PENGUMUMAN
KEPADA SEMUA BAKAL GRADUAN
FAKULTI PERUBATAN DAN SAINS KESIHATAN (FPSK) SIDANG 9, MAJLIS KONVOKESYEN KE-19 USIM
Universiti Sains Islam Malaysia telah bersetuju supaya sambungan Majlis Konvokesyen Ke-19 USIM iaitu Sidang 9 akan diadakan pada 30 Mac 2022 dan dilaksanakan secara fizikal dengan pematuhan kepada SOP Pelan Pemulihan Negara (PPN).
Bakal graduan diminta merujuk kepada Panduan dan Tatacara Majlis Konvokesyen Ke-19 USIM seperti di Lampiran A bagi mendapatkan maklumat terperinci berkaitan Majlis Konvokesyen Ke- 19 USIM.
Semua bakal graduan perlu mematuhi SOP seperti yang telah ditetapkan sebagaimana di Lampiran B.
Semua bakal graduan juga diminta menyelesaikan perkara-perkara berikut sebelum Hari Peminjaman Jubah Konvokesyen yang dijadualkan diadakan pada 17 dan 18 Mac 2022:
a. Menyelesaikan semua hutang-hutang (yuran pengajian dan denda). Bakal graduan perlu melengkapkan Borang Clearance Semakan Hutang seperti di Lampiran C.
b. Melengkapkan Kajian Pengesanan Graduan pada laman sesawang Sistem Kajian Pengesanan Graduan KPT seperti link berikut : htpps://graduate.mohe.gov.my/SKPG1/.
Slip Pengesahan Kajian perlu dicetak dan dibawa semasa Hari Pengambilan Jubah Konvokesyen.
c. Melengkapkan Borang Aku Janji Pemulangan Jubah Konvokesyen seperti di Lampiran D.
Bakal graduan yang mempunyai sebarang kemusykilan sila berhubung terus dengan Bahagian Pengurusan Akademik di talian 06-798 6298 /8144/06-797 8610 atau e-mel kepada
[email protected].Sekian, Harap Maklum.
“BERILMU, BERDISIPLIN DAN BERTAKWA”
Dikeluarkan oleh:
Bahagian Pengurusan Akademik
Universiti Sains Islam Malaysia
LAMPIRAN A : PANDUAN DAN TATACARA SAMBUNGAN MAJLIS KONVOKESYEN KE-19
UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA (USIM)
PENGENALAN
Panduan dan tatacara sambungan Majlis Konvokesyen ke-19 Universiti Sains Islam Malaysia adalah bertujuan untuk memberikan makluman dan rujukan kepada semua bakal graduan yang akan menghadiri Sidang 9, Majlis Konvokesyen ke-19 USIM.
MAJLIS KONVOKESYEN
Sambungan Majlis Konvokesyen Ke-19 USIM akan diadakan pada 30 Mac 2022 bersamaan 27 Syaaban 1443H (tertakluk kepada keadaan semasa Covid-19) bertempat di Dewan Tuanku CanselorUSIM seperti ketetapan berikut:
SIDANG 9 (PAGI)
• Berkumpul di DTC pada jam 8.00 PAGI.
• Melibatkan Majlis Perisytiharan sambungan Majlis Konvokesyen Ke-19 USIM.
• Melibatkan bakal graduan Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan (FPSK) sahaja.
• Bakal graduan dan ibu bapa dinasihatkan untuk mengambil sarapan terlebih dahulu sebelum mendaftar dan masuk ke Dewan Tuanku Canselor.
KOD PAKAIAN
a. Pakaian Akademik Universiti
Pakaian Akademik Universiti yang lengkap terdiri daripada jubah graduan, hud dan mortar board. Pakaian Akademik Universiti ini hendaklah dipakai sepanjang Majlis Konvokesyen ini berlangsung.
Peringatan : Graduan tidak dibenarkan mengubahsuai jubah graduan, hud dan mortar board.
• Pakaian Semasa Majlis Konvokesyen :
Lelaki : Lounge suit (blazer dan seluar slack) berwarna gelap, kemeja lengan panjang dan bertali leher atau Baju Melayu (Cekak Musang)
lengkap bersamping.
: Kasut kulit berwarna gelap.
: Sandal TIDAK DIBENARKAN.
Wanita : Baju kurung tradisional atau kebarung atau kebaya labuh : Kasut gelap bertutup.
: Purdah/pakaian yang menutup muka tidak dibenarkan.
: Sandal TIDAK DIBENARKAN.
Graduan bukan warganegara : Lounge suit atau Baju Kebangsaan bewarna gelap sahaja DIBENARKAN.
Peringatan : Urus setia berhak menghalang pelajar yang tidak mematuhi Kod Pakaian sepertimana di atas daripada masuk ke dalam Dewan Tuanku Canselor USIM bagi tujuan konvokesyen.
b. Peminjaman Pakaian Akademik Universiti Peringatan:
Adalah dimaklumkan bahawa Senat Universiti Kali Ke-88, Bil. 4/2015 yang telah bersidang pada 19 Ogos 2015 memutuskan:
• supaya pelajar yang berstatus Tamat Pengajian serta Layak Dianugerahkan Ijazah (LDI) yang masih berhutang dengan universiti tidak dibenarkan:
a. mengambil Jubah Konvokesyen;
b. menghadiri Majlis Konvokesyen; dan
c. mendapatkan Skrol Ijazah, Transkrip Akademik Rasmi/Sementara serta Surat Tamat Pengajian.
• Pelajar perlu menyelesaikan semua hutang selewat-lewatnya sebulan sebelum tarikh Majlis Konvokesyen Ke-19 USIM iaitu pada 23 Oktober 2021.
• TARIKH DAN LOKASI
Semua graduan yang menghadiri Majlis Konvokesyen dikehendaki memakai Pakaian Akademik Universiti (Jubah Konvokesyen).
Jadual pengambilan Jubah Konvokesyen bagi adalah sebagaimana ketetapan berikut:
Tarikh : 17 dan 18 Mac 2022 (Khamis dan Jumaat)
Masa : 9.00 – 12.30 tengah hari dan 2.30 petang - 4.45 petang Tempat : Bilik Jubah 1, Dewan Tuanku Canselor, USIM
(Berhadapan Kolej Kediaman 1)
Peringatan:
1) Dokumen yang perlu dibawa ketika pengambilan Jubah Konvokesyen : i) Kad Pelajar;
ii) Slip Pengesahan Pengesanan Graduan (Graduate Tracer Study) Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT);
iii) Borang clearance semakan hutang;
iv) Surat Aku Janji Pemulangan Jubah Konvokesyen;
v) Surat kuasa/kebenaran bagi yang mewakili graduan lain yang diwakili.
2) Bakal graduan diminta untuk bertanggungjawab dan menjaga amanah bagi memastikan Pakaian Akademik Universiti dijaga dan dipulangkan dalam keadaan baik.
3) Bakal graduan digalakkan mengambil sendiri Pakaian Akademik Universiti untuk menentukan saiz yang sesuai dan ukuran yang tepat. Walau bagaimanapun, bakal graduan boleh mewakilkan waris atau rakan untuk mengambil pakaian tersebut dengan syarat telah menyelesaikan semua hutang dengan Universiti dan telah lengkap mengisi Kajian Pengesanan Graduan KPT.
4) Bakal graduan hanya boleh mengambil/mewakili seorang graduan yang lain sahaja bagi urusan peminjaman pakaian akademik tertakluk kepada syarat-syarat pengambilan. Wakil perlu membawa bersama surat kuasa/kebenaran sebagai bukti persetujuan.
• Pengkelasan Pakaian Akademik (Jubah Konvokesyen) Mengikut Fakulti i) Pakaian Akademik Universiti terdiri daripada jubah, hud dan mortar board.
ii) Pakaian Akademik Universiti terdiri daripada pelbagai jenis dan warna mengikut peringkat pengajian dan kluster seperti berikut:
Sarjana Muda Jubah Biru
dengan 2 jalur warna
perak dilengan
Jubah Biru dengan 3 jalur warna
perak dilengan Kluster
Sains Sosial (Biru)
Kluster Sains (Merah)
Kluster Perubatan
(Coklat)
Kluster Pergigian (Maroon) FEM
FPQS FSU FPBU
FKP
FST
FKAB FPSK FPg Sarjana Doktor
Falsafah
iii) Bakal graduan yang telah menyelesaikan hutang, perlu mengemukakan bukti bayaran bagi mengelakkan sebarang masalah pada hari pengambilan pakaian akademik tersebut.
iv) Bakal graduan adalah bertanggungjawab sepenuhnya terhadap Pakaian Akademik Universiti yang dipinjam.
v) Bakal graduan juga boleh membeli Pakaian Akademik Universiti pada kadar harga yang telah ditetapkan seperti berikut:
Bil. Peringkat Pengajian Harga Jualan
1 Doktor Falsafah RM950.00
2 Sarjana RM870.00
3 Diploma Siswazah RM550.00
4 Sarjana Muda RM550.00
Peminjaman Pakaian Akademik Universiti hanya dibenarkan sekali sahaja sebelum Majlis Konvokesyen berlangsung. Sehubungan dengan itu, bakal graduan dinasihatkan agar tidak lupa untuk membawa bersama Pakaian Akademik Universiti semasa Majlis Konvokesyen berlangsung.
• Kajian Pengesanan Graduan (Graduate Tracer Study) Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) Bakal graduan dikehendaki mengisi maklumat soal selidik di dalam Sistem Kajian Pengesanan Graduan yang boleh dilayari di laman sesawang htpps://graduate.mohe.gov.my/SKPG1/
Seterusnya mencetak Slip Pengesahan Kajian untuk dikemukakan semasa proses pengambilan jubah. Sistem ini boleh mula dicapai oleh graduan USIM bermula 1 Februari sehingga 15 Mac 2022.
• Pemulangan Pakaian Akademik Universiti
i) Graduan dikehendaki memulangkan Pakaian Akademik Universiti sejurus tamatnya sidang konvokesyen mengikut lokasi berikut :
Tempat : Bilik Jubah 1
ii) Denda bagi graduan yang lewat memulangkan pakaian akademik universiti akan dikenakan selepas Hari Sidang seperti berikut:
a) Hari Pertama : RM5.00 b) Hari Kedua : RM10.00 c) Hari Ketiga : RM15.00 d) Hari Keempat : RM20.00
e) Selepas Hari Kelima:Tambahan RM5.00 setiap satu (1) hari lewat. Caj denda akan dikenakan sehingga maksimum harga jualan jubah.
iii) Bakal graduan hanya boleh memulangkan/mewakili seorang graduan yang lain sahaja bagi urusan pemulangan pakaian akademik tertakluk kepada syarat-syarat pemulangan.
Wakil perlu membawa bersama surat kuasa/kebenaran sebagai bukti persetujuan.
• Denda Kerosakan/kehilangan Pakaian Akademik Universiti
Denda kerosakan kehilangan bagi Pakaian Akademik Universiti adalah seperti berikut:
Bil *Pakaian Akademik Rosak Hilang
1 Jubah RM500.00
*Harga Jualan Jubah/Hud/Mortar board
/Selempang
2 Hud RM70.00
3 Mortar board RM60.00
4 Topi (Beef Eater/ bonet) RM80.00
5 Selempang RM280.00
MELAPOR DIRI UNTUK KONVOKESYEN
Graduan dikehendaki melapor diri kepada Pegawai yang bertugas di pintu yang telah ditetapkan (rujuk kad/surat jemputan) seperti berikut:
• Majlis Konvokesyen (Sidang 9 - Pagi)
Tarikh : 30 Mac 2022 (Rabu) bersamaan 27 Syaaban 1443H Masa : 8.00 pagi
Tempat : Dewan Tuanku Canselor, USIM
Pakaian : Sebagaimana yang dinyatakan dalam Kod Pakaian
Peringatan :
• Bakal graduan dan ibu bapa dinasihatkan untuk mengambil sarapan terlebih dahulu sebelum mendaftar dan masuk ke Dewan Tuanku Canselor.
• Bakal graduan yang tiba lewat ke dalam Dewan Tuanku Canselor USIM dimulakan, TIDAK DIBENARKAN MASUK untuk menerima skrol ijazah.
PENGAMBILAN SURAT TAMAT PENGAJIAN, TRANSKRIP AKADEMIK RASMI DAN SKROL
1. Graduan boleh mengambil skrol ijazah masing-masing setelah pengurniaan Ijazah dan selesai urusan pemulangan jubah, di Bilik Jubah 1, DTC setelah sidang selesai sehingga jam 5.00 petang.
2. Graduan perlu membawa bersama:
i) Slip pemulangan jubah
ii) Surat kuasa/wakil bagi graduan yang mengambil bagi pihak orang lain
3. Bakal graduan bertanggungjawab memastikan surat tamat pengajian, transkrip akademik rasmi dan skrol ijazah yang diterima diperiksa terlebih dahulu sebelum meninggalkan kaunter. USIM tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kesilapan.
4. Bakal graduan yang tidak dapat hadir untuk mengambil surat tamat pengajian, transkrip akademik rasmi dan skrol ijazah dengan alasan yang munasabah boleh membuat permohonan ke Bahagian Pengurusan Akademik/Pusat Pengajian Siswazah untuk diposkan secara pos laju dengan menulis alamat yang jelas dan lengkap berserta dengan no. telefon bimbit (jika ada), satu (1) salinan kad pengenalan (depan dan belakang) dan disertakan bayaran pos yang ditetapkan seperti berikut:
Bil Zon Kadar Bayaran Pos
1. Zon A :
Malaysia
RM10.00
2. Zon B :
Thailand, Brunei, Singapura, Indonesia, Kemboja, Hong Kong, Laos, Myanmar, Filipina &
Vietnam.
RM30.00/USD8
3. Zon C :
Lain-lain negara
RM48.00/USD12
Bayaran boleh dibuat sama ada dengan mendepositkan jumlah yang ditetapkan ke dalam akaun Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB) bernombor 05-058-01-0021488 atas nama Bendahari Universiti Sains Islam Malaysia (USIM). Semua urusan pos untuk menghantar skrol ijazah akan dibuat secara akuan terima berdaftar.
Peringatan : Universiti tidak akan bertanggungjawab sekiranya berlaku kehilangan atau kerosakan semasa perjalanan pos.
5. Bakal graduan yang mewakilkan orang lain untuk mengambil surat tamat pengajian, transkrip akademik rasmi dan skrol ijazah dikehendaki mengemukakan surat perwakilan/kebenaran dan salinan kad pengenalan(depan belakang)/passport terkini graduan. Nama dan nombor kad pengenalan orang yang diwakilkan di dalam surat perwakilan perlu dicatatkan dalam buku log yang berkaitan. Wakil graduan dikehendaki mengemukakan kad pengenalannya untuk pengesahan identiti sebelum dibenarkan mengambil dokumen tersebut. Wakil graduan bertanggungjawab memastikan dokumen tersebut diperiksa terlebih dahulu sebelum meninggalkan kaunter terutamanya ejaan nama. Bahagian Pengurusan Akademik tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang kesilapan, kehilangan atau kerosakan selepas itu.
7. Bakal graduan boleh membuat permohonan penyata ijazah gantian sekiranya skrol ijazah telah hilang atau rosak dengan bayaran sebanyak RM100.00 (warganegara)/USD40 (bukan warganegara). Permohonan tersebut hendaklah disertakan maklumat berikut:
i) Surat permohonan daripada calon.
ii) Laporan polis.
iii) Resit bayaran.
8. Bakal graduan juga boleh membuat permohonan transkrip akademik rasmi tambahan sekiranya diperlukan dan setiap permohonan akan dikenakan bayaran sebanyak RM25.00 (warganegara)/USD10 (bukan warganegara) bagi setiap set bahasa.
9. Bakal graduan hendaklah berurusan terus dengan Bahagian Hal Ehwal Pelajar bagi urusan pengambilan Transkrip Kokurikulum.
KAD/SURAT JEMPUTAN
Setiap bakal graduan akan menerima satu (1) kad/surat jemputan untuk dua (2) orang tetamu sahaja tidak termasuk bakal graduan. Kad/surat jemputan yang hilang tidak akan diganti. Kad/surat jemputan tersebut hendaklah dibawa bersama semasa menghadiri Majlis Konvokesyen. Kanak-kanak di bawah umur 12 tahun tidak dibenarkan masuk ke dalam Dewan Tuanku Canselor USIM.
Adalah diingatkan bahawa pemegang kad/surat jemputan ke Majlis Konvokesyen sahaja yang akan dibenarkan masuk ke Dewan Tuanku Canselor USIM. Kad/surat jemputan ke Majlis Konvokesyen akan diberikan kepada bakal graduan semasa Hari Peminjaman Jubah Konvokesyen.
GAMBAR KONVOKESYEN
Bakal graduan dan tetamu tidak dibenarkan mengambil gambar, rakaman video atau yang seumpamanya ketika Majlis Konvokesyen sedang berlangsung melainkan dari tempat duduk masing-masing dalam keadaan duduk.
Universiti akan menyediakan juru gambar untuk menguruskan rakaman gambar semasa majlis berlangsung di dalam Dewan Tuanku Canselor USIM. Harga gambar adalah tertakluk kepada ketetapan yang dibuat oleh pihak Universiti melalui Pusat Komunikasi Strategik (StraComm) USIM. Kaunter fotografi konvokesyen akan dibuka semasa Hari Peminjaman Pakaian Akademik Universiti pada 17 dan 18 Mac 2022.
Lampiran B : Standard Operating Procedure (SOP) bagi tujuan menghadiri Majlis Konvokesyen Ke-19 USIM
1. Semua bakal graduan dan 2 tetamu jemputan (ibubapa/penjaga) yang hadir mestilah telah lengkap divaksin dengan 2 dos dan telah mencapai tempoh lengkap vaksinasi. Tempoh lengkap vaksinasi mengikut jenis vaksin adalah seperti berikut:
BIL JENIS VAKSIN JUMLAH DOS TEMPOH LENGKAP
1. Pfizer – Biontech 2 Dos 14 hari
2. Sinovac 2 Dos 14 hari
3. Astrazeneca 2 Dos 14 hari
4. Cansino 1 Dos 28 hari
5. Lain-lain 1, 2 atau 3 Dos bergantung pada
jenis vaksin
Tempoh lengkap seperti yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan
Malaysia (KKM)/World Health Organization (WHO)
2. Semua bakal graduan diwajibkan membuat SARINGAN KESIHATAN (Health screening) melalui portal Istudent. Bakal graduan perlu mencetak Slip Saringan Kesihatan tersebut dan menyerahkan kepada Pegawai bertugas di kaunter pendaftaran semasa Hari Konvokesyen berlangsung.
3. Semua bakal graduan dan tetamu wajib memakai pelitup separuh muka jenis 3 lapis (3 ply) seperti yang disarankan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.
4. Bakal graduan dan tetamu perlu menunjukkan sijil vaksinasi digital pada aplikasi MySejahtera di Pos Pengawal Pintu Masuk Utama USIM. Hanya bakal graduan dan tetamu yang mencapai tempoh lengkap vaksinasi dibenarkan masuk ke dalam kampus. Bakal graduan juga perlu menunjukkan keputusan saringan kesihatan di Pos Pengawal pintu masuk utama USIM.
5. Bakal graduan dan tetamu perlu mengimbas kehadiran melalui aplikasi MySejahtera sebelum masuk ke Dewan Tuanku Canselor. Kod Bar MySejahtera akan ditampal dipintu masuk dewan.
Bakal graduan dan tetamu yang mempunyai status seperti berikut tidak dibenarkan masuk ke dalam dewan:
6.1 Kes yang disahkan.
6.2 Kes suspek.
6.3 Kontak Rapat.
6.4 Individu dalam pemantauan.
6. Semua bakal graduan perlu melapor diri di Kaunter Pendaftaran pada pintu masuk A Dewan Tuanku Canselor. Petugas akan memeriksa status MySejahtera bakal graduan. Sekiranya didapati graduan belum mencapai tempoh lengkap vaksinasi, graduan TIDAK dibenarkan masuk ke dalam dewan.
7. Semua tetamu (ibubapa/penjaga) akan memasuki dewan melalui pada pintu masuk B Dewan Tuanku Canselor. Petugas akan memeriksa status MySejahtera tetamu. Sekiranya didapati tetamu belum mencapai tempoh lengkap vaksinasi, tetamu TIDAK dibenarkan masuk ke dalam dewan.
8. Semua bakal graduan dan tetamu perlu mematuhi amalan penjarakan fizikal. Tempat duduk bakal graduan dan tetamu akan dijarakkan 1 meter diantara satu sama lain bagi tujuan pematuhan kepada SOP pencegahan Covid-19.
9. Semua bakal graduan dan tetamu perlu:
10.1 Membawa cecair pembasmi kuman yang mencukupi;
10.2 Mematuhi apa-apa arahan petugas keselamatan dan kesihatan ketika berada dalam kawasan dewan dan kampus;
10.3 Mematuhi apa-apa arahan Petugas ketika berada di kawasan Dewan Tuanku Canselor dan di Pusat Sukan;
10.4 Menghindarkan diri daripada hadir dan berada dalam kawasan Kampus serta mendapatkan rawatan dengan segera di fasiliti kesihatan terdekat sekiranya mempunyai sebarang gejala jangkitan COVID-19 seperti yang dihebahkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.
10. Semua bakal graduan dan tetamu perlu sentiasa menjaga SOP yang telah ditetapkan sepanjang Majlis Konvokesyen berlangsung bagi memastikan keselamatan dan perlindungan daripada jangkitan Covid-19.
11. Semua bakal graduan perlu mematuhi semua arahan dan peraturan yang sedang berkuatkuasa seperti yang telah ditetapkan oleh Kerajaan Malaysia melalui Majlis Keselamatan Negara dan USIM dari semasa ke semasa.
Lampiran C
Borang Clearance : Semakan Hutang Pelajar bagi tujuan Konvokesyen
Bagi tujuan Majlis Konvokesyen ke-19 tahun 2022 (graduan FPSK), semua pelajar-pelajar yang akan bergraduat diminta menyemak hutang di kaunter Bendahari (bagi hutang yuran pengajian, asrama & denda keselamatan) dan di kaunter Sirkulasi Perpustakaan bagi hutang berkaitan Perpustakaan.
BIL PERKARA CATATAN
(sila potong bagi perkara yang tidak
berkaitan)
PENGESAHAN PEGAWAI (TANDATANGAN & COP)
1. Yuran Pengajian dan denda lain (asrama &
keselamatan) SEMAKAN DI KAUNTER BENDAHARI DI ARAS 2, BANGUNAN
CENSELORI.
SELESAI / BELUM SELESAI
2. Denda berkaitan Perpustakaan SEMAKAN DI
KAUNTER SIRKULASI PERPUSTAKAAN, ARAS 1, BANGUNAN
PERPUSTAKAAN.
SELESAI / BELUM SELESAI
Nama Pelajar : ...
No. Matriks : ...
Program Pengajian :...
* Pelajar dinasihatkan untuk menyelesaikan semua tunggakan hutang dengan segera bagi memudahkan urusan Majlis Konvokesyen.
* Borang Semakan Hutang ini perlu disimpan dengan baik dan dikemukakan semasa Hari Pengambilan Jubah Konvokesyen (17 & 18 Mac 2022).
* Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan, mohon hubungi pihak urusetia Bahagian Pengurusan Akademik di talian :
06-798 6298 (En. Syaifool), 06-798 8144 (Cik Alina/Pn.Liyana), 06-797 8610 (En. Farhan)
Lampiran D