• Tidak ada hasil yang ditemukan

MANUSKRIP AL QUR AN DAN ILMU ILMUNYA ULU

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "MANUSKRIP AL QUR AN DAN ILMU ILMUNYA ULU"

Copied!
10
0
0

Teks penuh

(1)

MANUSKRIP AL-QUR’AN DAN ILMU-ILMUNYA (ULUM AL-QUR’AN) DI ALAM MELAYU : TUMPUAN TERHADAP MANUSKRP ILMU TAJWID

Mohd Asmadi Yakob Mohd Ashrof Zaki Yaa kob Syuhaida Idha binti Abd Rahim

Pusat Kajian Manuskrip Alam Melayu (PUSKAM) Akademi Pengajian Islam Kontemporari (ACIS),

Universiti Teknologi MARA, Shah Alam.

Manuskrip Melayu merupakan satu warisan intelek daripada zaman silam. Ianya merupakan lambang kesarjanaan para cendekiawan Melayu zaman dahulu bagi mewariskan ilmu dan pengetahuan mereka mengenai sesuatu perkara kepada generasi yang seterusnya. Antara bidang yang menjadi perhatian para ilmuan dahulu terhadap penulisan manuskrip ialah penulisan al-Qur’an dan ilmu-ilmu yang berkaitan dengannya. Ini bersesuaian dengan kedudukan al-Qur’an sebagai rujukan utama umat Islam dan sudah tentu mempelajarinya adalah lebih ‘awla’ berbanding dengan mempelajari perkara-perkara lain. Justeru, kertas kerja ini akan memfokuskan manuskrip ilmu-ilmu al-Qur’an dengan memberi tumpuan terhadap perkembangan ilmu tajwid.

1. Pendahuluan

Kedatangan Islam ke Alam Melayu tentunya membawa bersama kitab suci al-Qur’an sebagai panduan kepada umat Melayu yang baru memeluk agama Islam. Kitab suci al-Quran ini telah diperbanyakkan salinannya oleh penulis-penulis tempatan. Tradisi penyalinan al-Quran di Alam Melayu berlangsung hingga pertengahan atau akhir abad ke-19. Setelah teknologi semakin berkembang, barulah ianya dicetak dengan menggunakan mesin percetakan. Tradisi penyalinan manuskrip al-Qur’an berlaku secara meluas sehingga kita masih boleh mendapatinya pada hari ini di beberapa pusat simpanan seperti di Sumatera, Jawa, Kalimantan, Patani, Sulawesi, kepulauan Maluku, Malaysia, Brunei dan sebagainya.

(2)

2. Manuskrip Mashaf al-Qur’an

Dalam menjejaki manuskrip mashaf-mashaf lama yang terdapat di Alam Melayu, telah banyak kajian yang dilakukan sama ada oleh orang perseorangan atau secara berkumpulan, antara kesimpulan yang boleh dikutip hasil kajian tersebut ialah1:

(a) Penyalinan mashaf Al-Qur'an di Alam Melayu dikatakan telah bermula sejak akhir abad ke-13 ketika Samudera Pasai berdiri sebagai kerajaan Islam. Ibn Battutah dalam rihlah-nya ke Aceh pada awal abad ke-14 mencatatkan bahawa Sultan Aceh sering menghadiri pembacaan Al-Qur’an dan diskusi keagamaan. Dari sini boleh dikatakan bahawa penyalinan mashaf telah bermula di Nusantara.

(b)Jenis qiraat yang digunakan pada umumnya mengambil riwayat Hafs dari Imam ‘Ashim, walaupun pada beberapa naskhah juga ditemukan menggunakan riwayat Qalun dari Imam Nafi’;

(c) Dalam beberapa mashaf ditemui catatan yang berupa keterangan bacaan (qiraat) lain, yang menandakan bahawa ilmu qiraat pada zaman dahulu sudah cukup dikenali dan dikuasai oleh para ulama Al-Qur’an;

(d)Kaligrafi dan iluminasi dalam mashaf Nusantara cukup indah dan beragam, menunjukkan adanya unsur kreativiti setempat yang digabungkan dengan mashaf al-Qur’an.

3. Manuskrip ilmu-ilmu al-Qur’an di Alam Melayu

Dalam istilah bahasa Arab, ilmu-ilmu al-Quran disebut sebagai Ulum al-Quran. Ianya merujuk kepada satu ilmu yang ada kaitan dengan al-Quran atau ilmu yang boleh menjelaskan lagi keunggulan al-Quran sebagai satu kitab suci dan mukjizat kepada umat manusia. Antara ilmu-ilmu yang boleh dikategorikan sebagai ilmu-ilmu al-Quran seperti qiraat, taranum, tafsir al-Qur’an, tajwid dan lain-lain. Penelitian kami terhadap manuskrip Melayu mendapati terdapat beberapa bidang Ulum al-Qur’an yang turut sama berkembang di Alam Melayu. Bidang-bidang ini dikembangkan apabila ianya ditulis secara berasingan dalam satu kitab tertentu. Antara bidang tersebut ialah tafsir al-Qur’an, fadilat al-Qur’an, tajwid al-Qur’an dan Qasas al-Qur’an.

(a) Bidang Tafsir

Para pengkaji telah melakukan beberapa penyelidikan bagi mencari naskhah kitab tafsir dan terjemahan Al-Quran yang ditulis dan dikembangkan oleh ulama di Alam Melayu. Berdasarkan kajian tersebut, terdapat beberapa kitab tafsir terawal yang ditemui. Yang paling signifikan ialah kitab yang bertajuk Al-Quran Karim wa Bihamisyihi Turjuman al-Mustafid, yang ditulis oleh Syekh Abdurrauf bin Ali al-Fansury al-Singkily. Tarjuman al-Mustafid merupakan salah sebuah karya Melayu terawal dalam bidang agama, bahkan merupakan karya tafsir lengkap yang terawal di alam Melayu. 2

1

http://lajnah.kemenag.go.id/berita/6-kegiatan/92-seminar-hasil-penelitian-mushaf-kuno-nusantara.html.

2

(3)

Selama lebih daripada tiga abad, ia dikenali sebagai terjemahan Tafsir al-Baydawi. Karya ini menjadi rujukan bukan sahaja oleh orang awam bahkan pusat-pusat pengajian pondok dan pesantren. Nilainya yang tinggi telah menyebabkan para ilmuwan mengkajinya dari pelbagai aspek seperti sejarah, bahasa, pengaruh dan sebagainya. Kitab ini beredar di pelosok alam Melayu sebagai Terjemahan Tafsir al-Baydawi.3

Kitab ini dikarang oleh Syeikh Abdul Rauf al-Singkeli, salah seorang ulama Aceh pada abad ke 17 Masihi. Ia dinamakan Tarjuman al-Mustafid yang bermaksud ‘Penunjuk Bagi Peraih Faedah Ilmu’. Karya ini dianggap sebagai karya lengkap kitab tafsir Melayu terawal ditulis di Alam Melayu. Sebelum itu pernah ada tafsir surah al-Kahf yang ditulis di zaman Hamzah al-Fansuri atau Shams al-Din al-Sumatrani dengan gaya tafsir al-Khazin, namun ia hanya satu surah sahaja dan bukan tafsiran lengkap kepada al-Quran. Kitab tafsir Tarjuman al-Mustafid ini bukan sahaja tersebar luas di bumi Melayu, bahkan juga hingga ke Turki, Mesir, Mekah, dan sebagainya.4

Di Tanah Melayu, ia menjadi tafsir al-Quran yang lengkap hampir tiga abad sebelum kelahiran kitab-kitab tafsir yang lain. Manuskrip tulisan tangan ini akhirnya dicetak dengan pertamanya bermula apabila Syeikh Muhammad Zain al-Fatani membawa manuskrip Tarjuman al-Mustafid ke Turki serta ditunjukkan kepada Sultan Turki. Baginda berkenan supaya beliau menyemak serta mencetaknya. Setelah beberapa kali dicetak, maka tampillah Syeikh Muhammad Idris al-Marbawi membuat pembetulan serta mengadakan nota kaki terhadap beberapa perkara yang kurang lengkap atau mengelirukan.

Selain daripada Kitab Turjuman al-Mustafid, terdapat beberapa buah lagi manuskrip Tafsir al-Qur’an yang beredar di Alam Melayu. Dalam koleksi Yayasan Pendidikan dan Museum Ali Hasjimy Aceh, terdapat sebuah manuskrip yang berjudul Tafsir al-Qur’an. Manuskrip yang ketebalannya mencecah 697 halaman ini sangat penting bagi menunjukkan bahawa perkembangan tafsir Qur’an bukan hanya terbatas kepada kitab Tarjuman al-Mustafid semata-mata. Namun kitab-kitab lain juga turut dikarang oleh ulama Melayu. Walau bagaimanapun, manuskrip tafsir al-Qur’an ini tidak dapat dikenal pasti pengarangnya memandangkan fizikalnya terlalu uzur dan teksnya tidak lengkap malah bahagian awal dan akhirnya telah hilang.5

Selain dari kedua-dua manuskrip di atas, penulisan tafsir al-Qur’an lebih kepada penulisan terjemahan makna-makna al-Qur’an bagi surah-surah tertentu sahaja. Antara manuskrip yang ditemui ialah manuskrip yang bertajuk Kitab Tafsir.6 Manuskrip ini mengandungi tafsir atau terjemahan bagi surah al-Fatihah dan al-Baqarah berserta ikhtilaf antara imam-imam qari dari sudut qiraatnya. Turut dinyatakan ialah kisah-kisah yang berlaku mengikut ayat-ayat al-Qur’an yang berkaitan. Selain itu terdapat juga manuskrip yang bertajuk Tafsir al-Qur’an yang merupakan kitab terjemahan al-Quran bagi himpunan surah-surah terpilih daripada juzuk 16 hingga juzuk 30.7

Selain daripada manuskrip di atas, terdapat beberapa lagi manuskrip yang ada kaitan dengan bidang tafsir. Tetapi ia lebih kepada terjemahan dan huraian ringkas terhadap

Oman Fathurraman & Munawar Holil (2007), Katalog Naskah Ali Hasjimy Aceh, Tokyo, Tokyo University of Foreign Study.

6

Koleksi Pusat Manuskrip Negara, Perpustakaan Negara Malaysia (PNM). (MSS4182).

7

(4)

ayat Qur’an dan surah-surah tertentu. Antaranya ialah manuskrip yang bertajuk Ulum al-Qur’an8, Terjemahan Surah al-Kahfi,9 Terjemahan Surah al-Sajadah, Yasin dan al-Waqi’ah10 dan beberapa manuskrip yang lain.

(b)Fadha’il al-Qur’an

Dalam bidang Ulum al-Quran, Fadha’il al-Qur’an atau fadilat dan kelebihan al-Qur’an menjadi satu ilmu yang tersendiri dan beberapa ulama telah mengarang kitab dalam bidang ini. Antara yang terkenal ialah Imam Ibn Kathir yang menulis kitab Fada’il al-Qur’an dan Imam al-Razi yang menulis kitab Fada’il al-Qur’an wa tilawatih. Penelitian kami terhadap

manuskrip-manuskrip Melayu mendapati Fada’il al-Qur’an

dibincangkan dalam kitab-kitab tajwid apabila pengarang membawa hadis-hadis Nabi yang membincangkan berkenaan fadilat-fadilat al-Qur’an.

Dalam masyarakat Melayu terdahulu, kelebihan al-Qur’an sering dikaitkan dengan satu ilmu iaitu Faal al-Qur’an. Ilmu ini begitu popular di kalangan masyarakat Melayu sehingga kami mendapati agak banyak salinan manuskrip ini khususnya dalam koleksi Pusat Manuskrip Melayu Perpustakaan Negara Malaysia.10 F

11

Menurut Kamus Dewan, perkataan

Faal bermaksud alamat (sesuatu yang akan terjadi; tanda-tanda). Berdasarkan pengamatan kami istilah faal berasal daripada bahasa Arab iaitu daripada perkataan fa’ala ( َﻝءﺎﻓ ). Menjadi kebiasaan dalam bahasa Arab huruf hamzah akan dibuang apabila bertemu dengan huruf alif bagi memudahkan sebutan. Menurut Mu’jam al-Lughah al-Arabiyyah al-Mu’asir, perkataan ( َﻝءﺎﻔﺗ ) memberi maksud sesuatu kebaikan yang akan diperolehi. Antara beberapa contoh manuskrip Faal al-Qur’an ialah :

8

Koleksi Pusat Manuskrip Negara, Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) (MSS 3937). Kandungannya meliputitafsir al-Quran serta kisah-kisah yang berkaitan dengan pentafsiran tersebut.

9

Koleksi Pusat Manuskrip Negara, Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) (MSS 3181). Di salin oleh Sheikh al-Syarif Ali ibn al-Marhum Sheikh al-al-Syarif Ahmad al-Qadri di Pontianak pada 1296H/ 1878M. Kandungannya beruapa terjemahan surah al-Kahfi yang ditulis condong di bawah ayat surah al-Kahfi

10

Koleksi Pusat Manuskrip Negara, Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) (MSS 3420).

11

(5)

(a) Manuskrip yang bertajuk Faal al-Qur’an. Azimat12 yang menyatakan bagi setiap potongan ayat al-Qur’an terdapat keistimewaan. Ianya juga boleh dijadikan azimat bagi mengelakkan pencuri dan melemahkan musuh.

(b)Manuskrip yang bertajuk Faal al-Qur’an13 yang menyatakan setiap ayat al-Qur’an disenaraikan ramalan-ramalan baik atau buruk dan untung atau rugi seseorang.

(c) Manuskrip yang bertajuk Faal al-Quran14 yang menceritakan tentang alamat yang baik atau jahat dalam melaksanakan setiap hajat atau perbuatan yang dilihat menerusi faal al-Qur’an. Alamat faal ini bertujuan memudahkan bagi menunaikan sesuatu kerja yang baik dengan selamat dan menjauhi segala kerja yang tidak baik.

(c) Qasas al-Qur’an

Dalam bidang Ulum al-Qur’an, al-Qasas bermaksud kisah-kisah para nabi dan umat-umat terdahulu. Bidang ini mendapat perhatian para ulama dalam kitab-kitab tafsir dan juga kitab-kitab yang khusus tentang kisah para nabi. Antara kitab-kitab dalam bidang Qasas al-Qur’an ialah Qasas al-Anbiya’ oleh Ibn Kathir, Qasas al-al-Qur’an al-Karim oleh Dr. Fadhal Hasan ‘Abbas dan sebagainya.

Para ulama dan ilmuwan Melayu awal juga tidak ketinggalan dalam membincangkan berkenaan Qasas al-Qur’an. Dalam kajian rintis di Pusat Manuskrip Melayu PNM, kami menemui beberapa manuskrip tentang kisah para nabi. Antaranya ialah Hikayat Nabi Musa (a.s) munajat (MS3923), Hikayat Nabi Sulainan (MSS3074) dan Hikayat Nabi Yusof (3172). Penelitian kami terhadap kisah-kisah al-Qur’an tersebut mendapati kisah-kisah ini ditulis dalam bentuk hikayat dan kelihatan roh al-Qur’an itu hilang malahan banyak bercampur dengan unsur-unsur Isra’iliyyat.

(d)Qira’at

Ilmu qiraat juga turut berkembang dalam dunia penulisan manuskrip Melayu. Walaupun tiada kitab khusus yang ditemui, namun ianya ada diselitkan dalam kitab-kitab lain terutamnya kitab tajwid dan kitab tafsir (terjemahan). Contohnya MSS4287.

(e) Tajwid

Kalau dibandingkan dengan ilmu-ilmu al-Qur’an yang lain, bidang ilmu tajwid adalah bidang yang paling mencuri tumpuan ulama-ulama di alam Melayu. Ini mungkin kerana pembacaan al-Qur’an secara tartil adalah sesuatu yang amat dituntut dalam agama Islam sendiri dan kita dapati bahawa ilmuwan-ilmuwan agama memberi perhatian yang lebih kepada bidang ini. Berdasarkan penelitian, kami telah menemui lebih daripada 50 buah manuskrip kitab tajwid yang kebanyakannya tersimpan di Pusat Manuskrip Melayu Perpustakaan Negara Malaysia dan beberapa buah tersimpan di Pusat Dokumentasi Melayu Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP).

Daripada pelbagai manuskrip tersebut, manuskrip yang bertajuk Mir’at al-Qur’an, merupakan manuskrip yang paling banyak di dapati dan ianya dianggap sebagai Kitab tajwid

12

Koleksi Pusat Manuskrip Negara, Perpustakaan Negara Malaysia (PNM). (MSS3028).

13

Koleksi Pusat Manuskrip Negara, Perpustakaan Negara Malaysia (PNM). (MSS3335).

14

(6)

pertama yang disusun dalam Bahasa Melayu. Penyusun kitab ini ialah Ibnu Syeikh Abdul Mu’ti Ibnu Syeikh Muhammad Salih. Ulama ini tidak menjelaskan dari mana beliau berasal. Walau bagaimanapun apabila memperhatikan kemunculan kitab Mir'atul Quran pada tahun 1193H/1779M, maka dapat dipastikan bahawa beliau adalah sezaman dengan beberapa ulama terkemuka seperti Syeikh Abdus Samad al-Falimbani dan Syeikh Muhammad Arsyad bin Abdullah al-Banjari. 15

Tajuk lengkap karya beliau ialah Mir’at Quran fi Tashil li Ma’rifati Ahkam al-Tajwid lil Mulkil Wahhab. Dalam koleksi Pusat Manuskrip Melayu, terdapat sebelas buah manuskrip kitab ini. Beberapa buah disimpan di Muzium Islam Pusat Islam Kuala Lumpur dan koleksi peribadi al-Marhum Ustaz Wan Mohd Shaghir Abdullah. Berdasarkan carian di internet, kami juga menemui satu salinan manuskrip ini yang di simpan di King Sa’ud Universiti, Arab Saudi. Berdasarkan maklumat tersebut kami mengandaikan bahawa kitab ini cukup masyhur dan digunakan dalam pengajian tajwid di Alam Melayu dan juga di Timur Tengah.

Berdasarkan tulisan pengarang, kitab ini ditulis kerana permintaan daripada sahabatnya. Dalam karyanya, Sesudah Basmalah, Hamdalah dan Salawat, Ibnu Syeikh Abdul Mu’ti menulis :

Adapun kemudian daripada itu, maka tatkala hijratun Nabi SAW 1193, bahawasanya telah meminta padaku, seorang sahabatku yang besar, pada menghimpunkan suatu kitab pada menyatakan ilmu tajwid, menterjemahkan daripada bahasa Arab kepada bahasa Jawi.…”

Setelah menyebut namanya dan judul kitab dalam bahasa Arab iaitu Mir’at al-Quran fi Tashil li Ma’rifati Ahkam al-Tajwid lil Mulkil Wahhab, maka beliau menyebut terjemahan judulnya dalam Bahasa Melayu iaitu ‘Cermin bagi segala mereka itu yang minat membaca al-Quran pada memudahkan mengenal segala hukum at-tajwid’. Beliau turut menyebut beberapa rujukan yang digunakan bagi kitab tersebut, antaranya:

(a) Tuhfatut Talibin fi Tajwid Kitabi Rabbil Alamin, karya Syeikh Mansur ibnu Isa ibnu Azi al-Ansari

(b) Ahwasul Mufahhamah fi Syarhil Muqaddimah fi Ilmit Tajwid karya Syaikhul Islam.

(c) Daqaiqul Mu’akkah karya Syaikhul Islam juga. (d) Kanzul Ma’ani min Syarhi Hirzil Ma’ani. (e) Husnul Qari.

(f) Masalatul Mufiddin.

Sesudah mukadimah serta menyebut kitab-kitab rujukan, Ibnu Syeikh Abdul Mu’ti menjelaskan hukum mempelajari ilmu tajwid. Beliau juga turut membawa beberapa hadis dan pendapat para ulama yang bersangkut-paut dengan membaca al-Quran. Sebagai mukaddimah kitab, beliau membincangkan hukum isti’azah kemudian diikuti perbincangan ilmu tajwid seperti hukum Lam Takrif, Lam Takrif, huruf hijaiyah, Lam Takrif Syamsiah, Lam Takrif Qamariah, hukum nun mati dan tanwin.

15

(7)

Dalam kitab ini beliau juga turut membincangkan wajah-wajah bacaan imam-imam qiraat yang terkenal seumpama Syeikh Hafas, Syeikh Qalun, Syeikh Nafi, Syeikh Abu Umar, Syeikh Ibnu Katsir, Syeikh Ibnu ‘Amir, Syeikh Kisa’i, Syeikh Asim dan ramai lagi. Dalam bahagian ini beliau menggunakan kitab tafsir pertama bahasa Melayu iaitu Turjumanul Mustafid sebagai rujukan. Sebagai penutup kitab tersebut, beliau mendatangkan beberapa hadis tentang fadilat-fadilat al-Quran.

Menurut Wan Mohd. Shaghir Abdullah, setelah kelahiran kitab Mir’at al-Qur’an karangan Syeik Ibn Abdul Mu’ti, barulah muncul beberapa kitab tajwid lain. Antaranya :

• Tuhfatul Murid karya Muhammad Said Ibnu Hasan, diselesaikan tahun 1266H/1849M,

• Risalah Tajwid karya Aminuddin bin Nuruddin bin Husein, diselesaikan tahun 1286H/1869M,

• Al-Mawahibul Makkiyah karya Syeikh Abdul Qadir bin Abdur Rahman al-Fatani diselesaikan tahun 1296H/1879M,

• Sirajul Qari karya Syeikh Muhammad Salih bin Zainal Abidin al-Fatani diselesaikan tahun 1308H/1891M,

• Tuhfatul Ikhwan karya Syeikh Ismail bin Abdul Mutalib al-Asyi, diselesaikan tahun 1311H/1893M.

• Ilmu Tajwid dalam bahasa Melayu ialah Mauriduz Zumaan karya Syeikh Abdullah bin Qasim as-Sanquri (Senggora) diselesaikan tahun 1315H/1898M.

Selain daripada kitab Mir’at al-Qur’an, terdapat beberapa tajuk manuskrip Melayu dalam bidang tajwid. Antaranya tajuk yang terdapat di Pusat Manuskrip Melayu PNM ialah Kitab Tajwid (MSS 2868), Syair Nur Tajwid (MSS2461), al-Tajwid al-Sahlu al-Mubtadi Qiraah min al-Makhraj al-huruf, Mubah al-Quran Mubah al-Quran (MSS2698), Risalah Ilmu Tajwid (MSS 2611), Catatan Ilmu Tajwid (MSS 2611), Nazam ilmu tajwid (MSS2908), Makhraj Huruf (MSS2868), Syair Tajwid (MSS2934), Kitab tajwid fatihah ( MSS 3326) dan Nazam Kitab Tajwid (MSS3384).

Gaya Penulisan Kitab Tajwid Melayu

Setelah meneliti manuskrip kita tajwid yang ada, kami menemui beberapa gaya penulisan kitab tajwid, iaitu karya asli, terjemahan dan juga syair.

a) Karya Asli

(8)

b) Terjemahan

Dalam kitab-kitab jawi dan manuskrip Melayu terdahulu, bentuk terjemahan biasanya berlaku apabila pengarang mengambil matan sesebuah kitab. Matan kitab itu kemudian diterjemahkan di bawahnya dengan

terjemahan harfiah. Terdapat banyak pengarang yang menggunakan kaedah ini dalam penulisan mereka di pelbagai bidang ilmu pengetahun. Sebagai contohnya kitab Safinah al-Naja dalam bidang fekah, kitab Matan Jurumiyyah dan bidang nahu, kitab matan al-fiah Ibn Malik dalam bidang soraf dan sebagainya.

Dalam bidang tajwid pula pengarang menggunakan kaedah yang sama dengan membawa matan sesebuah kitab dan diterjemahkan di bawahnya dengan terjemahan harfiah. Ini menujukkan bahawa proses penulisan ilmu tajwid pada peringkat awal lebih kepada terjamahan matan kitab Arab tanpa ada ulasan yang panjang. Sebagai contohnya sebuah manuskrip yang bertajuk Ilmu Tajwid (MSS3909)

c) Syair

Puisi Melayu yang berbentuk syair banyak terdapat dalam kumpulan

sastera Melayu lama dan juga manuskrip agama. Syair adalah satu bentuk yang amat disukai di kalangan masyarakat Melayu terdahulu dan perkembangan ini semakin berkembang luas pada abad ke 16 hingga 18 khususnya apabila ilmu-ilmu di kalangan orang Melayu mula dibukukan. Penulisan ilmu agama melalui syair untuk khalayak mempelajari agama secara yang lebih menarik daripada pembacaan kitab yang menjemukan. Keadaan ini dijelaskan oleh pengarang sebuah syair Qawaid al-Islam seperti berikut :

Sebab disuratkan satu kaidah Membaca kitab terlalu lengah Gurunya mengajar hatinya gundah Tambahan murid tiadalah indah

(9)

Antara contoh syair hikayat yang terkenal ialah seperti syair Bayan Budiman, Syair Ken Tambuhan dan Syair Panji Semirang. Walau bagaimapun bentuk syair juga digunakan bagi menjelaskan sesuatu ilmu pengetahuan. Selain daripada hikayat, ilmu-ilmu pengetahuan agama juga dikembangkan melalui bentuk syair.

Dalam kajian kitab tajwid, kami telah menemui dua buah manuskrip dalam bentuk syair. Manuskrip pertama bertajuk Syair Nur Tajwid16 yang dikarang oleh Haji Marasha anak Haji Abdul Mu’ti 1789M di Aceh. Dalam manuskrip ini dibincangkan hukum tajwid termasuklah aspek makhraj, hukum nun sakinah dan tanwin iaitu idgham, izhar, iqlab dan ikhfa’, hukum mim mati. Manuskrip yang kedua adalah bertajuk Syair tajwid17. Kitab ini disalin pada malam Selasa 19 Ramadan 1215H/ 2 Februari 1801M. Manuskrip ini mempunyai 19 halaman yang juga membincangkan hukum tajwid yang diolah dalam bentuk syair.

Rumusan

Setelah membuat sedikit kajian dalam bidang ini, kami dapat membuat rumusan bahawa bidang ilmu al-Qur’an masih baru kepada masyarakat Melayu terdahulu. Tumpuan yang diberi lebih kepada memperbetulkan bacaan melalui ilmu tajwid di samping beberapa perbincangan tentang ilmu tafsir dan juga ilmu qiraat. Di samping itu, masyarakat Melayu juga amat teruja kepada bidang Faal al-Qur’an dan manuskrip tentangnya telah disalin dalam banyak salinan.

Senarai Rujukan

1. http://lajnah.kemenag.go.id/berita/6-kegiatan/92-seminar-hasil-penelitian-mushaf-kuno-nusantara.html.

2. Zulkifli Mohd Yusoff & Wan Nasyrudin Wan Abdullah (2005), Tarjuman, Al-Mustafid: Satu Analisa Terhadap Karya Terjemahan, Jurnal Pengajian Melayu, ]ilid 16, Universiti Malaya. Jabatan Pengajian Melayu.

3. Oman Fathurraman & Munawar Holil (2007), Katalog Naskah Ali Hasjimy Aceh, Tokyo, Tokyo University of Foreign Study.

4. Mir’at al-Qur’an (MSS2421) 5. Syair Nur Tajwid (MSS2461 (2) ) 6. Kitab Tajwid (MSS 2664)

7. Mir’at al-Qur’an (MSS2774) 8. Mubah al-Quran (MSS2698) 9. Risalah Ilmu Tajwid (MSS 2611) 10.Catatan Ilmu Tajwid (MSS 2611) 11.Kitab Tajwid (MSS 2868)

12.Kitab Tajwid (MSS 2885) 13.Kitab Tajwid (MSS 2908) 14.Nazam ilmu tajwid (MSS2908) 15.Makhraj Huruf (MSS2868)

16

Koleksi Pusat Manuskrip Negara, Perpustakaan Negara Malaysia (PNM). (MSS2461).

17

(10)

16.Syair Tajwid (MSS2934) 17.Kitab tajwid ( MSS2996)

18.Kitab tajwid. Kitab Nikah (MSS3060) 19.Kitab tajwid (MSS3091)

20.Kitab tajwid ( MSS 3130) 21.Kitab tajwid ( MSS 3133)

22.Tajwid surah al-Fatihah (MSS3170) 23.Kitab tajwid (MSS3170)

24.Kitab tajwid ( MSS 3224) 25.Kitab tajwid ( MSS 3229) 26.Kitab tajwid ( MSS 3326)

27.Kitab tajwid fatihah ( MSS 3326) 28.Kitab tajwid ( MSS 3308)

29.Kitab tajwid ( MSS 3308) 30.Kitab tajwid ( MSS 3363) 31.Kitab tajwid ( MSS 3462) 32.Nazam Kitab Tajwid (MSS3384) 33.Ilmu Tajwid (MSS3909)

34.Tajwid Surah al-Fatihah (MSS3921) 35.Kitab Tajwid (MSS3921)

36.Kelebihan surah al-Fatihah (MSS4094) 37.Kelebihan membaca al-Quran (MSS 3021) 38.Kelebihan Surah al-Waqi’ah (MSS3115) 39.Azimat. Kelebihan surah Yasin (MSS3021) 40.Kaifiat Khatam al-Quran (MSS3180 41.Ulum al-Quran (MSS3937)

Referensi

Dokumen terkait

Selain itu, teraniaya anak-anak yang tidak berdosa akibat ulah orang-orang (orang tua yang melakukan perziaan) yang tidak bertanggung jawab, sehingga mereka

This prospective, randomized, double blind study was designed to assess the effects of magnesium sul- fate on perioperative fentanyl consumption, postopera- tive epidural fentanyl

Mitra Surbakti dalam melakukan proses-proses bisnis perusahaan dan berbagai layanan informasi baik kepada pihak luar yang dalam hal ini mitra bisnis maupun kepada pihak

Usaha Konfeksi dan Sablon sebagai pemasok Factory Outlet, distro dan clothing untuk daerah Jakarta, terutama daerah Dago (Jl.Ir.H.Juanda) di Kota Bandung. Salah

telah diatur dalam Prosedur Revisi Safety Analysis Report RSG-GAS Rev. P2TRR b) PK RSG-GAS c) BAPETEN. Oiawali dari pengllsul perlunya diadakan perubahan sistem atau

Adapun program unggulannya adalah Tahfizhul Qur an (Menghafal Al-Qur an 30 juz), Penguasaan kitab kuning, penguasaan Bahasa Arab dan Bahasa Inggris. Program

Di lapisan ini, yang ketipisannya kurang dari sepersepuluh milimeter, terdapat banyak sisa organik yang disebabkan oleh polusi zooplankton dan ganggang mikroskopik. Beberapa

Berdasarkan tujuan pendidikan Al-Qur‟an diatas dapat dipahami bahwa siswa dituntut untuk bisa membaca ayat-ayat Al- Qur‟an sesuai dengan kaedah ilmu tajwid, karena