• Tidak ada hasil yang ditemukan

Perkembangan Dakwah Terhadap Golongan Be

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "Perkembangan Dakwah Terhadap Golongan Be"

Copied!
9
0
0

Teks penuh

(1)

1

PERKEMBANGAN DAKWAH TERHADAP GOLONGAN BERMASALAH

PENGLIHATAN: SOROTAN DARI PERSPEKTIF

SEJARAH PENDIDIKAN AL-QURAN

Oleh:

Hajarul Bahti bt. Zakaria

Institut Pendidikan Guru Malaysia, Kampus Keningau

Mohd Huzairi b. Awang@Husain

Bani Hidayat b. Mohd Shafie

Nor Hayati Fatmi bt. Talib

Abstrak: Pendidikan al-Quran tidak dapat dinafikan kepentingan dan peranannya dalam pembangunan ummah. Justeru, Pendidikan al-Quran perlu diberi perhatian dan tumpuan sewajarnya dalam perkembangan pendidikan anak-anak bagi memastikan ia mampu memberi impak yang terbaik dalam proses pembinaan ummah. Kertas kerja ini cuba melihat keperluan gerakan dakwah yang perlu dilaksanakan terhadap golongan bermasalah penglihatan di negara ini dari perspektif Pendidikan al-Quran. Kekurangan upaya dan kemampuan dari sudut penglihatan membataskan pergerakan dan aktiviti fizikal mereka, namun keperluan untuk menguasai dan memahami al-Quran tidak dinafikan kepentingannya terhadap mereka. Mereka juga perlu diberi layanan dan perhatian yang sewajarnya dalam pendidikan al-Quran bagi mengelakkan berlakunya ketidak adilan dalam proses menimba ilmu. Kajian ini cuba menyoroti sejarah perkembangan Pendidikan al-Quran dalam sistem pendidikan kebangsaan di negara kita khusus terhadap golongan bermasalah penglihatan dan beberapa cadangan diutarakan dalam usaha mencapai objektif dan halatuju Falsafah Pendidikan Islam khususnya Tilawah al-Quran dalam kalangan golongan berkeperluan khas bermasalah penglihatan.

PENDAHULUAN

Pendidikan al-Quran tidak dapat dinafikan kepentingan dan peranannya dalam pembangunan ummah. Justeru, Pendidikan al-Quran perlu diberi perhatian dan tumpuan sewajarnya dalam perkembangan pendidikan anak-anak bagi memastikan ia mampu memberi impak yang terbaik dalam proses pembinaan ummah. Walau bagaimanapun dalam kita memberikan tumpuan terhadap perkara tersebut, terdapat segolongan insan yang kurang bernasib baik dan mempunyai sedikit kekurangan keupayaan berbanding insan lain yang agak terpinggir dan kurang diberi perhatian. Wujudnya golongan kurang upaya dari sudut penglihatan yang membataskan segala aktiviti dan gerak kerja mereka disebabkan kekurangan deria penglihatan untuk melihat sebagaimana insan lain. Desebabkan kekurangan upaya yang berlaku dan mereka ini memerlukan kepada pendekatan yang berbeza berbanding insan lain, maka dakwah terhadap mereka juga agak terkebelakang dan mungkin tidak begitu diberikan perhatian oleh masyarakat. Kajian ini cuba meneliti sejarah perkembangan pendidikan al-Quran dalam usaha untuk memartabatkan dakwah terhadap golongan bermasalah penglihatan di Malaysia, khususnya bidang pendidikan al-Quran dalam sistem pendidikan kebangsaan .

GOLONGAN BERMASALAH PENGLIHATAN

(2)

sepenuhnya. Ertinya, mereka boleh belajar dan berpotensi untuk memajukan diri sendiri. Pelajar istimewa memerlukan pendidikan khas kerana keperluan pembelajaran mereka berbeza daripada pelajar biasa. Perbezaan kaedah pembelajaran mereka bergantung kepada masalah yang dihadapi seperti terencat akal, masalah pembelajaran, masalah pendengaran dan penglihatan (Wong Huey Siew, 2006).

P. Williams dalam Encyclopedia of Special Education (1987) pula mendefinisikan pendidikan khas sebagai satu bentuk pendidikan yang disediakan, khususnya bagi kanak-kanak istimewa. Contohnya kanak-kanak yang mempunyai sebab-sebab tertentu yang lazimnya terdiri daripada mereka yang mempunyai kecacatan fizikal, penglihatan, masalah pembelajaran, masalah emosi serta tingkah laku yang bercelaru. Akibatnya mereka tidak berupaya mengikuti kurikulum di sekolah biasa. Jadi, pendidikan khas disediakan dan mestilah bersesuaian dengan keperluan mereka.

Mengikut Encyclopedia of Special Education (1987) masalah penglihatan atau istilah yang digunakan cacat penglihatan merupakan satu istilah yang merujuk kepada mereka yang tidak mempunyai daya penglihatan. Dalam konteks pendidikan khas, mereka yang bermasalah penglihatan akan belajar melalui kaedah tektual, auditori dan pengalaman estetik tanpa memerlukan daya penglihatan. Dalam konteks pendidikan khas, pelajar istimewa memerlukan bahan-bahan bacaan atau rujukan, teknik pengajaran, peralatan dan perkhidmatan khas. Pelajar bermasalah penglihatan umpamanya memerlukan bahan bacaan yang tulisannya telah diperbesarkan atau tulisan Braille (Wong Huey Siew, 2006).

KEPENTINGAN PENDIDIKAN AL-QURAN

Pelajar bermasalah penglihatan juga adalah insan biasa yang dijadikan oleh Allah s.w.t. untuk beribadah kepadaNya. Dengan sebab itu, walaupun mereka mempunyai kekurangan dari sudut pancaindera penglihatan, mereka juga berkeperluan dan mempunyai kewajipan yang sama untuk mempelajari dan mengagungkan al-Quran sebagaimana umat Islam yang lain. Umat Islam merupakan umat istimewa yang telah dianugerahkan oleh Allah s.w.t. dengan kitab suci al-Quran yang lengkap dengan segala petunjuk meliputi seluruh aspek kehidupan yang universal untuk digunakan sepanjang masa dan zaman. Nabi Muhammad s.a.w. merupakan guru al-Quran yang terawal dalam sejarah tamadun manusia kerana telah menjadikan al-Quran sebagai dasar pendidikan Islam di samping al-Sunnah (Ramayulis 2005). Kedudukan al-Quran sebagai sumber asas dalam pendidikan Islam memang tidak dapat dinafikan lagi dan banyak dijelaskan di dalam al-Quran, antaranya surah al-Baqarah (2:2) dan surah al-Nahl (16:64). Al-Nadawi (1974) menyatakan bahawa pendidikan dan pengajaran umat Islam haruslah bersumberkan kepada akidah Islamiyah dan sekiranya pendidikan akidah itu tidak berdasarkan dan bersumberkan kepada al-Quran dan al-Hadith, maka pendidikan itu bukanlah pendidikan Islam, tetapi pendidikan asing.

Al-Quran diturunkan untuk dibaca dan diamalkan oleh umat manusia. Al-Quran merupakan petunjuk daripada Allah dan sebagai perlembagaan kepada mukminin dan menjamin keselamatan hidup manusia (Jamaah Min al Ikhtisasin 1978). Al-Quran adalah sebagai mukjizat yang tidak dapat dinafikan keistimewaannya.

(3)

3 dapat membaca al-Quran dengan baik bagi memastikan ibadah dapat dilaksanakan dengan sesempurna mungkin. Perkara ini tidak terkecuali kepada golongan bermasalah penglihatan, dan juga menjadi tanggungjawab mereka untuk berusaha menguasainya sebagaimana insan sempurna yang lain.

Menurut Abdul Hafiz et al.2005 pendidikan al-Quran merangkumi pendidikan bacaan qiraat, kaedah-kaedah hafazan, penterjemahan, pengajian tafsir, pengajian hukum dan sebagainya. Oleh itu, bacaan al-Quran adalah merupakan sebahagian daripada pendidikan Islam dan menjadi tuntutan kepada umat Islam demi memelihara al-Quran dan menonjolkan kemukjizatannya.

Al-Sabuni (1996) menjelaskan bahawa di antara objektif mempelajari al-Quran ialah mahir menyebut huruf-huruf al-Quran mengikut makhraj dan sifatnya, mahir membaca ayat al-Quran mengikut hukum tajwidnya, menghafaz al-Quran dengan baik, memahami maksud dan pengajarannya, mengamalkan dan menghayati isi kandungannya dan mengajarkannya kepada orang lain (Al-Sabuni Muhammad Ali 1996). Mohd Yusuf (2004) menyatakan objektif di dalam pendidikan al-Quran ialah pelajar dapat membaca al-Quran dengan baik, mengetahui qiraat-qiraat al-Quran, memahami maknanya dan mengamalkan isi kandungan ajaran al-Quran secara syumul dan bertamadun. Seterusnya membentuk perubahan tingkahlaku menjadi manusia yang sempurna, maju dalam pemikiran dan tindakan serta taat kepada perintah Allah.

Bagi memastikan al-Quran dapat dibaca, difahami dan dihayati dengan baik khususnya dalam golongan pelajar berkeperluan khas masalah penglihatan maka perlunya kepada suatu kurikulum khusus dalam sistem pendidikan kebangsaan yang memberi penekanan dan tumpuan yang sebaiknya terhadap pendidikan al-Quran.

SISTEM PENDIDIKAN KEBANGSAAN

Negara kita adalah sebuah negara yang mengamalkan dasar pendidikan untuk semua warganegaranya. Pada ketika ini, pelajar bermasalah penglihatan berpeluang menerima pendidikan bermula dari peringkat sekolah rendah, sekolah menengah dan sehingga ke institusi pengajian tinggi. Berdasarkan maklumat daripada Bahagian Pendidikan Khas, Kementerian Pelajaran Malaysia, pelajar bermasalah penglihatan mempunyai peluang untuk bersekolah di Sekolah Pendidikan Khas dan Program Integrasi walaupun agak terhad.

Kini pendidikan bagi komuniti bermasalah penglihatan di negara kita telah memasuki tahun ke lapan puluh empat. Berdasarkan penulisan berkaitan dengan pendidikan bagi golongan bermasalah penglihatan, didapati bahawa usaha menyediakan kemudahan pendidikan bagi mereka telah dimulakan pada penghujung zaman penjajahan Inggeris (Chua Tee Tee, 1976, Ivan Douglas Filmer, 1982, Norani Mohd Salleh, 1988, Fatimah Hanum Mohd Daud, 1992, Wong, 2005).

SEJARAH PERKEMBANGAN PENDIDIKAN AL-QURAN DI MALAYSIA

(4)

(Abdullah 1995, Sabri 1983, Sufean 1996) biasanya diajar sesudah solat subuh, zohor dan maghrib. Kurikulumnya tertumpu kepada pengajian al-Quran (Sabri 1983) dan perkara-perkara asas dalam akidah, syariah, dan pembelajaran akhlak yang boleh mendatangkan pengajaran serta menambah ilmu pengetahuan (Ahmad 1997). Murid-murid juga diajar jawi sebagai panduan untuk membaca al-Quran. Melalui penghafalan serta kemahiran mengenal huruf, seseorang murid akan dapat membaca al-Quran untuk membolehkan mereka mendirikan solat (Mohd Yusuf Ahmad 2000).

Sebelum kedatangan British ke Tanah Melayu, pengajaran al-Quran memang telah wujud dan diajar di rumah-rumah guru secara formal, di samping sekolah-sekolah pondok (Sufean 1996) yang ditubuhkan oleh ulama-ulama terkenal. Di sini mereka bukan sahaja belajar al-Quran, tetapi juga pengetahuan agama Islam dan akhlak (Salleh Lebar 1992). Penubuhannya berikutan kesedaran dan minat masyarakat Islam terhadap pendidikan Islam semakin bertambah. Kurikulum sekolah pondok dibahagikan kepada dua peringkat. Pertama, peringkat rendah membabitkan matapelajaran seperti membaca, menulis, al-Quran serta kemahiran jawi. Peringkat kedua membabitkan matapelajaran seperti ilmu Tauhid, ilmu Tafsir, Hadis, Fiqah, Bahasa Arab, Tasawuf dan Falsafah Islam (Abdullah 1995, Hassan 2002, Ibrahim 1996, Ismail 1993)

Pendidikan formal pengajian al-Quran juga telah berlaku semasa penjajahan Inggeris apabila A.M. Skinner, pemangku Majistret di Seberang Prai telah memperkenalkan kelas al-Quran secara formal di sekolah rendah pada tahun 1871. Pengajaran di sekolah pada sesi pagi murid-murid Melayu belajar bahasa Melayu, manakala di sebelah petang belajar al-Quran. Rancangan ini dilaksanakan memandangkan sambutan yang sangat dingin di kalangan orang Melayu terhadap penubuhan Sekolah Melayu (Salleh Lebar 1992). Hal ini berlaku kesan daripada penubuhan sekolah-sekolah pendakwah Kristian yang berorientasikan sekular, penubuhan sekolah-sekolah berbentuk vernakular (pendidikan berasaskan bangsa) dan penubuhan sekolah-sekolah Inggeris yang semakin menyamarakkan perkembangan pendidikan Islam di Malaysia (Abdullah 1995) menyebabkan orang Melayu tidak berminat terhadap penubuhan Sekolah Melayu.

Tumpuan pengajaran pada masa itu hanya kepada membaca sahaja, manakala makna dan kefahamannya tidak diajar. Selepas Tanah Melayu mencapai kemerdekaan, pelajaran agama dimasukkan ke dalam kurikulum sekolah berdasarkan laporan Rahman Talib 1960. Walau bagaimanapun, kelas-kelas al-Quran di rumah-rumah tuan guru masih berjalan, tetapi hanya sekadar membaca dan menghafaz beberapa ayat untuk tujuan tertentu sahaja (Sahril 1995). Walau bagaimanapun, pengajian khusus al-Quran terhadap golongan bermasalah penglihatan tidak banyak dibincangkan pada waktu itu.

Pendidikan Islam melalui anjakan paradigma apabila akta pelajaran 1961 diwartakan. Akta pelajaran 1961 telah memasukkan mata pelajaran agama Islam di dalam jadual waktu dengan peruntukan masa sebanyak 120 minit seminggu dan selanjutnya mewajibkan semua pelajar agama Islam mengambil mata pelajaran agama Islam (LJKMDP 1988). Akta 1961 ini kemudiannya digantikan dengan akta Pendidikan 1996 yang bertujuan menyediakan sistem pendidikan yang relevan, mantap serta memperluaskan skop pendidikan negara. Akta Pendidikan 1996 juga telah menggariskan peraturan-peraturan mengenai kurikulum kebangsaan yang menjadikan Pendidikan Islam sebagai mata pelajaran teras di peringkat sekolah rendah dan menengah. Peruntukan waktu di kedua-dua peringkat juga ditambah 60 minit, iaitu dari 120 minit seminggu kepada 180 minit seminggu bagi peringkat rendah dan 140 minit seminggu bagi peringkat menengah rendah (termasuk 1 waktu amali) (Adnan 2003, LJKMDPK 1988).

(5)

5 bahawa mata pelajaran Pendidikan Islam dibahagikan kepada dua bidang utama, iaitu bidang Tilawah al-Quran dan bidang Ulum Syariah. Al-Quran adalah satu komponen besar dalam mata pelajaran Pendidikan Islam. Al-Quran bukan sahaja diajar bacaan, tetapi juga kefahaman makna al-Quran dititik beratkan dan diajar supaya pelajar menghayatinya. Di samping itu ayat-ayat hafazan ditambah sebagai persediaan bagi pelajar untuk melakukan ibadat dengan lebih sempurna (Kementerian Pendidikan Malaysia, 1988). Kurikulum ini masih berjalan sehingga ke hari ini di semua sekolah rendah dan menengah di seluruh negara termasuklah terhadap pelajar-pelajar berkeperluan khas masalah penglihatan tidak terkecuali daripada mengikuti kurikulum ini.

Peruntukan waktu Pendidikan Islam ialah sebanyak enam waktu (3+1+2) untuk peringkat menengah rendah dan empat waktu (3+1) untuk peringkat menengah atas. Peruntukan waktu amali solat perlu diisi dengan solat berjemaah dan tazkirah yang berkaitan dengan kehendak sukatan pelajaran. Manakala peruntukan 2 waktu tambahan perlu digunakan untuk aktiviti-aktiviti memperkukuhkan penyampaian objektif kurikulum Pendidikan Islam.

Kementerian Pelajaran Malaysia (2002) menyatakan Tilawah al-Quran KBSM mengandungi ayat-ayat pilihan daripada al-Quran. Ayat-ayat al-Quran dipilih berdasarkan tema tertentu yang berkaitan dengan kehidupan pelajar atau yang perlu untuk kefahaman, amalan dan pembentukan akhlak. Bahagian tilawah al-Quran mengandungi 3 aspek iaitu: ayat-ayat untuk bacaan, ayat-ayat untuk kefahaman dan ayat-ayat untuk hafazan. Selain itu, perkara yang penting ialah Tilawah al-Quran tidak bermaksud mengajar ilmu tajwid secara khusus, tumpuan pengajaran ialah kepada Tilawah al-Quran dengan bacaan yang betul berdasarkan hukum tajwid (KPM 2002). Kekurangan penumpuan kepada pengajaran ilmu tajwid secara khusus ini menimbulkan kesan untuk mencapai objektif pengajaran Tilawah al-Quran yang menumpukan kepada bacaan yang betul berdasarkan hukum tajwid tersebut. Bagaimana pelajar dapat membaca dengan betul sesuatu hukum tajwid sekiranya penumpuan pengajaran tidak diberi secara khusus untuk mengenal hukum-hukum tajwid. Walau bagaimanapun, hal inilah yang berlaku dalam sistem pendidikan kebangsaan bagi pengajaran mata pelajaran Pendidikan Islam komponen Tilawah al-Quran ini. Guru-guru Pendidikan Islam tidak dapat memberikan penumpuan khusus untuk mengajar Tilawah al-Quran memandangkan masa yang diperuntukkan untuk mengajar Pendidikan Islam di sekolah adalah 6 waktu bagi menengah rendah dan 4 waktu bagi menengah atas. Dengan sebab waktu pengajaran yang singkat itu, guru-guru lebih menumpukan untuk menghabiskan sukatan pelajaran dan komponen yang terlibat dengan peperiksaan dan mengabaikan komponen Tilawah al-Quran. Tambahan pula sekiranya pengajaran tersebut adalah terhadap pelajar-pelajar bermasalah penglihatan. Dengan kekurangan pancaindera yang dihadapi, mereka memerlukan penumpuan lebih khusus untuk mempelajari al-Quran bagi menguasainya. Tanpa guru yang mencukupi dan berkemahiran khususnya dalam menggunakan al-Quran Braille sudah tentu mereka tidak dapat menguasai matapelajaran tersebut (Norhayaty 2010).

Amalan dan aktiviti pengajaran Tilawah al-Quran yang disarankan kepada guru Pendidikan Islam oleh KPM dalam pengajaran bagi Tilawah Quran KBSM hendaklah mempunyai aspek-aspek berikut iaitu: membaca ayat al-Quran dengan fasih (tilawah), bacaan contoh dari guru, membaca secara individu, membaca al-Quran secara berkumpulan, memahami maksud al-Quran (tafsir), memahami terjemahan maksudnya, perbincangan dalam kumpulan, sumbang saran, menghafaz al-Quran (hafaz), latih tubi menghafaz, dan menghafaz secara kumpulan. Perbincangan, menyalin ayat al-Quran dan juga amalan serta adab berkaitan al-Quran (KPM 2003).

Bidang Tilawah al-Quran secara lebih khusus menumpukan kepada perkara-perkara berikut:

1. Membaca ayat-ayat al-Quran mengikut hukum-hukum tajwid yang betul dan fasih

2. Menghafaz ayat-ayat al-Quran yang terpilih mengikut hukum-hukum tajwid yang betul dan fasih

(6)

Pembelajaran Tilawah al-Quran di sekolah menengah sekarang merupakan sebahagian daripada kandungan Pendidikan Islam yang berasaskan kepada Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) yang mula dilaksanakan pada tahun 1988. Melalui Pusat Perkembangan Kurikulum (PPK), kurikulum baru Pendidikan Islam mula menggantikan kurikulum lama Pendidikan Islam yang telah digunakan sejak 1982 di sekolah menengah. Semakan kurikulum Pendidikan Islam KBSM oleh JAPIM pada 2002 membawa kepada pelaksanaan kurikulum baru mulai 2003 pada peringkat Tingkatan satu. Manakala bagi Pendidikan Khas, pelaksanaan kurikulum baru bermula pada tahun 2005 (Jabatan Pendidikan Khas KPM, 2005). Sistem pendidikan negara sejak dahulu hingga kini menekankan kepada pembelajaran al-Quran untuk mencapai matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Falsafah Pendidikan Islam.

Kenyataan Heinze (1986) menyebut bahawa persediaan untuk mengajar bacaan bagi murid yang menghadapi masalah penglihatan adalah menerusi pengetahuan terhadap keberkesanan pendekatan dan pemilihan alatan yang digunakan untuk kanak-kanak biasa. Walau bagaimanapun, guru-guru khas perlu menggabungkan pelbagai kaedah pengajaran untuk memenuhi keperluan pembelajaran yang unik kanak-kanak cacat penglihatan. Pelbagai kaedah pengajaran yang digunakan untuk pelajar-pelajar biasa telah digunakan untuk mengajar kemahiran bacaan bagi pelajar bermasalah penglihatan.

Falsafah dan objektif pendidikan al-Quran dalam Pendidikan Khas

Objektif Asuhan Tilawah al-Quran Pendidikan Khas KBSM adalah sama seperti objektif Asuhan Tilawah al-Quran untuk pelajar-pelajar arus perdana KBSM iaitu:

1. Melahirkan pelajar yang sentiasa membaca dan menghafal al-Quran dengan baik dan fasih

2. Melahirkan pelajar yang sentiasa membaca dan menghafal al-Quran di sekolah dan juga di luar sekolah 3. Melahirkan pelajar yang terdidik dengan didikan al-Quran

4. Melahirkan pelajar yang sentiasa menghayati al-Quran dalam kehidupan individu dan jamaah

Berdasarkan kurikulum Tilawah al-Quran yang diutarakan di atas, jelas bahawa objektif utama kurikulum Tilawah al-Quran KBSM sama ada untuk pelajar-pelajar normal atau pelajar-pelajar bermasalah penglihatan adalah menekankan kepada bacaan al-Quran yang lancar dan betul bertepatan dengan hukum-hukum tajwid, walaupun pengajaran Tilawah al-Quran tidak bermaksud mengajar ilmu tajwid secara khusus, tetapi tumpuan pengajaran ialah kepada Tilawah al-Quran dengan bacaan yang betul berdasarkan hukum tajwid.

Pelajar-pelajar berkeperluan khas masalah penglihatan juga mempelajari al-Quran sama sebagaimana pelajar tipikal. Mereka mempunyai kelebihan dari sudut hafalan dan ingatan yang kuat walaupun kekurangan pancaindera penglihatan. Hal ini memberikan impak yang baik kepada mereka untuk menghafaz al-Quran. Walau bagaimanapun, jika mereka tidak menghafaz ayat-ayat al-Quran, menjadi satu masalah kepada mereka untuk membaca al-quran sekiranya mereka tidak menguasai al-Quran Braille yang menjadi wadah penyampai maklumat terhadap golongan ini. Dengan sebab itu, pengajaran al-Quran terhadap pelajar bermasalah penglihatan perlu dipertingkatkan sebagai salah satu medium dakwah terhadap golongan ini.

(7)

7 bagaimanapun, didapati hasil dan impak terhadap penguasaan bacaan al-Quran golongan tersebut masih belum mencapai tahap yang memuaskan lagi.

Proses dakwah terhadap golongan bermasalah penglihatan ini khususnya dalam pendidikan al-Quran juga dilihat tidak begitu memberangsangkan. Kelas-kelas pengajian al-Quran terhadap golongan biasa banyak dilaksanakan, tetapi kelas-kelas pengajian al-Quran untuk golongan ini sangat kurang dijalankan. Infrastrutur dan keperluan untuk golongan ini di masjid khususnya dalam bidang pengajian al-Quran sangat kurang, malah boleh dikatakan tidak ada. Tidak ada langsung disediakan al-Quran Braille di masjid-masjid untuk kegunaan mereka, tidak ada kelas pengajian al-Quran khusus untuk mereka, tidak ada bahan-bahan rujukan tajwid dalam Braille yang memudahkan mereka memahami hukum-hukum tajwid yang membantu ke arah penguasaan bacaan al-Quran, mahupun terjemahan al-Quran dalam Braille (Norhayaty 2010, Muhd Lee 2010, Roziyatun 2010). Kesemua perkara ini adalah keperluan yang perlu diberi perhatian dan tumpuan dalam memastikan kelangsungan dakwah terhadap golongan bermasalah penglihatan, khususnya dalam bidang pengajian al-Quran dapat diteruskan.

Perbincangan-perbincangan yang dilakukan dalam isu dakwah, terutamanya di masjid banyak menyentuh tentang keseimbangan silibus bagi aktiviti pendidikan di masjid, halatuju pendidikan di masjid (Ahmad Fakhrurrazi Mohammed Zabidi, 2010), masjid sebagai pusat kefahaman terhadap kesepaduan ilmu dalam Islam, pengajian di masjid harus mempunyai roh kesepaduan ilmu (Mahfuzah 2010), transformasi masjid dalam pendidikan dan pembangunan ummah (Azhar et al 2010), masjid dan remaja (Noor Azlina Jahron & Mohd Isa Hamzah, 2010). Kesemua penulisan dan penyelidikan yang dibuat memfokuskan kepada perkembangan dan fungsi masjid sebagai pusat dakwah, walau bagaimanapun tidak ada satu pun yang membincangkan secara khusus untuk memberikan pendedahan dakwah khususnya dalam bidang pengajian al-Quran terhadap golongan bermasalah penglihatan. Hal ini adalah cabaran kepada golongan dan ilmuwan agama khususnya agar memberikan perhatian dan juga tumpuan terhadap golongan bermasalah penglihatan dalam usaha dakwah dan memberikan ilmu-ilmu keagamaan terhadap mereka.

CADANGAN

Berdasarkan perbincangan tentang perkembangan kurikulum Pendidikan al-Quran di Malaysia di atas, beberapa cadangan diutarakan bagi meningkatkan perkembangan dakwah terhadap golongan bermasalah penglihatan, khususnya dalam bidang pendidikan al-Quran:

1. Memperbanyakkan guru-guru yang berkemahiran untuk mengajar menggunakan al-Quran Braille terhadap golongan bermasalah penglihatan.

2. Menyediakan lebih banyak rujukan-rujukan dalam bidang al-Quran seperti buku tajwid, terjemahan al-Quran dan sebagainya menggunakan tulisan Braille sebagai unsur dakwah terhadap golongan ini.

3. Pihak masjid, NGO dan sebagainya yang terlibat memperbanyakkan merangka program dakwah khusus untuk golongan ini terutamanya dalam bidang pendidikan al-Quran.

4. Pihak berwajib perlu menyediakan rangkaian dakwah yang jauh lebih mesra pelanggan untuk golongan ini menikmati dan memperoleh maklumat khususnya dalam bidang pendidikan al-Quran. Contohnya menyediakan al-Quran Braille di masjid-masjid dan menyediakan kelas-kelas pengajian al-Quran untuk golongan tersebut.

(8)

KESIMPULAN

Sebagi kesimpulannya, dakwah terhadap golongan bermasalah penglihatan memang perlu diberi perhatian yang lebih oleh semua pihak terutamanya golongan ilmuwan dan agamawan. Keperluan mereka untuk menerima dakwah dalam memperbaiki diri dan meningatkan ketaqwaan sebagai hamba Allah s.w.t. tidak ada bezanya dengan insan lain yang sempurna pancainderanya, khususnya dalam bidang pendidikan al-Quran. Kewajiban untuk menguasai al-Quran memang tidak dapat dinafikan menjadi tanggungjawab setiap individu Muslim di muka bumi ini. Sehingga kini, perkembangan pendidikan al-Quran terhadap golongan bermasalah penglihatan masih belum mencapai tahap yang memberangsangkan dan memerlukan kerjasama daripada semua pihak untuk memartabatkannya dan melonjakkannya agar menjadi tumpuan dan tidak dipinggirkan. Penumpuan untuk memperbaiki penguasaan al-Quran yang diberikan hanya terhadap golongan biasa, tetapi penumpuan terhadap golongan bermasalah penglihatan sangat kurang diberikan dan dibincangkan oleh semua pihak terutamanya para ilmuwan yang berkecimpung dalam bidang keagamaan. Semoga kertas kerja ini mampu membuka mata semua pihak dalam usaha memartabatkan dakwah khususnya dalam bidang pendidikan al-Quran dalam kalangan golongan bermasalah penglihatan di negara kita.

Rujukan

Abdul Hafiz Abdullah, Hussin Salomon, Azmi Shah Suratman & Sulaiman Shakib Mohd Noor. (2005). Sistem Pembelajaran dan Kaedah Hafazan al-Quran yang Efektif: Satu Kajian di Kuala Lumpur dan Terengganu. Kajian Universiti Teknologi Malaysia.

Abdul Halim El-Muhammady. (1991). Pendidikan Islam, Falsafah dan peranan pendidik. Kuala Lumpur: Dewan Pustaka Salam.

Al Nawawi Abu Zakaria Yahya Muhyiddin Syaraf. (1997). Adab-adab bersama al-Quran (terj. Anwar Fakhri Omar). Kuala Lumpur: Pustaka Salam.

Al Sabuni Muhammad Ali. (1996). Al-Tibyan fi 'Ulum al-Quran. Beirut: 'Alam al-Kutub.

ChuaTeeTee. (1970). Pendidikan Khas di Malaysia. Kuala Lumpur: Unversiti Malaya.

Fatimah Hanum Mohd Daud. (1992). The Mainstreaming at Visually Handicapped School in Kuala Lumpur. Kuala Lumpur: Unpublished.

Hallahan, D.P & Kauffman, J.M. (1986). Exceptional Children: Intriduction to Special Education (Edisi Ke-3). New Jersey: Prentice Hall.

Ivan Douglas Filmer. (1982). Academic and Psychosocial Aspects of Visually Handicapped Students in Three Secondary Schools in Peninsular Malaysia. Kuala Lumpur: Unpublished.

(9)

9 Kementerian Pendidikan Malaysia. (1988). Sukatan Pelajaran Pendidikan Islam KBSM. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Mohd Ali Bakar. (1991). Seni Lagu al-Quran. Kuala Lumpur: Darul Fikr.

Mohd Yusuf Ahmad. (1990). Kaedah Pendidikan al-Quran.

Mohd Yusuf Ahmad. (2000). Sejarah dan Kaedah Pendidikan al-Quran. Kuala Lumpur: Universiti Malaya.

Norani Mohd Salleh. (2000, Jun). Ke Arah Menjayakan Program Pendidikan Khas di Malaysia. Seminar Pendidikan Khas Peringkat Kebangsaan 2000. Genting Highlands: Jabatan Pendidikan Khas Kementerian Pendidikan Malaysia.

Salleh Lebar. (1992). Perkembangan pendidikan di Malaysia. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Wong Huey Siew. (2006). Persekitaran Pembelajaran Pelajar Cacat Penglihatan di Malaysia. Kuala Lumpur: Institut Sosial Malaysia.

Referensi

Dokumen terkait

Spermatogenesis adalah suatu rangkaian perkembangan sel spermatogonia dari epitel tubulus seminiferus yang mengadakan proliferasi dan selanjutnya berubah menjadi spermatozoa

Pada penelitian ini merupakan penelitian deskriptif yaitu untuk mengetahui aktivitas antibakteri minuman probiotik buah sirsak gunung terhadap bakteri Salmonella

Program pemerintah Kabupaten Nganjuk dalam usaha mempercepat pembangunan jalan adalah dengan menggali partisipasi masyarakat melalui penyediaan aspal dan mesin

Dokumen Memorandum Program Sanitasi (MPS) merupakan wadah seluruh program dan kegiatan pembangunan sektor sanitasi Kabupaten Hulu Sungai Utara yang dilaksanakan oleh

Sehingga dari hasil uji statistik tersebut menunjukkan bahwa H0 ditolak dan H1 diterima atau dengan kata lain terdapat pengaruh latihan ROM aktif terhadap

Abstak: Kinerja guru dalam proses pembelajaran adalah hasil kerja seorang guru, baik secara kualitas maupun kuantitas dalam melaksanakan tugas sesuai dengan tanggung jawab

KESATU 3 KEPUTUSAN D%REKTUR RUMAH SAK%T EFAR%NA ETAHAM TENTANG PANDUAN PENGGUNAAN DAN PEM(ER%AN DARAH DAN KOMPONEN DARAH D% L%NGKUNGAN RSUD PROF.

Karena secara keseluruhan kreativitas fisika kelas eksperimen lebih tinggi dari kelas kontrol maka dapat dikatakan bahwa penerapan model pembelajaran langsung berbantuan