• Tidak ada hasil yang ditemukan

keluarga sakinah keluarga tanpa (6)

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "keluarga sakinah keluarga tanpa (6)"

Copied!
3
0
0

Teks penuh

(1)

Keluarga merupakan satu komponen penting dalam pembentukan sesebuah masyarakat dan seterusnya membentuk sebuah negara. Tanpa institusi kekeluargaan, pembentukan sesebuah negara tidak akan sempurna. Islam memandang institusi kekeluargaan sebagai sebuah institusi yang akan menjadi pencorak kepada masyarakat yang bakal dibina. Dalam agama Islam, tanggungjawab sebagai ketua keluarga pada asasnya terletak dibahu kaum lelaki. Walau bagaimanapun, bagi memastikan kejayaan dan kelancaran sesebuah institusi kekeluargaan, kedua-dua pihak, iaitu ibu dan bapa memainkan peranan yang sama pentingnya.

PEMBENTUKAN PERHUBUNGAN KELUARGA YANG BAIK

Hubungan Ibu dengan Bapa/ Suami Isteri

Suami isteri perlulah cuba mewujudkan kemesraan di dalam hubungannya. Mereka merasakan bahawa sebahagian daripada hak, kehendak dan kebebasan masing-masing perlu diketepikan supaya dapat hidup dengan lebih sempurna dengan pasangan mereka. Menerima hakikat bahawa perkongsian kehidupan sebagai suami isteri perlukan pengorbanan tanpa menjejaskan secara total kebebasan dan pengenalan seseorang suami atau isteri itu. Masing-masing mempunyai tugas masing-masing di dalam dan di luar keluarga seperti dalam kerjaya dan tanggungjawab terhadap keluarga asal kedua-dua pihak. Kehidupan yang baik bukan sahaja bergantung kepada apa yang berlaku di dalam rumah tangga tetapi juga bergantung kepada perhubungan yang sihat dengan masyarakat luar.

Hubungan Ibu dan Anak

Allah telah mencipta kaum wanita untuk melahirkan anak. Justeru itu konsep-konsep ‘wanita’, ‘ibu’ dan ‘anak’ biasanya dikaitkan secara automatik bukan sahaja oleh kaum lelaki tetapi kaum wanita itu sendiri. Penekanan kepada peranan ibu dalam mendidik dan menjaga anak adalah munasabah memandangkan jumlah masa dan tenaga yang dihabiskan oleh kaum wanita atau ibu dalam perhubungannya dengan anak. Hakikat bahawa semakin ramai ibu bekerja di luar rumah pun tidak banyak mengubah pola perhubungan ini oleh kerana mereka masih lagi memainkan peranan yang lebih aktif di dalam penjagaan anaknya, apabila dibandingkan dengan seorang bapa semasa mereka berada di rumah.

Hubungan Bapa dengan Anak

Bapa memainkan peranan penting juga dalam sesebuah keluarga. Menurut satu kajian di negara barat, ketidakhadiran bapa untuk masa yang panjang dapat menjejaskan prestasi persekolahan kanak-kanak, terutama sekali jika ibu mereka tidak dapat memainkan peranan yang lebih berkesan sebagai ibu dan juga bapa kepada anak-anak. Ketiadaan bapa untuk jangka masa yang panjang menimbulkan kesan yang lebih kepada kanak-kanak lelaki daripada anak perempuan, seperti di dalam aspek persekolahan. Dalam suasana sekarang peranan seorang bapa perlu membantu dalam menyediakan makanan, pakaian serta menidurkan anak-anaknya terutama sekiranya isterinya juga bekerja.Ini menyebabkan hubungan bapa dengan anak di zaman moden ini adalah lebih baik.

Hubungan Adik Beradik

Hubungan antara adik beradik juga adalah penting kerana ini mewujudkan satu suasana keluarga yang lebih harmoni dan ceria. Jika seseorang itu merupakan anak tunggal, dia akan merasa lebih sunyi dan lebih mementingkan diri sendiri jika dibandingkan dengan mereka yang mempunyai adik beradik yang ramai. Tidak secara langsung mereka belajar untuk berada dalam satu kelompok masyarakat yang kecil. Dari situ mereka belajar untuk bantu-membantu, kerjasama, hormat-menghormati, bertolak-ansur dan sebagainya.

PERANAN IBU BAPA

Mempunyai Kemahiran Menyelesaikan Masalah.

(2)

perhubungan dengan ibu bapa mereka sendiri, kepincangan perhubungan dengan jiran-jiran atau teman sekerja. Dengan adanya kemahiran ini, semua masalah yang mereka hadapi tidak menimbulkan kesan negatif dalam perhubungan keluarga mereka.

Kemahiran Komunikasi

Ibu bapa yang berjaya sebagai pemimpin keluarga mestilah berkebolehan untuk berkomunikasi dengan baik. Ini bermakna ibu bapa mestilah mempunyai kebolehan untuk berbicara dengan anak-anak mereka. Pada amnya, ramai ibu bapa mampu untuk berbicara secara terus terang, jujur dan secara langsung dengan anak-anak mereka. Ibu bapa yang begini tidak mempunyai sebarang masalah untuk menyatakan hasrat hati mereka dan juga menyampaikan berbagai ajaran kepada anak-anak. Ibu bapa yang berkebolehan ini dapat menanamkan sikap jujur dan bertanggungjawab dalam jiwa anak-anak mereka. Pada masa yang sama anak-anak dapat mempercayai ibu bapa mereka. Ada juga ibu bapa yang kurang mahir dalam berkomunikasi secara jujur dan langsung ini. Mereka sering menggunakan sindiran dan sentiasa mengejek anak-anak. Cara yang begini boleh menimbulkan perasaan rendah diri dan kurang yakin anak-anak terhadap kebolehan mereka. Jadi bagi ibu bapa yang mengamalkan cara ini, adalah lebih baik jika mereka dapat menghentikannya dan sebagai gantinya, gunalah cara jelas dan jujur.

Didikan Agama dan Moral

Peranan lain untuk merealisasikan institusi keluarga bahagia perlu dimainkan oleh ibu bapa selaku ketua keluarga. Dalam hal ini, didikan agama dan moral yang teguh dan mantap harus dititikberatkan. Didikan agama dan moral yang sempurna dalam kalangan generasi muda juga dapat menyumbang ke arah pembentukan sebuah keluarga bahagia. Hal ini disebabkan pegangan agama serta nilai moral yang kuat yang dapat membentuk nilai sahsiah yang tinggi dalam kalangan generasi muda. Kualiti ini akan melahirkan ibu dan bapa yang bertanggungjawab serta dapat memikul tugas membangunkan rumah tangga dengan lebih sempurna. Sebagai contoh, golongan yang berpendidikan agama akan mampu mewujudkan persefahaman dan perasaan tolak ansur sesama keluarga. Kesabaran kerana iman yang tebal juga akan mengelakkan keluarga berpecah-belah atas alasan yang kadangkala tidak munasabah. Seandainya ibu bapa memberikan didikan agama yang kukuh serta menerapkan nilai-nilai akhlak dan moral dalam kalangan anak-anak, mereka akan menghormati orang tua serta saling bekerjasama sesama adik-beradik. Jika semangat ini dapat diwujudkan dalam jiwa setiap ahli keluarga oleh ibu bapa, maka sudah pasti sebuah keluarga yang mantap dan harmoni akan dapat dilahirkan.

Bersifat Tegas

Ibu bapa hendaklah bersifat tegas dalam perkara-perkara yang melibatkan kepentingan anak-anak mereka. Mereka tidak boleh bersifat lembut atau terlalu manjakan anak-anak meskipun mereka mengetahui anak-anak melakukan kesalahan di depan mata mereka sendiri tanpa menegur atau melarang dengan keras. Sikap kita yang tegas sebenarnya sebagai petanda bahawa anak-anak tidak boleh melakukan sesuatu perkara dengan sesuka hati dan tanda kasih sayang kita pada mereka. Mungkin anak-anak tidak mengetahui mengapa kita bersikap tegas dan garang terhadap mereka dalam sesuatu hal. Sebenarnya ketegasan yang kita tonjolkan itu akan menyebabkan mereka berfikir sendiri kenapa ibu bapa memarahi dan melarang mereka membuat sesuatu perkara tersebut. Larangan tersebut sebagai panduan supaya berhati-hati di dalam sesuatu perkara dan tidak mengulangi lagi perbuatan tidak baik yang pernah dilakukan sebelum ini.

PERANAN ANAK-ANAK.

Menerapkan Akhlak yang Baik

(3)

merupakan kata-kata hikmat yang acap kali ditujukan khas kepada generasi muda. Bagi segelintir pihak, anggapan ini dipandang sinis tetapi itulah realiti sebenar bahawa anak merupakan tunjang utama keluarga dalam memacu ke arah kebahagiaan keluarga. Selama bertahun-tahun anak dididik dengan kebanyakan ibu bapa yang mengamalkan konsep melentur buluh biarlah daripada rebungnya dan hasilnya, anak-anak telah berjaya menjadi insan yang berguna dan mampu menangkis segala hedonisme serta panji-panji kejahatan yang berleluasa kini. Jadi, hati ibu mana yang tidak sejuk melihat anak yang dipelihara mereka mempunyai keperibadian yang unggul. Oleh itu, anak-anak seharusnya berusaha menjaga akhlak dan budi pekerti mereka walaupun di mana-mana mereka berada kerana imej dan maruah keluarga bersandarkan tingkah laku mereka malah itulah juga yang menjadi kunci kebahagiaan buat ibu bapa mereka.

Menghormati Ibu Bapa

Hubungan antara ibu bapa dengan anak dewasa dalam masyarakat Melayu adalah berdasarkan hormat dan sikap tanggung jawab terhadap satu sama lain . Orang Melayu tidak menerima hakikat apabila anak dewasa tidak mematuhi ibu bapa, tidak menghormati dan tidak mengambil berat tentang kebajikan ibu bapa terutama ketika mereka tua dan uzur. Perbuatan seperti itu bukan sahaja bercanggah dengan ajaran agama, tetapi juga bertentangan dengan harapan masyarakat. Ibu bapa juga akan bahagia jika anak-anak menghormati mereka. Sebagai contoh terdekat yang sangat ketara dengan semua pihak ialah seorang anak hendaklah bersalaman dengan ibu bapa sebelum pergi ke mana-mana , bercakap sopan dan jaga hati mereka.

Membantu Ibu Bapa di Rumah ; Selain itu, anak perlu mendukung tanggungjawab untuk meringankan beban ibu bapa dengan melakukan kerja rumah tangga. Pada alaf baru yang penuh dengan kesibukan ini, kebanyakan ibu telah bekerja di luar di samping memainkan peranan sebagai suri rumah tangga. Senario ini menyebabkan mereka sentiasa menghadapi lambakan kerja yang tidak pernah habis. Sebagai anak yang bertimbang rasa, kita juga patut melakukan kerja-kerja rumah tangga untuk meringankan beban ibu yang disayangi. Sebagai contoh, kita boleh menyapu rantai, mencuci baju dan kasut sekolah, mengelap tingkap, mencuci kereta dan memasak. Sikap ringan tulang dengan membantu ibu bapa menguruskan kerja-kerja rumah. Perkara ini bukan sahaja memudahkan urusan ibu bapa mereka, malah dapat mengeratkan hubungan ukhwah kekeluargaan yang tersimpul rapi.

Mendengar Nasihat Ibu Bapa ; Selain itu, perkara lain yang boleh dilakukan untuk membahagiakan ibu bapa adalah mendengar nasihat merekaAnak-anak yang mendengar nasihat sudah pasti akan menjaga kebajikan ibu bapa mereka terutamanya ketika umur senja mereka. Janganlah anak-anak membiarkan nasihat ibu bapa mereka umpama mencurah air di daun keladi kerana segala nasihat itu tidak lebih untuk kebahagiaan anak-anak itu juga. Seorang anak yang bertanggungjawab hendaklah berdisiplin dan menjauhi kegiatan yang negatif.

Referensi

Dokumen terkait

Pemberian KTA yang tidak hati-hati dapat mempengaruhi kelangsungan hidup perbankan di masa mendatang, karena menyangkut masalah eksekusi jaminan dalam hal debitur wan prestasi, Oleh

Hasil temu bual dengan peserta kajian turut menunjukkan wujudnya keperluan untuk pembangunan satu program intervensi keluarga yang dapat membantu ibu bapa dan

Penelitian ini membahas tentang permasalahan yang berkaitan dengan pernikahan dan kehidupan berkeluarga sering sekali tidak dapat diatasi sendiri dengan adanya pengajian

Dari uraian pembatasan masalah di atas dapat disimpulkan bahwa Pengaruh Pendidikan Shalat Pada Masa Kanak-kanak Dalam Keluarga Terhadap Kedisiplinan Shalat Lima

Dalam bidang pendidikan, nilai memiliki arti membentuk yaitu nilai usaha pendidik yang dapat meningkatkan kemampuan, prestasi dan pembentukan watak (character

Misalnya, bagi faktor keluarga, pengkaji berharap agar dapatan kajian ini dapat memberi gambaran bagaimana penglibatan ibu bapa atau sokongan keluarga dapat

Penderita obesitas terutama yang menjadi gemuk pada masa kanak-kanak dapat memiliki sel lemak lima kali lebih banyak dibandingkan dengan orang yang normal, jumlah sel-sel lemak tidak

Keysa, kuku Anda panjang dan kotor sekali!, Jika tidak segera dipotong, maka banyak sekali kuman yang dapat menimbulkan berbagai macam penyakit.. Keysa, bagus sekali kuku Anda!,