• Tidak ada hasil yang ditemukan

SAPULUT NEWSLETTER NOTA DARIPADA PENGURUS BESAR PENGUMUMAN: KENAIKAN PANGKAT STAF BAGI TAHUN 2021 RINGKASAN VISI SAPULUT

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "SAPULUT NEWSLETTER NOTA DARIPADA PENGURUS BESAR PENGUMUMAN: KENAIKAN PANGKAT STAF BAGI TAHUN 2021 RINGKASAN VISI SAPULUT"

Copied!
5
0
0

Teks penuh

(1)

Bringing Back The Natural Forest and Managing It Sustainably

SAPULUT NEWSLETTER

Jilid 1/2021, Isu 19 31 Mac 2021

NOTA DARIPADA PENGURUS BESAR

Bulan ini saya ingin mengetengahkan sumbangan Jawatankuasa Covid-19 Sapulut atas sumbangan besar mereka dalam masa-masa sukar ini. Malangnya, kita berada di posisi yang sangat menguji dengan kewujudan kluster besar di dalam dan di sekitar kawasan hutan simpan kita. Berkat langkah berjaga-jaga yang telah dibuat oleh komiti, dan kerjasama dari sebahagian besar staf kem, kesannya sangat terhad. Terima kasih kepada semua ahli jawatankuasa kerana menjaga keselamatan kita.

Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengingatkan kepada semua staf untuk memberikan kerjasama sepenuhnya kepada komiti semasa mereka menjalankan tugas ini. Adalah menjadi tanggungjawab kita semua untuk menjaga keselamatan antara satu sama lain. Kita saling berhutang untuk selalu jujur. Kerja jawatankuasa sudah cukup sukar tanpa perlu risau tentang ketidakjujuran dari staf yang menjadi penghalang kepada usaha mereka.

2021 telah memulakan permulaan yang sukar dengan terhentinya operasi/kerja dan PKP. Ini tidak menghalang Sapulut untuk membuat kemajuan besar dalam pelbagai projek yang sangat ingin kami kongsikan dalam masa terdekat.

Saya juga ingin mengucapkan takziah kepada keluarga Luis @ Nawari bin Anagu @ Anahok. Ini bukan masa yang mudah untuk kehilangan ahli keluarga, lebih-lebih lagi pada masa-masa yang sukar ini. Sila kenangkan dia dan keluarganya dalam doa anda. Bryant Wong

Pengurus Besar, 29 Mac 2021

NILAI-NILAI DASAR

Melakukan perkara yang betul, walaupun tiada sesiapa yang mengetahui;

Cinta dan hormat pada diri sendiri, rakan-rakan dan alam semulajadi;

Mengiktiraf dan menggalakkan kerja berpasukan, dan tidak pernah mengecewakan ahli-ahli pasukan;

Peningkatan dan pembaharuan diri dan Sapulut yang berterusan melalui proses latihan dan pembelajaran, dan mempraktikkan "Saya lihat, Saya berfikir dan Saya lakukan"

Disiplin - disiplin diri, pemikiran dan tingkah laku yang berdisiplin;

Melaksanakan tugasan biasa dengan hasil yang luar biasa dan memuaskan;

Mengetahui peraturan-peraturan, dan tahu bagaimana untuk memecahkannya dengan cara yang betul.

Cetusan idea adalah mudah tetapi pelaksanaan adalah segala-galanya. Ia memerlukan pasukan untuk menjayakannya.

MATLAMAT

 Memulihkan hutan semula jadi dan mengu-ruskannya secara mampan

 Hutan semulajadi yang mampan bergantung kepada ketersediaan bekalan alternatif dari kayu hutan perladangan.

 Ketersediaan bekalan dari kayu hutan perladangan bergantung kepada pembangunan kayu hutan per-ladangan.

JANJI SYARIKAT Bekalan kayu dari hutan semula jadi dan hutan perladangan yang konsisten, boleh diramal dan

mam-pan

RINGKASAN VISI SAPULUT

PENGUMUMAN: KENAIKAN PANGKAT STAF BAGI TAHUN 2021

Dengan sukacitanya kami mengumumkan staf-staf berikut telah dinaikkan pangkat! Tahniah diucap-kan dan marilah kita beridiucap-kan sokongan penuh kepada mereka. Kami doadiucap-kan yang terbaik untuk mereka!

Angeline Loh - Senior Marketing cum Operation Officer Jeffica Jaihon - Senior Forest Officer

Subinah binti Salarong - Senior HR & Admin Assistant John bin Apin - Forest Ranger

Kuliman bin Tambuloi - Forest Ranger Jiffendy bin Sampulu - Forest Ranger Antukar bin Ansan - Forest Ranger

Riekoh bin Bunsadan - Senior Forest Ranger Heron Humberlus - Senior Forest Ranger Mohd Herman bin Abdullah - Forest Ranger Benndy bin Baritoh - Forest Ranger

Daibah binti Satu - Admin Supervisor Elvin bin Muirin - Forest Ranger Matitin Sisiop - Forest Ranger Rynold bin Robert - Forest Ranger Masto Angundi - Forest Ranger Hezron Day - Junior Forest Ranger

Rojudan Antaun @ Bataun - Junior Forest Ranger Eliud Segundok - Junior Forest Ranger

Jawalis bin Balitou - Junior Forest Ranger Jelly Launsing - Operation Assistant

(2)

Projek Kempen Telefon 2021

Melalui Projek Kempen Telefon yang diasaskan oleh aktivis sosial Sabah iaitu Madam Rebecca Chin, pada 09 Februari 2021, Unit Perhutanan Komuniti Sapulut telah membantu menyampaikan 10 unit telefon pintar dan powerbank untuk dua pelajar terpilih masing-masing dari lima sekolah iaitu SMK Sapulut, SK Sapulut, SK Labang, SK Salarom dan SK Simatuoh. Inisiatif ini dijalankan bagi memudahkan pembelajaran secara talian yang dijalankan berikutan penutupan sekolah kerana Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Covid-19.

Berdasarkan tinjauan dengan para guru, kebanyakan pelajar menghadapi masalah dari segi pemilikan peranti, talian internet yang lemah di rumah dan kurang kemahiran menggunakan aplikasi pembelajaran seperti Google Form. Terdapat juga segelintir ibu bapa yang sengaja tidak meminjamkan peranti kepada anak-anak mereka disebabkan data internet yang tidak mencukupi dan simpanan peranti yang tidak mencukupi untuk menerima bahan pembelajaran terutama dalam bentuk video. Dengan bantuan guru dari sekolah-sekolah ini, beberapa pelajar telah dikenal pasti bukan sahaja berdasarkan impak situasi Covid-19 terhadap keluarga tetapi juga prestasi akademik mereka.

Pelajar terpilih yang berada di kampung berdekatan telah menerima peranti tersebut manakala beberapa lagi yang berada di kawasan yang tidak dapat diakses akan dibantu oleh guru besar sekolah untuk menyampaikan bantuan tersebut kepada mereka.

Program ini mendapat sambutan yang baik dari sekolah, pelajar dan juga ibu bapa. Mereka sangat berterima kasih atas usaha Puan Rebecca dan juga Sapulut untuk mengenal pasti mereka yang memerlukan terutama sekali pelajar yang tiada telefon pintar untuk mengikuti pembelajaran dalam talian. Berkat sumbangan tersebut, para pelajar ini dapat menerima tugasan dari sekolah dan menyerahkannya secara dalam talian tanpa perlu berjalan kaki sejauh beberapa kilometer ke sekolah untuk mendapatkan modul mereka. Usaha ini juga membantu dalam mengeratkan hubungan antara Sapulut dan komuniti setempat walaupun kekangan wabak Covid-19 telah membatasi interaksi dengan orang kampung sejak akhir-akhir ini.

(3)

Secara mengejut, Covid-19 telah menceroboh kehidupan penduduk di daerah Nabawan dengan kawasan kampung-kampung yang paling terkesan. Sapulut juga tidak terkecuali daripada impak virus ini yang telah menyebabkan operasi tergendala. Pekerja diarah untuk berkuarantin dengan segera hinggakan tidak sempat membeli stok keperluan rumah masing-masing.

Menyedari hal ini, Sapulut telah memberi bantuan kepada pekerjanya melalui dana kebajikan Sapulut dan sumbangan daripada Pengurus Besar, En. Bryant Wong. Bekalan seperti beras, telur, minyak masak dan lain-lain telah dibeli dan dihantar oleh pembekal yang dilantik dari Keningau untuk kesemua 234 pekerja kem Sapulut. Bekalan tersebut berjaya diagihkan pada 16 Mac 2021 kepada pekerja di Kompleks Perhutanan Sapulut hingga ke ITC, ITP, Central Stumping dan Base camp.

Oleh: Anastasha Arlene Junigo (TLC)

(4)

Februari 2021— Seramai 11 staf telah mengikuti latihan

Cardiopul-monary resuscitation (CPR) dan First Aid bagi tujuan berkhemah

yang diadakan di Dewan Terbuka Kompleks Perhutanan pada minggu pertama Februari.

Tujuan latihan ini diadakan adalah untuk memberikan pen-getahuan dan latihan kepada staf, terutama mereka yang perlu berkhemah dan memasuki hutan. Dengan latihan ini, staf akan mempunyai kemahiran dan pengetahuan untuk memberikan rawatan kecemasan kepada mangsa sekiranya ada kes kecemasan, sebe-lum dihantar ke fasiliti perubatan terdekat.

Dalam latihan ini, staf telah didedahkan kepada anatomi dan fisiologi, yang merujuk kepada anggota tubuh badan dan organ manusia serta fungsinya. Kemudian, staf diajar tentang prosedur pemeriksaan dari kepala ke hujung kaki bertujuan untuk mengesan sekiranya ada kecederaan dan tindakan yang perlu dibuat untuk menanganinya.

Dalam pembelajaran seterusnya, staf didedahkan bagai-mana caranya untuk membuat pemulihan pernafasan, di bagai-mana kae-dah ini berguna untuk memulihkan pernafasan mangsa yang peng-san. Latihan ini dikendalikan oleh Logiman dan Mary.

Oleh: Logiman Gamad—Medical Assistant (TC)

Latihan First Aid & CPR

Meerkat dan Katak —Kisah Bagaimana Menangani Sakit

Tom melawat mentornya, Dwyer untuk lawatan mingguannya. Jelas bahawa lelaki muda itu terganggu oleh sesuatu, jadi Dwyer bertanya kepadanya apa masalahnya.

Tom menjelaskan bahawa dia telah mengalami minggu yang sukar. Dia telah bertengkar dengan ayahnya, dia merasa sakit hati dengan sesuatu yang dikatakan oleh salah seorang rakannya dan dia terlepas kenaikan pangkat di tempat kerjanya.

“Jadi apa yang perlu saya lakukan sekarang?” tanyanya.

Dwyer melihat Tom dan berkata, “Adakah anda tahu bahawa meerkat memakan kala jengking?” “Apa?”

“Ianya hebat. Haiwan kecil yang comel ini menyerang dan memakan kala jengking beracun. Nam-paknya mereka sering disengat sehingga mereka telah menjadi kebal kepada racun itu dan ia tidak sedikit pun menyakitkan.”

“Apa?” Tom menjawab dengan tidak percaya.

“Dan kemudian ada katak kecil yang cantik di Amerika Selatan yang sangat beracun. Mereka tidak dilahirkan sedemikian, tetapi mereka mendapat racun dari makanan yang mereka makan dan ia terbina di dalam sistem mereka sehingga mereka menjadi berbahaya untuk dimakan. Warna terang mereka memberi amaran kepada pemangsa yang berpotensi untuk menjauhi mereka.”

Tom menggelengkan kepalanya, “Saya tidak faham, saya datang kepada anda dengan masalah dan anda memberi saya pelajaran biologi.”

Dwyer senyum.

“Apabila anda mengalami racun kesakitan, anda mempunyai 2 pilihan. Anda boleh menjadi seperti meerkat dan menggunakan pen-galaman untuk menjadi lebih berdaya tahan. Atau anda boleh menjadi seperti katak, membiarkan racun naik ke dalam sistem anda sehingga anda beracun dan semua orang menjauhi anda.”

Setiap orang mengalami kesakitan, bagaimana anda bertindak balas terpulang kepada anda. Anda boleh menjadi meerkat, atau anda boleh menjadi katak. Anda yang mana satu?

(5)

Fasa ke-10 Latihan dan Bimbingan Lean Six Sigma dijalankan pada 12 Janu-ari sehingga 19 JanuJanu-ari 2021 untuk staf dJanu-aripada Forestry Support Services, penyelia Plantation (Maintenance) Supervisors dan Rubber. Mereka adalah Mohd Shahrullah bin Laupa, Massako Angundi, Ronnie bin Ralan, Sugali Subari, Rojudan Antaun @ Bataun, Jekerin bin Yus, Sylvitus Marinus (FSS), Jiffendy Sampulu, Nurvi Vinson, Kuliman Tambuloi (Plantation), Clarence James dan Youel Jamali (Rubber).

Sesi bimbingan ini memfokuskan kepada Kumpulan 1 FSS Batch Proses Demarkasi (1 Kompartmen) dan Plantation—Proses Semburan Sebelum Penanaman. Majlis penutupan dengan ucapan dilakukan oleh Mohd Shahrul-lah bin Laupa dengan menitikberatkan kepada staf mengenai keperluan me-manfaatkan apa yang telah dipelajari di dalam latihan ini.

Latihan dan Bimbingan Lean Six Sigma—Edward Lee

Fasa ke-11 Latihan dan Bimbingan Lean Six Sigma dijalankan pada 23 Feb-ruari sehingga 01 Mac 2021 bagi staf daripada Kumpulan 2 Forestry Support Services. Mereka adalah Kenneth Areson Kuansin, Danny Angkabar, Jawalis Balitou, Hermon Gomiring, William James, Renoiel Mother, Jairon Baritoh dan Hezron Day.

Sesi bimbingan memfokuskan kepada Proses Demarkasi Anak Sungai di ka-wasan NFM. Majlis penutupan dengan ucapan dilakukan oleh Kenneth Areson Kuansin dan kemudiannya menyampaikan sijil penyertaan kepada staf.

Referensi

Dokumen terkait

Menteri Pendidikan Nadiem Makarim akan merubah sistem ujian nasional menjadi asesmen kompetensi dan survey karakter, untuk meghadapi perubahan tersebut guru, wali murid

Termasuk yang juga bisa menolong untuk khusyu’ dalam shalat, yaitu tidak mengganggu orang lain dengan bacaan al Qur`an, tidak shalat dengan pakaian atau baju yang ada

Tujuan umum: memberikan gambaran tentang asuhan keperawatan dengan masalah pemenuhan kebutuhan nutrisi pada pasien BBLR (Berat Badan Lahir Rendah).. Pembahasan:

bahwa sehubungan dengan hal tersebut di atas dipandang perlu menetapkan tugas mengajar bagi tenaga pengajar di Semester Genap Tahun 2015/2016 pada Fakultas Pariwisata

Kumparan pengirim yang menghasilkan medan magnet kemudian menginduksi (induksi bersama) kumparan penerima dengan syarat kumparan penerima harus berada di area garis

Informasi yang lebih rinci untuk masing-masing fungsi tersedia pada bab lain dalam panduan ini, atau di layar HP Image Zone Help [Bantuan HP Image Zone] yang menyertai perangkat

Program perangkat lunak pelaporan off-board yang memungkinkan personel servis Anda men-download catatan lengkap kondisi alat berat dan data produktivitas. Laporan kondisi dan

Persamaan regresi linier sederhana merupakan suatu model persamaan yang menggambarkan hubungan satu variabel bebas/ predictor (X) dengan satu variabel tak