BAB 4
CHAPTER 4 PERCUKAIAN
TAXATION
Cukai Jalan / Road Tax
• Kadar cukai jalan bergantung kepada kapasiti enjin kenderaan, lokasi, jenis kenderaan, dan jenis pemilikan (sendirian atau syarikat)
• The road tax rate depends on the engine capacity of the vehicle, location, type of vehicle and type of ownership (private-owned or company-owned)
Contoh 12 / Example 12
Jadual menunjukkan kadar cukai jalan motosikal di Sabah dan Sarawak.
Encik Fairuz mempunyai sebuah motosikal dengan kapasiti enjin 210 cc manakala isterinya mempunyai sebuah motosikal dengan kapasiti enjin 170 cc. Hitung jumlah cukai jalan untuk kedua-dua motosikal tersebut.
Mr. Fairuz owns a motocycle with an engine capacity of 210 cc while his wife also has a motocycle with an engine capacity of 170 cc. Calculate the total of road tax for both motocycles.
Contoh 13 / Example 13
Jadual menunjukkan kadar cukai jalan kereta di Semananjung Malaysia.
Encik Johari memiliki dua buah kereta di Terengganu dengan kapasiti enjin masing- masing 1498 cc dan 1799 cc. Hitung jumlah cukai jalan untuk kedua-dua kereta tersebut.
Mr. Johari owns two cars in Terengganu with engine capacity of 1498 cc and 1799 cc respectively. Calculate the total of road tax for both cars.
Cukai Pintu / Property Assessment Tax
• Formula 1 : Jumlah cukai pintu = Kadar cukai pintu (%) x Nilai Tahunan
Formula 1 : Property Assessment tax = Property assessment tax rate (%) x Annual value
• Formula 2 : Nilai tahunan = Anggaran sewa kasar x 12 bulan
Formula 2 : Annual Value = Estimated monthly rental x 12 months
Contoh 14 / Example 14
Fifi mempunyai sebuah rumah berkembar dua tingkat di tanah rizab Bumiputera. Nilai rumah tersebut pada tahun 2021 ialah RM500 000.
Hitung cukai yang perlu dibayar oleh Fifi setahun jika kadar cukai pintu ialah 0.10%.
Fifi has a two-storey semi detached house on Bumiputera reserve land.
The value of the house in 2021 is RM500 000. Calculate the tax that Fifi has to pay per year if the property assessment tax rate is 0.10%
Contoh 15 / Example 15
Afiq mempunyai sebuah rumah teres setingkat di Hulu Selangor. Kadar anggaran sewa sebulan ialah RM500. Hitung jumlah cukai pintu setahun bagi rumah Afiq jika kadar cukai pintu yang dikenakan ialah 8%.
Afiq has a one-storey terrace house in Hulu Selangor. The estimated rental rate per month is RM500. Calculate the total property assessment tax per year for the Afiq’s house if the property assessment tax rate is 8%.
Contoh 16 / Example 16
Faiz mempunyai sebuah rumah di dusun durian di Segamat. Nilai rumah di dusun tanah Faiz pada tahun semasa ialah RM60 000. Hitung cukai pintu yang perlu dibayar setahun jika kadar cukai pintu ialah 0.05%.
Faiz has a house in durian orchard in Segamat. The value of the house in Faiz’s orchard land in the current year is RM60 000. Calculate the property assessment tax payable for one year if property assessment tax rate is 0.05%.
Cukai Tanah / Quit Rent
• Jumlah cukai tanah = kadar cukai tanah setiap unit keluasaan x Jumlah keluasaan tanah
• Quit rent = Quit rent rate per unit area x Total land area
Contoh 17 / Example 17
Hadi memiliki sebidang tanah di Bandar Melaka yang mempunyai keluasan sebanyak 6 000 kaki persegi. Hitung jumlah cukai tanah yang perlu dibayar jika kadar cukai tanahnya ialah RM0.42 per kaki persegi.
Hadi owns a piece of land in Bandar Melaka which has an area of 6 000 square feet. Calculate the quit rent payable if the quit rent rate is RM0.42 per square feet.
Contoh 18 / Example 18
Shazril membina rumah banglo di tanah milikannya yang berkeluasan 8000 kaki persegi di Kampung Kalumpang, Selangor. Hitung jumlah cukai tanah jika kadar cukai tanah ialah 13 sen bagi setiap 100 kaki persegi.
Shazril built a bungalow house on his 8000 square feet land in Kampung Kalumpang, Selangor. Calculate the quit rent if the quit rent rate is 13 sen per 100 square feet.
Contoh 19 / Example 19
Zikri mengusahakan tanaman durian di Kampung Pekan, Pahang yang berkeluasan ½ ekar. Hitung jumlah cukai tanah yang perlu dibayar jika kadar cukai tanah ialah RM0.35 bagi setiap meter persegi.
Zikri cultivates durian in Kampung Pekan,Pahang which covers an area of ½ acre. Calculate the quit rent payable if the quit rent rate is RM0.35 per square metre.
Diberi 1 ekar = 90 x 45 = 4 050 meter persegi Given 1 acre = 90 x 45 = 4 050 square metres 1 hektar = 10 000 meter persegi
1 hektar = 2.471 ekar
Contoh 20 / Example 20
Hakim membuat sebuah rumah banglo dua tingkat di tanah milikannya yang berkeluasan 11 000 meter persegi di Kota Bharu, Kelantan. Kadar cukai tanah yang dikenakan ialah sebanyak 7 sen bagi setiap meter
persegi. Hitung jumlah cukai tanah yang dikenakan ke atas Hakim.
Hakim built a two-storey bungalow house on his 11 000 square metre owned land in Kota Bharu, Kelantan. The quit rent rate levied is 7 sen per square metre. Calculate the quit rent is levied on Hakim.
Contoh 21 / Example 21
Qistina mempunyai dua bidang tanah milikannya di suatu kawasan
Bandar dan juga di kawasan pedalaman di Sarawak. Berikut merupakan keluasan tanah dan kadar cukai tanah yang dikenakan kepada Qistina.
Qistina has two plots of land she owns in an Urban Area and also in the inland area in Sarawak. The following is the land area and the quit rent rate levied to Qistina
Cukai Jualan dan Perkhidmatan Sales and Service Tax
Kadar cukai jualan barangan – berbeza mengikut barangan (5%, 10% atau lain-lain) Salex tax rate – different based on goods (5%, 10% or other rates)
Kadar cukai perkhidmatan – 6%
Service tax – 6%
Contoh 22 / Example 22
Zahirah dan suaminya makan malam di sebuah restoran. Mereka menempah set makan malam bagi 2 orang berjumlah RM45.00.
Restoran itu mengenakan cukai perkhidmatan 6%. Hitung bil bagi Zahirah dan suaminya.
Zahirah and her husband had dinner at a restaurant. They ordered a dinner set for 2 peoples amounting to RM45.00. The restaurant charges 6% on service tax. Calculate the bill for Zahirah and her husband
Contoh 23 / Example 23
Jadual di bawah menunjukkan item yang ditempah oleh Irfan di sebuah restoran.
The table below shows the items ordered by Irfan at a restaurant.
Diberi bahawa restoran itu mengenakan cukai perkhidmatan 6%. Hitung bil Irfan.
Given that the restaurant charges 6% on service tax. Calculate Irfan’s bill
Makanan dan Minuman Food and Drinks
Harga Price
Mee Goreng / Fried Noodle RM7.00
Air buah / Fruit drink RM5.00