• Tidak ada hasil yang ditemukan

Lampiran I BORANG-BORANG YANG DITETAPKAN [DIPOTONG]

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2022

Membagikan "Lampiran I BORANG-BORANG YANG DITETAPKAN [DIPOTONG]"

Copied!
7
0
0

Teks penuh

(1)

Lampiran I

BORANG-BORANG YANG DITETAPKAN [DIPOTONG]

(2)

Lampiran II

GARIS PANDUAN BAGI PEMBENTUKAN SYARIKAT PENAMA UNTUK MEMATUHI GARIS PANDUAN FIC [DIPOTONG]

(3)

LAMPIRAN III

AKU JANJI OLEH [nama penerbit sekuriti tidak tersenarai]

Kepada:

Bursa Malaysia Depository Sdn. Bhd.

Tingkat 9 Exchange Square Bukit Kewangan

50200 Kuala Lumpur

Pematuhan Kaedah-kaedah Bursa Malaysia Depository Sdn. Bhd. (“Kaedah-kaedah Depositori”)

Sebagai balasan kepada Depositori meluluskan permohonan ………. [nama penerbit sekuriti tidak tersenarai] (“Syarikat”) bagi deposit sekuriti Syarikat [perihalkan sekuriti]

(“sekuriti tidak tersenarai”) dengan Depositori dan bagi penggunaan perkhidmatan dan kemudahan yang disediakan oleh Depositori kepada Syarikat sebagai penerbit sekuriti tidak tersenarai KAMI DENGAN INI MENGESAHKAN bahawa sekuriti tidak tersenarai Syarikat boleh terus didepositkan dengan Depositori dan penggunaan apa-apa perkhidmatan dan kemudahan itu oleh Syarikat sebagai penerbit sekuriti tidak tersenarai boleh diteruskan hanya selama mengikut kehendak Depositori dan KAMI DENGAN INI MENGAKU DAN BERSETUJU untuk mematuhi Kaedah-kaedah Depositori yang hendaklah berkuat kuasa dari masa ke masa, setakat yang kaedah yang sama terpakai kepada Syarikat (“Kaedah-kaedah Depositori yang Terpakai”) dan meminda perlembagaan Syarikat sewajarnya jika perlu untuk memastikan bahawa perlembagaan menguatkuasakan atau selaras dengan Kaedah-kaedah Depositori Yang Terpakai.

Aku janji di atas telah ditandatangani oleh saya untuk dan bagi pihak Syarikat sebagai

………... [jawatan] Syarikat menurut kuasa yang diberikan kepada saya oleh ketetapan lembaga pengarah Syarikat pada ………

Tarikh:

Tandatangan:

Nama:

No. KP:

(4)

LAMPIRAN IV

Aku janji oleh (nama pemegang amanah dana dagangan bursa) (Kaedah 17.01(2))

Kepada

Bursa Malaysia Depository Sdn. Bhd.

Tingkat 9, Exchange Square Bukit Kewangan

50200 Kuala Lumpur.

Pematuhan Kaedah-kaedah Bursa Malaysia Depository Sdn. Bhd. (“Depositori”)

Sebagai balasan Depositori membenarkan deposit unit dana dagangan bursa (“ETF”)

………..(nama dana dagangan bursa) dengan Depositori dan penggunaan perkhidmatan dan kemudahan yang tersedia oleh Depositori untuk ETF, KAMI, ... [Nama pemegang amanah](“Pemegang Amanah”) DENGAN INI MENGESAHKAN bahawa unit ETF hendaklah kekal didepositkan dengan Depositori dan penggunaan apa-apa perkhidmatan dan kemudahan oleh ETF itu hendaklah diteruskan hanya selama mengikut kehendak Depositori dan KAMI DENGAN INI MENGAKU DAN BERSETUJU untuk mematuhi Kaedah-kaedah Depositori, Manual Prosedur, peruntukan Akta Industri Sekuriti (Depositori Pusat) 1991 (“SICDA”), peraturan yang dibuat di bawah SICDA dan apa-apa arahan yang diterbitkan oleh Depositori, yang hendaklah berkuat kuasa dari masa ke masa, setakat yang terpakai kepada ETF.

Aku janji di atas telah ditandatangani oleh saya untuk dan bagi pihak Pemegang Amanah sebagai (jawatan) Pemegang Amanah menurut kuasa yang diberikan kepada saya oleh ketetapan lembaga pengarah Pemegang Amanah pada ...

Tarikh:

Pemegang amanah:

Tandatangan:

Nama:

No. KP:

(5)

LAMPIRAN V

SURAT AKU JANJI OLEH PENERBIT YANG MERUPAKAN PERBADANAN ASING

(Kaedah 17.01C(1)(a))

[Untuk ditranskripsikan ke atas kepala surat [nama Penerbit]}

Kepada:

Bursa Malaysia Depository Sdn. Bhd.

Tingkat 9 Exchange Square Bukit Kewangan

50200 Kuala Lumpur SURAT AKU JANJI

Bursa Malaysia Depository Sdn. Bhd. (“Depositori”), atas permintaan [nama Penerbit] (“Syarikat”), bersetuju untuk bertindak sebagai depositori bagi pengendalian berpusat sekuriti Syarikat yang tersenarai atau dicadangkan untuk disenaraikan di Bursa Malaysia Securities Berhad (“Sekuriti”) mengikut Akta Industri Sekuriti (Depositori Pusat) 1991 (“SICDA”) dan Kaedah Depositori,

1. KAMI MENGAKU DAN MENGESAHKAN BAHAWA:

(a) Depositori ialah pemegang amanah berhubung dengan Sekuriti dan pendeposit yang mempunyai Sekuriti mencukupi kredit akaun sekuriti yang disenggarakan oleh orang itu dengan Depositori (“Pendeposit”) berhak kepada semua hak (termasuk hak mengundi dan hak-hak lain), faedah, kuasa dan keistimewaan dan tertakluk kepada semua tanggungan, kewajipan dan obligasi yang berkaitan dengan atau berbangkit daripada Sekuriti;

(b) SICDA dan Kaedah-kaedah Depositori terpakai, jika relevan, kepada Sekuriti dan berniaga dalam Sekuriti;

(c) Depositori tidak berkewajipan untuk memastikan bahawa Pendeposit mematuhi sekatan milikan atau pemindahan (jika ada) yang mentadbir terbitan, tawaran, jualan atau jualan semula, sandaran atau pemindahan lain Sekuriti, dan

2. KAMI TIDAK BERUBAH DAN TANPA SYARAT MENGAKU DAN BERSETUJU UNTUK:

(a) mematuhi SICDA dan Kaedah Depositori yang berkuat kuasa dari masa ke masa, setakat yang terpakai kepada Syarikat (“Kehendak Yang Terpakai”);

(b) memastikan bahawa perlembagaan Syarikat, termasuk pindaan jika ada, yang boleh dibuat dari masa ke masa, memberi kesan kepada dan konsisten dengan Kehendak Yang Terpakai dan aku janji ini dan berkenaan dengan itu, membuat perubahan kepada perlembagaan sebagaimana yang dikehendaki oleh Depositori;

(c) memperoleh dan memberikan Depositori sebaik sahaja boleh dilaksanakan, nasihat dan pandangan daripada mana-mana peguam, penilai, akauntan, broker, jurubank atau pakar lain, sebagaimana yang dikehendaki oleh Depositori, tentang apa-apa perkara atau isu berkaitan dengan Sekuriti atau kedudukan Depositori sebagai ahli Syarikat, atau membayar ganti kepada Depositori kena pada masanya kos nasihat atau pandangan itu, jika Depositori mendapatkan sendiri nasihat atau pendapat;

(d) memberi Depositori maklumat yang Depositori dengan munasabahnya kehendaki dari masa ke masa bagi maksud melepaskan kewajipan Depositori;

(6)

(e) tidak membuat atau menyebabkan atau membolehkan untuk dibuat, atau untuk ditinggalkan,apa-apa tindakan yang menyebabkan atau akan menyebabkan Depositori melanggar apa-apa undang-undang atau perlembagaan Syarikat;

(f) memberitahu Depositori sebaik sahaja terdapat perubahan dalam undang-undang pertubuhan Syarikat yang boleh memberi kesan atau mengubah hak atau obligasi Depositori atau hak atau obligasi Pendeposit ke atas Sekuriti, termasuk tanpa had:

(i) status Depositori sebagai pemegang amanah berhubung dengan Sekuriti;

(ii) hak untuk hadir, bersuara, mengundi pada mesyuarat pemegang syer dah hak untuk melantik proksi;

(iii) hak untuk menerima tawaran dan apa-apa kelayakan;

(iv) cukai pegangan Sekuriti;

(v) duti setem Sekuriti;

(vi) kehendak pelaporan pemegang syer substansial bagi Sekuriti;

(vii) had pemegangan syer asing ke atas Sekuriti;

(viii) kawalan modal ke atas dividen tunai atau pengagihan tunai lain yang boleh dibayar berkenaan dengan Sekuriti; dan

(ix) obligasi untuk memfailkan dokumen atau membuat perisytiharan berkenaan dengan Sekuriti;

(g) tambahan kepada tanggung rugi dalam Kaedah 17.01A Kaedah-kaedah Depositori, menanggung rugi dan menahan tanggung rugi Depositori daripada apa-apa kehilangan, kerugian, tanggungan, kos atau perbelanjaan (termasuk kos perundangan) yang dialami atau ditanggung oleh Depositori, sama ada secara langsung atau tidak langsung sebagai hasil atau berkaitan dengan Depositori menjadi ahli atau sebagai hasil apa-apa pelanggaran perjanjian kami oleh kami, representasi atau aku janji yang terkandung dalam aku janji ini;

(h) menyediakan aku janji atau membuat perjanjian sebagaimana yang perlu atau dalam bentuk sebagaimana yang ditentukan oleh Depositori, untuk mencerminkan perubahan, jika ada, undang-undang yang terpakai, Kaedah-kaedah Depositori atau amalan-amalan dan kehendak-kehendak Depositori;

(i) menanggung semua caj dan perbelanjaan:

(i) bagi perkhidmatan yang dilaksanakan, atas permintaan kami, oleh Depositori mengikut peranannya sebagai depositori Sekuriti; dan

(ii) yang boleh ditanggung oleh Depositori sebagai hasil atau berkaitan dengan Depositori bertindak sebagai depositori Sekuriti atau Depositori menjadi ahli Syarikat.

3. Bagi maksud aku janji ini:

(i) “Kaedah-kaedah Depositori” ertinya kaedah-kaedah Depositori, apa-apa arahan yang diterbitkan oleh Depositori sebagaimana yang ditakrifkan dalam kaedah- kaedah dan apa-apa pindaan kaedah-kaedah atau arahan-arahan yang boleh dibuat dari masa ke masa; dan

(ii) “undang-undang yang terpakai” termasuk undang-undang Malaysia dan [negara pemerbadanan penerbit].

(7)

4. Aku janji ini mengikat dan akan memastikan faedah pengganti hak milik dan pemegang serah hak kami.

5. Jika pada bila-bila masa peruntukan aku janji ini salah atau menjadi di sisi undang-undang, tidak sah atau tidak boleh berkuat kuasa berkenaan dengan apa-apa undang-undang di bawah mana-mana bidang kuasa, peruntukan aku janji ini tidak terkesan atau terjejas:

(a) keundangan, kesahan atau penguatkuasaan dalam bidang kuasa itu bagi apa-apa peruntukan lain aku janji ini; atau

(b) keundangan, kesahan atau penguatkuasaan di bawah undang-udang mana-mana bidang kuasa lain atau apa-apa peruntukan dalam aku janji ini.

6. Aku janji ini hendaklah ditadbir dan ditafsirkan mengikut undang-undang Malaysia dan kami bersetuju tidak berubah untuk berserah kepada bidang kuasa eksklusif mahkamah Malaysia.

Aku janji di atas telah ditandatangani oleh saya untuk dan bagi pihak Syarikat sebagai

………... [jawatan] Syarikat menurut kuasa yang diberikan kepada saya oleh ketetapan lembaga pengarah Syarikat pada ………

Tarikh:

Tandatangan:

Nama:

No. KP:

Referensi

Dokumen terkait

(2) Sebelum sesuatu penerbitan sekuriti boleh tukar, perbadanan tersenarai mesti memfailkan dokumen dengan Bursa untuk penyenaraian dan sebut harga sekuriti yang

Penyusunan Rencana Kinerja Tahunan Kecamatan Sewon Kabupaten Bantul Tahun 2017 merupakan pemenuhan kebutuhan aspek perencanaan kebijakan pelaksanaan tugas dalam kurun waktu 1

Dalam rangka menyiapkan mahasiswa baru melewati proses transisi menjadi mahasiswa yang dewasa dan mandiri, serta mempercepat proses adaptasi mahasiswa dengan

Oleh yang demikian, tertakluk kepada beberapa syarat yang telah ditetapkan, syarikat yang menjalankan aktiviti selaras dengan prinsip Syariah akan diklasifikasikan sebagai

7.8.1 Serah peralatan kepada syarikat yang ada kontrak, lengkapkan Borang Kebenaran Pelepasan Peralatan (SOK/PYG/BR15 – Borang Pejabat Pembangunan dan Pengurusan Aset)

(1) Bagi maksud menentusahkan ketepatan mana- mana rekod atau akaun yang disimpan olehnya menurut Akta ini dan bagi apa-apa maksud lain sebagaimana yang ditetaplcan oleh Menteri

Pembuatan animasi merupakan salah satu kebutuhan dalam pengembangan sebuah game. Konsep animasi untuk NPC non-human character pada game Cookurubukan dibuat

Sekretariat Daerah Kabupaten Purwakarta dibentuk dengan Peraturan Daerah Kabupaten Purwakarta Nomor 9 Tahun 2016 tentang Pembentukan dan Susunan Perangkat Daerah