• Tidak ada hasil yang ditemukan

Merungkai Makna Tarbiah dari sisi Pandan

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "Merungkai Makna Tarbiah dari sisi Pandan"

Copied!
21
0
0

Teks penuh

(1)

1

MERUNGKAI TARBIAH DARI SISI PANDANG

INSANIYYAH DAN RABBANIYYAH

1

Ahmad Nabil Mohd Nor, Abdul Muhaimin Hamzah, Syaima Amatullah Hasanuddin, Asma’ Tajul Arifin

Kamu (wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan bagi (faedah) umat manusia, (kerana) kamu menyuruh berbuat segala perkara yang baik dan melarang daripada segala perkara yang salah (buruk dan keji), serta kamu pula beriman kepada Allah (dengan sebenar-benar iman).

Ali I ra :

PENDAHULUAN

Tarbiahmerupakan teras utama kepada kelangsungan sesebuah pergerakan Islam. Menurut Hassan al-Banna (1938), matlamat pergerakan Ikhwan Muslimin itu merangkumi pembinaan generasi daripada kalangan orang-orang yang berpegang dan beramal dengan ajaran Islam yang sahih; generasi yang terbina ini akan mencorakkan umat keseluruhan dengan corak Islam yang dipercayainya. Mustafa Masyhur pula telah memperihalkan kualiti tarbiah sebagai kayu ukur ketulenan sesuatu pergerakan dan penentu masa depannya daripada sudut kesinambungan, pertumbuhan, keserasian dan kesatuan ketumbukan ahli.

Menyedari hakikat kepaksian tarbiah, ia perlulah sentiasa menjadi agenda utama sesebuah pergerakan Islam dalam kedua-dua lapangan amali dan teori. Teori merujuk kepada perencanaan stragetik daripada penyusunan bahan fikrah, sistem sokongan dan sistem penilaian serta melakukan semak-semula secara berkala kepada keberkesanan dan kewajarannya dalam menghadapi cabaran semasa. Aspek amali pula ialah perlaksanaan rencana tersebut dengan menggerakkan jentera berkaitan dan peruntukan kewangan. Oleh itu, tarbiah merupakan tajuk yang sentiasa relevan untuk diwacanakan, untuk memasakkan kefahaman sedia dan menimbulkan wajah-wajah baru dalam wacana tarbiah sebagai respon kepada keperluan yang berubah.

Kertas kerja ini akan cuba untuk merungkaikan kefahaman tarbiah dengan harapan untuk mencapai kepada suatu kefahaman bercakupan luas, menyeluruh dan tidak bersifat exclusionary. Walaupun tidak akan mengetengahkan konsep-konsep baru melainkan sebuah perumusan kepada kefahaman yang telah sedia berlegar, kertas kerja ini akan memberikan penekanan kepada beberapa unsur penting dalam kefahaman tersebut yang sering culas daripada pemerhatian banyak orang. Untuk mencapai tujuan ini, konsep tarbiah insaniyyah akan cuba diposisikan sebagai salah satu elemen tarbiah rabbaniyyah yang lebih luas. Seterusnya, sebuah tinjauan dan analisis ringkas kepada gerak kerja tarbiah bawah seliaan Kelab IKRAM Jordan akan dilakukan sebelum membuat beberapa saranan penutup.

(2)

2

TINJAUAN KONSEP

Jika kata tarbiah diperiksa daripada segi bahasa Arabnya, didapati bahawa ia merupakan kata terbitan daripada kata dasar rabba iaitu bertambah dan berkembang, justeru berkongsi akar yang sama dengan kata riba yang membawa maksud bunga hutang; juga daripada perkataan rabbu yang membawa pengertian membaikpulih dan memperelok sesuatu, justeru berkongsi akar dengan kata al-Rab yang merujuk Allah swt sebagai Pencipta yang Memperelokkan Ciptaan-Nya. Sekadar kilasan bahasa, dua pemeriksaan di atas memberikan suatu gambaran makna kepada tarbiah untuk merujuk proses pengembangan yang elok lagi memperelokkan. Membicarakan tarbiah dalam kerangka manusia, maka dapatlah perkataan ini diungkapkan dalam bahasa Melayu kepada perbuatan mengasuh, mendidik, mengajar dan melatih.

Untuk meninjau konsep tarbiah, menurut Mohamed Hamed Eliwa (2014) tarbiah dapatlah dirumuskan sebagai: pertambahan, peningkatan, penjagaan, perkembangan, pengislahan dan pembinaan sedikit demi sedikit, dari satu keadaan kepada satu keadaan sehingga sampai ke tahap lengkap serta sempurna. Beliau kemudiannya menerangkan bahawa batas lengkap dan kesempurnaan itu merupakan usaha bagi merealisasika fir a Allah, …

tegakka lah aga a… . Takrif i i telah e peri ika sifat perlaksa aa tar iah de ga

menyenaraikan enam aspek seperti yang tertulis dan mengikat tujuan akhir tarbiah dengan suatu kenyataan yang bersifat haraki. Tarbiah, justeru, dibingkaikan sebagai suatu projek yang bertujuan untuk menggerakkan umat demi sebuah reformasi sosial (dan seterusnya politikal) berteraskan cita-cita Islami. Meskipun merupakan sebuah takrif yang lengkap, ia tidak mampu untuk keluar daripada lingkungan pergerakan Islam demi sebuah kefahaman yang lebih luas. Bahkan, tidak berlaku penekanan kepada diri insan sebagai yang-ditarbiah dalam ungkapan takrif yang ditawarkan. Natijahnya, takrif ini tidak menggambarkan keperluan manusia kepada tarbiah melainkan cita-cita besar tarbiah itu sahaja.

Anis Matta, Ketua Bidang Kerjasama Internasional, Partai Keadilan Sejahtera (PKS) di Indonesia pula menyatakan bahawa tarbiah ialah: seni mencipta ulang manusia itu, di atas bentukan dasar di mana dia dilahirkan. Meskipun tidak memerincikan sifat-sifat perlaksanaan tarbiah, pentakrifan yang dilakukan oleh Anis Matta ini menggarap sepenuhnya insan sebagai yang-ditarbiah: tarbiah digambarkan mirip proses ulang cipta manusia berdasarkan kepada fitrah. Takrif ini memberikan kejelasan tentang peri pentingnya tarbiah, bukan hanya kerana cita-cita besarnya, tetapi kerana peranan besarnya kepada diri insan itu sendiri yang akan dikembalikan daripada penyimpangan kepada asal. Penggunaan kata seni juga merupakan suatu yang begitu tepat dan menggambarkan sifat tarbiah yang subjektif dan perlu dipersonalisasikan menurut keperluan. Demikianpun, Anis tidak memperincikan fitrah seperti apa yang dikehendakinya dan ini membuka peluang kepada kepelbagaian penafsiran yang menghasilkan projek-projek tarbiah yang berbeza.

Seterusnya, meninjau daripada aspek lain, Mashitah Idris et al (2015) melihat bahawa

(3)

3

Hamed Eliwa yang menekankan kepada cita-cita besar dan takrif daripada Anis Matta yang lebih menekankan kepada diri insan itu sendiri. Tetapi, skema insan yang diambil daripada al-Ghazali itu tampak kurang jelas daripada aspek suluk atau perilaku sosial. Walaupun difahami bahawa menurut kerangka pemikirannya, aspek suluk ini merupakan suatu natijah yang akan melazimi keperibadian yang mapan, tetapi penekanan kepada pembinaannya itu merupakan suatu yang perlu untuk diijelaskan bagi mengelakkan silap faham dan hilang fokus.

Kefahaman tentang perilaku sosial ini turut diungkapkan oleh Kuntowijoyo (2006) sebagai

etika profetik de ga erujuk kepada Ali I ra ayat . Ku to ijoyo e gete gahka

bahawa umat terbaik itu bukanlah suatu anugerah yang automatik melainkan dengan aktivisme: ta u u a bil a uf, ta hau a a al u ka dan tu i u a billah. Bagaimanapun, beliau cuba untuk melampaui kefahaman biasa dengan menterjemahkan tiap-tiap frasa sebagai humanisasi, liberalisasi dan transedansi. Humanisasi sebagai suatu kesedaran untuk melihat kepada tema-tema umum berkaitan insan seperti letak duduk mereka dalam sistem ekonomi yang telah memperkecilkan potensi hanya sebagai sambungan atau pengoperasi mesin-mesin, posisi mereka dalam kerangka kebudayaan, teknologi sebagai ancaman kepada nilai-nilai manusiawi yang terkikis dan sebagainya. Liberalisasi pula ialah sebuah pembebasan daripada belenggu-belenggu yang dikenalpasti itu hasil pemerhatian yang telah dilakukan. Manakala Transedansi membawa dua pengertian: pertama, sebagai tujuan akhir kepada etika profetik ini iaitu aspek pengabdian diri kepada Tuhan; dan keduanya, sebagai suatu usaha intelektual untuk memahami teks-teks al-Quran dan as-Sunnah dan mencapai kepada satu kefahaman yang jitu yang melampaui (transcend) konteks zaman dan tempat sehingga menjadi suatu kefahaman objektif yang sesuai diamalkan secara sejagat.

RUMUSAN KONSEP

(4)

4 suluk yang bukan sahaja berkesan tetapi merupakan pengabdian secara langsung kepada Allah swt.

Frasa pe i aa pote si i sa ini juga membayangkan sebuah kerangka kefahaman tarbiah yang luas sehingga merangkumi segenap aspek pendidikan, pengasuhan, pengajaran dan latihan yang membina sifat-sifat manusiawi (humanisasi) dan membebaskan mereka daripada belenggu-belenggu yang menyekat daripada pembinaan tersebut (liberalisasi). Kedua-dua aspek ini dapatlah ditermakan sebagai tarbiah insaniyyah yang mengambil kira setiap tindakan yang menepati ciri-ciri yang telah digariskan sebagai terangkum dalamnya. Tarbiah insaniyyah walaupun dilihat bermain pada ranah-ranah fizikal dan psikososial, ia tidak patut dilihat sebagai suatu yang di luar kerangka tarbiah islamiyyah berikutan apa yang telah dibincangkan sebelum ini tentang perkaitannya sebagai unsur-unsur penting dalam etika profetik. Bahkan, kertas kerja ini mencadangkan suatu kefahaman bahawa, tarbiah insaniyyah itu merupakan sebahagian daripada tarbiah islamiyyah atau tarbiah rabbaniyyah yang lebih luas. Ini merupakan suatu usaha untuk mengelakkan pandangan binary kita-lawan-mereka. Begitu pun, ini tidak pula bermaksud identifikasi diri kita sebagai sama dan tidak berbeza dengan yang lain, berikutan wujud beberapa perbezaan yang perlu dihargai sebagai suatu jati diri yang unik.

(5)

5 TARBIAH INSANIYYAH

Hari ini, masyarakat muslim mengenali perkataan tar iah se agai se uah siste ya g memperbaiki masyarakatnya. Ia adalah satu jalan mengajak seluruh umat Islam untuk kembali menuju Tuhan yang Maha Esa. Apabila dikatakan tarbiah, ia seolah-seolah begitu ekslusif hanya untuk masyarakat Muslim, dan ada juga sesetengah pihak yang menisbahkan

perkataa tar iah ha ya u tuk i di idu-individu yang menyertai usrah dan liqo. Sebagaimana yang telah kita bincangkan tentang definisi tarbiah sebelum ini, kita meyakini bahawa tarbiah mempunyai maksud yang lebih luas dan mencakupi banyak aspek.

Tarbiah yang ingin kita fahami adalah merangkumi aspek pendidikan, pengasuhan, pengajaran dan latihan yang membina sifat-sifat manusiawi (humanisasi) dan membebaskan mereka daripada belenggu-belenggu yang menyekat daripada pembinaan tersebut (liberalisasi). Sedikit petikan dari Risalah Pergerakan Pemuda Islam, Musthafa Muhammad Thahan apabila menceritakan tentang karateristik tarbiah:

Tarbiah adalah aktivitas manusia yang memiliki titik tolak sendiri, dan mempunyai kandungan kemasyarakatan. Ia adalah jalan hidup bahkan hidup itu sendiri. Tarbiah sangat penting kerana ia dapat mengubah anak manusia dari hanya sekadar makhluk, menjadi insan yang memiliki keperibadian berbeza.

Berikutan aspek-aspek yang dijaga dalam tarbiah, maka tarbiah bukan hanya layak untuk kaum muslimin, malah segala proses yang memperbaiki asas perilaku manusia, dan membangun modal insan merentasi sempadan jantina, bangsa dan agama terangkum dalam pengertian tarbiah. Musthafa Muhammad Thahan kemudian menyambung tentang keistimewaan tarbiah Islamiyyah, ciri pertama yang disusun dalam bukunya adalah Ta biah Insaniyyah .

Ini adalah risalah sepanjang zaman, untuk setiap tempat, bersumber dari Allah (rabbaniyyah), dan memiliki kandungan kemanusiaan. Ketika metod tarbiah lain bertujuan mempersiapkan warganegara yang baik dan penuh dengan fanatisme, maka tarbiah islamiyyah (dengan ciri tarbiah insaniyyahnya) menjamin terbentuknya manusia yang baik dan mampu menjaga kemanusiaannya.

(6)

6

Rajah 1.0

Rajah 1.0 menjelaskan bahawa konsep tarbiah yang membina potensi insan dan mengembalikannya kepada fitrah serta proses pemeliharaan kedua-duanya yang berterusan merupakan aktiviti yang telah pun dilaksanakan oleh muslim dan non-muslim. Baik yang membina potensi manusia ke arah kebaikan yang menepati ajaran Islam seperti kerja-kerja pemulihan kaki arak, atau yang tidak menepati ajaran Islam seperti membina potensi manusia untuk menjadi penjenayah berkemahiran tinggi. Kawasan yang telah dilorekkan menggambarkan aktiviti tarbiah Muslim dan sebahagian aktiviti tarbiah non-Muslim yang tidak melanggar syariat yang mana kedua-duanya terangkum dalam kerangka tarbiah insaniyyah. Keputusan akhir sama ada seseorang yang bukan islam itu akhirnya akan kembali kepada islam ataupu tidak, terpulang kepada individu tersebut kerana ia adalah hak kebebasan manusia.

Maka apakah hadaf tarbiah insaniyyah? Hadaf utama tarbiah insaniyyah bertujuan untuk memperbaiki seramai mungkin manusia merentasi agama untuk menjalani kehidupan dengan menepati nilai-nilai murni yang bertepatan dengan ajaran Islam.

Contoh mudah sebagaimana ketika Daulah Madinah terbentuk, kaum Yahudi yang berada di dalam Madinah bebas untuk beragama dan menjalani kehidupan seperti biasa. Namun Rasulullah menetapkan beberapa piagam, agar masyarakat Yahudi berakhlak seperti mana yang digariskan oleh Islam.

Kaum Yahudi dari suku Bani Auf adalah satu bangsa bersama-sama kaum mukmin. Kaum Yahudi bebas memeluk agama mereka dan kaum mukmin bebas dengan agama mereka. Kecuali kalau ada orang yang menzalimi dan berbuat kejahatan maka dia dan keluarganya sahajalah yang menerima akibat.

Piagam Madinah, Fiqh Sirah, Said Ramadhan Al-Buti

Begitulah Rasulullah yang bersikap adil dan meraikan perbezaan sesama manusia, namun akhlak dan tanggungjawab setiap individu kepada yang lainnya adalah hak yang tidak boleh diambil mudah. Hal ini penting bagi menjamin kesejahteraan dunia dengan merealisasikan ciri-ciri Islam yang rahmah.

Tarbiah

(7)

7

Bagaimana kita begitu yakin bahawa proses tarbiah terjadi dalam kalangan non-muslim yang menepati ciri-ciri tarbiah?

KAJIAN KES 1

Kathleen Sciacca: Pelopor dalam perkembangan rawatan pemulihan, program dan servis yang komprehensif untuk Penyakit Mental, Ketagihan Dadah dan Arak (MIDAA)(R), Dual Diagnosis - Co-occurring Disorder.

Kathleen yakin, bagi mengubati pesakitnya, rawatan perlu dilaksanakan secara berperingkat. Manusia tidak akan berubah jika tiada kemahuan. Bahkan beliau mengecam tindakan sesetengah pusat rawatan yang menggagap setiap pesakitnya sudah berada pada tahap sedia untuk dipulihkan, sedangkan pesakitnya tidak merasakan menagih dadah adalah satu kesalahan. Kesannya, apabila perawat menyediakan pelan perubahan, pesakitnya memberontak lantas dikategorikan sebagai pesakit gagal. Senario ini bukan sahaja memberi kesan kepada perawat, malah kepada pesakit itu tersendiri hingga ia fobia untuk meneruskan rawatan ke mana-mana pusat rawatan sekalipun. Maka 5 peringkat yang diyakini oleh Kathleen:

1. Fasa Pra-Renungan 2. Fasa Renungan 3. Fasa Persediaan

4. Fasa Perlaksanaan plan perubahan 5. Fasa Pasca Perubahan

Dalam fasa perlaksanaan pelan perubahan, pesakit dikumpulkan dalam satu kumpulan bersama beberapa pesakit lain dan diketuai oleh seorang perawat. Rawatan ini dikenali

se agai ‘a ata Berku pula . Pera at aka e e ta gka fakta erkaita dadah,

pesakit akan memberi respon sebagai pengkritik kepada pembentangan berdasarkan pengalaman masing-masing. Perbincangan seperti ini akan membawa kesan yang baik kepada pesakit lantas akan bersama-sama berazam berubah kepada yang lebih baik.

Diakhir sesi rawatan, pesakit yang telah pulih akan disediakan fasiliti asas kehidupan, dan dibina kemahiran untuk dia meneruskan kehidupan sebagai manusia biasa seperti mana ahli masyarakat yang lain.

Begitulah, jika anda melihat kes ini, anda akan mendapati bahawa ia merupakan satu sistem mengembalikan manusia kepada fitrah apabila Kathleen menyediakan fasa pra renungan, renungan dan persediaan untuk memberi kesedaran kepada penagih dadah, bahawa perbuatan menagih dadah bukanlah sesuatu yang baik untuk kehidupan seorang manusia.

(8)

8

KAJIAN KES 2

Jack Bush; antara yang mengembangkan program rawatan "Thinking For A Change", Intitusi Perubahan Kebangsaan dan antara penulis Cognitive Self Change: How offenders Experience the World and What We Can Do About It (Wiley Blackwell, 2016)

Jack Bush telah bekerja untuk membantu memulihkan penjenayah, bermula dari penjenayah gred sederhana, hingga penjenayah berisiko tinggi kanak-kanak dan dewasa. Beliau meyakini bahawa punca salah laku penjenayah adalah gaya pemikiran mereka. Maka penyelesaian utama bagi membantu penjenayah adalah dengan melaksanakan rawatan kognitif:

 Kami harus menghukum anda atas jenayah yang telah anda lakukan

 Kami menawarkan kepada anda peluang untuk berubah dan kembali hidup bersama masyarakat

 Kami menghormati hak anda untuk membuat keputusan

Jack Bush (2016) melaporkan bahawa lawatannya ke Penjara Red Onion di Wise Country yang dikatakan mempunyai fasiliti yang teruk dan pengawalan banduan secara berlebihan sehingga didakwa di bawah Kementerian Keadilan. Namun penjara ini kini berada dalam proses perubahan, dari budaya kawal dan hukum kepada kawal dan harapan. Setiap petugas penjara diberi latihan untuk memberi rawatan kognitif. Banduan sedia maklum bahawa hukuman mereka mempunyai peringkat

 Pengurungan ketat inidividu (Confinement Solitary)

 Penjara pengawalan longgar (beberapa individu dalam satu sel)

 Akhirnya kebanyakan dari mereka akan dibebaskan untuk kembali hidup besama komuniti.

Kesannya kini Penjara Red Onion berjaya mengurangkan peratusan banduan yang dikenakan hukuman pengurungan ketat individu sebanyak 68%. Bermakna banduan kini mampu mengawal diri dengan hanya dikenakan hukuman kawalan longgar dan akhirnya bebas menikmati kehidupan sebagaimana manusia biasa.

Bagaimana proses ini boleh dikatakan tarbiah? Apabila Jack Bush menyelesaikan masalah dari akarnya, iaitu kesalahan cara berfikir. Bermula dari mengenal pasti masalah ini, proses bantu-fikir yang berterusan akan membantu penjenayah tersebut untuk terus mengubah sudut pandang terhadap diri sendiri, keluarga dan masyarakat. Bahkan proses memberi harapan kepada pesalah untuk terus berusaha memperbaiki diri, dan bercita-cita untuk menjadi manusia yang berguna untuk masyarakat.

(9)

9 TARBIAH RABBANIYYAH SEBAGAI PELENGKAP TARBIAH INSANIYYAH

Seperti yang telah dirungkaikan pada bahagian sebelum ini, tiada perbezaan ketara antara tarbiah insaniyyah dengan tarbiah rabbaniyyah melainkan tarbiah rabbaniyyah ialah pelengkap kepada tarbiah insaniyyah dan tarbiahinsaniyyah adalah sebahagian daripada tarbiah rabbaniyyah. Tarbiah rabbaniyyah mempunyai matlamat akhir yang lebih jauh menjangkaui matlamat yang ingin dicapai oleh tarbiah insaniyyah yang matlamatnya hanya berkisar sekitar mengikis elemen-elemen tidak tabii pada seseorang individu atau sesebuah masyarakat manakala tarbiah rabbaniyyah mempunyai nilai pelengkap iaitu di samping proses penghakisan elemen tidak tabii, adanya

proses pengembaliannya kepada Tuhan, sepertimana konsep fitrah yang telah dihuraikan oleh Syed Naquib al-Attas.

Konsep yang dibawa oleh Syed Naquib al-Attas boleh dianalogikan secara mudahnya dengan menisbahkan manusia sebagai robot ciptaan yang mempunyai matlamat penciptaan dan fungsi yang spesifik – di sini boleh dikatakan sebagai berfungsi dengan fitrah – dan Tuhan sebagai Penciptanya yang telah menyediakan manual – yakni al-Quran – untuk dijadikan rujukan supaya ciptaanNya tidak tersimpang dari matlamat hidupnya. Seharusnya robot itu berfungsi mengikut apa yang telah ditetapkan oleh penciptanya pada kadar serta tetapan yang telah direncanakan untuk berfungsi dengan baik dan berkesan. Namun, sekiranya robot itu lari menyimpang dari perencanaan penciptaannya dan berfungsi di luar matlamat penciptaannya, maka akhirnya robot itu akan rosak dan tidak berfungsi dengan baik. Begitu juga dengan manusia yang telah dicipta untuk menjadi seorang abid dan khalifah. Seandainya manusia melanggar matlamat penciptaannya – yakni gagal menjadi seorang hamba yang patuh kepada perintah Tuhannya atau menjadi seorang khalifah yang berusaha memakmurkan dunia – maka ia akan menjadi cacat dan tidak mampu berfungsi dengan elok. Itulah yang boleh dianalogikan sebagai fitrah dan cara untuk kembali kepada fitrah adalah dengan tarbiah rabbaniyyah yang membawanya kembali kepada Penciptannya. Matlamat akhir yang ingin dibawa tarbiah rabbaniyyah bertepatan dengan dua firman Allah s.w.t,

Tidaklah Aku menciptakan jin dan manusia melainkan agar mereka beribadah kepada-Ku.

QS. Adz-Dzariyaat [51]: 56

Ingatlah ketika Tuhanmu berfirman kepada pa a Malaikat: “esu gguh ya Aku he dak e jadika seo a g khalifah di uka bu i.

QS. Al-Baqarah [2]: 30

Menjadi seorang hamba bererti mengabdikan diri kepada Allah dengan mematuhi segala perintahNya dan menjauhi segala laranganNya. Abid di sini merujuk pertalian langsung antara hamba dan Penciptanya dan segala amalan yang dilakukan oleh seorang hamba hanya dengan tujuan merapatkan dirinya kepada Allah. Perintah dan larangan yang telah digariskan

Tarbiyah Rabbaniyyah Tarbiyah Insaniyyah

(10)

10

oleh Allah juga merangkumi proses tarbiah yang mendidik hambaNya untuk meninggalkan kejahilan dan masuk ke dalam Islam secara berperingkat-peringkat. Akhir sekali, seseorang hamba itu diseru untuk bersatu dengan Islam dan menjadikan Islam sebagai cara dan pegangan hidupnya. Rasulullah S.A.W pernah bersabda,

Orang-orang terpilih di zaman Jahiliah, juga terpilih di zaman Islam jika dia memahami Islam.

(HR al-Bukhari dan Muslim)

Perubahan fasa hidup seseorang dari kejahilan kepada Islam bukan bererti ia perlu membuang segala aspek dalam dirinya, segala kemahirannya dan kelebihannya, tetapi hanya sekadar penyingkiran unsur-unsur jahiliyah yang telah meresap dalam dirinya sebelum itu. Hebat dan gagahnya Umar al-Khattab r.a sebelum beliau memeluk Islam, begitu juga hebat dan gagahnya beliau setelah memeluk Islam. Yang berubah dalam dirinya hanya kefahamannya tentang agama dan kesucian hatinya. Ini yang disebut sebagai tarbiah mengembalikan kita kepada fitrah.

Menjadi seorang khalifah pula bererti berperanan untuk memakmurkan dunia yang diberi pinjam oleh Allah. Pengertian ini termasuk memastikan urusan pemeliharaan dunia dan seluruh makhluk di dalamnya, berlaku baik serta bersikap adil. Secara dasarnya, menjadi khalifah adalah menjadi seorang yang berlaku baik dengan seluruh makhluk di muka bumi ini, termasuk manusia dan yang selainnya. Tugas khalifah ini boleh diberikan skop yang sangat-sangat luas, bermula daripada sekecil-kecil perhubungan sosial antara sahabat atau perilaku antara manusia dengan haiwan kepada pengurusan negara dan dunia dengan hadaf yang sama iaitu mengimarahkan dunia dan mengekalkan keharmonian dan kesejetahteraannya. Tarbiah rabbaniyyah menekankan kedua-dua aspek ikatan antara hamba dengan Tuhan dan juga ikatan antara hamba dengan hamba.

Proses pengembalian kepada fitrah dan pembinaan potensi insan yang dianjurkan oleh tarbiahrabbaniyyah ini lebih mendalam kesannya berbanding tarbiahinsaniyyah dan mampu mewujudkan integrasi antara aspek diri insan yang dikategorikan sebagai Aqli (akal), Wijdani (hati), dan Suluki (perilaku). Penekanan konsep tarbiahrabbaniyyah yang mempunyai elemen Islamiy ke atas aspek A li membentuk seorang individu yang sihat akalnya, mampu berfikir dengan sejahtera, dan berpengetahuan luas. Ini akan membantu individu tersebut memahami matlamat hidupnya yang sebelum ini telah dirungkaikan, iaitu untuk menjadi seorang hamba yang taat dan khalifah yang memakmurkan dunia. Al-Quran berulang kali mensarankan agar manusia berfikir dan bertafakur serta meluaskan ilmu pengetahuannya, dari sudut agama mahupun seni dan sains. Pembentukan akal yang sejahtera akan menyisih kejahilan yang berlegar dalam diri manusia di mana kejahilan ini adalah asbab kepada kaburnya penglihatan manusia daripada mengenali Penciptanya.

(11)

11

Penciptanya. Inilah yang disebutkan sebagai hubungan vertical seseorang hamba dengan Tuhannya. Inilah tahap keluhuran hati atau aspek wijdani yang ingin dicapai dalam tarbiah rabbaniyyah.

Ketahuilah bahwa di dalam tubuh ini terdapat segumpaldarah. Apabila segumpal darah itu baik, maka baik pula seluruh anggota tubuhnya. Dan apabila segumpal darah itu buruk, maka buruk pula seluruh anggota tubuhnya. Segumpal darah yang aku maksudkan adalah hati

(HR Muslim, no. 1599)

Dari keluhuran yang mencakupi seluruh benak hati seseorang hamba, dalam keadaan ia memahami akan matlamat kewujudannya dan kehendak Penciptanya, maka seharusnya segala perilakunya dan segala tindak tanduknya selari dengan pemahaman dan keyakinan hatinya. Setiap ungkapan yang dilontarkan lidahnya, setiap gerakan yang dilakukan oleh tubuhnya merupakan menifestasi lahiriah daripada segala yang terkumpul dan terbina dalam akal dan hatinya, tidak kira dalam keadaan ia bersendiri mahupun dalam perhubungan sosial dengan manusia sekelilingnya. Perbezaan akhlak dan etika adalah contoh yang sangat-sangat menepati perkaitan perilaku dan hati di mana akhlak adalah cermin kepada hati, baiknya hati maka baiklah akhlak yang ditampilkan dan begitu juga sebaliknya. Manakala etika adalah adab-adab yang telah ditetapkan majikan untuk dilakukan oleh pekerja, tidak kira samada adab itu selari dengan keadaan hatinya atau tidak.

Pembinaan ketiga-tiga aspek insani ini amat penting kerana perkembangan potensi insan memerlukan integrasi besar antara ketiga-tiganya untuk melahirkan insan yang sempurna sifatnya. Dalam realiti, pembinaan fikrah, penghayatan jiwa, dan perilaku yang baik mesti berjalan seiring agar insan yang dibina itu bukan sekadar tinggi ilmunya tanpa penghayatan ilmu yang dituntutnya itu, kelihatan warak dan menjaga hubungan dengan Tuhan tanpa mengendahkan hubungan horizontalnya dengan masyarakat sekeliling, atau sekadar baik perilaku dan budi pekertinya namun pemikirannya tidak luas dan ilmunya tidak mendalam. Yang demikian adalah contoh pembinaan insan yang tidak sempurna yang hanya mengetengahkan pemerkasaan satu atau dua aspek insani sahaja.

(12)

12

Firman Allah S.W.T,

Samalah seperti (nikmat) Kami mengutuskan kepada kamu seorang Rasul dari kalangan kamu (iaitu Muhammad), yang membacakan ayat-ayat Kami kepada kamu, dan membersihkan kamu (dari amalan syirik dan maksiat), dan yang mengajarkan kamu kandungan Kitab (Al-Quran) serta Hikmat kebijaksanaan, dan mengajarkan kamu apa yang belum kamu ketahui.

(QS. Al-Baqarah [2]: 151)

Ayat di atas telah menerangkan langkah-langkah tarbiyah setiap rasul yang telah diutuskan untuk membimbing manusia termasuk Rasulullah S.A.W. Dalam proses tarbiah para sahabat, Baginda telah menggunakan tiga langkah, iaitu pembacaan wahyu, penyucian diri, dan pengajaran daripada wahyu itu sendiri yang telah terbukti amat berkesan dalam proses tarbiah rabbaniyyah. Hal ini boleh dilihat dengan bagaimana dalam 13 tahun tarbiah yang dilakukan oleh Rasulullah terhadap sahabat-sahabatnya mampu melahirkan manusia-manusia yang hebat keperibadian mereka dan tokoh-tokoh yang sangat agung jasa-jasa mereka. Penelitian seerah nabawiyah dan sejarah Islam telah membuktikan keberkesanan tarbiahrabbaniyyah yang bukan hanya terhenti dalam mengesani satu-satu individu, tetapi setiap individu yang terkesan itu secara kolektif akan mengesani masyarakat dan terus berkembang pesat dalam proses islah dan pembinaan justeru menghasilkan sebuah negara Islam yang ideal. Seterusnya negara yang terhasil itu telah mengesani negara-negara sekelilingnya sehingga setelah ratusan tahun berlalu, proses ini memacu umat Islam sehingga mereka berjaya menyebarluaskan Islam hingga ke 2/3 dunia.

Setelah kita meyusuri konsep kedua-dua tarbiah insaniyyah dan tarbiah rabbaniyyah serta implikasinya kepada individu dan manusia secara kolektif, seharusnya kita kembali wujudkan hubung kait antara matlamat yang kita ingin capai dari tarbiyah yang kita sedang usahakan dengan keadaan realiti semasa. Telah terbukti bahawa umat manusia dalam keadaan yang tenat, tanpa Islam dan tanpa pembinaan potensi dan jati diri insani yang baik dan seimbang. Maka seharusnya kita menyedari bahawa masih banyak yang perlu kita lakukan dalam merealisasikan matlamat tarbiah rabbaniyyah yang sedang kita bawa. Sekali lagi ingin ditekankan bahawa tarbiah bukan hanya satu konsep abstrak, malah tarbiah adalah satu proses yang berterusan yang berlaku dalam setiap diri kita dan semua orang sekeliling kita.

(13)

13

Tinjaua Te ta g Kita i i telah dijala ka oleh pasuka kajian muktamar bermula pada hari Rabu, 19 April 2017 tepat jam 12 pagi dan ditutup pada hari Selasa, 25 April 2017 pada pukul 5 petang. Kajian ini dijalankan bertujuan untuk mendapat gambaran secara kasar tentang kualiti ahli yang melalui proses tarbiah dalam sistem yang dikelolai oleh Kelab IKRAM Jordan. Borang dalam bentuk Google Form telah digunakan dalam proses mengumpul data kajian dan disebarkan terhad kepada ahli Kelab IKRAM Jordan(KIJ) pada sesi semasa.2 Sepanjang tempoh

tersebut, seramai 109 ahli KIJ telah turut serta dalam tinjauan ini di mana ia merangkumi lebih 1/3 bilangan ahli KIJ. Secara umumnya, tinjauan ini dibahagikan kepada 9 bahagian: Kita dan Al-Quran, Kita dan Solat, Kita dan Puasa, Kita dan Pembacaan, Kita dan Gajet, Kita dan Orang Sekeliling, Kita dan Keluarga dan Kita dan Tarbiah. Berikut dilampirkan hasil daripada tinjauan umum kepada kualiti ahli KIJ.

DAPATAN TINJAUAN

2 Sesi pengajian universiti 2016/2017

Jarang

BILANGAN MUKA SURAT AL-QURAN DIBACA SETIAP HARI

(14)
(15)
(16)

16

Ibu bapa Adik beradik Saudara mara Jiran tetangga

0 1 1.8 9.2

Skala 1 Skala 2 Skala 3 Skala 4 Skala 5

0

(17)

17

Berikut ialah kesimpulan dapatan tinjauan berdasarkan pilihan majoriti dan minoriti responden:

Perkara Pilihan Majoriti

Responden

Pilihan Minoriti Responden

Kelancaran bacaan al-Quran Skala 5 Skala 1

Tilawah al-Quran/ hari 1-3 muka surat Jarang-jarang membaca

Solat Jemaah/ hari 3 kali 1 kali

Solat rawatib/ hari 3 kali 5 kali & 1 kali

Qiyam/ minggu Jarang, tapi berniat Tidak terfikir

Puasa Isnin dan Khamis Jarang-jarang, tapi ada niat

Tidak terfikir untuk puasa

Puasa Hari Putih Tidak berpuasa Berpuasa

Mengulang kaji pelajaran Setiap hari Setiap 3 hari akan ulang kaji

Cakna isu semasa Tidak, sekadar mendapat info tidak langsung dari media sosial

Tidak cakna kerana tidak minat isu semasa

Pendapat tentang amalan membaca

Tidak membaca kerana tidak minat

Kebergantungan dengan gajet Skala 3 Skala 1

Masa yang diperuntukkan setiap kali menggunakan gajet

Lebih dari 2 jam Kurang dari 1 jam

Kegunaan gajet Media sosial Games

Merasai simptom gadget addiction

Ya (28.7%) Mungkin (31.5%)

Tidak (39.8%)

Keinginan untuk mengajak orang sekeliling turut sama merasai tarbiah/ impaknya

Ya, sudah pasti Tidak tahu keperluan untuk mengajak

Penyediaan diri ke arah mengajak orang sekeliling

Keakraban dengan ibu bapa Skala 5 Skala 3

Keakraban dengan adik beradik Skala 4 Skala 1

Keakraban dengan saudara mara Skala 3 Skala 1

Keakraban dengan jiran tetangga Skala 3 Skala 5

Kekerapan liqo Sekali seminggu Liqo susah untuk disusun

(18)

18

Hasil daripada dapatan tinjauan ini, pasukan kajian menyimpulkan dapatan dalam tiga kunci utama:

1. Responden yang menjaga kualiti mutabaah amal dan interaksi dengan dunia luar bukanlah komuniti minoriti dalam kalangan responden, namun bukan juga komuniti majoriti.

2. Majoriti responden mempunyai mutabaah amal yang dikategorikan sebagai baik tetapi sangat perlu melakukan usaha yang padu dan bersungguh-sungguh dalam pembaikan diri menuju muwasofat (ciri-ciri) ideal seorang akh yang menyiapkan dirinya untuk menjadi pendokong dakwah yang suci terutamanya aspek Rabbaniyyah dalam diri.

3. Majoriti responden mempunyai kefahaman tentang kepentingan tarbiah dan keperluan untuk menyebarkan kefahaman Islam yang sebenar kepada orang sekeliling, tetapi manifestasi kefahaman ini ke dalam bentuk amal dilihat kurang melihat kepada hasil tinjauan yang berkaitan dengan aspek Insaniyyah ahli.

Namun begitu, tidak dinafikan terdapat pelbagai faktor yang membawa kepada kemungkinan dapatan ini mempunyai sedikit ralat, kurang tepat dan tidak berjaya mengambarkan kualiti penghasilan tarbiah ahli KIJ secara keseluruhan. Antaranya, tinjauan ini terlepas pandang dalam menilai aspek disiplin ahli, kefahaman fikrah yang dibawa, serta ciri-ciri utama yang lain sebagai seorang al-akh yang baik di jalan ini. Oleh itu, tim kajian mencadangkan kepada pihak Kelab IKRAM Jordan untuk melakukan tinjauan lebih lanjut yang lebih terperinci mengikut piawaian yang lebih sesuai untuk menghasilkan evaluasi yang lebih tepat untuk manfaat Kelab IKRAM Jordan pada masa akan datang.

FAKTOR KELEMAHAN KUALITI TARBIAH AHLI

Selepas memperoleh dapatan tinjauan, pasukan kajian melakukan perbincangan terhadap permasalahan tarbiah KIJ, akhirnya berpendapat bahawa antara punca-punca yang mungkin menyumbang kepada kelemahan-kelemahan kualiti tarbiah ahli yang menyebabkan kualiti ahli kita secara umumnya kurang memuaskan ialah faktor ahli tidak merasakan kepentingan tarbiah dalam kehidupannya.

(19)

19

Seterusnya, barisan Qiyadah juga tidak berjaya untuk melihat tugasan yang dilakukannya sebagai satu amal yang sedang membantu ke arah mencapai kemenangan Islam yang Haq apabila tidak merasakan tarbiah sebagai satu aspek penting dalam kehidupannya. Setiap tugasan dirasakan sebagai satu tanggungjawab yang terpisah daripada kefahaman tarbiah sehingga menyebabkan ruh tarbiah dan dakwah yang sepatutnya sentiasa wujud dalam setiap penjuru kehidupan tidak mampu dilahirkan di dalam hatinya sendiri seterusnya tidak mampu dibiaskan kepada para amilin yang lain yang sama-sama beramal jamaie. Rabtul Am juga tidak berjaya dihasilkan kerana orang awam tidak dapat melihat sebarang tamayyuz antara aktiviti yang dijalankan oleh badan tarbiah dan dakwah berbanding badan organisasi biasa.

(20)

20 PENUTUP

Sebagai kesimpulannya, kertas kerja ini ingin menggariskan semula kefahaman tarbiah menurut lensa tarbiah insaniyyah dan tarbiah rabbaniyyah; kedua-duanya saling berkaitan di mana tarbiah rabbaniyyah perlulah difahami, bukan sebagai satu konsep asing yang terpisah daripada tarbiah insaniyyah, tetapi sebagai penyempurnaan kepadanya. Seperti yang telah dilakarkan dalam bentuk diagram Venn, tarbiah insaniyyah merupakan bulatan kecil dalam sebuah bulatan yang lebih besar mewakili tarbiah rabbaniyyah.

Kefahaman ini memberikan beberapa implikasi. Antaranya, dengan memahami tarbiah dalam kerangka ini, ia merupakan suatu unsur yang tidak dapat tidak perlu ada sebagai paksi kepada kehidupan insan – baik kehidupan jasmaniah mahupun ruhaniah. Selain itu, tarbiah yang difahami dalam kerangka yang luas ini akan mengelakkan pandangan sempit binari yang

elihat tar iah kita se agai er eza de ga tar iah ereka ; setiap tar iah dala erti kata peningkatan potensi manusiawi serta pengembalian kepada fitrah adalah diterima. Bagaimanapun, satu sistem tarbiah yang lebih holistik yang turut mencakupi aspek

transedansi, keruhanian dan pengabdian diri merupakan tarbiah yang sebenar-benar. Rentetan daripada itu, difahami bahawa sebuah sistem tarbiah yang gagal melahirkan manusia yang berfungsi dengan sempurna dalam ruang lingkup sosialnya serta tidak mampu meningkatkan potensi-potensi manusiawi melainkan tertumpu kepada aspek keruhanian dan pengabdian diri bukanlah tarbiah yang disarankan.

Seperti yang telah dihuraikan sebelum ini, ketiga-tiga aspek dalam pengertian tarbiah yang telah dicadangkan hanya mampu disempurnakan melalui proses tarbiah rabbaniyyah. Bahkan, tarbiah ini juga akan merangkumi tarbiah insaniyah untuk sebuah proses pengislahan yang berterusan. Ini dapat difahami sebagai manifestasi rahmatan lil alamin atau etika profetik, iaitu tujuan pengutusan Baginda saw. Perencanaan tarbiah yang tuntas akan memposisikan Islam sebagai penyelesaian, pembimbing dan pentadbir alam.

(21)

21 RUJUKAN

1. Al-Quran al-Karim

2. Al-Attas, S. N. (1977). Islam Faham Agama dan Asas Akhlak. Kuala Lumpur: Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM)

3. Al-Banna, H. (1938). Risalah Ucapan Dasar Muktamar Kelima. Dalam Himpunan Risalah. Kuala Lumpur: Pustaka Salam Sdn. Bhd.

4. Al-Buti, S. R. (1983). Fiqh Sirah. Kuala Lumpur: Dewan Pustaka Fajar

5. Bush, J. (2016). To help a criminal go straight, help him change how he thinks. Dipetik daripada http://www.npr.org/sections/health-shots/2016/06/26/483091741/to-help-a-criminal-go-straight-help-him-change-how-he-thinks

6. Eliwa, S. M. H. (2014). Tarbiah tanggungjawab semua. Muktamar Tarbawi 2014 Pertubuhan IKRAM Malaysia.

7. Kuntowijoyo (2006). Islam Sebagai Ilmu. Yogjakarta: Tiara Wacana

8. Mashitah Idris, Wan Fariza Alyati Wan Zakaria, (2015). Pembangunan modal insan dan penghayatan rukunegara dalam pembinaan negara yang aman.

9. Sciacca, K. (2016). Behavioral change models in addiction recovery. Diperitk daripada http://addictionblog.org/treatment/behavioral-change-models-in-addiction-recovery/

Referensi

Dokumen terkait

Restrukturisasi juga menyangkut penyusunan skim asuransi deposito, perbaikan teknik dan prosedur Bantuan Likuiditas Bank Indonesia (BLBI), penguatan pengawasan bank, dan

Am 89. Tiap-tiap Tiap-tiap fail hendaklah dicatat fail hendaklah dicatat pergerakannya. Sistem doket Sistem doket diamalkan oleh agensi-agensi diamalkan oleh agensi-agensi

Pada pengujian Inverter Setengah Jembatan Ganda dengan menambahkan 200 ml air pada panci kompor induksi, ternyata menghasilkan peningkatan suhu air pada panci seperti yang

Variabel keunggulan kompetitif tidak berpengaruh positif terhadap kinerja perusahaan pada PT Sumber Air Pagar Batu tetapi berdasarkan persamaan regresi, jika

1. Bahasa adalah alat berpikir dan sarana utama seseorang untuk berkomunikasi, saling menyampaikan ide atau gagasan, menyampaikan konsep dan perasaan,.. termasuk didalamnya

Penilaian proses pembelajaran menggunakan pendekatan penilaian autentik yang menilai kesiapan peserta didik, proses dan hasil belajar secara utuh. Keterpaduan ketiga

Pada akhir fase F, peserta didik dapat menunjukan kemampuan berbagai aktivitas jasmani dan olahraga sebagai hasil rancangan pengetahuan yang benar, merancang dan

Proyeksi stereografis dapat memecahkan masalah yang berkaitan dengan geometri berupa besaran arah dan sudut dalam analisa geomoetri struktur geologi karena proyeksi