikir-mikir isi Al-Qur’an? Atau hati

mereka telah terkunci rapat?”

(Al-Qur’an, Surah Muhammad: 24)

Melalui ayat ini didapati para sahabat dan salafus soleh begitu menekankan penghayatan

Al-Qur’an dengan penuh adab, penuh pengharapan (raja’), takut serta tunduk kepada Allah s.w.t dengan

lafaz-lafaz kalimah dan ayat yang menepati kehendak hukum tajwid yang digariskan. Ketinggian martabat para sahabat dalam menghayati dan mengkhatamkan isi kandungan Al-Qur’an ini dinyatakan oleh Allah firmanNya yang bermaksud:

“Dan mereka segera tersungkur sujud sambil menangis dan mereka bertambah khusyuk”

(Al-Qur’an, Surah Al-Isra’: 109)

1.2.3 Sistem Pengajian Al-

Qur’an Kaedah Tradision

al

Pengajian Al-Qur’an di Tanah Melayu bermula serentak dengan kedatangan Islam ke Alam Melayu. Ini terbukti apabila Parameswara atau Megat Iskandar Shah yang mengasaskan Kesultanan Melaka yang bertapak selama satu abad bermula pada tahun 1400 hingga 1511 masihi. Beliau memeluk Islam mempelajari Al-Qur’an dari seorang ulama’ Pasai iaitu Makhtum Musa (Abdullah Ishak, 1995).

Al-Qur’an pada waktu itu merupakan pengajian asas yang wajib diikuti umat Islam bermula dari rakyat

biasa hinggalah kepada golongan bangsawaan (Saidi Mohd, 2006).

Masyarakat Islam pada zaman awal kedatangan agama wahyu ini tidak pernah putus asa dalam mendalami Islam dan Al-Qur’an. Ulama’ dan guru Al-Qur’an pada zaman silam telah menubuhkan pusat pengajian di rumah-rumah, pondok, madrasah dan sekolah-sekolah yang mengutamakan pengajaran dan pembelajaran Al-Qur’an sebagai langkah awal bagi mendalami dan membaca mukjizat agung Rasulullah s.a.w ini (Mohd Faisal et al, 2008). Kemudahan tempat pengajian dan prasarana yang terhad tidak menghalang mereka untuk menghantar anak-anak seawal umur enam tahun untuk mempelajari Al-Qur’an di masjid atau surau, rumah-rumah persendirian (Abdallah Jusuf, 1990 dalam Saidi Mohd, 2006). Sistem pembelajaran Al-Qur’an pada waktu itu begitu menekankan kebolehbacaan dan penguasaan bacaan sebenar berdasarkan penyampaian guru secara lisan. Hal ini disebut oleh Munsyi Abdullah melalui pengalaman pengajian Al-Qur’an beliau semasa kecil:

“Maka pada tiap-tiap pagi aku pergi mengaji ke tempat belajar, dan malam-malam diajar

oleh bapaku di rumah. Maka beberapa banyak kena tampar dan beberapa papan loh pecah-pecah dihempas oleh guruku di kepalaku, dan beberapa rotan pecah-pecah-pecah di tubuhku.” (Abdullah Munsyi, 1963 dalam Saidi Mohd, 2006)

Walaupun cara pengajaran melalui pengajian di rumah guru yang dinyatakan oleh Munsyi Abdullah itu menggambarkan kurangnya pengetahuan tentang kaedah dan pedagogi dalam penyampaian ilmu agama, namun jika diperhalusi dari sudut kesungguhan dan kesedaran ibu bapa pada waktu itu, ada nilai positif yang boleh dijadikan iktibar untuk diambil teladan.

1.2.4

Kaedah Asas Pembelajaran Al-

Qur’an di

Malaysia

(7)

“trengthening “cholarships ThroughResearch 1211

dua kaedah pengajaran yang diperkenalkan di Negara Malaysia, iaitu kaedah Baghdadiyah dan kaedah Iqra’ (Kamarul Azmi & Mohd Aderi, 2013). Penekanan akan diberikan kepada penghuraian kaedah Baghdadiyah yang merupakan kaedah tradisional yang melahirkan ramai generasi umat Islam di negara ini yang mengkhatamkan Al-Qur’an sebelum kaedah Iqra’ diperkenalkan. Cara bacaan Al-Qur’an kaedah ini menggunakan buku Muqaddam yang memperkenalkan huruf-huruf hija’iyyah, huruf bersambung, berbaris seterusnya susunan surah-surah Al-Qur’an juzuk ke-30.

Kaedah ini bermula dari peringkat asas kepada mempelajari huruf-huruf hiya’iyyah, baris-baris bagi huruf tunggal dan bersambung, mengeja atau menyebut huruf yang dipelajari. Penekanan kepada tajwid dan kebolehan membaca dilaksanakan oleh guru pada peringkat asas lagi. Kemahiran asas mengenal huruf dan baris telah membantu murid membaca Al-Qur’an dengan baik. Pengulangan dibuat secara berterusan dengan kaedah bacaan bertajwid bagi ayat-ayat untuk memantapkan bacaan sehingga tamat juzuk ke-30 sebelum beralih kepada bacaan mushaf Al-Qur’an. Kaedah ini berjaya melahirkan masyarakat Melayu yang dapat membaca dan mengkhatamkan Al-Qur’an dengan baik walaupun terdapat beberapa kelemahan dari sudut masa dalam proses mengenal huruf, baris, mengeja, menyebut dan membaca buku Muqaddam tersebut. Kamarul Azmi & Mohd Aderi (2013) seterusnya menghujahkan bahawa kaedah ini agak ketinggalan dan tidak bersesuaian dengan kaedah mempelajari bahasa masa kini. Aspek pemahaman, penulisan dan hafalan dikatakan tidak diambil kira selain penekanan hanya kepada bacaan sahaja.

Kemunculan kaedah Iqra’ yang diasaskan oleh Ustaz H. As’ad Humam yang merupakan pelopor

kepada pelbagai kaedah membaca Al-Qur’an sejak 1950-an dikatakan menjadi nilai tambah kepada bidang pengajian Al-Qur’an. Cara Cepat Baca Al-Qur’an (Kaedah Iqra’) menggunakan 6 buah buku yang disusun teratur bermula dengan huruf tunggal, rangkaian huruf dan ayat lengkap membantu golongan kanak-kanak sehingga dewasa dalam mempelajari Al-Qur’an. Namun, Jamaluddin (2000) menyimpulkan tiada suatu kaedah yang terbaik dalam penyampaian pengajaran dan pembelajaran Al-Qur’an, ianya harus

dipelbagaikan mengikut kesesuaian pelajar atau penuntut. Kaedah Iqra’ menyimpulkan asas pembelajaran

Al-Qur’an berkait dengan menyebut dan membaca huruf hija’iyyah sama ada tunggal atau bersambung,

mengenal baris fathah, kasrah, dhammah dan sukun, dhabt dan rasm, dan tanda-tanda bacaan mad,

syaddah, waqaf, makhraj serta menghafaz surah-surah lazim.

1.3

ISU-ISU

PELAKSANAAN

KHATAM

AL-

QUR’AN

DALAM

SISTEM

PENDIDIKAN

Pelbagai usaha telah dilakukan oleh pihak kerajaan umumnya dan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) khasnya dalam usaha memastikan penguasaan Al-Qur’an dalam kalangan masyarakat. Bermula dari peringkat prasekolah lagi usaha ini giat dijalankan terutamanya pada umur empat hingga enam tahun dimana ibu bapa telah mula menghantar anak-anak ke tadika Islam di setiap negeri yang dikelolakan oleh kerajaan negeri dan pihak swasta.

Program peringkat nasional yang terkini dilaksanakan bagi menyemarakkan lagi pembacaan dan penguasaan Al-Qur’an ialah program j-QAF bermula pada tahun 2005 yang menumpukan kepada usaha memperkasakan Pendidikan Islam (PI) pada peringkat sekolah rendah melalui penekanan khusus dalam pengajaran Jawi, Al-Qur’an, bahasa Arab, dan Fardhu Ain. Model Khatam Al-Qur’an yang digubal dalam program ini menggunakan pendekatan talaqqi musyafahah iaitu pembelajaran secara bersemuka dengan guru bagi mendengar, membetul kesalahan serta menyebut semula dengan baik dan lancar (Kementerian Pelajaran Malaysia, 2007). Pada peringkat persekolahan menengah pula penekanan diberikan kepada Tilawah Al-Qur’an yang terkandung dalam Sukatan Pendidikan Islam dengan memasukkannya sebagai soalan penting dalam peperiksaan (Mohd Faisal et al., 2008). Kertas ini akan mengupas isu ini dari sudut kemampuan murid mengkhatamkan Al-Qur’an dalam erti kata yang sebenarnya iaitu dengan bacaan bertajwid, lancar dan fasih atau sekurang-kurangnya dapat melafazkan semula kalimah serta ayat-ayat

(8)

“trengthening “cholarships ThroughResearch 1212

1.3.1 Keupayaan Khatam Bacaan Al-Qur’an

Keupayaan membaca dan mengkhatamkan Al-Qur’an dalam sistem persekolahan kini menjadi perbincangan umum kerana sebilangan murid yang hanya mampu membaca secara pendekatan Baca Ikut Guru (BIG) sahaja bagi bacaan mushaf serta masih dalam sukatan Iqra’ 1 hingga 6 walaupun sudah beberapa tahun

mengikuti kaedah bacaan Iqra'.

Pelaksanaan khatam Al-Qur’an dijalankan secara BIG dalam waktu pengajaran dan pembelajaran pendidikan Islam dimana murid akan mengikut bacaan guru bermula dengan menggunakan Buku Iqra’ 1 hingga 6 serta diteruskan dengan membaca mushaf mengikut surah-surah sehingga khatam keseluruhan

Al-Qur’an pada Tahun 6 seperti yang ditetapkan dalam Buku Panduan Pelaksanaan Program j-QAF

(Kementerian Pelajaran Malaysia, 2004). Peruntukan masa yang diberikan ialah empat waktu seminggu bagi enam bulan pertama Tahun 1 dan tiga waktu seminggu bagi enam bulan kedua, manakala bagi Tahun 2 hingga 6 diperuntukkan sebanyak empat waktu seminggu (enam bulan pertama) dan dua waktu seminggu (enam bulan kedua). Ia dinamakan sebagai Model Enam Bulan Khatam Al-Qur’an di awal pelaksanaannya pada tahun 2005 dan diselaraskan semula kepada tiga waktu seminggu sepanjang tahun persekolahan bermula pada tahun 2013 apabila program j-QAF diperluaskan ke semua sekolah rendah di seluruh negara (Kementerian Pelajaran Malaysia, 2013).

Secara amnya, murid boleh mengikuti kaedah BIG ini sekiranya asas Al-Qur’an yang mereka perolehi pada peringkat prasekolah telah kukuh, iaitu boleh membaca mengenal huruf hija’iyyah dan membaca kalimah Al-Qur’an dengan baik. Murid program khatam Al-Qur’an dikategorikan kepada kelompok menguasai, sederhana dan lemah bagi memudahkan guru membimbing dan membetulkan bacaan. Tiga guru Guru Pendidikan Islam (GPI) dan j-QAF diagihkan bagi setiap kelas yang mempunyai 35-40 orang murid. Pengajaran dan pembelajaran (PdP) khatam Al-Qur’an akan berjalan lancar jika tenaga guru mencukupi dengan nisbah murid yang dibimbing. Kekangan untuk menghabiskan sukatan khatam

Al-Qur’an berlaku apabila hanya seorang GPI atau guru j-QAF ditugaskan untuk melaksanakan PdP

bersendirian.

Hal ini dikesan dalam kajian Surul Shahbudin dan Muhammad Azhar (2013) dalam Khatam

Al-Qur’an in Islamic Education Curriculum in Malaysia melalui temu bual ke atas guru j-QAF kohort

pertama tahun 2005 di empat buah sekolah di negeri Perak dan Sarawak. Hasil temu bual mendapati tidak

semua murid berjaya mengikuti kaedah BIG bacaan Buku Iqra’ 1 hingga 6 dalam tempoh singkat selama

enam bulan pertama Tahun 1. Terdapat murid lemah yang belum mengenali huruf hija’iyyah dan

dikategorikan sebagai “buta Al-Qur’an”. Kaedah BIG didapati kurang membantu mereka mengkhatamkan

silibus Iqra’ dan kekal tidak menguasai serta “buta Al-Qur’an” tanpa kesudahan jika tidak mendapat

bimbingan yang khusus dari GPI dan guru j-QAF walaupun sudah menginjak ke Tahun 4.

Model Tasmi’ Al-Qur’an merupakan satu cabang dalam program khatam Al-Qur’an j-QAF yang

berkonsepkan bimbingan secara individu. Ia dijalankan di luar waktu PdP selama satu jam sama ada sebelum bermula atau selepas tamat sesi persekolahan harian. Penekanan bacaan adalah kepada makhraj huruf dan hukum tawjid mengikut kemampuan murid, prestasi bacaan direkod secara individu mengikut jumlah ayat yang berjaya dihabiskan. Kaedah ini banyak membantu murid membaca Al-Qur’an dengan baik dan mengkhatamkannya lebih awal dari masa yang disasarkan. Namun segelintir sekolah tidak merekod dan

menguruskan dengan teratur pelaksanaan Tasmi’ Al-Qur’an bagi memastikan sukatan 30 juzuk

(9)

“trengthening “cholarships ThroughResearch 1213

1.3.2 Kelemahan Tajwid dan Kelancaran Bacaan

Tajwid merupakan penghias bacaan, ilmu tentang kedudukan sesuatu huruf sesuai dengan hak dan makhrajnya (al-Maliki, 2010), memperelokkan suara dan meraikan waqaf dan ibtida’ nya dengan memulakan dan menghentikan bacaan pada tempat yang berkaitan (sempurna) dari segi maksudnya (al-Qarsy, 2010). Merujuk kepada PdP khatam Al-Qur’an pada peringkat sekolah rendah yang dijalankan melalui program j-QAF, ramai dalam kalangan murid tidak dapat menguasai kemahiran bacaan

Al-Qur’an dengan lancar dan bertajwid, malahan kemampuan menyebut makhraj huruf dengan betul juga

berada pada tahap rendah (Daud Ismail et al., 2014). Tidak dinafikan bahawa Modul Khatam Al-Qur’an program j-QAF menunjukkan kesan yang positif dalam peningkatkan literasi Al-Qur’an murid pada enam bulan pertama dan kedua persekolahan seperti dapatan kajian oleh Fairuz Shamsudin (2011). Sebanyak 81 peratus murid berjaya menguasai dan khatam Al-Qur’an pada Tahun 6 persekolahan, namun apa yang

mendukacitakan ialah masih terdapat 18.4 peratus murid berada dalam sukatan Iqra’ 1 hingga 6.

Permasalahan ini berkait rapat dengan kelemahan aspek tajwid asas seperti mengenal huruf

hija’iyyah tunggal, mengenal baris dan menyebut kalimah-kalimah dan potongan ayat dalam sukatan Buku

Iqra’. Situasi kelemahan dalam kelancaran bacaan ini berlaku disebabkan tiada pendedahan awal oleh ibu

bapa terhadap bacaan Al-Qur’an di awal usia atau di peringkat kanak-kanak. Apabila program j-QAF dilaksanakan, terdapat sebilangan ibu bapa tidak lagi menghantar anak-anak untuk mengikuti kelas

Al-Qur’an di luar dan bergantung sepenuhnya kepada program khatam Al-Qur’an di sekolah. Hal ini

didapati menjejaskan pencapaian program j-QAF dan menyebabkan murid keciciran dalam kelancaran bacaan Al-Qur’an serta aspek hukum tajwid (Ab. Halim et al., 2013).

Kajian Nurfadilah dan Muhammad Mustaqim (2013) tentang penguasaan Tilawah Al-Qur’an bertajwid di sebuah sekolah rendah Negeri Melaka yang memfokuskan kepada aspek fasohah, bacaan bertajwid, aspek tanda bacaan Rasm Uthmani dan ketepatan makhraj huruf mendapati walaupun peratusan pencapaian fasohah berada pada gred A iaitu 64 peratus namun bilangan murid yang berada pada kedudukan lemah (gred C) juga agak tinggi iaitu 27.9 peratus. Manakala dari sudut kemahiran bacaan bertajwid, didapati 41 orang (30 peratus) dari 136 responden kajian berada pada tahap lemah pada iaitu gred C. Kadar peratusan yang dipaparkan menunjukkan kelancaran (fasohah) dan aspek tajwid dalam program khatam Al-Qur’an perlu dibimbing dan dilakukan penambahbaikan secara berterusan. Murid umumnya dapat mengecam huruf tunggal dan tanda bacaan secara terasing, namun gagal membaca ayat Al-Qura’an dengan lancar, fasih dan bertajwid.

Jadual 1. Analisis Pencapaian Khatam Al-Qur’an Program j-QAF Terengganu Tahun 2104

Tahun Iqra’ 1-3 Iqra’ 4-6 Mushaf Khatam

Jumlah Peratus Jumlah Peratus Jumlah Peratus Jumlah Peratus

Tahun 1 7922 40.9 8223 42.4 3026 15.6 205 1.06

Tahun 2 5098 26.8 6264 33 6925 36.5 682 3.6

Tahun 3 3022 15.8 5152 27 9138 47.9 1757 9.2

Tahun 4 1804 9.2 4511 23 9487 48.4 3808 19.4

Tahun 5 1084 5.8 3069 16.4 8834 47.3 5696 30.4

Tahun 6 55 0.28 203 1.02 528 2.6 19133 96.0

Jumlah 18,985 98.8 27,422 142.8 37,938 198.3 31,281 159.6

Sumber : JPNT 2014

(10)

“trengthening “cholarships ThroughResearch 1214

seramai 40.9 peratus murid Tahun 1 berjaya mengkhatamkan Iqra’ 1-3, manakala 42.4 peratus khatam Iqra’

4-6 dan seramai 15.6 peratus sudah membaca mushaf serta terdapat 1.06 peratus yang telah mengkhatamkan keseluruhan Al-Qur’an. Setelah tiga tahun mengikuti sukatan khatam al-Qur’an, didapati seramai 48.4 peratus (9487 murid) dan 19.4 peratus (3808 murid) daripada 19,610 orang murid Tahun 4 berjaya membaca mushaf dan mengkhatamkan Al-Qur’an secara keseluruhan. Walaupun peratusan murid yang belum

menguasai Iqra’ 1 hingga 6 pada tahun 4 agak rendah (9.2 peratus), namun jika diihat dari segi angka, ia

berada pada tahap yang membimbangkan iaitu 1804 murid. Begitu juga pencapaian murid Tahun 6, didapati

seramai 258 murid (1.3 peratus) dikenalpasti masih kekal berada dalam sukatan Iqra’ 1 hingga 6 walaupun

sesi persekolahan rendah bakal berakhir (Jadual 1).

Situasi ini berlanjutan sehingga ke sekolah menengah dimana kadar celik Al-Qur’an dalam kalangan pelajar Tingkatan 1 di Kuala Lumpur didapati berada pada tahap sederhana dan lemah walaupun 63 peratus responden telah khatam Al-Qur’an di peringkat sekolah rendah (Mohd Aderi, 2004 dalam Rohani & Mohd Aderi, 2009). Mereka tidak tahu membaca Al-Qur’an dan tidak berusaha mempelajarinya walaupun sudah dewasa. Bhasah et al. (t.t) dalam kajian persepsi tentang keupayaan khatam Al-Qur’an yang mempengaruhi keberkesanan program j-QAF di enam buah sekolah menengah di Negeri Sembilan, Selangor dan Kedah menunjukkan seramai 201 orang (47.4 peratus) masih lagi belum mengkhatamkan

Al-Qur’an walaupun sudah berada di sekolah menengah. Mereka mengakui keberkesanan program

j-QAF bergantung kepada keupayaan mereka membaca dan mengkhatamkan Al-Qur’an dengan sempurna pada peringkat sekolah rendah.

Tahap bacaan Al-Qur’an dalam kalangan pelajar institusi pengajian tinggi menunjukkan pelajar berada pada aras sederhana dalam aspek asas pembacaan Al-Qur’an. Tinjauan terhadap Tahap Pembacaan

Al-Qur’an dalam kalangan Pelajar UiTM Terengganu menunjukkan terdapat kelemahan yang perlu

diperbaiki terutama pengetahuan tentang lagu, bacaan berlagu, hukum-hukum tajwid dan bacaan Al-Qur’an secara bertajwid (Azarudin Awang, 2011). Pelajar yang berasal dari aliran agama pada peringkat sekolah menengah didapati mempunyai keupayaan bacaan bertajwid yang lebih baik dari pelajar aliran sekolah biasa. Pelajar yang sekolah terakhir mereka dalam aliran agama mampu mengenal dan menyebut huruf

hija’iyyah, menyebut kalimah tunggal dan bersambung, tanda bacaan dan hukum-hukum tajwid dengan

baik. Mereka juga mempunyai kemampuan membaca Al-Qur’an secara bertajwid dengan baik berbanding rakan mereka dari aliran sekolah biasa. Di antara faktor-faktor yang dikesan ialah tidak memperolehi bimbingan dari guru yang bertauliah pada peringkat awal pendedahan tentang Al-Qur’an terutamanya hukum tajwid, peruntukan masa pendidikan Islam yang terhad ketika mengikuti persekolahan pada peringkat menengah berbanding dengan kerencaman bidang pendidikan Islam iaitu Tilawah Al-Qur’an,

Ulum Syar’iyyah, Akidah, Akhlak dan Fardhu Ain. Faktor ibu bapa yang terlalu mengutamakan aspek

akademik juga dikatakan menjadi punca kelemahan bacaan Al-Qur’an dalam kalangan pelajar kerana ibu bapa menganggap ketidakupayaan menguasai Al-Qur’an tidak memberi kesan kepada peluang anak mereka untuk melanjutkan pengajian ke universiti.

1.4 PENUTUP

Pihak kementerian, guru, sekolah serta komuniti harus bertindak proaktif dalam menangani permasalahan ini agar murid yang berjaya mengkhatamkan Al-Qur’an pada Tahun 6 terjaga dari sudut kualiti dan kehendak khatam Al-Qur’an sebenar. Pihak KPM perlu menggembleng seluruh tenaga dan kepakaran dalam usaha menjayakan program mega ini bagi menghasilkan modal insan yang berupaya menjadi umat

Quranik, Ensaiklopedik dan Ijtihadik yang disasarkan. Kemudahan bahan bantu boleh dimaksimakan seperti

(11)

“trengthening “cholarships ThroughResearch 1215

serta tambahan bilangan GPI berdasarkan nisbah guru dan murid bagi memantapkan lagi gagasan melahirkan bilangan murid khatam Al-Qur’an dan membimbing murid yang tercicir.

Pendidikan Al-Qur’an ke atas anak-anak merupakan kewajipan setiap ibu bapa. Maka menjadi tanggungjawab guru, keluarga dan masyarakat untuk mengajarkan atau menghantar anak-anak mempelajari

Al-Qur’an bermula dengan asas tajwid iaitu ilmu bagaimana untuk mempertuturkan huruf, kalimah dan ayat

Al-Qur’an dengan betul yang hanya boleh diperolehi daripada guru yang mahir dan berkelayakan (Mohd

Aderi et al., 2013). Usaha untuk mendidik murid, warga pelajar dan masyarakat tentang kepentingan mengkhatamkan Al-Qur’an secara bertajwid dan menepati kaedah yang dibawakan oleh Rasulullah s.a.w, sahabat, salafus soleh dan ulama’ Al-Qur’an bukanlah hanya terpikul dibahu institusi pendidikan semata-mata, malah ia menuntut komitmen seluruh anggota masyarakat dan umat Islam seluruhnya.

RUJUKAN

Al-Qur’an al-Karim

Ab. Halim et al. (2013). Penilaian guru terhadap pelaksanaan model-model tilawah Al-Qur’an program j-QAF. International Journal of Islamic Thought Vol. 3.

Abdullah Ishak. (1995). Pendidikan Islam dan pengaruhnya di Malaysia. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Al-Buti, Sa’id Ramadhan. (1991). Fiqh sirah nabawiyyah. Beirut: Dar al Fikri.

al-Khalidy, S. (1994). Panduan bergaul dengan Al-Qur’an(Mafatih lit ta'amul ma'al al-Quran). Kuala Lumpur: Penerbitan Kintan Sdn. Bhd.

al-Maliki, S.M. (2010). Keistimewaan-keistimewaan Al-Qur’an (Khasais al-Qu’ran).terj. Nur Faizin, S. Ag. Singapura: Pustaka Nasional PTE LTD.

al-Mustagfiri, J.M. (2009). Fadha’il al-Qur’an. Ed. Muhammad Uthman. Lebanon: Dar al Kotob al-Ilmiyyah.

al-Nawawiy, M. (1999). Tatatertib pengajian Al-Qur’an (Al-Tibyan fi adabi hamalatil al-Qur’an).terj. Syed Ahmad Semait. Singapura: Pustaka Nasional PTE LTD.

al-Qarsy, J.I. (2010). Maharat tadris al-Qur’an wa al tajwid. Saudi Arabia: Ad Dar al-‘Alamiyyah li Nashr wa

al Tauzi’e

Azarudin et al. (2011). Tahap pembacaan Al-Qur’an dalam kalangan pelajar di UiTM Terengganu. AJTHLE Vol.3, No.2, 83-100.

Bahagian Kurikulum Pendidikan Islam dan Moral. (2004). Buku Panduan Perlaksanaan Model-Model Pengajaran Dan Pembelajaran Dan Kokurikulum. Kuala Lumpur: Kementerian Pelajaran Malaysia.

Bahagian Kurikulum Pendidikan Islam dan Moral. (2007). Buku Panduan Dasar, Perlaksanaan Dan Pengurusan Kurikulum j-QAF. Kuala Lumpur: Kementerian Pelajaran Malaysia.

Bahagian Pendidikan Islam. (2012) . Kertas Makluman Pelaksanaan Program J-QAF di Sekolah-Sekolah Rendah Tahun 2013. Kuala Lumpur: Kementerian Pelajaran Malaysia.

Bhasah Abu Bakar et al. (n.d). Persepsi pelajar terhadap keberkesanan program j-QAF dalam kalangan pelajar Tingkatan 1-Satu Kajian Kes. Universiti Sains Islam Malaysia.

Daud Ismail et al. (2014). Perkembangan dan masalah pembelajaran al-Qur’an dalam program j-QAF di Malaysia. Jurnal Islamiyyat 36 (2), 57-66.

Daud Ismail. (2010). Analisis kemahiran kaedah rasm dan dhabt Mushaf Uthmani guru j-QAF Negeri Terengganu.Tesis Doktor Falsafah.Fakulti Pengurusan dan Ekonomi. Terengganu :Universiti Malaysia Terengganu.

(12)

“trengthening “cholarships ThroughResearch 1216 Jabatan Pelajaran Negeri Terengganu. (2014). Kertas Analisis Pencapaian Program j-QAF Terengganu Penggal Kedua

2014. Kuala Terengganu: JPNT.

Jamaluddin Ridhuan. (2000). Kaedah pengajaran dan pembelajaran al-Qur’an. Kuala Lumpur: Pustaka Salam Sd. Bhd.

Kamarul Azmi Jasmi & Mohd Aderi Che Noh. (2013). Sejarah, kaedah serta model pengajaran dan pembelajaran

Al-Qur’an. Bengkel Pemulihan dan Pengayaan Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) Al-Qur’an SRA JAWI, 1-17.

Mohd Aderi Che Noh & Rohani Ahmad Termizi. (2009). Persepsi pelajar terhadap amalan pengajaran tilawah

Al-Qur’an. Jurnal Pendidikan Malaysia 34 (1), 93-109.

Mohd Aderi et al. (2009). The study of quranic teaching and learning: A reaview in Malaysia and United Kingdom. Middle-East Journal of Scientific Research 15 (10), 1338-1344.

Mohd Faisal et al. (2008). Celik Al-Qur’an: cabaran dan realiti dalam pendidikan Islam di sekolah. Masalah Pendidikan, 31(1).

Mohd Yusof Ahmad. (2005). Sejarah dan kaedah pendidikan Al-Qur’an. Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya.

Mohd Zainul Arifien Mohd. (2006). Kaedah pembelajaran tajwid dan hafazan Al-Qur’an. Fakulti Pendidikan: Universiti Kebangsaan Malaysia.

Nur Fadhilah & Muhammad Mustaqim. (2013). Penguasaan tilawah Al-Qur’an menerusi program j-QAF: Kajian Kes di Melaka. Seminar Kebangsaan Penyelidikan j-QAF 2013, 307-320.

Saidi Mohd. (2006). Keupayaan bacaan al-Qur’an di kalangan pelajar Tingkatan Empat di beberapa buah sekolah menengah terpilih di Negeri Terengganu.Tesis Doktor Falsafah. Akademi Pengajian Islam. Kuala Lumpur : Universiti Malaya.

Sharifah Nor Shah Bani et al. (2011). Pelaksanaan manhaj Rasulullah dalam pengajaran dan pembelajaran kelas

al-Qur’an bagi golongan dewasa. Jurnal Islam dan Masyarakat Kontemporari Keluaran Khas, 53-70.

Siddiqui, M.H (2012). Teaching of Islamic education.New Delhi, India: APH Publishing Corporation.

Surul Shahbuddin Azhar & Muhammad Azhar Zailani. (2013). Khatam Al-Quran in Islamic education curriculum in Malaysia. Procedia-Social Behavorial Sciences 103, 558-566.

Utusan Malaysia. (2010). Guru j-QAF tak jujur laksana tanggungjawab?, 27 Oktober.

Referensi

Dokumen terkait

Perbandingan Pengaruh Penggunaan Simulator Cisco Packet Tracer Dan Graphical Network Simulator 3 (GNS3) Sebagai Media Pembelajaran Terhadap Prestasi Belajar Siswa

(1) Penganiayaan diancam dengan pidana penjara paling lama dua tahun delapan bulan atau denda paling banyak tiga ratus rupiah (2) Jika perbuatan mengakibatkan luka-luka berat

Perolehan tertinggi terdapat pada indikator komunikasi dengan peserta didik dengan rata-rata persentase 86,11% dengan kriteria sangat baik Hal ini disebabkan karena

 biaya, dilatarbelakangi lemahnya akuntabilitas untuk mengelola sistem akuntansi, kurang sistem akuntansi, kurang adanya peran anggaran, dan ketidaktepatan dalam mencatat

Data yang dipilih berupa profi l kesehatan, sedangkan indikator yang diambil adalah variabel yang terkait dengan kematian anak, yaitu indikator pertama berupa angka kematian

Pertanyaannya adalah bagaimanakah proses pembelajaran dalam perkuliahan geometri untuk mahasiswa calon guru matematika yang dapat menumbuhkembangkan kemampuan berpikir

Asli Surat Pernyataan yang dibuat sendiri oleh yang bersangkutan di atas kerlas bermaterai cukup (Rp. 6.000), bahwa bersedia untuk tidak merangkap sebagai Pejabat

Metode pembelajaran yang digunakan adalah metode Student Centered Learning (SCL) dengan pendekatan Problem Based Learning (PBL). Metode PBL dilakukan dengan