• Tidak ada hasil yang ditemukan

PEWARISAN HARTA BAGI SAUDARA BARU

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "PEWARISAN HARTA BAGI SAUDARA BARU"

Copied!
22
0
0

Teks penuh

(1)PEWARISAN HARTA BAGI SAUDARA BARU. MOHD. FARID BIN MOHD. ZAINAL LEMBAGA ZAKAT SELANGOR.

(2) TAKRIF MUALLAF.

(3) TAKRIF MUALLAF 2.. Istilah : Merujuk kepada perkataan(  

(4) ‫ ) وا‬Surah al-Taubah : 60 a.. Sayyid Qutb Rahimahullah : Mentafsirkan mualaf sebagai golongan manusia yang kembali kepada Islam serta kekal dan beramal baik keislamannya. Dengan pemberian zakat merupakan satu inisiatif yang dapat menyatukan hati mereka, mengukuhkan serta menambahkan rasa cintaya terhadap Islam.. b.. Amran Kasimin 1985 : iaitu orang orang yang dipujuk dan dijinakkan hatinya dengan harapan dapat menguatkan pegangan mereka terhadap Islam atau orang-orang yang dipujuk supaya tertarik untuk memeluk Islam.. c.. Had tempoh panggilan muallaf : ( Warta Kerajan Negeri Selangor No. 9, Jil. 58, [Mufti Sel. 500-2; PU. Sel. AGM. 0007 Jld.2],9 April 2007 ). “Had panggilan seseorang muallaf maksimanya adalah untuk tempoh 5 tahun dan ia hendaklah berdasarkan kepada ‘uruf dengan syarat mengikuti kelas-kelas agama sama ada yang diiktiraf atau dianjurkan oleh Majlis Agama Islam Selangor (MAIS). MAIS juga bertanggungjawab membiayai segala kos pembelajaran bagi para muallaf di Negeri Selangor.”.

(5) ENAKMEN PENTADBIRAN AGAMA ISLAM (NEGERI SELANGOR) 2003 BAHAGIAN IX : MEMELUK AGAMA ISLAM Kehendak-kehendak bagi pemelukan agama Islam : 107. (1) Kehendak-kehendak yang berikut hendaklah dipatuhi bagi pemelukan sah agama Islam oleh seseorang; (a) orang itu mestilah mengucapkan dua kalimah Syahadah dalam bahasa Arab secara yang semunasabahnya jelas; (b) pada masa dia mengucap dua kalimah Syahadah itu, orang itu mestilah sedar bahawa kalimah itu bermakna “Aku menjadi saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku menjadi saksi bahawa Nabi Muhammad S.A.W. ialah Pesuruh Allah”; dan (c) pengucapan itu mestilah dibuat dengan kerelaan hati orang itu sendiri. (2) Seseorang yang tiada dapat bercakap boleh, bagi maksud memenuhi kehendak perenggan (1)(a), mengucapkan dua kalimah Syahadah dengan menggunakan isyarat yang menunjukkan makna yang dinyatakan dalam perenggan (1)(b)..

(6) ENAKMEN PENTADBIRAN AGAMA ISLAM (NEGERI SELANGOR) 2003 Pengiktirafan muallaf sebagai orang Islam 113. (1) Seseorang yang telah memeluk agama Islam dan pemelukan agama Islam itu telah didaftarkan dalam Daftar Muallaf hendaklah, bagi maksud mana-mana undang-undang Persekutuan atau Negeri, dan pada setiap masa diperlakukan sebagai orang Islam. (2) Seseorang yang pemelukan agama Islam olehnya telah didaftarkan di bawah undang-undang mana-mana Negeri hendaklah, bagi semua maksud di Negeri Selangor, dan bagi maksud penguatkuasaan peruntukan mana-mana undang-undang di Negeri Selangor, diperlakukan sebagai orang Islam. Penentuan sama ada orang yang tidak didaftarkan ialah seorang muallaf 114.. Jika apa-apa persoalan timbul tentang sama ada seseorang itu adalah seorang muallaf, dan orang itu tidak didaftarkan dalam Daftar Muallaf atau di bawah mana-mana undang-undang mana-mana Negeri sebagai seorang muallaf, persoalan itu hendaklah diputuskan berdasarkan kepada merit kes itu mengikut seksyen 107..

(7) SEBAB-SEBAB PERWARISAN. 1..  ‫ا ا‬. : Persaudaraan / Darah Daging. - Hubungan yang disebabkan oleh kelahiran samada Usul ataupun Furu’. 2. ‫ا و‬ : Pernikahan - Hubungan yang disebabkan oleh akad pernikahan yang sahih. 3. ‫ا ء‬ : Ketuanan - Persaudaraan yang disebabkan oleh hubungan tuan dengan hambanya..

(8) HALANGAN-HALANGAN PERWARISAN. 1.    . :. Perhambaan -Perhambaan seseorang dengan tuannya.. 2.  

(9) . :. Membunuh dengan sengaja -Perbuatan yang menyebabkan hilangnya nyawa seseorang manusia pewaris sengaja.. :. Berbeza Agama / Murtad -Perbezaan agama antara pewaris dengan waris atau sebaliknya.. dengan 3.   .

(10) BIDANGKUASA MAIS DALAM PENGURUSAN HARTA PUSAKA. Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor) 2003, Fasal 5 (4) :. “ Majlis hendaklah mempunyai kuasa untuk bertindak sebagai wasi sesuatu wasiat atau sebagai pentadbir harta pusaka seseorang si mati atau sebagai pemegang amanah mana-mana amanah.”.

(11) BIDANGKUASA MAHKAMAH SYARIAH Perakuan pewarisan.

(12) ISU & PERMASALAHAN PERWARISAN HARTA MUALLAF. 1. WARIS MUSLIM 2. TIADA WARIS 3. WARIS NON MUSLIM.

(13) 1.. KES 1. WARIS MUSLIM. :. EMILY BT ABDULLAH @ YEO LENG NEO. Meninggal. :. (JKPTG / UPP Daerah Hulu Langat) 2 September 1996. Waris. :. Khairuddin bin Hairan. Aset. :. Rumah . Pemilik bersama (½ bahagian) dengan suami. RM 175,000.00. Pembahagian. :. Suami Baitulmal. Status. :. Suami mohon tebus pusaka dengan membeli ¼ bahagian milik Baitulmal. Pengurangan harga penebusan turut dipohon oleh waris.. (Suami). ¼ bahagian (RM 87,500.00) ¼ bahagian (RM 87,500.00). Permohonan telah dipersetujui oleh pihak Baitulmal..

(14) 1.. KES 2. WARIS MUSLIM. : OOI PO TSUAN @ ZARINA BT ABDULLAH (Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur). Meninggal Waris Aset. : 21 Mei 2002 : a. Kamarudeen b. Abdul Kader (Suami) b. Farah Yasmin bt Kamrudeen (Anak Perempuan) : Harta Alih & Harta Alih (RM 943,427.17). Pembahagian. : Suami Anak Perempuan Baitulmal. 2 bahagian (RM 471,713.60) -Faraid+Harta Sepencarian 1 bahagian (RM 235,856.80) 1 bahagian (RM 235,856.80). Status. : Suami mohon tebus pusaka dengan membeli ¼ bahagian milik Baitulmal. Pengurangan harga penebusan turut dipohon oleh waris. Permohonan telah dipersetujui oleh pihak Baitulmal..

(15) 2.. TIADA WARIS. KES 1. : ZAITON BT ABDULLAH. Meninggal. (Wisma Tanah, Jalan Semarak, Kuala Lumpur) : 22 November 1989. Waris. Aset. : Tiada. (Si mati merupakan seorang berbangsa Cina. Telah diserahkan ibubapanya telah menyerahkan beliau kepada keluarga angkat Melayu Islam sejak kecil. Beliau pernah berkahwin, tetapi tiada anak. Telah bercerai pada tahun 1976). : Harta Alih & Tak Alih (RM 217,239.92). Pembahagian Status. : Baitulmal 1 bahagian (RM 217,239.92). : Si mati telah melantik sahabat karibnya iaitu Pn. Sara bt Doriat & Pn. Zarina bt Ardani sebagai pentadbir melalui satu surat Power of Attorney. Antara kandungan surat PA itu juga ialah, 1. Mewakafkan sebidang tanah yang terletak di Kg. Sg. Buloh Alor Gajah, Melaka kepada masjid di sana. MAIS telah menyerahkan urusan tersebut kepada MAIM. 2. Mewakafkan hasil sewaan rumah yang terletak di Kelana Jaya, Petaling Jaya kepada rumah anak-anak yatim. Segala harta alih telah diterima oleh Baitulmal. Pelaksanaan wasiat (harta tak alih) masih dalam proses penyelesaian..

(16) 2.. TIADA WARIS. KES 2 : WASIAT KHAIRIL ALBRECHT BIN ABDUllAH (KEPUTUSAN MESYUARAT JAWATANKUASA FATWA NEGERI SELANGOR 1991). 2.. Mesyuarat Jawatankuasa Perunding Hukum Syara’ yang telah diadakan pada 23 Mei 1991 dengan sebulat suara mengambil keputusan adalah seperti berikut : 2.1. Bahawa Khairil Albrecht bin Abdullah yang menukar agamanya kepada Kristian melalui surat sumpah pada 18 November 1988 dihadapan K. Satihaseelan P.P.N. (pesuruh Jaya Sumpah Kuala Lumpur) dan pengistiharan akhbar adalah tidak sah, dan begitu juga iklan surat khabar tidak boleh diterima kerana ia tidak ada yang khusus dan di dalam hukum Syara' penyaksian sumpah disaksikan oleh orang bukan Islam adalah tidak sah. Oleh itu, Khairil Albrecht bin Abdullah semasa matinya masih lagi memegang kad Islam yang dikeluarkan oleh PERKIM No. D 0012/86 sebagai orang Islam yang sah seperti mana yang didaftarkan. 2.2. Wasiat yang dibuat oleh simati dikira sah oleh hukum Syara', Ertinya : "Sah wasiat daripada orang Islam dan yang bukan Islam, kerana wasiat itu adalah satu jenis kebajikan, dan ia perkara yang disukai (digalakkan) dalam sekelian agama, dan harus hukumnya sebagaimana yang telah kami terangkan dahulu wasiat orang Islam kepada orang kafir dan wasiat orang kafir kepada Islam".. 3.. Wasiatnya di kira sah tetapi yang harus (boleh) diberikan hartanya kepada orang yang wasiatnya itu tidak boleh lebih daripada 1/3 (satu pertiga) dari harta yang ditinggalkan dan baki lagi hendaklah diserahkan kepada Baitulmal. Ertinya : " Maka apabila tidak didapati seorang pun daripada waris pada darjat dan susunan yang telah kami sebutkan, maka hendaklah diberikan harta peninggalan itu dalam khazanah ammah bagi orang Islam ertinya dalam Baitulmal orang Islam. ”.

(17) 3. KES 1. WARIS BUKAN ISLAM. : RAMOO A/L KUPPUSAMY @ ABD. RAHMAN BIN ABDULLAH (JKPTG / UPP Daerah Hulu Langat). Meninggal. : 14 November 1999. Waris. : a. Letchimy a/p Batumalai (Isteri) b. 7 orang anak. Aset. : Harta Alih & Tak Alih. Pembahagian : Baitulmal. (RM 45,169.77) 1 bahagian (RM 45,169.77). Status. : Si mati asalnya adalah seorang muallaf. Pernah berkahwin dengan seorang wanita Melayu Islam dan kemudian bercerai tanpa dikurniakan cahayamata. Si mati telah berkahwin dengan seorang wanita beragama Hindu mengikut upacara agama Hindu. Beliau tidak pernah membuat proses pertukaran agama Islamnya sehingga saat kematian. Isteri dan anak-anak enggan untuk menyerahkan harta tak alih (rumah). Permasalahn. : 1. Status sebenar agama si mati. 2. Kedudukan & Hak waris bukan Islam.

(18) 3.. WARIS BUKAN ISLAM. Kes 2. : LIM SEK KING @ ABDUL WAHID ABDULLAH (Majlis Agama Islam Melaka). Waris. : a. Ng Giok Song b. 3 orang anak. Aset : Harta Alih & Tak Alih Pembahagian : Baitulmal Melaka Permaslahan. (Hero Gunung Ledang). (Isteri). (RM 100,000.00) 1 bahagian (RM 100,000.00). : 1. Status agama sebenar si mati 2. Hak waris bukan Islam.

(19) 3.. WARIS BUKAN ISLAM. Kes 2. : KOPERAL MOHAMAD ABDULLAH MOORTHY (Hero Gunung Everest) (Mahkamah Tinggi Syariah & Mahkamah Sivil). Waris. : Kaliammal a/p Sinnasamy (Isteri). Status. : Mahkamah Tinggi Syariah KL telah memutuskan dengan memberikan hak pengkebumian Moorthy kepada JAWI menurut ajaran Islam. Permohonan saman pemula oleh balu si mati di Mahkamah Tinggi KL dan Mahkamah Rayuan gagal kerana Hakim berpendapat bahawa kes tersebut adalah di bawah bidangkuasa Mahkamah Syariah. Walaubagaimanapun, mahkamah menerima permohonan balu untuk mengiktiraf beliau adalah isteri yang sah kepada Moorthy. Balu berjaya mendapat faedah kematian yang ditinggalkan oleh Moorthy..

(20) BIDANGKUASA MAHKAMAH SYARIAH. Bidang kuasa tidak meliputi orang bukan Islam 74. (1). Tiada keputusan Mahkamah Rendah Syariah, Mahkamah Tinggi Syariah atau Mahkamah Rayuan Syariah boleh melibatkan manamana hak atau harta seseorang bukan Islam. (2) Bagi mengelakkan keraguan, maka dengan ini ditegaskan bahawa seseorang Islam hendaklah untuk setiap masa diiktiraf dan diperlakukan sebagai seseorang Islam melainkan jika suatu perisytiharan telah dibuat oleh Mahkamah Syariah bahawa ia tidak lagi beragama Islam..

(21) ISU DAN CADANGAN 1. PERUNTUKAN UNDANG-UNDANG *. Status Orang Islam Yang Telah Murtad atau Membuat Permohonan Murtad Undang-undang berkaitan kesalahan murtad belum mempunyai peruntukan yang jelas dan mencukupi bagi memutuskan pertikaian berkaitan isu murtad, terutamanya melibatkan persoalan berikut ; 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8.. Status agama seorang Islam atau muallaf yang telah membuat perakuan murtad secara rasmi atau membuat permohonan murtad dan memeluk agama lain di mahkamah ? Status agama seorang muallaf yang memeluk Islam tetapi tidak pernah mengamalkan ajaran Islam & menyembunyikan keislamannya daripada keluarga bukan Islam ? Status agama seorang Islam atau muallaf yang beramal dengan ajaran agama lain. Adakah telah terkeluar dari Islam? Seseorang Islam atau muallaf yang berkahwin dengan pasangan agama lain dan tidak pernah amalkan ajaran Islam ? Seseorang Islam yang menjadi pengamal ajaran sesat atau fahaman seperti Black Metal. Adakah tergolong sebagai murtad atau bagaimana ? Seseorang yang membuat surat akuan murtad dan diarahkan untuk menghadiri beberapa sesi kaunseling, adakah dia sudah terkeluar dari Islam? Seseorang yang telah membuat perakuan dan permohonan murtad, tetapi ditolak oleh mahkamah. Apakah status agama & bagaimana kesudahan hidup mereka? Bidangkuasa Mahkamah Syariah untuk menerima atau menolak permohonan murtad, bentukbentuk hukuman bagi kesalahan jenayah murtad serta kesannya terhadap kehidupan pelakunya seperti perkahwinan, hak penjagaan anak, harta pusaka dan sebagainya.

(22) ISU DAN CADANGAN. Peruntukan undang-undang yang jelas perlu diwujudkan samada berbentuk substantif atau tatacara. Ianya diyakini mampu menyelesaikan kekaburan dan pertikaian berkaitan status agama seseorang individu. Status agama yang jelas sudah tentu akan memudahkan penyelesaian terhadap segala pertikaian berkaitan hak dan kehidupan pelaku murtad seperti status perkahwinan, pengkebumian, hadhanah, harta pusaka, dan sebagainya..

(23) ISU DAN CADANGAN 2. INSTRUMEN PERANCANGAN HARTA PUSAKA ISLAM * MEMELIHARA HAK PUSAKA WARIS ISLAM & BUKAN ISLAM -Masih ramai orang Islam di Malaysia masih tidak mengetahui mengenai sistem perancangan pusaka Islam seperti wasiat, hibah, wakaf dan serta kepentingannya dalam menyelesaikan permasalahan pembahagian pusaka. -Sistem ini merupakan kaedah terbaik bagi memelihara hak waris terutamanya bagi gologan muallaf yang mempunyai waris Islam dan bukan Islam. Ianya mampu membuktikan betapa adilnya dan sempurnanya ajaran Islam dalam memelihara hubungan dan hak orang bukan Islam. -Program kesedaran dan penerangan yang dijalankan oleh agensi yang mengendalikan perkhidmatan ini masih di tahap yang amat sederhana dan perlu diperluaskan..

(24) Ayam Hutan Ayam Selasih,. H3.

(25)

Referensi

Dokumen terkait

Cinangsi RT.03 RW.04 Gunung Masigit.. Warung

Peningkatan pertambahan berat badan seiring dengan meningkatnya jumlah koloni Bacillus coagulans di usus halus, diperkirakan Bacillus coagulans ini bersifat

Konstruksi alat dan jenis umpan pada penelitian ini tidak saling mempengaruhi dalam penangkapan lobster air tawar, sehingga dapat dikatakan bahwa lobster air

telah memberikan nasihat kepada penulis selama masa studi dan mengajari penulis agar tidak menjadi pecundang, tetapi harus jadi seorang pemenang. Memen Durachman, M.Hum dan

Luomuruokaa ilmoitti säännöllisesti ostavansa noin neljäsosa keittiöistä, mutta pääosin luomu- ruoan käyttö on lähiruoan käyttöä huomattavasti satunnaisempaa.. Reilu

adanya struktur organisasi tenaga administrasi sekolah dilengkapi dengan personilnya dan uraian tugas;2. adanya struktur organisasi perpustakaan dilengkapi

1. Kepada Allah SWT, karena hanya atas izin dan karunia Nya lah maka skripsi ini dapat dibuat dan diselesaikan tepat pada waktunya. Puji syukur yang tak terhingga pada Allah SWT

Hasil penelitian adalah ruang tradisional Desa Adat Penglipuran terdiri dari tiga tingkatan ruang yang berdasarkan konsep Tri Mandala, yaitu Utama, Madya dan