• Tidak ada hasil yang ditemukan

HEGEMONI BARAT

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "HEGEMONI BARAT"

Copied!
13
0
0

Teks penuh

(1)

HEGEMONI BARAT HEGEMONI BARAT

DEFINISI HEGEMONI DEFINISI HEGEMONI

Istilah hegemoni berasal daripada istilah yunani, hegeisthai (to lead). Konsep Istilah hegemoni berasal daripada istilah yunani, hegeisthai (to lead). Konsep hegemoni banyak digunakan oleh ahli sosiologi untuk menjelaskan fenomena terjadinya hegemoni banyak digunakan oleh ahli sosiologi untuk menjelaskan fenomena terjadinya usaha untuk mempertahankan kekuasaan oleh pihak pengusasa.

usaha untuk mempertahankan kekuasaan oleh pihak pengusasa.

Perkataan hegemoni dalam perkataan Inggeris ‘hegemony’ membawa maksud Perkataan hegemoni dalam perkataan Inggeris ‘hegemony’ membawa maksud pengaruh atau pengusaan. Perkataan hegemoni dalam kamus bermaksud pengaruh pengaruh atau pengusaan. Perkataan hegemoni dalam kamus bermaksud pengaruh a

attaau u ddoommiinnaassi i iinni i memerraannggkkuummi i ppeellbbaaggaai i susudduut t sseeppeerrtti i ppoolliittiikk,,eekkoonnoommii,, sosial,budaya,ketenteraan, pendidikan, pendidikan,perundangan dan sebagainya.

sosial,budaya,ketenteraan, pendidikan, pendidikan,perundangan dan sebagainya.

Sec

Secara ara jelajelas s heghegemonemoni i sebsebenaenarnya rnya bermbermaksaksud ud domidominasnasi i oleoleh h satsatu u kelokelompokmpok terhadap kelompok lainnya, dengan atau tanpa ancaman kekerasan, sehingga terhadap kelompok lainnya, dengan atau tanpa ancaman kekerasan, sehingga idea-idea yang diketengahkan oleh kelompok dominan terhadap kelompok yang didominasi idea yang diketengahkan oleh kelompok dominan terhadap kelompok yang didominasi dite

diterima rima sebasebagai gai sessesuatuatu u yang yang wajawajar r (com(common mon sensense)se). . DalaDalam m heghegemonemoni, i, kelkelompoompokk yang mendominasi berhasil mempengaruhi kelompok yang didomnasi untuk menerima yang mendominasi berhasil mempengaruhi kelompok yang didomnasi untuk menerima nilai-nilai moral, politik dan budaya dari kelompok dominan (kelompok yang berkuasa). nilai-nilai moral, politik dan budaya dari kelompok dominan (kelompok yang berkuasa).

Hege

Hegemoni moni juga juga boleboleh h ditediterima rima sebasebagai gai sessesuatu uatu yang yang wajwajar, ar, sehsehinggingga a ideoideologilogi kelompok dominan dapat disebarkan dan dipraktikkan. Nilai-nilai dan ideologi hegemoni kelompok dominan dapat disebarkan dan dipraktikkan. Nilai-nilai dan ideologi hegemoni ini

ini dipdipererjuajuangkngkan an dadan n didipepertartahahankankan n ololeh eh pipihahak k dodominminan an sesehinhingggga a pihpihak ak yayangng didominasi taat terhadap kepimpinan kelompok penguasa.

(2)

REALITI HEGEMONI BARAT

1.0 Media

Globalisasi yang diperkenalkan oleh Barat menjadikan media komunikasi sebagai alat utama yang mampu menyebarluaskan segala maklumat. Oleh kerana Barat menguasai media komunikasi dunia, segala berita dan maklumat yang disiarkan di seluruh dunia adalah lebih berpihak kepada mereka dan menindas mana-mana negara yang tidak bersekongkol dengan mereka khususnya negara-negara Islam.

Yang jelas, media massa kapitalis di Barat dan sosialis di Timur telah mempengaruhi sepenuhnya media-massa media-massa yang ada di dalam masyarakat Islam dan  Arab. Merekalah yang menerbitkan program-program di negara Islam sama ada yang dapat ditonton, didengar dan mencetaknya untuk dibaca. Program-program yang menyebarkan kejahatan, memberi galakan untuk melakukan jenayah, menimbulkan keraguan terhadap akidah dan menghancurkan akhlak dan nilai-nilai yang murni.

Kerana media di bawah kawalan mereka, segala berita dan maklumat tentunya menyebelahi mereka dan sebaliknya menindas musuh-musuh mereka. Misalnya, agensi berita antarabangsa terutamanya dari Amerika Syarikat menentukan dengan meluasnya bagaimana maklumat tentang peristiwa antarabangsa diolah dan dipersembahkan kepada masyarakat dunia. Manakala Hollywood pula merupakan pengeksport komoditi hiburan terbesar dunia. Amerika Syarikat memperoleh pendapatan melalui perkembangan ini sebanyak 20 bilion ( US dolar ) dan 70% adalah langganan luar Amerika Syarikat iaitu dari negara-negara dunia ketiga.

(3)

2.0 Ekonomi

Globalisasi ekonomi ialah satu kod undang-undang ekonomi seragam yang diamalkan dan digunapakai oleh seluruh masyarakat dunia. Ia membawa kepada penghapusan halangan ekonomi antara sebuah negara dengan negara lain pada kadar  yang amat pantas terutamanya dalam tiga aspek utama ekonomi iaitu perdagangan, kewangan dan pelaburan. Globalisasi berlaku dalam ketiga-tiga aspek ini apabila dasar-dasar kerajaan yang mengawal ekonomi asing daripada mempengaruhi ekonomi tempatan semakin longgar dan ekonomi tempatan terpaksa mengikut rentak ekonomi asing yang akhirnya meminggirkan ekonomi tempatan. Ia berlaku dengan mudah akibat perubahan teknologi di mana wang boleh dipindahkan, mata wang diniagakan dan saham boleh dibeli dengan mudah.

Dalam globalisasi ekonomi, kadar mata wang yang tidak tetap dan pasaran modal terbuka, spekulasi mula muncul dan membawa kepada manipulasi mata wang dan saham. Ia kemudiannya membawa kepada peranan tiga buah institusi yang benar-benar menyebarkan globalisasi dan menguasai ekonomi dunia iaitu Dana Kewangan  Antarabangsa (IMF), Bank Dunia dan Pertubuhan Perdagangan Sedunia (WTO).

(4)

3.0 Politik

Globalisasi politik juga telah tersebar luas ke seluruh dunia dengan kehebatan penawaran ilmu dan teknologi komunikasi yang mampu menyebarluaskan segala maklumat. Hari ini, politik antarabangsa didominasi sepenuhnya oleh beberapa buah negara kuasa besar (super power) yang secara tidak langsung menggambarkan dominasi dunia Barat. Kita lihat sahaja contohnya di Iraq pada hari ini. Amerika Syarikat yang mendominasi Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dengan kuasa vetonya bersama-sama dengan negara Rusia, United Kingdom telah campur tangan dalam politik dalaman Iraq.

Boleh dikatakan dalam hampir semua persengketaan wilayah dan antarabangsa sarna ada di Somalia, Bosnia-Herzegovina, Palestin, Kashmir, Iraq dan lain-lain, Amerika Syarikat telah terlibat secara langsung dengan menggambarkan diri mereka sebagai 'polis dunia'. Kedudukan Amerika Syarikat sebagai sebuah kuasa besar dunia yang tidak boleh ditandingi adalah disebabkan kekuatan ketenteraan dan militarinya. Setelah berakhirnya Perang Dingin dan dengan kejatuhan Soviet Union, Arnerika Syarikat telah muncul satu-satunya kuasa besar dunia yang tidak boleh ditandingi.

(5)

4.0 Sosial

Pada hari ini, dunia Barat terutama Amerika Syarikat telah membanjiri dunia dengan pengeksportan budayanya. Berlaku pertukaran dan pernyataan simbol yang mencerminkan kehidupan manusia dari segi gaya hidup, kepercayaan, citarasa, dan lain-lain dari Barat ke dunia luar. Antara cabaran globalisasi yang perlu diperbahaskan adalah cabaran ke atas aspek sosial budaya. Ia adalah satu persoalan yang sangat kritikal kerana sesudah terlerainya benteng sosio-budaya sesuatu kelompok masyarakat dapat disempurnakan maka segala usaha bagi mengatasi masalah lain adalah lebih mudah.

Golongan muda sebahagian besarnya sudah terheret di dalam proses globalisasi sosio-budaya. Golongan belia akan menjadi dan terus menjadi sasaran utama globalisasi yang didalangi oleh syarikat-syarikat multinasional dan transnasional. Dalam keghairahan untuk mengejar gaya hidup ala Barat, anak-anak muda ini secara umumnya kini sudah tidak merasa bersalah dengan gaya peniruan secara bulat budaya hidup barat.

Pengamatan yang jelas dapat membuktikan fenomena ini adalah menerusi kesan-kesan globalisasi budaya di bawah :

(1) Budaya Makan : Pelbagai jenis makanan Barat telah dapat dinikmati dan semakin popular di seluruh dunia. Spaghetti, pasta, minuman bergas seperti Coca Cola, Pepsi tidak hanya boleh didapati di Barat malahan di seluruh dunia.

(2) Budaya Fesyen : Anak-anak muda semakin ghairah mengikuti segala perubahan fesyen yang berlaku di Barat. Jenama-jenama alat solek seperti

Maybeline, Christian Dior dan jenama pakaian seperti Versace, Bonia, Padini, Levi’s menjadi pilihan generasi muda walaupun mahal harganya.

(6)

(4) Budaya Hidup : Majlis-majlis sosial yang menonjolkan acara-acara ala barat serta dunia lakonan dan pembikinan filem cara barat. Masyarakat dunia hari ini juga lebih terdedah kepada budaya yang menggunakan produk rokok yang menajakan budaya hidup barat.

(5) Budaya Muzik dan Hiburan : Muzik jazz, rock, disco dan yang terkini muzik 'black metal' telah mula menguasai dunia. Tempat hiburan Disneyland juga diadakan di luar   Amerika.

(7)

5.0 Agama

Barat, telah melaungkan slogan sekular yang telah membataskan agama dan menafikan sebarang peranan yang boleh dilakukan oleh agama dalam usaha memperbaiki, merubah, membawa kemajuan atau tamadun. Konsep-konsep akidah dan pemikiran telah berubah di kalangan umat Islam sehingga kemulhidan telah berkembang di tengah-tengah kesesatan dan kekufuran mereka.

Islam Liberal sudah pun difatwakan sesat dan bercanggah dengan syariat Islam. Akhir-akhir ini pelbagai salah faham terhadap syariat Islam sengaja digembar-gemburkan oleh golongan Islam Liberal yang kuat berpegang kepada ideologi sekular-liberal dan humanisme anjuran Barat. Golongan Islam Liberal ini mengakui berpegang kepada ajaran Islam tetapi Islam yang dibawa oleh mereka adalah Islam yang beracuan pemikiran semata-mata berteraskan ideologi Barat.

Sister In Islam (SIS) dikaitkan dengan fahaman Islam Liberal seawal bulan Disember  2002 setelah SIS terlibat secara langsung dalam usaha menubuhkan badan antara agama yang mempunyai kuasa undang-undang menyeru kepada kebebasan beragama. SIS juga dikaitkan dengan fahaman Liberal ini apabila sekumpulan aktivis hak asasi manusia yang diketuai oleh SIS sendiri telah melancarkan kempen Anti Kawalan Moral terhadap pihak berkuasa agama dan kerajaan tempatan ekoran tindakan para penguatkuasa Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) menahan lebih 100 orang pengunjung kelab malam Zouk di Kuala Lumpur.

(8)

Keburukan dan kesan buruk tamadun moden

1.Keruntuhan Akhlak

Dinyatakan dalam laporan tersebut bahawa malapetaka bom atom dan rasa takut yang bakal menimpa dan meruntuhkan umat manusia adalah satu alasan yang menyebabkan para remaja mengambil prinsip hidup untuk bersenang-senang merasai kelazatan (hedonisme), suatu prinsip kelazatan yang tidak menghormati agama dan ilmu. Ia tidak memperkirakan ikatan keluarga ataupun tanggungjawab sosial. Peraturan yang berjalan sekarang mencari dan terus mencari kenikmatan hidup tanpa jemu.

Hal ini amat tepat. Jika disingkap, kehidupan sosial masyarakat Barat, sememangnya hiburan-hiburan menjadi pilihan utama para remaja Barat. Artis-artis hiburan turut didewakan sehingga menjadi idola para remaja. Bahkan, nyanyian dan lagu-lagu yang diperkenalkan oleh artis-artis hiburan turut membahawa kepada budaya-budaya tertentu.

Dalam bidang hiburan, budaya-budaya seperti rock, hip hop, trasher, rap, malah punk, dan sebagainya menjadi acuan remaja-remaja dan artis-artis. Mereka saling memperjuangkan budaya-budaya dan imej mereka sehinggakan (kadang-kalanya) terjadi pertentangan dan pergaduhan sesama kumpulan budaya-budaya yang berlainan.

Dalam bidang sosial umum pula, budaya-budaya seperti punk, hip-hop, skin head, hippies, neo-nazi, mafia, gangster dan sebagainya tersebar meluas. Lebih menyebabkan masyarakat Barat tertekan ialah, golongan yang berbudayakan budaya-budaya tersebut sebenarnya berkait rapat dengan kegiatan jenayah-jenayah yang berlaku di sekitar mereka

Golongan tersebut seolah-olah menentang hak asasi manusia, walaupun mereka hidup di negara-negara yang memperjuangkan hak asasi manusia (iaitu negara-negara Barat). Keganasan seolah-olah menjadi rutin harian mereka.

Secara umum pula, masyarakat Barat terdedah dengan gejala seks yang bebas. Para lelaki dan wanita saling bertukar pasangan dan budaya melahirkan anak luar nikah

(9)

merupakan suatu kebiasaan. Bagi ibubapa yang mendapat tahu anak perempuannya melahirkan anak luar nikah, merekalah yang akan tolong menjaganya tanpa sebarang kejutan atau memberi teguran.

2.Kemusnahan Keluarga

Dr. Yusuf Al-Qaradhawi menukilkan pebagai penyelewengan yang berlaku di dalam insititusi kekeluargaan masyarakat Barat, di dalam buku beliau. Penyelewengan-penyelewengan tersebut adalah seperti menjual anak, tuntutan nafkah kaum lelaki daripada kaum wanita yang lebih kaya daripada mereka (hasil persamaan hak yang dituntut oleh kaum feminisme), ibu sewaan, menghindari kelahiran (tak mahukan anak), pengguguran anak, menentang konsep perkahwinan, perkahwinan sejenis, keluarga tanpa bapa (untuk pasangan lesbian), dan sebagainya.

Beliau turut mengemukakan fakta-fakta yang amat mengejutkan kita, yang bertentangan dengan fitrah manusia dan tradisi masyarakat Timur. Dalam kajian juga, tamadun Barat sebenarnya turut bertanggungjawab dalam melahirkan jenayah-jenayah dalam rumahtangga.

Jelaslah bahawa, di negara-negara Barat khususnya, keluarga bukan lagi satu tempat yang menjamin kesejahteraan, bahkan boleh jadi suatu tempat di mana keganasan bermula. Tambahan pula, apabila bapa-bapa terlibat dengan arak dan dadah, dan mereka akan melepaskan tindakan yang kejam dalam keadaan mabuk di dalam rumahtangga mereka.

3.Kegelisahan Jiwa

Dr. Yusuf Al-Qaradhawi seterusnya membentangkan kes-kes berkenaan jiwa masyarakat Barat yang amat tertekan dan gelisah. Di samping membentangkan isu-isu kegelisahan masyarakat Hollywood, belau juga turut mendedahkan bahawa, kelahiran golongan hippies dan vagabond juga merupakan natijah permberontakan jiwa masyarakat Barat terhadap tamadun materialistik yang dibina di Barat.

(10)

Beliau turut mendedahkan bagaimana kebanyakkan daripada artis-artis Barat yang mengalami kegelisahan jiwa, walaupun berada dalam alam populariti. Hal ini jelas terzahir pada kehidupan artis-artis yang terkenal seperti Garetta Garbo, Brigita Bardot (artis Perancis), Marlyn Monroe, Kurt Cobin dan sebagainya.

4.Kecelaruan akal

S.W Peres menegaskan bahawa, satu daripada setiap dua puluh dua penduduk kota New York harus dimasukkan ke dalam rumah sakit mental dari masa ke semasa. Prof.  Alex Carel mengatakan bahawa: “Yang menghairankan, penyakit mental lebih banyak

daripada semua pesakit lain secara keseluruhan”.

Hal ini mendedahkan kepada kita bahawa, minda masyarakat yang disaluti oleh perkembangan ilmu pengetahuan, sebenarnya dilanda kekusutan. Bahkan, penyakit mental menjadi penyakit utama masyarakat Barat. Bukankah mereka merupakan bangsa yang bangga dengan pencapaian mereka dalam ilmu pengetahuan? Tetapi, dalam masa yang sama, mereka melahirkan begitu banyak orang-orang yang sakit mental?

Bukan sahaja pesakit mental, bahkan ramai dikalangan masyarakat Barat yang terdedah dengan gangguan mental. Kebanyakkan daripada mereka cenderung untuk melakukan jenayah tanpa rasa bersalah.

33% daripada golongan lelaki (Barat) mengakui bahawa, jika mereka dapat lepas daripada ditangkap oleh pihak berkuasa, mereka akan melakukan jenayah rogol.[24] Bahkan, 51% daripada mahasiswa-mahasiswa yang menuntut di kolej-kolej mengakui bahawa, jika mereka yakin dapat lepaskan diri, sudah tentu mereka akan lakukan  jenayah rogol.[25]

Inilah corak minda yang lahir daripada mentaliti masyarakat Barat yang terdedah dengan pelbagai bentuk keganasan bahkan terdedah dengan keinginan untuk melakukannya. Inilah yang paling membahayakan sesebuah tamadun manusia, yang akhirnya mengembalikan manusia ke alam hutan dengan jenayah-jenayah mereka.

(11)

5.Jenayah dan Ketakutan

Dr. Yusuf Al-Qaradhawi turut mendedahkan fakta-fakta mengenai ketakutan masyarakat Barat terhadap jenayah yang berlaku di sekitar mereka.

4 daripada 10 penduduk merasa bahawa mereka menjadi sasaran pembunuhan, serangan, kecurian dan perogolan. 52% daripada warga bandar-bandar hidup dalam ketakutan sepanjang masa. Ketakutan turut dirasai oleh 41% daripada warga bandar-bandar kecil dan 31% daripada warga pingiran kampung. 52% daripada responden masyarakat Barat menyimpan senjata untuk membela diri mereka.

 Apa yang mereka takutkan? Mereka begitu takutkan jenayah-jenayah yang berleluasa di sekitar mereka. Namun, gambaran mengenai jenayah yang diberikan oleh Dr. Yusuf   Al-Qaradhawi merujuk kepada apa yang berlaku pada tahun 1979. sedangkan, kini

sudah masuk ke alaf baru (2005). Adakah jenayah-jenayah yang didedahkan oleh Dr. Yusuf Al-Qaradhawi menurun pada sepuluh tahun terakhir ini (1995-2005)?

Kes rogol di Barat khususnya Amerika amat membimbangkan masyarakat dunia. Sehinggakan, laporan ada menyebut: “Dalam suatu kajian, 13% daripada perempuan-perempuan Amerika yang berumur 18 tahun ke atas, pernah melaporkan bahawa, mereka pernah dirogol sekurang-kurangnya sekali.” (Kilpatrick et al,1992, p.i)

Bahkan, dalam satu statistik umum, 1871 wanita dirogol setiap hari. Lebih malang lagi laporan menyatakan bahawa, jenayah rogol merupakan jenayah yang paling banyak yang tidak dilaporkan oleh masyarakat Barat. Hanya 16% sahaja daripada kes rogol yang dilaporkan kepada pihak berkuasa. Pada 2001, sebanyak 248 250 kes rogol dan  jenayah seksual dilaporkan kepada pihak berkuasa.

Bayangkan, jika 248 250 kes, hanya merupakan 16% daripada jenayah rogol yang berlaku, yang dilaporkan, berapakah sebenarnya kadar jenayah rogol yang berlaku dalam masyarakat Barat!!! Ya, jenayah rogol di Barat telah mencecah lebih jutaan kes pada hakikatnya, pada setiap tahun.

Setiap 2 minit, seorang wanita dirogol di US. 72 daripada 100 000 orang wanita dirogol setiap tahun. 45% daripada perogol-perogol, merogol dalam keadaan mabuk. 47%

(12)

mangsa mengalami kecederaan yang teruk setelah dirogol. 80% daripada wanita yang dirogol berusia 30 tahun ke bawah.

Di institusi-intitusi pengajian pula (kolej-kolej), 25% daripada mahasiswi-mahasiswi pernah menjadi mangsa rogol. 8.5% daripada mahasiswa-mahasiswa pernah dipaksa untuk melakukan hubungan seks (tetapi tidak dianggap sebagai kes rogol). 47% daripada kes-kes rogol itu berpunca daripda temujanji.[32]

Dalam laporan laman web yang lain, dikatakan bahawa: setiap 6 saat, seorang perempuan dirogol di Amerika Syarikat. Bahkan, seorang daripada 4 orang mahasiswi-mahasiswi di institusi-institusi pengajian yang pernah dirogol atau hampir-hampir  dirogol. Menurut sebuah laman web yang lain (mengenai kes rogol di Barat), http://womensissues.about.com/od/domesticviolence/a/dvstats2.htm, kes rogol turut melibatkan orang-orang yang rapat dengan mangsa bahkan ahli keluarga mangsa sendiri.

Dalam tahun 1992-1993, 5.4 juta perempuan dilaporkan menjadi mangsa jenayah, termasuklah 500 000 kes rogol atau keganasan seksual. 29% daripada keganasan terhadap wanita tersebut dilakukan oleh orang-orang yang mempunyai kaitan dengan si mangsa, samada suami, bekas suami, teman lelaki mahupun teman lelaki.

503 485 perempuan mendakwa bahawa diri mereka diekori oleh kenalan-kenalan rapatnya dalam keadaan mencurigakan, di Amerika. 76% daripada laporan keganasan terhadap wanita secara fizikal mahupun seksual, melibatkan bekas suami, pasangan, teman temu janji atau teman lelaki.

(13)

BIBLIOGRAFI

BUKU DAN MAJALAH

Pusat Pengajian Umum UKM,2006,Tamadun Islam dan Tamadun Asia.,FULSON TRADING CO,Selangor.

Fathi Yakan (2002), Api Kebangkitan Islam dan Cabaran Abad ke-21, Kuala Lumpur, Jasmin Enterprise

Dr. Abdullah Nasih Ulwan (2003), Generasi Muda Islam dsan Cabaran Globalisasi, Kuala Lumpur, YADIM

Sabri Mohamad Sharif,2009,Generasi Ulul Albab Segunung Harapan Seteguh Gagasan ,Karisma Publications

Zaharudin Abd Rahman,Majalah I Bil 81

INTERNET

http://mfrstudio.board-realtors.com/forum.htm

www.agink.com

http://mukhlis101.multiply.com/journal/item/3Muhammad N

Referensi

Dokumen terkait

Kabupaten Bandung adalah kabupaten sebagaimana dimaksud dalam Undang-Undang Nomor 14 Tahun 1950 tentang Pemerintahan Daerah Kabupaten dalam Lingkungan Jawa Barat (Berita Negara

Undang-Undang Nomor 14 Tahun 1950 tentang Pembentukan Daerah-daerah Kabupaten Dalam Lingkungan Propinsi Jawa Barat (Berita Negara Tahun 1950) sebagaimana telah diubah

Undang-Undang Nomor 14 Tahun 1950 tentang Pembentukan Daerah-daerah Kabupaten dalam Lingkungan Propinsi Djawa Barat (Berita Negara Republik Indonesia Tahun 1950)

Undang-Undang Nomor 14 Tahun 1950 tentang Pembentukan Daerah-daerah Kabupaten dalam Lingkungan Propinsi Djawa Barat (Berita Negara Republik Indonesia Tahun

Bila melihat kondisi sosial sebelumnya, apa yang terjadi di Amerika Serikat dan di negara-negara Eropa Barat serta Australia, sampai dengan Perang Dunia II, masyarakat mereka

Undang-Undang Nomor 14 Tahun 1950 tentang Pembentukan Daerah-daerah Kabupaten dalam Lingkungan Propinsi Djawa Barat (Berita Negara Republik Indonesia Tahun 1950)

Undang-Undang Nomor 14 Tahun 1950 tentang Pembentukan Daerah-daerah Kabupaten Dalam Lingkungan Provinsi Jawa Barat (Berita Negara Tahun 1950) sebagaimana telah diubah

Undang-Undang Nomor 14 Tahun 1950 tentang Pemerintahan Daerah Kabupaten dalam Lingkungan Propinsi Djawa Barat (Berita Negara Republik Indonesia Tahun 1950 Nomor 8)