• Tidak ada hasil yang ditemukan

PENCEROBOHAN TANAH WAKAF DARI ASPEK PERU

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "PENCEROBOHAN TANAH WAKAF DARI ASPEK PERU"

Copied!
16
0
0

Teks penuh

(1)

Proceedings of the International Conference on Waqf 2015 (ICW2015), Universiti Sultan Zainal

Abidin (UniSZA), Kuala Terengganu, Terengganu May 10 – 11, 2015

____________________________________________________________________________ PENCEROBOHAN TANAH WAKAF DARI ASPEK PERUNDANGAN NEGARA

Dr. Rusnadewi Abdul Rashid a aUniversiti Teknologi Mara Perlis

rusnadewi@perlis.uitm.edu.my

Rohayati Hussin b

bUniversiti Teknologi Mara Kedah broha427@kedah.uitm.edu.my

Prof Dr. Noor Inayah Yaakub c cUniversiti Islam Malaysia

inayah@uim.edu.my

ABSTRAK

Isu pencerobohan tanah wakaf adalah merupakan salah satu faktor penyumbang kepada kegagalan pembangunan tanah wakaf di Malaysia. Permasalahan ini sangat berkait rapat dengan aspek pendaftaran tanah wakaf menurut Kanun Tanah Negara 1965. Ini adalah kerana pendaftaranlah yang akan memuktamadkan ketuanpunyaan tanah wakaf. Kertas kerja ini dibuat bagi memfokuskan persoalan tentang pihak manakah yang mempunyai kuasa untuk mendakwa penceroboh serta berhak atau bertanggungjawab terhadap isu pembayaran wang pampasan akibat pencerobohan tanah wakaf. Selain itu, ia juga bertujuan merungkai persoalan berkenaan peruntukan sedia ada yang boleh digunapakai bagi tujuan penyelesaian kemelut tersebut. Mengaplikasikan kaedah penyelidikan undang-undang tulen yang mengetengahkan kajian berbentuk kualitatif, kajian ini diharap dapat menyumbang ke arah penambahbaikan pengurusan tanah wakaf terutama bagi isu kawalan terhadap tanah.

(2)

1. PENGENALAN

Pencerobohan tanah wakaf bukan sahaja menjadi satu kesalahan di sisi undang-undang negara, malah ia sememangnya telah ditegah dalam Islam. Larangan ini berdasarkan firman Allah SWT dalam surah an-Baqarah: 188 yang bermaksud:

Dan janganlah sebahagian kamu memakan harta sebahagian yang lain di antara kamu dengan jalan yang batil.

Ia juga dikuatkan oleh sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:

"Sesiapa yang mengambil sejengkal tanah orang lain tanpa izin pemiliknya, maka Allah akan membebaninya dengan tujuh lapis bumi." (Riwayat Bukhari, Muslim dan Ahmad).

Masalah pencerobohan tanah wakaf yang berlaku di negara ini tidak boleh dipandang ringan. Iamemberi implikasi yang tidak baik kepada agenda pembangunan tanah wakaf. Hal ini akan menyebabkan niat murni orang yang memberi wakaf tidak kesampaian dan seterusnya membantutkan usaha meningkatkan ekonomi umat Islam. Permasalahan pencerobohan tanah wakaf ini sebenarnya sangat berkait rapat dengan aspek pendaftaran tanah yang diamalkan pada masa kini. Ini adalah kerana pendaftaranlah yang akanmenentukan hak kepada ketuanpunyaan tanah wakaf. Pada masa ini, ketiadaan akta khusus mengenai tanah wakaf telah menimbulkan ketidakselarasan tentang prosedur pendaftaran tanah wakaf yang memberi kesan yang berbeza terhadap permasalahan berkaitan pencerobohan ke atas tanah wakaf. Rentetan itu timbul permasalahan tentang pihak manakah yang mempunyai kuasa untuk mendakwa penceroboh dan berhak atau bertanggungjawab terhadap isu wang pampasan sebagai remedi kepada pencerobohan yang berlaku. Justeru itu, skop kertas kerja ini akanmenjurus kepada dua objektif utama iaitu,penelitian terhadap proses pendaftaran tanah wakaf yang tidak seragam dan memberikan kesan yang berbeza terhadap isu ketuanpunyaan tanah wakaf serta jenis perlindungan yang diperuntukan di bawah perundangan Malaysia bagi kes pencerobohan tanah. Mengaplikasikan kaedah penyelidikan undang-undang tulen yang mengetengahkan kajian berbentuk kualitatif, kajian ini diharap dapat menyumbang ke arah penambahbaikan pengurusan tanah wakaf terutama bagi tujuan pembangunan sebagai agenda mengurangkan kadar kemiskinan rakyat dan memacu ekonomi negara.

(3)

Sistem pendaftaran untuk semua jenis urusan tanah, termasuk tanah wakaf di Malaysia adalah tertakluk di bawah Kanun Tanah Negara 1965 (KTN) dengan menggunapakai borang-borang berkanun yang sama. Pendaftaran tanah wakaf boleh dilakukan melalui deklarasi berkanun mengenai pelepasan hak ketuanpunyaan ke atas mana-mana harta seperti melalui Borang 14A KTN yang berfungsi sebagai pengakuan pemindahmilikan tanah kepada seseorang atau Borang 12A dan 12B sebagai pengakuan penyerahan balik tanah kepada pihak kerajaan.Selain itu, kaedah perletakhakan berkanun di bawah seksyen 416C serta perletakhakan berkanun suatu kepentingan berdaftar di bawah seksyen 415 melalui Borang 30A juga boleh digunapakai (Sallehuddin Ishak, 2013). Secara ringkasnya, terdapat empat kaedah yang diamalkan bagi tujuan pendaftaran tanah wakaf menurut perundangan KTN di seluruh negara iaitu:

i) Seksyen 416C

Seksyen ini merupakan peruntukan yang berkaitan dengan kaedah pendaftaran tanah termasuk pendaftaran tanah wakaf melalui Peletakhakan Berkanun (Statutory Vesting). Kaedah pindahmilik ini tidak membabitkan prosedur yang rumit. Penyempurnaan dibuat tanpa pengisian apa-apa instrumen oleh Majlis Agama Islam Negeri (MAIN) kerana permohonan boleh dibuat sekadar dengan menulis suratdengan melampirkan surat lafaz wakaf dan suratcara wakaf kepada Pendaftar Hakmilik atau Pentadbir Tanah (mengikut mana yang berkenaan) bagi tujuan tersebut. Selain itu, salinan peruntukan statutori berkaitan perletakhakan tanah wakaf kepada MAIN di bawah akta atau enakmen negeri berkenaan juga perlu turut dikemukakan. Sekiranya permohonan diluluskan, Pendaftar Hakmilik atau Pentadbir Tanah akan mengendorskan hak pemohon di dalam daftar dokumen hak milik tanah.

ii) Seksyen 195, 197 dan 200 KTN

(4)

dilakukan secara bertulis kepada Pentadbir Tanah dengan menggunakan Borang 12A(seksyen 197 jika bagi maksud keseluruhan tanah) atau Borang 12B (seksyen 200 jika bagi maksud sebahagian tanah).

iii) Seksyen 415 KTN

Kaedah ini dibuat apabila permohonan bagi pendaftaran peletakhakan berkanun bagi suatu kepentingan berdaftar atau yang boleh didaftarkan mengenai tanah disempurnakan melalui Borang 30A dan 30B KTN. Melalui kaedah ini MAIN boleh memohon kepada Pendaftar untuk membuat suatu memorial ke atas dokumen hakmilik daftaran yang menyatakan bahawa kepentingan berdaftar mengenai tanah tersebut terletakhakan kepada MAIN sebagai penerima pindahan.

iv) Seksyen 215 dan 216 KTN

Proses pindahmilik tanah di bawah peruntukan seksyen initelah banyak diamalkan oleh MAIN (Sallehuddin Ishak, 2013). Permohonan dibuat dengan pewakaf mengisi Borang 14AKTN yang mengandungi antara lain butir-butir peribadi pemindah milik (pewakaf) dan pihak penerima pindahan milik (MAIN) termasuk juga butiran hartanah. Setelah permohonan tersebut diluluskan, pihak Pendaftar Tanah akan mendaftarkan nama MAIN sebagai penerima pindahan yang sah di sisi undang-undang.

3. KESAN KAEDAH PENDAFTARAN TANAH WAKAF DALAM ISU PENCEROBOHAN TANAH

Pada masa ini, kaedah pendaftaran bagi tanah wakaf bagi setiap negeri adalah berbeza-beza. Sebagai contoh, Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang bebas memilih untuk menggunapakai mana-mana daripada kaedah berikut iaitu sama ada pindahmilik menggunakan Borang 14A, peletakhakan berkanun di bawah seksyen 416C, penyerahan tanah melalui Borang 12A atau Borang 12B atau peletakhakan berkanun di bawah seksyen 415 KTN. Bagi Majlis Agama Islam Negeri Johor pula, kebiasaannya pindahmmilik dibuat melalui Borang 14A serta Borang 12A atau 12B. Berlainan pula dengan Majlis Agama Islam Negeri Selangor yang mengamalkan penggunaan instrumen 12A atau 12B serta prosedur perletakhakan berkanun melalui Seksyen 416C.

(5)

menjadikan tanah yang diwakafkan tersebut sebagai hakmilik MAIN. Manakala pendaftaran peletakhakan tanah wakaf dibawah peruntukan seksyen 416C ke atas nama MAIN sebagai penerima pindahan pula akan menjadikan MAIN sebagai pemegang amanah tunggal sahaja. Namun sebagai pemegang amanah, peruntukan ini hanya membolehkan MAIN menduduki, mengguna, mengawal atau mengurus tanah wakaf tersebut sahaja.

Oleh kerana amalankaedah pendaftaran berbeza ini telah memberi kesan yang tidak seragam terhadap isu ketuanpunyaan tanah, iamemberi impak langsung kepada permasalahan tentang pihak manakah yang mempunyai kuasa untuk mengawal, mendakwa serta menerima pampasan dalam kes pencerobohan tanah wakaf. Sekiranya pindahmilik yang dibuat memberikan kesan ketuanpunyaan tanah wakaf kepada MAIN (iaitu dalam seksyen 215 dan 216 KTN), tanah tersebut boleh dikategorikan sebagai tanah kerajaan. Ini memandangkan takrifan tanah kerajaan ini telah diperluaskan skopnya di bawah seksyen 425(2) KTN kepada semua tanah yang dipegang oleh pihak Kerajaan Persekutuan atau Negeri, suatu pihak berkuasa tempatan atau suatu pihak berkuasa berkanun yang menjalankan kuasa yang terletakhak kepadanya oleh undang-undang persekutuan atau negeri atau memegang bagi pihak agensi yang tersebut. Oleh yang demikian, tanah wakaf yang dipunyai oleh MAIN sebagai pihak berkuasa berkanun negeri juga akantermasuk dalam kategori berkenaan.

Peluasan maksud tanah kerajaan di bawah seksyen tersebutsebenarnya telah memperluaskan fungsi dan tanggungjawab Pentadbir Tanah khususnya bagi mengawasi dan mengambil tindakan penguatkuasaan yang sewajarnya sekiranya mana-mana tanah tersebut diceroboh oleh pihak-pihak tertentu, selaras dengan kuasa-kuasa yang telah diberikan kepada Pentadbir Tanah di bawah seksyen 426A KTN (Azizi Zakaria, 2013). Justeru itu, tanah wakaf yang didaftarkan melalui kaedah ini nampaknya akan meletakkan tanggungjawabkawalan, pendakwaan dan penguatkuasaan terhadap pencerobohan tanah wakaf ke atas Pentadbir Tanah dan bukannya MAIN. Manakala bagi tanah yang melalui proses perletakhakan yang menjadikan MAIN sebagai pemegang amanah, pemakaian peruntukan undang-undang sivil iaitu di bawah undang-undang tort mungkin menjadi mekanisme penyelesaian bagi masalah pencerobohan tanah wakaf.

4. REMEDI PENCEROBOHAN TANAH WAKAF DI BAWAH KTN

(6)

dan kelulusan pihak yang berkuasa ke atas tanah berkenaan (dalam hal ini pihak yang berkuasa ialah Pihak Berkuasa Negeri bagi sesebuah negeri itu). Seksyen 425 KTN menyatakan bahawa sekiranyamana-mana pihak yang tanpa kebenaran yang sah telah menduduki ataupunmembina apa-apa bangunan di atas tanah kerajaan, tanah rizab atau tanahlombong, ataumana-mana pihak yang telah membersihkan, memajak,menggali, memagar atau bercucuk tanam di atas mana-mana tanah kerajaan, tanah rizab ataupun tanah lombong, ataumana-mana pihak yang telah menebang atau memindahkan mana-mana kayu balak atau apa-apa hasil kayu daripada tanah-tanah berkenaan, maka pihak yang berkenaan telah melakukan kesalahan dan jika disabitkan kesalahan tersebut boleh didenda tidak lebih daripada RM10,000.00 atau dipenjara dalam tempoh tidak melebihi satu tahun, atau kedua-duanya. Di samping itu, pihak yang bersubahat dalam melakukan kesalahan tersebut juga telah dikira melakukan satu kesalahan dan jika disabitkan dengan kesalahan tersebut, maka boleh dikenakan denda tidak melebihi RM10,000.00 atau dipenjarakan untuk suatu tempoh yang tidak melebihi satu tahun, atau kedua-duanya.

Seksyen 425A KTN pula telah memperuntukkan kesalahan-kesalahan bagi pencerobohan ruang udara ke atas tanah kerajaan dan juga ke atas tanah rizab.Melalui peruntukan tersebut, mana-mana pihak tanpa kebenaran yang sah telah menggunakan ataupun menduduki ruang udara di atas tanah kerajaan atau tanah rizab dengan mendirikan, menyelenggara atau menduduki dengan kegiatan-kegiatan tertentu, telah melakukan satu kesalahan dan jika disabit kesalahan, boleh dikenakan denda tidak melebihi RM2,000.00 atau penjara untuk satu tempoh tidak melebihi enam (6) bulan atau kedua-duanya sekali.

(7)

Untuk melaksanakan peruntukan undang-undang dan langkah penguatkuasaan ke atas kesalahan-kesalahan tersebut, maka di bawah seksyen 426A KTN telah diperuntukkan beberapa kuasa kepada beberapa pihak termasuk Pentadbir Tanah iaitu kuasa-kuasa yang melibatkan penahanan dan perampasan sebagaimana dinyatakan di bawah seksyen 426A(1) (a), (b) dan (c) KTN.

5. REMEDI PENCEROBOHAN TANAH WAKAF DI BAWAH UNDANG-UNDANG TORT

Undang-undang tort diwujudkan bertujuan melindungi kepentingan seseorang individu terhadap keselamatannya, tanah milikannya, sumber kewangannya, atau reputasinya. Dalam common law,satu tort adalah satu kesalahan sivil yang berlainan daripada pelanggaran kontrak di mana undang-undang ini menyediakan remedi pampasan atau ganti rugi. Selain pampasan, dalam sesetengah kes tertentu, undang-undang tort membenarkan tindakan sendiri, seperti menggunakan kekerasan yang wajar untuk memberhentikan pencerobohan. Bagi suatu kes tort yang berlarutan, dimana gangguan terus-menerus berlaku, mahkamah mempunyai kuasa memberi perintah injunksi (injuction) untuk menghalang daripada gangguan itu terus berlaku. Umumnya, undang-undang tort adalah secara langsung bertujuan meletakkan si mangsa dalam keadaan asal sebelum dia diperlakukan gangguan itu berdasarkan prinsip jangkaan atau keadaan wajar.

Dalam isu ini, Kamal (2014), menyatakan bahawa pencerobohan terhadap tanah berlaku dalam tiga keadaan iaitu memasuki tanah, terus berada di atas tanah dan meletakkan objek di atas tanah. Pencerobohan juga boleh berlaku kepada bahagian bawah tanah dan juga ruang atas tanah. Kenyataan ini di buat berdasarkan ulasan beliau terhadap buku yang ditulis oleh Abdul Basir Mohamad bertajuk “English and Islamic Law of Torts: Concepts, Principles, Trespasses, Strict Liability & Vicarious Liability”. Menurut Norchaya (2011), penceroboh merupakan orang yang memasuki sesuatu premis tanpa izin samada secara tersurat atau tersirat sama ada kerana tersilap atau dengan tujuan tertentu. Terdapat dua elemen pencerobohan terhadap tanah mengikut undang-undang tort iaitu:

i) Kondisi mental penceroboh iaitu tahap kesengajaan yang mesti dikira dengan melihat kelakuan penceroboh (mental state), dan

ii) Kepentingan yang terganggu (Interference)

(8)

sewenang-wenangnya membuat pendakwaan tanpa mengemukakan bukti bahawa penceroboh mempunyai niat melakukan percerobohan tersebut. Walau bagaimanapun, penceroboh juga perlu diberi peluang untuk menyangkal pertuduhan tersebut. Seterusnya, bagi elemen kedua pula, ia sangat mudah untuk dibuktikan iaitu dengan melihat sama ada wujud pencerobohan tersebut atau sebaliknya. Pencerobohan haruslah berlaku secara langsung dan meninggalkan kesan kepada tuanpunya tanah. Antara contoh-contoh pencerobohan yang berlaku ialah pencerobohan milikan iaitu tanah tuanpunya tanah dijadikan tempat lalu lalang penceroboh atau tempat penceroboh memburu burung-burung dan sebagainya. Selain itu, pencerobohan juga boleh berlaku dengan meninggalkan sesuatu yang kekal seperti mendirikan rumah di atas tanah tuanpunya tanah, meletakkan sesuatu di tanah seperti meletakkan barang-barang si penceroboh di atas tanah tuanpunya tanah dan pencerobohan di ruang udara seperti wayar telefon dan sebagainya.

Jika dilihat secara umumnya,kewujudan undang-undang tort adalah untuk menjaga kepentingan semua jenis tanah termasuk juga tanah wakaf, tanah rizab dan sebagainya. Oleh itu, pemakaian undang-undang tort juga boleh diguna pakai kepada pencerobohan terhadap tanah wakaf. Menurut Mohd Afendi (2012), undang-undang tort memperuntukan bagi mana-mana individu yang memasuki sesuatu tanah yang bukan miliknya adalah disabit sebagai penceroboh (trespasser). Beliau juga berpendapat bahawa pemilik tanah boleh mengusir penceroboh daripada tanahnya setelah notis dikeluarkan.Konsep Ihya’ al-Mawat tidak lagi sesuai diaplikasikan pada tanah wakaf hari ini kerana tanah wakaf pada masa kini bukan lagi dikategorikan sebagai tanah terbiar atau tanah mati. Sebaliknya tanah-tanah wakaf yang didaftarkan berdasarkan undang-undang Kanun Tanah Negara 1965 adalah di bawah tanggungjawab MAIN untuk diusahakan dan dimajukan. Oleh itu, MAIN sebagai pemegang amanah kepada tanah wakaf berhak menghalang dan mengambil tindakan terhadap pencorobohan yang berlaku di atas tanah wakaf. Seterusnya, sekiranya pemilik tanah berjaya membuktikan wujudnya dua elemen di atas, maka undang-undang tort membenarkan pemilik tanah mendapat pemulihan atau ganti rugi daripada pihak yang melakukan kesalahan. Pelaku salah dalam perbuatan tort perlu membayar dengan harga atas kesalahan yang dilakukan olehnya(Kamal, 2014).

6. REMEDI MENURUT PERUNTUKAN ENAKMEN WAKAF

(9)

i) Negeri Sembilan

Enakmen Wakaf (Negeri Sembilan) 2005 Bahagian Viii - Kesalahan-Kesalahan Dan Penalti

Seksyen 35. Menduduki secara haram tanah atau bangunan wakaf.

(1) Mana-mana orang yang tanpa kebenaran Majlis atau mana-mana orang yang diberi kuasa oleh Majlis—

(a) menduduki mana-mana tanah wakaf atau menghuni bangunan wakaf;

(b) mendirikan apa-apa binaan atau struktur di atas mana-mana tanah wakaf atau bangunan wakaf;

(c) membersihkan, membajak, menggali, mengepung atau bercucuk tanam di atas mana-mana tanah wakaf atau selainnya mengusahakan mana-mana tanah wakaf; atau

(d) memotong, mengambil, memindahkan atau mengeluarkan apa-apa hasil daripada mana-mana tanah wakaf,

adalah melakukan suatu kesalahan dan, apabila disabitkan, boleh dikenakan denda yang tidak melebihi lima ribu ringgit, atau dihukum dengan pemenjaraan selama tempoh yang tidak melebihi tiga tahun, atau kedua-duanya, dan dalam hal kesalahan berterusan, dikenakan denda selanjutnya yang tidak melebihi lima ratus ringgit bagi setiap hari atau sebahagian daripada sehari kesalahan itu berterusan selepas pensabitan itu.

(2) Mahkamah boleh, atas permohonan pegawai pendakwa, memerintahkan seseorang yang melakukan kesalahan di bawah subseksyen (1) supaya merobohkan, memusnahkan dan membersihkan segala binaan, struktur, halangan atau tanaman di atas tanah wakaf atau bangunan wakaf itu, mengikut mana-mana yang berkenaan, atas perbelanjaan orang yang melakukan kesalahan itu.

(10)

(4) Jika tuntutan yang disebut dalam subseksyen (3) tidak dibayar, tuntutan itu boleh didapatkan melalui tindakan sivil sebagai suatu hutang yang kena dibayar kepada Majlis.

(5) Jika tiada perintah Mahkamah dibuat di bawah subseksyen (2), apa-apa binaan, struktur, halangan atau tanaman yang terdapat di atas tanah wakaf atau bangunan wakaf itu, mengikut mana-mana yang berkenaan, hendaklah terletak hak kepada Majlis dan mana-mana orang tidak boleh membuat apa-apa tuntutan terhadap Majlis berhubungan dengan binaan, struktur, halangan atau tanaman itu.

Seksyen 36. Menggunakan secara haram ruang udara.

(1) Tertakluk kepada Kanun Tanah Negara, mana-mana orang yang tanpa kebenaran Majlis atau mana-mana orang yang diberi kuasa oleh Majlis, menggunakan atau menduduki ruang udara di atas tanah wakaf dengan mendirikan bumbung, langit-langit, sengkuap, jambatan atau apa-apa binaan atau struktur lain adalah melakukan suatu kesalahan dan, apabila disabitkan, boleh dikenakan denda yang tidak melebihi lima ribu ringgit, atau dihukum dengan pemenjaraan selama tempoh yang tidak melebihi tiga tahun, atau kedua-duanya, dan dalam hal kesalahan berterusan, dikenakan denda selanjutnya yang tidak melebihi lima ratus ringgit bagi setiap hari atau sebahagian daripada sehari kesalahan itu berterusan selepas pensabitan itu.

(2) Mahkamah boleh, atas permohonan pegawai pendakwa, memerintahkan seseorang yang melakukan kesalahan di bawah subseksyen (1) supaya merobohkan, memusnahkan dan membersihkan apa-apa bumbung, langitlangit, sengkuap, jambatan atau apa-apa binaan atau struktur lain di atas tanah wakaf itu atas perbelanjaan orang yang melakukan kesalahan itu.

(3) Jika orang yang disebut di bawah subseksyen (2) gagal mematuhi perintah Mahkamah, Majlis boleh menyebabkan supaya dilaksanakan perintah itu dengan membelanjakan wang daripada Kumpulan Wang Wakaf atau sumber pembiayaan lain, dan Majlis boleh menuntut apa-apa perbelanjaan yang dilakukan daripada orang itu.

(11)

apa-apa tuntutan terhadap Majlis berhubungan dengan bumbung, langit-langit, sengkuap, jambatan atau apa-apa binaan atau struktur lain itu.

Seksyen 37. Merosakkan tanaman.

(1) Mana-mana orang—

(a) yang binatang ternakannya merayau-rayau di atas tanah wakaf dan merosakkan apa-apa tumbuhan atau tanaman yang diusahakan di atas tanah wakaf itu; atau (b) yang menyebabkan kerosakan kepada apa-apa tumbuhan atau tanaman yang diusahakan di atas mana-mana tanah wakaf, dengan apa-apa cara,

adalah melakukan suatu kesalahan dan, apabila disabitkan, boleh dikenakan denda yang tidak melebihi lima ribu ringgit, atau dihukum dengan pemenjaraan selama tempoh yang tidak melebihi tiga tahun, atau kedua-duanya.

(2) Mahkamah boleh memerintahkan mana-mana orang yang melakukan kesalahan di bawah subseksyen (1) supaya membayar kepada Majlis ganti rugi bagi kerosakan yang dilakukan atau disebabkan oleh orang itu atau binatang ternakannya.

(3) Apa-apa ganti rugi yang diperintahkan oleh Mahkamah boleh didapatkan mengikut apa-apa cara yang diperuntukkan oleh undang-undang bagi mendapatkan denda yang dikenakan oleh Mahkamah atas sabitan.

(4) Walau apa pun subseksyen (2) dan (3), Majlis boleh menuntut ganti rugi daripada orang yang melakukan kesalahan di bawah subseksyen (1) dan jika ganti rugi itu tidak dibayar, ganti rugi itu boleh didapatkan melalui tindakan sivil sebagai suatu hutang yang kena dibayar kepada Majlis.

Seksyen 38. Mengubah, memusnahkan, dsb mawquf.

(12)

melebihi lima ribu ringgit, atau dihukum dengan pemenjaraan selama tempoh yang tidak melebihi tiga tahun, atau kedua-duanya.

(2) Mahkamah boleh memerintahkan mana-mana orang yang melakukan kesalahan di bawah subseksyen (1) menggantikan mawquf yang diubah atau yang musnah itu atau memulihkan mawquf yang diubah, rosak atau cacat itu, atas perbelanjaan orang yang melakukan kesalahan itu, sehingga Majlis berpuas hati.

(3) Jika orang yang disebut di bawah subseksyen (2) gagal mematuhi perintah Mahkamah, Majlis boleh menyebabkan supaya dilaksanakan perintah itu dengan membelanjakan wang daripada Kumpulan Wang Wakaf atau sumber pembiayaan lain, dan Majlis boleh menuntut apa-apa perbelanjaan yang dilakukan daripada orang itu.

(4) Jika tuntutan yang disebut dalam subseksyen (3) tidak dibayar, tuntutan itu boleh didapatkan melalui tindakan sivil sebagai suatu hutang yang kena dibayar kepada Majlis.

ii) Negeri Selangor

Enakmen Wakaf (Negeri Selangor) 1999 Bahagian Ix - Peruntukan Am Seksyen 45. Menceroboh ke atas tanah wakaf.

(1) Mana-mana orang yang tanpa kebenaran Majlis-

(a) menduduki, atau membina apa-apa binaan atau struktur di atas mana-mana tanah wakaf;

(b) membersih, membajak, menggali, mengepong atau menanam tanaman di atas mana-mana tanah wakaf atau sebahagiannya; atau

(13)

adalah melakukan suatu kesalahan dan, apabila disabitkan, boleh didenda tidak melebihi lima ribu ringgit, atau dipenjara selama tempoh tidak melebihi tiga tahun, atau kedua-duanya sekali, dan dalam hal kesalahan berterusan, didenda tidak lebih daripada lima ratus ringgit bagi tiap-tiap hari kesalahan itu berterusan.

(2) Seseorang yang membina atau mendirikan apa-apa bangunan atau halangan di atas tanah wakaf hendaklah, jika diarahkan oleh majlis, meroboh, memusnah dan membersihkan segala binaan dan halangan di atas tanah wakaf itu dengan perbelanjaan sendiri.

(3) Jika orang yang tersebut di bawah subseksyen (2) enggan mematuhi arahan di bawah subseksyen yang dinyatakan itu, Majlis boleh menyebabkan diroboh, dimusnah atau dibersihkan segala binaan dan halangan di atas tanah wakaf itu dan boleh menuntut kos daripada orang tersebut.

iii) Negeri Melaka

Enakmen Wakaf (Negeri Melaka) 2005 Bahagian Ix - Peruntukan Am

Seksyen 45. Kesalahan atas tanah wakaf.

(1) Mana-mana orang yang tanpa kebenaran Majlis—

(a) menduduki, membina atau meroboh apa-apa binaan atau struktur di atas mana-mana tanah wakaf; atau

(b) membersih, membajak, menggali, mengepong atau menanam tanaman di atas mana-mana tanah wakaf atau sebahagiannya; atau

(c) memotong, mengambil atau mengeluarkan apaapa hasil atas atau daripada tanah wakaf itu,

(14)

(2) Seseorang yang telah disabitkan atas kesalahan di bawah perenggan 45(1)(a) hendaklah, jika diarahkan oleh Majlis, meroboh, memusnah dan membersihkan segala binaan dan halangan di atas tanah wakaf itu atas perbelanjaannya sendiri.

(3) Jika orang yang tersebut di bawah subseksyen (2) enggan mematuhi arahan di bawah subseksyen yang dinyatakan itu, Majlis boleh menyebabkan diroboh, dimusnah atau dibersihkan segala binaan dan halangan di atas tanah wakaf itu dan boleh menuntut kos daripada orang tersebut.

(4) Seseorang yang telah disabitkan melakukan kesalahan di bawah perenggan 45(1)(b) atau (c), hendaklah jika diarahkan oleh Majlis, membayar gantirugi atau pampasan sebagaimana yang ditentukan Majlis.

7. KESIMPULAN

Memang diketahui bahawa telah menjadi tanggungjawab bagi setiap negeri untuk mengambil tindakan dan menuntut ganti rugi (Mohammad Tahir Sabit, Abdul Hamid Mar Iman, & Ismail Omar, 2005) terhadap mana-mana pencerobohan tanah wakaf. Namun, perlu diperjelaskan bahawa tindakan yang dibuat mestilah melalui proses perundangan yang tepat. Bagi masalah pencerobohan tanah wakaf, kaedah pendaftaran sesuatu tanah wakaf akan menentukan pihak yang mempunyai kuasa terhadap kawalan, pendakwaan dan pampasan terhadap pencerobohan tanah tersebut. Adalah menjadi keperluan bagi pihak MAIN sebagai pihak yang bertanggungjawab dalam pengurusan dan pentadbiran tanah wakaf untuk menentukan siapa yang mempunyai kuasa untuk berbuat demikian. Ini adalah kerana kegagalan menentukan pihak yang mempunyai locus standi dalam pendakwaan dan penguatkuasaan pencerobohan akan menyebabkan tindakan yang diambil menemui kegagalan dari sudut perundangan.

(15)

bagi menentukan pihak yang mempunyai kuasa mengambil tindakan ke atas pencerobohan tanah wakaf dan menyeragamkanpenalti yang ada dalam isu tersebut kerana buat masa ini, walaupun negeri yang mempunyai enakmen wakaf telah memperuntukkan jenis-jenis hukuman dan penalti bagi masalah tersebut, namun ia adalah berbeza antara negeri-negeri tersebut (Mohd Afendi, 2012).

8. PENGHARGAAN

Kertas kerja ini adalah sebahagian daripada hasil penyelidikan pengajian peringkat Doktor Falsafah. Untuk itu penghargaan ditujukan kepada geran LRGS [LRGS /2013/UKM–UKM/SI/03] di bawah tajuk ‘Pelestarian Institusi Wakaf Untuk Memperkasa Pendidikan Tinggi Negara’ kerana telah menaja pengajian dan secara langsung membiayai penyelidikan ini.

9. RUJUKAN

Al-Quran Tajwid dan Terjemahan.

Azizi Zakaria. (2013). Pencerobohan Tanah Kerajaan – Tinjauan Dari Sudut Perundangan Tanah. Jurnal Pentadbiran Tanah. , (3) bil. 1, 54-61.

Mohd Afendi Mat Rani. (2012). Pencerobohan Tanah Wakaf: Pelaksanaan Undang-Undang dari Perspektif Islam dan Aplikasinya di Malaysia.

Kamal Halili Hassan. (2014). Ulasan Buku. Jurnal Kanun, (2), 285–290.

Mohammad Tahir Sabit, Abdul Hamid Mar Iman, & Ismail Omar. (2005). An Ideal Financial Mechanism for The Development of The Waqf Properties in Malaysia.

(16)

Sallehuddin Ishak. ( 2013). Kuasa Menghurai Model Goodchild Dan Munton (1986) Dan Van Assen (2009) Dalam Masalah Pembangunan Tanah Wakaf Di Malaysia. Jurnal Pentadbiran Tanah. (3) bil. 1, 1-24.

Akta

Referensi

Dokumen terkait

20 Riduan Syahrani, loc.cit.. perundang-undangan untuk melakukan suatu perbuatan hukum.65 Hal ini ditegaskan dalam pasal 1329 Kitab Undang-Undang Hukum Perdata yang

1) Bubarkan PKI. 2) Bersihkan Kabinet Dwikora dari unsur-unsur Gerakan 30 September. Tuntutan rakyat agar membubarkan PKI ternyata tidak dipenuhi. Untuk menenangkan rakyat

Data tabel tersebut menunjukkan bahwa proses pembelajaran menulis teks report melalui writing process menunjukkan peningkatan rata-rata skor dari 1,88 pada siklus I menjadi

Sementara dalam hal disclosure, cost and benefit, misstate, dan ketepatan waktu penyusunan laporan keuangan tidak terdapat perbedaan yang signifikan antara PPK SKPD

Hal ini kemungkinan disebabkan karena kenaikan konsentrasi STPP yang cenderung kecil dan selang waktu lama perendaman yang relatif singkat sehingga tidak dapat

Apa saja kebutuhan user dalam pembuatan rancangan konsep aplikasi mobile game yang persuasif untuk memotivasi mahasiswa untuk berolahraga. Bagaimana pembuatan

Puji syukur saya panjatkan kepada Tuhan Yang Maha Esa, karena atas berkat dan kasih- Nya, saya dapat menyelesaikan tesis ini. Penulisan tesis ini dilakukan dalam rangka

kecapatan penulis menerapkan kecepatan download batasan maksimal adalah untuk pengguna tunggal, bila lebih dari 2 pengguna kecepatan batasan minimal 2 sebagai