• Tidak ada hasil yang ditemukan

CABARAN KEPADA MASA DEPAN EKONOMI MALAYS

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "CABARAN KEPADA MASA DEPAN EKONOMI MALAYS"

Copied!
9
0
0

Teks penuh

(1)

1 CABARAN KEPADA MASA DEPAN EKONOMI MALAYSIA

1.0 PENGENALAN

Bekas Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir bin Mohamad, mewarwarkan

Malaysia dijangka akan mencapai status negara maju menjelang tahun 2020, mengikut

acuannya sendiri. Disebabkan oleh Wawasan 2020, aktiviti ekonomi Malaysia menerima

impak melalui transformasi Malaysia dari negara pertanian ke negara perindustrian. Melalui

Wawasan 2020 juga, banyak projek pembangunan telah dilaksanakan agar selari dengan

Wawasan 2020, seperti pembinaan projek mega Multimedia Super Corridor (MSC) yang

telah membawa kepada pembinaan Kuala Lumpur Convention Centre (KLCC), Lapangan

Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan Cyberjaya. Projek-projek tersebut

merupakan antara projek-projek terpenting dalam usaha mentransformasikan ekonomi

Malaysia ke tahap yang lebih tinggi pada masa itu.

Berdasarkan Indeks Daya Saing Global atau Global Competitive Index, kita berada di

tangga ke-25.1 Persoalan yang ingin dilontarkan ialah adakah pencapaian tangga ke-25 itu menunjukkan kepada kita satu petanda yang baik kepada Malaysia dari segi keupayaan

negara dalam mencapai status negara maju menjelang tahun 2020? Atau di manakah

bahagian yang harus Malaysia beri perhatian sepenuhnya dalam usaha melicinkan

perjalanan ke arah status negara maju? Bagi menjawab persoalan-persoalan tersebut,

terdapat banyak cabaran yang harus Malaysia tempuhi dalam usaha membina sebuah

negara maju. Jadi, semuanya bermula dari kekuatan ekonomi.

1

(2)

2

1.1 CABARAN EKONOMI MALAYSIA

Seperti yang sedia maklum pada tahun-tahun sebelumnya, Malaysia telah

menghadapi pelbagai pahit getir dalam konteks pembangunan ekonomi. Seperti yang kita

tahu, krisis ekonomi yang berlaku pada tahun 1997-1998 telah memberi impak yang besar

kepada hampir kesemua negara-negara Asia termasuklah Malaysia. Biarpun Malaysia

berjaya mengatasi cabaran kelembapan ekonomi pada waktu itu, persoalannya, bagaimana

masa depan ekonomi Malaysia? Krisis ekonomi telah menjadi satu trend dalam jangka masa

10 tahun disebabkan oleh berlakunya lagi krisis ekonomi yang serius pada tahun 2008

selepas itu. Apabila berlakunya krisis ekonomi yang melanda seluruh dunia, adakah

Malaysia mengambil langkah berjaga-jaga dalam menghadapi persekitaran yang tidak

dijangka dalam kelembapan ekonomi?

Cabaran ekonomi Malaysia dapat disenaraikan seperti berikut:

1. Ketidaktentuan ekonomi dunia.

2. Tahap daya saing Malaysia dengan negara-negara lain di dunia.

3. Malaysia dan globalisasi.

1.1.1 Ketidaktentuan ekonomi dunia

Dunia telah mengalami krisis kegawatan ekonomi yang besar pada tahun

2008 yang berpunca dari kejatuhan nilai mata wang Dollar US. Malaysia juga tidak

terlepas dari menerima tempias hasil daripada kegawatan ekonomi yang berlaku di

seluruh dunia. Disebabkan oleh krisis ekonomi dunia, eksport Malaysia telah

menurun sebanyak 27.8% pada bulan Januari 2009 dan penurunan pelaburan luar

(3)

3 billion pada tahun 20082. Ini menunjukkan bahawa betapa besarnya impak ekonomi dunia terhadap Malaysia yang mana jika dunia mengalami kegawatan ekonomi yang

serius, Malaysia juga akan mengalami perkara yang sama. Cabaran ekonomi global

amatlah berat sehingga menyebabkan sesebuah negara mengalami kesukaran

untuk menarik pelabur luar untuk datang ke negara tersebut ketika krisis ekonomi

dunia berlaku. Krisis ekonomi ini yang telah berlaku pada tahun 2008 dijangka akan

berulang dalam tempoh 10 tahun akan datang, jadi Malaysia amat memerlukan

persediaan yang rapi untuk menghadapi ketidaktentuan ekonomi kerana ekonomi

bakal menentukan jatuh bangunnya sesebuah negara, seperti yang berlaku di

Greece yang sudah diisytiharkan negara muflis baru-baru ini.

Setelah berakhirnya krisis ekonomi dunia pada tahun 2008, Kerajaan

Malaysia telah sedaya upaya untuk memulihkan ekonomi negara dengan

melancarkan Pakej Ransangan Ekonomi berjumlah RM67 billion. Pakej ransangan

pertama telah dilancarkan dengan peruntukan sebanyak RM7 billion, manakala

RM60 billion diperuntukkan untuk pakej yang kedua. Sebenarnya, inisiatif yang

dilakukan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak ini adalah mengikuti

usaha yang dilakukan oleh negara-negara maju dalam memulihkan semula ekonomi

negara masing-masing, contohnya, Amerika Syarikat (US) melancarkan pakej

ransangan bagi negarannya berjumlah USD 787 billion, China dengan

memperuntukkan USD 586 billion untuk pakej ransangan, pakej ransangan bagi

Jerman berjumlah USD 104.5 billion dan Singapura dengan memperuntukkan

sebanyak USD 13.2 billion3. Ini menunjukkan bahawa sesetengah negara maju juga melancarkan pakej ransangan ekonomi untuk negara mereka bagi mengembalikan

2

http://www.rangsanganekonomi.treasury.gov.my/index.php?option=com_content&view=arti

cle&id=62&Itemid=95&lang=my

3

http://www.rangsanganekonomi.treasury.gov.my/index.php?option=com_content&view=arti

(4)

4 ekonomi kembali ke paras normal serta memulihkan kekuatan ekonomi dalam

negara dahulu sebelum membuat perancangan untuk aktiviti ekonomi antarabangsa.

Malaysia menggunakan inisiatif yang sama seperti negara lain untuk

mengurangkan impak yang dibawa oleh krisis ekonomi tahun 2008 bagi memulihkan

pembangunan ekonomi dalam negara seperti menambah peluang pekerjaan,

meneruskan projek pembangunan, menambah bantuan dalam sektor pertanian dan

membantu golongan yang menerima tempias dari krisis tersebut. Dengan cara ini,

Malaysia dapat memberi fokus kepada pembangunan ekonomi seluruh negara

dahulu untuk membina daya tahan negara dan mengukuhkan ekonomi nasional

daripada terlalu memberi fokus kepada ekonomi global.

1.1.2 Tahap daya saing Malaysia dengan negara-negara lain di dunia

Dalam Indeks Daya Saing Global (Global Competitive Index) untuk tahun

2012 , Malaysia telah menunjukkan penurunan dari tangga ke-21 ke tangga ke-25.

Merujuk kepada kedudukan tersebut, timbul dua persoalan, iaitu adakah Malaysia

sudah hilang daya saing di arena global atau adakah negara-negara lain sudah

mampu menyaingi Malaysia di pentas dunia pada masa sekarang?4 Ini menunjukkan bahawa Malaysia terpaksa merempuh cabaran yang getir di pasaran global dengan

penurunan Indeks Daya Saing Global bagi Malaysia. Melalui pencapaian tersebut,

mampukah negara menjadi lebih berdaya saing pada tahun akan datang? Atau

mampukah Malaysia mencapai sasaran menjadi negara maju menjelang tahun 2020.

Terdapat banyak persoalan yang akan dijawab dengan merujuk tahap daya saing

Malaysia berbanding negara-negara lain di dunia.

4

(5)

5 Seperti yang sedia maklum, sesetengah negara telah menunjukkan

pembangunan yang pesat dalam ekonomi pada waktu kini, seperti China dan India.

Pada masa kini, hampir kesemua negara memandang ke arah China disebabkan

oleh kelebihan China dalam kemampuan menawarkan kos buruh yang rendah jika

dibandingkan dengan negara lain. Manakala, India pula menjadi pusat kepada

pakar-pakar dalam bidang IT yang mana India dapat menjadi lubuk untuk mendapatkan

pakar IT bertahap tinggi pada kos yang rendah. Merujuk kepada senario tersebut,

kos yang efisien telah menjadi keutamaan kepada pelabur bagi mengurangkan kos

pengeluaran. Kos yang efisien telah menjadi faktor yang akan menarik pelabur ke

negara dalam usaha meluaskan pasaran mereka serta penghasilan banyak produk

dalam perniagaan.

Dari segi kos buruh, Malaysia tidak mampu menawarkan harga yang sama

seperti yang dilakukan oleh India dan China, disebabkan oleh kekurangan bilangan

buruh di negara kita dan juga kekurangan kepakaran dalam sesetengah bidang,

terutamanya dalam IT pada masa kini. Ini mungkin menjadi faktor pemangkin kepada

hilangnya daya saing Malaysia di pasaran global sekarang. Dalam tahap ini juga, kita

dapat perhatikan bahawa tahap daya saing antara negara-negara di dunia telah

menjadi agresif terutamanya dalam proses globalisasi secara berterusan dan dunia

juga sudah memasuki Zaman Siber yang mana kemajuan teknologi dan internet

menjadi kayu ukur kepada kejayaan sesebuah negara di mata dunia.

Dalam hal ini, Malaysia memerlukan banyak pembangunan dari aspek IT dan

pembangunan teknologi untuk lebih berdaya saing dengan negara lain. Melalui

Indeks Daya Saing Global, kita juga dapat melihat Malaysia telah memperbaiki

pencapaian dalam sesetengah bidang, seperti dalam peluang inovasi, Malaysia telah

memperbaiki kedudukan dari tangga ke-19 ke tangga ke-17, dari segi Kerjasama

Universiti dalam Industri (University Industry Collaboration), kedudukan Malaysia

(6)

6 canggih, kedudukan telah meningkat dari tangga ke-27 ke tangga ke-25 dan dari

segi kelebihan daya saing semulajadi (nature of competitive advantage), Malaysia

telah memperbaiki kedudukan dari tangga ke-29 ke tangga ke-285. Ini menunjukkan bahawa masih lagi terdapat ruang untuk Malaysia membaiki segala kelemahan

apabila dibandingkan dengan negara lain. Perkara yang lebih mustahak sekarang

ialah fokus cabaran Wawasan 2020, iaitu pembangunan teknologi, masyarakat yang

lebih inovatif dan negara yang berdaya saing di pentas dunia, mesti dicapai oleh

Malaysia untuk selari dengan Wawasan 2020. Biarpun masih ada 6 tahun lagi

menuju tahun 2020, masih belum terlambat bagi Malaysia melipatgandakan usaha

untuk memperbaiki pencapaian dalam sesetengah bidang yang masih lemah kerana

Malaysia masih perlu mengembangkan lagi bidang-bidang yang lemah dalam usaha

meningkatkan daya saing sebelum melangkah ke tahun 2020.

1.1.3 Malaysia dan globalisasi

Terdapat banyak definisi untuk istilah globalisasi. Globalisasi dapat

didefinisikan sebagai pergerakan secara bebas barangan, perkhidmatan dan

manusia antara negara dalam keadaan yang sempurna dan bergabung6. Ini bermaksud bahawa ianya termasuklah pergerakan barangan, perkhidmatan dan

manusia tanpa mengira sempadan, disebabkan oleh aktiviti ekonomi di serata dunia.

Globalisasi juga bermaksud penyebaran dan perhubungan pengeluaran,

komunikasi dan teknologi serata dunia yang menglibatkan terhubungnya aktiviti

ekonomi dan budaya.7 Ini bermaksud seluruh negara di serata dunia adalah

5

http://www.businesscircle.com.my/are-we-climbing-the-right-ladder/

6

http://www.managementstudyguide.com/what-is-globalization.htm

7

(7)

7 berhubung antara satu sama lain apabila dikaitkan dengan aktiviti ekonomi serta

sosial, yang dikongsi bersama tanpa had atau sekatan.

Selain itu, ianya dapat didefinisikan sebagai proses interaksi dan integrasi

antara manusia, syarikat dan kerajaan berlainan negara, satu proses dipandu untuk

perdagangan antarabangsa dan pelaburan ditambah lagi dengan teknologi informasi

yang memberi kesan kepada persekitaran, budaya, sistem politik, kemajuan ekonomi

dan kesejahteraan, dan kebajikan fizikal manusia dalam masyarakat di serata dunia.8 Ini bermakna setiap elemen dalam sesebuah negara telah mula bergabung dengan

negara lain bagi mendapatkan satu proses yang aktif melalui bisnes di peringkat

antarabangsa, dengan bantuan IT sebagai penggerak utama untuk berhubung

dengan negara lain di serata dunia.

Berdasarkan kepada tiga definisi di atas, globalisasi telah menguasai dunia

dan Malaysia tidak dapat terlepas dari globalisasi. Aktiviti ekonomi pada masa kini

lebih mementingkan pasaran global terutamanya dengan bantuan internet yang

mempunyai keupayaan menghubungkan segenap lapisan manusia di seluruh dunia

dengan hanya satu klik sahaja. Cabaran yang harus ditempuh oleh Malaysia di

dalam dunia tanpa sempadan ini ialah dengan adanya proses globalisasi, akan

wujud persaingan secara terbuka dengan negara lain terutamanya dengan negara

maju yang mempunyai teknologi canggih

Persaingan dari segi ekonomi pada masa sekarang juga bergantung kepada

berapa pantas perkhidmatan dapat dihantar ke destinasi dengan menggunakan

internet. Satu cabaran bagi Malaysia apabila menyentuh aspek perhubungan melalui

internet yang mana dalam Indeks Daya Saing Global, Malaysia berada dalam tangga

ke-83 dari segi kepantasan internet antarabangsa, tangga ke-68 bagi langganan

internet jalur lebar dan tangga ke-64 bagi langganan jalur lebar mudah alih. Ini

8

(8)

8 menunjukkan Malaysia masih tidak mampu berdaya saing dari aspek perhubungan

melalui internet. Dengan adanya internet yang mampu memberi transaksi ekonomi

yang lebih baik tanpa sempadan, Malaysia perlu memperbaiki perkhidmatan internet

negara agar dapat menyalurkan informasi antara negara-negara di dunia dengan

lebih pantas supaya dapat menyedia perkhidmatan perniagaan yang lebih baik

melalui atas talian (online). Hanya memperbaiki kelemahan dalam aspek ini, barulah

Malaysia dapat melangkah ke hadapan dalam memberi transaksi ekonomi yang lebih

baik kepada pelabur dengan menggunakan internet di Zaman Siber ini.

2.0 PENUTUP

Cabaran yang dihadapi oleh Malaysia dari segi ekonomi dapat kita lihat dari sudut

yang luas yang mana diaplikasikan dalam ekonomi global. Ini menunjukkan faktor luaran

mempengaruhi aktiviti ekonomi dalam sesebuah negara masa kini. Malaysia harus

mengakui bahawa persaingan ekonomi global tidaklah semudah yang disangka pada masa

sekarang terutamanya apabila berlakunya globalisasi dalam ekonomi. Pembinaan daya

tahan negara merupakan agenda penting dalam ekonomi Malaysia jika ingin mahu berdiri

sama tinggi dan duduk sama rendah dengan negara-negara maju lain di dunia. Jadi, tidak

mustahil untuk Malaysia mencapai objektif yang tersenarai dalam Wawasan 2020, asalkan

Malaysia mampu kekal berdaya saing dan terus membaikpulih segala kelemahan yang ada.

Biodata Penulis

Lt Kol Saiful Anwar Md Ali merupakan Pensyarah Kanan di Fakulti Sains Pentadbiran dan

Pengajian Polisi, UiTM Sarawak. Telah berkhidmat selama 25 tahun sebagai Pegawai

Tentera Darat di seluruh pelusuk negeri. Merupakan penulis buku “An Overview on Strategy

and Security Matters” (2006) sebelum menamatkan perkhidmatan pada tahun 2007.

Merupakan Penulis Tamu kepada Jurnal PERAJURIT, Utusan Borneo Sabah dan

Penganalisis Politik dan Ketenteraan kepada Oriental Daily Newspaper. Pernah menjawat

(9)

9 2010-2012. Merupakan tenaga penggerak kepada BTN Negeri Sarawak. Menjawat jawatan

sebagai Pegawai Memerintah Batalion 1, Rejimen 510 Sibu, Sarawak

RUJUKAN

Azim Pawanchik (2012). Are We Climbing the Right Ladder? Diambil pada 14th December 2012, dari http://www.businesscircle.com.my/are-we-climbing-the-right-ladder/

NST (2012). Malaysia slips to 25th spot in latest Global Competitiveness Report. Diambil

pada 14th December 2012, dari http://www.nst.com.my/top-news/malaysia-slips-to 25th-spot-in-latest-global-competitiveness-report-1.137505#ixzz2EzjFa3RM

Smith, M. K. and Doyle M. (2002). Globalization. Diambil pada 23rd December 2012, dari http://www.infed.org/biblio/globalization.htm

(2009). Senario Ekonomi Global . Diambil pada 23rd December 2012, dari

http://www.rangsanganekonomi.treasury.gov.my/index.php?option=com_content&vie

w=article&id=62&Itemid=95&lang=my

(n.d). What is Globalization? Diambil pada 23rd December 2012, dari http://www.globalization101.org/what-is-globalization/

Referensi

Dokumen terkait

Oleh karena itu, dilakukan penelitian untuk mengetahui efek hepatotoksik pemberian kombinasi parasetamol-ibuprofen dibandingkan parasetamol pada nekrosis hepar

Ada beberapa pipa baja dengan ketebalan dinding tertentu yang biasa digunakan pada mesin pendingin, adapun ukuran diameter pipa baja tersebut sama dengan ukuran

Kesimpulan yang dapat diambil dari pelaksanaan kegiatan ini adalah adanya peralihan penggunaan alat penyelaman dari kompresor tambal ban menjadi penyelaman dengan menggunakan

Pada proses pembuatan Laporan Praktik Kerja Lapangan penulis tidak Pada proses pembuatan Laporan Praktik Kerja Lapangan penulis tidak merasa kesulitan karena penulis

Perilaku biasanya ditunjukkan pada klien dengan harga diri rendah adalah kritik terhadap diri sendiri/orang lain, produktivitas menurun, destruksi pada orang lain,

Untuk mengevaluasi tentang kinerja finansial bank maka tidak cukup hanya dengan melihat besarnya laba namun diperlukan adanya analisis laporan keuangan dengan menggunakan rasio

Penelitian dimulai pada saat peneliti mengurus surat izin ke Kantor Badan Kesatuan Bangsa dan Politik (BAKESBANGPOL) Provisi Jawa Timur yang berada dijalan Putat

Berdasarkan hasil pengujian secara parsial, dapat dilihat pada tabel 3 yang menyajikan bahwa kepemilikan manajerial memiliki nilai probabilitas (p-value) 0,1051