• Tidak ada hasil yang ditemukan

Teks Ucapan Timbalan Ketua Setiausaha Kanan | Jabatan Perdana Menteri 25052017.

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2017

Membagikan "Teks Ucapan Timbalan Ketua Setiausaha Kanan | Jabatan Perdana Menteri 25052017."

Copied!
14
0
0

Teks penuh

(1)

TEKS UCAPAN

YBHG. TAN SRI OTHMAN BIN HAJI MAHMOOD

TIMBALAN KETUA SETIAUSAHA KANAN

JABATAN PERDANA MENTERI

BERSEMPENA PERHIMPUNAN BULANAN

BULAN MEI 2017

Tarikh : 25 MEI 2017 (KHAMIS)

Masa :

8.30 PAGI

Tempat : AUDITORIUM JPM

(2)

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum Warahmatullah Wabarakatuh,

Salam sejahtera dan Salam Negaraku Malaysia.

Terima kasih kepada saudara-saudari Pengacara Majlis,

Yang Berbahagia Datuk Haji Zainal Abidin bin Abu Hassan,

Timbalan Ketua Setiausaha (Kewangan dan Pembangunan) JPM,

Yang Berusaha Puan Normi binti Nordin, Timbalan Ketua Setiausaha

Pengurusan JPM,

Yang Berbahagia Datuk Almalena Sharmila Binti Dato Dr. Johan,

Penasihat Undang-undang JPM

Yang Berusaha Tuan Haji Othman bin Jantan, Ketua Akauntan,

Bahagian Akaun, selaku penganjur majlis pada kali ini.

Yang Berusaha Puan Monarita Binti Junaidi,

Pegawai Bertauliah (Pendidikan & Kewangan) daripada Agensi

Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) selaku Penceramah

Jemputan

Yang Berbahagia Datuk-Datuk, Setiausaha-Setiausaha Bahagian,

Ketua-Ketua Jabatan, tuan-tuan dan puan-puan serta hadirin sekalian.

(3)

PENDAHULUAN

Alhamdulilah bersyukur kita kepada Yang Maha Esa kerana berkat

limpah rahmatNya dapat kita bersua sekali lagi di dalam Perhimpunan

Bulanan JPM bagi bulan Mei 2017.

Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan tahniah kepada para penerima

Anugerah Penjawat Cemerlang Bagi bulan April 2017. Semoga

pengiktirafan ini akan dijadikan motivasi kepada tuan-tuan dan

puan-puan untuk terus komited melaksanakan tugasan harian.

Tahniah juga diucapkan kepada Peminjam Paling Aktif Perpustakaan

JPM bagi bulan April. Saya berharap budaya membaca dapat disemai

dalam kalangan penjawat awam agar dapat mempertingkatkan daya

kepimpinan, kreativiti, inovasi dan produktiviti.

Tidak lupa juga saya ingin mengucapkan selamat datang kepada warga

baru JPM yang telah melaporkan diri sama ada lantikan baru dalam

perkhidmatan awam mahupun yang bertukar daripada Kementerian atau

Jabatan lain. Diharapkan tuan-tuan dan puan-puan warga baru JPM

dapat mencurahkan khidmat bakti cemerlang tuan puan dengan penuh

iltizam dan dedikasi bagi merealisasikan semua inisiatif yang terkandung

dalam agenda transformasi Perkhidmatan Awam. Budaya dan disiplin

kerja di tempat yang lama boleh diaplikasikan di JPM sekiranya ia boleh

memberi nilai tambah.

Pada masa yang sama, saya berterima kasih dan mengucapkan

selamat maju jaya kepada warga kerja JPM yang telah bertukar

(4)

sebab kenaikan pangkat dan semoga dapat menimba pengalaman di

tempat yang baru. Manakala kepada yang telah bersara, didoakan

supaya sentiasa diberkati dan dilimpahi rahmat oleh-Nya dalam apa jua

bidang yang bakal diceburi. Segala sumbangan dan khidmat bakti yang

telah dicurahkan tuan-tuan dan puan-puan amatlah dihargai jua.

Yang Berbahagia Datuk-Datuk, tuan-tuan dan puan-puan sekalian

TAHUN 2017 : YEAR OF DELIVERY

Seiring dengan pengisytiharan tahun 2017 sebagai Tahun Penyampaian

Perkhidmatan (Year of Delivery) oleh YAB Perdana Menteri dan tema

Majlis Persada Gemilang Tahun 2017 iaitu “Perkhidmatan Cemerlang, Penyampaian Gemilang”, kita perlu sentiasa komited untuk memberikan perkhidmatan yang lebih jitu kepada para stakeholders dan pelanggan. Kesungguhan dan iltizam dalam menyumbang khidmat bakti akan

meningkatkan momentum produktiviti ke arah mencapai visi negara

maju berpendapatan tinggi dan agenda transformasi nasional yang

holistik.

YAB Perdana Menteri telah berulang kali mengingatkan penjawat awam

supaya mengikis pemikiran atau mindset bekerja secara berasingan atau silo mentality. Dalam setiap tugasan, program dan aktiviti yang kita

laksanakan, tanamkanlah sifat muafakat dan semangat kerja

berpasukan. Semangat ini juga perlu demi merealisasikan penyampaian

(5)

Selain itu, penjawat awam juga perlu melaksanakan core business atau

amanah yang diberikan iaitu menyampaikan perkhidmatan terbaik

kepada rakyat sejajar dengan konsep Merakyatkan Perkhidmatan

Awam. Fokus kepada penyampaian ini bukan sahaja daripada aspek

fizikal, tetapi ia juga meliputi cara dan nilai penyampaian kepada rakyat.

Kita juga perlu melihat semula sasaran kerja tahunan masing-masing

bagi memastikan apa yang dirancang boleh dicapai menjelang hujung

tahun ini.

Setiap jabatan dan agensi perlu memainkan peranan masing-masing

bagi memastikan tidak wujud sebarang ketirisan bagi projek-projek yang

telah dirancang yang memberi impak tinggi kepada rakyat. Bagi

projek-projek yang sedang berjalan, kita perlu memastikan ianya mengikut

jadual perancangan yang telah dibuat dan dipantau dengan rapi supaya

tidak berlaku kelewatan. Sekiranya terdapat sebarang halangan dan

masalah, ia perlulah diatasi dengan segera.

Tuan-tuan dan puan-puan sekalian,

AGENDA TRANSFORMASI NASIONAL 2050 (TN50)

Dalam mendepani cabaran masa hadapan, YAB Perdana Menteri telah

menginspirasikan gagasan Transformasi Nasional 2050 atau TN50 pada

bulan Oktober tahun lalu. TN50 merupakan dasar futuristik yang bersifat

holistik dan inklusif untuk memeta perancangan dan visi strategik negara

bagi tempoh tiga dekad yang akan datang. Kerajaan kini sedang giat

(6)

negara bagi mendapat dan mengumpul aspirasi dan harapan rakyat

jelata melalui pendekatan bottom-up.

Inisiatif-inisiatif TN50 yang diperkenalkan kelak akan mengubah lanskap

pemikiran politik, ekonomi dan sosial Malaysia ke arah membentuk

negara bangsa berwibawa serta berminda „par excellence’. Anjakan

paradigma ini lebih menjurus kepada transformasi minda yang

membolehkan warga Malaysia berdaya saing dan mampu berdikari

untuk membangunkan negara menjelang tahun 2050.

Pada 30 Mei nanti, YAB Perdana Menteri akan mengadakan sesi

pertama TN50 Bersama Penjawat Awam di Kementerian Kewangan

untuk mendapatkan pandangan dan berinteraksi dengan para penjawat

awam dalam membentuk sektor perkhidmatan awam negara kita

menjelang tahun 2050. Sebagai penjawat awam perlu bersama-sama

berpandangan jauh, tidak leka atau khusyuk dengan pencapaian masa

kini. Adalah diharapkan kita bersama-sama berpadu tenaga dan buah

fikiran dalam mengemukakan inisiatif-inisiatif TN50 demi kelestarian

generasi akan datang.

Hadirin hadirat sekalian,

LAPORAN TAHUNAN 2016 : PROGRAM TRANSORMASI NEGARA

(NTP)

Pada 23 Mei 2017, YAB Perdana Menteri telah menyempurnakan dan

membentangkan Laporan Tahunan Program Tranformasi Negara (NTP)

2016 bertempat di Dewan Agung Tuanku Canselor, Universiti Teknologi

(7)

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi serta

menteri-menteri Kabinet serta pegawai-pegawai kanan Kerajaan.

Saya lihat, langkah berani yang diambil Kerajaan, terutama melalui

Program Transformasi Negara (NTP) yang dilaksanakan sejak lapan

tahun lalu berjaya mencetuskan momentum yang akhirnya meletakkan

Malaysia pada landasan ekonomi sihat serta betul.

Langkah tersebut seperti pemansuhan subsidi minyak, pengurangan

kebergantungan kepada hasil minyak, rasionalisasi subsidi dan juga

memperkenalkan cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) telah memberi

banyak pulangan kepada rakyat dan negara.

Antara manfaat yang dikecapi oleh negara dan rakyat pada hari ini

adalah:

1. Jumlah pelaburan asing meningkat kepada RM41 bilion pada

tahun lalu, selain potensi sehingga RM144 bilion yang bakal dibawa

masuk China.

2. Pelaburan daripada Saudi Aramco sebanyak RM31 bilion dalam

projek Kompleks Bersepadu Pengerang di Johor, iaitu pelaburan asing

tunggal terbesar pernah berlaku dalam sejarah Malaysia.

3. NTP berjaya merapatkan jurang menuju sasaran pendapatan

tinggi daripada 33 peratus kepada 18 peratus antara tahun 2010 hingga

(8)

4. Pada akhir tahun 2016, Pendapatan Negara Kasar (PNK) per

kapita telah meningkat kepada US$10,010 berbanding sasaran

pendapatan tinggi yang dianggarkan pada US$12,272 tahun lepas.

5. Lebih 2.26 juta pekerjaan dalam tempoh enam tahun

kebelakangan ini.

6. Tujuh Bidang Keberhasilan Utama Negara atau NKRA telah

merekodkan pencapaian purata KPI sebanyak 101 peratus.

Manakala Bidang Ekonomi Utama Negara atau NKEA, kita telah berjaya

mencatatkan pencapaian purata KPI sebanyak 110 peratus.

Jadinya, untuk menempa sesebuah kejayaan, ia menuntut kepada

usaha dan sokongan padu daripada segenap rakyat untuk sama-sama,

bahu-membahu, ganding-berganding, seiring dan sejalan, senada dan

seirama, rakyat dan Kerajaan, dengan memberi sumbangan terhadap

tindakan demi mensejahterakan Malaysia.

Hadirin hadirat sekalian,

TAAT SETIA KEPADA RAJA, NEGARA DAN KERAJAAN YANG

MEMERINTAH

Sebagai penjawat awam, kita perlu menetapkan kesetiaaan kita kepada

Raja, Negara dan Kerajaan yang memerintah sepertimana yang

termaktub dalam Peraturan 4(1) Peraturan-Peraturan Pegawai Awam

(9)

Pada zaman media sosial ini, terdapat pihak-pihak yang tidak

bertanggungjawab menyebarkan maklumat atau melemparkan tuduhan

dan kritikan terhadap Kerajaan. Yang mengecewakan, terdapat

segelintir penjawat awam turut tergolong dalam kumpulan ini. Golongan

ini percaya kepada ‘fake news’. Mereka kurang ‘social media literacy’, yang dapat menilai kesahihan sesuatu yang dimuatkan dalam media

sosial.

INSENTIF KERAJAAN UNTUK PERKHIDMATAN AWAM NEGARA

Dalam konteks perkhidmatan awam kita pula, pada setiap tahun, pihak

Kerajaan berusaha menambahbaik skim perkhidmatan awam daripada

segi emolumen dan insentif perkhidmatanseperti Cuti Belajar untuk

Kumpulan Pelaksana, peluang kenaikan pangkat secara ‘fast-track’ dan

‘time-based’, kesetaraan gaji, pelantikan tetap pekerja kontrak, dan perumahan mampu milik khusus untuk penjawat awam.

Oleh itu, seharusnya kita sebagai penjawat awam, mestilah sentiasa

bersyukur dengan apa yang kita nikmati dan perlu sentiasa ingat

bahawa kita semua tertakluk kepada prinsip setia kepada Kerajaan yang

memerintah. Sekiranya terdapat perkara yang dirasakan perlu

ditambahbaik, kita boleh mengutarakan pandangan kita kepada pihak

yang berkenaan melalui saluran yang betul dan tidak menghentam

(10)

Hadirin hadirat sekalian yang dihormati,

Justeru, saya mengingatkan semua supaya sentiasa peka dan

berhati-hati terutamanya apabila menggunakan e-mel dan melayari

mana-mana laman sesawang di internet supaya ancaman ini tidak

menyerang sistem yang ada di JPM.

KEJAYAAN JPM: MAJLIS HARI KECEMERLANGAN PENDIDIK

PERMATA NEGARA TAHUN 2017

Hadirin yang dikasihi sekalian,

Dalam Majlis Hari Kecemerlangan Pendidik PERMATA Negara Tahun

2017 yang disempurnakan oleh YABhg Datin Paduka Seri Rosmah

Mansor bertempat di PICC Putrajaya pada 18 Mei 2017 yang lalu,

Taska PERMATA Puspanita JPM telah berjaya merangkul dua (2)

anugerah dan satu (1) sijil pengiktirafan iaitu:

a) Anugerah Dokumentasi Taska PERMATA Cemerlang;

b) Anugerah Pengurusan Taska PERMATA Cemerlang; dan

c) Sijil Perakuan PERMATA Q.

Justeru, dikesempatan ini, setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih

diucapkan kepada YBhg Puan Sri Datuk Rohani Binti Abdullah,

Penasihat Taska PERMATA Puspanita JPM atas segala panduan dan

nasihat yang diberikan sehingga Taska PERMATA Puspanita JPM

(11)

Tahniah, syabas dan terima kasih juga diucapkan kepada Barisan

Pengurusan Tertinggi JPM, PUSPANITA Cawangan Kecil JPM, Badan

Kebajikan dan Sukan JPM, Warga Pendidik Taska PERMATA Puspanita

JPM dan semua yang terlibat di atas kejayaan ini. Semoga ianya

menjadi pembakar semangat dan pemangkin kepada semua untuk

mengekalkan Taska PERMATA Puspanita JPM sebagai antara Taska

yang terbaik di kalangan yang terbaik, insyaAllah.

Hadirin hadirat yang dihormati sekalian,

ISU: KEBERHUTANGAN YANG SERIUS DI KALANGAN PENJAWAT

AWAM

Mengikut rekod Jabatan Akauntan Negara sebanyak 61,726 daripada

1.59 juta penjawat awam menerima pendapatan bersih kurang 40%

daripada emolumen bulanan mereka.

Mengikut rekod JPM pula (setakat Bulan Mac 2017), seramai 1,543

penjawat awam mempunyai potongan melebihi 60% daripada gaji yang

diterima melibatkan 222 orang di kalangan Kumpulan P&P dan 1,321 di

kalangan Kumpulan Sokongan. Pinjaman peribadi yang dipotong melalui

Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (ANGKASA) didapati

penyumbang terbesar keberhutangan yang serius dalam kalangan

penjawat awam.

Keberhutangan serius ini diklasifikasikan sebagai jumlah pendapatan

(12)

bulanan, setelah mengambil kira potongan yang dibenarkan Ketua

Jabatan.

Untuk makluman hadirin juga, bermula bulan April 2017, Jabatan

Akauntan Negara telah melaksanakan sekatan bayaran potongan gaji

penjawat awam sehingga maksimum 60% daripada jumlah gaji kasar

melalui sistem gaji berkomputer bagi menangani masalah hutang dalam

kalangan penjawat awam.

Justeru, saya menasihatkan kepada semua warga JPM supaya

menguruskan kewangan tuan/puan dengan sebaiknya kerana impak

keberhutangan yang serius ini bukan hanya mampu mengganggu fokus

seseorang penjawat awam itu, tetapi secara tidak langsung ianya akan

memberikan impak negatif kepada imej Perkhidmatan Awam dan

produktiviti Negara.

Bagi penjelasan lanjut mengenai cara-cara terbaik dalam pengurusan

hutang atau kredit ini, ianya akan disampaikan oleh YBrs. Puan

Monarita Binti Junaidi, Pegawai Bertauliah (Pendidikan & Kewangan)

daripada Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) selepas ini,

insyaAllah.

Yang Berbahagia Datuk-Datuk, tuan-tuan dan puan-puan serta hadirin

sekalian,

TAZKIRAH DAN KHUTBAH JUMAAT SEMPENA SOLAT JUMAAT

KALI PERTAMA DI SURAU MAHMOODIAH, PRESINT 18,

(13)

Pada 17 Mei 2017 yang lalu, telah berlangsung Majlis Penyerahan Kunci

Surau Terbaru di Putrajaya iaitu Surau Mahmoodiah, Presint 18 ,

Putrajaya .

Surau ini merupakan usaha dan inisiatif bersama penduduk Presint 18,

termasuk saya sendiri dengan kerjasama banyak pihak termasuk YBhg

Tan Sri Dr. Khair Bin Mohamad Yusof, Ketua Pengarah Pelajaran

Malaysia dan YBhg Dato‟ Muhammad Ammir Bin Haron, Pengarah

Bahagian Dasar dan Penyelidikan, Pejabat Perdana Menteri.

InsyaAllah, solat Jumaat pertama ini akan diadakan pada 26 Mei 2017

yang mana tazkirah dan khutbah akan disampaikan oleh Sahibus

Samahah Mufti Wilayah Persekutuan, YBhg. Dato‟ Dr Dzulkifli Al-Bakri dan kemudian akan diikuti dengann solat tarawih pertama pada sebelah

malamnya.

Justeru, dikesempatan ini saya mengajak semua warga JPM yang

beragama Islam bersama-sama untuk hadir solat Jumaat pada 26 Mei

ini, dan bersama-sama mengimarahkan surau ini pada bila-bila masa

kelapangan terutamanya pada yang menetap di Presint 18 mahupun

sekitarnya.

PENUTUP

Buat warga JPM yang beragama Islam, selamat menjalani ibadah

Puasa yang bakal tiba tak lama lagi. Semoga Ramadan kali ini memberi

(14)

Saya juga ingin mengucapkan Selamat Menyambut Pesta Kaamatan

pada 30-31 Mei kepada warga JPM daripada Kaum Kadazan-Dusun

dan Selamat Hari Gawai pada 1-2 Jun 2017 kepada warga JPM

daripada Kaum Iban dan Bidayuh. Seiring dengan konsep merakyatkan

perkhidmatan awam dan 1Malaysia, Kerajaan bersetuju memberi cuti

tanpa rekod kepada pegawai kelahiran Sabah, Wilayah Persekutuan

Labuan dan Sarawak yang berkhidmat di Semenanjung Malaysia untuk

meraikan sambutan dua perayaan ini bersama keluarga tersayang.

Akhir kata, sekali lagi saya merakamkan terima kasih kepada Bahagian

Akaun selaku penganjur Perhimpunan Bulanan JPM pada kali ini.

Sekian,

Wabillahittaufik walhidayah,

Referensi

Dokumen terkait

Event lapangan o Event melempar  tolak peluru  lempar peluru  lempar lembing  lempar cakram o Event lompat  lompat tinggi  lompat galah  lompat jauh  lompat ganda

[r]

kesimpulan dari Studi Deskriftif Tentang Pelayanan Terhadap Pasien Usia Lanjut di Poli Lansia Puskesmas Gurah ini yaitu telah memiliki kualitas pelayanan kesehatan

Tabel 9 menunjukkan bahwa sumber dominan yang menyebabkan peningkatan produksi bawang merah, cabai merah, kentang, lobak, mentimun, petsai, tomat, dan wortel selama

Aspek Praktis: dapat menambah ilmu dan memperluas wawasan tentang seberapa besar pemahaman kognitif mahasiswa komunikasi penyiaran islam (KPI) angkatan 2013 UIN

Para peserta yang lulus seleksi administrasi dan penilaian makalah akan mengikuti penilaian kompetensi perilaku melalui asesmen untuk menentukan kesesuaian kompetensi perilaku

Pada proses perlakuan ECAP rute Bc, komposisi fasa (struktur kristal) yang diinginkan dapat ditentukan berdasarkan jumlah pass yang tepat dengan prediksi menggunakan persamaan

fisik (koordinasi motorik halus dan kasar), kecerdasan (daya pikir, daya cipta, kecerdasan emosi dan kecerdasan spiritual), sosial emosional (sikap, perilaku,