• Tidak ada hasil yang ditemukan

Untaian Pantun oleh watak Merak dalam Hikayat Isma Yatim. Pantun by The Peacock Character in Isma Yatim s Tale

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2022

Membagikan "Untaian Pantun oleh watak Merak dalam Hikayat Isma Yatim. Pantun by The Peacock Character in Isma Yatim s Tale"

Copied!
17
0
0

Teks penuh

(1)

journal homepage: http://ejbl.kuis.edu.my eISSN: 2682-8987

1

Untaian Pantun oleh watak Merak dalam Hikayat Isma Yatim Pantun by The Peacock Character in Isma Yatim’s Tale

Ayu Nor Azilah Mohamad1, Wayu Nor Asikin Mohamad2, Mohamed Ali Haniffa3

ABSTRAK

Artikel ini membincangkan tentang puisi tradisi Melayu, iaitu pantun yang diucapkan oleh watak merak dalam Hikayat Isma Yatim. Kajian ini menggunakan metodologi kepustakaan dan filologi konvensional terhadap teks Hikayat Isma Yatim. Filologi ialah ilmu yang menyediakan metodologi dan langkah-langkah pendekatan yang teruji serta sesuai untuk mengkaji hasil sastera tradisional. Dengan menggunakan kaedah filologi konvensional, didapati bahawa terdapat 54 rangkap pantun yang diucapkan oleh watak-watak dalam Hikayat Isma Yatim. Terdapat jenis pantun dua kerat dan yang paling banyak ialah pantun empat kerat. Watak-watak yang menguntaikan pantun ini bukan hanya watak manusia malah melibatkan watak-watak bukan manusia khususnya merak jantan dan merak betina. Hasil kajian mendapati bahawa untaian pantun yang digunakan oleh merak sebanyak 41 rangkap bertujuan untuk menyampaikan perasaan kasih sayang, perasaan gembira, hasrat di hati secara kiasan, mengutarakan rahsia yang tersembunyi dan sebagainya. Pemilihan gaya bahasa pantun ini bersesuaian dengan masyarakat Melayu yang lebih berkias dalam menyampaikan apa jua maksud apabila berbicara agar perhubungan yang terbina lebih utuh dan harmoni.

Kata kunci: Hikayat, Isma Yatim, puisi pantun, merak.

ABSTRACT

This article discusses the Malay traditional poem, pantun recited by the peacock character portrayed in Isma Yatim’s tale. This study uses the library methodology and conventional philology in Isma Yatim’s tale. Philology is the science that provides a methodology and steps of a tested and appropriate approach to study traditional literary results. By using the conventional philology, it is found that there are 54 pantun recited by characters in Isma Yatim’s tale. There are two types of pantun which are two and four stanzas. Meanwhile, the characters reciting these pantun were

1Ayu Nor Azilah Mohamad, Jabatan Kenegaraan dan Pengajian Ketamadunan, Pusat Pengajian Teras, Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor. ayunorazilah@kuis.edu.my

2 Wayu Nor Asikin Mohamad, Jabatan Pengajian Bahasa. Bahagian Pembangunan Usahawan dan Pengajian Bahasa. Kolej Universiti Bestari. Setiu. Terengganu. wayu@ucbestari.edu.my

3Mohamed Ali Haniffa (PhD), Jabatan Tamadun dan Falsafah. Pusat Pengajian Bahasa, Tamadun dan Falsafah.Universiti Utara Malaysia, Sintok, Kedah. m.ali@uum.edu.my.

(2)

2

not just human characters but also involved non-human characters especially peacocks and peahens. The research found that 41 pantun werevused by the peacock to convey a sense of love, feeling of excitement, intentions of the heart, revealing hidden secrets and so forth. The selection of pantun language is appropriate with the Malay community who is more figurative in expressing any intentions verbally in order to build a stronger and more harmonious relationship.

Keywords: Hikayat, Isma Yatim, poem poetry, peacock.

Pendahuluan

Hikayat Isma Yatim merupakan sebuah hikayat Melayu lama. Dalam Hikayat Isma Yatim (1881), watak utamanya ialah Isma Yatim. Melalui watak Isma Yatim ini, pengarang memperlihatkan kesantunan, kebijaksanaan, ketaatan dan bertanggungjawab kepada para pemimpin negerinya. Di samping watak utama Isma Yatim, terdapat watak-watak sampingan lain yang muncul dalam mengembangkan plot cerita termasuk watak bukan manusia. Antara watak bukan manusia yang terdapat dalam hikayat ini ialah watak Merak Jantan dan Merak Betina. Watak Merak Jantan dan Merak Betina ini diberi kelebihan, iaitu boleh bercakap seperti manusia.

Sudah pasti bahasa yang dituturkan boleh difahami oleh watak-watak yang terdapat dalam hikayat ini. Bentuk komunikasi pula melibatkan penggunaan gaya bahasa yang digunakan oleh pengarang hikayat. Antaranya ialah pemilihan gaya bahasa puisi Melayu lama, iaitu pantun. Untaian pantun dalam hikayat ini bukan hanya diucapkan oleh watak manusia malah Merak Jantan dan Merak Betina juga turut berpantun.

Merak Jantan dan Merak Betina ini berpantun untuk menyampaikan hajat di hati, perasaan kasih sayang, nasihat, teka teki dan sebagainya. Untaian pantun oleh Merak Jantan dan Merak Betina ini menjadi penggerak kepada plot cerita dalam Hikayat Isma Yatim malah menjadikan plot cerita lebih menarik.

Objektif Kajian

Artikel ini memfokuskan tentang untaian pantun yang diucapkan oleh watak merak dalam Hikayat Isma Yatim. Watak merak ini melibatkan Merak Jantan dan Merak Betina ini. Kedua-dua merak ini akan berpantun untuk menyampaikan sesuatu perkara yang lebih berbentuk kiasan daripada berterus-terang dan untuk menyampaikan perasaan kasih sayang, perasaan gembira, hasrat di hati secara kiasan, mengutarakan rahsia yang tersembunyi dan sebagainya. Secara langsung, puisi pantun ini telah menjadikan plot cerita dalam Hikayat Isma Yatim lebih menarik.

Metodologi Kajian

Bagi mencapai tujuan penulisan artikel, manuskrip Hikayat Isma Yatim perlu melalui proses pembacaan dan kemudiannya membuat analisis. Memandangkan Hikayat Isma Yatim yang diperoleh, satu pembacaan yang teliti harus dilakukan. Selepas kaedah pembacaan, penelitian terhadap ungkapan pantun yang diucapkan oleh Merak dikupas dengan mengemukakan kewajaran untuk menjawab objektif kajian. Ini menggunakan kaedah filologi konvensional mengikut kesesuaian versi Hikayat Isma Yatim.

(3)

3 Resensi Kepustakaan

Teks Hikayat Isma Yatim telah dikaji dalam bentuk Latihan Ilmiah oleh Hashim bin Jasa dan Mohd Rashid bin Md. Noor dari Jabatan Pengajian Melayu, Universiti Malaya pada tahun 1966 dan 1967. Namun, rujukan terhadap Latihan Ilmiah itu tidak dapat ditemui kerana tidak terdapat dalam simpanan pihak Perpustakaan Za’ba, Universiti Malaya. Menurut Siti Hawa Haji Salleh, kedua-dua kajian tersebut menggunakan dua mikrofilem yang asalnya daripada koleksi di London. Didapati ceritanya tidak selesai. Kajiannya juga tidak menghurai atau mengupas isi hikayat ini.

(Siti Hawa Haji Salleh, 1987)

Terdapat satu makalah yang ditulis oleh Jelani Harun “bertajuk Manuskrip

‘Panthong’ dari Sri Lanka.” Isi perbincangan artikel ini tentang pantun Melayu yang tersebar di Sri Lanka secara tulisan, iaitu melalui khazanah manuskrip. Antara manuskrip Melayu yang disebut ialah Hikayat Isma Yatim yang disalin oleh Muhammad Yusuf Jailani Jurangppati pada 1881 di Kandi dan sebuah lagi disalin oleh Kapitan Salimuddin pada 1871 di Kampung Kertel, Kolombo. Dinyatakan bahawa hikayat ini mempunyai berpuluh pantun Melayu. Sebilangan kecil daripada salinan manuskrip Melayu yang berasal dari Sri Lanka telah berjaya dikumpul dan disimpan di Pusat Manuskrip Melayu, Perpustakaan Negara Malaysia, Kuala Lumpur.

Akan tetapi kupasan dan contoh pantun yang dikemukan dalam artikel ini diambil dari hikayat lain dan tidak diambil dari Hikayat Isma Yatim. Sekadar diberikan contoh manuskrip yang mempunyai pantun yang banyak (Jelani Harun.

http://pantun.usm.my)

Terdapat kajian tentang Hikayat Isma Yatim yang dikaji dan diperkenalkan oleh Muhammad Haji Salleh yang diterbitkan oleh Yayasan Karyawan, Kuala Lumpur pada tahun 2017. Naskhah yang digunakan oleh Muhammad Haji Salleh untuk ditransliterasi dan membuat kajian ialah naskhah yang tersimpan di Muzium Terengganu, Kuala Terengganu (f 82. 363 (1)). Menurut beliau lagi, naskhah ini diperoleh daripada koleksi Tengku Ampuan Mariam, isteri kepada Sultan Sulaiman, Sultan Terengganu (1920-1942), pada tahun 1982 (Muhammad Haji Salleh, 2017:

xviii). Terdapat 30 rangkap pantun yang diungkapkan oleh merak jantan dan betina dalam teks Hikayat Isma Yatim versi ini.

Berdasarkan kepada resensi kepustakaan, didapati tiada satu artikel yang mengupas secara mendalam tentang untaian pantun yang terdapat dalam Hikayat Isma Yatim. Lantas, timbul inisiatif untuk menghasilkan artikel yang menghuraikan peranan dan kepentingan pantun yang diungkapkan oleh watak Merak dalam hikayat ini secara mendalam. Ini bagi menampung dan menambahkan kelompangan daripada kajian-kajian lepas.

Pantun dalam Masyarakat Melayu

Kesusasteraan sebagai suatu fenomena sosial mencerminkan perhubungan yang erat antara masyarakat dengan kesusasteraan yang dilahirkan. Sebagai salah satu cabang kesusasteraan Melayu yang tertua, pantun telah lama berkembang dan tersebar dalam kalangan rakyat secara lisan serta sesuai dengan masyarakat Melayu pada zaman

(4)

4

lampau yang belum mengenal huruf. Sejak zaman-berzaman, puisi rakyat ini dianggap menjadi milik bersama, menjadi mainan bibir dan dikenali oleh semua peringkat usia serta golongan masyarakat. Malah pantun turut menjadi salah satu cara berkomunikasi tidak berterus terang tetapi berkias (Mohd. Taib Osman, 1996).

Pembahagian yang dilakukan terhadap sastera rakyat itu sendiri menjelaskan bahawa terdapat dua bentuk sastera, iaitu sastera yang berbentuk cerita (naratif) dan sastera berbentuk cerita. Sastera berbentuk cerita pula terbahagi kepada tiga, iaitu cerita mitos, cerita legenda dan cerita rakyat; manakala sastera berbentuk bukan cerita termasuklah pantun, gurindam, seloka, peribahasa, teka-teki, perbilangan dan sebagainya (Kurik Kundi Merah Saga, 2005).

Masyarakat Melayu memang terkenal dan kaya dengan pelbagai jenis hasil kesusasteraan berbentuk puisi seperti syair, gurindam, seloka, nazam, dan sajak.

Semua hasil kesusasteraan ini adalah berasal dari negara luar seperti Parsi, Arab, India, dan Barat. Hal ini berbeza dengan pantun yang merupakan satu-satunya hasil kesusasteraan rakyat yang benar-benar tulen dicipta oleh orang Melayu. Malahan, pantun telah diiktiraf oleh para sarjana Barat sebagai milik masyarakat Melayu di Nusantara ini. Pendeta Zainal Abidin Ahmad mengakui bahawa pantun merupakan rangkap yang tertua dan memang asalnya kepunyaan orang Melayu. Malahan keaslian hak cipta orang Melayu tidak pernah diragui. Justeru itu kita tidak dapat menafikan bahawa pantun ialah warisan tradisi lisan bangsa Melayu yang tidak disandar daripada mana-mana bangsa (Harun Mat Piah, 1989).

Orang Melayu mewarisi penciptaan pantun sejak turun-temurun. Antara keistimewaan pantun ialah untuk menyerlahkan daya kreativiti masyarakat dan ketajaman pemikiran masyarakat Melayu. Hal ini demikian kerana pantun dipenuhi dengan seni, nilai rasa, pemikiran, dan penglihatan orang Melayu. Pantun merupakan puisi lama untuk melahirkan fikiran, mengungkap rasa hati dan untuk berkomunikasi.

Pantun dianggap mempunyai keunikan tersendiri kerana masyarakat Melayu dahulu dapat dan berupaya mencipta pantun secara spontan. Malah pantun mempunyai nilai- nilai keindahan dan ciri-ciri keistimewaan tersendiri. Pantun juga dituturkan dengan nada yang lembut, beralun, harmoni dan sedap didengar. “Pantunlah yang jelas sekali memperlihatkan kebijaksanaan (genius) dan kesempurnaan seni sastera bangsa Melayu. Pantun mengandungi jiwa, seni, kebijaksanaan, dan budi bahasa Melayu”

(Muhammad Haji Salleh, 1986).

Pantun menggariskan pengungkapan dan pengucapan secara meluas serta murni. Pantun tidak terlibat dengan apa juga halangan dan batasan, kelas dan hierarki sosial. Oleh itu, pantun dapat memainkan peranannya sebagai penghubung yang intim antara golongan yang memerintah dengan golongan rakyat jelata. Pantun juga mampu berkomunikasi secara langsung dalam kalangan masyarakat Melayu itu sendiri. Sejak zaman-berzaman, pantun memainkan peranannya sebagai suatu bentuk hiburan, di samping berperanan dalam upacara adat istiadat seperti merisik, meminang, dan istiadat nikah kahwin. Malahan, pantun juga memainkan peranan untuk memulakan satu-satu pertarungan dan perlawanan antara panglima dengan pahlawan dahulu kala.

Pantun memberikan suatu ruang dan bidang pengucapan yang cukup luas untuk difahami. Pada keseluruhannya pantun merupakan suatu bentuk pengucapan dengan fungsi sosial dan unsur psikologi yang cukup berkesan (Kurik Kundi Merah Saga, 2005).

(5)

5

Pantun yang kita kenal hari ini terdiri daripada pelbagai bentuk dan jenis, namun kesemuanya berkongsi ciri yang sama. Pantun dianggap unik kerana terbahagi kepada dua bahagian iaitu pembayang atau disebut sebagai sampiran dan maksud.

Pembayang lazimnya merupakan ilham pencetus daripada alam sekeliling masyarakat yang menciptanya. Manakala maksudnya pula ialah mesej yang ingin disampaikan oleh mereka. Setiap perkataan dalam pantun kebiasaannya mempunyai hubungan yang akrab dengan kehidupan orang Melayu. Malah jika pantun itu mengandungi perlambangan dengan maksudnya tersirat di sebalik kiasan, maka perlambangan itu adalah dalam konteks yang difahami dan digunakan oleh masyarakat Melayu (Mohd Rashid Md Idris, 2011).

Pantun sebagai satu bentuk puisi Melayu tradisional terbentuk dalam rangkap- rangkap. Rangkap pantun tidak begitu terbatas kepada hanya empat baris serangkap seperti syair walaupun itulah bentuk yang terbanyak. Ini bermakna pantun juga terbentuk daripada jumlah baris yang selain daripada empat baris serangkap.

Rangkap-rangkap pantun mesti terbentuk secara berpasangan dalam jumlah baris yang genap. Bermula dari pantun dua baris serangkap sampailah kepada pantun 16 baris serangkap. Ini jelas menunjukkan bahawa pantun mempunyai aturan pembentukan baris berbanding dengan mantera, gurindam dan perbilangan adat yang tidak mementingkan jumlah baris serta tidak juga mempunyai aturan rima dalam rangkap-rangkapnya (Zainal Abidin Bakar, 1991).

Dalam sejarah perkembangan pantun Melayu, banyak pantun termuat dalam cerita-cerita Melayu lama. Ini dapat dilihat misalnya dalam Hikayat Pelandok, Hikayat Awang Sulong Merah Muda, Hikayat Malim Deman, Hikayat Raja Muda dan Hikayat Anggun Che Tunggal. Kemunculan pantun dalam bentuk tulisan dapat dikesan di sekitar abad kelima belas iaitu dalam Sejarah Melayu. Dalam Sejarah Melayu sendiri ada tercerna dengan jelas peristiwa sejarah dan gambaran yang melampaui garis-garis yang membayangi masalah sosiobudaya, etika serta adat istiadat masyarakat Melayu. Contohnya penggunaan pantun seperti berikut;

“Pada suatu riwayat, daripada deras lompat todak itu, datang ke atas gajah, kena Paduka Seri Maharaja, carik lengannya, maka dibuatkan nyanyi:

Carik baju raja,

Dilompati todak;

Bukan disahaja,

Sebab akal budak.”

(W.G. Shellabear, 1977: 51-52).

Malah R.J. Wilkinson dan R.O. Winstedt pernah menyarankan bahawa untuk memahami perasaan orang Melayu, seharusnya difahami pantunnya. Mereka berpendapat bahawa satu daripada perkara penting yang boleh membawa seseorang itu berjaya memahami dan menyelami pengetahuan, perasaan dan aliran fikiran orang-orang Melayu sendiri ialah melalui pantun, malahan seseorang itu tidak akan dapat menduga aliran fikiran orang Melayu kalau tidak memahami pantunnya (Mohd Rashid Md Idris, 2011).

(6)

6 Sorotan Hikayat Isma Yatim

Menurut Harun Mat Piah (2000:133) hikayat mengandungi makna cerita, kisah, riwayat dan sebagainya. Kamus Dewan mendefinisikan hikayat itu ialah cerita (khasnya cerita-cerita lama, cerita-cerita lama dalam bentuk prosa atau riwayat dan sejarah (Kamus Dewan Edisi Keempat, 2005).

R.O. Winstedt menggolongkan Hikayat Isma Yatim sebagai contoh hikayat zaman peralihan dan mengandungi pengaruh Hindu serta Jawa yang telah menipis.

Hal ini demikian kerana Winstedt pernah mengutip beberapa adegan dalam Hikayat Isma Yatim yang mengandungi ungkapan-ungkapan bukan Melayu. Situasi ini terjadi kerana sastera Melayu telah mengalami proses penterjemahan dan jatuh ke tangan penyadur yang meniru contoh-contoh dari Parsi serta Arab (Liaw Yock Fang, 1975)

Naskhah Hikayat Isma Yatim terdapat di Jakarta, Leiden dan London. Hikayat Isma Yatim pernah dua kali dicetak, iaitu pertama di Jakarta pada tahun 1821 oleh P.P. Roorda van Eysinga dan yang kedua ialah di Singapura pada tahun 1921.

Cetakan Singapura itu dicap khusus kepada kanak-kanak yang belajar bahasa Melayu.

Di Great Britain sahaja terdapat sekurang-kurangnya sepuluh versi Hikayat Isma Yatim yang telah disalin oleh pengumpul-pengumpul manuskrip Melayu seperti Anderson, Crawfurd, Johd Leyden, Marsden dan Valentijn. Penyalinan hikayat ini telah berlaku seawal-awalnya antara tahun 1676 hingga 1718 hingga tahun 1849.

Di Leiden, terdapat lima salinan dan di Jakarta sebanyak empat salinan lagi.

Antara sepuluh versi yang disebutkan oleh Ricklefs dan Voorhoeve itu hanya beberapa versi sahaja yang lengkap ceritanya kerana bahagian akhirnya tertinggal.

Werndly dalam tahun 1736, ada menyebut teks ini ada dalam senarainya. Manakala yang terawal menyebutnya ialah Valentijn dalam tahun 1726. William Marsden dan Roorda van Eysinga apabila membuat kesimpulan tentang hikayat ini hanya melihatnya daripada satu sudut sahaja dan dengan itu hanya memperlihat satu aspek sahaja daripada isinya. Dalam tahun 1827, Marsden menyimpulkan bahawa hikayat ini sebagai “suatu cerita romantik”. Van Eysinga pula mengatakan hikayat ini ialah

“syarat segala raja-raja dan menteri dan hulubalang dan sekaliannya.” (Ricklefs &

Voorhoeve, 1997)

Filologi Konvensional

Dalam bidang pengkajian ilmiah, hasil sastera tradisional yang dimaksudkan sering disebut secara umum sebagai manuskrip, naskhah dan teks walaupun daripada segi ilmiah itu membawa makna yang berbeza serta tertumpu kepada sesuatu hal tertentu.

Ilmu filologi bukan ilmu sastera tetapi satu-satunya ilmu yang menyediakan metodologi dan langkah-langkah pendekatan yang teruji serta sesuai untuk mengkaji hasil sastera tradisional. Dalamnya terangkum kedua-dua motodologi konvensional yang memberi perhatian kepada isi sesuatu teks secara dalaman (intrinsik) dan pendekatan-pendekatan moden yang mementingkan masyarakat, perkembangan sejarah, kebudayaan dan sebagainya yang dianggap sebagai soal-soal luaran (ekstrinsik) (Siti Hawa Haji Salleh, 1999).

(7)

7

Filologi berasal dari kata Yunani iaitu philos yang bererti ‘cinta’ dan kata logos yang bererti ‘kata’. Pada perkataan filologi, kedua kata tersebut membentuk erti ‘cinta kata’ atau ‘senang bertutur’. Maksud ini berkembang menjadi ‘senang belajar’,

‘senang ilmu’ dan ‘senang kesusasteraan’ atau ‘senang kebudayaan.’ Filologi telah digunakan sejak abad ke-3 S.M. oleh sekelompok ahli dari Aleksandria yang kemudian dikenal sebagai filologi. Eratothenes menjadi orang yang pertama menggunakan kaedah ini. Ketika itu mereka berusaha mengkaji teks-teks lama yang berasal dari Bahasa Yunani. Pengkajian mereka terhadap teks-teks tersebut bertujuan menemukan bentuknya yang asli untuk mengetahui maksud pengarangnya dengan cara menyisihkan kesalahan-kesalahan yang terdapat di dalamnya. Pada masa itu, mereka menghadapi teks dalam sejumlah naskhah yang masing-masing menunjukkan bacaan yang berbeza (varian) bahkan ada yang menunjukkan bacaan yang rosak (korup).

Kegiatan pengkajian teks ternyata telah menumbuhkan kesedaran bahawa untuk mengetahui bentuk teks yang asli, mereka perlu meneliti naskhah-naskhah itu untuk mendapatkan naskhah yang mendekati teks yang asli dan naskhah yang menyimpang.

Ekoran kegiatan itu pula dapat disedari pentingnya pengkajian secara mendalam terhadap bahasa dan kebudayaan yang melatarbelakangnya. Kegiatan filologi yang menitikberatkan penelitiannya kepada bacaan yang rosak ini kemudian disebut filologi tradisional (Siti Baroroh Baried et.al, 1985).

Terdapat tujuan umum dan khusus filologi. Tujuan umum filologi ialah: i) memahami sejauh mungkin kebudayaan suatu bangsa melalui hasil sasteranya sama ada secara lisan mahupun tulisan; ii) memahami makna dan fungsi teks bagi masyarakat penciptanya; iii) mengungkap nilai-nilai budaya lama sebagai alternatif pengembangan kebudayaan. Bagi tujuan khusus filologi pula: i) menyunting sebuah teks yang dipandang mendekati teks aslinya; ii) mengungkap sejarah terjadinya teks dan sejarah perkembangannya; iii) mengungkap resepsi pembaca pada setiap kurun penerimaannya (Trie Utari Dewi, 2018). Dengan melakukan kegiatan filologi melalui pelestarian dan penggarapan terhadap naskhah-naskhah kuno, maka akan terungkap nilai-nilai yang terkandung di dalam naskhah sehingga akan terungkap pula sejarah bangsa.

Untaian Pantun oleh Merak dalam Hikayat Isma Yatim

Gaya bahasa dan bentuk corak Hikayat Isma Yatim amat menghampiri kesusasteraan Parsi-Arab. Hikayat Isma Yatim boleh dijadikan contoh untuk melihat bagaimana keadaan bentuk corak hasil-hasil sastera ciptaan pada zaman kerajaan Melayu Melaka dahulu.

Terdapat pelbagai bentuk gaya bahasa yang digunakan dalam Hikayat Isma Yatim. Ada yang berbentuk gurindam, pantun, syair, seloka dan sebagainya. Cara penyampaiannya pula tidak khusus kepada watak utama Isma Yatim sahaja, tetapi diucapkan oleh watak-watak lain yang terlibat. Misalnya diucapkan oleh Merak Jantan, Merak Betina, kandil dan Dang Saji. Akan tetapi fokus perbincangan artikel

(8)

8

ini hanya kepada pantun yang diucapkan oleh merak sahaja. Untaian pantun ini diucapkan atas beberapa faktor, antaranya ialah;

1) Menyatakan kehadiran

Pantun ini diucapkan mengikut kesesuaian keadaan oleh watak yang terlibat.

Contohnya pantun yang diucapkan oleh Merak Jantan dan Merak Betina selepas rahsia tersembunyi telah terbongkar, iaitu tentang keisimewaan peti kaca persembahan Isma Yatim kepada Tuanku Syah Alam Raja negeri Musapan. Rahsia itu terbongkar di hadapan tuanku, semua para menteri, hulubalang dan rakyat yang sedang mengadap sembah kepada tuanku. Hal ini kerana sebaik sahaja permata kecil itu diletakkan di atas talam emas, kedua-dua merak itu keluar mengigal sambil berpantun dan berseloka. Kedua-dua merak sedar bahawa tindakannya itu telah menimbulkan perasaan tidak senang kepada Isma Yatim. Bagi menutup kesilapan itu, merak jantan itu berpantun:

Indera jati telah diikat,

Pergi mengail ikan pari, Tuanku seperti bunga terikat,

Sahaja dapat akan dicari.

Susuh baru dibeli raja,

Janjinya zamrud diasah-asah, Sungguh pun suka-sukanya ini,

Ada sedikit mendapat susah.

(Hikayat Isma Yatim, 1881;106-107)

Rima akhir pantun rangkap kedua tidak mengikut disiplin rima akhir pantun iaitu a-b-a-b. akan tetapi rima akhirnya ialah a-b-c-b. Pantun rangkap kedua juga memberi peringatan bahawa kehadiran merak dan puteri yang berada di dalam nila kendi itu memang sesuatu yang berharga dan boleh menghiburkan hati semua. Akan tetapi kehadiran mereka khususnya tuan puteri akan menimbulkan sedikit masalah dalam perhubungan tuanku suami isteri. Penggunaan perkataan ‘zamrud’ pada baris kedua itu menunjukkan ketinggian nilai. Hal ini kerana semua masyarakat maklum bahawa batu permata zamrud adalah batu permata yang berharga, penting dan mahal.

Selain itu, pantun juga digunakan oleh merak untuk menyampaikan maksud kehadiran Tuan Puteri Mehran Langkawi yang bersembunyi di dalam peti kaca bersama-sama dengan merak tersebut. Kehadiran itu dinyatakan secara kiasan menggunakan pantun oleh merak tersebut:

Sumbu ini tiga batang,

Yang sebatang ditutuh sunyi, Jam ini tiga yang datang,

Yang seorang lagi bersembunyi.

(Hikayat Isma Yatim,1881:110)

Maksud pantun di atas ialah merak memberitahu kepada tuanku baginda dan permaisuri bahawa sebenarnya mereka datang bertiga, iaitu bukan sekadar Merak Jantan dan Merak Betina sahaja. Akan tetapi yang seorang lagi menyembunyikan diri.

(9)

9

Namun, tuanku baginda dan Tuan Puteri Permaisuri tidak dapat memahami maksud yang hendak disampaikan oleh Merak Jantan itu. Menyedari bahawa maksudnya tidak difahami oleh baginda berdua, Merak Jantan itu berpantun lagi:

Dari sawah ke permatang, Tetak tegar akan kemudi, Dari jauh patik nan datang,

Mendengar tuanku baik budi.

(Hikayat Isma Yatim,1881:110)

Merak Jantan ini menyatakan bahawa mereka bertiga itu datang dari tempat yang jauh, iaitu Pulau Langkawi. Kebaikan budi tuanku baginda memerintah negara telah tersebar ke merata tempat. Kedatangan mereka dibawa oleh nakhoda kapal dan mengahdiahkan kepada baginda tuanku. Mereka berada di istana itu atas faktor baik budi tuanku baginda. Isma Yatim menasihatkan tuanku baginda agar membenarkan naskhoda kapal tersebut terus tinggal di negeri tuanku. Malah nakhoda diberikan hadiah berupa pakaian, makanan dan dibenarkan memilih kampung yang disukai sebagai tempat tinggal. Ini adalah sebagai tanda terima kasih tuanku baginda kepada nakhoda tersebut yang menghadiahkan kendi mengandungi merak jantan dan merak betina seperti pantun ini:

Pisang kaki buah angki,

Bawa orang pulang ke China;

Budi jangan dibawa mati,

Terlebih kurang balas di dunia.

(Zainal Abidin Bakar, 1991:74)

Merak itu berpantun lagi berbunyi;

Tebang buluh pagar Dang Nata, Tanam keladi di bawahnya, Jika sungguh bagai dikata,

Apatah pula akan salahnya?

(Hikayat Isma Yatim,1881:111)

Pantun di atas sedikit berbeza kerana pengakhiran pada baris keempat terdapat

‘tanda baca soal.’ Seolah-olah menjelaskan bahawa ada yang mempertikai kepada apa yang diungkapkan oleh merak dalam pantun-pantun sebelum ini terutamanya dalam pantun yang diucapkan oleh Dang Saji bahawa kehadiran merak ini sebagai penghibur hati kepada semua orang. Persoalan dalam pantun di atas dijelaskan lagi oleh pantun Dang Siti yang menyatakan bahawa kehadiran merak bukan semata-mata sebagai tetamu yang bijaksana tetapi turut untuk berkhidmat kepada tuanku baginda.

2) Kasih sayang

Seterusnya, pantun juga menggambarkan kasih sayang. Tuanku baginda dan Tuan Puteri sangat gembira mendengar pantun merak di atas lalu merak berpantun lagi;

Dang Siti pergi ke tanjung, Serta tiba membeli lada, Seperti dian di dalam tanglung,

Tuanku diriba oleh kakanda.

(10)

10 Gerang puri gerang serbi,

Buah padi di dalam puan, Sedang molek di mata kami,

Tuan dipangku kakanda nan tuan.

Air hitam buihnya putih,

Mari dilanda dengan perahu, Kakanda hitam dinda putih,

Seperti bulan ditangkap rahu.

(Hikayat Isma Yatim,1881:112)

Ketiga-tiga rangkap pantun di atas menunjukkan perasaan kasih sayang. Tiga rangkap pantun di atas mempunyai rima akhir yang sama iaitu a-b-a-b mengikut syarat rima akhir pantun. Terdapat perkataan “seperti” dalam rangkap pantun pertama yang terletak pada baris yang ketiga iaitu “Seperti dian di dalam tanglung.” Juga terdapat perkataan seperti pada rangkap pantun yang keempat iaitu pada baris keempat; “Seperti bulan ditangkap rahu.” Penggunaan kias dan ibarat yang lazimnya ditandai dengan ungkapan ‘seperti’ dalam sesebuah rangkap pantun mampu memperkaya keindahan dan kehalusan bahasa pantun. Untuk itu, apa yang terhasil ialah karya sastera yang bukan sahaja mempunyai konvensi yang khusus, yang dicorakkan dengan pola rima yang khusus tetapi seni pantun mempunyai keupayaan daya ubah atau flexibility, variasi dan ciptaan kata dwimakna selain sifat-sifat unik yang lain (Ungku Abdul Aziz Ungku Abdul Hamid, 2011).

Seterusnya pantun untuk menggambarkan hubungan yang telah lama terbina tidak akan berubah dengan kehadiran orang yang baharu. Misalnya pantun yang diungkapkan oleh merak seperti berikut:

Bulan purnama jadikan suluh, Bintang timur pembuka hati, Yang lama itu sahajakan sungguh,

Yang baru penghibur hati.

(Hikayat Isma Yatim, 1881:130)

Pembayang dalam pantun di atas menggunakan unsur alam semester iaitu

‘bulan purnama’ dan ‘bintang timur’ sebagai inspirasi dalam menghasilkan pantun.

Ini menggambarkan kekreatifan masyarakat Melayu yang menjadikan objek alam dalam berpantun. Pada bahagian maksud pula, terdapat pengulangan perkataan ‘yang’

pada permulaan ayat iaitu ‘Yang lama sahajakan sungguh, Yang baru penghibur hati.”

Pantun kesetiaan di atas menyampaikan maksud bahawa kasih sayang tuanku kepada tuan puteri adalah kasih sejati walaupun dengan kemunculan Tuan Puteri Mehran Langkawi. Hal ini kerana kehadiran Tuan Puteri Mehran Langkawi yang muncul dari nila kendi hanyalah sebagai penghibur hati malah tidak menggugat perhubungan tuanku dengan tuan puteri.

Mendengarkan Merak Jantan berkata demikian, maka disahut pula oleh Merak Betina. Demikian bunyi pantunnya;

(11)

11 Puspa ralam Kuala Jambi,

Pitam dewa ertinya,

Melihat bunga cempaka kembang, Bunga sekendai digilakan.

(Hikayat Isma Yatim, 1881:131)

Pantun di atas menunjukkan perasaan tidak senang Merak Betina dengan Merak Jantan. Hal ini kerana sikap lelaki yang sudah memiliki isteri tetapi masih menyukai perempuan lain. Penggunaan perkataan ‘bunga’ di dalam rangkap pantun di atas diibaratkan sebagai seorang perempuan.

Plot Hikayat Isma Yatim diteruskan lagi dengan pantun merak yang keluar dari permata nila kendi. Merak berpantun apabila melihat kesungguhan Permaisuri yang hendak berjaga malam untuk menanti kemunculan Tuan Puteri Nila Kendi dari permata nila kendi. Demikian bunyi pantun merak itu;

Sudah gaharu cendana pula, Ketumbar dalam puan, Sudah tahu bertanya pula,

Hendak bertemu gerangan tuan.

Kain putih dicuci putih,

Belum sudah jarum pun hilang, Sudah terpandang wajah yang persih,

Tak sedarlah nyawa akan hilang.

(Hikayat Isma Yatim, 1881:132)

Pantun dalam rangkap pertama di atas jelas menyatakan maksud bahawa kehadiran Tuan Puteri Mehran Langkawi ialah hendak berjumpa dengan tuanku baginda. Pada pantun rangkap kedua menjelaskan bahawa apabila tuanku baginda berjumpa dengan Tuan Puteri Mehran Langkawi, ‘tak sedarlah nyawa akan hilang.’

Ini menunjukkan bahawa tuanku baginda begitu terpesona dan asyik dengan pertemuan tersebut sehingga tanpa menghiraukan hal diri sendiri. Ini jelas bahawa bahasa yang digunakan dalam pantun berkaitrapat dengan jiwa masyarakat Melayu.

Bahasa jiwa bangsa (Wan Abdul Kadir Wan Yusoff, 2005: 134).

Seterusnya, Merak Betina menyatakan kehadirannya dalam istana tersebut ialah kerana mengikut Tuan Puteri Mehran Langkawi. Pantunnya berbunyi;

Bangun berjudi dinihari,

Sukai samban di dalam serahi, Bukannya sahaja patik ke mari,

Mengikut puteri di dalam peti.

(Hikayat Isma Yatim, 1881:134)

Pantun di atas telah menimbulkan perasaan curiga di hati permaisuri terhadap tuanku baginda. Permaisuri beranggapan bahawa tuanku baginda menyukai perempuan lain tanpa pengetahuannya. Memahami keadaan itu, merak berpantun lagi;

Gajah langgar kuda perkasa,

Mayang di mana dihempaskan, Sama lebar sama binasa,

(12)

12 Dayang nan tidak abang lepaskan.

(Hikayat Isma Yatim, 1881:134)

Pantun di atas mengambarkan perasaan marah permaisuri kepada tuanku baginda. Permaisuri memahami bahawa tuanku baginda menyukai perempuan selain darinya. Dalam situasi itu, merak mengiyakan lagi anggapan permaisuri melalui serangkap pantun. Pantun merak itu berbunyi:

Sukai samban di dalam serahi, Inderakala di padang temu, Puteri dendam raja berahi,

Bila gerangan kita bertemu.

(Hikayat Isma Yatim, 1881:135)

Mendengar sahaja pantun di atas, tuanku baginda menyedari bahawa pantun merak telah menyebabkan kemarahan permaisuri. Sedangkan merak berpantun lebih untuk menyampaikan maksud hati Tuan Puteri Mehran Langkawi. Lalu tuanku baginda menawarkan kepada merak air minuman manis. Kemungkinan ini juga sebagai satu helah agar merak tidak meneruskan lagi pantun yang berkaitan seperti di atas. Pemberian tuanku baginda disambut oleh merak dengan pantun;

Bunga tanjung dikarang indah, Gagak bersarang di serambi, Kurnia tuanku patik junjung,

Akan penghibur hati berahi.

(Hikayat Isma Yatim, 1881:135)

Pantun merak di atas menggambarkan bahawa pemberian dari tuanku baginda sangat bermakna dan dihargai walaupun hanya air minuman manis. Malah pemberian itu boleh menggembirakan hati.

3) Menyatakan hasrat hati

Selain itu, pantun juga berfungsi untuk menyatakan hasrat hati yang tidak diucapkan secara terus terang. Antaranya ialah seperti Tuan Puteri Mehran Langkawi mengharapkan tuanku dan tuan puteri sudi menjamah makanan yang disediakan.

Namun harapan itu tidak dinyatakan secara terangan kerana kehadirannya sendiri tidak disedari oleh tuanku baginda dan tuan puteri. Pantun menjadi medium dalam situasi ini;

Kain bersuji di atas atap, Pakaian raya hari raya, Jika sudi tuanku santap,

Jikalau tidak apakan daya.

(Hikayat Isma Yatim,1881:115)

Selepas itu, pantun diucapkan lagi sebagai tanda hendak meninggalkan tempat persinggahan. Hendak memberitahu secara terus terang akan dianggap tidak sopan.

(13)

13

Hasrat itu dinyatakan secara berkias dan diungkap menggunakan pantun yang berbunyi;

Matahari rambang memukul lari, Jelatik terbang dari Bali, Tuanku tinggal laki isteri,

Patik ini mohon kembali.

Selepas itu merak pula yang berpantun;

Tun Kadri tuanku mimpi,

Patah cangkir dalam cerana, Tuankulah sedar bermimpi,

Melihat bulan ada purnama.

(Hikayat Isma Yatim, 1881:118)

Pantun di atas menjelaskan keadaan tuanku baginda yang merasai kehadiran Tuan Puteri Mehran Langkawi seolah-olah sedang bermimpi kepada dayang yang bernama Tun Kadri. Tun Kadri muncul kerana tugasnya, iaitu menjaga tempat makan baginda suami isteri. Apatah lagi kehadiran Tuan Puteri Mehran Langkawi itu menerangi tempat sekeliling.

Lalu disahut pantun oleh merak jantan seperti berikut;

Bulan purnama benderang semalam, Sampai di dalam bintang seroja, Bersinar-sinar gerangan tuan,

Beroleh semayam di dalam syurga.

(Hikayat Isma Yatim,1881:119)

Pembayang dalam pantun di atas menggunakan unsur alam. Ini menunjukkan bahawa masyarakat Melayu sangat rapat dengan alam sekeliling. Maksudnya pula mengambarkan kebahagiaan tuanku raja memerintah dan mentadbir negeri tersebut.

Tuanku akan memperoleh balasan ‘syurga.’ Penggunaan perkataan ‘syurga’ ini berkaitan dengan agama. Syurga dan neraka merupakan makhluk Allah SWT yang telah diciptakan, dan telah wujud pada masa sekarang. Inilah aqidah Ahlussannah wal Jamaah sebagaimana yang ditegaskan para ulama sejak zaman berzaman berdasarkan dalil-dalil al-Qur’an dan al-Sunnah. Seperti firman Allah SWT yang bermaksud:

“Dan segeralah kamu kepada (mengerjakan amal-amal yang baik untuk mendapat) keampunan dari Tuhan kamu, dan (mendapat) Syurga yang bidangnya seluas segala langit dan bumi, yang disediakan bagi orang-orang yang bertakwa.”

(Al-Quran, Ali ‘Imran:133)

4) Pemimpin

Tradisi pantun menurut Ungku Aziz berusia lebih 700 tahun dalam kalangan masyarakat Melayu Nusantara merupakan penghasilan minda yang istimewa.

Kreativiti yang memungkinkan terhasilnya pantun datang dari pemerhatian dan pengalaman yang luar biasa (Ungku Abdul Aziz Ungku Abdul Hamid, 2011: ix).

(14)

14

Pantun juga berfungsi untuk memberi dorongan supaya berusaha dalam mendapatkan sesuatu cita-cita. Contohnya pantun oleh merak seraya mengigal demikian bunyinya:

Ketika berperang Datuk Laksamana, Masakan berbaki ubat peluru, Jika tidak bijaksana,

Sampai mati tidakkan dapat.

(Hikayat Isma Yatim, 1881:119) Pemillihan perkataan yang sesuai apabila ‘berperang’ itu dikaitkan dengan

‘Datuk Laksamana’ kerana tugas utama Laksamana ialah menjadi ketua hulubalang.

Dikaitkan juga dengan kebijaksaan akal dan strategi untuk memenangi dalam perlawanan. Jika tidak bersungguh-sungguh, kemenangan tidak akan tercapai.

Selepas itu, merak betina pula menyahut pantun merak jantan;

Daun derdap dalam bahtera,

Perahu tembaga disangkanya, Tuanku semayam di atas geta,

Masing-masing persembahkan jasa.

(Hikayat Isma Yatim,1881:107)

Pantun di atas menjelaskan kedudukan seorang raja yang bersemayam di atas takhta. Raja akan menerima sembah daripada semua rakyat jelata yang menyatakan taat setia kepada baginda sebagai pemimpin. Malah rakyat berusaha untuk menabur jasa kepada raja dan negara.

5) Ucapan terima kasih

Mendengar sahaja pantun Merak Betina ini, tuanku terus memuji kepandaian merak berpantun. Sebagai tanda berterima kasih dengan kata pujian tersebut, merak itu menghamparkan sayapnya di atas talam seperti kelakuan orang mengadap sembah sambil berpantun:

Dang Sedian orang bestari,

Mengenang bunga di dalam puan, Selama kian beta cari,

Baharulah temu dengan tuan.

(Hikayat Isma Yatim,1881:108)

Penggunaan perkataan ‘bestari’ pada baris pertama bermaksud cerdas, pandai, berpendidikan, berpengetahuan dan berbudi pekerti yang baik (Kamus Dewan Edisi Keempat: 175). Ini adalah sebagai tanda kata pujian. Hal ini bersesuaian dengan kedudukan pantun di atas sebagai pantun pujian dengan menggunakan bahasa yang sopan. Sikap begini memang tatasusila masyarakat Melayu yang memuji dengan menggunakan kata-kata kiasan. Pada baris ketiga dan keempat dalam pantun di atas menyatakan bahawa raja adalah seseorang yang dicari selama ini. Pencarian itu barulah sekarang berjumpa.

Mendengar sahaja pantun Merak Betina ini, tuanku terus memuji kepandaian merak berpantun. Sebagai tanda berterima kasih dengan kata pujian tersebut, merak

(15)

15

itu menghamparkan sayapnya di atas talam seperti kelakuan orang mengadap sembah sambil berpantun:

Dang Sedian orang bestari,

Mengenang bunga di dalam puan, Selama kian beta cari,

Baharulah temu dengan tuan.

(Hikayat Isma Yatim,1881:108)

Penggunaan perkataan ‘bestari’ pada baris pertama bermaksud cerdas, pandai, berpendidikan, berpengetahuan dan berbudi pekerti yang baik (Kamus Dewan Edisi Keempat: 175). Ini adalah sebagai tanda kata pujian. Hal ini bersesuaian dengan kedudukan pantun di atas sebagai pantun pujian dengan menggunakan bahasa yang sopan. Sikap begini memang tatasusila masyarakat Melayu yang memuji dengan menggunakan kata-kata kiasan. Pada baris ketiga dan keempat dalam pantun di atas menyatakan bahawa raja adalah seseorang yang dicari selama ini. Pencarian itu barulah sekarang berjumpa.

Selain itu, pantun juga digunakan untuk menggambarkan perasaan gembira.

Tuanku baginda sangat gembira apabila permaisuri boleh menerima kehadiran Tuan Puteri Mehran Langkawi dengan baik. Merak berpantun;

Candan talinya muri,

Nobat dipangku oleh Dang Saji, Tuanku berdua bijak bestari,

Sukanya kakanda tiada terperi.

(Hikayat Isma Yatim, 1881:172)

Pada tuanku baginda, kedua-duanya adalah ‘bijak bestari.’ Sikap menerima antara satu sama lain secara baik tanpa pergaduhan adalah perbuatan yang bijak.

6) Menggambarkan kecantikan

Selain itu, pantun merak juga menggambarkan dayang-dayang yang tercengang melihat kemunculan dan kecantikan Tuan Puteri Mehran Langkawi dari permata nila kendi.

Layang-layang bertali benang, Benang dipintal dengan rami, Mengapakah dayang-dayang tercengang,

Melihat kepada tuan kami.

(Hikayat Isma Yatim, 1881:165)

Pantun di atas berbentuk pertanyaan ‘mengapakah’ walaupun tidak ditandai dengan tanda tanya pada pengakhiran baris ketiga.

Penggunaan pantun dalam menyampaikan maksud menggambarkan betapa sifat orang Melayu yang sukar untuk berterus terang kerana mementingkan tertib dan sopan santun dalam sesuatu perbualan. Untuk itu, bercakap secara tidak langsung atau secara berlapik merupakan ciri penting dalam budaya orang Melayu. Masyarakat Melayu banyak menggunakan kaedah ini dalam situasi sosial terutamanya apabila

(16)

16

menunjukkan kesopanan. Situasi ini sebenarnya melibatkan sikap, pandangan, dan sanjungan orang Melayu terhadap orang lain (Mohd Rashid Md Idris, 2011:76).

Kesimpulan

Secara kesimpulannya jelas menunjukkan bahawa pantun yang digunakan oleh merak dalam Hikayat Isma Yatim berfungsi dalam pelbagai aspek dalam mengembangkan plot hikayat. Pantun untuk menggambarkan kasih sayang, kepahlawanan, kegembiraan hati, menghormati ketua dan menyatakan hasrat hati. Pemilihan perkataan juga bersesuaian untuk menyatakan maksud pantun tersebut. Malah untaian pantun yang diucapkan oleh Merak Jantan dan Merak Betina dalam Hikayat Isma Yatim ini berperanan sebagai penggerak kepada plot cerita. Merak Jantan dan Merak Betina menggunakan pantun untuk menyampaikan perasaan kasih sayang, perasaan gembira, hasrat di hati secara kiasan, mengutarakan rahsia yang tersembunyi dan sebagainya. Ternyata, dengan menggunakan pantun yang digunakan oleh watak merak dalam hikayat ini adalah suatu kreativiti oleh pengarang dalam menyampaikan maksud tertentu. Bukan hanya sekadar watak manusia yang boleh menghidupkan plot cerita hikayat, akan tetapi watak selain manusia juga berupaya menjadikan sesuatu karya itu tetap menarik. Keistimewaan pantun daripada segi bahasa dan perbendaharaan kata, struktur serta kehebatan nilai tersurat dan tersirat yang terlihat pada pembayang serta maksud. Jelaslah bahawa seni pantun menjadi sebahagian daripada teras pembinaan masyarakat Melayu khususnya dan alat untuk proses sosialisasi. Malah pantun juga menggambarkan daya akal dan kebijaksanaan orang Melayu.

Bibliografi

Al-Afkar #106: Adakah Syurga Dan Neraka Telah Wujud Pada Masa Sekarang?. 27 Mac 2020. Laman web rasmi Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan.

https://www.muftiwp.gov.my/artikel/al-afkar/4385-al-afkar-106-adakah- syurga-dan-neraka-telah-wujud-pada-masa-sekarang. Dirujuk pada 4 Mac 2021.

Al-Quran Nul Karim Rasm Uthmani.

Ayu Nor Azilah Mohamad. (2003). Hikayat Isma Yatim: Satu Kajian Teks. Tesis Sarjana. Bangi, Selangor: Universiti Kebangsaan Malaysia.

Harun Mat Piah. (1989). Puisi Melayu Tradisional: Satu Perbicaraan Genre dan Fungsi. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Harun Mat Piah et.al. (2000). Kesusasteraan Melayu Tradisional Edisi Kedua. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Hashim Musa (Editor). Wan Abdul Kadir Wan Yusoff. (2005). ‘Bahasa dan Pemikiran Budaya’ dalam Bahasa & Pemikiran Melayu. Universiti Malaya:

Akademi Pengajian Melayu.

Jelani Harun. “Manuskrip ‘Panthong’ dari Sri Lanka.” Dalam http”//pantun.usm.my/makalah. Sekretariat Pantun Antarabangsa, Universiti Sains Malaysia. Tarikh layari 11 Januari 2018.

Kamus Dewan Edisi Keempat. (2005). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Kurik Kundi Merah Saga; Kumpulan Pantun Lisan Melayu. Edisi Kedua. (2005).

Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

(17)

17

Liaw Yock Fang. (1975). Sejarah Kesusasteraan Melayu Klasik. Singapura: Pustaka Nasional.

Mohd Rashid Md Idris. (2011). Nilai Melayu dalam Pantun. Tanjong Malim, Perak:

Penerbit Universiti Pendidikan Sultan Idris.

Mohd Taib Osman (Penye.) Wan Ab. Kadir Wan Yusoff. (1996). ‘Pantun Sebagai Pencerminan Minda Melayu’ dalam Pantun Menisfestasi Minda Masyarakat.

Universiti Malaya: Akademi Pengajian Melayu, Universiti Malaya.

Muhammad Haji Salleh. (1986). Cermin Diri. Petaling Jaya: Fajar Bakti.

Muhammad Haji Salleh (Editor oleh) Zainal Abidin Borhan. (2017). Hikayat Isma Yatim. Kuala Lumpur: Yayasan Karyawan.

Ricklefs, M.C. & Voorhoeve, P.. (1997). Indonesian Manuscripts in Great Britian: A Catalogue of Manuscripts in Indonesian Languages in British Public Collections. London: Oxford University Press.

Shellabear W.G. 1977. Sejarah Melayu. Petaling Jaya: Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd.

Siti Baroroh Baried et.al. (1985). Pengantar Teori Filologi. Jakarta: Pusat Pembinaan dan Pengembangan Bahasa, Departemen Pendidikan dan Kebudayaan.

Siti Hawa Haji Salleh. (1987). Cendekia Kesusasteraan Melayu Tradisional. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Siti Hawa Haji Salleh. (1999). “Kesusasteraan Melayu Tradisional dan Peranan Filologi” dalam Akademika 54 (Januari) 1999:147-155.

Trie Utari Dewi. (2018). “Pembelajaran Filologi Sebagai Salah Satu Upaya dalam Mengungkap dan Membangun Karakter Suatu Bangsa” dalam Jurnal Pendidikan Sejarah dan Riset Sosial Humaniora (KAGANGA), Volume 1, No 1, Juni 2018; 48-61.

Ungku Abdul Aziz Ungku Abdul Hamid. (2011). Pantun dan Kebijaksanaan Akal Budi Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Zainal Abidin Bakar. (1991). Kumpulan Pantun Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Referensi

Dokumen terkait

Lampiran 7 : Road Map Refomasi Birokrasi 2015-2019 Area Penataan Peraturan Perundang-Undangan Sasaran Reformasi Birokrasi Area Perubahan Program- program Strategi

Puji syukur kepada Allah SWT telah melimpahkan rahmat, hidayah, serta inayah-Nya sehingga skripsi yang berjudul “Perbedaan Pembelajaran Menggunakan Teori

Hasil penelitian yang telah dilakukan sebelum tanpa diberikannya pendidikan kesehatan pada kelompok kontrol menunjukkannya bahwa skor rata-ratanya sikap responden

(erdas dasark arkan an hal hal ter terseb sebut ut mak maka a di di Pus Puskes kesmas mas %ip %iputa utat t &i &imur mur per perlu lu dil dilaku akukan

Silabus yang telah dikembangkan sudah memenuhi kriteria minimal pengembangan silabus menurut permendikbud no 59 tahun 2014. Silabus yang dikembangkan berisi mata

produksi selesai dilakukan seorang camera person memiliki peranan pada tahap pasca produksi, pada tahapan ini seorang camera person akan membuat camera report yang

Selain sumber dana yang menjadi permasalahan BUMDes Cokrokembang yaitu permasalahan sumber daya manusia yang mengelola, masih banyak pengurus BUMDes yang merangkap menjadi

Salah satu faktor terpenting yang mengarah pada pembentukan NU adalah masalah representasi dalam melindungi kepentingan Muslim tradisionalis yang merasa terancam oleh