• Tidak ada hasil yang ditemukan

PERJANJIAN PINJAMAN PENDIDIKAN

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "PERJANJIAN PINJAMAN PENDIDIKAN"

Copied!
15
0
0

Teks penuh

(1)

ENAKMEN YAYASAN PAHANG NO.6/1982

DAN

UNDANG-UNDANG KECIL LEMBAGA TABUNG PENDIDIKAN DAN

KEBAJIKAN YAYASAN PAHANG (TAPEN) 1985

NAMA PELAJAR : ___________________________________________

INSTITUSI

: ___________________________________________

JURUSAN

: ___________________________________________

SESI

TAWARAN

: ___________________________________________

(2)

PERJANJIAN PINJAMAN PENDIDIKAN ini dibuat pada...haribulan...tahun Dua Ribu...(20...) sebagaimana tarikh yang dinyatakan di dalam Seksyen 1 Jadual disertakan.

LEMBAGA PEMEGANG AMANAH YAYASAN PAHANG sebuah Yayasan yang ditubuhkan dibawah Enakmen Yayasan Pahang No. 6/1982 yang beralamat di Kompleks Yayasan Pahang, Tanjung Lumpur, 26060

Kuantan, Pahang Darul Makmur (yang selepas ini dirujuk

sebagai“LEMBAGA”) sebagai Pihak Pertama,

DAN

Pihak yang disebutkan di dalam Seksyen 2(a) Jadual yang disertakan (yang selepas ini dirujuk sebagai“PELAJAR”) sebagai Pihak Kedua,

DAN

Pihak yang disebutkan di dalam Seksyen 2(b) Jadual yang disertakan

(yang selepas ini dirujuk sebagai “PENJAMIN-PENJAMIN”) sebagai

Pihak Ketiga di satu pihak yang lain.

BAHAWASANYA:-

A. LEMBAGA telah bersetuju untuk memberikan bantuan pendidikan

dalam bentuk pinjaman untuk membiayai kos pengajian PELAJAR

bagi melanjutkan pelajaran di Institut Pengajian sebagaimana maklumat yang dinyatakan di dalam Seksyen 3 Jadual disertakan bagi mengikuti Kursus Pengajian sebagaimana maklumat yang dinyatakan didalam

Seksyen 4 Jadual yang disertakan di atas permohonan PELAJAR tertakluk kepada syarat-syarat yang dinyatakan kemudian daripada ini.

B. DAN BAHAWASANYA PENJAMIN-PENJAMIN yang tersebut di

atas telah memberi persetujuan untuk menjamin supaya PELAJAR

tersebut dapat memenuhi apa-apa jua kewajipan dan tanggungan yang dinyatakan di dalam Perjanjian ini.

C. Selanjutnya PELAJAR DAN/ATAU PENJAMIN-PENJAMIN

bersetuju dan bertanggungjawab untuk membayar balik atau melepaskan apa-apa juga tanggungan hutang akibat daripada

kemungkiran PELAJAR terhadap mana-mana peruntukan di dalam

Perjanjian ini. Tarikh Perjanjian Pihak-pihak yang terlibat dalam Perjanjian Persetujuan PELAJAR dan PENJAMIN-PENJAMIN 1

(3)

1. MAKA DENGAN INI ADALAH DIPERSETUJUI OLEH SEMUA

PIHAK seperti berikut:

a. Bahawa PELAJAR akan mendaftar dan dengan sesungguhnya

mengikuti Kursus Pengajian atau Latihan di Institusi Pengajian yang telah dipersetujui oleh LEMBAGA yang dirujuk di dalam Jadual Perjanjian ini untuk mendapat sesuatu kelulusan akademik sebagaimana yang diperlukan oleh Kursus Pengajian tersebut dan

bahawa PELAJAR akan menyempurnakan Kursus Pengajian ini

dalam masa yang ditetapkan seperti yang dinyatakan dalam Jadual kepada Perjanjian ini atau dalam sesuatu masa yang lebih lama lagi

sebagaimana yang diluluskan oleh LEMBAGA;

b. Bahawa PELAJAR akan mematuhi apa jua peraturan, tatatertib

dan syarat-syarat sebagaimana yang ditetapkan oleh Institusi

Pengajian dari semasa ke semasa yang mana PELAJAR

dikehendaki menghadiri atau yang diperlukan oleh Kursus Pengajian tersebut;

c. Bagi PELAJAR yang mengikuti Kursus Pengajian di Institusi

Pengajian Luar Negara, apabila PELAJAR tamat mengikuti Kursus

Pengajian atau diberhentikan dari mengikuti Kursus Pengajian yang berkenaan atas apa jua sebab, maka PELAJAR hendaklah dengan segera kembali ke Malaysia dan melaporkan diri kepada

LEMBAGA dalam tempoh SEMBILAN PULUH (90) HARI dari

tarikh tamat atau gagal pengajian; manakala jika PELAJAR

mengikuti Pengajian dalam Negara, apabila PELAJAR tamat

mengikuti Kursus Pengajian atau diberhentikan daripada mengikuti Kursus Pengajian berkenaan atas apa jua sebab sekalipun,

PELAJAR hendaklah melaporkan diri kepada LEMBAGA dalam tempoh TIGA PULUH (30) HARI dari tarikh tamat atau gagal pengajian;

d. PELAJAR membenarkan LEMBAGA untuk mendapatkan apa-apa maklumat, laporan atau rekod berhubung dengan prestasi Akademik

atau disiplin serta tatatertib PELAJAR daripada Institusi

Pengajiannya atau mana-mana pihak yang berkaitan dengan Kursus Pengajiannya;

e. PELAJAR akan membayar balik Pinjaman kepada LEMBAGA mengikut jadual dan fasa pembayaran balik atau apa-apa kaedah

atau cara yang ditetapkan kemudian daripada ini oleh LEMBAGA.

Persetujuan Pihak-Pihak

(4)

2. SEBAGAI BALASAN kepada persetujuan yang dinyatakan ini,

LEMBAGA dengan ini bersetuju untuk memberikan Pinjaman awalan kepada PELAJAR wang berjumlah seperti yang dinyatakan di dalam

Seksyen 6 Jadual beserta apa-apa jumlah tambahan yang diberikan oleh LEMBAGA kepada Institut Pengajian atau pihak yang berkuasa bertanggungjawab dalam mengendalikan Kursus Pengajian yang diikuti oleh PELAJAR tersebut, atau lain-lain perbelanjaan yang diberikan

oleh LEMBAGA menurut budi bicara mutlaknya dengan syarat

LEMBAGA bolehlah memberi notis bertulis mengenai pemberian

jumlah tambahan yang berkenaan kepada PENJAMIN-PENJAMIN

tersebut. Bagi maksud Perjanjian ini, semua jumlah Pinjaman yang

dikeluarkan oleh LEMBAGA serta jumlah-jumlah tambahan yang lain

akan disebut secara kolektif sebagai “PINJAMAN TERSEBUT”. Jika

PELAJAR tamat pengajiannya atau berlakunya apa-apa perkara yang dinyatakan pada FASAL 1a. di atas lebih awal daripada yang

dijangkakan, LEMBAGA akan membuat bayaran yang tersebut di atas

hanya ke tahap atau peringkat itu sahaja.

3. Pinjaman tersebut hendaklah dibayar balik kepada LEMBAGA

mengikut jadual dan fasa pembayaran balik atau apa-apa kaedah atau

cara yang ditetapkan kemudian daripada ini oleh LEMBAGA menurut

budibicara mutlaknya DENGAN SYARAT SENTIASA bahawa

LEMBAGA tidak akan menuntut pembayaran balik Pinjaman tersebut

dalam masa ENAM (6) BULAN selepas PELAJAR itu menamatkan

Kursus Pengajian atau Latihannya DENGAN SYARAT

SELANJUTNYA tertakluk kepada peruntukan terdahulu daripada itu

bahawa LEMBAGA adalah pada bila-bila masa berhak untuk

mengubah cara dan/atau masa atau masa-masa bagi pembayaran balik itu dan meminta pembayaran balik dengan serta-merta bagi kesemua Pinjaman tersebut atau dengan cara sekaligus sebanyak mana yang masih belum dibayar menurut budibicara mutlaknya dan tanpa perlu memberi apa-apa sebab baginya.

Selanjutnya PELAJAR dengan ini juga bersetuju dengan kaedah

pembayaran balik Pinjaman tersebut untuk membenarkan LEMBAGA

berurusan dengan mana-mana majikan PELAJAR dan/atau mana-mana

Bank atau Institusi Kewangan di mana PELAJAR mempunyai akaun kelak untuk memotong sebahagian gajinya dan/atau simpanannya bagi

maksud pembayaran balik Pinjaman yang ditetapkan oleh LEMBAGA

dan kesemua pihak di sini bersetuju:-

i. Jika PELAJAR gagal membayar mengikut jadual dan fasa atau

apa-apa kaedah atau cara yang ditentukan kemudian daripada ini

oleh LEMBAGA, penalti sebanyak EMPAT PERATUS (4 %)

SETAHUN ke atas baki Pinjaman akan dikenakan;

Jumlah Pinjaman Bayaran Balik Jumlah Pinjaman 3

(5)

ii. LEMBAGA berhak membebaskan PELAJAR daripada membayar keseluruhan Pinjaman tersebut atau apa-apa bahagian daripadanya atas sebab kecemerlangan akademik yang dicapai oleh PELAJAR tersebut ataupun sebab alasan lain mengikut budi bicara mutlak pihak LEMBAGA, TETAPI dengan syarat

PELAJAR hendaklah mengemukakan permohonan kepada pihak LEMBAGA terlebih dahulu di dalam tempoh DUA (2)

TAHUN selepas tamat pengajian seperti yang telah ditetapkan di dalam Surat Tawaran Pinjaman dan tanpa sebarang tempoh lanjutan atau tambahan pengajian atau semester serta tertakluk

kepada dasar semasa LEMBAGA.

iii. LEMBAGA tidak bertanggungjawab atau bertanggungan untuk memberikan pengiktirafan atas kelulusan akademik PELAJAR atau menyediakan sebarang jawatan atau pekerjaan bagi

PELAJAR selepas tamat Kursus Pengajian tersebut.

iv. Jika PELAJAR dan/atau PENJAMIN-PENJAMIN gagal

dan/atau ingkar mematuhi kaedah pembayaran balik Pinjaman

mengikut jadual dan fasa yang ditetapkan oleh LEMBAGA atau

apa-apa kaedah atau cara yang ditentukan kemudian daripada

ini, maka LEMBAGA berhak mengambil apa juga bentuk

tindakan yang difikirkan sesuai oleh LEMBAGA termasuklah

dan tidak terhad kepada menyenaraihitamkan nama PELAJAR

dan/atau PENJAMIN-PENJAMIN, berurusan dengan

mana-mana badan dan/atau agensi Kerajaan yang berkenaan bagi

tujuan menghalang dan/atau menyekat PELAJAR dan/atau

PENJAMIN-PENJAMIN ke luar negara atau memohon sebarang perintah Mahkamah yang difikirkan wajar dan perlu bagi tujuan yang tersebut atau apa-apa tujuan lain.

4. Sebagai balasan kepada LEMBAGA tersebut kerana memberikan

Pinjaman tersebut, PENJAMIN-PENJAMIN adalah dengan ini

bersesama dan masing bagi pihak mereka atau diri masing-masing dan wakil peribadi mereka dengan ini menjamin pembayaran balik oleh PELAJAR akan Pinjaman tersebut dan selanjutnya bersetuju untuk melepaskan tanggungan LEMBAGA terhadap apa-apa kerugian yang mungkin ditanggung atau didapatinya akibat dari kemungkiran

atau oleh sebab PELAJAR tidak melaksanakan

tanggungan-tanggungannya dibawah Perjanjian ini dan mengakui LEMBAGA

adalah berhak untuk membuat tuntutan terhadap atau mendakwa

PENJAMIN-PENJAMIN atau salah seorang daripada mereka tanpa membuat sesuatu tuntutan terhadap atau mendakwa PELAJAR untuk mendapatkan balik Pinjaman tersebut atau mana-mana bahagian daripadanya. Jika sebarang tuntutan telah dibuat oleh LEMBAGA

terhadap PENJAMIN-PENJAMIN dan/atau PELAJAR maka semua

perbelanjaan guaman hendaklah ditanggung oleh PELAJAR dan/atau

PENJAMIN-PENJAMIN berdasarkan kos peguamcara dan pelanggan.

Tanggungan PENJAMIN-PENJAMIN

(6)

5. Bahawa jika pada bila-bila masa berjalan kuatkuasanya Perjanjian ini salah seorang atau kedua-dua PENJAMIN itu meninggal dunia atau tidak lagi bermastautin dalam Malaysia atau berada di luar Malaysia

selama lebih dari DUA BELAS (12) BULAN berturut-turut atau

dihukum menjadi seorang bankrap atau memperolehi suatu perintah sekatan gaji, maka dan dalam tiap-tiap hal yang demikian itu,

PELAJAR atau salah seorang daripada PENJAMIN yang masih ada, jika ada hendaklah mendapatkan seorang atau orang-orang mengikut

mana yang berkenaan untuk menggantikan PENJAMIN atau

PENJAMIN-PENJAMIN yang perlu diganti tersebut itu, dan tiada seseorang daripada PENJAMIN itu, melainkan ia disetujui terima oleh

LEMBAGA dan ia bersetuju menjadi seorang PENJAMIN boleh diterima sebagai PENJAMIN, mengikut had-had dan syarat-syarat Perjanjian ini atau yang akan ditetapkan kelak.

Jika sekiranya tiada seseorang seperti tersebut di atas didapati ada dan

sesuai untuk menggantikan PENJAMIN atau

PENJAMIN-PENJAMIN yang disebutkan dalam Fasal-fasal di atas, LEMBAGA boleh menurut opsyennya pada bila-bila masa selepas itu menamatkan Perjanjian ini dan dengan itu PELAJAR, tidaklah mempunyai apa-apa tuntutan ke atas apa-apa faedah atau kepentingan dibawah Perjanjian ini.

PENJAMIN-PENJAMIN hendaklah disepanjang masa bersetuju terikat dengan mana-mana syarat dalam Perjanjian ini. Jika tidak, maka

LEMBAGA berhak untuk menarik balik Pinjaman tersebut atau berhenti untuk memberikan apa-apa juga jumlah selanjutnya, tanpa menjejaskan hak-hak LEMBAGA yang sedia ada dibawah Perjanjian ini.

6. MAKA DENGAN INI DIPERSETUJUI DAN DIAKUI oleh semua pihak di sini bahawa jika PELAJAR pada bila-bila masa di dalam tempoh Kursus Pengajian atau Latihannya melakukan perkara-perkara berikut:-

a. Pada pendapat LEMBAGA telah berkelakuan salah laku

secara yang mencemar nama baik Negaranya atau nama baik

Negerinya atau nama baik LEMBAGA atau nama baik

Institusi Pengajiannya; atau

b. Telah mengambil apa-apa bahagian dalam apa jua bentuk penghasutan termasuklah menggunakan media atau apa jua saluran atau menunjuk perasaan atau perhimpunan atau gerakan ekstrimis atau sebarang jua aktiviti di mana-mana tempat yang dianjurkan oleh mana-mana pertubuhan, badan

atau kumpulan orang yang pada pandangan LEMBAGA

boleh memudaratkan kepentingan Negeri atau Negara atau

LEMBAGA atau Institusi Pengajiannya; atau

Syarat-syarat yang perlu dipatuhi 5 Penggantian PENJAMIN

(7)

c. Telah menyedia atau mengatur dengan apa-apa cara atau mengambil apa jua bahagian, menyedia atau mengaturkan apa-apa penghasutan atau tunjuk perasaan di mana-mana tempat oleh apa-apa pertubuhan, badan atau kumpulan orang

yang pada pandangan LEMBAGA boleh memudaratkan

kepentingan Negara atau Negeri atau LEMBAGA atau

Institusi Pengajiannya; atau

d. Telah menyedia, menyiar, membahagi, menghantar, memuat

turun, memuat naik atau mengedar atau mengambil bahagian dalam apa jua cara atau kaedah apa-apa dokumen atau imej atau rakaman atau video dan sebagainya yang pada

pandangan LEMBAGA boleh memudaratkan kepentingan

Negara atau Negeri atau LEMBAGA atau Institusi

Pengajiannya; atau

e. Telah membuat apa-apa penyataan atau hebahan atau

sebagainya di dalam media cetak atau media elektronik atau internet atau sebagainya atau melalui sesuatu perhimpunan dihadapan apa-apa kumpulan orang di mana-mana tempat

yang pada pandangan LEMBAGA boleh memudaratkan

kepentingan Negara atau Negeri atau LEMBAGA atau

Institusi Pengajiannya; atau

f. Telah mengambil bahagian dalam apa-apa kegiatan atau aktiviti yang difikirkan oleh LEMBAGA tidak wajar dan

patut dengan keperluan PELAJAR atau Negara atau Negeri

atau LEMBAGA atau Institusi Pengajiannya;

g. Telah memegang apa-apa jawatan dalam apa-apa

pertubuhan, badan atau kumpulan orang kecuali

sebagaimana yang dibenarkan oleh Institusi Pengajiannya

tanpa terlebih dahulu mendapat kelulusan bertulis

LEMBAGA dan kelulusan itu boleh diberi atau tidak diberi

oleh LEMBAGA menurut budi bicara mutlaknya; atau

h. Telah gagal memberitahu LEMBAGA secara bertulis

mengenai keputusan Peperiksaan untuk tiap-tiap semester atau penggal akhir bagi tiap-tiap tahun akademik; atau

i. Telah gagal atau meninggalkan Kursus Pengajian atau

Latihannya sebelum tamat tempoh Kursus Pengajiannya atau Latihannya itu; atau

j. Enggan atau oleh salah lakunya sendiri atau oleh sebab tiada kemajuan menjadikan dirinya tidak layak atau tidak sesuai untuk meneruskan Kursus Pengajiannya atau Latihan yang diikuti oleh PELAJAR; atau

(8)

k. Telah disabitkan dengan pertuduhan jenayah oleh Mahkamah; atau

l. Berkahwin di dalam tempoh Kursus Pengajian terlebih

dahulu tanpa mendapat persetujuan bertulis daripada

LEMBAGA.

Maka dan dalam mana-mana hal demikian itu LEMBAGA mengikut

budi bicaranya yang mutlak boleh menarik balik atau berhenti daripada memberikan apa-apa jumlah selanjutnya berkenaan dengan jumlah atau jumlah-jumlah tambahan tersebut dibawah mana-mana peruntukan

Perjanjian ini, maka dan dalam mana-mana hal sedemikian PELAJAR

dan PENJAMIN-PENJAMIN ITU HENDAKLAH bersesama dan masing bertanggungjawab bagi pihak mereka atau diri masing-masing dan wakil mereka di sisi undang-undang untuk dengan

serta-merta membayar balik kepada LEMBAGA Pinjaman tersebut.

7. Jika didapati PELAJAR tidak mematuhi apa-apa syarat atau kehendak

yang dibuat dibawah Fasal di atas maka dengan budi bicaranya yang

mutlak LEMBAGA boleh memberhentikan Pinjaman pelajarannya

dengan memberikan SATU (1) BULAN notis kepada PELAJAR

dan/atau PENJAMIN-PENJAMIN dan dengan demikian PELAJAR

atau PENJAMIN-PENJAMIN tidaklah lagi berhak kepada apa-apa

faedah atau kepentingan dibawah Perjanjian ini yang mana selepas itu

PELAJAR atau PENJAMIN-PENJAMIN hendaklah secara

bersesama dan masing-masing membayar balik kepada LEMBAGA

gantirugi menurut jumlah wang yang telah dikeluarkan LEMBAGA

kepada PELAJAR dan/atau bagi pihak PELAJAR dengan serta-merta.

8. LEMBAGA adalah pada bila-bila masa berhak untuk menarik balik, membatalkan atau memotong apa-apa jumlah daripada Pinjaman tersebut dan jikalau pihak LEMBAGA berbuat demikian tidak ada seseorang pun daripada mana-mana pihak boleh mengambil tindakan

atau membuat tuntutan terhadap LEMBAGA akibat dari tindakan

penarikan balik, pembatalan atau pemotongan tersebut.

Hak LEMBAGA untuk

penamatan

(9)

9. PELAJAR hendaklah memaklumkan kepada LEMBAGA dengan bertulis berkenaan penerimaan apa-apa Biasiswa, Dermasiswa, Pinjaman atau apa-apa cara bantuan kewangan yang lain yang diberikan kepadanya semasa berjalannya Kursus Pengajian atau Latihan,

LEMBAGA adalah yang berhak untuk menarik balik atau berhenti memberi apa-apa jumlah selanjutnya berkenaan dengan jumlah atau jumlah-jumlah tambahan tersebut dan menuntut pembayaran balik Pinjaman tersebut dengan serta-merta atau dalam tempoh sebagaimana

yang ditentukan oleh LEMBAGA menurut budi bicara mutlaknya.

Kegagalan PELAJAR untuk memaklumkan secara bertulis hendaklah

disifatkan sebagai satu kemungkiran terhadap Perjanjian ini dan

LEMBAGA adalah selepas itu berhak menarik balik atau berhenti daripada memberikan apa-apa jumlah selanjutnya berkenaan jumlah atau jumlah-jumlah tambahan tersebut dan boleh meminta pembayaran balik bagi Pinjaman tersebut dengan serta-merta.

10.LEMBAGA boleh pada bila-bila masa tanpa menyentuh jaminan

PENJAMIN-PENJAMIN dan tanpa melepaskan atau dengan apa cara

jua menyentuh tanggungan-tanggungan PENJAMIN-PENJAMIN di

bawah Perjanjian ini:-

i. Memberikan kepada PELAJAR lanjutan tempoh masa atau

lain-lain keperluan tambahan berhubung dengan Kursus Pengajiannya; atau

ii. Memberi kepada PELAJAR dan/atau kepada Institusi Pengajian

apa-apa jumlah tambahan dibawah FASAL 2 yang pembayaran

baliknya hendaklah disifatkan sebagai dijamin oleh

PENJAMIN-PENJAMIN mengikut syarat-syarat Perjanjian ini; atau

iii. Mengubahsuai atau meminda atau meluaskan syarat-syarat

Perjanjian ini.

11.Jika menurut FASAL 9 Perjanjian ini, PELAJAR dikehendaki

membayar kepada LEMBAGA jumlah Pinjaman tersebut sama ada

dengan sekaligus atau mengikut fasa dan jadual pembayaran balik Pinjaman atau apa-apa kaedah atau cara yang ditentukan oleh

LEMBAGA, PELAJAR dengan ini bersetuju untuk membenarkan

LEMBAGA berurusan dengan pihak berkuasa yang bertanggungjawab bagi bayaran Pinjaman atau apa-apa bentuk bantuan kewangan yang telah diberikan kepada PELAJAR itu dipotong dengan sewajarnya bagi

pihak LEMBAGA. Lanjutan Para 9 Biasiswa Dermasiswa, atau Pinjaman Lain Hak-hak LEMBAGA 8

(10)

12.PELAJAR dan PENJAMIN-PENJAMIN hendaklah memaklumkan

secara bertulis kepada pihak LEMBAGA sekiranya berlaku perubahan

atau pertukaran alamat masing-masing dalam tempoh EMPAT BELAS

(14) HARI dari tarikh perubahan atau pertukaran alamat tersebut.

(a) ADALAH DENGAN INI DIPERSETUJUI DAN DIAKUI dengan tidak menjejaskan Fasal-fasal lain yang terkandung di dalam

Perjanjian ini, LEMBAGA boleh dengan memberi TIGA PULUH

(30) HARI notis secara bertulis kepada PELAJAR membatalkan Perjanjian ini pada bila-bila masa, tanpa perlu memberi apa-apa sebab dan dengan itu segala faedah dan kepentingan PELAJAR

atau PENJAMIN-PENJAMIN dibawah Perjanjian ini adalah

terhenti dan apa-apa jumlah Pinjaman yang terkandung dalam

FASAL 2 hendaklah ditanggung oleh PELAJAR dan

PENJAMIN-PENJAMIN.

(b) Apa-apa notis, tuntutan, proses pemula termasuklah writ saman, kertas kausa Mahkamah dan lain-lainnya yang dikehendaki atau perlu diserahkan dibawah Perjanjian ini kepada LEMBAGA atau

PELAJAR atau PENJAMIN-PENJAMIN hendaklah disifatkan telah disampaikan dengan sempurna jika dipos melalui pos berdaftar biasa yang dibayar dahulu ke alamat pihak-pihak seperti yang terkandung di dalam Perjanjian ini selepas TIGA (3) HARI ianya diposkan.

14.Bayaran Cukai Setem ataupun apa-apa bayaran Penalti Cukai Setem yang kena dibayar Perjanjian ini hendaklah ditanggung dan dibayar oleh

PELAJAR.

15.Perjanjian ini adalah mengikat Waris-waris, Pengganti, Penerima serahak, Pemegang Harta atau Pemegang Amanah kesemua pihak-pihak disini.

16.Adalah dengan ini dipersetujui dan diakui bahawa Jadual dan syarat-syarat serta Surat Tawaran yang dilampirkan bersama ini hendaklah dibaca bersama menjadi sebahagian daripada Perjanjian ini.

17.Dalam Perjanjian ini, perkataan-perkataan yang membawa maksud sebagai seorang lelaki hendaklah disifatkan sebagai termasuk pihak perempuan dan lain-lain pihak dan bilangan tunggal bersama bilangan banyak dan sebaliknya melainkan perkara tersebut berlawanan dengan kandungan ayat.

(Ruangan ini sengaja ditinggalkan kosong) 13.

(11)

PADA MENYAKSIKAN PERJANJIAN di atas, pihak-pihak kepada Perjanjian ini menurunkan tandatangan mereka pada hari dan tahun yang tertera di atas.

Ditandatangani oleh, untuk ]

Dan bagi pihak LEMBAGA ]

PEMEGANG AMANAH YAYASAN ]

PAHANG ]1._____________________________________

AHLI LEMBAGA

Disaksikan oleh : (Tandatangan & Cop)

2. _____________________________________

AHLI LEMBAGA

(Tandatangan & Cop)

Ditandatangani oleh PELAJAR ]

Di hadapan:- ] _____________________________________

Nama Saksi (HURUF BESAR) _________________________________________________ Alamat____________________________________________________________________ ___________________________________________________________________________ Pekerjaan________________________ No. K/P ___________________________________

___________________________________ Tandatangan & Cop Saksi

(*Hakim Mahkamah Tinggi/Hakim Mahkamah Sesyen/Majistret/ Pegawai Daerah/PenolongPegawai Daerah/

Peguambela & Peguamcara)

(12)

Ditandatangani oleh PENJAMIN 1 ]

Di hadapan:- ] _____________________________________

Nama Saksi (HURUF BESAR) _________________________________________________ Alamat____________________________________________________________________ ___________________________________________________________________________ Pekerjaan________________________ No. K/P ___________________________________

___________________________________ Tandatangan & Cop Saksi

(*Hakim Mahkamah Tinggi/Hakim Mahkamah Sesyen/Majistret/ Pegawai Daerah/PenolongPegawai Daerah/

Peguambela & Peguamcara)

Ditandatangani oleh PENJAMIN 2 ]

Di hadapan:- ] _____________________________________

Nama Saksi (HURUF BESAR) _________________________________________________ Alamat____________________________________________________________________ ___________________________________________________________________________ Pekerjaan________________________ No. K/P ___________________________________

___________________________________ Tandatangan & Cop Saksi

(*Hakim Mahkamah Tinggi/Hakim Mahkamah Sesyen/Majistret/ Pegawai Daerah/PenolongPegawai Daerah/

Peguambela & Peguamcara)

11 1

(13)

JADUAL YANG DIRUJUKKAN DI ATAS

(Hendaklah dibaca, diambil dan diertikan sebagai sebahagian daripada Perjanjian)

SEKSYEN PERKARA BUTIR-BUTIR

1. Tarikh Perjanjian _________hb __________20 _______

2. 2 (a). Maklumat Pelajar

2 (b). Maklumat Penjamin-Penjamin

Nama Penuh (HURUF BESAR):

_______________________________________ _______________________________________ No. K/P : (Baru) _________________________ (Lama) _________________________ Alamat : ________________________________ _______________________________________ _______________________________________ _______________________________________ Penjamin Pertama

Nama Penuh (HURUF BESAR) :

_______________________________________ _______________________________________ No. K/P : (Baru) _________________________ (Lama) _________________________ Alamat : ________________________________ _______________________________________ _______________________________________ ________________________________________ Initial Pelajar : Initial Penjamin 1 : Initial Penjamin 2 : 12

(14)

Penjamin Kedua

Nama Penuh (HURUF BESAR):

________________________________________ ________________________________________ No. K/P : (Baru)__________________________ (Lama)__________________________ Alamat :_________________________________ ________________________________________ ________________________________________ ________________________________________

3. Nama Institusi Pengajian ________________________________________

________________________________________

4. Nama Kursus Pengajian ________________________________________

________________________________________

5. Tempoh Pinjaman yang

Diluluskan ___________ Tahun Initial Pelajar : Initial Penjamin 1 : Initial Penjamin 2 : 13

(15)

6. Jumlah Pinjaman

(Awalan) yang diluluskan

RM (RINGGIT MALAYSIA ) 7. Jumlah Pinjaman Tambahan 1. RM 2. RM 3. RM 4. RM 5. RM 6. RM 8. Jumlah Pinjaman Keseluruhan RM (RINGGIT MALAYSIA ) 9. Pembayaran Balik Initial Pelajar : Initial Penjamin 1 : Initial Penjamin 2 : 14

Referensi

Dokumen terkait

Penggunaan sudut pandang dalam sebuah novel mungkin saja lebih dari satu teknik. Pengarang dapat berganti dari satu teknik ke teknik yang lainnya.

1.4 UPSI berhak menarik balik tawaran ini pada bila-bila masa atau ditamatkan pengajian anda pada mana-mana peringkat tempoh pengajian apabila didapati kenyataan dan maklumat yang

Saya sedar dan akur bahawa pihak Yayasan Perak / SPNB pada bila-bila masa boleh menolak atau membatalkan permohonan saya dan berhak untuk menuntut apa-apa ganti rugi

Work Family Conflict terdiri dari dua aspek yaitu Work Interfering With Family dan Family Interfering With Work (Greenhaus & Beutell, 1985).. asumsi dari Work

Siswa harus mampu berbicara sesuai situasi (tempat dan waktu), dan sesuai konteks (dengan siapa, untuk tujuan apa, dalam peristiwa apa (bercakap-cakap, ceramah, upacara,

Menurut anda apakah petugas yang melaksanakan program wrar-up (repap) dalam kegiatan pembahasan issue sesuai dilaksanakan setelah sosialisasi oleh LKS Yayasan Nazar Medan

Analisis Pengaruh Kualitas Auditor, Likuiditas, Profitabilitas, Solvabilitas Dan Ukuran Perusahaan Terhadap Opini Audit Going Concern Pada Perusahan Manufaktur Yang Terdaftar

1.4 UPSI berhak menarik balik tawaran ini pada bila-bila masa atau ditamatkan pengajian anda pada mana-mana peringkat tempoh pengajian apabila didapati kenyataan dan maklumat yang