• Tidak ada hasil yang ditemukan

Teks Ucapan Timbalan Ketua Setiausaha Kanan | Jabatan Perdana Menteri 27092017.

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2017

Membagikan "Teks Ucapan Timbalan Ketua Setiausaha Kanan | Jabatan Perdana Menteri 27092017."

Copied!
7
0
0

Teks penuh

(1)

TEKS UCAPAN

YBHG. DATUK MOHD ZUKI BIN ALI TIMBALAN KETUA SETIAUSAHA KANAN

JABATAN PERDANA MENTERI

BERSEMPENA PERHIMPUNAN BULANAN BULAN SEPTEMBER 2017

Tarikh : 27 OGOS 2017 (RABU)

Masa : 8.30 PAGI

Tempat : AUDITORIUM JPM

(2)

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakaatuh,

Salam Sejahtera, Salam Negaraku Malaysia Sehati Sejiwa,

Saudara dan saudari Pengacara Majlis,

Yang Berbahagia Datuk Haji Zainal Abidin bin Abu Hassan, Timbalan Ketua Setiausaha (Kewangan dan Pembangunan) JPM,

Yang Berusaha Encik Zakaria Bin Shaaban Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan) JPM,

Yang Berusaha Tuan Haji Ahmad Musadad bin Haji Sulaiman,

Ketua Pengarah Jabatan Wakaf, Zakat dan Haji (JAWHAR) selaku penganjur perhimpunan kita pada hari ini; dan

Ketua-Ketua Jabatan/Agensi/Setiausaha-Setiausaha Bahagian

Datuk-Datuk, Tuan-Tuan dan Puan-Puan sekalian.

PENDAHULUAN

1. Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran saya rafakkan ke hadrat Allah SWT kerana dengan rahmat dan inayah-Nya jua kita dapat berjumpa lagi dalam Program Perhimpunan Bulanan bagi bulan September 2017 ini dan

setinggi-tinggi kesyukuran kerana kita diberikan kekuatan untuk terus melaksanakan tugas.

2. Di kesempatan ini, saya ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada YBrs.

(3)

Setiausaha Bahagian, Bahagian Pembangunan. Semoga dengan jawatan baru yang diamanahkan ini dapat dilaksanakan oleh beliau dengan lebih baik dan

cemerlang lagi. Insya Allah.

3. Sebagaimana yang telah diumumkan tadi, beberapa orang pegawai telah bertukar keluar dari Jabatan/Agensi JPM sepanjang bulan Ogos dan September

2017 ini. Pada kesempatan ini saya merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih atas segala sumbangan dan khidmat bakti yang telah

dicurahkan selama berkhidmat di JPM. Saya mendoakan yang terbaik buat tuan-tuan dan puan-puan sekalian.

4. Kepada kakitangan baru, saya ucapkan “Selamat Datang” ke JPM. Semoga tuan-tuan dan puan-puan dapat menyesuaikan diri, mencurah khidmat bakti dan

menyumbang idea yang bernas bagi membantu JPM dalam memberikan perkhidmatan yang terbaik dan berkualiti kepada ‘stake holder’ dan masyarakat seluruhnya. Untuk makluman, JPM ini mempunyai pelbagai stake holder kerana kita mempunyai Jabatan dan Agensi yang paling banyak jumlahnya. Ini merupakan gambaran bahawa tanggungjawab yang diberikan kepada kita sangat besar.

(4)

tetapi penganjuran Sukan SEA ini sebagai tuan rumah hanya akan berulang setiap 16 tahun sekali dapat kita ambil pengalaman dan iktibar yang sungguh

bermakna bagi kita.

Yang Berbahagia Datuk-Datuk, Tuan-tuan dan Puan-puan yang saya hormati,

7. Di kesempatan ini juga, saya turut ingin mengucapkan selamat pulang kepada Haji dan Hajjah dari kalangan warga JPM yang menunaikan fardu haji baru-baru ini. Semoga Allah menerima ibadah haji yang dilaksanakan dan memperoleh haji yang mabrur, InsyaAllah.

8. Musim haji tahun 2017 telah melakar sejarah dan kegembiraan berganda kepada rakyat Malaysia khususnya kepada para jemaah haji kerana hasil kerjasama erat dan hubungan baik antara Kerajaan Malaysia dan Kerajaan Arab Saudi, Malaysia telah diberi penambahan kuota iaitu seramai 30,200 orang berbanding

hanya 22,000 jemaah tahun sebelumnya.

9. Sesungguhnya kita sebagai rakyat Malaysia, wajar bersyukur kerana kerajaan telah membelanjakan subsidi sebanyak RM240 juta untuk diberikan kepada 30,200 jemaah haji pada tahun ini. Kerajaan sejak 10 tahun lalu telah membiayai sekurang-kurangnya 50 peratus kos sebenar menunaikan haji. Kini, kos sebenar ialah RM19,550 namun rakyat Malaysia hanya mengeluarkan RM9,980. Usaha untuk mendapatkan penambahan kuota sebanyak 26 peratus pada musim haji tahun ini, bukan sesuatu yang mudah dan merupakan perkara luar biasa yang diusahakan oleh YAB Perdana Menteri dalam perbincangan empat mata bersama Raja Arab Saudi, Raja Salman Abdul Aziz Al-Saud.

(5)

Datuk-Datuk, Tuan-tuan dan Puan-puan,

11. Sekarang telah masuk bulan September, bermakna kita hanya ada 3 bulan sahaja lagi untuk tahun 2017 menuju ke penghujungnya. Tetapi bagi JPM, cabaran yang tuan-tuan dan puan-puan hadapi amat besar sekali kerana di samping Jabatan/Agensi yang kita kawal selia, sejumlah peruntukan yang diberikan untuk kita melaksanakan sama ada perbelanjaan mengurus ataupun perbelanjaan pembangunan lebih daripada RM16b. Walaupun pada ketika ini, berdasarkan kepada laporan ataupun kedudukan terakhir performance kita masih di atas national average tetapi kita jangan lupa percentage kita walaupun nampak kecil tetapi bilangan ataupun peruntukan yang diberikan kepada kita

amat besar sekali. Jadi kita berharap dalam tempoh dua tiga bulan yang akan datang ini, berikanlah perhatian untuk kita melaksanakan tanggungjawab dan

tugasan yang diberikan kepada kita kerana pada akhirnya jika kita gagal untuk melaksanakannya ataupun gagal berbelanja dalam tempoh yang diberikan, KPI kita tidak akan tercapai. Kita kena ingat bahawa JPM ini merupakan antara Jabatan yang mendapat taraf penandaaras.

12. Tetapi saya percaya dan yakin bahawa tuan-tuan dan puan-puan mampu untuk melaksanakan tugasan dan amanah yang diberikan cuma kita perlu berikan pemantauan berterusan terutama sekali Bahagian Kewangan dan Bahagian Pembangunan untuk memastikan peruntukan yang disalurkan kepada Jabatan/Agensi ini dapat disalurkan dan dilaksanakan dengan lebih baik. Jadi saya berharap Ketua Jabatan/Agensi agar memantau secara berterusan untuk memastikan agar performance yang ada ini dapat mencapai tahap sebelum ini.

13. Pada bulan Oktober ini juga merupakan bulan yang mana YAB Perdana Menteri akan membentangkan Bajet Tahunan. Sebagai penjawat awam, kita sentiasa menunggu pengumuman terhadap skim-skim dan penambahbaikan yang diberikan oleh Kerajaan. Sehubungan itu, kita sebagai penjawat awam perlu memberikan perkhidmatan yang terbaik untuk kerajaan dan penyampaian yang terbaik kepada rakyat sebagai balasan kita terhadap sumbangan dan inisiatif

(6)

14. Hari ini kita tengok kemajuan teknologi banyak membantu kita melaksanakan tugasan menerusi internet. Tetapi dalam kita aktif menggunakan media sosial,

kita perlulah dapat membezakan mana yang positif dan negatif. Kerana sejak akhir-akhir ini, dalam keadaan tidak menentu kita lihat terlalu banyak media

sosial ini digunakan untuk menaburkan fitnah, menyebarkan berita yang belum ada kesahihan dan sebagainya. Saya berharap agar tuan-tuan dan puan-puan sentiasa berhati-hati serta sentiasa mengambil pertimbangan yang wajar dalam menyebarkan sesuatu maklumat kerana kita sebagai penjawat awam tertakluk kepada Akta Rahsia Rasmi. Ini juga bagi mengelakkan daripada kita dikenakan tindakan tatatertib.

Hadirin sekalian,

15. Di sini, saya mengambil kesempatan untuk mengucapkan syabas dan tahniah kepada JAWHAR selaku penganjur (host) kepada Perhimpunan Bulanan kali ini. Berdasarkan tayangan video korporat di peringkat permulaan tadi, saya mengharapkan agar warga JPM dari seluruh agensi dapat lebih mengetahui dan memahami peranan JAWHAR yang berperanan sebagai agensi di peringkat Persekutuan yang menyelaras, memantau dan menyelia pengurusan hal ehwal

Islam yang berkaitan wakaf, zakat dan haji serta umrah.

(7)

PENUTUP

Yang Berbahagia Datuk-Datuk, Tuan-tuan dan Puan-puan yang dihormati sekalian,

17. Bagi mengakhiri ucapan saya pada pagi ini, saya ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada semua yang terlibat bagi menjayakan program perhimpunan pagi ini dan juga kepada semua yang telah hadir ke perhimpunan pagi ini. Saya juga mengambil kesempatan ini untuk menyeru dan mengingatkan warga kerja JPM agar memperkasakan diri dan terus komited bersama-sama kerajaan untuk menjadikan sistem penyampaian perkhidmatan awam di negara kita ini lebih berkualiti dan berintegriti, lebih efektif dan efisien. Marilah kita bersama-sama berdoa agar apa yang kita lakukan ini mendapat keredhaan daripada Allah s.w.t. InsyaAllah.

Wabillahittaufikwalhidayah,

Wassalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh.

Salam Sehati Sejiwa. Sekian, terima kasih.

Referensi

Dokumen terkait

1. Memberitahukan kepada para siswa tentang cara memanfaatkan kekuatan gaya belajar mereka secara mandiri demi kepentingan mereka sendiri ketika belajar di rumah, di sekolah,

Pengaruh Struktur Kepemilikan Manajerial dan Publik, Ukuran Perusahaan, EBIT/Sales, Total Hutang/ Total Asset Terhadap Nilai Perusahaan Yang Telah Go Public dan

Event lapangan o Event melempar  tolak peluru  lempar peluru  lempar lembing  lempar cakram o Event lompat  lompat tinggi  lompat galah  lompat jauh  lompat ganda

Skripsi adalah karya ilmiah yang ditulis melalui kegiatan perencanaan, pelaksanaan dan hasil penelitian ilmiah oleh mahasiswa (Soemanto, 2010: 6). Berdasarkan definisi

Telah dilakukan penelitian tentang sifat serap campuran mineral Kasongan dan pasir Progo terhadap limbah uranium fase organik yang dikaitkan dengan bahan isiyang digunakan

Aspek Praktis: dapat menambah ilmu dan memperluas wawasan tentang seberapa besar pemahaman kognitif mahasiswa komunikasi penyiaran islam (KPI) angkatan 2013 UIN

Tujuan penelitian ini adalah dapat menjawab pertanyaan pada rumusan masalah yaitu : (1) Mengetahui faktor faktor yang dapat berperan secara signifikan dalam

Berdasarkan hasil penelitian ini dan penelitian terdahulu dapat ditunjukkan bahwa pendekatan integratif bermedia power point dapat mengembangkan keterampilan menyimak anak