• Tidak ada hasil yang ditemukan

ANJURAN BERSAMA YAYASAN IKHLAS (YI) IKATAN PENGAMAL PERUBATAN DAN KESIHATAN MUSLIM MALAYSIA (I-MEDIK)

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "ANJURAN BERSAMA YAYASAN IKHLAS (YI) IKATAN PENGAMAL PERUBATAN DAN KESIHATAN MUSLIM MALAYSIA (I-MEDIK)"

Copied!
17
0
0

Teks penuh

(1)

MISI PERUBATAN DAN KEMANUSIAAN DI

KAWASAN PEDALAMAN SARAWAK

TAHUN 2018

ANJURAN BERSAMA

YAYASAN IKHLAS (YI)

IKATAN PENGAMAL PERUBATAN DAN KESIHATAN

MUSLIM MALAYSIA (I-MEDIK)

DENGAN KERJASAMA

HARAKAH ISLAMIAH (HIKMAH)

URUSETIA SAUDARA KITA (USK)

YAYASAN DAKWAH ISLAMIAH MALAYSIA (YADIM)

JABATAN AGAMA ISLAM SARAWAK (JAIS)

(2)

2 | K e r t a s K e r j a M i s i P e r u b a t a n d a n K e m a n u s i a a n k e K a w a s a n P e d a l a m a n , S a r a w a k

1. TUJUAN

Kertas kerja ini dikemukakan untuk memohon bantuan dana dalam bentuk wang atau barangan berjumlah RM 212,800.00 daripada badan korporat atau mana-mana badan bagi membolehkan Yayasan Ikhlas dan Ikatan Pengamal Perubatan dan Kesihatan Muslim (I-Medik) mengadakan Misi Perubatan dan Kemanusiaan ke kawasan-kawasan pedalaman sekitar Sarawak. (Lihat Lampiran IV untuk senarai kawasan yang akan disampaikan bantuan sepanjang tahun 2018)

2. PENGENALAN

Program berbentuk misi perubatan ini merupakan satu inisiatif Kemanusiaan dan Kebajikan hasil cetusan idea daripada Yayasan Ikhlas dan Ikatan Pengamal Perubatan dan Kesihatan Muslim Malaysia (I-MEDIK) setelah mengambilkira kawasan pedalaman Sarawak yang tidak mempunyai akses yang mudah untuk ke klinik-klinik atau hospital-hospital yang berdekatan serta mempunyai masalah kesihatan yang memerlukan rawatan segera.

Program seperti ini sebenarnya amat-amat diperlukan oleh masyarakat pedalaman kerana kesihatan merupakan satu keperluan kepada manusia lebih-lebih lagi kepada masyarakat pedalaman yang mempunyai masalah kesihatan dan memerlukan perhatian perubatan dengan kadar segera.

Pemeriksaan kesihatan secara percuma dilihat perlu dijalankan sekali – sekala. Hal ini bagi mengetahui tahap dan taraf kesihatan masyarakat Sarawak khususnya pedalaman seterusnya mengelakkan golongan ini dari diserang penyakit tanpa disedari dan diketahui. Rawatan segera wajar dijalankan sekiranya didapati mempunyai sebarang penyakit.

Selain kesihatan, bantuan kewangan juga diperlukan bagi mereka yang memerlukan agar mereka dapat meneruskan kehidupan sehari-harian yang semakin mendesak. Tema “Anda sihat, Masyarakat Hebat” dipilih untuk program kali ini dengan harapan masyarakat sentiasa dalam keadaaan sihat dan sejahtera dan akhirnya dapat menyumbangkan sesuatu kepada masyarakat serta negara yang tercinta.

(3)

3 | K e r t a s K e r j a M i s i P e r u b a t a n d a n K e m a n u s i a a n k e K a w a s a n P e d a l a m a n , S a r a w a k

Selain itu, Yayasan Ikhlas turut mengambil inisiatif untuk menjalankan projek baik pulih surau atau masjid di kawasan pedalaman serta penyediaan kemudahan asas iaitu sumber air bersih dan elektrik amat sangat-sangat diperlukan oleh mereka di kawasan pedalaman.

Surau atau masjid yang dibina dapat digunakan umat Islam di kawasan pedalaman untuk beribadah serta menjadikan tempat sebagai pusat kemasyarakatan. Kemudahan asas air dan solar akan dibina di kawasan pedalaman supaya penduduk di sana mendapat akses elektrik lebih lama dan sumber air bersih.

Kawasan pedalaman yang dipilih bagi pembinaan kemudahan asas ini ialah Kampong Tebun, Kuching Sarawak, Kampung Long Busang di Kapit dan Kampung Jaong, Kuching Sarawak.

Isu di Kampong Tebun ini ialah tanah mereka lebih tinggi dari tanah kampung sekitar mereka. Jika air dah siap, kemungkinan pressure air di kpg mereka masih rendah untuk sampai ke rumah-rumah mereka. Penyelesaian bagi hal ini ialah pembinaan tangki air yang diletakkan tinggi dari kawasan tanah kampung mereka. Kampung Penan Muslim, Batu 13, Bintulu telah dipilih untuk baik pulih surau bagi kegunaan umat Islam di sana bagi menunaikan ibadah.

3. OBJEKTIF

Pencapaian objektif yang disasarkan dibahagikan kepada tiga aspek, iaitu: 3.1 Meningkatkan kualiti hidup masyarakat pedalaman

 Mengurangkan beban masyarakat yang tidak mempunyai akses yang mudah untuk ke klinik dan hospital.

 Mengurangkan statistik penduduk Malaysia yang sakit terutamanya Masyarakat di pedalaman Sarawak.

 Memberi kesedaran betapa pentingnya untuk menjaga kesihatan dengan mengadakan konsultasi ringkas daripada para doktor yang bertauliah.

 Memberi bantuan kemanusiaan kepada masyarakat pedalaman yang kurang berkemampuan

(4)

4 | K e r t a s K e r j a M i s i P e r u b a t a n d a n K e m a n u s i a a n k e K a w a s a n P e d a l a m a n , S a r a w a k

 Memberi Ceramah motivasi kepada masyarakat umum berkenaan kepentingan meningkatkan kualiti hidup

3.2 Pengalaman mengurus program

 Melaksanakan tanggungjawab sosial dan kebajikan dengan memperkenal dan memberi pendedahan tentang asas-asas penjagaan kebersihan dan kesihatan kepada masyarakat pedalaman Sarawak.

 Memberi pendedahan kepada doktor-doktor muda dan sukarelawan mengenai keadaan masyarakat pedalaman.

 Membuat pemeriksaan kesihatan secara spontan dan membina hubungan dua hala dengan masyarakat pedalaman agar dapat mendalami dan memahami permasalahan dan keperluan mereka dengan lebih jelas.

 Mengurangkan penyakit berjangkit yang merebak dalam kalangan masyarakat setempat melalui penerangan yang diberikan di samping menyedarkan dan memberi pengetahuan asas tentang punca dan cara sesuatu wabak itu berjangkit serta kaedah pencegahan yang betul dan berkesan.  Menggerakkan dan menyusun pasukan sukarelawan Yayasan Ikhlas yang

sama-sama ingin menyumbang khidmat bakti bagi membantu melancarkan perjalanan program.

3.3 Membantu penyediaan keperluan asas kawasan pedalaman

 Menyediakan keperluan asas air bersih dan elektrik di kawasan pedalaman yang memerlukan

 Membantu masyarakat setempat bagi menjalani hidup lebih baik

 Kerjasama bersama kontrakter dan para pelajar kemahiran dalam membina kemudahan asas yang dirancang

4. STRATEGI PERLAKSANAAN

4.1 Mengumpul dana dan sumbangan dari badan-badan kerajaan, korporat dan swasta bagi menaja keperluan bagi perubatan dan sumbangan

4.2 Mencari rakan strategik serta menjalinkan kerjasama erat dengan badan-badan atau institusi-institusi yang mempunyai kepakaran yang boleh disumbangkan kepada masyarakat pedalaman mengenai aspek penjagaan kesihatan dan kebersihan seperti;

(5)

5 | K e r t a s K e r j a M i s i P e r u b a t a n d a n K e m a n u s i a a n k e K a w a s a n P e d a l a m a n , S a r a w a k

 Kerjasama dengan Universiti-Universiti tempatan  Kerjasama dengan badan Korporat-Korporat  Kerjasama dengan Hospital atau Klinik  Kerjasama dengan pihak media elektronik  Kerjasama dengan pihak masjid daerah

5. PELAN TINDAKAN

• Memohon tajaan dari Badan Kerajaan, Swasta atau Korporat

• Membuka tabung sumbangan kepada masyarakat awam di kawasan-kawasan strategik

• Bekerjasama dengan NGO/Badan Swasta/ Korporat dalam pengumpulan dana

Pengumpulan Dana

• Mendapatkan jumlah tenaga dan

jawatankuasa dari rakan kerjasama dan rakan strategik

• Menggerakkan pasukan sukarelawan bagi membantu kelancaran program

Merangka Pasukan Pelaksana

• Setiap tenaga dari rakan kerjasama dan rakan strategik menjalankan tugas mengikut

kepakaran masing-masing

• Menyampaikan sumbangan dari penyumbang dana kepada sasaran

• Menyediakan laporan bergambar dan video untuk diserahkan kepada penyumbang dana • Mengadakan sesi revisi bagi menambah baik

program dari semasa ke semasa

(6)

6 | K e r t a s K e r j a M i s i P e r u b a t a n d a n K e m a n u s i a a n k e K a w a s a n P e d a l a m a n , S a r a w a k

6. PERLAKSANAAN PROGRAM

Berdasarkan aktiviti yang dirancang, perlaksanaan program adalah seperti berikut  Pemeriksaan Kesihatan oleh Doktor-doktor yang bertauliah

 Ceramah Kesihatan atau ceramah motivasi

 Sumbangan umum kepada masyarakat pedalaman yang kurang berkeupayaan

7. TAKWIM MISI PERUBATAN DAN KEMANUSIAAN

Rujuk LAMPIRAN 1

8. ATURCARA PROGRAM DI KAWASAN PEDALAMAN

Rujuk LAMPIRAN 1

9. BELANJAWAN BAIK PULIH SURAU DAN KEMUDAHAN ASAS

Rujuk LAMPIRAN 2

10. CADANGAN BELANJAWAN TAHUNAN

Rujuk LAMPIRAN 3

11. PENUTUP DAN HARAPAN

Menjadi harapan yang tinggi agar masyarakat pedalaman Sarawak dapat berdikari dan membina struktur masyarakat mereka sendiri serta mampu duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi dengan masyarakat lainnya di Malaysia.

Diharapkan juga pembudayaan adab dan akhlak seorang muslim dalam kehidupan dapat dipraktikkan dengan baik sebagai seorang Muslim sejati memandangkan Islam di Malaysia telah bertapak sekian lama, maka sudah sewajarnya ianya tersebar dan menjadi suatu cara hidup kepada penduduk Malaysia termasuk juga masyarakat pedalaman Sarawak.

Amatlah diharapkan Misi Perubatan dan Kemanusiaan ini dapat dijalankan dengan jayanya serta segala aktiviti yang dirancang dan bakal dilaksanakan menepati objektif dan mencapai sasaran supaya ianya dapat memberi impak yang berkesan dan mendalam. Semoga ianya juga diterima oleh Allah sebagai suatu amal yang di terima yang bakal menyelamatkan kita semua dari azab api neraka.

(7)

7 | K e r t a s K e r j a M i s i P e r u b a t a n d a n K e m a n u s i a a n k e K a w a s a n P e d a l a m a n , S a r a w a k

LAMPIRAN 1 TAKWIM MISI PERUBATAN DAN KEMANUSIAAN

MISI TARIKH TEMPAT

1 10 & 11 Feb Sri Aman

2 24 & 25 Mac Mukah

3 14 & 15 April Kampung Samalatong, Simunjan

4 12 & 13 Mei Kapit

5 12 hingga 17 Julai Long Busang, Kapit 6 31 Ogos hingga 2 Sept Song, Kapit 7 13 & 14 Oktober Miri 8 8 & 9 Disember Kg Taee, Serian

TENTATIF PROGRAM DI KAWASAN PEDALAMAN

Cadangan Tentatif 3 hari 2 malam Hari Pertama

8.00 Pagi 10.00 pagi 5.00 petang

Berkumpul di Pejabat Yayasan Ikhlas Cawangan Kuching Taklimat Program

Bertolak ke Destinasi menggunakan jalan darat Tiba di Kawasan Penginapan, Makan, rehat, solat. Hari Kedua 8.00 Pagi 10.00 Pagi 10.30 Pagi 12.00 Tengah Hari 2.00 Petang 5.00 Petang

Bertolak dari Kawasan Penginapan ke Destinasi Taklimat / perjumpaan dengan Ketua Kampung Pemeriksaan Kesihatan

Rehat / Solat / Makan Tengah Hari

Gotong – royong / Pemberian Sumbangan

Bincang santai – Keperluan Semasa Kampung yang dilawat / Ceramah

Hari Ketiga

(8)

8 | K e r t a s K e r j a M i s i P e r u b a t a n d a n K e m a n u s i a a n k e K a w a s a n P e d a l a m a n , S a r a w a k

LAMPIRAN 2 BELANJAWAN BAIK PULIH SURAU DAN PENYEDIAAN KEMUDAHAN ASAS

PERBELANJAAN BAIK PULIH SEBUAH SURAU

Bil Perkara Harga Seunit

(RM) Kuantiti Jumlah (RM)

1 Pintu dan aksesorinya 800.00 3 2,400.00

2 Tingkap dan aksesori 500.00 7 3,500.00

3 Karpet / Tail 6.00 (Sekaki) 700 4,200.00

4 Kipas Dinding 300.00 10 3,000.00 5 Kipas Berdiri 250.00 5 1,250.00 6 Telekung 60.00 (sepasang) 10 600.00 7 PA System (Termasuk speaker dalam,

Microphone, aksesori lain dalam PA system serta kos pemasangan) 5000.00 LS 5,000.00 8 Rak / Almari 400.00 2 800.00 9 Langsir 100.00 6 600.00 10 Cat 200.00 5 1,000.00 11 Simen 40.00 (sekampit) 20 800.00

12 Sumbangan kepada surau 1,000.00 LS 1,000.00

13

Operasi (Kos Buruh, Pengangkutan, Upah, Majlis Perasmian dan sebagainya)

5,850.00 LS 5,850.00

(9)

9 | K e r t a s K e r j a M i s i P e r u b a t a n d a n K e m a n u s i a a n k e K a w a s a n P e d a l a m a n , S a r a w a k

PERBELANJAAN PEMBINAAN PANEL SOLAR DAN TELAGA TIUB

Bil Perkara Harga Seunit

(RM) Unit

Jumlah (RM) 1 Telaga Tiub 202,000.00 1 202,000.00

2 Panel Solar 1,000,000.00 LS 1,000,000.00

3

Tanki air + 4 nos tank + asas bawah + kos pasang + kos

maintenance + kos penyulingan

200,000.00 1 200,000.00

Jumlah 1,402,000.00

BANTUAN KEPERLUAN ASAS

KAMPONG TEBUN KAMPUNG JAONG KAMPUNG LONG BUSANG

Bantuan sumber air bersih : Pembinaan

tangki air

Bantuan sumber air : Pembinaan telaga tiub / tubewell beserta sistem

saluran

Kemudahan elektrik melalui pemasangan

(10)

10 | K e r t a s K e r j a M i s i P e r u b a t a n d a n K e m a n u s i a a n k e K a w a s a n P e d a l a m a n , S a r a w a k

LAMPIRAN 3 CADANGAN BELANJAWAN TAHUNAN

Bil Butiran Harga (RM)

/ Kuantiti Kuantiti

Jumlah (RM)

1

Pengangkutan Darat / Air / Udara

( Jika di Darat, menaiki kenderaan pacuan 4 roda. Jika di Air, menaiki kenderaan bot atau feri )

RM 2500.00 8 20,000.00

2

Makanan (selama 3H2M)

Hari Pertama – RM 10 x 20 Pax Hari Kedua - RM 30 x 50 Pax (Sukarelawan dan penduduk kampung)

Hari Ketiga – RM 10 x 20 Pax (Sukarelawan) RM 200.00 RM 1,500.00 RM 200.00 8 15,200.00 3 Penginapan RM 150 X 5 Bilik X 2 Malam RM 1500.00 8 12,000.00 4

Sumbangan untuk Keluarga Kurang berkemampuan (terhad kepada 50 Keluarga berpendapatan rendah)

RM 5000.00 8 40,000.00 5 Media (Fotografi + Banner) RM 200.00 8 1,600.00 6 Kos Ubat – Ubatan RM 5,000.00 8 40,000.00

7 Kotigensi RM 500.00 8 4,000.00

Jumlah Keseluruhan bagi 8 Misi 132,800.00

* Cadangan Belanjawan Tahunan terhad kepada 20 Sukarelawan

BIL PERKARA JUMLAH (RM)

1 Perbelanjaan Baik Pulih Sebuah Surau 30,000.00 2 Perbelanjaan Pembinaan Panel Solar Dan Telaga Tiub 1,402,000.00 3 Jumlah Keseluruhan Bagi 8 Misi 132,800.00

(11)

11 | K e r t a s K e r j a M i s i P e r u b a t a n d a n K e m a n u s i a a n k e K a w a s a n P e d a l a m a n , S a r a w a k

LAMPIRAN 4 GAMBAR BAIK PULIH SURAU DI PENAN MUSLIM, BATU 12

Jalan Menuju ke Kampung Penan Muslim

(12)

12 | K e r t a s K e r j a M i s i P e r u b a t a n d a n K e m a n u s i a a n k e K a w a s a n P e d a l a m a n , S a r a w a k

PENYEDIAAN TANGKI AIR DI KAMPUNG TEBUN, KUCHING

(13)

13 | K e r t a s K e r j a M i s i P e r u b a t a n d a n K e m a n u s i a a n k e K a w a s a n P e d a l a m a n , S a r a w a k

(14)

14 | K e r t a s K e r j a M i s i P e r u b a t a n d a n K e m a n u s i a a n k e K a w a s a n P e d a l a m a n , S a r a w a k

LAMPIRAN 5 GAMBAR-GAMBAR PROJEK TAHUN 2017

Program Bantuan Perubatan dan Kemanusiaan di Tegageng, Niah, Miri pada bulan 2 tahun 2017

(15)

15 | K e r t a s K e r j a M i s i P e r u b a t a n d a n K e m a n u s i a a n k e K a w a s a n P e d a l a m a n , S a r a w a k

Yayasan Ikhlas menyampaikan alat pembesar suara di Surau Kampung Tegageng

(16)

16 | K e r t a s K e r j a M i s i P e r u b a t a n d a n K e m a n u s i a a n k e K a w a s a n P e d a l a m a n , S a r a w a k

(17)

17 | K e r t a s K e r j a M i s i P e r u b a t a n d a n K e m a n u s i a a n k e K a w a s a n P e d a l a m a n , S a r a w a k

Penduduk kampung yang rata-ratanya adalah mualaf berkumpul bagi menerima rawatan kesihatan percuma, dan

dijalankan aktiviti sukaneka serta

sumbangan barangan keperluan asas dan wang tunai

Referensi

Dokumen terkait

Walaupun perturnbuhan industri papan partikel berada pada tahap maturity tetapi dengan adanya persaingan diantara sesama produsen papan partikel dalam meraup pangsa

Pihak yang menuntut hendaklah mendaftarkan tuntutannya terlebih dahulu dengan pengendali Takaful dalam tempoh masa yang ditetapkan dan kemudiannya mengemukakan semua

3.6.2 Pelajar yang telah diberi cuti atas alasan perubatan selama satu (1) sesi akademik berterusan boleh ditamatkan daripada pengajian atas alasan perubatan jika Pegawai

Kaedah ilmiah adalah kaedah-kaedah ilmu perubatan yang sah sama ada secara teori mahupun amalan dan telah diterimapakai oleh semua pengamal perubatan dalam menjalankan

4.4 Chaperone - Merujuk kepada seseorang yang bertindak sebagai saksi untuk pesakit dan pengamal perubatan semasa pemeriksaan atau prosedur perubatan

Akaun ini juga merangkumi Dana Infaq Berunit yang ditubuhkan bermulanya sesi ini melalui usul pada Mesyuarat Tahunan Cawangan kali ke-3 PERUBATAN Cawangan Zagazig untuk mencari

Hal tersebut dapat mempengaruhi perkembangan fisik dan kemampuan belajar orang dengan down syndrome, salah satunya adalah pada keterbatasan atau keterlambatan

Atau orang yang mau mengekang kebebasan kita atas nama Tuhan yang Maha Esa, filsafat akan menarik perhatian kita pada fakta bahwa yang mau mengekang itu hanyalah manusia