@
Pusat Tuisyen Didikan Genius
Program Bahasa Melayu Sekolah Rendah
Edubest
Ulang Kaji II
SR2B
Set 4
Catatan Kerja Rumah
Tarikh Jenis Muka surat /
Sumber
Soalan Tanda √ Jika
Sudah Disiapkan
Tarikh Jenis Muka surat /
Sumber
Soalan Tanda √ Jika
Sudah Disiapkan
Tarikh Jenis Muka surat /
Sumber
Soalan Tanda √ Jika
Sudah Disiapkan
Tarikh Jenis Muka surat /
Sumber
Soalan Tanda √ Jika
Sudah Disiapkan
Kertas 1 (Pemahaman)
Bahagian A (20 Markah)
Soalan 1 hingga 16
Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai.
1. “Puteri Megasari sedang berdukacita. 0leh itu, _____ mahu beristirahat buat sementara waktu,” sembah dayang.
A. beta C. tuanku
B. patik D. baginda
2. Orang ramai menanti ketibaan Perdana Menteri sejak pagi tadi. _____ dijangka tiba sebentar lagi.
A. Dia C. Beliau
B. Kalian D. Mereka
3. Ibu mengelap badan adik _____ memakaikannya sepasang baju Melayu pada pagi hari raya.
A. lalu C. sambil
B. supaya D. hingga
4. Ravi terpaksa tidur di rumah Andy kerana masa untuk mereka menyiapkan buku skrap sudah _____ .
A. awal C. lewat
B. cepat D. suntuk
5. Penjagaan gigi yang sempurna amat mustahak bagi _____ kerosakan gigi.
Bahasa
Melayu
A. menolak C. menahan
B. mencegah D. menangkis
Soalan 6 berdasarkan gambar di bawah.
6. Suasana di ruang tamu rumah Nek Esah suram kerana hanya _____ cahaya pelita.
A. disinari C. dipancari
B. diliputi D. dilimpahi
7. “Air Sungai Kemensah itu mengalir dengan deras _____ selepas hujan lebat,” kata ayah kepada Pak Long Leman.
A. betul C. paling
B. sekali D. terlalu
8. Beberapa _____ meriam yang berusia beratus-ratus tahun dapat dilihat di hadapan istana lama itu.
A. laras C. potong
B. batang D. pucuk
Bahasa
Melayu
Soalan 9 berdasarkan gambar di bawah.
9. “_____ makan semua. Buah-buahan ini dari dusun datuk saya," kata Aiman Fahmi kepada rakan-rakannya.
A. Minta C. Jemput
B. Harap D. Tolong
10. Darwis sangat gemar _____ ketupat palas yang dimakan bersama gulai ayam kampung.
A. pada C. tentang
B. akan D. dengan
11. Rumah-rumah tradisional di negara kita mempunyai _____ yang unik.
A. daya fikir C. usaha sama
B. susun atur D. reka bentuk
Soalan 12 berdasarkan gambar di bawah.
Bahasa
Melayu
12. Proses _____ barangan elektrik yang telah dipesan oleh para pelanggan dilakukan dengan cekap oleh pekerja syarikat itu.
A. berhantar C. penghantaran
B. penghantar D. menghantarkan
13. Heliza menyusun pinggan mangkuk yang sudah dicuci itu di atas _____ .
A. kekisi C. tetupai
B. pepara D. tetingkap
Pilih ayat yang sama maksud dengan ayat yang diberikan.
14. Kita tidak akan menjadi malas, malah berasa lebih cergas jika kita rajin bersukan.
A. Jika kita malas bersukan, kita akan berasa lebih cergas. B. Kita akan menjadi malas jika tidak bersukan dengan cergas. C. Kecergasan sewaktu bersukan dapat mengelakkan kita
daripada menjadi malas.
D. Rajin bersukan akan membuatkan kita berasa lebih cergas dan tidak akan menjadi malas.
Bahasa
Melayu
15. Perpustakaan awam perlu dimanfaatkan untuk melahirkan generasi yang berilmu.
A. Perpustakaan awam perlu dibina demi manfaat generasi yang berilmu.
B. Gedung generasi ilmu yang perlu dimanfaatkan ialah perpustakaan awam.
C. Bagi melahirkan generasi yang berilmu, perpustakaan awam perlu dimanfaatkan.
D. Generasi yang berilmu perlu dilahirkan untuk memanfaatkan perpustakaan awam.
Pilih ayat yang betul.
16. I Jururawat menyuapi pesakit itu sesudu bubur nasi.
II Wajah Suria dan Mimi seiras walaupun mereka bukan adik-beradik.
III Rendang burung puyuh yang ada di atas meja sudah habis ayah makan.
IV Apakah nama budak perempuan yang datang ke rumah kamu tadi?
A. I dan II B. I dan III C. II dan III D. II dan IV
Bahasa
Melayu
Edubest
Soalan 17 hingga 20
Baca petikan dialog di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.
Ai Ling : Ranjit, pertuturan kamu dalam bahasa Melayu baik sekali. Boleh saya tahu, bahasa apakah yang kamu gunakan di rumah?
Ranjit : Biasanya di rumah, kami sekeluarga bertutur dalam bahasa Melayu. Ada juga saudara-mara saya yang menggunakan bahasa Melayu. Bukankah bahasa Melayu ialah bahasa kebangsaan negara kita?
Ai Ling : Betul Ranjit. Semua kaum perlu fasih bertutur dalam bahasa Melayu. Mulai hari ini, saya akan bertutur dalam bahasa Melayu dengan ibu bapa saya di rumah.
Ranjit : Baguslah begitu, Ai Ling. Selain itu, kita mestilah menggunakan bahasa Melayu dalam urusan tidak rasmi dan urusan rasmi. Dengan cara ini, kita dapat memupuk perasaan cinta terhadap bahasa Melayu. Martabat bahasa Melayu juga dapat kita pelihara.
Ai Ling : Namun begitu, remaja sekarang lebih suka menggunakan bahasa rojak. Bahasa rojak akan menyebabkan mutu bahasa Melayu merosot. Bak kata orang tua-tua, “bahasa jiwa bangsa, rosak bahasa hilanglah bangsa.”
Bahasa
Melayu
Ranjit : Wah, pandainya kamu, Ai Ling! Papan tanda dan papan iklan yang dipasang di seluruh negara pun perlu
menggunakan ejaan yang betul. Begitu juga dengan nama bangunan. Nama bangunan sepatutnya ditulis dalam bahasa Melayu.
Ai Ling : Saya sokong pendapat kamu, Ranjit. Ranjit : Terima kasih, Ai Ling.
17. Siapakah yang fasih bertutur dalam bahasa Melayu?
A. Ai Ling B. Ranjit
C. Keluarga Ai Ling D. Remaja Malaysia
18. Bagaimanakah caranya untuk memupuk perasaan cinta
terhadap bahasa Melayu?
A. Menggunakan ejaan bahasa Melayu yang betul B. Menggunakan bahasa Melayu dalam pelbagai urusan
C. Memastikan bahawa semua kaum fasih bertutur dalam bahasa Melayu
D. Menukar papan tanda dan papan iklan yang tidak
menggunakan bahasa Melayu
Bahasa
Melayu
19. Apakah kesan penggunaan bahasa rojak? A. Mutu bahasa Melayu akan merosot
B. Bangsa Melayu akan kucar-kacir
C. Martabat bahasa rojak akan lebih tinggi
D. Bahasa rojak akan menjadi bahasa kebangsaan negara 20. Pilih pernyataan yang benar tentang petikan.
A. Rakyat Malaysia wajib bertutur dalam bahasa Melayu. B. Bahasa Melayu perlu digunakan dalam urusan rasmi sahaja. C. Nama bangunan di negara ini lebih sesuai ditulis dalam bahasa asing.
D. Bahasa Melayu berada pada tahap yang tertinggi di negara kita.
Bahasa
Melayu
Bahagian B (30 Markah)
Soalan 21 (4 markah)
Pilih perkataan yang paling sesuai untuk diisi pada tempat kosong dalam petikan yang diberikan.
Pada hujung minggu yang lepas, ibu bapa Mimi mengadakan Hari Keluarga. Ibu Mimi menyusun beberapa __________ gelas di dalam __________ dulang lalu diletakkan di atas meja. Kakak Mimi, Juliana pula mengelap pinggan-pinggan yang telah dicuci dengan __________ tuala bersih. Setelah selesai menghidangkan makanan, mereka pun menjemput sanak saudara menikmati juadah. Mimi mengambil __________ betik lalu menghulurkannya kepada mak long. Mereka menjamu selera dengan gembira.
Soalan 22
a. Tulis ayat pasif di bawah ini kepada ayat aktif.
Ayat pasif : Sindiket yang menyeludupkan minyak diesel ke Thailand telah Berjaya ditumpaskan oleh pihak polis.
Ayat aktif : ______________________________________ _______________________________________________ [2 markah]
Bahasa
Melayu
Edubest
b. Tulis dialog yang sesuai bagi watak di bawah ini.
_______________________________________________ _______________________________________________
[2 markah] c. Soalan berikut berdasarkan gambar di bawah.
Nyatakan peribahasa yang sesuai berdasarkan gambar di atas. _______________________________________________ _______________________________________________ [2 markah]
Bahasa
Melayu
Edubest
Soalan 23
Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.
Legoland Malaysia merupakan taman tema pertama di Asia. Legoland Malaysia ini dibina di utara Medini, Johor. Legoland Malaysia ini menyerupai lima legoland lain di dunia. Legoland tersebut ialah Legoland Billund, Legoland Windsor, Legoland California, Legoland Deutschland, dan Legoland Florida. Legoland Malaysia siap sepenuhnya pada tahun 2012.
Sasaran utama Legoland Malaysia ialah kanak-kanak yang berumur antara dua hingga 12 tahun. Taman tema ini menawarkan pelbagai bentuk pendidikan kreatif, permainan interaksi, dan hiburan seisi keluarga. Permainan tersebut menggunakan perkakasan ala-lego.
Orang ramai berpeluang untuk membeli lego secara timbang yang tidak terdapat di luar Legoland Malaysia. Legoland Malaysia dilengkapi landasan kereta api mini bagi membolehkan pengunjung meneroka taman tema ini. Selain itu, jaringan jalan raya kecil disediakan bagi membolehkan kanak-kanak memandu kereta mini elektrik.
Tarikan utama di Legoland Malaysia ialah replika bangunan ikonik di Asia. Bangunan Menara Berkembar Petronas menjadi bangunan tertinggi di taman tema ini. Antara replika bangunan lain
Bahasa
Melayu
termasuklah Taj Mahal, Angkor Wat, dan patung Singa Merlion. Uniknya, replika bangunan ikonik ini dibina daripada 30 juta keping lego.
a. Legoland Malaysia terletak di ________________________. [1 markah] b. Mengapakah Legoland Malaysia dilengkapi landasan kereta api
mini?
_______________________________________________ _______________________________________________ _______________________________________________
[2 markah] c. Padankan pernyataan di bawah ini berdasarkan petikan. Satu
daripadanya telah ditunjukkan sebagai contoh.
[2 markah]
Bahasa
Melayu
Soalan 24
Baca petikan surat di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.
Menemui adindaku, Junariah. Semoga adinda sihat sejahtera. Kakanda dan keluarga di sini sihat-sihat sahaja.
Adindaku,
Tampaknya, adinda begitu berminat untuk mengetahui tentang amalan hijau. Amalan hijau sering diuar-uarkan oleh pihak kerajaan kerana manusialah yang menjadi penyumbang terbesar pelepasan gas rumah hijau. Oleh sebab itu, kita patut membudayakan amalan hijau dalam aktiviti harian bagi melestarikan alam sekitar.
Antara amalan hijau termasuklah mengamalkan kitar semula. Contohnya, menghasilkan kraf tangan daripada surat khabar lama. Kita dapat mengelakkan pembaziran apabila bahan buangan dikitar semula untuk dijadikan barangan baharu. Kesannya, kita dapat menyelamatkan alam sekitar dengan mengurangkan aktiviti penebangan pokok untuk menghasilkan kertas. Selain itu, kita digalakkan menggunakan sumber tenaga alternatif seperti tenaga suria, angin, dan kuasa hidroelektrik. Sumber tenaga alternatif ini lebih murah, dapat diperbaharui, dan tidak menimbulkan masalah pencemaran alam.
Bahasa
Melayu
Cara lain yang dapat kita lakukan ialah berbasikal atau berjalan kaki ke sesuatu tempat yang dekat. Dengan cara ini pula, kita dapat mengurangkan jumlah kenderaan bermotor yang bergerak di atas jalan raya. Kesannya kita dapat mengurangkan pembebasan gas karbon dioksida yang terhasil daripada asap kenderaan.
Setakat ini sahaja yang dapat adinda tulis untuk tatapan kakanda. Semoga maklumat-maklumat ini memberikan manfaat kepada adinda. Sekian, terima kasih.
a. Perkataan diuar-uarkan dalam petikan boleh juga digantikan dengan perkataan _________________________. [1 markah] b. Bagaimanakah amalan kitar semula dapat menyelamatkan alam
sekitar?
_______________________________________________ _______________________________________________ _______________________________________________
[2 markah] c. Mengapakah kita digalakkan menggunakan sumber tenaga
alternatif? [2 markah] _______________________________________________ _______________________________________________ _______________________________________________
Bahasa
Melayu
Edubest
d. Adakah kamu menyokong amalan berbasikal dan berjalan kaki ke tempat yang dekat diperkenalkan di negara kita? Mengapa? _______________________________________________ _______________________________________________ _______________________________________________
[3 markah] Soalan 25
Baca pantun di bawah ini, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.
Burung serindit hinggap di dahan, Letak di hujung setangkai padi; Bukannya duit jadi taruhan,
Hidup disanjung kerana budi. Menunggu redup mengambil keladi,
Membawa parang milik Pak Leman; Semasa hidup taburkan budi,
Dikenang orang zaman-berzaman. Kulit limau rasanya pedar,
Tidaklah sama masamnya cermai; Senyuman dilempar budi disandar,
Supaya hidup aman damai.
Bahasa
Melayu
Kulitnya berduri buah berangan, Goreng di dapur sedapnya rasa; Amalan berbudi jadi pegangan,
Jasa ditabur setiap masa. Pasang pelita di tepi baldi,
Malam hari gelapnya pekat; Marilah kita bertanam budi,
Bersatu hati kekal muafakat.
a. Apakah maksud rangkap pertama pantun di atas?
_______________________________________________ _______________________________________________ _______________________________________________
[2 markah] b. Mengapakah kita perlu berbudi semasa hidup?
_______________________________________________ _______________________________________________ _______________________________________________ [1 markah]
Bahasa
Melayu
Edubest
c. Tandakan (√) bagi pernyataan yang betul dan (X) bagi pernyataan yang salah berdasarkan pantun tersebut.
[1 markah]
d. Terangkan maksud baris-baris pantun di atas.
_______________________________________________ _______________________________________________ _______________________________________________ [3 markah]
Bahasa
Melayu
Edubest
Kertas 2 (Penulisan)
Bahagian A (10 Markah)
Gambar di bawah ini menunjukkan langkah-langkah pencegahan kecederaan di rumah.
Tulis lima ayat yang lengkap tentang langkah-langkah mencegah kecederaan di rumah berdasarkan gambar.
Bahasa
Melayu
Bahagian B (15 Markah)
Gambar di bawah ini menunjukkan iklan Kelab Tunas Saintis Muda. Tulis ulasan tentang program Kelab Tunas Saintis Muda tersebut dalam bentuk perenggan. Panjangnya ulasan kamu hendaklah antara 5O hingga 80 patah perkataan.
Bahasa
Melayu
Bahagian C (25 Markah)
Bahagian ini mengandungi dua soalan. Jawab satu soalan sahaja. Panjangnya jawapan kamu hendaklah antara 80 hingga 120 patah perkataan.
Soalan 1
Kampung kamu berjaya menjadi perintis projek ternakan arnab dalam Majlis Anugerah Ilham Desa. Kamu diminta untuk menulis berita tentang kejayaan projek tersebut.
Tulis berita itu selengkapnya.
ATAU Soalan 2
Dua rangkap di atas merupakan sebahagian daripada lirik lagu Beginilah Nasibku. Lirik tersebut menggambarkan perasaan masyarakat yang berstatus Orang Kelainan Upaya (OKU).
Berdasarkan maksud lirik lagu tersebut, tulis cerita tentang keprihatinan masyarakat terhadap Orang Kelainan Upaya (OKU).
Tulis karangan kamu itu selengkapnya.
Bahasa
Melayu
Pelan Lokasi
@
Pusat Tuisyen Didikan Genius
No.2-1, Jalan 4/109E, Desa Business Centre, Taman Desa, 58100 Kuala Lumpur. Tel: 03-7983 7650