@
Pusat Tuisyen Didikan Genius
Program Bahasa Melayu Sekolah Rendah
Edubest
Ulang Kaji II
SR2B
Set 3
Catatan Kerja Rumah Tarikh Jenis Muka surat /
Sumber
Soalan Tanda √ Jika Sudah Disiapkan
Tarikh Jenis Muka surat / Sumber
Soalan Tanda √ Jika Sudah Disiapkan
Tarikh Jenis Muka surat / Sumber
Soalan Tanda √ Jika Sudah Disiapkan
Tarikh Jenis Muka surat / Sumber
Soalan Tanda √ Jika Sudah Disiapkan
Kertas 1 (Pemahaman)
Bahagian A (20 Markah)
Soalan 1 hingga 16
Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai.
1. “Tarian yang dipersembahkan di hadapan _____ tadi ialah Tarian Inang,” kata Izzati kepada para wartawan.
A. hamba C. beta
B. patik D. tuanku
2. “Pastikan _____ mendapat kebenaran daripada ibu bapa untuk mengikuti lawatan itu,” kata Cikgu Hasnah kepada Asif.
A. saya C. kalian
B. kita D. kamu
3. Puan Faridah berasa sedih apabila _____ nasib anaknya yang bekerja di ibu kota.
A. dikenang C. mengenangkan
B. kenangan D. dikenangkan
4. “Jangan _____ dengan kejayaan orang lain,” nasihat Mak Kiah kepada cucunya.
A. marah C. iri hati
B. risau D. duka cita
Bahasa
Melayu
Soalan 5 berdasarkan gambar di bawah.
5. Pak Abu berjalan kaki pulang ke rumah sambil memikul _____ pisang.
A. sesikat C. selonggok
B. setandan D. sesisir
6. Disiplin murid-murid di sekolah itu sangat baik kerana peraturan di sekolah itu agak _____ .
A. keras C. ketat
B. kuat D. garang
7. Para penonton terpesona dengan _____ suara penyanyi kanak-kanak perempuan itu.
A. kelemahan C. keenakan
B. kemerduan D. kesedapan
8. Orang ramai berkerumun di tepi jalan itu _____ melihat mangsa kemalangan jalan raya.
A. tetapi C. walaupun
B. kerana D. sementara
9. _____ sakit kakinya belum sembuh namun Pak Mail tetap bekerja untuk menyara keluarganya.
Bahasa
Melayu
A. Walaupun C. Semenjak
B. Tatkala D. Malahan
Soalan 10 berdasarkan gambar di bawah.
10. Banglo usang di _____ bukit itu sudah lama tidak
berpenghuni.
A. puncak C. pinggir
B. utara D. dalam
11. Gadis itu bukan sahaja cantik _____ sangat berbudi bahasa.
A. demi C. malahan
B. agar D. pada
12. Radzi _____ setelah berlari dengan pantas kerana dikejar
seekor anjing liar.
A. tersedu-sedan C. terkumat-kamit
B. terkial-kial D. tercungap-cungap
Soalan 13 berdasarkan gambar di bawah.
Bahasa
Melayu
13. Faezah sedang melihat neneknya _____ kain.
A. menganyam C. mengecap
B. menenun D. menjahit
Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan bergaris dengan betul.
14. I. Cuaca pada hari itu sangat hangat.
II. Kari ayam yang dihidangkan oleh kakak itu masih hangat.
III. Ceramah itu mendapat sambutan hangat daripada para penonton.
IV. Peristiwa itu masih hangat dalam ingatan Adila.
A. I, II dan III C. I, III dan IV
B. I, II dan IV D. I, II, III dan IV
Pilih ayat yang sama maksud dengan ayat yang diberi.
15. Encik Radzi berasa bangga dengan kejayaan anaknya dalam
pertandingan melukis itu.
A. Anak Encik Radzi berasa bangga dengan kejayaannya dalam pertandingan melukis itu.
B. Kejayaan anaknya dalam pertandingan melukis itu membuat Encik Radzi berasa bangga.
C. Pertandingan melukis yang disertai oleh anaknya membuat Encik Radzi berasa bangga.
D. Anak Encik Radzi berjaya dalam pertandingan melukis yang
Bahasa
Melayu
membanggakan. Pilih ayat yang betul.
16. A. Encik Malik menghadiahi anaknya sebuah basikal.
B. Saya baru sampai dari rumah ketika Ahmad tiba.
C. Keputusan pertandingan mewarnai itu ditampal di papan kenyataan.
D. Seluar yang dipakai oleh kanak-kanak itu sangat lanjut. Soalan 17 hingga 20
Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.
Lot 13, Kampung Legeh, 16500 Jeli, Kelantan Darul Naim. 8 Oktober 2016. Ke hadapan kakanda Rohana yang diingati selalu. Mudahan-mudahan kakanda berada dalam keadaan sihat sentiasa. Adinda dan keluarga di kampung sihat-sihat sahaja.
Kakanda,
Rasanya sudah agak lama kakanda tidak mengutuskan sebarang khabar untuk kami di kampung. Mungkin kakanda sibuk dengan pelajaran dan peperiksaan, ataupun kakanda dilanda apa-apa masalah?
Bahasa
Melayu
Umi berasa sangat bimbang akan kakanda yang jauh di Bumi Kenyalang. Umi berpesan sekiranya kakanda tidak sihat atau memerlukan wang, janganlah kakanda segan-segan untuk memberitahu Umi.
Bilakah peperiksaan akhir kakanda akan tamat dan kakanda akan pulang bercuti di kampung? Kami di sini amat merindui kakanda kerana sudah lebih lima bulan kakanda tidak pulang ke kampung. Pada tahun ini, kebun buah-buahan Umi dan Baba sangat menjadi. Oleh itu, Umi mahu mengadakan kenduri kesyukuran menggunakan wang hasil jualan buah-buahan itu untuk menyambut kepulangan kakanda nanti. Sekarang adinda tidak perlu berjalan kaki ke sekolah lagi kerana kakanda Raihan akan menghantar adinda setiap hari sebelum ke sekolahnya.
Peperiksaan UPSR telah pun adinda duduki, manakala kakanda Raihan akan menduduki peperiksaan SPM tidak lama lagi. Kami berharap agar kakanda mendoakan kejayaan kami supaya dapat kami menjejakkan kaki ke menara gading seperti kakanda.
Rasanya setakat ini dahulu surat adinda kepada kakanda. Akhir kata, sambutlah salam sayang daripada kami untuk kakanda di sana. Semoga kakanda berjaya dalam peperiksaan akhir nanti.
Adindamu,
Rohayu
Bahasa
Melayu
17. Pada pendapat kamu, apakah tujuan Rohayu mengutuskan surat kepada Rohana?
A. Untuk menceritakan pengalamannya menduduki peperiksaan UPSR
B. Untuk menanyakan khabar Rohana
C. Untuk menyampaikan salam keluarganya
D. Untuk memberi dorongan kepada Rohana dalam peperiksaan 18. Panggilan "Umi" dalam petikan merujuk kepada …
A. kakak dan abang mereka B. nenek dan datuk mereka C pak cik dan mak cik mereka D. ibu mereka
19. Mengapakah Umi mereka berasa bimbang?
A. Sekiranya Rohana tidak mahu pulang
B. Sekiranya mereka tidak lulus dalam peperiksaan C. Sekiranya Rohana sakit dan kesempitan wang D. Sekiranya Raihan terlibat dalam kemalangan
Bahasa
Melayu
20. Mengapakah Umi mahu mengadakan kenduri kesyukuran? A. Untuk menyambut kepulangan Rohana
B. Untuk meraikan kejayaan anak-anak dalam peperiksaan C. Untuk meningkatkan hasil jualan buah-buahan
D. Untuk mendoakan keselamatan anak-anak
Bahagian B (30 Markah)
Soalan 21 (4 markah)
Pilih perkataan yang paling sesuai untuk diisi pada tempat kosong dalam petikan yang diberikan.
Bahasa
Melayu
Nadia menolong ibunya menghidangkan pelbagai juadah __________ atas meja makan. Pelbagai juadah disediakan pada hari itu __________ keluarga Nadia mengadakan majlis rumah terbuka sempena Hari Raya Aidilfitri. Tetamu __________ dijemput terdiri daripada sanak-saudara, sahabat-handai __________ jiran tetangga.
Soalan 22
a. Tulis ayat tanya yang paling sesuai bagi jawapan yang diberi. Ayat tanya:
_______________________________________________ _______________________________________________ Jawapan: Farah rajin bersenam kerana hendak menurunkan berat badannya.
[2 markah] b. Tulis dialog yang sesuai bagi watak di bawah ini.
_______________________________________________
_______________________________________________
Bahasa
Melayu
c. Soalan berikut berdasarkan gambar di bawah.
Nyatakan peribahasa yang sesuai berdasarkan gambar di atas. _______________________________________________ _______________________________________________
[2 markah] Soalan 23
Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.
Masyarakat Malaysia terdiri daripada pelbagai kaum. Antara kaum utama di Malaysia ialah kaum Melayu, Cina, India, Sikh, Iban, Kadazan dan Murut.
Masyarakat Malaysia hidup dalam suasana harmoni dan bersatu padu. Sikap yang diamalkan ialah sikap bekerjasama dan saling menghormati.
Terdapat pelbagai perayaan yang disambut di Malaysia. Antara perayaan tersebut ialah perayaan Hari Raya Aidilfitri, Tahun Baharu Cina, Deepavali, Krismas, Pesta Menuai dan Hari Gawai.
Bahasa
Melayu
Amalan kunjung-mengunjungi diamalkan pada musim perayaan. Masyarakat pelbagai kaum bersama-sama menyambut sesuatu perayaan.
Terdapat pelbagai makanan tradisional yang enak yang popular dalam kalangan masyarakat Malaysia. Antara makanan yang popular dalam kalangan masyarakat Melayu ialah rendang, nasi himpit, laksa dan nasi lemak. Tose dan capati adalah antara makanan yang popular dalam kalangan kaum India.
Pelancong asing yang mengunjungi majlis rumah terbuka semasa musim perayaan berasa kagum dengan keunikan masyarakat Malaysia menyambut perayaan. Majlis rumah terbuka ini tidak diadakan di negara mereka.
a. Masyarakat Malaysia terdiri daripada pelbagai ____________. [1 markah] b. Bagaimanakah kehidupan masyarakat Malaysia?
_______________________________________________ _______________________________________________
[2 markah] c. Padankan pernyataan di bawah berdasarkan petikan. Satu
daripadanya telah ditunjukkan sebagai contoh.
Bahasa
Melayu
Soalan 24
Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.
Anisa ialah pengawas perpustakaan di sekolahnya. Dia seorang yang ringan tulang. Anisa sering membantu gurunya di perpustakaan. Apabila tiba gilirannya bertugas, Anisa akan segera ke perpustakaan. Dia akan merekodkan buku yang dipinjam atau buku yang dipulangkan.
Anisa seorang pengawas perpustakaan yang bertanggungjawab. Dia akan mendenda murid yang lewat menghantar buku. Anisa tidak memilih kasih walaupun yang lewat memulangkan buku itu rakan karibnya sendiri.
Anisa disukai oleh rakan-rakan sekelasnya. Dia selalu membantu rakan-rakannya yang lemah dalam mata pelajaran Matematik. Anisa akan mengajar mereka yang lemah dalam membuat pengiraan dalam latihan Matematik.
Bahasa
Melayu
Anisa menolong dengan ikhlas tanpa mengharapkan apa-apa bantuan. Rakan-rakannya mengucapkan terima kasih atas bantuan Anisa yang sering membantu mereka.
Pada sambutan Hari Kanak-kanak, Anisa dipilih sebagai Tokoh Kanak-kanak. Kejayaan Anisa dalam pelajaran dan aktiviti kokurikulum merupakan faktor utama kejayaannya menerima anugerah tersebut.
a. Simpulan bahasa ringan tulang dalam petikan membawa maksud ______________________________________. [1 markah] b. Apakah tugas yang dilakukan oleh Anisa di perpustakaan?
_______________________________________________ _______________________________________________
[2 markah] c. Apakah faktor utama yang menyebabkan Anisa dipilih sebagai
Tokoh Kanak-kanak? _______________________________________________ _______________________________________________ _______________________________________________ [2 markah]
Bahasa
Melayu
Edubest
d. Adakah patut Anisa mendenda rakan karibnya yang lewat meminjam buku? Mengapa?
_______________________________________________ _______________________________________________ _______________________________________________
[3 markah] Soalan 25
Baca pantun di bawah ini, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.
Anak rusa meniti di titi,
Berjalan terus tanpa menoleh; Ibu bapa hendaklah dihormati, Agar menjadi anak soleh.
Masak kari ikan kembong,
Hendak dimakan bersama Pak Saat; Jika kita bersikap sombong,
Tentu hidup kurang sahabat. Berehat di bawah pohon meranti, Kawan dinanti belum bertemu; Jasa guru hendaklah diingati,
Mencurah ilmu tanpa jemu.
Bahasa
Melayu
a. Apakah maksud rangkap pertama pantun di atas? [2 markah] _______________________________________________ _______________________________________________ b. Apakah kesannya jika kita bersikap sombong? [2 markah] _______________________________________________ _______________________________________________ c. Tandakan (√) bagi pernyataan yang betul dan (X) bagi
pernyataan yang salah berdasarkan pantun tersebut.
[1 markah]
d. Terangkan maksud baris-baris pantun di atas.
_______________________________________________ _______________________________________________ _______________________________________________ [3 markah]
Bahasa
Melayu
Edubest
Kertas 2 (Penulisan)
Bahagian A (10 Markah)
Gambar di bawah menunjukkan cara-cara mengeratkan hubungan kekeluargaan.
Tulis lima ayat yang lengkap berdasarkan gambar.
Bahasa
Melayu
Bahagian B (15 Markah)
Poster di bawah menunjukkan tentang Kempen Cintailah Bahasa Kebangsaan kita.
Tulis ulasan tentang poster tersebut dalam bentuk perenggan. Panjangnya ulasan kamu hendaklah antara 50 hingga 80 patah perkataan.
Bahasa
Melayu
Bahagian C (25 Markah)
Bahagian ini mengandungi dua soalan. Jawab satu soalan sahaja. Panjangnya jawapan kamu hendaklah antara 80 hingga 120 patah perkataan.
Soalan 1
Masalah pencemaran air sungai semakin membimbangkan.
Tulis sebuah karangan tentang cara-cara mengatasi masalah pencemaran air sungai.
ATAU Soalan 2
Sajak di atas membawa maksud tentang kelebihan telefon bimbit. Telefon bimbit memang banyak kelebihan dan kegunaan kepada manusia. Berdasarkan maksud sajak tersebut, tulis sebuah karangan yang bertajuk “Aku Sebuah Telefon Bimbit”.
Tulis karangan kamu itu selengkapnya.
Bahasa
Melayu
Pelan Lokasi
@
Pusat Tuisyen Didikan Genius
No.2-1, Jalan 4/109E, Desa Business Centre, Taman Desa, 58100 Kuala Lumpur. Tel: 03-7983 7650