• Tidak ada hasil yang ditemukan

SIRI PERANG SALIB: FAKTOR, KESAN DAN KERELEVENAN PERANG SALIB

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "SIRI PERANG SALIB: FAKTOR, KESAN DAN KERELEVENAN PERANG SALIB"

Copied!
32
0
0

Teks penuh

(1)

SOALAN 2

SIRI PERANG SALIB: FAKTOR, KESAN

DAN KERELEVENAN PERANG SALIB

TERHADAP SITUASI KONFLIK DI

RANTAU ASIA BARAT MASA KINI.

(AJ21003)

EMPAYAR UTHMANIYYAH DAN ASIA BARAT

MODEN HINGGA PERANG DUNIA KEDUA

NAMA PENSYARAH: EN. MOHD SHAUKHI MD. RADZI

AHLI KUMPULAN:

1. RUDY BIN JOHNNY

▸ Baca selengkapnya: kesan perang dunia kedua jepun

(2)

PENGENALAN

• Perang salib berlaku dalam beberapa siri peperangan yang

berlanjutan selama dua abad lamanya. Bermula dengan

perang salib I sehingga perang salib IX iaitu dari tahun

1095 sehingga 1291. Perang salib ini tercetus antara umat

Kristian di Eropah dan Umat Islam. Perang Salib ini juga

merupakan konflik terbesar antara umat Islam yang tengah

berkuasa di sebahagian Eropah, Afrika Utara dan Asia,

melawan Kristian yang baru bangkit dan berusaha merebut

kota Jerusalem.

• Perang salib adalah penyerangan dari ketaksuban Kristian

yang diperintahkan oleh Paus bagi tujuan untuk merebut

kota Jerussalem dari tangan kaum Islam. Selain itu, perang

ini yang disebabkan oleh beberapa faktor lain iaitu faktor

agama, politik, sosial-ekonomi. Peristiwa ini merosakkan

hubungan antara dunia Timur dan dunia Barat khususnya

antara agama Islam dan Kristian. Di Ambang yang tercetus

selama dua abad lamanya telah mengorbankan banyak

nyawa mahupun harta dan budaya. Selain itu, masih

banyak lagi kesan dari perang salib ini yang akan

(3)

FAKTOR-FAKTOR TERCETUSNYA

PERANG SALIB

• Faktor Agama

Pemerintahan Bani Saljuk yang wilayah kekuasaannya meliputi Jerusalem mengetatkan peraturan ziarah bagi orang Kristian ke Bait al-Maqdis. Lalu lintas ziarah mereka terbantut. Kemerdekaan mereka untuk berziarah menjadi hilang. Oleh kerana itu, mereka bergerak untuk merebut kembali kebebasan mereka dan

menguasai Jerusalem yang dianggap sebagai holy land dari kekuasaan umat Islam.

Di samping itu, Perang Salib merupakan ekspedisi yang menakjubkan sebagai akibat tidak langsung dari proses

kebangkitan semangat keagamaan yang melanda Eropah pada

abad X-XI M. Dengan demikian, Perang Salib merupakan salah satu usaha membela kepercayaan Kristian, meski tidak dijumpai dalam kitab suci mereka (Bible / Injil) suatu perintah sebagai justifikasi dan legitimasi pelaksanaan Perang Salib.

(4)

Pada abad pertengahan, gereja mempunyai peranan dan

pengaruh yang besar terhadap masyarakat di Eropah. Pihak

gereja menyatakan bahawa siapa saja yang melanggar

peraturan yang ditetapkan oleh gereja, maka akan mendapat

hukuman. Pada hal masyarakat pada waktu itu banyak yang

berbuat kesalahan dan mengerjakan perbuatan yang dilarang

oleh gereja. Untuk mensucikan diri dan bertaubat dari

kesalahan tersebut, manusia harus banyak berbuat baik dan

berbakti menurut ajaran agama (Kristian), dengan berziarah

ke Bait al-Maqdis di Jerussalem, berpuasa dan mengerjakan

kebaikan lain. Mereka yakin bahawa apabila berziarah ke

tanah suci saja mendapat pahala yang besar dan dapat

menebus dosa, maka sudah tentu melepaskan dan

memerdekakan Jerussalem dari kekuasaan Islam, adalah jauh

lebih besar pahalanya

Ketika idealisme keagamaan mula tercetus, para pemimpin

politik Kristian berfikir keuntungan yang dapat diambil dari

konsep mengenai Perang Salib, dan untuk memperoleh

kembali keleluasaannya berziarah ke tanah suci Jerussalem.

Pada tahun 1095 M, Pope Urban II berseru kepada umat

Kristian di Eropah supaya melakukan perang suci. Seruan

Pope Urban II berjaya memikat banyak orang Kristian kerana

Pope Urban II menjanjikan sekaligus menjamin, barang siapa

yang melibatkan diri dalam perang suci tersebut akan

(5)

• Faktor Politik

Menurut Philip K. Hitti, konflik Timur-Barat merupakan

konflik yang terpanjang dalam sejarah. Antara Timur dan

Barat telah beberapa kali terjadi kenalan-konfrontatif,

misalnya ketika terjadi perang antara Trujah dan Parsi pada

zaman purba. Konflik tersebut berlangsung hingga zaman

pertengahan dalam bentuk konflik dua peradaban Besar,

bahkan hingga zaman moden ini iaitu konflik antara Barat

dan Timur yang oleh sebahagaian pemerhati dipandang

sebagai perwakilan dari konflik Islam-Kristian.

Memasuki abad pertengahan, ketika umat Kristian melihat

wilayah mereka terancam oleh pengembangan Islam,

bahkan Constantinople terancam dari serangan Bani Saljuk,

sebab wilayah di sekitar Asia kecil telah dikuasai oleh

mereka. Dalam keadaan seperti ini empayar Byzantine

menyatukan sokongan segenap umat Kristian di daratan

Eropah untuk mempertahankan empayarnya.

(6)

Di samping itu, peristiwa kekalahan pasukan Armanus,

Raja Rom, dari pasukan Bani Saljuk di bahawa pimpinan

Alp Arselan (355-465 H / 1063-1072 M) yang

mengakibatkan Manzikart jatuh ke tangan kaum

muslimin (464 H / 1071 M), menjadi suatu trauma politik

yang harus segera dibalas. Dalam pada itu, muncul

cita-cita di kalangan Kristian Eropah untuk mendirikan

kerajaan al-Masih di seluruh wilayah Timur dan

menjadikan Timur sebagai zon Kristian.

Di sisi lain, tradisi mengembara dan bakat ketenteraan

suku Teutonia yang telah mengubah arah sejarah

Eropah sejak pemusnahan gereja Sepulchre (gereja

tempat di kuburnya Isa) yang dilakukan oleh Khalifah

al-Hakim dari Fathimiyah (386-411 H / 996-1020 M) pada

tahun 1009 . Jadi, dalam hal ini tampak adanya dendam

politik dari pihak Kristian-Eropah terhadap Islam.

(7)

• Faktor Sosial - Ekonomi

Para peniaga besar yang berada di bandar Venezia, Genoa, dan Pisa, bercita-cita untuk menguasai sejumlah kota-kota dagang di sepanjang pantai timur dan selatan Laut Tengah untuk memperluaskan rangkaian perdagangan mereka. Untuk itu, mereka rela menanggung sebahagian dana peperangan dengan maksud menjadikan kawasan tersebut

sebagai pusat perdagangan, apabila pihak Kristian Eropah memperoleh kemenangan. Hal itu dimungkinkan kerana jalur Eropah akan

bersambung dengan laluan perdagangan di Timur melalui jalur strategik tersebut. Demikian pula para pengembara dari kesatria Kristian, merasa puas dengan harta rampasan atau ufti dari negeri taklukan.

Susun lapis sosial masyrakat Eropah masyarakat terbahagi ke dalam tiga kelas, iaitu kaum gereja, bangsawan dan rakyat jelata serta hamba. Rakyat jelata dan hamba ini merupakan kumpulan majoriti. Kehidupan mereka sangat hina dan tertindas. Oleh kerana itu seruan kerahan oleh pihak gereja untuk mengambil bahagian dalam perang suci dengan serta merta akan mendapat kebebasan dan kesejahteraan yang lebih baik disambut secara spontan, dan jaminan spiritual bahawa

memerangi musuh adalah suatu hal yang terhormat dan mulia, mereka diampuni dosa-dosanya sehingga apabila mati dalam peperangan

(8)

KESAN PERANG SALIB

• KESAN PERANG SALIB KEPADA UMAT ISLAM

1. Proses Asimilasi Dengan Masyarakat Tempatan

2. Ekonomi

3. Perpaduan dan Penyatuan Umat Islam (Politik)

4. Lahirnya Tokoh-tokoh Islam

•. KESAN PERANG SALIB TERHADAP BARAT

1. Mendapat Maklumat Tentang Negara Islam

2. Perdagangan

3. Perkembangan Ilmu Pengetahuan

4. Kesan Sosial dan Politik

5. Kesan Ekonomi

6. Bidang Agama

(9)

KESAN PERANG SALIB KEPADA UMAT ISLAM

• Proses Asimilasi Dengan Masyarakat Tempatan

Orang-orang Eropah yang menetap di koloni-koloni itu

tidak begitu menyumbang kepada cara kehidupan

masyarakat Islam. Kesan-kesan sosial adalah tidak

mendalam. Dari segi kebudayaan dan tahap

pencapaian intelektual, mereka masih wujud dalam

keadaan mundur berbanding dengan orang tempatan.

Sebaliknya, orang-orang Latin lebih tertarik kepada

cara kehidupan masyarakat Islam seperti aspek-aspek

pakaian, makanan dan perumahan. Proses asimilasi

tidak berlaku secara meluas kecuali segolongan kecil

yang berkahwin dengan orang-orang Muslim dan

melahirkan segolongan yang dikenali “poulains” atau

orang kacukan.

(10)

KESAN PERANG SALIB KEPADA UMAT ISLAM

• Ekonomi

Dari segi kesan ekonomi peperangan Salib

mempergiatkan perdagangan di Syria.

Pelabuhan-pelabuhan seperti Tyre, Acre,

Askalon dan Gaza menjadi pusat kegiatan

komersial dimana golongan saudagar Muslim

berdagang dengan pedagang-pedagang

Venice, Genoa, Pisa. Pada hal itu, diketahui

bahawa penglibatan Venice dalam Perang Salib

terdorong oleh motif hendak monopolikan

perdagangan Syria, Mesir, Constantinople dan

Laut Hitam.

(11)

KESAN PERANG SALIB KEPADA UMAT ISLAM

• Perpaduan dan Penyatuan Umat Islam (Politik)

Di peringkat permulaan Perang Salib, negara-negara Islam di Syria dan Asia Kecil tidak bersatu; pada waktu itu terdapat

kerajaan-kerajaan kecil yang diperintah oleh Atabeg. Keadaan ini berlaku sewaktu pemerintahan Abbasiyah di Baghdad mengalami zaman

keruntuhannya. Pada akhir abad ke-11M kerajaan Fatimiyyah di Mesir juga sedang mengalami keruntuhan. Pada waktu itulah tentera Salib datang menyerang dan berjaya menawan Baitul Maqdis. Mereka seterusnya mendirikan wilayah-wilayah kecil di sekitar Syria dan

utara Iraq bagi menggantikan pemerintahan Islam. Kejayaan mereka disebabkan perpecahan yang berlaku antara negara-negara Islam iaitu Mesir, Iraq dan Syria.

Maruah umat Islam dapat dikembalikan dengan kemunculan tokoh-tokoh seperti Imad al-Din Zanki, Nur al-Din Mahmud dan setelah itu Salahuddin al-Ayyubi. Salahuddin bukah sahaja dapat mendirikan sebuah kerajaan baru Islam yang kuat di Mesir, iaitu kerajaan

Ayyubiyah, tetapi juga berjaya merampas semula Baitul Maqdis

daripada tangan tentera Kristian berikutan kemenangan tenteranya di Hittin

(12)

Dengan kemunculan kerajaan Mamluk (Mamalik)di Mesir telah

menyelamatkan umat Islam daripada diancam tentera Mongol

selepas memenangi dalam perang di Ain Jalut. Pada masa yang sama

kerajaan Mamluk berjaya menyingkir tentera Salib dari bumi orang

Islam. Ini bererti dengan adanya cabaran tentera Salib menyebabkan

umat Islam cepat sedar dan segera bersatu. Kesan politik yang positif

daripada Perang Salib juga dapat dilihat dari sudut melemahkan

kerajaan Byzantine. Kerajaan Byzantine merupakan benteng

pertahanan yang kukuh bagi tentera Kristian sejak berabad-abad

lamanya.

Kerajaan Byzantine berakhir pada abad ke-15 M. Kesan Tamadun di

Barat Sejarah telah membuktikan bahawa Eropah Barat pada zaman

pertengahan hingga abad ke-11 M masih dalam kemunduran. Pada

masa yang sama orang-orang Islam di timur dan Sepanyol hidup

dalam keadaan makmur dan bertamadun. Dengan tercetusnya

Perang Salib menyebabkan keadaan di Eropah Barat berubah dan

menjadi lebih makmur dan maju. Antara sebab-sebab berlakunya

kesedaran dan kemakmuran di Eropah Barat pada abad ke-12 adalah

kerana tercetusnya Perang Salib. Pada peringkat awal peperangan

Salib, dunia Islam wujud dalam keadaan perpecahan dengan

munculnya beberapa buah kerajaan kecil Islam. Kerajaan Abbasiyah

yang dikuasai oleh Turki tidak berkemampuan menentang tentera

Salib. Tetapi mulai tahap kedua peperangan Salib, kerajaan-kerajaan

Islam telah lebih bersedia untuk bersatu dibawah beberapa

pemimpin-pemimpin yang berkaliber. Pemimpin-pemimpin itu

bertindak untuk menentang dan merampas balik kawasan-kawasan

yang diduduki oleh tentera Kristian.

(13)

KESAN PERANG SALIB KEPADA UMAT ISLAM

• Lahirnya Tokoh-tokoh Islam

Antara pemimpin yang berjaya membendung dan

menghapuskan musuh-musuh mereka ialah Zanki,

Nur al-Din, Saladin, dan Baybars. Pada 1143 Zanji

merampas balik kawasan Edessa. Nur al-Din,

anaknya, menakluki Damancus dan menduduki

seluruh Syria kecuali Antioch, Salah al-Din

menakluki Jerusalem pada 1187 TM dan berjaya

menyatukan dunia Islam dari Sungai Nil hingga

Sungai Tigris. Baybars pemerintah kerajaan

Mamluk menghapuskan kuasa dan pengaruh

tentera Salib di Syria pada tahun 1250 TM.

(14)

KESAN PERANG SALIB TERHADAP

BARAT

• Mendapat Maklumat Tentang Negara Islam

Mereka telah bertukar-tukar hadiah dan pemberian bagi menjalin hubungan diplomatik menerusi perwakilan masing-masing. Atau menerusi kunjungan orang-orang beragama Kristian ke Baitul Maqdis bagi mengerjakan ibadat; mereka tidak dibenarkan bergerak secara bebas di negara-negara Islam.

Mereka bergerak bebas di kawasan perairan di sebelah timur. Pada masa ini jugalah mereka berpeluang menyaksikan kedudukan

masyarakat dan rumah-rumah orang Islam dengan dekat. Setelah itu ilmu dan pengalaman yang diperoleh itu dibawa diceritakan kepada rakan-rakan mereka yang kembali ke Eropah. Dengan cara Ini

pengetahuan mereka tentang orang Islam menjadi semakin nyata dan jelas. Pengetahuan ini telah membuka jalan kepada mereka

untuk menjajah negara-negara Islam, bermula dari Sepanyol, setelah itu Asia Barat, dan akhirnya ke sebelah timur hingga ke Nusantara.

(15)

KESAN PERANG SALIB TERHADAP

BARAT

• Perdagangan

Para pedagang Eropah telah mengadakan aktiviti perdagangan antara negara-negara Islam di timur dengan negara-negara Eropah di barat. Mereka telah mendirikan pusat-pusat perdagangan tetap di beberapa kawasan seperti Acre (Akka), Saida (Sidon), Ladhikiyah, dan lain-lain. Dari pusat-pusat perdagangan ini mereka

mengeksport barangan dari timur dan dibawa ke Eropah. Barangan tersebut seperti kain tenunan daripada kapas, kain sutera, pinggan mangkuk, batu-batu permata dan biji-bijian yang diimport dari India dan Sri Lanka. Barangan seperti gading, permaidani, ubat-ubatan, rempah, bau-bauan diimport dari Asia Barat. Barang-barang tersebut dibawa melalui pelabuhan Damsyik setelah itu dibawa ke pelabuhan-pelabuhan di selatan Syria dan dari sana terus dibawa ke Eropah. Pada mulanya aktiviti perdagangan banyak tertumpu ke kawasan Syria oleh sebab penguasaan tentera Salib di situ. Tetapi menjelang abad ke 13M, oleh sebab serangan tentera Mongol ke atas wilayah itu menyebabkan aktiviti

perdagangan beralih ke kawasan Laut Merah, iaitu di Dimyat dan Iskandariah di Mesir. Pemerintahan Mamluk Mesir sangat mengalu-alukan penyertaan para

pedagang luar kerana ia boleh memberikan keuntungan yang besar kepada kerajaan Mesir. Dengan terjalinnya hubungan perdagangan dengan negara-negara Eropah ini menyebabkan kerajaan Mamluk menjadi makmur dan kaya raya.

(16)

KESAN PERANG SALIB TERHADAP

BARAT

• Perkembangan Ilmu Pengetahuan

Sepertimana biasa perkembangan ilmu pengetahuan memerlukan keadaan dan suasana tenang dan aman. Oleh sebab keadaan di Syria dan Mesir

dalam tempoh Perang Salib dari abad ke-11M hingga ke-13M sentiasa dalam keadaan peperangan maka tidaklah berlaku perkembangan ilmu pengetahuan secara meluas di situ. Akan tetapi keadaannya berbeza di Sepanyol dan Sicily. Ketika Syria dan Mesir diserang oleh tentera Salib, di Sepanyol (Andalus) dan Sicily berlaku kegiatan ilmiah seperti penulisan dan terjemahan. Namun begitu, masih terdapat juga hubungan intelektual antara orang Kristian dengan Islam di negeri Syria.

Di samping itu, mereka turut terpengaruh dengan cara hidup orang Islam seperti jenis makanan. Beberapa jenis tumbuhan dan tanaman yang

terdapat di kawasan Laut Mediterranean seperti padi, limau, tembikai, bawang putih dan tebu telah dibawa dan ditanam di Eropah. Begitu juga barang-barang perubatan seperti akar kayu, rempah, gam yang diimport dari negeri-negeri timur dibawa ke Barat. Mereka tertarik juga dengan kolam-kolam air yang dibina di Syria. Akhirnya mereka membawa pulang idea pembinaan kolam renang dan cara-cara menggunakannya

(17)

KESAN PERANG SALIB TERHADAP

BARAT

• Kesan Sosial dan Politik

Perang Salib juga telah mengubah masyarakat Eropah daripada dikongkong oleh gereja kepada kelahiran golongan feudal dan saudagar. Golongan feudal berusaha meluaskan kawasan tanah dan wilayah kekuasaan mereka. Golongan saudagar pula berlumba-lumba mencari barang-barang perdagangan dan pasaran serta membuat berbagai-bagai urusan dan perjanjian perdagangan dengan negara-negara luar

termasuk negara-negara Islam. Kedua-dua golongan di atas sentiasa mencari peluang dan kepentingan diri mereka sendiri. Hal ini sudah tentu boleh

melemahkan tentera Salib. Pada waktu itu juga pengaruh gereja mula merosot. Institusi gereja dan ajaran agama Kristian sering dicabar. Sebelum Perang Salib berlaku, masyarakat Eropah Barat telah dikongkong oleh golongan feudal yang maha tuan-tuan tanah telah berkuasa danbermaharajalela ke atas kaum tani.

Mereka dipaksa mengerjakan tanah pertanian untuk kepentingan tuan-tuan tanah yang terdiri daripada kaum pemerintah dan bangsawan. Akan tetapi setelah

berlakunya Perang Salib menyebabkan sistem feudalisme itu tergugat kerana

setiap rakyat Eropah tidak kira kaya atau miskin terpaksa menyertai peperangan. Pihak tuan-tuan tanah tidak berupaya menyekat para petani daripada menyertai peperangan demi mempertahankan maruah gereja dan agama Kristian. Oleh itu pemilik-pemilik ladang menghadapi masalah kekurangan pekerja.

(18)

• Keadaan ini secara beransur-ansur telah melenyapkan sistem feudalisme di Eropah. Sistem feudalisme juga melibatkan politik dan pentadbiran. Dengan adanya sistem ini secara tidak langiung melemahkan sistem pemerintahan pusat kerana setiap pembesar wilayah yang sekaligus menjadi ketua golongan feudal mempunyai kuasa dan tentera sendiri. Mereka ini bebas menentukan raja yang hendak dipilih. Ertinya raja yang dipilih itu pula boleh dilucutkan bila-bila masa sahaja oleh golongan feudal. Dengan tercetusnya Perang Salib keadaan ini telah bertukar dengan kuasa raja dan kerajaan pusat menjadi lebih berkuasa. Malah golongan feudal dipaksa memberi sumbangan bagi mempertahankan maruah agama dan bangsa. Ramai dikalangan mereka telah tampil ke hadapan untuk rnemberikan sumbangan harta benda, wang dan juga tenaga. Jika sebelum ini tentangan mereka ditujukan pada

raja, tetapi dalam Perang Salib tentangan itu dihalakan pada orang Islam. Malah ada di kalangan mereka terpaksa berhutang dan

bergadai bagi membiayai Perang Salib. Keadaan ini sudah tentu boleh melemahkan pengaruh golongan feudal. Di samping itu, timbul pula persaingan di kalangan raja-raja di Eropah.

(19)

KESAN PERANG SALIB TERHADAP

BARAT

• Kesan Ekonomi

Selain kesan sosial dan politik terdapat juga kesan ekonomi ke atas

masyarakat Eropah akibat Perang Salib. Bagi mengendalikan peperangan ini memerlukan tenaga dan wang yang banyak. Untuk mendapatkan wang tersebut ramai antara mereka terpaksa menjual dan menggadai harta.

Peluang ini telah diambil ke-sempatan oleh orang-orang Yahudi untuk

membeli harta benda tersebut. Kaum Yahudi merupakan kaum yang paling aktif dalam bidang ekonomi di Eropah. Hasil pembelian harta benda

tersebut mereka menjadi kaya-raya. Kesempatan ini juga digunakan oleh mereka bagi menambah kekayaan dengan cara memberi pinjaman dan mengenakan bunga yang tinggi. Justeru itu mereka dibenci oleh puak Kristian, lantas mereka diseksa pada masa Perang Salib. Kesan Perang Salib juga menyebabkan munculnya sistem cukai dalam bentuk barn bagi menggantikan sistem lama yangdiamalkan oleh golongan feudal. Louis VII orang yang mula-mula memperkenalkan sistem cukai baru ini. Tujuannya bagi mengumpulkan wang sebanyak mungkin bagi menanggung beban peperangan dalam serangan tentera Salib Peringkat Kedua.

(20)

Kesan Perang Salib dan hubungan antara Barat dan Timur juga

telah me-makmurkan beberapa kota atau bandar di Eropah

seperti Venice, Barcelona, Marseilles, Narobonne dan lain-lain.

Sektor pertanian pula telah beralih ke sektor perdagangan

dengan kemunculan tokoh-tokoh perniagaan. Dengan kemajuan

yang dicapai oleh pusat-pusat perniagaan di bandar-bandar

pantai selatan Eropah telah menjadi ikutan oleh bandar-bandar

lain di Eropah. Setiap bandar itu menjadi sebuah unit politik dan

ekonomi yang bebas. Kesan Perang Salib ini juga telah membawa

kepada perkembangan pembinaan jalan perdagangan,

pembinaan jalan raya, pasar membeli-belah serta penggunaan

lebih banyak kapal dan pengangkutan laut sama ada bagi tujuan

perdagangan atau lainnya. Justeru itu memerlukan lebih banyak

syarikat perkapalan bagi mengendalikan pelayaran antara

(21)

KESAN PERANG SALIB TERHADAP

BARAT

• Bidang Agama

Golongan Paus merupakan penaja Perang Salib dan mereka telah terlibat dalam peperangan itu dari awal sehingga akhir. Kemunculan Paus bukan sahaja untuk membela agama Kristian tetapi juga

bertujuan memperluaskan kuasa gereja dan kepentingan mereka sendiri. Hal ini tidak disenangi oleh pihak istana yang diwakili oleh Maharaja Byzantine. Justeru itu telah menimbulkan perebutan kuasa dan pengaruh antara golongan Paus yang mewakili golongan agama dengan keluarga istana yang mewakili golongan politik dan

pemerintah. Atau dengan kata lain, persaingan kuasa antara golongan agama dengan golongan sekular. Pihak gereja telah menggunakan

segala pengaruhnya untuk mendapatkan sokongan orang ramai. Bagi menjayakan perang suci ini sudah tentu memerlukan pengorbanan harta benda dan tenaga. Antara cara yang digunakan oleh gereja

untuk mendapatkan wang yang banyak adalah dengan mengeluarkan arahan supaya setiap orang memberikan sumbangan.

(22)

Pada akhir abad ke-12 M pihak gereja telah mencipta suatu undang-undang baru, iaitu sesiapa yang tidak mampu pergi berperang mereka boleh. membayar wang dengan

kadar yang telah ditentukan. Sesiapa yang berbuat demikian akan diampunkan dosanya dan taramya samalah seperti orang yang pergi berperang. Bagi tujuan ini pihak gereja telah menyediakan sejenis borang yang dinamakan 'Borang Pengampunan'

(Indulgences, Arab: Sukuk al-Ghufran). Borang-borang ini dijual pada orang ramai. Justeru itu pihak gereja berjaya mengumpulkan wang yang banyak. Keadaan ini sudah tentu menggugat pengaruh istana. Oleh sebab itulah, maka zaman Perang Salib dikenali sebagai 'Zaman persaingan antara Paus dengan Maharaja'.

Kesan lain daripada peperangan ini adalah pada permulaan abad ke-13 M, pihak gereja telah mengubah sikap dan cara menyebarkan agama Kristian daripada cara berperang kepada cara lemah lembut (diplomasi) dengan menghantar golongan mubaiigh Kristian ke negara-negara Islam. Perubahan ini berlaku disebabkan mereka menyedari bahawa langkah awal yang menggunakan kekerasan dan kekuatan tentera tidak mendatangkan hasil yang diharapkan, malah kerugian nyawa dan harta benda yang banyak yang

terpaksa ditanggung oleh mereka di sepanjang Perang Salib. Bagi tujuan ini pada tahun 1219 M pihak gereja Eropah Barat telah menghantar Pope St. Francis of Assisi ke Mesir untuk menghadap Sultan al-Malik al-Kamil bagi tujuan menjelaskan kedudukan ajaran agama Kristian. Setelah itu diikuti oleh beberapa orang lagi paderi ke Mesir dengan harapan supaya rakyat Mesir menerima ajaran Kristian. Louis IX dari Perancis turut

menyebarkan agama Kristian di kalangan tentera Mongol dengan menghantar paderinya bernama William of Rudruquis. Pada tahun 1253 M, Louis IX telah mengarahkan

penubuhan sebuah persatuan mubaligh Kristian.

Bagi mengendalikan gerakan mubaligh Kristian yang lebih berkesan memerlukan

pemahaman tentang banyak bahasa yang digunakan oleh golongan sasaran. Oleh itu pada tahun 1311 M mereka telah mendirikan enam buah institut bahasa untuk mengajar bahasa-bahasa timur di Eropah.

(23)

KESAN PERANG SALIB TERHADAP

BARAT

• Pengetahuan Geograf

• Sebelum berlakunya Perang Salib mereka tidak begitu mengenali keadaan kedudukan geografi negeri-negeri Asia Kecil termasuklah Syria dan Mesir. Akan tetapi dalam tempoh Perang Salib banyak buku tentang geografi telah ditulis dan mendedah-kan kedudukan geografi negeri Syria, Mesir dan Iraq yang menjadi sasaran utama mereka, serta menunjukkan jalan-jalan yang boleh dilalui antara Baitul Maqdis dengan negeri-negeri Eropah Barat. Apabila sasaran tentera Salib

menjadi semakin luas maka lebih banyak pula negeri yang diketahui mereka bukan sahaja dari segi lokasi tetapi juga bentuk muka bumi, gunung-ganang, sungai, cuaca, pemakanan dan sebagainya. Apabila kegiatan ekonomi clan perdagangan berubah dan bertambah luas di kawasan Laut Mediterranean dalam tempoh Perang Salib maka kajian tentang keadaan Laut Mediterranean itu pula dibuat serta peta

tentangnya dilukis dengan terperinci bagi memudahkan urusan pelayaran.

(24)

Hal ini dilaksanakan pada akhir abad ke-13 M. Daripada kegiatan mubaligh Kristian yang bermula pada abad ke-13 M telah membuka mata orang Eropah untuk datang ke negeri-negeri sebelah timur.

Misalnya, paderi-paderi dihantar oleh Raja Louis IX kepada kaum dan Raja Mongol telah menyaksikan negeri-negeri yang dikuasai oleh

tentera Mongol di Asia Tengah. Berdasarkan maklumat yang diperoleh pada tahun 1271 M, Marco Polo telah memulakan pelayarannya ke

benua Asia melalui Mawsil, Baghdad dan Khurasan hinggalah ke istana Raja Mongol. Dari sana beliau meneruskan pelayarannya ke negeri-negeri sebelah timur sehingga ke India, Burma dan China. Dalam

perjalanan pulang beliau melalui Sumatera, India dan Pars (Parsi) dan sampai di negerinya Venice pada tahun 1295 M. Dalam tempoh

pelayarannya beliau telah mencatatkan segala yang disaksikannya dan kemudiannya dibukukan. Walaupun Marco Polo dan

rakan-rakannya terdiri daripada ahli perniagaan dan bukan ahli agama, tetapi aktiviti perniagaan dan rancangan memperluaskan aktiviti

tersebut merupakan salah satu sasaran penting gerakan tentera Salib. Dalam pada itu mereka dapat meneruskan gerakan mubaligh Kristian.

(25)

KERELEVANAN PERANG

SALIB TERHADAP SITUASI

KONFLIK DI RANTAU ASIA

BARAT MASA KINI

(26)

Kesan daripada Perang salib ini turut membawa

kepada wujudnya sentimen-sentimen keagamaan

yang kuat terhadap umat kristian mahupun umat

Islam. Dengan adanya motif ini, maka membawa

pengaruh besar terhadap hubungan antara

penganut agama Islam dan Kristian dalam waktu

yang panjang (Al-Ghozali, 1987:59). Melihat dari

beberapa gambaran yang ada maka dapat

disimpulkan bahawa, walaupun Perang Salib sudah

berakhir namun pada hakikatnya belum berakhir,

hal ini kerana adanya

perkembangan-perkembangan selanjutnya, yang walaupun tidak

dalam bentuk yang lain, yang sekaligus merupakan

suatu hubungan yang sukar untuk dipisahkan.

(27)

Antara hubungan Perang Salib dengan

gerakan-gerakan yang dimaksudkan ialah:

• Hubungan Perang Salib dengan Orientalisme

Orientalisme lahir akibat Perang Salib atau ketika dimulainya pergeseran politik dan agama antara Islam dan Kristen Barat di Palestina.

Argumentasi mereka mengatakan bahwa permusuhan politik berkecamuk berawal pada masa pemerintahan Salahuddin dan Nuruddin Zhang dan berlanjut pada anaknya yaitu Al-Adil, sebagai akibat kekalahan beruntun yang dilimpahkan pasukan Islam ke pasukan Salib, semua itu memaksa orang-orang Barat membalas kekalahan. Bertitik tolak dari keterangan diatas, maka dapat digambarkan bahwa Orientalis (pengetahuan orang Barat tentang agama, kebudayaan, peradaban, sastra dan bahasa Timur) sudah lama berkembang di Barat. Hal ini disebabkan karena perhatian orang-orang Barat terhadap Islam atau soal keTimuran sudah sejak

Perang Salib. Kemudian mengenai kegiatan-kegiatan Orientalisme dalam studinya terhadap Dunia Timur atau Islam, sebenarnya telah didorong oleh beberapa motivasi, yaitu; motivasi religius, motivasi imperial, motivasi politis, dan motivasi ilmiyah.

(28)

Antara hubungan Perang Salib dengan

gerakan-gerakan yang dimaksudkan

ialah:

• Hubungan Perang Salib dengan Kolonialisme

Kolonialisme Eropa merupakan tantangan politis dan religius, dan gerakan ini telah menyingkirkan kaum muslimin memerintah di Dunia Islam yang telah berlangsung sejak jaman Nabi Muhammad. Bagi banyak orang di Barat, dugaan mengenai kemenangan Kristen didasarkan pada sejarah yang diromantisiskan untuk merayakan kepahlawanan pejuang Salib dan kecenderungan untuk

menginterpretasikan sejarah kekuasaan Amerika selama dua abad lebih, masing-masing agama melihat satu sama lain sebagai

militan agar berbaris dan fanatik. Dengan demikian kolonialisme adalah merupakan suatu kelanjutan dari Perang Salib, dimana

gerakan-gerakan tersebut sudah merupakan warisan dari kejadian Perang Salib, dalam artian masih mempunyai hubungan yang sulit untuk dipisahkan karena Perang Salib itu sendiri merupakan

(29)

Antara hubungan Perang Salib dengan

gerakan-gerakan yang dimaksudkan

ialah:

• Hubungan Perang Salib dengan Kristenisasi

Jika dicermati, semangat salibisme ini sebenarnya

telah ada sebelum terjadinya Perang Salib yang

berkepanjangan. Semangat untuk menyiarkan

agama Kristen diantara bangsa-bangsa yang belum

mengenalnya dipandang sebagai satu kewajiban

bagi umat Kristiani. Memang tidak bisa dipungkiri

bahwa keberhasilan dalam menjalankan misi

memang tidak lepas dari Perang Salib, karena

Perang Salib merupakann awal bangsa Barat dalam

menjalankan misinnya.

(30)

• Terdapat pelbagai pandangan daripada sarjana mengenai tentang kerelevanan perang salib terhadap konflik semasa Asia Barat kini. Ada pendapat yang

menyatakan bahawa perang salib adalah kesinambungan dan sebaliknya. Sarjana yang beranggapan ianya berkesinambungan adalah disebabkan terdapatnya

beberapa persamaan yang berlaku di Rantau Asia Barat kini dengan perang salib yang berlaku ketika dahulu. Bagi berpendapat yang sebaliknya, mereka ini

menganggap perang yang berlaku tidak bersandarkan agama.

• Perang Salib yang berlangsung lebih kurang dua abad membawa akibat yang sangat relevan bagi perjalanan sejarah Dunia terutamanya terhadap situasi

konflik di rantau asia barat masa kini. Antara kerelevanannya ialah Perang Salib telah menjadi penghubung bagi bangsa Eropah untuk mengenali Dunia Islam secara lebih dekat, sehingga menyebabkan kontak hubungan antara Barat dan Timur semakin dekat dan rapat. Selain daripada itu, kemajuan ilmu pengetahuan dan tata-kehidupan masyarakat Timur yang maju menjadi daya pendorong

kepada pertumbuhan intelektual bangsa Barat terutamanya Eropah sehingga hal tersebut mempunyai impak yang sangat besar dalam melahirkan era Renaissance di Eropah. Selain itu, seperti yang kita ketahui bangsa Barat sebelum tercetusnya Perang Salib tidak mengenal kemajuan pemikiran bangsa Timur, maka melalui Perang Salib itu, ia membawa kepada kegiatan penyelidikan. Bangsa Eropah juga mula mengenal seni dan pengetahuan penting serta berbagai penemuan telah diperkenalkan di Timur seperti kincir angin, kompas (pelayaran), dan lain-lain.

Akhir sekali, bangsa Barat dapat mengenali sistem industri Timur yang telah maju pada ketika itu sehingga menyebabkan apabila mereka kembali ke Eropah mereka lantas menjalankan sistem pemasaran barang-barang hasil produk Timur (Ali,

(31)

Perang Salib yang pada awalnya hanya

merupakan suatu reaksi dari Kristian Eropah

Barat, namun lama-kelamaan timbul suatu

keinginan untuk menguasai Dunia Islam.

Hal ini dapat dibuktikan dengan adanya

cita-cita dari penganut agama Kristian

Eropah ini untuk mendirikan

kerajaan-kerajaan mereka di seluruh daerah Timur.

Untuk merealisasikan cita-cita diatas, maka

jalan satu-satunya yang ditempuh iaitu

menyapu bersih umat Islam dengan

cita-cita yang telah dicanangkan tersebut.

(32)

KESIMPULAN

• Kesimpulannya, jelaslah terdapat banyak faktor yang telah mencetuskan siri Perang Salib berlaku suatu ketika dahulu. Faktor agama memainkan peranan penting selain beberapa lagi faktor lain seperti faktor politik dan faktor

ekonomi-sosial. Akibatnya pelbagai kesan telah berlaku selepas tercetusnya siri Perang Salib ini kepada umat Islam dan kepada Barat itu sendiri. Perang Salib adalah perang yang dimulakan dan dilakukan oleh orang-orang Kristian terhadap orang Islam yang berlangsung sebanyak lapan periode yang

bermula sejak tahun 1095 sampai dengan 1244 M. Perang Salib terjadi

berlatar belakangkan dengan pelbagai faktor, antara lain adalah disebabkan adanya konflik lama antara Timur dengan Barat, dalam hal ini berkaitan

hubungan antara orang Islam dengan penganut Kristian. Kedatangan orang Kristen di Jerusalem yang semakin ghairah dan kadang-kadang mendapat rintangan dari penduduk tempatan telah menyebabkan semangat perang internal agama yang pada mulanya menjadi misi dan vidi Perang Salib telah berubah menjadi semangat perang antara agama. Dalam hal ini semangat perang orang Kristian disalurkan untuk memerangi orang Islam. Perang Salib telah mendorong orang Eropah Barat untuk melakukan renaissance di

Eropah, lantas selanjutnya membangunkan dunia Eropah Barat sesuai dengan apa yang mereka lihat dan pelajari di dunia Islam. Eropah Barat sebenarnya banyak berhutang budi pada dunia Islam dalam hal peradaban dan ilmu pengetahuan.

Referensi

Dokumen terkait

Secara lebih lanjut Yusgiantoro (2000) mengungkapkan bahwa suatu industri kelistrikan yang memipunyai sifat monopoli alamiah membutuhkan intervensi dari pemerintah

Sesuai dengan kegiatan di atas dengan bantuan program EVIEWS maka dapat dibahas sebagai berikut:.. 1) Keterbatasan penulis dalam membuat Tugas Akhir adalah data yang

Minyak atsiri akar wangi ( Vetiveria zizanoides ) dan daun nilam ( Pogostemon cablin ) dilaporkan mempunyai potensi sebagai insektisida pada beberapa serangga,

• Sambungan antara dinding Sambungan antara dinding prefabrication  prefabrication dengan bangunan utama mengacu pada dengan bangunan utama mengacu pada. SNI

Sedangkan resipien universal (golongan AB) adalah golongan darah yang bisa menerima darah dari semua golongan, karena tidak memiliki aglutinin. Jadi O bisa menjadi

Kemudian fokusnya adalah pada beberapa Kepala Keluarga Dusun Bukitsari Bali yang melakukan konversi agama dari Hindu ke Kristen Protestan, ketika

Tahapan ini merupakan tahapan tersulit dalam game ini karena kecepatan waktu jeda kemunculan mobil adalah 2 detik untuk 1 mobil yang dimunculkan secara acak pada tiap