• Tidak ada hasil yang ditemukan

konsep sekufu dan kriteria pemilihan cal

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "konsep sekufu dan kriteria pemilihan cal"

Copied!
15
0
0

Teks penuh

(1)

PENGENALAN

Perkahwinan merupakan satu jalinan kasih sayang atau hubungan antara lelaki dan perempuan yang sah di sisi Islam. Perkahwinan juga menjadi satu ibadah dan kewajipan kepada semua umat Islam apabila seseorang itu mampu untuk memikul tanggungjawab sama ada bergelar seorang suami atau isteri. Syarat sah seseorang itu untuk mendirikan sebuah masjid ialah mestilah seorang yang baligh, berakal dan berkemampuan dari segi mental dan fizikal.

Apabila seseorang itu sudah berkahwin, maka telah sempurna separuh agamanya. Sebagaimana sabda Rasulullah SAW yang bermaksud : “Apabila seorang hamba bernikah, maka sungguh dia telah menyempurnakan separuh agamanya.”1 Maka, hendaklah dia bertaqwa kepada Allah pada separuh yang selebihnya. Hal ini jelas menggambarkan bahawa perkahwinan merupakan satu tuntutan kepada umat Islam.

Hukum perkahwinan terbahagi kepada lima. Pertama wajib iaitu kepada orang yang berkemampuan dan ada keinginan untuk berkahwin yang mempunyai nafsu kuat sehingga boleh menjatuhkan ke lembah maksiat seperti zina dan lain-lain. Kedua, sunat iaitu kepada orang yang berkemampuan tetapi dapat mengawal nafsunya dan hukum ini merupakan hukum asal baginda Rasulullah SAW. Ketiga, harus iaitu kepada orang yang tidak ada padanya galakan dan bantahan untuk berkahwin. Hal ini bermaksud tidak ada masalah jika seseorang itu hendak berkahwin ataupun tidak mahu berkahwin. Keempat, makruh iaitu orang yang tidak berkemampuan daripada segi nafkah batin dan zahir tetapi sekadar tidak memudaratkan isteri. Hal ini bermaksud seseorang yang kaya tetapi tidak ada nafsu yang kuat. Terakhir sekali, haram iaitu kepada orang yang tidak mampu daripada segi nafsu zahir dan batin, tidak ada keinginan untuk mendirikan rumah tangga dan dikhuatiri akan menganiayai isteri jika berkahwin kelak.

(2)

Islam merupakan agama yang lengkap dan sempurna. Ia bersifat universal dan meliputi semua aspek dan tatacara kehidupan manusia tidak mengira asal keturunan, bangsa dan warna kulit. Hal ini jelas ditunjukkan di dalam al-Qur’an yang diturunkan kepada baginda SAW bahawa ia tidak mengkhususkan kepada satu aspek sahaja tetapi merangkumi perkara seperti ibadat, muamalat, munakahat dan yang berkaitan dengan kehidupan seharian kita.

Allah SWT menjadikan manusia dengan fitrahnya yang ingin hidup berpasang-pasangan sebagaimana yang dinyatakan di dalam al-Qur’an yang bermaksud : “Maha suci Allah yang menjadikan kejadian semua berpasangan dari sesuatu yang tumbuh di bumi, dari

mereka (manusia) dan dari sesuatu yang mereka tidak ketahui.” 2 Kita juga dijadikan untuk saling memerlukan, berkasih sayang, bahagia dan apat memenuhi tuntutan syahwatnya melalui cara yang halal. Allah berfirman yang bermaksud : “Dihiasi bagi manusia itu ada keinginan bagi wanita.”3Allah berfirman lagi yang berbunyi : “Wahai manusia, bertaqwalah

kepada Allah yang menjadikan kamu dari diri yang satu dan jadikan baginya pasangannya

dan terhasillah dari keduanya banyak lelaki dan wanita.”4 Justeru, fitrah tersebut dapat dilaksanakan melalui ikatan perkahwinan yang sah.

Selari dengan peredaran zaman pada masa kini, generasi pemuda pemudi sekarang lebih suka mengamalkan perkahwinan sekufu yang telah menjadi kebiasaan dalam menentukan jodoh masing-masing sama ada bersesuaian dengan kedudukan pangkat seseorang. Hal ini kerana, perkahwinan merupakan ikatan perjanjian dua orang insan untuk berkongsi segalanya dalam menempuh alam rumah tangga untuk kekal sepanjang hayat. Lantaran itu, sebaiknya setiap pasangan haruslah setaraf dalam banyak hal supaya rumah tangga yang akan dilalui lebih mudah.

(3)
(4)

1) SEKUFU

Kesesuaian atau sefahaman dalam pemilihan suami mahupun isteri merupakan asas penting dalam membina keluarga Muslim. Kesesuaian bukan sahaja dinilai daripada aspek kedudukan, harta kekayaan dan pendidikan akan tetapi kesamaan atau kesefahaman dalam agama turut diambil kira dalam Islam.

Apabila Islam menggalakkan sekufu, ia bermaksud Islam melihat lebih jauh lagi mengenai peranan sesuatu keluarga itu. Hal ini kerana, perbezaan yang terlalu banyak dan ketara di antara pasangan suami isteri dalam pelbagai perkara yang hanya akan menimbulkan pelbagai masalah untuk meneruskan kehidupan berkeluarga yang akan dibina kelak.

1.0) DEFINISI SEKUFU

Sekufu daripada segi bahasa mengikut para ulamak membawa maksud ‘al musawah wa al-mumathalah’ iaitu persamaan atau hampir. Hal ini bermaksud persamaan yang ditekankan dalam Islam kepada pihak perempuan. Sebagai contoh, jika seorang suami memilih seorang isteri yang lebih rendah pendidikannya atau yang lebih sedikit hartanya, ia tidak akan menimbulkan sebarang masalah pada masa hadapan. Sebaliknya, jika seorang isteri memilih pasangannya yang lebih jauh rendah daripadanya dalam semua aspek akan membawa beberapa masalah pada masa hadapan. Daripada istilah pula, sekufu membawa maksud satu aspek yang ketiadaannya akan mencacatkan kedua pasangan dan walinya atau kelengkapan yang perlu ada pada pasangan suami isteri.

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud : “Tiada perkahwinan seorang anak perempuan kecuali dengan wali dan tiada perkahwinan seorang

wanita kecuali dengan lelaki yang sekufu dengannya.”5 Baginda Rasulullah SAW bersabda lagi yang bermaksud : “Tiga perkara jangan kamu tangguh

(5)

iaitu menunaikan sembahyang apabila masuk waktu, menguruskan jenazah zahir, batin dan mental dan usia. Ketiga-tiga aspek yang terakhir merupakan sebahagian daripada pemikiran para ulamak. Contohnya, mengikut sebahagian ulamak mereka menghukumkan seorang gadis remaja tidak sekufu dengan seorang lelaki tua.

Sudah terang lagi bersuluh bahawasanya sekufu amat dititik beratkan terutamanya dari sudut agama maka oleh itu perkahwinan di antara seorang perempuan Islam dengan lelaki kafir tidak sah dan begitu juga sebaliknya. Persamaan antara pasangan suami isteri akan membawa kepada rumah tangga yang sejahtera dan harmoni. Kebiasannya, sekufu ini hanya tertumpu kepada paras rupa atau status sosial tetapi sebenarnya ia merangkumi semua aspek. Dalam erti kata lain, sekufu ini adalah seperti berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah di antara calon pasangan suami isteri.

Justeru, ciri-ciri jodoh yang ideal antara pasangan yang bakal mendirikan masjid hendaklah tidak mempunyai jurang perbezaan yang jauh dari segi status sosial kerana akan melahirkan kerelaan dan saling hormat-menghormati serta membuktikan cinta kasih dan setia dalam membian hidup berkeluarga pada masa hadapan. Jurang perbezaan yang jauh akan melahirkan rasa rendah diri dari sebelah pihak dan melahirkan rasa bangga di sebelah pihak yang lain. Oleh yang demikian, sebahagian para ulamak mensyariatkan

(6)

supaya calon suami dan isteri hendaklah sekufu. Hal ini akan dibincangkan dengan lebih lanjut dalam topik seterusnya iaitu kriteria-kriteria yang perlu ada dalam pemilihan calon suami dan isteri.

1.1) KEPENTINGAN SEKUFU DALAM PERKAHWINAN

Firman Allah SWT di dalam al-Qur’an yang bermaksud :

“Wahai sekalian manusia, sesunguhnya kami jadikan kamu dari lelaki

dan perempuan dan kami jadikan kamu berbangsa-bangsa dan

berpuak-puak agar kamu kenal mengenali di antara satu dengan yang

lain, bahawa sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah yang

paling bertaqwa di antara kamu, sesungguhnya Allah Maha

Mengetahui dan Maha Bijaksana.” Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud : “Tidak ada kelebihan orang arab atas orang yang bukan arab dan sebaliknya, tidak ada orang putih atas orang hitam dan

sebaliknya, tetapi kelebihan yang satu dari yang lain hanyalah dengan

taqwa.”

(7)

ianya tidak dinafikan bahawa sekufu adalah satu perkara penting untuk meneruskan dan membina sebuah masjid.

1.2) FAKTOR BERLAKUNYA SEKUFU

Masyarakat Islam pada hari ini rata-rata masih lagi mengamalkan konsep sekufu dalam mencari calon pasangan mereka. Terdapat beberapa faktor yang membawa kepada konsep perlaksanaan sekufu ini. Antaranya ialah mereka mengikut adat kebiasaan masyarakat sekeliling yang memilih pasangan hidup yang sepadan dengan mereka. Perkara ini merupakan satu fenomena biasa di dalam setiap pasangan yang ingin berkahwin. Mereka akan merasakan kelainan sekiranya pasangan yang ingin berkahwin tidak sepadan. Adat ini merupakan adat yang diamalkan oleh masyaakat terdahulu dan menjadi warisan sehingga hari ini. Selain itu, konsep sekufu ini juga boleh menjamin kebahagiaan rumah tangga pada masa hadapan dan kadang kala ia juga supaya dapat memenuhi kehendak keluarga masing-masing yang ingin melihat pasangan yang bakal mendirikan rumah tangga bahagia kelak.

2) PEMILIHAN PASANGAN HIDUP

(8)

Mendirikan rumah tangga bukanlah satu perkara yang mudah kerana kita akan berkongsi hidup dengan seseorang. Berkongsi bukan hanya tempat tinggal, tetapi segalanya seperti jiwa dan raga. Oleh yang demikian, kita haruslah berhati-hati dalam memilih calon pasangan hidup supaya tidak akan menyesal di kemudian hari.

2.0) PANDUAN MEMILIH CALON ISTERI

Rasulullah SAW bersabda yang berbunyi : “Dikahwini wanita itu ( untuk dijadikan isteri ) kerana empat perkara iaitu harta kekayaannya,

keturunannya, kecantikannya dan agamanya. Maka utamakanlah ( dalam

pemilihanmu itu ) wanita yang kuat beragama, nescaya sejahtera hidupmu.”7

Berdasarkan dalil ini, jelaslah menunjukkan bahawa dalam memilih calon isteri, Islam menggariskan beberapa panduan untuk mengekalkan perhubungan suami isteri agar mereka dapat hidup bahagia sepanjang masa. Mencari calon isteri bukanlah satu perkara yang mudah seperti membeli barang di pasar.

(9)

curang) dan wanita yang tidak mengkhianati hartanya pada perkara yang

dibenci.”8

Berdasarkan dalil di atas, jelaslah bahawasanya seorang lelaki perlu mencari seorang bakal isteri yang elok akhlaknya dan agamanya. Walaupun bakal isteri cantik paras rupa tetapi tidak elok agamanya ianya tidak akan dapat menjamin kebahagiaan pada masa hadapan. Namun begitu, jika sang suami tinggi agamanya maka akhlak sang isteri pasti akan dapat dibaiki. Hal ini kerana wanita diciptakan daripada tulang rusuk kiri lelaki yang bengkok. Jika dididik dengan baik, pasti akan lurus juga. Baginda Rasulullah SAW bersabda yang berbunyi : “Barangsiapa yang menikah wanita kerana hartanya dan elok rupanya, nescaya diharamkan akan hartanya dan elok

rupanya yakni ditegahkan akan hartanya dan eloknya, dan barang siapa yang

berkahwin akan dia kerana agamanya nescaya diberi rezeki oleh Allah SWT

akan dia hartanya dan eloknya.” Pesanan Imam Al-Ghazali : “ Janganlah kamu kahwini wanita yang Ananah9, dan yang Mananah10,dan yang Hananah11,

dan yang Hadaqah12, dan yang Baraqah13, dan yang Syadaqah14.

2.1) PANDUAN MEMILIH CALON SUAMI

Dalam Islam, wanita juga berhak untuk memilih pasangan bakal suami mereka. Tidak adil jika lelaki boleh memilih calon isteri tetapi tidak bagi wanita. Oleh itu, wanita digalakkan untuk menyelidiki

8 Hadith Riwayat Abu Daud dan Nasrani

9 Banyak mengeluh, mengadu dan setiap saat memperalatkan sakit atau buat-buat sakit 10 Suka membangkit-bangkit terhadap suami

11 Menyatakan kasih sayangnya kepada suaminya yang lain, yang dikahwininya sebelum ini atau kepada anaknya dari suaminya yang lain

12 Melemparkan pandangan dan matanya pada tiap sesuatu, lalu menyatakan keinginannya untuk memiliki barang itu dan memaksa suaminya untuk membeli.

13 Pertama : sepanjang hari mengilat dan menghias wajhnya. Kedua : dia marah ketika makan dan tidak mahu makan kecuali sendirian dan diasingkan bahagiannya.

(10)

dahulu latar belakang bakal suaminya daripada segi akhlak dan penghayatan agama. Diriwayatkan dalam sebuah kisah, seorang lelaki datang menemui Hasan bin Ali RA (cucu Rasulullah SAW) untuk meminta nasihat. Katanya : “Anak perempuanku dipinang oleh beberapa orang lelaki, dengan lelaki yang bagaimanakah yang layak

dikahwinkan dengan puteriku?” Hassan menjawab, “Kahwinkanlah dia dengan lelaki yang bertakwa kepada Allah, kerana jika ia

menyukai isterinya ia pasti mengasihinya, tetapi jika ia tidak menyukai

isterinya, pasti ia tidak akan berlaku zalim terhadap isterinya (tetap

menghormati isterinya)”

Berdasarkan kisah tersebut, adalah menjadi kewajipan kepada ibu bapa untuk memberikan panduan yang baik kepada anak-anak perempuan dalam mencari bakal suami daripada kalangan lelaki yang berakhlak tinggi dan taat pada ajaran agama. Hal ini kerana, lelaki merupakan bakal ketua keluarga yang akan menjadi imam kepada isteri dan anak-anak untuk mendidik mereka ke jalan yang diredhai Allah SWT. Lelaki yang sederhana kehidupannya tetapi berakhlak mulia, taat melaksanakan perintah Allah SWT dan Rasul-Nya adalah orang yang kaya di sisi Allah SWT.

Firman Allah SWT di dalam al-Qur’an yang bermaksud : “Dan kahwinkanlah orang-orang bujang (lelaki dan perempuan) dari

kalangan kamu, dan orang-orang yang soleh dari hamba-hamba

kamu, lelaki mahupun perempuan. Jika mereka miskin, Allah akan

(11)

kerana Allah Maha Luas rahmat-Nya lagi Maha Mengetahui.”15

Berdasarkan dalil ini, walaupun kita merupakan seorang yang tinggi kerjaya namun agama diketepikan, ianya tidak akan dapat menjamin kebahagiaan di kemudian hari. Walaupun kita merupakan seorang yang kaya di dunia dan ingkar suruhan Allah sebenarnya kita tetap miskin di mata Allah SWT. Seseorang yang menggunakan hartanya ke jalan yang salah dianggap fasik kerana tidak bersyukur dengan rezeki yang diberikan.

Oleh yang demikian, sebagai seorang wanita, seharusnya berhati-hati dalam memilih calon suami. Agama itu penting dalam diri seseorang supaya tidak terpesong daripada ajaran-Nya. Firman Allah SWT di dalam al-Qur’an yang bermaksud : “Perempuan-perempuan yang jahat untuk lelaki-lelaki yang jahat, lelaki-lelaki yang jahat untuk perempuan-perempuan yang jahat. Perempuan-perempuan yang baik untuk lelaki-lelaki yang baik, lelaki-lelaki yang baik untuk perempuan-perempuan yang baik….”16 Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud :

“Sesiapa yang menikahkan anak perempuannya dengan lelaki fasik

bererti ia telah memutuskan silaturahim dengan anaknya sendiri.”

ANALISIS

Saya telah menjalankan soal selidik berkaitan kefahaman sekufu dalam perkahwinan Islam dan kriteria pemilihan pasangan hidup terhadap 20 orang pelajar tahun akhir Universiti Sains Malaysia. Mereka terdiri daripada 10 orang pelajar lelaki dan 10 orang pelajar perempuan. Daripada 20 orang tersebut, 75% adalah yang berumur di antara 21 – 23 tahun

(12)

manakala 25% adalah yang berumur di antara 24 – 26 tahun. Mereka terdiri daripada beberapa pusat pengajian iaitu 25% adalah daripada Pusat Pengajian Sains Matematik, Sains Kimia dan Ilmu Pendidikan masing-masing. 10% daripada Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan dan 15% adalah daripada Kaji Hayat.

Berdasarkan soalan pertama, “Pernahkah anda mendengar konsep sekufu dalam dalam perkahwinan Islam?” 100% daripada mereka menjawab ya. Hal ini bermaksud mereka pernah mendengar sekufu dalam perkahwinan. Seterusnya, soalan kedua adalah berkaitan kesefahaman mereka terhadap sekufu. 15% daripada mereka menjawab maksud sekufu ialah persefahaman pandangan antara pasangan suami dan isteri, 60% menjawab kesesuaian atau kefahaman dalam pemilihan calon suami dan isteri manakala 25% menjawab berdiri sama tinggi, duduk sama rendah. Soalan ketiga berkaitan pandangan mereka terhadap faktor yang menyebabkan berlakunya sekufu. 100% menjawab faktor yang berlaku adalah disebabkan mengikut adat resam masyarakat, memenuhi kehendak keluarga, menjamin kebahagiaan rumah tangga dan dapat menjamin kesefahaman.

(13)

Berdasarkan soalan ketujuh, 100% responden telah meletakkan agama yang utama sebagai elemen terpenting dalam pemilihan pasangan hidup. Yang kedua adalah pendidikan iaitu seramai 75% responden, ketiga harta benda dan seterusnya paras rupa. Soalan seterusnya, iaitu pandangan mereka terhadap perkahwinan yang diatur oleh pihak keluarga. Seramai 75% responden menjawab tidak pasti, 15% ya dan 10% tidak. Mereka memberikan pandangan bahawa perkahwinan yang diatur oleh keluarga adalah pilihan yang terbaik berdasarkan soalan yang seterusnya. Terakhir, saya menanyakan soalan berdasarkan pemahaman mereka terhadap sekufu, iaitu hukum konsep sekufu yang dijalankan dalam perkahwinan Islam. 80% daripada responden menjawab sunat dan 20% menjawab harus.

KESIMPULAN

(14)

dan rezeki itu sebenarnya adalah milik Allah Taala. Dia menciptakan manusia dan telah menyusun perjalanan hidup kita sejak Luh Mahfuz lagi. Allah Taala tidak akan mengubah sesuatu kaum itu melainkan kita sendiri yang mengubahnya berdasarkan firman-Nya di dalam al-Qur’an yang bermaksud : “Sesungguhnya Aku tidak akan mengubah sesuatu kaum itu melainkan mereka sendiri yang mengubahnya..”

Sabda Rasulullah SAW yang berbunyi : “Janganlah kamu kahwin dengan perempuan kerana kecantikannya, kerana boleh jadi mereka akan merugikan, dan jangan kerana

hartanya, kerana boleh jadi mereka mendurhakai tetapi kahwinlah kerana agamanya.

Sesungguhnya seorang budak perempuan hitam yang pecah hidungnya tetapi beragama

lebih baik.” Baginda SAW bersabda lagi yang bermaksud : “Barangsiapa berkahwin akan perempuan kerana hartanya dan elok rupanya nescaya diharamkan akan hartanya dan elok

rupanya yakni ditegahkan akan hartanya dan eloknya, dan barangsiapa yang berkahwin

akan dia kerana agamanya nescaya diberi rezeki oleh Allah Taala akan dia akan hartanya

dan eloknya.”

Ditegaskan bahawa dalam pemilihan pasangan hidup, haruslah meletakkan agama yang paling atas. Ilmu duniawi dan akhirat perlulah seimbang supaya kita akan dapat bersedia mengharungi ujian dari-Nya pada masa hadapan.

BIBLIOGRAFI

1. Ali Hassan Ahmad (1992), Munakahat : Membahas Soal-soal Perkahwinan dan Rumahtangga. Kuala Lumpur : Penerbitan Kintan.

(15)

3. Abdullah Nasih Ulwan (1998), Adab-adab Melamar, Malam Pengantin dan Hak-hak Suami Isteri. Kuala Lumpur : Penerbitan Jahabersa.

4. Haji Zakaria Bin Haji Ahmad Wan Besar (1995), Panduan Lengkap Bakal Pengantin & Keluarga Bahagia. Kuala Lumpur : Penerbitan Pustaka Ilmi

Referensi

Dokumen terkait

Dengan Nama allah aku meruqyahmu, dari segala hal yang menyakitimu, dan dari kejahatan segala jiwa manusia dan ‘ain, semoga allah menyembuhkanmua, dengan

" performance adalah hasil kerja yang dapat dicapai oleh seseorang atau sekelompok orang dalam suatu organisasi, sesuai dengan tanggung jawab masing-masing,

Kembali lagi kepada judul besar dalam pembahasan ini dimana parate eksekusi dalam perjanjian jaminan fidusia terhadap benda terdaftar bukan atas nama dari debitor

persyaratan, maka dengan melihat hasilnya, guru akan mengetahui kelemahan siswa. Disamping itu diketahui pula sebab musabab kelemahan itu. Jadi dengan mengadakan

cereus per gram atau per mililiter atau atau perbandingan dua hasil uji pada skala normal dari yang lebih tinggi ke yang lebih rendah, diperoleh dengan menggunakan metode yang sama

Memperkenalkan notebook AMD terbaru dari ASUS X454/X555 dengan prosesor AMD A8-7410 Quad-Core terbaru yang memiliki performa tinggi dengan kemampuan grafi s yang hebat, cocok

Penelitian ini dilakukan untuk mengevaluasi kualitas fisik dan nilai nutrisi ransum tikus putih yang dibuat dalam bentuk pelet menggunakan jagung dengan ukuran partikel dan die

Calon tersebut adalah Bapak Suroko yang mengusung partai Golkar dengan nomor urut 10, dan calon yang kedua yang berasal dari desa Tanah Datar adalah Ibu Sumini