• Tidak ada hasil yang ditemukan

Rahsia Buat Duit Dengan Google Adsense

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "Rahsia Buat Duit Dengan Google Adsense"

Copied!
19
0
0

Teks penuh

(1)

RAHSIA BUAT

DUIT DARI

INTERNET

DENGAN

GOOGLE

ADSENSE

(2)

KENAPA MESTI DENGAN GOOGLE ADSENSE?

Setelah saya memperkenalkan kepada anda tentang mendapatkan wang dari internet dengan Google Adsense, sudah menjadi kemestian bahawa pertanyaan pertama anda kepada saya adalah…”terdapat banyak cara untuk dapatkan wang dari internet,kenapa mesti gunakan cara Google Adsense?”. Tidak kiralah sama ada anda orang yang masih baru ataupun dah lama berkecimpung dalam bidang perniagaan internet. Jika anda bertanya soalan di atas, saya akan jawab…

CUMA TIGA JAWAPAN…

PERTAMA- Pendapatan yang konsisten, tidak seperti program lain yang mana anda perlu cari orang lain untuk mendapatkan wang.

KEDUA- Tiada kos penyelenggaraan, anda cuma perlu memastikan artikel dalam website anda sentiasa dikemaskini.

KETIGA- Risiko yang rendah, anda haya perlu laburkan hanya $35 untuk dapatkan website anda sendiri di www.mister.net. Anda juga boleh mendapat website percuma di

www.blogger.com.

Sesetengah orang berkata adalah suatu yang membazirkan masa dengan seminggu menulis artikel yang menarik dan seminggu membuat laman web serta mempromosikan laman web hanya untuk mendapatkan beberapa sen untuk satu klik pengunjung dalam website anda. Jika anda berfikir seperti mereka di atas, jom kita lakukan kiraan matematik untuk

membuktikan bahawa pandangan anda itu adalah tidak benar sama sekali.

WAKTU UNTUK MEMBINA WEBSITE & MEMPROMOSIKANNYA= 2 minggu (part time) @ 2 hari (full time)

WAKTU UNTUK MENYELENGGARAKAN WEBSITE= 1 jam sebulan (anda hanya perlu memasukkan artikel baru sekali sebulan, jika tidak buat pun tak mengapa. Tapi ia akan menjejaskan reputasi website anda)

INCOME ANDA SETIAP BULAN = Purata USD50 sebulan (Perlu diingatkan bahawa income anda setiap bulan adalah adalah dalam Dollar Amerika, Jika ditukarkan dalam RM. Anda akan medapat purata RM150 sebulan)

Bayangkan jika anda melaksanakan program ini selama 3 tahun, jadi dengan usaha 2 minggu anda membuat dan mempromosikan website anda. Anda akan mendapat $50 x 12 bulan x 3 tahun = $1800. Ini adalah income anda dari sebuah website yang anda buat. Program ini akan berterusan & saya yakin program ini akan terus berkembang maju dalam masa 20 tahun akan datang.

(3)

Cuba kita lihat dari sudut yang lain.

Jika sebuah website memberi pulangan sebanyak USD$50 sebulan dan anda membina 2 buah website sebulan. Ini bermakna anda akan mendapat $100 setiap bulan. Cuba anda perhatikan jadual di bawah.

Bulan Website yang dihasilkan Pendapatan bulanan anda 1 2 $100 2 4 $200 3 6 $300 4 8 $400 5 10 $500 6 12 $600 7 14 $700 8 16 $800 9 18 $900 10 20 $1000 11 22 $1200 12 24 $1400

Selepas 12 bulan anda akan mendapat pendapatan tambahan sebanyak $1400 sebulan. Wowww, ini bermakna pendapatan anda setiap bulan sudah melebihi gaji seorang guru. Anda perlu melihat program ini sebagai program yang memberi pulangan bagi setiap usaha anda dalam jangka masa yang panjang.

Adakah anda sudah dapat melihat potensi dalam program Adsense ini? Jika ya, jom kita melompat ke bahagian seterusnya.

(4)

APAKAH ITU GOOGLE ADSENSE?

Google Adsense adalah sebuah program pengiklanan yang membolehkan pemilik laman web untuk meletakkan iklan daripada Google di dalam laman web anda. Setiap klik yang dibuat oleh pengunjung laman web anda pada iklan tersebut. Google akan membayar anda dengan sejumlah amaun yang tertentu.

KENAPA PENGUNJUNG WEBSITE SAYA AKAN MENGKLIK PADA IKLAN TERSEBUT? Jawapannya mudah, ini adalah kerana pihak Google hanya akan meletakkan iklan yang berkaitan dengan website anda. Oleh itu, para pengunjung akan berminat untuk mengklik pada iklan tersebut bagi mendapatkan lebih banyak maklumat berkaitan dengan tajuk atau rencana dalam website anda. Sebagai contoh, anda boleh melihat kaitan iklan Google dengan website binatang peliharaan di bawah.

Jadi, anda tidak perlu risau tentang iklan apa yang Google akan masukkan kedalam website anda. Kerana semuanya pasti akan relevan dengan kandungan website anda. Google juga akan meletakkan iklan di setiap halaman web anda dengan iklan-iklan yang berbeza dan menarik. Yang pasti, setiap pengunjung yang mengklik iklan tersebut akan memberi anda pulangan yang lumayan. Sekarang anda telah kenal apa itu Google Adsense. Pada bahagian seterusnya, anda akan belajar bagaimana untuk mendapatkan akaun Google dengan percuma.

(5)

BAGAIMANA UNTUK DAPATKAN AKAUN ADSENSE?

Jika anda masih belum mempunyai akaun Google Adsense, saya nasihatkan anda untuk mendapatkannya cepat. Ini kerana permohonan anda akan memakan masa untuk

ditunaikan. Oleh itu, anda boleh memohon akaun anda secepat mungkin. Ini kerana, masa itu amat bernilai.

Antara perkara yang anda perlu tahu tentang Adsense ialah, Google amat berhati-hati dalam memilih website bagi meletakkan iklan-iklan mereka. Ia tidak akan menerima website yang cincai-cincai dan tidak menarik. Jika anda ingin menyertai program ini, website anda perlu kelihatan menarik dan mempunyai banyak artikel-artikal yang berguna.

Anda juga tidak boleh memohon bagi menyertai program ini jika laman web anda separuh siap. Permohonan anda akan direject dengan serta-merta.

Perkara yang saya nyatakan di atas adalah bagi mereka yang mempunyai website sendiri dan berbayar. Bagaimana jika anda tidak mampu untuk memiliki laman web tersebut? Jangan bimbang, saya akan memberitahu bagaimanakah caranya untuk anda menyertai program ini dengan cara yang paling mudah dan yang semestinya PERCUMA. Saya akan menerangkannya kepada anda peringkat demi peringkat.

1. Daftar akaun di www.blogger.com. Setelah anda setup akaun anda, sila log-in dan…. 2. Pada Login Dashbord anda (sila lihat gambar di bawah),klik pada Post (anak panah 1)

dan mula menulis beberapa artikel yang bagus. Sebagai contoh, untuk artikel pertama anda, anda boleh memperkenalkan diri anda beserta kecenderungan atau minat anda. Artikel anda yang kedua, ketiga dan seterusnya hendaklah berkisar tentang minat anda tersebut.

3. Setelah anda menghantar 3-4 artikel yang bagus, klik pada Template (anak panah 2) # jika anda mempunyai kesulitan dengan cara di atas, sila layari

(6)

http://help.blogger.com/bin/answer.py?answer=50288&topic=10279untuk keterangan lanjut.

4. Kemudian klik Adsense seperti gambar di bawah.

5. Anda akan mendapat borang permohonan akaun Adsense, dan sekali lagi anda perlu

lengkapkannya kemudian klik “creat account”.

6. Kemudian anda akan ditanya tentang format iklan tersebut, abaikannya dan klik save. Setelah selesai, anda akan diberitahu dengan ayat “Settings were saved successfully”.

7. Sekarang kerja anda telahpun siap. Anda akan mendapat pengesahan daripada

(7)

CARA UNTUK DAPATKAN DUIT DENGAN ADSENSE.

Terdapat 3 cara untuk anda mendapatkan duit dengan Adsense

Pertama: Meletakkan iklan sepeti gambar di bawah. Anda boleh meletakkan maksimum 3 iklan dalam satu halaman website anda. Dan saya cadangkan anda meletakkan tiga iklan bagi memaksimakan pendapatan anda.

Kedua: Meletakkan Google Search Box. Dengan meletakkan Google Search Box anda akan mendapat pendapatan apabila pengunjung laman web anda menggunakannya dan mengklik pada salah satu daripada search result tersebut. Ini juga akan member kelebihan kepada anda kerana para pengunjung dapat mencari artikel yang mereka mahu dari website anda kerana ia juga menyediakan fungsi search dalaman. Iaitu hanya search pada website anda sahaja.

(8)

Ketiga: Meletakkan link Adsense. Link Adsense hampir menyerupai link didalam website anda. Jika pengunjung klik pada link tersebut, mereka akan dibawa ke halaman iklan Google yang berkaitan dengan kandungan website anda. Bila pengunjung anda klik pada iklan tersebut, maka makin banyaklah duit yang anda akan dapat.

Mengikut kajian, pengunjung paling banyak klik iklan di laman web anda melalui cara pertama. Ini diikuti dengan cara kedua dan yang paling kurang ialah dengan cara ketiga. Anda boleh meletakkan ketiga-tiga jenis iklan ini jika anda mahu.

(9)

APAKAH WEBSITE YANG PERLU SAYA BUAT?

Anda boleh membuat pelbagai jenis website mengikut pelbagai topik yang anda suka. Yang paling mudah adalah membuat website tentang apa yang anda minati. Ataupun sesuatu perkara yang mana anda mempunyai banyak pengetahuan tentangnya. Tapi yang paling penting dan utama adalah, laman web anda mestilah sebuah laman web Kandungan Tertumpu.

Apakah itu laman web Kandungan Tertumpu?

Laman web Kandungan Tertumpu ialah sebuah laman web yang mempunyai pelbagai artikel yang berinformasi dan kesemua artikel tersebut hanya bertumpu kepada satu tema atau tajuk. Anda akan mendapat lebih keuntungan daripada laman web jenis ini.

Sebagai contoh, anda boleh membuat sebuah laman web untuk pemilik kuda. Artikel anda hendaklah merangkumi….

• Bagaimana mengenal pasti kuda yang sesuai dengan anda?

• Di manakah untuk mendapatkan kuda?

• Bagaimanakah untuk berhubung dengan kuda?

• Peringkat hidup seekor kuda.

• Cara melatih kuda agar kuat dan tangkas.

• Bagaimanakah kuda bersosial dengan kuda lain?

• Penyakit-penyakit biasa yang dihadapi kuda dan cara merawatnya.

• Pemakanan yang sihat bagi kuda

• Cara-cara menunggang kuda.

• Dan lain-lain.

Artikel yang anda tulis hendaklah tidak terlalu panjang. Paling panjang pun artikel yang anda tulis, hendaklah dipastikan artikel anda dapat dibaca dalam masa lebih kurang 5 minit. Atau dengan lebih mudahnya, artikel anda hendaklah antara 250-750 patah perkataan.

Untuk menambah-baik website anda, anda hedaklah memilih latar belakang halaman web anda dengan latar belakang yang menarik. Anda juga boleh meletakkan gambar-gambar yang menarik dalam website anda. Jika website anda menarik, sudah pasti anda akan mendapat bilangan pengunjung yang ramai. Dan ini akan menambahkan lagi potensi anda untuk mendapat wang yang lebih banyak. Anda boleh mencari maklumat-maklumat atau gambar-gambar tentang tajuk yang anda pilih dengan melakukan melalui membaca buku,internet,kajian serta banyak lagi.

(10)

FORMULA AJAIB YANG PERLU ANDA PRAKTIKKAN.

Ini adalah bahagian yang paling pendek tetapi yang terpenting jika anda serius berkecimpung dengan program Google Adsense. Formulanya adalah,

KANDUNGAN TERTUMPU + SELENGGARA IKLAN + TRAFIK = $$$$$$$$$$$$

Kandungan tertumpu: Laman web anda hanya menumpukan pada satu tajuk, bukan sekadar itu. Laman web anda hendaklah lain dari yang lain.

Selenggara iklan: Anda hendaklah menyelenggara iklan yang dibuat oleh Google agar penampilan iklan tersebut sesuai dengan website anda.

Trafik: Trafik ialah jumlah pengunjung yang melawat laman web anda.

Dalam bahagian-bahagian yang seterusnya, saya akan menerangkan tentang bagaimana cara untuk menyelenggara iklan anda serta cara untuk mendapatkan trafik yang banyak. Bahagian untuk kandungan tertumpu telah saya terangkan sebelum ini.

(11)

SELENGGARA IKLAN GOOGLE ADSENSE.

Untuk pengetahuan anda, kebarangkalian pengunjung untuk klik pada iklan di laman web anda adalah sekitar 5% sahaja. Tetapi anda boleh meningkatkan kebarangkalian itu dengan menyelenggarakan iklan yang diletakkan oleh Google agar kelihatan lebih menarik. Saya akan membahagikan bab ini kepada 2 bahagian.

BAHAGIAN PERTAMA.

Pertama, sila pastikan iklan Google anda mengikut syarat-syarat ini.

• Pastikan iklan tersebut sama warna dengan warna tema website anda.

• Jangan letakkan border/halangan antara iklan tersebut kecuali ia sepadan dengan design website anda.

• Pastikan warna background iklan tersebut sama dengan warna website anda.

• Samakan warna link pada iklan Adsense dengan link yang ada dalam website anda. Saya tahu anda tidak faham apa yang saya merepek di atas. Jadi, jom kita lihat beberapa contoh untuk anda fahami apa yang saya katakana.

Cuba lihat website di bawah, admin website tersebut telah membuang frame/border pada iklan yang berada di tengah (anak panah 1). Dia juga telah gunakan warna yang sama bagi link adsense dan link di dalam website(anak panah 2). Iklan yang diletakkan sesuai dengan keseluruhan website(anak panah 3). Tapi admin web ini silap kerana tidak menukar warna link pada iklan di sebelah tepi dengan warna link yang ada dalam web tersebut(anak panah 4).

(12)

Anda boleh tengok website-website di bawah dan memberi komen bagaimana admin website tersebut menyelenggara iklan-iklan dalam website tersebut.

---

---

(13)

BAHAGIAN KEDUA

Selain dari penampilan iklan, anda juga perlu tahu ada juga faktor lain yang mempengaruhi pengunjung website anda untuk klik iklan tersebut.

1. Jenis format iklan yang anda guna 2. Kawasan iklan tersebut diletakkan.

Sebelum kita pergi jauh, adalah baik jika anda membiasakan diri dengan format iklan Google, sila layari laman web Google untuk maklumat yang lebih lanjut.

Format yang terbaik dan yang sepatutnya guna adalah, • Wide Skyscraper,

• Large Rectangle,

• Square.

Sebagai contoh, saya akan tunjukkan anda iklan format on the left hand side, just below the title.

Iklan tersebut berada di bawah tajuk dan berada di sebelah kiri. Tapi iklan ini agak tidak sesuai kerana ia mengganggu tumpuan pengunjung laman web anda.Ingat, pengunjung mengunjungi laman web anda kerana mereka dahagakan maklumat. Bukannya iklan. Jadi, anda kena pandai-pandailah selenggara iklan anda agar ia seimbang antara keuntungan dan kepuasan pengunjung laman web anda.

(14)

BAGAIMANA MENDAPATKAN TRAFIK YANG BANYAK?

Sekarang, anda sudah tahu bagaimana untuk membuat laman web kandungan tertumpu. Anda juga sudah tahu bagaimana untuk menyelenggarakan iklan dalam laman web anda. Jika anda mempunyai laman web yang menarik dan mempunyai banyak artikel-artikel menarik, tapi jika tiada pengunjung mengunjungi laman web anda. Semuanya adalah tak berguna. Pada bab ini, saya akan mengajar anda bagaimanakah untuk mendapatkan trafik yang banyak ke laman web anda.

Ada banyak cara untuk mempromosikan laman web anda. Tetapi dalam risalah ini, saya hanya ingin menyentuh hanya tentang mempromosi dalam search engine/enjin carian. APAKAH ITU ENJIN CARIAN?

Enjin carian ialah sebuah direktori pencari laman web berdasarkan kata kunci yang ditaip oleh pengguna. 3 enjin carian utama adalah Yahoo,Google dan MSN.

Sebelum kita pergi jauh, saya harap anda akan ingat nasihat saya ini.

“Jika anda membina laman web yang menarik dan banyak memberi manfaat kepada pengguna, kebarangkalian enjin carian menjumpai laman web anda dan memberi trafik kepada anda adalah tinggi.”

Untuk mendaftar di sesebuah enjin carian, anda hanya perlu mencari link “advertise with us” . Link tersebit biasanya berada di bahagian kanan bawah enjin pencari tersebut. Kemudian anda perlu link “submit url for free”. Masukkan alamat web anda kemudian daftar. Sebelum anda mendaftar web anda di enjin pencari, anda patut tahu bagaimana untuk memastikan enjin pencari itu memberikan trafik yang banyak kepada anda.

1) Mencari tajuk yang sesuai bagi laman web anda.

Kesesuaian tajuk amat penting bagi anda, kerana setiap tajuk ada nilai komersialnya yang tersendiri. Anda perlu pastikan tajuk yang anda pilih ada kena mengena dengan laman web anda. Sebagai contoh, saya akan memberikan anda contoh kata kunci “pet grooming”. Pergi ke : https://adwords.google.com/select/KeywordToolExternal(lihat gambar di bawah), kemudian lakukan lagkah-langkah berikut.

Langkah pertama : Taip tajuk anda. Di sini saya akan tunjukkan dengan “pet grooming” Langkah kedua : Pilih “cost and position” daripada menu pilih kebawah.

Langkah ketiga : Isikan 99 sebagai Max CPC Langkah keempat : Tekan “Get more keywod”

(15)

Kemudian anda akan mendapat keputusan seperti di bawah.

Sekarang kita dapat lihat betapa tingginya nilai komersial yang ada pada kata kunci tersebut. Para pengiklan sanggup meletakkan harga 5 Dollar untuk setiap klik yang diklik oleh

pengguna. Anda hendaklah mecari tajuk yang mempunyai nilai komersial yang tinggi bagi web anda. Saya nasihatkan anda mencari tajuk yang bernilai $2-$5 bagi mendapat pulangan yang lumayan. Lebih tinggi lebih baik.

(16)

2) Kecenderungan pengguna menggunakan kata kunci tersebut.

Setelah anda mengetahui tajuk yang mempunyai nilai komersial yang tinggi. Anda perlu mengetahui permintaan pengguna terhadap topik tersebut. Jika topik tersebut mempunyai nilai komersial yang tinggi, tetapi permintaan pengguna terhadap topik tersebut adalah rendah. Ini akan membazirkan usaha anda selama ini.

Pergi ke : http://inventory.overture.com/d/searchinventory/suggestion/ kemudian taip tajuk pilihan anda. Contoh “pet grooming”. Anda akan mendapat keputusan seperti di bawah.

Sekarang anda dapat tahu betapa banyaknya permintaan pengguna terhadap tajuk

tersebut. Sekarang anda boleh membuat pilihan tajuk laman web anda. Oppss.. tunggu dulu, anda masih perlu melihat persaingan laman web yang menggunakan kata kunci yang sama. Jom, kita terbang ke bahagian yang seterusnya.

(17)

3) Melihat persaingan.

Untuk memastikan tajuk laman web anda memberi tafik yang tinggi kepada anda, anda perlu memastikan persaingan adalah rendah. Untuk melihat persaingan kata kunci anda, cara termudah adalah dengan menaip kata kunci di laman enjin carian. Anda akan dapat melihat keputusannya seperti dalam gambar di bawah(Googe).

Keputusannya akan terpapar di bawah kata kunci yang anda taip tadi. Untuk persaingan yang minima, pastikan angka tersebut berada pada bawah 50,000. Sekarang anda bolehlah mendaftar laman web anda di laman enjin pencari.

(18)

PENUTUP

Saya harap, dengan segala ilmu yang saya perturunkan kepada anda, anda mampu meraih pendapatan tambahan anda bermula dua bulan dari sekarang. Segala usaha anda pasti akan dibalas dengan kebaikan. Semoga anda berjaya dalam usaha anda. Saya doakan anda

berjaya. Salam maju jaya daripada saya.

(19)

IKLAN

TAMBAH PENDAPATAN ANDA HANYA BERMODALKAN RM50. KHAS UNTUK PEMILIK AKAUN MAYBANK SAHAJA. PULANGAN +- RM40 SEMINGGU. DIJAMIN TIADA PENIPUAN. SILA

LAYARI WWW.E-JARIAH.NET/APIGM

DAPATKAN AYAT PENGASIH, ILMU KEKAYAAN, RAHSIA JANA WANG MELALUI E-MEL, RAHSIA JANA WANG MELALUI SISTEM AFFILIATE, RESEPI RAHSIA AYAM KFC DAN BANYAK LAGI… UNTUK PERTANYAAN DAN TEMPAHAN SILA HUBUNGI SAYA DI

LOVAPI.BISNES@YAHOO.COM

INGIN MENYERTAI PROGRAM DAPAT DUIT DENGAN HANYA BACA EMEL. SILA KIRIMKAN

Referensi

Dokumen terkait

Semula Tik Hun heran oleh pengetahuan Ting Tian jang luar dalam hal bunga seruni itu, tapi. segera ia mendjadi teringat bahwa Ting-toako itu memang seorang

tentang Bilangan untuk kelas VII. Merupakan soal dengan karakteristik non rutin, soal terbuka, problematik, menuntut penalaran, menuntut kemampuan komunikasi).. Adi adalah

Standar moral yang cenderung dikotomis karena pada realitasnya, moral kemudian kemudian menjadi alat untuk mengukuhkan eksistensi gerakan mahasiswa dan menyerang lawan

Data diperoleh dari hasil tes TKJI dengan sampel sebanyak 26 orang siswa putera ( purposive sampling ). Berdasarkan hasil analisis data kesegaran jasmani Siswa Kelas V SMPN

Ikan rainbow Sulawesi yang diteliti berasal dari tiga anak Sungai Maros, yaitu Sungai Bantimurung, Sungai Pattunuangasue dan Sungai Makkatoang.. Ikan yang ditangkap

Alkali-feldspar granite memiliki tekstur faneritik, dengan ukuran kristal 1–5 mm, holokristalin, bentuk dan hubungan antar kristal subhedral-euhedral, hipidiomorfik granular,

Beberapa hambatan yang menyebabkan rendahnya jumlah masyarakat yang memberikan tindakan RJP/CPR ketika menemui korban yang mengalami henti jantung secara mendadak