• Tidak ada hasil yang ditemukan

Penilaian Semula Ciri Bahasa Melayu Klasik Berdasarkan Perbandingan Inskripsi

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "Penilaian Semula Ciri Bahasa Melayu Klasik Berdasarkan Perbandingan Inskripsi"

Copied!
16
0
0

Teks penuh

(1)

18

Penilaian Semula Ciri Bahasa Melayu Klasik

Berdasarkan Perbandingan Inskripsi

The Reevaluation of Classical Malay Language Features

Based on Comparative Inscriptions

Zurina binti Abdullah1, Adi Yasran bin Abdul Aziz2

ABSTRAK

Kajian ini bertujuan untuk menilai semula ciri bahasa Melayu klasik (BMK) berdasarkan ciri yang terdapat pada tiga batu bersurat pada abad ke-14, iaitu batu bersurat Terengganu (1303), batu bersurat Pagaruyung, Minangkabau (1356) dan batu bersurat Minye Tujuh, Aceh (1380). Kebanyakan pengkaji sebelum ini beranggapan bahawa ketiga-tiga batu bersurat ini menjadi bukti permulaan zaman BMK berdasarkan tahun penghasilan batu-batu bersurat tersebut yang dianggap sezaman dan beberapa ciri lain. Namun begitu, didapati ciri-ciri bahasa Melayu klasik itu sendiri, terutama aspek sistem tulisan dan ejaan, kosa kata dan tatabahasa tidak dikaji secara menyeluruh. Bagi menganalisis perbezaan ciri bahasa Melayu klasik ini, kaedah analisis perbandingan teks akan dilakukan terhadap ketiga-tiga batu bersurat tersebut. Hasil kajian mendapati bahawa inskripsi pada batu-batu bersurat ini mempunyai ciri bahasa yang berbeza antara satu sama lain. Terdapat empat ciri bahasa Melayu yang membezakan batu bersurat Terengganu dengan batu bersurat lain, iaitu batu bersurat Terengganu menggunakan aksara Jawi, menggunakan kosa kata klasik, kata pangkal ayat dan ayat yang panjang dan berulang-ulang, manakala batu bersurat lain tidak menggunakannya. Penemuan ini membolehkan penilaian semula dibuat terhadap ciri bahasa Melayu klasik. Ciri bahasa Melayu klasik telah dimurnikan dan berjaya membuktikan bahawa hanya batu bersurat Terengganu sahaja yang menggunakan bahasa Melayu klasik manakala yang lain masih tergolong dalam bahasa Melayu praklasik/kuno. Implikasi kajian ini akan memberi manfaat kepada golongan pendidik di peringkat pra universiti dan juga Institusi Pengajian Tinggi, para pelajar, penggubal-penggubal soalan dan seterusnya pengkaji-pengkaji bahasa akan datang.

Kata kunci: Bahasa, Melayu, inskripsi, klasik, kuno

ABSTRACT

1 Zurina binti Abdullah calon PhD, Program Bahasa Melayu di Universiti Putra Malaysia. Pensyarah di Jabatan

Kenegaraan dan Pengajian Ketamadunan, Pusat Pengajian Teras, Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor. zurinaabdullah@kuis.edu.my.

2 Adi Yasran bin Abdul Aziz PhD, Prof. Madya di Jabatan Bahasa Melayu, Fakulti Bahasa Moden dan

(2)

19

This study aimed to reevaluate classical Malay Language features based on features found on three inscribed stones in the 14th century namely Inscribed Stone of Terengganu (1303), Inscribed Stone of Pagaruyung, Minangkabau (1356), and Inscribed Stone of Minye Tujuh, Acheh (1380). Previous researchers reckoned that these three inscribed stones were the early evidences of classical Malay Language period. This was based on the year of each inscribed stone was produced that was regarded as of the same period, as well as other features. Nevertheless, the available features such as writing system, spelling, vocabulary and grammar of each inscribed stone were not thoroughly explored. In order to explore these classical Malay Language features, comparative text analysis method was done on the three inscribed stones. Results found that each inscribed stone has distinctive language features. There are four Malay language features which distinguish Inscribed Stone of Terengganu with the rest where it used Jawi characters, classic vocabulary, and long and repetitive beginning of the sentence as well as the rest of the sentences. However, these features were not used on the other inscribed stones. These findings enable the reevaluation of classical Malay Language features. Classical Malay Language features were refined thus successfully proven that Inscribed Stone of Terengganu was the only inscribed stone which used classical Malay Language. On the other hand, the other inscribed stones still belong to pre-classical or ancient Malay language. The implication of this research will benefit educators of pre-university and higher learning institution, students, question setters and future language researchers.

Keywords: language, Malay, inscribed stones, classical, ancient

Pendahuluan

Sejarah bahasa Melayu telah dicatatkan hampir beribu-ribu tahun yang lalu. Beberapa sarjana Eropah seperti Hendrik Kern dari Belanda dan Robert Van Heine dari Austria telah mengemukakan teori yang menyatakan bahawa bangsa Melayu berasal daripada kelompok keluarga bahasa Austronesia. Teori ini berpendapat bahawa masyarakat Melayu berasal dari Yunan, China, iaitu kelompok manusia yang berhijrah dan akhirnya menduduki beberapa wilayah di Asia Tenggara. Ahli-ahli bahasa telah membahagikan perkembangan bahasa Melayu kepada tiga tahap utama, iaitu bermula dengan bahasa Melayu kuno, bahasa Melayu klasik dan bahasa Melayu moden (Nik Safiah Karim et. al, 2010).

Kedatangan agama Hindu, Buddha, Islam dan penjajahan Eropah dalam tempoh yang agak lama telah memberi kesan perbezaan yang ketara terhadap ketiga-tiga zaman perkembangan bahasa Melayu. Bahasa Melayu kuno dipercayai dipengaruhi oleh bahasa Sanskrit dan agama Hindu yang kuat, manakala bahasa Melayu klasik (BMK) dipengaruhi oleh bahasa Arab dan agama Islam, dan bahasa Melayu moden pula banyak menerima pengaruh bahasa penjajah, iaitu bahasa Inggeris. Pengaruh tersebut juga turut memberi kesan terhadap perkembangan sistem tulisan dalam setiap zaman tersebut, iaitu pada zaman Melayu kuno menggunakan sistem tulisan dari India yang menggunakan aksara pallava, rencong dan devanagari, manakala zaman Melayu klasik menggunakan sistem tulisan Jawi dan seterusnya pada zaman Melayu moden diperkenalkan pula kepada sistem tulisan rumi.

Kajian ini merupakan satu penelitian terhadap pencirian bahasa Melayu klasik yang telah disenaraikan oleh kebanyakan pengkaji khususnya ciri-ciri yang terdapat dalam Siri Pendidikan Guru dan Sukatan Pelajaran Sijil Tinggi Peperiksaan Malaysia (STPM). Aspek ini

(3)

20

didapati menarik untuk dikaji kerana ciri-ciri yang telah dikemukakan dan diterima oleh masyarakat ini didapati masih perlu penelitian yang lebih mendalam agar ciri-ciri bahasa Melayu klasik yang lebih berpada akan dapat diperoleh. Pengkajian terhadap sesuatu bahasa atau perkembangan bahasa perlu dianalisis dengan melibatkan tiga aspek utama, iaitu sistem tulisan dan ejaan, kosa kata dan tatabahasa. Justeru, dalam kajian ini, dapatan yang akan diperoleh nanti akan dikemukakan dan disusun semula mengikut keutamaan atau kata lain yang akan digunakan adalah ciri-ciri bahasa yang mandatori.

Bahasa Melayu Klasik

Frasa asas terhadap bahasa Melayu klasik ialah perkataan klasik itu sendiri. Menurut definisi yang dikemukakan dalam Kamus Dewan Edisi Keempat (2010:798), klasik membawa maksud (i) Serius dan abadi nilainya, (ii) Tertinggi mutunya dan menjadi standard kepada yang lain, (iii) (pakaian, reka bentuk, dsb) yang mempunyai gaya yang sederhana dan tidak berubah mengikut masa; (iv) Mempunyai ciri-ciri atau sifat-sifat yang lazim (tipikal). Berdasarkan definisi-definisi yang diberikan, dapat dilihat bahawa bahasa Melayu klasik adalah satu bahasa yang digambarkan mempunyai nilai serta kedudukan yang tinggi pada zamannya. Kenyataan ini selari dengan takrifan Asmah (dlm Noriah, 1999) terhadap masyarakat Melayu klasik sebagai;

…zaman masyarakat Melayu yang sudah mengenali huruf … kegiatan penulisan/perakaman dalam bentuk tulisan telah bertanggungjawab dalam menstabilkan sebutan Bahasa dan sebutan ini menjadi tolok (model) bagi masyarakat penutur pada amnya.

Ciri-ciri bahasa Melayu klasik yang dinyatakan oleh Siti Hajar (2011) adalah seperti berikut: 1. Ayatnya panjang dan berulang-ulang.

2. Bentuk ayat pasif dan songsang lazim digunakan. 3. Menggunakan gaya bahasa istana.

4. Menggunakan kosa kata klasik seperti ratna mutu manikam, edan kesmaran, sahaya (saya), masyhgul (bersedih).

5. Banyak menggunakan kata pangkal ayat seperti sebermula, alkisah, hatta, adapun. 6. Banyak menggunakan partikel pun dan lah.

7. Menggunakan aksara Jawi, iaitu aksara yang dipinjam daripada bahasa Arab yang telah ditambah dengan beberapa huruf tambahan.

8. Menerima pelbagai jenis kosa kata Arab dan Parsi dalam pelbagai bidang bahasa seperti bidang ilmu keagamaan, undang-undang, kesusasteraan, pemerintahan dan pentadbiran, perubatan, falsafah, tasawuf dan kata-kata umum.

9. Frasa dan ayat pengaruh Arab, terutama dalam kitab-kitab klasik Melayu seperti frasa ketahuilah olehmu (daripada terjemahan I’lamL), maka kemudian daripada itu (daripada amma ba’du); atau pada ayat sunat berbuka atas tamar dan lain-lain. Frasa dan ayat bentuk ini wujud hasil terjemahan harfiah daripada teks-teks Arab. 10. Unsur-unsur falsafah Islam wujud dalam banyak tulisan Melayu seperti dalam

bidang ilmu Kalam, Tasawuf, ilmu Aqa’id al-Iman dan lain-lain. Hal ini berbeza antara zaman Melayu kuno dengan pengaruh agama Hindu.

(4)

21 Permasalahan Kajian

Kajian ini dilakukan apabila timbul persoalan setelah membaca silibus Kertas Bahasa Melayu Penggal 1 (2018) di peringkat STPM dan juga buku Siri Pendidikan Guru Bahasa Melayu I (2011) yang menjelaskan bahawa terdapat bukti batu bersurat yang menjadi penanda kepada perkembangan bahasa Melayu klasik. Pengkaji mendapati ciri-ciri BMK yang dinyatakan sebelum ini kurang menepati ciri-ciri yang terdapat dalam manuskrip atau batu bersurat yang ada dalam zaman BMK secara bersama. Selain itu, pengkaji mendapati pemilihan bukti batu bersurat ini turut dipengaruhi oleh pendapat atau kajian daripada sarjana bahasa tentang perkembangan BMK. Menurut Asmah (2008), BMK bermula dari abad 13 hingga abad ke-17, manakala Awang Sariyan (1998) berpendapat bahawa BMK bermula pada abad ke-14 hingga abad 18.

Permulaan perkembangan BMK ini turut mempengaruhi pengkategorian bukti permulaan BMK. Justeru, kajian ini dijalankan untuk mengemas kini beberapa ciri BMK yang lebih berpada dan dipersetujui bersama di semua peringkat. Bagi kertas kerja ini, pengkaji memfokuskan kepada ciri bahasa Melayu abad ke-14 sahaja dan menjadikan silibus Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) sebagai titik tolak kajian. Dalam silibus STPM, terdapat lima hasil pembelajaran dalam tajuk Bahasa Melayu Klasik, iaitu memerlukan calon dapat menjelaskan konsep BMK, mengenal pasti ciri BMK, memerihalkan perkembangan aksara Jawi, menyatakan bahan bukti tentang penggunaan BMK, dan menjelaskan fungsi BMK.

Justeru, isu utama yang ditimbulkan adalah hasil pembelajaran yang keempat, iaitu bahan bukti penggunaan BMK kerana berdasarkan penelitian awal, pengkaji mendapati ciri-ciri yang terdapat dalam ketiga-tiga batu bersurat tersebut tidak menepati ciri-ciri-ciri-ciri bahasa Melayu klasik seperti yang disenaraikan. Oleh yang demikian, dalam menentukan bahan bukti yang menjadi penanda kepada permulaan BMK, seharusnya ciri-ciri bahasa yang ada pada inskripsi tersebut memenuhi atau menepati ciri-ciri BMK secara mandatori. Berdasarkan kajian literatur, pengkaji mendapati belum ada pengkaji sebelum ini yang membuat kajian perbandingan terhadap ciri-ciri bahasa terhadap ketiga-tiga batu bersurat bagi membuktikan batu bersurat mana yang paling tepat untuk mewakili bukti permulaan zaman BMK. Maka, dalam kajian ini, teks yang dikaji melibatkan perbandingan antara tiga batu bersurat, iaitu batu bersurat Terengganu (1303), batu bersurat Pagaruyung, Minangkabau (1356) dengan batu bersurat Minye Tujuh, Aceh (1380) kerana batu-batu bersurat atau inskripsi ini dikatakan bukti bermulanya perkembangan bahasa Melayu klasik.

Objektif Kajian

Kajian ini dijalankan bertujuan untuk:

i) Membandingkan ciri BMK yang terdapat pada Batu Bersurat Terengganu (BBT), Batu Bersurat Pagaruyung (BBPR) dengan batu bersurat Minye Tujuh, Aceh (BBMT). ii) Menilai semula ciri-ciri BMK abad ke-14.

(5)

22 Kaedah Kajian

Kajian ini menggunakan metodologi penyelidikan kualitatif. Data dikumpulkan melalui kaedah kajian kepustakaan. Kaedah yang digunakan dalam analisis ini adalah kajian terdahulu, perbandingan dan klasifikasi. Kajian terdahulu akan dapat memperjelas sesuatu perkara dan mencari perbezaan dan persamaan antara kajian, perbandingan adalah kaedah yang membandingkan persamaan dan perbezaan antara sumber dan klasifikasi pula adalah kaedah pengumpulan dan penyusunan fakta secara sistematik ke dalam kumpulan mengikut kriteria tertentu. Bagi membuat kesepadanan ciri-ciri bahasa dalam bahan yang dikaji, penggunaan simbol (+) diletakkan pada ciri yang menepati atau (-) bagi ciri yang tidak menepati.

Kajian Lepas

Kajian awal telah dilakukan oleh Ismail Hussein pada tahun 1984. Beliau berpendapat bahasa Melayu klasik bermula abad ke-13 dan 14, iaitu pada zaman transisi atau peralihan daripada kuno ke klasik. Mengikut Ismail Hussein (1984:25), bahasa Melayu klasik bermula sekitar abad ke-13 dan ke-14. Namun begitu, beliau menyebutnya sebagai zaman peralihan di seluruh kepulauan Melayu dengan kedatangan agama Islam. Bukti konkrit tentang bertapaknya Islam di Nusantara dari sudut sejarah diperoleh pada tahun 1292 M sewaktu Marco Polo melawat Sumatera Utara dan catatannya tentang pengislaman Pasai. Pada zaman peralihan dalam abad ke-13 dan ke-14 ini juga telah dijumpai beberapa prasasti dalam bahasa Melayu yang ditulis menggunakan huruf India tetapi bahasanya sudah terdapat pengaruh bahasa Arab. Dengan penemuan prasasti tersebut, maka di sinilah bermulanya bahasa Melayu klasik.

Kajian seterusnya telah dilakukan oleh Asmah Hj. Omar pada tahun 1993 melalui kajiannya yang telah dibukukan, iaitu Susur Galur Bahasa Melayu. Menurut Asmah (1993:386), bahasa Melayu klasik adalah sekitar abad ke-14 hingga abad ke-17. Perbezaan antara bahasa Melayu kuno dengan klasik dilihat melalui tiga faktor, iaitu perbendaharaan kata, nahu dan bunyi bahasa. Kajian Asmah menyentuh perkaitan antara bahasa Melayu kuno, klasik dan moden yang ditulis dalam bab terakhir dalam kajiannya terhadap perbandingan sistem bunyi, perbendaharaan kata dan nahu dialek-dialek Melayu yang meliputi Semenanjung Malaysia serta Sabah dan Sarawak. Hasil daripada perbandingan tersebut, beliau telah membuat rekonstruksi dalaman bagi setiap dialek-dialek tersebut. Justeru, hasil daripada dapatan tersebut, beliau telah mengkategorikan tempoh zaman bagi setiap bahasa, iaitu bahasa Melayu kuno dan klasik.

Bahasa Melayu kuno merujuk kepada bahasa Melayu yang ditemukan dalam prasasti-prasasti di Sumatera Selatan dan Pulau Bangka, iaitu prasasti-prasasti-prasasti-prasasti di Telaga Baru, Karang Brahi, Kota Kapur dan Kedukan Bukit. Kesemua prasasti ini bertarikh pada abad ketujuh Masihi yang ditulis dalam zaman pemerintahan Sriwijaya. Bahasa pada abad ini tidak dapat difahami maksudnya. Bahasa yang ditulis dalam prasasti-prasasti tersebut adalah mewakili bahasa yang paling tua pernah dirakam. Bahasa tersebut didapati amat berbeza dengan bahasa Melayu pada abad ke-14 yang ditemukan di Kuala Terengganu serta bahasa yang tertulis dalam Sejarah Melayu yang bertarikh pada abad ke-17. Justeru, dengan bukti yang

(6)

23

ditemukan ini, Asmah berpendapat bahawa bahasa Melayu klasik itu bermula pada abad ke-14 sehingga abad ke-17.

Kajian seterusnya dilakukan oleh Awang Sariyan pada tahun 1998. Menurut Awang Sariyan, bahasa Melayu klasik bermula abad ke-13 hingga abad ke-19. Bahasa Melayu klasik dikatakan merupakan tahap ketiga dalam periodisasi bahasa Melayu, sesudah bahasa Melayu Purba dan bahasa Melayu Kuno. Bahasa Melayu Klasik diasaskan sewaktu terdirinya kerajaan Islam pertama di sebelah timur Aceh, iaitu kerajaan Samudera-Pasai di bawah Sultan Malikul Salih. Bahasa ini merupakan kesan langsung kedatangan agama Islam dan kebudayaan Islam. Zaman permulaannya ditandai dengan kemunculan prasasti Terengganu yang bertarikh 702 Hijrah bersamaan dengan 1303 Masihi. Bahasa Melayu Klasik muncul dengan wujudnya tulisan Jawi, iaitu tulisan Arab berbahasa Melayu pada awal abad ke-14. Prasasti bahasa Melayu Klasik banyak terdapat di semenanjung Tanah Melayu seperti di Pengkalan Kempas, Negeri Sembilan, Pahang, Perak, Kelantan, Kedah dan beberapa tempat lain. Prasasti ini juga ditemui di Sumatera Selatan, Jambi, Riau, Sumatera Barat, Sumatera Utara dan Aceh.

Pada abad ke-13, peralihan bahasa berlaku ekoran daripada pengaruh yang dibawa oleh agama Islam ke Asia Tenggara. Kehadiran agama Islam ke Asia Tenggara banyak mempengaruhi perkembangan bahasa Melayu ketika itu terutama dari aspek kosa kata, struktur kata dan juga tulisannya. Peralihan bahasa Melayu Kuno kepada bahasa Melayu Klasik ini dapat dibuktikan dengan penemuan batu-batu bersurat seperti batu bersurat Minye Tujuh, Aceh (1390), iaitu batu bersurat pertama yang ditemui penggunaan kata-kata Arab seperti khalifah, nabi-nabi, Allah dan rahmat. Batu bersurat Pagar Ruyung pula mempunyai sedikit perbezaan dengan batu bersurat abad ke-7, iaitu dari segi bahasanya. Dari segi fonologi, sistem bahasa Melayu klasik tidak dapat ditentukan kerana tiada data lisan. Kebanyakan data berbentuk tulisan dan ini menyukarkan pengesanan sebutan yang sebenar. Awang Sariyan mengatakan bahawa perlambangan bunyi vokal terbatas kepada tiga sahaja, iaitu i, a dan u (daripada vokal Arab alif, ya dan wau). Namun demikian, beliau mengandaikan bahawa bahasa Melayu klasik mempunyai enam bunyi vokal sebagaimana yang terdapat dalam bahasa Melayu, iaitu a, e pepet, e taling, i, o, dan u. Dari segi bunyi konsonan pula, dikatakan bahawa bunyi konsonan bahasa Melayu klasik sama dengan yang terdapat dalam bahasa Melayu Moden.

Noriah (1999) pula menjelaskan bahawa batu bersurat Terengganu dan batu bersurat Sungai Udang atau dikenali dengan batu bersurat Pengkalan Kempas merupakan batu-batu bersurat yang penting dalam memperlihatkan evolusi peringkat akhir bahasa Melayu praklasik ke bahasa Melayu klasik. Beliau mendapati berbanding batu-batu bersurat terdahulu yang menggunakan aksara Arab, batu-batu bersurat ini menunjukkan penggunaan terawal sejenis aksara yang disebut aksara Jawi. Bahasa Melayu praklasik dianggap sudah memasuki suatu zaman baharu dengan penggunaan aksara jawi, iaitu zaman bahasa Melayu klasik.

Selain itu, Abdul Rashid dan Amat Juhari juga telah memberikan pendapat mereka berkaitan bahasa Melayu klasik dalam penulisan mereka pada tahun 2005. Kedua-dua mereka mengatakan bahawa bahasa Melayu klasik bermula pada awal abad ke-14 hingga akhir abad ke-18 (2005:28). Zaman permulaan bahasa Melayu klasik ditandai dengan prasasti Terengganu yang bertarikh pada 702 Hijrah bersamaan dengan tahun 1303 Masihi. Prasasti ini menggunakan tulisan jawi sepenuhnya dan mempunyai kata-kata pinjaman daripada bahasa Arab. Bahasa Melayu klasik muncul dan terasing daripada bahasa Melayu kuno apabila penggunaan tulisan jawi wujud, iaitu tulisan Arab yang berbahasa Melayu pada awal

(7)

24

abad ke-14. Sebelum itu, tulisan Arab hanya digunakan dalam bahasa Arab khususnya dalam penulisan ayat-ayat al-Quran pada batu nisan. Bahasa Melayu klasik juga mendapat pengaruh kata pinjaman daripada bahasa Arab dan Parsi.

Secara umum, kebanyakan penulis dalam buku-buku rujukan Siri Pendidikan Guru, Teks Pra-U Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) menyatakan bahasa Melayu klasik bermula pada abad ke-14 hingga abad ke-19, iaitu bermula dari zaman batu Bersurat Terengganu sehingga zaman karya Abdullah Munsyi. Bukti pertama penggunaan bahasa Melayu klasik ada terdapat pada Batu Bersurat Kuala Berang, Terengganu di samping dua lagi batu bersurat, iaitu batu bersurat di Pagar Ruyung dan batu bersurat di Minye Tujuh, Aceh. Menurut Syed Muhammad Naquib al-Attas (2015), tarikh yang tercatat pada batu bersurat tersebut adalah pada 4 Rejab, 702 Hijrah bersamaan 22 Februari 1303 Masihi. Kebanyakan para pengkaji berpendapat bahawa bahasa yang terdapat pada prasasti tersebut menyamai bahasa Melayu klasik yang terdapat dalam buku Sejarah Melayu. Oleh yang demikian, batu bersurat itu dikatakan menjadi bukti terawal dan penting bagi menjelaskan perkembangan bahasa Melayu Klasik (Nik Safiah et.al, 2018).

Berdasarkan kajian-kajian yang telah dijelaskan, pengkaji-pengkaji sebelum ini ada menyentuh aspek ciri bahasa kerana dalam proses penentuan tempoh permulaan perkembangan BMK, aspek ciri bahasa sememangnya tidak boleh diketepikan. Namun begitu, kajian sebelum ini dibuat secara berasingan, iaitu berfokus kepada satu bahan kajian atau batu bersurat sahaja tidak dilakukan secara perbandingan. Jika ada perbandingan dilakukan ia tidak menyentuh aspek ciri bahasa secara menyeluruh, iaitu perlu meliputi aspek sistem tulisan dan ejaan, kosa kata dan tatabahasa. Ada pengkaji yang berpendapat bahawa batu bersurat Terengganu yang menjadi bukti bermulanya BMK dan ada sebahagian lagi berpendapat ketiga-tiga batu bersurat menjadi bukti perkembangan BMK. Justeru, kajian ini akan memberikan satu analisis yang lebih berpada dengan mengemukakan ciri-ciri bahasa pada permulaan zaman BMK, iaitu abad ke-14.

Analisis Data

Seperti yang telah dinyatakan, bahan kajian ini tertumpu kepada tiga batu bersurat yang dikatakan menjadi bukti bermulanya zaman perkembangan bahasa Melayu klasik. Batu-batu bersurat tersebut adalah seperti berikut:

Batu Bersurat Terengganu (1303M)

Kajian geologi terkini menunjukkan bahawa Batu Bersurat Terengganu (BBT) ini merupakan batu jenis igneus dolerite bukannya batu granit seperti yang didakwa sebelum ini (Tajul Anuar, 2011). Ia berbentuk tabular serta bundar dengan permukaan luaran dan bucu-bucu yang agak licin. BBT berketinggian 78 hingga 86cm, lebar bahagian atas 53 cm, lebar bahagian bawah 19 hingga 24cm dan beratnya ialah 214.8kg. Teks BBT mengandungi empat penampang dan setiap penampang tersebut mengandungi beberapa baris ayat (lihat Adi Yasran, 2011). BBT ditemui pada tahun 1887 di kawasan Padang Tara di tepi Sungai Tara, Kampung Buluh, Kuala Berang. Tulisan pada BBT yang bertarikh 4 Rejab 702 Hijrah bersamaan 22 Februari 1303M ini (S.M.N Al-Attas 1970, Muhammad Zainiy 2012) merupakan sebuah undang-undang Islam dan adat Melayu yang ditulis dalam tulisan Jawi bahasa Melayu. Tulisannya lebih cenderung kepada khat jenis Ta’liq (S.Q. Fatimi, 1963:42).

(8)

25 Batu Bersurat Pagaruyung (1356)

Prasasti Pagaruyung I atau dikenali juga sebagai Prasasti Bukit Gombak I terletak pada kedudukan paling hujung di sebelah selatan dalam deretan prasasti-prasasti Pagaruyung. Prasasti yang disebut juga sebagai batu bersurat Pagaruyung ini berukuran tinggi 2.06 meter dengan lebar 1.33 meter dan ketebalannya 38 cm berada dalam kedudukan berdiri dan disangga dengan penopang besi. Batu bersurat ini disusun berturut-turut ke arah utara bersama-sama Prasasti Pagaruyung II, III, sehingga yang ke VIII. Batu bersurat Pagaruyung I ini digoreskan pada sebuah batu pasir kwarsa berwarna coklat kekuningan, iaitu sejenis batuan sedimen yang berbentuk empat persegi. Batu ini ditulis dalam bahasa Sanskrit bercampur dengan bahasa Melayu kuno atau Jawa kuno. Batu bersurat ini mengandungi puji-pujian akan keagungan dan kebijaksanaan Adityawarman sebagai seorang raja yang banyak menguasai pengetahuan, khususnya dalam bidang keagamaan, iaitu ajaran Buddha Mahayana aliran Tantrayana sekte Bhaiwara. Dalam batu bersurat ini, ajaran ini disebut sebagai sutatha bajra daiya atau Buddha yang baik, kuat bagaikan kilat (Budi Istiawan, 2006).

Batu Bersurat Minye Tujuh (1389)

Batu Bersurat Minye Tujuh (BBMT) merupakan batu bersurat yang dipahat pada sepasang batu nisan yang ditemui di Minye Tujuh, Aceh, Indonesia. Nisan di bahagian kepala ditulis dalam bahasa Arab, manakala nisan di sebelah kaki ditulis dalam tulisan Jawa Kuno, tetapi dalam bahasa Melayu kuno, berbentuk syair yang dinamakan upajati. Isi teks batu bersurat dalam bahasa Arab adalah mengenai kematian Malikah Mu’azzamah Alah binti al-Sultan al-Marhum Malik al-Zahir yang dikenali dengan nama Ratu al-Alah (Al-Ala mengikut sesetengah riwayat) pada tahun 791H (1389M). Bacaan dan terjemahan batu bersurat ini telah dilakukan oleh beberapa orang pengkaji, iaitu W.F. Stutterheim (1936), G.E. Marrison (1951) dan W. Van Der Molen (2007).

Sistem Tulisan dan Ejaan

Berdasarkan batu-batu bersurat yang didakwa menjadi bukti permulaan zaman bahasa Melayu klasik, terdapat beberapa bentuk tulisan yang digunakan dalam ketiga-tiga batu bersurat tersebut. Hal ini boleh dikaitkan dengan pendapat yang dikemukakan oleh Amat Juhari (1995), bahawa keluarga besar bahasa Melayu telah menggunakan empat jenis aksara, iaitu:

i) Aksara Rencong (dan aksara-akasara yang segolongan dengannya)

Jenis aksara yang termasuk dalam kumpulan aksara Rencong ialah Rencong, Lampung, Ka Ga Nga, Rejang, Surat Ulu, Minang, Mandailing, Batak Toba, Karo, Dayak, Mindoro, Bugis dan Makasar.

ii) Aksara India (Devanagiri dan Pallava)

Aksara Devanagiri dan Pallava membentuk beberapa jenis aksara atau tulisan di beberapa tempat di Asia Tenggara seperti di Jawa, Sunda dan Bali.

iii) Tulisan Arab atau Jawi

Tulisan Arab muncul di Alam Melayu sejak abad ke-3 (290H) yang terukir pada batu nisan di Langgar, Kedah manakala tulisan Arab berbahasa Melayu yang tertua adalah pada prasasti Terengganu bertarikh 702H bersamaan dengan 1303 M. iv) Tulisan Rumi atau Latin

Tulisan Rumi digunakan untuk bahasa Melayu bermula pada tahun 1516M di Melaka yang dilakukan oleh orang-orang Portugis.

(9)

26

Sistem tulisan yang digunakan dalam penulisan ketiga-tiga batu bersurat ini didapati berbeza antara satu sama lain. Keadaan ini berkait rapat dengan pengaruh agama dan budaya masyarakat di tempat batu bersurat itu ditemui. Batu Bersurat Terengganu memperlihatkan penggunaan sistem tulisan jawi dan sistem ejaannya pula merupakan kombinasi daripada sistem ejaan Arab yang menggunakan sistem i’rab dengan sistem Melayu (lihat Hashim Musa, 2006:89). Penggunaan bahasa dalam BBT memperlihatkan tanda-tanda permulaan bahasa Melayu klasik. Ciri-ciri bahasa Melayu klasik dapat dilihat melalui penggunaan aksara Jawi yang disertakan dengan beberapa penambahan huruf seperti huruf nya dalam perkataan [dendanya], ca dalam perkataan [acara], nga dalam perkataan [dengan], pa dalam perkataan [pada] dan ga dalam perkataan [bagi].

Batu Bersurat Pagaruyung ditulis dalam bahasa Sanskrit bercampur dengan bahasa Melayu kuno dan Jawa kuno. Batu bersurat ini merupakan satu contoh teks zaman peralihan yang memperlihatkan penggunaan aksara India dan mengandungi campuran kosa kata Sanskrit, Jawa kuno dan Melayu kuno (Noriah, 1999). Menurut Hashim Musa (2006:41-42), batu bersurat ini menggunakan skrip Kawi Jawa Timur. Walaupun begitu, bentuk tulisannya amat berbeza dengan dengan bentuk skrip Kawi di Jawa yang sezaman dengannya. Keadaan ini memperlihatkan berlaku perkembangan terhadap skrip turunan Kawi sehingga ia dianggap oleh Casparis bahawa skrip ini telah mencapai keasliannya yang tersendiri malah beliau telah menamakan skrip tersebut sebagai skrip Melayu.

Batu Bersurat Minye Tujuh pula menggunakan jenis skrip Melayu yang bentuknya dipengaruhi oleh skrip Arab dan ia dinamakan oleh Hooykaas (dlm Hashim, 2006) sebagai skrip Sumatera kuno. Nisan di bahagian kepala ditulis dalam bahasa Arab manakala batu nisan di sebelah kaki menggunakan tulisan Jawa kuno, iaitu tulisan Kawi. Batu bersurat ini menjadi penanda dan menunjukkan bahawa penggunaan bahasa Melayu sudah memaparkan kemajuannya apabila bersifat dwibahasa dan dwiaksara (Noriah, 1999).

Ketiga-tiga batu bersurat ini menggunakan jenis skrip Melayu, namun tulisan Jawi yang menjadi ciri penting dalam bahasa Melayu klasik hanyalah terdapat pada Batu Bersurat Terengganu sahaja manakala dua batu bersurat lain tidak menggunakan tulisan Jawi. Kenyataan ini disokong melalui dapatan kajian yang telah dilakukan oleh Muhammad Nabil et.al (2020) melalui jadual berikut:

Jadual 1: Prasasti utama dalam Kerajaan Melayu

Prasasti Tahun (Masihi) Bahasa Tulisan Kedukan Bukit Talang Tuwo Kota Kapur Padang Roco Terengganu Minye Tujuh Pengkalan Kempas 683 684 686 1286 1303 1380 1463 Melayu-Sanskrit Melayu-Sanskrit Melayu-Sanskrit Melayu-Sanskrit Melayu-Arab-Sanskrit Melayu-Arab-Sanskrit Melayu Palava Palava Palava Kawi Arab-Jawi Arab-Kawi Arab-Kawi

(10)

27 Kosa kata

Ciri pembeza antara suatu zaman perkembangan bahasa dengan perkembangan zaman bahasa yang lain terletak kepada pengaruh kosa kata asing yang terdapat di dalam bahasa tersebut.

Terdapat pengaruh kosa kata bahasa Arab dalam BBT dengan penggunaan perkataan fardu, Rejab dan Rasulullah. Melalui penggunaan bahasa Melayu sepenuhnya dengan bertulisan Jawi, BBT telah terbukti telah terkeluar dari zaman bahasa Melayu kuno mahupun zaman peralihan dari kuno kepada klasik dan boleh dianggap sebagai batu bersurat yang menjadi penanda bermulanya zaman bahasa Melayu klasik walaupun usianya lebih tua daripada BBPR dan BBMT.

Analisis kosa kata yang dilakukan terhadap batu bersurat Pagar Ruyung mendapati banyak penggunaan kosa kata Sanskrit yang amat dipengaruhi oleh bahasa Melayu kuno atau Jawa kuno. Kosa kata yang ditemui setelah proses transliterasi hadir dalam bentuk kata dasar dan juga kata terbitan, iaitu mengalami proses pengimbuhan.

Jadual 2: Penggunaan kosa kata Sanskrit dalam batu bersurat Pagar Ruyung (Budi Istiawan, 2006)

Baris kosa kata Sanskrit bahasa Melayu moden

4 Raja raja

5 Sampurnna sempurna

9 Diparbwatkan dibuatlah

10 Barbwat membuat

Paurnnama bulan purnama

11 Tyada tidak ada

12 Punyang mempunyai Barang barang 13 Ndak hendak barbwinasa dibinasakan 15 swami suami bhakti bakti 16 Guru guru Dewa dewa 17 dharmma darma

Batu bersurat Minye Tujuh (BBMT) yang merupakan sepasang batu nisan mempunyai dua bahagian yang berbeza. Kedua-duanya menggunakan bahasa yang berbeza dan semestinya terdapat kosa kata pinjaman terdapat dalam BBMT. Dalam menganalisis kosa kata, bahagian yang dilihat adalah batu nisan pada bahagian kaki sahaja kerana ia memaparkan tulisan berbahasa Melayu dan Jawa Kuno yang menggunakan tulisan Kawi. Bacaan dan terjemahan yang dipilih adalah berdasarkan bacaan yang dibuat oleh W. Van Der Molen (2007) kerana ia merupakan kajian yang terbaharu dan dapat menilai kelemahan yang dibuat oleh pengkaji-pengkaji sebelum ini.

(11)

28

Jadual 3: Penggunaan kosa kata pinjaman Arab dalam BBMT

Baris Kosa kata Arab bahasa Melayu moden

A1 Hijrat hijrah A1 Nabi nabi A1 mungstapa kekasih A3 Hajji haji A4 rahmat rahmat A4 Allah Allah

Jadual 4: Penggunaan kosa kata Sanskrit dalam BBMT

Baris kosa kata Sanskrit bahasa Melayu moden

A1 Prasiddha terpilih

B4 swargga syurga

B1, B2, B3 Samuha semua

B4 Taruh dudukkan/tempatkan

B1 sampurnna sempurna

Kosa kata Arab yang digunakan dalam teks ini merupakan kata serapan Arab ke dalam bahasa Melayu. Kenyataan ini selari dengan dapatan Collins (2011) yang mendapati bahasa batu nisan dari abad ke-14 mempertahankan pola berselakan lembaran kosong (interleaved patern) dari kosa kata bahasa Melayu dan Sanskrit dengan tambahan tulisan hiasan yang sangat penting dari formula kata dan frasa bahasa Arab. Muhammad Pitchay Gani (2007:75) dalam tulisannya menyatakan teks BBMT ini memaparkan sejumlah 21 peratus (9 perkataan) perkataan Arab dan 48 peratus (20 perkataan) perkataan bahasa Melayu berbanding dengan 31 peratus (13 perkataan) perkataan Sanskrit. Jumlah ini menunjukkan permulaan penyerapan perkataan Arab ke dalam leksikon Melayu dan berkurangnya pengaruh bahasa Sanskrit ke dalam bahasa Melayu.

Tatabahasa

Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2010), tatabahasa bermaksud pengetahuan atau pelajaran tentang pembentukan kata dan tentang penyusunannya dalam ayat; nahu. Bagi Nik Safiah Karim et al. (2004), tatabahasa dalam bahasa Melayu mencakupi dua bidang, iaitu morfologi dan sintaksis. Selain itu, terdapat beberapa pendapat daripada tokoh-tokoh bahasa yang lain berkaitan definisi tatabahasa. Awang Sariyan (1995), secara ringkas menyatakan bahawa tatabahasa adalah peraturan yang membina bentuk-bentuk bahasa, iaitu kata, frasa dan ayat yang betul bagi sesuatu bahasa tertentu. Peraturan atau tatabahasa ini yang akan menentukan betul atau salah sesuatu bahasa yang dilahirkan oleh penuturnya sama ada dalam bentuk lisan mahupun tulisan. Siti Hajar (1996) mendefinisikan tatabahasa sebagai peraturan-peraturan bagaimana perkataan dibentuk dan digabungkan dengan perkataan-perkataan lain untuk menghasilkan ayat-ayat yang gramatis. Mengikut pandangan Abdullah Hassan pula (2008), tatabahasa sebagai suatu susunan perkataan yang menjadi ayat. Cara-cara perkataan ini dibina dan kemudiannya disusun dalam ayat yang juga mempunyai makna.

Dari aspek penggunaan ayat, BBT menggunakan ragam ayat aktif dan pasif. Contoh penggunaan ayat pasif dalam BBT adalah seperti berikut:

(12)

29

Baris Contoh ayat

B10 atawa perempuan bersuami ditanam hingga

D5 ... dijadikan Dewata Mulia Raya bagi yang langgar acara tamra ini.

Dari aspek penggunaan ayat pula, BBPR turut menggunakan ragam ayat aktif dan pasif. Contoh ayat pasif dalam BBPR dapat dilihat pada baris 9 seperti berikut:

Baris Alih aksara Alih bahasa

9 imah jimna padasapta swarna bhumi

diparbwatkan bihara nanawiddhaprakara saha tambagopura kalampura

menjadi pembangun tujuh kaki Suwarna Bhumi (Sumatera), maka dibuatlah sebuah bihara untuk keperluan semua orang serta (dibuatkan) kota yang berhiaskan kala dari tembaga

Contoh ayat aktif dalam BBPR dapat dilihat pada baris 10 seperti berikut:

Baris Alih aksara Alih bahasa

10 nan pancamahasabda jalanda barbwat

jayamaniyammakraya dipaurnnama

wasya di sanmukhanda ki

dengan ilmu Mahasabda, caranya membuat kemenangan dengan karya indah berhias intan, seperti bulan purnama yang (menerangi) wajahmu yang gelap (sedih)

Bagi BBMT, struktur ayat yang digunakan adalah struktur ayat bahasa Arab kerana jelas pada batu nisan bahagian kepala ditulis sepenuhnya dalam bahasa Arab. Kandungan tulisan ini telah dibaca oleh Hoesein Djajadiningrat (dlm H.Mohammad Said 1981: 101-103) seperti berikut:

Matn al-malikah al-mu’azzamah alalah (al-alah?) bint as-sultan al-marhum malik az-zahir khan al-athar (?) ibn walidihi khan (?) al-khanat (?) taghammadahu ‘l-lahu bir ridhwan fi’r-rabi’ ‘ashar yaum al-jum’ah min dzi’l-hijjah ahad wa tis’ina wa sab’a mi’an min al-hijrah al-muktafawiy(yah).

Stutterheim (1936 dlm H.Mohammad Said 1981:102) kemudian menterjemahkan tulisan ini ke bahasa Belanda yang kira-kira begini maksudnya:

Ratu yang agung al-alah binti al-marhum Sultan Malik Al-Zahir, Maharaja (Khan) di masa lampau, putera dari ayahandanya Maharaja dari putera Maharaja, semoga Allah menerimanya dengan sempurna pada 14 Zulhijah, hari Jumaat, tahun 791 Hijrah.

Baris Bacaan Van der Molen Terjemahan

A. 1. Hijrat nabi mungstapa yang prasiddha

Ketika telah berlalu sejak hijrah Nabi, yang terpilih

2. Tujuh ratus astapuluh sawarssa

Tujuh ratus dan delapan puluh satu tahun

3. hajji catur dan dasa wara sukkra Pada Jumaat empat belas, bulan Haji

(13)

30

4. Rajatmaja <l>nnyap di rahmat allah Putri raja meninggal dunia di rahmat Allah

B. 1. Gunan)a sampurnna di hrat samuha

Yang kebajikannya sempurna di seluruh dunia

2. Taruk. gasihta da<tang> ka samuha

Berakhirnya umur yang ditakdirkan (?) menimpa semua

3. Ilahi ya rabbi tuhan samuha Ya Allah, Ya Tuhan dan Penguasa dari semua

4. Taruh dalam. swargga tuhan tatuha

Dudukkan tuan kami yang mulia di surga

Berdasarkan terjemahan, kelihatan penggunaan ayat pasif pada baris B2 dengan penggunaan kata kerja pasif ditakdirkan.

Dapatan dan Perbincangan

Bagi memperlihatkan kesepadanan ciri-ciri BMK yang terdapat pada ketiga-tiga batu bersurat tersebut, pemetaan berikut dibuat bagi memudahkan penelitian untuk melihat sejauh mana ketiga-tiga batu bersurat tersebut sesuai dimasukkan sebagai bukti penemuan zaman BMK sebagaimana yang dinyatakan dalam silibus STPM dan buku Siri Pendidikan Guru.

Jadual 5: Pemetaan ciri-ciri bahasa Melayu klasik terhadap batu-batu bersurat

Manuskrip Ciri-ciri BMK Jumlah

C1 C2 C3 C4 C5 C6 C7 C8 C9 C10

BBT + + - - + + + + + + 8

BBPR - + - - - 1

BBMT - + - - - + + - 3

Berdasarkan pemetaan yang dibuat pada batu-batu bersurat ini, hanya BBT sahaja yang menepati ciri-ciri BMK dengan lapan ciri, manakala BBMT hanya menepati tiga ciri dan BBPR pula hanya menepati satu ciri BMK.

Bagi membuktikan lagi bahawa BBPR dan BBMT tidak menepati ciri BMK, pengkaji membuat perbandingan dengan ciri-ciri bahasa Melayu kuno. Bahasa Melayu kuno ditandai dengan beberapa ciri, iaitu (Abdul Rashid dan Amat Juhari, 2005):

a) Tulisan yang digunakan ialah tulisan yang berasal dari India seperti Devanagari, Vangki, dan Pallava dan tulisan yang berasal daripada pengaruh India seperti tulisan Jawa kuno, dan Kawi.

b) Terdapat banyak kata pinjaman bahasa Sanskrit dalam prasasti-prasasti yang ditemui terutama sekali kata-kata yang berkait rapat dengan kebudayaan India, dan agama Hindu dan Buddha.

c) Bahasa Melayu kuno tidak mempunyai pengaruh bahasa Arab sama ada dari segi tulisan atau kosa kata.

d) Kosa kata bahasa Melayu kuno masih banyak yang kekal sehingga kini.

e) Imbuhan kata bahasa Melayu kuno mempunyai perbezaan dengan bahasa Melayu kini disebabkan oleh peredaran zaman.

f) Bahasa Melayu kuno ada meminjam fonem-fonem bahasa Sanskrit terutama untuk kata pinjaman daripada bahasa Sanskrit.

(14)

31

Jadual 6: Pemetaan ciri-ciri bahasa Melayu kuno pada batu-batu bersurat abad ke-7 dan abad ke-14

Manuskrip Ciri-ciri Bahasa Melayu Kuno

1 2 3 4 5 6 Jumlah BBKBkt + + + + + + 6 BBTT + + + + + + 6 BBKK + + + + + + 6 BBKB + + + + + + 6 BBT - - - 0 BBMT + + - + + + 5 BBPR + + + + + + 6

Berdasarkan pemetaan dalam Jadual 6, menunjukkan bahawa ciri-ciri yang terdapat pada BBMT dan BBPR menepati ciri-ciri bahasa Melayu kuno secara majoriti. Namun, jika dilihat pada BBT, tiada satu pun ciri bahasa Melayu kuno yang menepati ciri yang terdapat padanya. Dalam kajian ini, pengkaji perlu melakukan perincian yang lebih mendalam terhadap setiap batu bersurat dengan melihat ciri-ciri khusus yang ada padanya dengan melibatkan beberapa faktor yang meliputi tiga aspek, iaitu sistem tulisan dan ejaan, kosa kata dan tatabahasa. Ketiga-tiga aspek ini amat perlu dilihat secara bersama kerana dalam mengkaji ciri-ciri atau sifat-sifat sesuatu bahasa, aspek-aspek ini tidak boleh dipisahkan. Justeru, penilaian semula terhadap ciri BMK abad ke-14 perlu dilakukan bagi memperlihatkan ciri bahasa yang ada melalui inskripsi yang ditemui.

Penilaian Semula BMK Abad ke-14

Penilaian semula ciri-ciri BMK abad ke-14 ini adalah bertitik tolak daripada penelitian terhadap ciri yang ada pada BBT dan disusun mengikut keutamaan atau ciri mandatori. Beberapa ciri yang umum telah dikeluarkan kerana tidak menepati ciri bahasa Melayu klasik yang sebenar.

Bahasa Melayu klasik pada abad ke-14 hendaklah menepati ciri-ciri berikut: 1. Menggunakan aksara Jawi sahaja.

2. Mengandungi kosa kata klasik.

3. Mengandungi kosa kata Arab dan Parsi.

4. Mengandungi kata pangkal ayat seperti sebermula, alkisah, hatta, maka, dll. 5. Mengandungi ungkapan dalam bahasa Arab.

6. Mengandungi ayat yang panjang dan berulang-ulang. 7. Mengandungi ayat pasif dan songsang.

(15)

32

Jadual 7: Pemetaan ciri-ciri bahasa Melayu klasik abad ke-14 dengan batu-batu bersurat

Batu bersurat

ciri-ciri BMK abad ke-14 Jumlah

C1 C2 C3 C4 C5 C6 C7

BBT + + + + + + + 7

BBPR - - - + 1

BBMT - - + - + - + 3

Berdasarkan jadual pemetaan di atas, didapati ketujuh-tujuh ciri mandatori yang dikemukakan jelas mewakili BBT yang secara tidak langsung menepati aspek penentuan ciri bahasa bagi bahasa Melayu klasik, iaitu merangkumi sistem tulisan dan ejaan; kosa kata; dan tatabahasa. Bagi dua bahan bukti yang dikatakan termasuk dalam perkembangan bahasa Melayu klasik, didapati tidak boleh diterima kerana ternyata tidak menepati ciri-ciri yang telah dikemukakan, iaitu BBMT hanya menepati tiga ciri manakala BBPR menepati satu ciri sahaja. BBMT dapat diklasifikasikan sebagai bahan bukti yang termasuk dalam zaman peralihan disebabkan pengaruh Arab dan Islam yang terdapat di dalam teksnya manakala BBPR boleh diklasifikasikan sebagai bahan bukti yang termasuk dalam zaman Melayu kuno walaupun kedua-dua inskripsi ini ditulis pada abad ke-14. Oleh yang demikian, pengkaji telah membuktikan bahawa hanya BBT sahaja yang sepatutnya dijadikan sebagai bahan bukti bermulanya perkembangan zaman bahasa Melayu klasik walaupun usia batu bersurat ini lebih awal berbanding usia dua batu bersurat yang sezaman dengannya.

Kesimpulan

Kajian ini didapati telah membawa kepada satu lagi pembuktian bahawa pernyataan pengkaji-pengkaji sebelum ini yang menjadikan ketiga-tiga batu bersurat, iaitu BBT, BBPR, dan BBMT sebagai penanda atau bukti bermulanya zaman bahasa Melayu klasik adalah tidak tepat sama sekali. Dengan perbandingan dan pengklasifikasian yang telah dibuat terhadap ketiga-tiga batu bersurat tersebut, ternyata hanya BBT sahaja yang boleh dijadikan sebagai bahan bukti bermulanya zaman bahasa Melayu klasik disebabkan ciri-ciri dominan yang ada padanya. Pengkaji juga telah menyenaraikan ciri-ciri mandatori atau yang utama dalam penentuan bagi permulaan zaman bahasa Melayu klasik, iaitu abad ke-14 yang asasnya harus bertitik tolak daripada BBT. Oleh yang demikian, penentuan bukti bermulanya suatu perkembangan bahasa tidaklah boleh disandarkan kepada tahun atau abad yang sama sahaja tetapi aspek yang paling penting adalah mengkategorikan berdasarkan ciri-ciri kebahasaan yang terdapat pada batu bersurat atau prasasti tersebut.

Rujukan

Abdul Rashid Melebek dan Amat Juhari Moain. (2006). Sejarah bahasa Melayu. Kuala Lumpur: Utusan Publications and Distributors Sdn Bhd.

Asmah Haji Omar. (1993). Susur galur bahasa Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Asmah Haji Omar. (1993). Bahasa Melayu abad ke-16 satu analisis berdasarkan teks Melayu Aqa’id al-Nasafi. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

(16)

33

Asmah Haji Omar. (1995). Bahasa kesusasteraan klasik Kedah. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Awang Sariyan. (1998). Kesinambungan bahasa dalam kesusasteraan Melayu. Petaling Jaya: Penerbit Fajar Bakti.

Budi Istiawan. (2006). Selintas prasasti dari Melayu kuno. Riau: Balai Pelestarian Peninggalan Purbakala Batusangkar.

Collins J.T. (2011). Bahasa Melayu bahasa dunia sejarah singkat. Jakarta: Yayasan Pustaka Obor Indonesia.

H. Mohammad Said. (1981). Aceh sepanjang abad. Medan: P.T Percetakan dan Penerbitan Waspada.

Hashim Musa. (2006). Epigrafi Melayu sejarah sistem tulisan dalam bahasa Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Molen W.V.D. (2007). The syair of Minye Tujuh, Journal of the Humanities and Social Sciences of Southeast Asia, 163 (2-3) 256-375.

Muhammad Nabil et.al. 2020). Tamra Terengganu 702H: Continuation of pre-Islamic Malay prasasti tradition. Jurnal Sultan Alauddin Sulaiman Shah, 7 (1) 89-102.

Nik Safiah Karim, et.all. (2010). Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Nik Safiah Karim, et.all. (2018). Teks STPM Bahasa Melayu Penggal 1. Shah Alam: Oxford Fajar Sdn. Bhd.

Noriah Mohamed. (1999). Sejarah sosiolinguistik bahasaMelayu lama. Pulau Pinang: Penerbit Universiti Sains Malaysia.

Siti Hajar Abdul Aziz. (2011). Bahasa Melayu I Edisi Kedua. Shah Alam: Oxford Fajar Sdn. Bhd.

Syed Muhammad Naquib Al-Attas. (2015). Tarikh sebenar batu bersurat Terengganu. Kuala Lumpur: Casis dan Hakim.

Referensi

Dokumen terkait

Demi tercapainya tujuan program, maka guru bimbingan dan konseling perlu melakukan evalua- si program bimbingan dan konseling. Pada pelak- sanaan evaluasi program

Kesimpulan yang diperoleh yakni suatu gambaran tentang teknologi pemintalan benang yang pernah berlangsung pada masa Kerajaan Majapahit yang mencakup jenis kumparan

Dilanjutkan ke langkah 2.b.ii, yakni Tanda kandidat diberikan pada sel yang lain di dalam sub-matriks ke-4 ini dan seterusnya, sehingga diperoleh Gambar 9. Hasil

Tujuan penelitian ini adalah untuk mendeskripsikan karakteristik lagu anak (LA) secara musikal dengan memperhatikan kata-kata atau lirik yang ada dalam lagu anak

Kemampuan viabilitas benih cabai lokal yang direndam dengan suspensi Trichoderma harzianum bertujuan untuk melihat kemampuan lama perendaman jamur Trichoderma

Daya hidup yang memungkinkan manusia memiliki kemampuan untuk menyesuaikan diri dengan lingkungan, mempertahankan hidup1. dan

(perkembangan usaha) ditunjukkan pada tabel 5.23 bahwa nilai koefisien determinasi (R 2 ) sebesar 0,819, ini memberikan arti bahwa variasi naik atau turunnya nilai

Berdasarkan hasil analisis ragam (ANOVA) menunjukkan bahwa pemberian ekstrak daun ketapang dan probiotik dengan dosis berbeda ke dalam media pemeliharaan tidak