• Tidak ada hasil yang ditemukan

Bincangkan secara Kritis Usaha Kerajaan

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "Bincangkan secara Kritis Usaha Kerajaan"

Copied!
22
0
0

Teks penuh

(1)

1

Bincangkan secara Kritis Usaha Kerajaan dalam Memupuk Kerjasama Politik

antara Kaum di Tanah Melayu sehingga Tahun 1963.

Pendahuluan

Pembentuk sebuah negara Tanah Melayu yang terdiri daripada pelbagai kaum

dan gabungan nasionalisme amat diperlukan. Ahli-ahli politik sedar bahawa

ketegangan kaum yang berlaku sejak pendudukan Jepun di Tanah Melayu bertambah

serius pada permulaan zaman darurat. Konflik tersebut diburukkan dengan hakikat

bahawa kuasa-kuasa tempatan yang dipilih oleh kerajaan kolonial kebanyakannya

Melayu manakala masyarakat gerila komunis diwujudkan dan diselenggarakan oleh

masyarakat Cina. Sementara itu kebanyakan orang Cina bersifat neutral terhadap usaha

kerajaan untuk mengalahkan komunis.1 Demi menyenangkan hati rasa tidak puas hati

bukan Melayu dan melembutkan sikap nasionalis Melayu UMNO, kerajaan British

telah menggalakkan pembentukan kewarganegaraan Persekutuan Malaya dan idea-idea

yang berkaitan dengannya.2 Pegawai-pegawai British mengulangi bahawa

peruntukan-peruntukan kewarganegaraan pada dasarnya merupakan ikatan perpaduan antara kaum

dan kerjasama dalam kalangan pelbagai kaum di Tanah Melayu. Perpaduan seperti ini

mestilah dicapai sebelum Tanah Melayu boleh berkerajaan sendiri dan diberikan

kemerdekaan.3 Pesuruhjaya Agung British di Asia Tenggara, Malcolm MacDonald,

mengadakan satu perjumpaan dengan Presiden UMNO, Dato Onn Jaafar pada Ogos

1948 dan menggesa beliau tentang keperluan untuk menyederhanakan pendirian

nasionalisme Melayu. Beliau percaya bahawa jika beberapa kompromi dapat dicapai

antara parti-parti perkauman, perjanjian atau formula boleh diusahakan untuk masa

1 Oong Hak Ching, Chinese Politics in Malaya 1942-55: The Dynamics of British Policy. Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia, 2000, hlm. 140.

2 Cheah Boon Kheng, Malaysia: The Making of a Nation. Singapore: Institute of Southeast Asian Studies, 2002, hlm. 24.

(2)

2

depan Malaysia. Pada 29 Disember 1948, rundingan Cina-Melayu yang pertama telah

diadakan di rumah Dato Onn, Johor Bharu, yang dihadiri oleh Tan Cheng Lock,

pemimpin-pemimpin Melayu dan Cina yang lain. Menurut Thio Chan Bee yang turut

menghadiri mesyuarat itu, Tan Cheng Lock mencari kelulusan pemimpin Melayu bagi

cadangan beliau dalam menubuhkan satu persatuan Cina Malaya. Beliau menyebut

bahawa objektif MCA yang dicadangkan adalah untuk bekerjasama dengan orang

Melayu untuk membina sebuah negara yang baru. Oleh itu orang Melayu sepatutnya

tiada sebab untuk menentang cadangan ini. Pemimpin-pemimpin Melayu menyokong

idea tersebut dan tertubuhlah Malayan Chinese Association (MCA) pada 27 Februari

1949.

Isi-isi Penting

Usaha-usaha kerajaan dalam Memupuk Kerjasama Politik antara Kaum di Tanah

Melayu. Antaranya:

CLC

Communities Liaison Committee (CLC) atau Jawatankuasa Hubungan Antara

Kaum adalah satu badan tidak rasmi tetapi berfungsi sebagai satu ruang membuat dasar

untuk kerajaan British di Tanah Melayu. Idea-idea yang berasal daripada kerajaan telah

dikemukakan oleh MacDonald untuk dibincangkan dalam jawatankuasa. Kemudian,

mereka akan menggunakan idea tersebut dan dikemukakan semula kepada kerajaan.

Kerajaan seterusnya akan mengambil langkah-langkah untuk membuat kajian yang

selanjutnya mengenai cadangan CLC dan akhir sekali diterima pakai sebagai dasar

kerajaan.4 Ahli-ahli CLC adalah terdiri daripada pemimpin-pemimpin terkemuka

UMNO, MCA, dan lain-lain. Malcom MacDonald merupakan arkitek CLC yang

(3)

3

ditubuhkan untuk menyelesaikan konflik antara kaum dalam menghadapi

pemberontakan PKM. Pada awal November 1948, MacDonald mengadakan siri

perbincangan peribadi dengan pemimpin-pemimpin Melayu dan Cina dengan harapan

mereka boleh berjumpa mencapai satu persetujuan dalam kerjasama antara kaum di

dalam Persekutuan dan Singapura. 5 Beliau berjaya memujuk Dato Onn dan

memenangkan hati Tan Cheng Lock, yang pernah mengetuai para pengkritik dalam

membantah sesetengah dasar kerajaan Perlembagaan Persekutuan untuk bekerjasama

dalam pembentukan Sino-Malay Goodwill Committee.

Pada awal Januari 1949, satu perbincangan telah diadakan di sebuah kelab di

Pulau Pinang dan Majlis Cina Pulau Pinang bertindak sebagai tuan rumah. Dalam

mesyuarat tersebut, 5 Melayu dan 5 pemimpin China telah dipilih untuk meneruskan

perbincangan dan menghasilkan butiran-butiran perjanjian untuk kerjasama antara

kaum. 5 Melayu adalah Dato Onn sebagai ketua dan Panglima Bukit Gantang, Salleh

bin Hakim, Dr. Mustaffa bin Osman dan Zainal Abidin bin Haji Abas. Hasil

perbincangan, Sino-Malay Goodwill Committee ditubuhkan secara rasmi. Sino-Malay

Goodwill Committee menghadapi masalah kerana tiada ahli yang sesuai untuk dipilih

sebagai pengerusi. Pemimpin-pemimpin Melayu dan Cina bertanya MacDonald untuk

menjadi pengerusi dalam jawatankuasa itu. Namun MacDonald menolak tawaran

tersebut dengan sebab beliau menghadiri mesyuarat sebagai pemerhati, dan bukan ahli

dalam jawatankuasa. Sebagai seorang pemerhati, beliau mempunyai hak untuk

menghadirkan mesyuarat yang dijalankan tetapi tidak akan memberi sebarang

komitmen dalam jawatankuasa. Salah seorang ahli mencadangkan supaya Dato Onn

menjadi pengerusi mereka. Dato Onn juga menolak atas alasan bahawa beliau ingin

bebas mengambil bahagian dengan sepenuhnya dalam perbincangan tanpa kekangan

(4)

4

seorang pengerusi yang mempunyai kewajipan untuk mendamaikan situasi apabila

berlakunya perbezaan pandangan.6 Dalam keadaan ini beliau mencadangkan Ernest

Emmanuel Clough Thuraisingham, ahli Majlis Undangan Persekutuan Ceylon sebagai

pengerusi kerana Dato Onn berharap pengerusi boleh bersifat lebih 'neutral'. Selain itu,

MacDonald juga memberi cadangan kepada pemimpin-pemimpin Cina dan Melayu

untuk menambah ahli daripada masyarakat lain di dalam jawatankuasa, termasuk ahli

dari India, Serani dan masyarakat Eropah.

Pada Februari 1949 Sino-Malay Goodwill Committee telah ditukar nama kepada

Badan Perhubungan Komuniti atau CLC. Pengerusi CLC ialah E.E.C Thuraisingham

dan ahlinya mengandungi 5 Melayu, 4 Cina, 3 India, dan Eropah satu wakil. Menurut

MacDonald, mesyuarat pertama dan kedua CLC mendedahkan satu persetujuan

peribadi antara ahli tentang persoalan ekonomi dan politik Melayu dan Cina. CLC

mengadakan mesyuarat ketiganya di Johor Bahru pada 9 dan 10 Februari 1949.

Mesyuarat itu meneruskan perbincangan kedudukan ekonomi orang Melayu dan

melihat apa bantuan orang Cina boleh beri seperti peluang pekerjaan yang lebih luas

dalam industri membuka kepada orang Melayu dan pengambilan Melayu dalam bidang

perniagaan.7

Kemudian, mereka membincangkan hubungan politik antara orang Melayu dan

bukan Melayu iaitu pengenalan bukan Melayu ke dalam perkhidmatan pentadbiran dan

syarat-syarat kerakyatan Persekutuan. CLC juga membincangkan soal pendidikan,

khususnya membesarkan anak-anak di Tanah Melayu sebagai penduduk yang

menghargai warganegara Malaya dan bersifat patriotisme.8 Mesyuarat keempat

6 Oong Hak Ching, Chinese Politics in Malaya 1942-55: The Dynamics of British Policy, hlm. 152. 7 Ibid.

(5)

5

diadakan di Kuala Lumpur pada 18 dan 19 Februari. Agenda bagi mesyuarat kali ini

dan juga mesyuarat yang akan datang di Ipoh adalah berdasarkan kepada masalah

ekonomi dalam kalangan orang Melayu.9 Perbincangan tentang masalah ekonomi

orang Melayu telah diadakan sebanyak empat sesi dalam jawatankuasa. Perbincangan

bermula dengan pemeriksaan masalah pembahagian ekonomi antara kaum di Tanah

Melayu. Ahli-ahli CLC bersetuju dengan resolusi bahawa adalah sangat penting bagi

orang bukan Melayu dan Melayu bekerjasama dalam setiap cara yang mungkin untuk

memperbaiki kehidupan ekonomi negara ini. Ahli-ahli juga membuat keputusan untuk

merangka satu resolusi bagi kerajaan untuk mengetatkan undang-undang supaya gejala

rasuah dan korupsi dapat dihapuskan. Pada bulan Mei 1949, CLC berjaya menemui

satu formula untuk membantu meningkatkan kedudukan ekonomi orang Melayu.

Antaranya:10

1. Kerajaan perlu memberi subsidi kepada urusan perniagaan Melayu dan menubuhkan sekolah-sekolah perdagangan untuk melatih orang Melayu untuk membolehkan mereka mengambil bahagian dalam sektor ekonomi moden.

2. Industri tertentu perlu dibuka kepada orang Melayu seperti sektor pengangkutan.

3. Layanan istimewa perlu diberikan kepada orang Melayu dalam pengagihan peluang pendidikan dan pekerjaan.

4. Ahli perniagaan dan majikan bukan Melayu perlu meningkatkan kadar penyertaan orang Melayu dalam semua sektor ekonomi seperti perlombongan bijih timah, industri getah dan perdagangan runcit.

CLC menyambung semula mesyuaratnya pada bulan Ogos 1949 dan subjek yang paling

kontroversi ialah kedudukan istimewa orang Melayu dan fasal kewarganegaraan

persekutuan dalam perlembagaan persekutuan. Bagi persoalan berkaitan dengan syarat

kerakyatan, ahli-ahli bersetuju untuk menerima prinsip bahawa hanya orang yang setia

9 Ibid, hlm. 154.

(6)

6

kepada Malaya dan menganggap Tanah Melayu sebagai tempat tinggal tetap mereka

layak memperoleh status kewarganegaraan. CLC menegaskan kesetiaan mestilah

kesetiaan yang tidak berbelah bahagi dan menolak dua kerakyatan. Maknanya, jika

seseorang mempunyai dua kerakyatan (contohnya, Tanah Melayu dan China), dia

haruslah melepaskan kerakyatan China itu jika ingin menjadi warganegara Malaya.

Dalam soal pendidikan pula, mereka menyetujui bahawa pengajaran Bahasa Melayu

perlu diwajibkan dalam semua sektor kerajaan dan sekolah rendah bantuan kerajaan

serta penghapusan sekolah bercorak vernakular dan penubuhan sekolah pusat/ kerajaan

yang akan dihadiri oleh kanak-kanak semua bangsa. Bahasa pengantar di

sekolah-sekolah ini ialah Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris.11 Pada masa yang sama,

jawatankuasa badan berkenaan memperluaskan keahliannya kepada 60 orang Melayu,

6 orang Cina, seorang India, seorang Serani, seorang Sri Lanka dan seorang Inggeris.12

Mesyuarat seterusnya telah diadakan di kediaman Komisioner Jeneral di Bukit Serene

pada 14 hingga 16 September 1949. Selepas mesyuarat ini CLC telah mengeluarkan

kenyataan-kenyataan antaranya:13

1. Pertimbangan semula yang menyeluruh diperlukan mengenai peruntukan kewarganegaraan dalam Perlembagaan Persekutuan.

2. Sebaik sahaja keadaan membenarkan, undang-undang perlu diperkenalkan bagi pemilihan ahli kepada beberapa badan perundangan Persekutuan Tanah Melayu.

3. Pilihan raya perlu diperkenalkan di peringkat majlis perbandaran dan negeri-negeri yang bersiap sedia.

4. Kerajaan perlu memulakan persiapan untuk undang-undang pilihan raya.

11 Oong Hak Ching, Chinese Politics in Malaya 1942-55: The Dynamics of British Policy, hlm. 156. 12 S. Hashim Ahmad, Onn Jaafar: Bapa Gerakan Nasionalis Tanah Melayu. KL: Revolusi Rekaria Sdn. Bhd., 2009, hlm. 57.

(7)

7

5. Pengajaran Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris perlu diwajibkan di semua sekolah kerajaan dan sekolah bantuan kerajaan.

Pada awal tahun 1950, CLC telah dapat mencapai persetujuan sebulat suara mengenai

isu kewarganegaraan. CLC telah memutuskan bahawa prinsip Jus Soli perlu

diperkenalkan dengan serta-merta dalam setiap negeri Melayu supaya semua orang

keturunan Asia atau serani yang lahir di negeri-negeri tersebut berhak menjadi

warganegara Persekutuan di bawah syarat-syarat Perlembagaan Persekutuan ini. Hal

ini merupakan satu konsesi utama yang dibuat oleh Dato Onn atas permintaan Tan

Cheng Lock. Persetujuan dibuat selepas pemimpin Cina bersetuju dengan pelaksanaan

dasar hak istimewa dan ekonomi orang Melayu. Bagi mengatasi masalah ekonomi yang

dihadapi oleh orang Melayu, CLC mencadangkan kerajaan untuk membentuk satu

badan untuk membaiki keadaan ekonomi orang Melayu. Oleh itu, Rural and Industrial

Development Authority (RIDA) atau Lembaga Kemajuan Luar Bandar dan Industri

ditubuhkan pada tahun 1950 dengan Dato Onn sebagai "Ahli" Dalam Negeri sebagai

pengerusi pertama. Fungsi RIDA bersifat serampang dua mata iaitu merancang dan

menjalankan latihan untuk pembangunan ekonomi luar bandar supaya pekebun kecil

Melayu boleh mengambil bahagian dalam pemprosesan dan pemasaran hasil mereka

dan untuk menyusun semula penduduk luar bandar untuk meningkatkan taraf hidup

mereka.14

Galakkan kerjasama politik melalui Parti Politik dan pemimpin-pemimpin

Pembukaan ahli UMNO kepada bukan Melayu

Berikutan daripada penubuhan CLC oleh pemerintahan British itu, Onn Jaafar

menyertai badan tersebut kerana jiwanya yang mahukan perpaduan di antara semua

(8)

8

kaum yang menjadi penduduk di negara ini. Atas dasar dan fahaman beliau

mencadangkan kepada masyarakat Melayu supaya membuka pintu keahlian UMNO

kepada bangsa-bangsa lain. Susulan daripada itu, pada Persidangan Agung UMNO

yang diadakan di Butterworth pada 29 Mei 1949, Onn Jaafar menyuarakan perkara

tersebut dengan menegaskan adalah mustahak sekali bagi orang-orang Melayu

memperolehi perhubungan yang lebih erat dengan suku-suku kaum bangsa lain di

negara ini.15 Beliau juga bercadang nama United Malays National Organisation

ditukarkan kepada United Malayan National Organization. Cadangan Onn Jaafar

supaya parti UMNO dibuka pintu bagi kaum-kaum bangsa lain dapat menjadi ahlinya

ditentang hebat oleh masyarakat Melayu dan UMNO. Mereka sedar bahawa seberapa

ikhlas dan tulusnya hasrat Onn Jaafar itu, tetapi bagi orang Melayu merasakan, UMNO

adalah sebuah parti perjuangan orang Melayu atas dasar perjuangan bangsa itu sendiri

di kala Inggeris berusaha menghancurkan kedaulatan dan kedudukan Raja-Raja dan

orang-orang Melayu. Selain itu, orang Melayu serta kebanyakan ahli UMNO

merasakan cadangan itu sudah tentunya akan merugikan mereka. Persidangan Agung

Khas pada 10 dan 11 Jun 1950 Onn Jaafar telah menerima kritikan-kritikan dan

membidas cadangan beliau itu ketika perbahasan. Pada hari kedua persidangan, Onn

Jaafar telah membuat kejutan yang memeranjatkan perwakilan dengan mengumumkan

keputusan untuk melepaskan jawatan Yang Dipertua UMNO yang disandang sejak

ianya ditubuhkan bagi memperjuangkan kedaulatan negara, raja, bangsa dan agama.16

Onn Jaafar menerima kembali jawatan Yang Dipertua dan terus memimpin parti

UMNO selepas desakan dan rayuan rombongan seramai 5000 orang di Johor. Walau

bagaimanapun, beliau tidak dapat pertahan lama dalam UMNO kerana dasar dan

(9)

9

politiknya dilihat sebagai lebih berpegang teguh kepada pandangan sendiri.17 Cita-cita

dan harapan beliau untuk membuka keahlian kepada bangsa-bangsa lain tetap tidak

dapat diterima oleh majoriti ahli-ahli dan pemimpin-pemimpin parti. Gambarannya

sudah jelas bahawa Onn Jaafar merasakan beliau tidak dapat melaksanakan cita-citanya

itu melalui UMNO. Barangkali, beliau percaya bahawa ahli-ahli UMNO begitu teguh

dan kuat dengan pegangan semangat “keMelayuan” mereka. Sekali lagi, beliau

membuat keputusan muktamad untuk melepaskan jawatan Yang Dipertua dalam

Mesyuarat Agung Tahun Ke-6 UMNO yang akan diadakan di Hotel Majestik, Kuala

Lumpur pada 25 dan 26 Ogos 1951 bagi melantik semula pegawai-pegawai bagi tahun

1951-1952 dengan menegaskan beliau tidak lagi mahu namanya dicalonkan semula

sebagai Yang Dipertua parti berkenaan. Selepas itu, Tunku Abdul Rahman Al-Haj

menggantikan Dato Onn sebagai Yang Dipertua UMNO. Meskipun terkeluar dari

UMNO, Malcolm MacDonald masih mempercayai Dato Onn mendapat sokongan yang

popular dalam kalangan orang Melayu. Oleh itu, beliau memberikan sokongan

rasminya, begitu juga Henry Gurney.18

IMP

Menurut R Vasil, asal-usul sebenar Independence of Malaya Party (IMP) atau

Parti Kemerdekaan Malaya jatuh pada tempoh antara akhir tahun 1947, semasa proses

pembatalan rancangan Malayan Union dan pertengahan tahun 1948, tempoh di mana

Onn Jaafar merasakan UMNO memerlukan satu peranan baru dan lebih luas. Tan

Cheng Lock juga membuat cadangan mengenai keperluan sebuah parti bukan

perkauman semasa mesyuarat jawatankuasa kerja MCA pada 21 April 1951. Parti itu

mungkin akan bertindih dan wujud bersama dengan UMNO, MCA dan Kongres India

17 Ibid., hlm. 65.

(10)

10

Malaya (MIC).19 Seterusnya, Dato Onn berbincang dengan Tan sebelum beliau

mengumumkan hasratnya untuk menubuhkan sebuah badan bukan perkauman pada

awal Jun 1951. Mereka tetap berkongsi pandangan yang sama mengenai keperluan

untuk membentuk Pertubuhan Kebangsaan Malaya Bersatu tetapi oleh kerana Dato

Onn gagal berbuat demikian maka mereka mengambil keputusan untuk membentuk

sebuah badan bukan perkauman. Walau bagaimanapun, pendirian Tan Cheng Lock

dengan Dato Onn agak berbeza. Tan bercadang parti tidak perkauman itu akan berada

di puncak dan disokong oleh parti-parti perkauman supaya ahli-ahli parti tersebut boleh

menyertai atau menyokong parti yang baru itu dan hubungan mereka dengan

pihak-pihak perkauman mereka sendiri juga dapat dikekalkan.20 Henry Gurney juga

menyokong cadangan Tan Cheng Lock tetapi tidak lama kemudian Dato Onn telah

berpisah dengan UMNO. Dalam persidangan yang diadakan di Hotel Majestik, Kuala

Lumpur pada 16 September 1951 dan dihadiri oleh beberapa orang kenamaan daripada

tokoh-tokoh bangsa Cina, India dan Serani telah bersetuju dengan cadangan

menubuhkan sebuah parti yang diberi nama Independence Malaya Party.21 Pemimpin

MCA yang menjadi ahli jawatankuasa IMP ialah Tan Cheng Lock, Yong Shook Lin,

Ketua Setiausaha MCA, dan Khoo Teik Ee iatu bendahari. Mereka semua merupakan

bekas anggota CLC.22 Parti IMP telah memilih Onn Jaafar sebagai Yang Dipertuanya.

IMP dibuka keahliannya kepada semua orang lelaki dan perempuan yang berusia 18

tahun ke atas bermastautin di Malaya.23 Selepas IMP ditubuhkan, jawatankuasa

eksekutif UMNO memutuskan bahawa dasar IMP tidak serasi dengan UMNO dan

memberi arahan bahawa mana-mana ahli yang menyertai IMP perlu meletak jawatan

19 Oong Hak Ching, Chinese Politics in Malaya 1942-55: The Dynamics of British Policy, hlm. 162. 20 Ibid, hlm. 164.

21 S. Hashim Ahmad, Onn Jaafar: Bapa Gerakan Nasionalis Tanah Melayu, hlm. 70.

(11)

11

atau dipecat. Tambahan pula, Tunku Abdul Rahman mengkritik IMP yang membuka

keahliannya kepada semua orang yang bermastautin di Tanah Melayu tanpa mengira

syarat, kesetiaan seseorang atau kelahiran mereka.

Sino Malay Friendship and Economic Cupertino Fund. 20/8/1951

Tan Cheng Lock menyumbangkan dana ini. Beliau juga mencadangkan untuk

menubuhkan satu jawatankuasa yang terdiri daripada Dato Onn, Tunku Abdul Rahman,

beliau sendiri dan dua orang lain termasuk satu Setiausaha Melayu bekerja separuh

masa. Pada peringkat awal, MCA memperuntukkan $100,000 bagi dana ini untuk

tujuan menambah baik ekonomi orang Melayu. Sumbangan yang murah hati ini muncul

lebih kepada satu “rasuah politik” untuk mendorong Presiden UMNO dan Dato Onn

mengambil bahagian dalam jawatankuasa yang dicadangkan daripada satu langkah

yang altruistik untuk membantu masalah ekonomi orang Melayu. Menurut, Md. Sopiee,

Tunku Abdul Rahman bersedia untuk menyertai jawatankuasa tersebut jika beliau

dipelawakan. Sebaliknya, kemungkinan besar Dato Onn akan menolak tawaran tersebut

kerana tidak ingin berurusan dengan UMNO dan bercadang dana tersebut dipegang

oleh RIDA.

Kerjasama UMNO-MCA dan Pembentukan Parti Perikatan

Pada tahun 1952 semua menumpu perhatian kepada pilihan raya pertama Majlis

Perbandaran Kuala Lumpur yang mempunyai 12 kerusi untuk ditandingkan. Dato Onn

pada masa itu keyakinan tinggi IMP boleh memenangi majoriti kerusi dalam pilihan

raya. Pada masa yang sama, H.S. Lee selaku pengerusi cawangan MCA Selangor telah

membentuk satu pakatan dengan cawangan setempat UMNO untuk bertanding dalam

pilihan raya tersebut. Mereka memasukkan 12 calon Melayu dan Cina dan menjelaskan

(12)

12

kepada mana-mana pentadbiran yang berjaya.24 Berita yang tidak dapat dijangka ini

telah mengejutkan dunia politik Malaya dan telah menjadi sumber kebingungan kepada

pemimpin parti UMNO dan MCA. Kedua-dua pemimpin masih belum berunding serta

memberi maklumkan tentang hal ini. Tan Cheng Lock berada dalam dilema kerana

bukan sahaja beliau presiden MCA tetapi juga merupakan ahli pengasas IMP, yang

menentang UMNO dalam pilihan raya dan kini mungkin akan menentang gabungan

UMNO-MCA. Oleh itu, beliau mengambil keputusan untuk berdiam diri sementara itu

Tunku membuat komen secara berhati-hati.25 Pada hari mengundi 16 Februari 1952,

pakatan UMNO-MCA telah memenangi sembilan kerusi, dan IMP hanya memenangi

dua dan satu kerusi lagi dimenangi oleh calon bebas. Pakatan mengaut sebanyak 10,330

undi berbanding dengan IMP yang memperoleh 6,630 undi. Tidak menghairankan

formula pakatan Melayu-Cina tempatan diteruskan dalam pilihan raya lain yang akan

diadakan.26 Pada akhir tahun 1952, mereka telah memenangi kawalan dalam empat

majlis bandaran lain.

UMNO dan MCA secara rasmi menjadi " Parti Perikatan " pada awal bulan

tahun 1953. Pada masa itu, Tunku Abdul Rahman cuba membuang sifat perkauman

orang Melayu dengan menukarkan tema lagu UMNO daripada “Nasionalisme Melayu”

kepada “Perpaduan antara Kaum” semasa perhimpunan UMNO pada April 1953.

Beliau menegaskan bahawa perpaduan adalah satu keperluan penting bagi Kerajaan

British sebelum memberikan kemerdekaan kepada mereka dan dengan itulah

masyarakat Cina dan lain-lain mesti ditawarkan sesuatu yang lebih daripada status

sekiranya mereka ingin berasa mereka adalah sebahagian dalam Tanah Melayu. Pada

tahun 1954, MIC di bawah pimpinan V.T. Sambanthan turut menyertai Perikatan

24 Harry Miller, The Story of Malaysia. Kuala Lumpur: Synergy Media, 2007, hlm. 231. 25 Ibid., hlm. 232

(13)

13

UMNO-MCA itu. Maka lahirlah Parti Perikatan yang terdiri daripada

UMNO-MCA-MIC.27

Parti Negara

Pada Mac 1954, menjangkakan pilihan raya umum akan datang (27 Julai 1955)

dan memandangkan IMP kurang mendapat sokongan dan diterima oleh individu dan

kumpulan Melayu dan bukan Melayu terutamanya anaknya sendiri, Hussein Onn

enggan menyertai IMP, Dato Onn mengambil keputusan untuk membubarkan IMP dan

membentuk sebuah parti yang baru, Parti Negara.28 Walau bagaimanapun, Parti Negara

yang berada di bawahan pimpinan Dato Onn masih tidak relevan. Pilihan raya umum

pertama melihat Parti Negara hanya memperoleh 7.6% daripada jumlah undi. Parti

Negara telah mengalami kekalahan yang teruk sekali dengan 43 daripada jumlah

calon-calonnya telah hilang wang pertaruhan mereka di tangan Perikatan.29 Hal ini

merupakan satu tamparan yang pahit untuk Dato Onn tetapi beliau terus berjuang untuk

Parti Negara meskipun masa hadapan beliau semakin gelap sehingga kematiannya pada

tahun 1961. Ketiadaan sokongan dalam kalangan masyarakat Malaya pada keseluruhan

dapat dijelaskan oleh Tan Siew Sin, Menteri Kewangan Pertama Malaysia (22/8/1959-

4/8/1974). Beliau telah memberikan sebab bahawa pemikiran Onn Jaafar terlalu jauh

berbanding dengan rakyat serta ahli-ahli politik yang sezaman dengan beliau dan Tan

akan sokong jika idea Dato Onn itu dicadangkan lagi.30

27 Lofti Ismail, Sejarah Malaysia 1400-1963. Kuala Lumpur: Utusan Publications & Dstributions, 1974, hlm. 281.

28 S. Hashim Ahmad, Onn Jaafar: Bapa Gerakan Nasionalis Tanah Melayu, hlm. 73. 29 Lofti Ismail, Sejarah Malaysia 1400-1963, hlm. 284.

(14)

14 Pilihan Raya Umum Tanah Melayu 1955

Pada Mac 1953 pemimpin-pemimpin UMNO dan MCA mengumumkan

bahawa mereka telah mencapai persetujuan pada prinsip untuk pilihan raya umum

majlis perundangan persekutuan. Selepas pelbagai parti politik telah memberikan

cadangan mereka untuk pilihan raya tersebut, Pesuruhjaya Tinggi yang baru, Gerald

Templer mengumumkan di bawah persetujuan Sultan bahawa Majlis Perundangan

Persekutuan baru akan terdiri daripada 52 ahli akan dipilih melalui pilihan raya dan 46

lagi akan terus dicalonkan. Selain itu, pilihan raya juga akan diadakan pada tahun

1955.31 Perikatan UMNO-MCA tidak berpuas hati dengan majoriti yang boleh dipilih

hanya enam orang dan mengancam untuk memboikot pilihan raya. Pada 21 April 1954,

Perikatan menghantar delegasi yang terdiri daripada Tunku Abdul Rahman, Dato

Abdul Razak, Timbalan Presiden UMNO dengan Encik T.H. Tan, Setiausaha MCA ke

London untuk mendapatkan sokongan British Parlimen terutamanya Parti Buruh dan

awam untuk permintaan majoriti ahli dipilih dan mempercepatkan pilihan raya pada

tahun 1954. Mereka memohon pertemuan dengan Setiausaha Tanah Jajahan, Encik

Oliver Lyttelton sebelum beliau mengumumkan keputusannya pada pilihan raya

persekutuan.32 Selepas perbincangan dilakukan di pihak atasan British, Pesuruhjaya

Tinggi baru Donald MacGillivray memberi jaminan kepada Tunku bahawa beliau akan

berunding dengan parti yang memenangi majoriti kerusi supaya mencalonkan lima atau

tujuh orang ahli yang dilantik.33 Maka dengan itu, Parti Perikatan tidak lagi memboikot

lagi walaupun pilihan raya umum tetap diadakan pada pertengahan 1955. Sementara

itu, Perikatan telah menunjukkan lagi kekuatan yang menggerunkan dalam dua pilihan

raya Dewan Undangan Negeri pada akhir tahun 1954. Di Johor, Perikatan telah

31 Cheah Boon Kheng, Malaysia: The Making of a Nation, hlm. 30. 32 Harry Miller, The Story of Malaysia, hlm. 233.

(15)

15

memenangi semua 16 kerusi. Parti Negara Dato Onn hanya mendapat 9.4% daripada

jumlah undian. 19 hari kemudian, Perikatan menyapu 12 kerusi dalam Majlis Negeri

Terengganu, pengundian 56,554 undi berbanding dengan Parti Negara iaitu 7,169.34

Perikatan meneruskan trend menang ini pada pilihan raya seterusnya di peringkat negeri

dan tempatan pada tahun berikutnya.

Di samping itu, Perikatan telah menghasilkan manifesto pilihan raya setebal

empat puluh muka surat yang bertajuk Jalan Menuju Kemerdekaan (Road to

Independence). Walau bagaimanapun, manifesto itu tidak mengambil pendirian yang

positif (prinsip jus soli yang diharapkan oleh masyarakat bukan melayu) mengenai isu

kewarganegaraan. Manifesto itu mengambil jalan yang selamat dengan mencadangkan

bahawa masalah kewarganegaraan perlu diselesaikan oleh satu suruhanjaya bebas yang

akan mengkaji dan melakukan pembaharuan terhadap Perlembagaan 1948.35 Hanya

sebahagian kecil bukan Melayu telah mendaftarkan diri sebagai pengundi

menyebabkan pengundi kebanyakannya adalah orang Melayu. Pengundi yang berdaftar

pada tahun 1955 terdiri daripada kira-kira 84% Melayu, 11% Cina dan kurang daripada

5% adalah India. Oleh itu, ahli-ahli UMNO menegaskan bahawa Perikatan harus

meletakkan 90% calon Melayu tetapi Tunku menolak cadangan itu. Beliau mengugut

untuk meletakkan jawatan selagi tidak mengikut cara beliau. Oleh yang demikian,

Perikatan telah meletakkan 35 ahli UMNO, 15 ahli MCA dan 2 ahli MIC dalam 52

kawasan pilihan raya. Ini menunjukkan keupayaan Tunku untuk memujuk parti UMNO

untuk melaksanakan kompromi dan menerima konsep Parti Perikatan iaitu perpaduan

antara kaum.36 Perikatan di bawah pimpinan Tunku melanda kemenangan besar dalam

pilihan raya umum pertama pada 27 Julai 1955, memenangi 51 daripada 52 kerusi yang

34 Harry Miller, The Story of Malaysia, hlm. 238. 35 Ibid., hlm. 240.

(16)

16

dipertandingkan. UMNO kehilangan seorang calon kepada Parti Islam Se- Malaya

( PMIP ). Pilihanraya tersebut memberi ujian kepada “disiplin UMNO dan konsep Parti

Perikatan”.37

Terdapat beberapa sebab kemenangan Parti Perikatan dalam pilihanraya

tersebut. Hampir semua dana yang diperoleh adalah sumbangan orang Cina.38 Selain

itu, slogan Merdeka juga dibuktikan sangat efektif memandangkan semangat

kemerdekaan yang tinggi dalam kalangan masyarakat pada masa itu dan masyarakat

menerima manifesto tersebut. Walaupun boleh dikatakan pilihanraya ini adalah satu

kemenangan orang Melayu, namun kesemua 17 calon bukan Melayu Perikatan telah

dipilih. Ramai daripada mereka telah diletakkan di kawasan majoriti Melayu dan Tunku

Abdul Rahman dan pegawai-pegawai UMNO tertinggi bekerja keras untuk memastikan

bahawa tiada pengundian bersifat perkauman.39 Dengan kemenangan yang cemerlang

itu Perikatan telah berhak membentuk sebuah kabinet dengan diketuai oleh Tunku

Abdul Rahman Putra sebagai Ketua Menteri. Kabinet perikatan ini mengandungi 10

orang menteri yang terdiri daripada pelbagai kaum, 6 orang dari UMNO, 3 orang dari

MCA, dan 1 dari MIC.40

Penemuan Baling

Demi menghentikan ancaman komunis, pada September 1955 Kerajaan

Perikatan menawarkan pengampunan tanpa syarat dan 40 juta risalah untuk

mengarahkan cara-cara pengganas untuk menyerahkan diri digugurkan ke dalam hutan

melalui pesawat tetapi pengampunan ini menimpa kegagalan. Kemudian, pada 17

37 Diane K. Mauzy, Barisan National: Coalition Government in Malaysia. Kuala Lumpur: Maricans, 1983, hlm. 26.

38 Harry Miller, The Story of Malaysia, hlm. 241. 39 Ibid.

(17)

17

November 1955, Chin Peng menghantar sepucuk surat peribadi kepada Tunku Abdul

Rahman menawarkan untuk bertemu dengannya untuk membincangkan syarat bagi

mengakhiri perang dengan komunis.41 Satu mesyuarat telah diaturkan pada 28

Disember di bandar kecil Baling, Kedah. Tunku telah diiringi oleh Dato Tan Cheng

Lock dan David Marshall, Ketua Menteri Singapura yang telah dijemput oleh Tunku.

Sementara itu, rombongan PKM terdiri daripada Chin Peng, Chen Tien dan Rashid

Maidin. Chin Peng meletakkan syarat yang dia merasa adil dan munasabah untuk

menamatkan pertempuran ialah pengiktirafan partinya sebagai sebuah pertubuhan

politik yang sah. Tunku Abdul Rahman menolakkan cadangan tersebut dan hanya

menawarkan penyerahan tanpa syarat yang juga bermakna pembubaran Parti Komunis.

Rundingan berakhir pada keesokan hari apabila Chin Peng mengisytiharkan partinya

tidak akan menerima penyerahan.42 Darurat diteruskan sehingga 12 Julai 1960.

Proses Menuntut Kemerdekaan

18 Januari 1956, satu rombongan ke London telah diketuai oleh Tunku Abdul

Rahman dan pengikut terdiri daripada wakil Raja Melayu dan 4 orang wakil Perikatan,

iaitu Dato Abdul Razak, Kolonel H.S. Lee, Dr. Ismail Abdul Rahman dan T.H. Tan

serta Encik Abdul Kadir sebagai wakil Raja.43 Rombongan diadakan selama tiga

minggu di rumah Lancester, London untuk membincangkan hal-hal berkaitan dengan

kemerdekaan. Pada 8 Februari 1956, Perjanjian London telah dicapai. Antaranya,

kerajaan British bersetuju memberikan kemerdekaan pada 31 Ogos 1957, Jawatan

Setiausaha Kewangan dan Pengarah Gerakan akan digantikan dengan jawatan Menteri

Kewangan dan Menteri Pertahanan, British bersetuju membayar ganti rugi kepada

41 Harry Miller, The Story of Malaysia, hlm. 243. 42 Ibid., hlm. 244.

(18)

18

pegawai dagangan yang diberhentikan selepas merdeka, Kerajaan British di bawah

Komanwel diberikan hak meletakkan tenteranya di negara ini dan penubuhan sebuah

badan bebas untuk menggubal perlembagaan baru, iaitu Suruhanjaya Reid

ditubuhkan.44 Mac 1957, rangka perlembagaan yang dihasilkan oleh Suruhanjaya Reid

telah siap dan terus dikemukakan kepada pihak-pihak yang berkenaan untuk disemak

dan diteliti. Pada umumnya, hampir seluruh kandungan (rangka) perlembagaan itu

adalah berdasarkan pada memorandum yang dikemukakan oleh Parti Perikatan.

Dengan sedikit pindahan, rangka perlembagaan ini akhirnya telah diterima menjadi

perlembagaan Tanah Melayu yang merdeka.45 9 Mei 1957, Rombongan Perlembagaan

Reid diketuai oleh Tunku dan diikuti oleh Dato Abdul Razak, Ong Yoke Lin dan V.T.

Sambanthan ke London untuk mengesahkan penerimaan perlembagaan baru ini.46 Pada

31 Ogos 1957, Tanah Melayu secara rasminya telah diberikan kemerdekaan.

Cadangan dan Pelaksanaan Parti Perikatan terhadap Persoalan Penting

Pendidikan

Ordinan Pelajaran Mac 1957 adalah satu contoh isu sensitiviti yang telah

dicapai melalui kompromi politik. Kedua-dua pemimpin MCA dan MIC menerima

prinsip bahawa bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan yang perlu diberikan

keutamaan.47 Bagi pihak UMNO pula, mereka memahami kebimbangan tersebut maka

telah mengiktiraf pendidikan vernakular Cina dan India dikekalkan. Di bawah sistem

pendidikan yang baru, sekolah rendah (Sekolah Kebangsaan) akan menggunakan

Bahasa Melayu sebagai bahasa penghantar, sekolah bantuan kerajaan (Sekolah Jenis

44 Ishak Saat, Malaysia: 1945-2000, hlm. 74.

45 Lofti Ismail, Sejarah Malaysia 1400-1963, hlm. 285. 46 Ishak Saat, Malaysia: 1945-2000, hlm. 74.

(19)

19

Kebangsaan) boleh menggunakan bahasa Inggeris, Mandarin atau Tamil sebagai

bahasa pengantar tetapi pengajian Melayu wajib diajar dalam sekolah. Ordinan ini juga

menubuhkan sekolah menengah kebangsaan pertama aliran Melayu. Hal ini

membuktikan kesungguhan kerajaan untuk membantu orang Melayu memperoleh

kemahiran moden di luar tahap pendidikan rendah. Sekolah menengah dalam

bahasa-bahasa yang lain telah dibenarkan. Ordinan ini telah diluluskan sebulat suara oleh

Badan Perundangan Persekutuan dan kemudian dikuatkuasakan di bawah Akta

Pelajaran 1961.

Kerakyatan

Kompromi kedua antara parti ialah persoalan berkenaan dengan

kewarganegaraan. MCA dan MIC sentiasa mahu kerakyatan yang berasakan prinsip jus

soli di mana semua yang lahir di Tanah Melayu secara automatik akan menjadi

warganegara. UMNO bersetuju dengan cadangan ini dan sebagai balasan rakan-rakan

Perikatan perlu menyokong dasar pendidikan di mana bahasa Melayu adalah

diwajibkan dan satu 'kurikulum Malaya' disediakan di semua sekolah dalam apa jua

bahasa penghantar, sama ada sekolah kebangsaan atau sekolah jenis kebangsaan.48

Hak Istimewa Orang Melayu

Hak istimewa orang Melayu juga merupakan satu isu yang sangat sensitif. Demi

mengesahkan kenyataan Perikatan yang menegaskan kedudukan orang Melayu sebagai

tuan tanah (Bumiputera), MCA dan MIC menerima nisbah empat hingga satu bagi

orang Melayu kepada orang bukan Melayu dalam Perkhidmatan Awam Tanah Melayu,

status Raja-Raja, dan penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan. Sebagai

balasan untuk konsesi tersebut, UMNO berjanji kepada kedua-dua pihak bahawa

(20)

20

dasar ekonomi yang liberal akan diteruskan bagi membolehkan orang bukan Melayu

untuk melibatkan diri dalam aktiviti ekonomi tanpa rasa takut hasil barang akan

dirampas atau dikenakan cukai yang bersifat diskriminasi.49

Kedudukan Ekonomi Orang Melayu

Dasar-dasar pembangunan ekonomi negara daripada kerajaan Perikatan

mempunyai dua objektif utama iaitu bertujuan untuk membawa kemakmuran ekonomi

supaya semua rakyat dapat menikmati faedah yang diperolehi daripadanya dan

mengatasi kemunduran ekonomi orang Melayu yang merupakan satu tanggungjawab

moral yang telah awal janjikan untuk setiap parti politik dalam Perikatan yang bercorak

pelbagai etnik. 50 Kontrak perlembagaan telah mewajibkan kerajaan untuk

meningkatkan pembahagian Melayu dalam ekonomi. Walaupun Pelan Pertama Lima

Tahun Malaya (1956-1960) yang dianggap sebagai satu “lambang yang berhati-hati”,

51 perancangan yang cukup telah diagihkan dalam sektor luar bandar dengan membina

infrastruktur-infrastruktur yang akan diteruskan di bawah rancangan lima tahun yang

kedua (1961-1965). Salah satu langkah penting yang diambil ialah menangani masalah

kekurangan tanah pertanian Melayu.52 Oleh itu, sebuah agensi kerajaan baru, Federal

Land Development Authority atau Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan, pada

mulanya dikenali sebagai FLDA dan kemudian FELDA telah ditubuhkan untuk

membantu negeri-negeri menuntut semula kawasan besar di hutan dan membangunkan

kawasan tersebut sebagai penempatan pertanian Melayu yang baru.53

49 Barbara Watson Andaya dan Leonard Y. Andaya, A History of Malaysia, hlm. 282. 50 Cheah Boon Kheng, Malaysia: The Making of a Nation, hlm. 83.

51 Karl von Vorys, Democracy without Consensus: Communalism and Political Stability in Malaysia. New Jersey: Princeton University Press, 1975, hlm. 221.

(21)

21

Penutup

Kemerdekaan Malaysia telah menunjukkan kerjasama politik yang bersifat

tolak ansur, kompromi dan hubungan bertimbal balik yang sangat efisien. Seorang

cendekiawan Amerika Syarikat, Milton J. Esman telah berpendapat bahawa kerjasama

yang bersejarah ini telah memberi faedah kepada semua pihak dan kebanyakan telah

melebihi jangkaan yang ingin dicapai pada asalnya. Orang Melayu telah mencapai

kemerdekaan politik, kawalan kerajaan dan sebuah negara yang sistem simbol dan

gayanya bersifat Melayu.54 Sebagai balasan Cina mendapat lebih daripada Cina yang

bertempat di Asia Tenggara. Cina di Malaysia mendapat kewarganegaraan yang sama,

penyertaan politik dan pegangan pejabat, peluang ekonomi yang tidak terjejas serta

toleransi dalam bahasa, agama dan institusi budaya setelah penekanan daripada

pejuang-pejuang Cina di Malaysia. Kedudukan India juga boleh dikatakan sama dengan

orang-orang Cina yang dinyatakan di atas. Kerjasama politik yang boleh berlaku ini

sangat bergantung kepada Parti Perikatan yang diketuai oleh Tunku Abdul Rahman.

Kerjasama itu kekal menjadi dasar untuk pembinaan dan pembangunan Malaysia.55

54 Cheah Boon Kheng, Malaysia: The Making of a Nation, hlm. 39.

(22)

22

Rujukan

Andaya, Barbara Watson dan Andaya, Leonard Y. A History of Malaysia. Hamspire: Palgrave, 2001.

Cheah Boon Kheng, Malaysia: The Making of a Nation. Singapore: Institute of Southeast Asian Studies, 2002.

Esman, Milton J. Administration and Development in Malaysia. Ithaca: Cornell University Press, 1972.

Ishak Saat, Malaysia: 1945-2000. Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd, 2009.

Lofti Ismail, Sejarah Malaysia 1400-1963. Kuala Lumpur: Utusan Publications & Dstributions, 1974.

Mauzy, Diane K. Barisan National: Coalition Government in Malaysia. Kuala Lumpur: Maricans, 1983.

Miller, Harry. The Story of Malaysia. Kuala Lumpur: Synergy Media, 2007.

Oong Hak Ching, Chinese Politics in Malaya 1942-55: The Dynamics of British Policy. Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia, 2000.

S. Hashim Ahmad, Onn Jaafar: Bapa Gerakan Nasionalis Tanah Melayu. KL: Revolusi Rekaria Sdn. Bhd., 2009.

Tan T.H., The Prince and I. Singapore: Mini Media, 1979.

Referensi

Dokumen terkait

kemampuan menyebutkan fonem yang sama diperoleh data 40%. Maka kemampuan membaca permulaan dalam kegiatan belajar sebelum tindakan diklasifikasikan kurang baik. Hal

Kalau kebenaran harus selalu berkaitan dengan korespondensi dengan suatu realitas di luar imaji sendiri, maka dapat diduga kita tidak akan pernah mengalami apa

Apakah usaha yang dilakukan oleh tokoh tersebut untuk memperjuang kepentingan orang Melayu. I Melalui penulisan II Menubuhkan sekolah III Menggubal perundangan IV

Apakah alat kebesaran yang mengiringi pertabalan Sultan Muzaffar Shah sebagai Sultan Perak pertama?.

Hasil penelitian membuktikan bahwa terjadi peningkatan kemampuan guru dalam melaksanakan analisis hasil belajar melalui In House Training (IHT) dari siklus I ke

• Sejalan dengan kenaikan harga pasokan gas dari produsen di hulu untuk area Medan/Sumatera Utara, maka terhitung mulai 1 September 2011, ditetapkan harga jual baru untuk

Karakteristik dan posisi masing- masing stasiun penelitian sebagai berikut: Stasiun I dan I merupakan stasiun yang berada di depan dermaga PELNI Manokwari dan

Secara kronologis, kondisi sumber air untuk memenuhi kebutuhan air bersih penduduk di Desa Leosama adalah sebagai berikut: Pada tahun 1992, dibangun ‘embung’ yang dilengkapi dengan