• Tidak ada hasil yang ditemukan

PERCERAIAN MENERUSI SISTEM PESANAN RINGKAS (SMS)* oleh AHMAD SHAMSUL ABD AZIZ** NOR AZLINA MOHD NOOR***

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "PERCERAIAN MENERUSI SISTEM PESANAN RINGKAS (SMS)* oleh AHMAD SHAMSUL ABD AZIZ** NOR AZLINA MOHD NOOR***"

Copied!
13
0
0

Teks penuh

(1)

[2014] 1 LNS(A) xlv Legal Network Series 1

PERCERAIAN MENERUSI SISTEM PESANAN RINGKAS (SMS)*

oleh

AHMAD SHAMSUL ABD AZIZ** NOR AZLINA MOHD NOOR***

PENGENALAN

Pembubaran perkahwinan merupakan cara penyelesaian terakhir dalam menghadapi krisis rumahtangga. Islam telah menggariskan bahawa hak atau keputusan menjatuhkan talak atau cerai adalah berada di tangan suami kecuali apabila diminta oleh isteri. Talak menurut Al -Quran ialah dua kali, yang bererti talak tidak boleh dijatuhkan tiga kali sekaligus.[1] Dalam erti kata lain, sungguhpun suami melafazkan cerai dengan tiga talak sekaligus, maka yang bersabit hanyalah satu. Walau bagaimanapun, pada zaman pemerintahan Saidina Umar Al-Khattab, terdapat ramai pihak suami yang menyalahgunakan kuasa talak ini, oleh yang demikian, Saidina Umar Al -Khattab pada penggal kedua pemerintahannya telah membuat dasar, berdasarkan keperluan semasa, bahawa suami yang menceraikan isterinya sekaligus dengan talak tiga, maka jatuh tiga talak dan suami tidak bo leh merujuk kembali kepada isterinya.[2] Seseorang suami yang menjatuhkan talak ke atas isterinya tanpa sebab-sebab yang munasabah dikehendaki membayar mutaah.[3] Ini bererti bahawa hak talak itu dikira jatuh semuanya

dengan tanggungjawab kewangan yang perlu dipenuhi oleh suami.[4] KONSEP PERCERAIAN DALAM ISLAM

Perceraian merupakan suatu yang halal tetapi paling dibenci oleh Allah. Rasulullah SAW bersabda sepertimana menurut Abu Dawud dan Ibn Majah yang bermaksud:

(2)

[2014] 1 LNS(A) xlv Legal Network Series 2

“Perkara halal yang paling dibenci oleh Allah adalah perceraian”

Menurut mazhab Syafie, hukum cerai meliputi beberapa keadaan iaitu:[5]

a) wajib

Perceraian disebabkan suami bersumpah tidak mahu menghampiri isterinya selama empat bulan dan perceraian melalui mahkamah iaitu yang diputuskan oleh kadi setelah keadaan rumahtangga pasa ngan tersebut gagal diperbaiki.

b) haram

Suami menceraikan isteri dalam masa haid atau dalam masa suci tetapi sebaik sahaja selepas disetubuhi.

c) sunat

Perceraian disebabkan suami tidak dapat menyempurnakan nafkah batin atau isterinya tidak diingini sedikit pun oleh su aminya.

d) makruh

Perbuatan suami menceraikan isteri tanpa sebab dan perbuatan ini juga boleh membawa kepada haram.

Para fuqahak membahagikan percaraian ini melalui dua keadaan iaitu perceraian dengan lafaz yang jelas (al-talak al-soreh) dan perceraian secara sindiran (al-kinayah). Perceraian dengan lafaz yang jelas seperti “saya ceraikan awak” memberi kesan jatuhnya talak walaupun dilakukan tanpa niat. Manakala bagi perceraian secara sindiran pula memerlukan wujudnya elemen niat ketika sesuatu perkataan dikeluarkan. Lafaz perceraian secara

(3)

[2014] 1 LNS(A) xlv Legal Network Series 3

sindiran ini adalah seperti “pulanglah awak ke rumah bapamu.” Justeru, niat suami perlu dilihat ketika mengungkapkannya sama ada berniat untuk menceraikan atau tidak.

Hak talak adalah milik si suami. Walau bagaimanapun, seorang isteri itu masih mempunyai tiga kaedah untuk menuntut hak perceraian iaitu menerusi ta’liq, fasakh dan khulu’ atau tebus talak. Ta’liq bererti talak yang bersandarkan kepada syarat melalui lafaz yang dilakukan oleh suami ketika dinikahkan manakala fasakh adalah tuntutan isteri agar si suami melepaskan setelah si suami gagal menjalankan tugasnya sebagai seorang suami yang sempurna manakala khulu’ adalah pembayaran oleh isteri kepada suami suatu benda yang bernilai atau wang bagi melepaskan dari ikatan pernikahan.

PERCERAIAN MELALUI SISTEM PESANAN RINGKAS (SMS)

Ikatan perkahwinan merupakan satu rahmat dari Allah sebagaimana dinyatakan di dalam surah Al-Bagarah ayat 187 yang bermaksud:

“Isteri kamu adalah pakaian kamu dan kamu pula adalah pakaian mereka”

Namun begitu, bukan semua perkahwinan yang wujud itu berakhir hingga ke akhir hayat. Perceraian merupakan jalan terakhir bagi sebuah pasangan yang menghadapi konflik rumahtangga setelah segala usaha untuk menyelamatkannya dilakukan. Allah berfirman dalam surah an -Nisa’ ayat 19 yang bermaksud:

“Dan bergaullah dengan mereka (isteri kamu itu) dengan cara yang baik. Kemudian, jika kamu (merasai) benci (disebabkan tingkah lakunya) janganlah kamu terburu-buru menceraikanya, kerana boleh

(4)

[2014] 1 LNS(A) xlv Legal Network Series 4

jadi kamu bencikan sesuatu sedangkan Allah hendak menjadikan pada apa yang kamu benci itu kebaikan yang banyak untuk kamu.” Secara umumnya, Islam telah menggariskan bahawa setiap penceraian (talak) hendaklah dilakukan secara berlafaz (sighah) manakala isteri pula harus mendengar lafaz cerai yang dikeluarkan oleh suami. Oleh sebab itulah, Malaysia telah mensyaratkan setiap lafaz cerai perlu dibuat di hadapan pegawai agama dengan tujuan untuk memastikan perceraian itu benar-benar dilafazkan dan tidak dilakukan dalam keadaan marah atau dalam keadaan hati yang tidak tenteram.

Namun begitu, dalam kecanggihan perkembangan teknologi komunikasi masa kini, perceraian boleh berlaku dalam satu lagi medium selain lisan dan surat iaitu melalui Sistem Pesanan Ringkas (SMS). Kita harus sedar bahawa penceraian bukanlah satu perkara yang boleh dipermainkan dan kecanggihan teknologi bukannya alasan untuk disalahgunakan. Ini adalah kerana penggunaan SMS untuk melafazkan cerai boleh disalahgunakan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab selain penyalahgunaan hak oleh suami.

Menurut muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan bagi Hal Ehwal Agama Islam kali ke-55 yang bersidang pada 27 Julai 2003 telah menyatakan bahawa hukum bercerai melalui SMS adalah sah sekiranya disertai dengan niat. Cerai menerusi SMS ini juga merujuk kepada cerai dalam bentuk tulisan yang jelas daripada seorang suami kepada isterinya dan ia berbentuk lafaz kinayah. Majlis Fatwa Kebangsaan juga menyatakan bahawa semua perceraian perlu dikemukakan ke Mahkamah Syariah bagi mensabitkan talak tersebut.

(5)

[2014] 1 LNS(A) xlv Legal Network Series 5

dengan menggunakan alat komunikasi moden selain SMS seperti faksimili dan e-mel adalah kaedah perceraian yang tidak menepati adab perceraian yang digariskan oleh syarak. Pendapat ini dipersetujui oleh Mufti Wilayah Persekutuan pada tahun 2001 di mana Datuk Hashim Yahya telah mengesahkan bahawa lafaz cerai menerusi SMS adalah sah mengi kut hukum syarak dan membawa kesan yang sama seperti lafaz penceraian yang dibuat dengan penggunaan surat, telefon dan juga e -mail.[6]

Sepertimana yang dinyatakan di atas, cerai melalui SMS ini dirujuk oleh Majlis Fatwa Kebangsaan seperti cerai melalui tulisan (Bil Kitabah). Tulisan adalah diiktibarkan syara’ sama seperti perkataan yang dilafazkan. Kebanyakan ahli fuqahak berpendapat bahawa cerai melalui tul isan hanya menjadi sah sekiranya disertai dengan niat si suami dalam menceraikan isterinya. Namun begitu, menurut mazhab Hanafi, dua syarat yang perlu diperhatikan berkenaan dengan cerai melalui tulisan ini ialah:

a) sesuatu tulisan itu perlu jelas

Tulisan yang jelas atau lafz al-mustabinah merujuk kepada tulisan yang tertera di atas helaian kertas, batu atau tanah. Sesuatu perceraian dengan tulisan yang tidak jelas atau ghir al-mustabinah seperti tulisan di atas air yang sama sekali tidak dapat dibaca dan dikenalpasti, tidak akan memberi kesan terhadap suatu perceraian. b) tulisan tersebut ditujukan khusus kepada isterinya tertentu. Sekiranya si suami hanya menyebut sifat isterinya tanpa menamakan, contohnya, “Aku ceraikan si hitam manis”, mazhab Hanafi berpendapat bahawa ia perlu disertai dengan niat bagi mengesahkan cerai tersebut.

(6)

[2014] 1 LNS(A) xlv Legal Network Series 6

Secara rumusan, pendapat dan mazhab Hanafi ini menjelaskan, walaupun lafaz cerai dilakukan menerusi tulisan, tetapi sekiranya cerai itu ditujukan kepada seseorang yang jelas (al-Marsumah), kedudukan cerai itu sama seperti kedudukan cerai soreh. Niat diperlukan hanya dalam keadaan sesuatu tulisan itu tidak jelas sama ada bentuk tulisan itu sendiri atau kepada pihak yang ditujukannya. Namun begitu, bagi mazhab Syafie dan Maliki pula berpendapat, cerai melalui tulisan walaupun dalam bentuk soreh tidak akan menjatuhkan talak kecuali disertakan dengan niat dan tulisan itu perlulah ditulis sendiri oleh suami kepada isterinya.[7] Oleh yang demikian, dalam hal tulisan melalui sms, seharusnyalah lafaz talak tersebut ditaip dan dihantar oleh si suami kepada isteri dengan niat untuk menceraikannya agar membolehkan gugurnya talak.

KES-KES PERCERAIAN MELALUI SMS DI MALAYSIA

Isu kes cerai melalui SMS mula mendapat perhatian masyarakat di negara ini apabila hakim Mahkamah Syariah Gombak, Mohamad Fauzi Ismail pada Julai 2003 memutuskan bahawa cerai ta’liq yang dilakukan oleh Shamsuddin Latif menerusi SMS terhadap pasangannya Azida Fazlina Abdul Latif sebagai sah. Pada tahun yang sama juga, sebanyak 20 kes perceraian menggunakan SMS didaftarkan di Mahkamah Syariah Selangor.[8] Manakala sehingga Jun 2005, Jabatan Agama Islam Johor

(JAIJ) mencatatkan 15 kes suami menjatuhkan talak melalui SMS.

Jika dilihat dari jumlah kes yang dilaporkan di kedua -dua negeri, jelas menunjukkan bahawa perceraian melalui SMS sudah menjadi tren masa kini. Perceraian seharusnya dilakukan dengan cara yang ba ik dan bukannya dengan kaedah menjatuhkan martabat isteri. Terdapat beberapa kes perceraian melalui SMS yang mendapat liputan luas di akhbar, antaranya

(7)

[2014] 1 LNS(A) xlv Legal Network Series 7

a) Tan Sri Zaki Azmi mengemukakan permohonan di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur untuk mengisytiharkan pernikahannya dengan seorang pengurus syarikat di Perlis, Nor Hayati Yahaya sebagai tidak sah. Beliau menceraikan isterinya dengan lafaz cerai talak tiga melalui SMS pada 10 Julai 2005.

b) Datuk Kamaruddin Ambok, Pengerusi Biro Perhubungan UMNO Wilayah Persekutuan menceraikan isterinya Mahani Hussain melalui SMS dan pesanan suara telefon bimbit.

c) Penyanyi Noraniza Idris telah menerima SMS daripada suaminya pada 7 September 2005 yang berbunyi “...aku lepaskan kau.” Namun begitu, perceraian tidak dapat disabitkan selepas suaminya membuat penafian sumpahan dan menyata kan menghantarnya tanpa niat untuk menceraikan isterinya.

Perceraian melalui SMS ini merupakan perceraian yang berlaku di luar mahkamah dan ianya adalah bertentangan dengan seksyen 124 Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah Persekutuan) 1984 dan jika bersabit kesalahan boleh dipenjara maksimum enam bulan atau denda RM1000. Ini bermaksud sesiapa sahaja yang menceraikan isterinya dengan menggunakan lafaz talak di luar mahkamah telah melakukan satu jenayah dan hendaklah diheret ke mahkamah. Seandainya pertuduhan ke atas suami itu sabit, dia hendaklah dihukum dan bila mendapat hukuman tersebut, diharap suami akan sedar bahawa undang-undang keluarga Islam tidak boleh diremeh dan diperlekehkan.[9]

Bagi perceraian yang berlaku di luar mahkamah ini misalnya yang berlaku di Kuala Lumpur, si suami masih perlu mengesahkan perceraian di bawah seksyen 55A Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah Persekutuan)

(8)

[2014] 1 LNS(A) xlv Legal Network Series 8

1984 di mana mahkamah akan memanggil pihak yang terbabit untuk disiasat lafaz cerai itu sama ada dibuat secara bertulis atau tidak dan sama ada ia dilakukan mengikut hukum syarak. Sekiranya mahkamah berpuas hati mengenai lafaz cerai tersebut, seksyen 124 Akta Undang -Undang Keluarga Islam (Wilayah Persekutuan) 1984 membenarkan untuk membuat perintah mengesahkan perceraian, merekodkan dan memberitahu kepada pendaftar.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdul Hamid Zainal Abidin apabila mengulas tentang keputusan kabinet untuk tidak mengesahkan perceraian melalui SMS dipetik berkata, jika seseorang suami menghantar SMS yang menyatakan cerai kepada isteri, talak tidak akan jatuh kerana lafaz tersebut masih tertakluk kepada hukum bahawa mengikut undang-undang keluarga Islam di Malaysia ia perlu dibawa ke mahkamah bagi tujuan pengesahan. Situasi tersebut hanyalah dianggap cubaan untuk bercerai dan lafaz talak tidak akan sah sehinggalah diperakukan oleh Mahkamah Syariah mengikut Undang -Undang Keluarga Islam 1984.[10]

Penceraian melalui SMS pada zahirnya akan mencacatkan tujuan sebenar peruntukkan undang-undang keluarga Islam yang memperuntukan setiap pasangan yang mengambil keputusan untuk membubarkan perkahwinan hendaklah melalui proses kaunseling sebelum mahkamah mengesahkan pembubaran tersebut.[11]

Prof. Ahmad Ibrahim dalam kes Rojmah Abdul Kadir lwn. Mohsin[12] telah memberi penjelasan secara panjang lebar tentang undang -undang Islam yang melibatkan pembubaran perkahwinan dan juga syarat-syarat yang perlu dipenuhi untuk mengesahkan penceraian. Beliau menerangkan

(9)

[2014] 1 LNS(A) xlv Legal Network Series 9

bahawa beberapa seksyen yang diperuntukkan di dalam Undang -undang keluarga Islam (Wilayah Persekutuan) 1984 seperti seksyen 54 dan seksyen 124 adalah bertujuan untuk mengetatkan undang-undang penceraian bagi mengelakkan penyalahgunaan. Beliau juga mengulas bahawa walaupun proses untuk melangsungkan perkahwinan adalah suatu perkara yang sukar tetapi si suami telah menjadikan proses penceraian sebagai suatu perkara yang begitu senang untuk dilaksanakan. Justeru itu beliau telah menyeru kepada semua penguatkuasa yang terbabit supaya melaksanakan peruntukan undang-undang bagi memastikan hukum syara’ yang digariskan oleh Al-Quran tidak diambil ringan atau dipermainkan.[13]

PANDANGAN NEGARA-NEGARA ISLAM TERHADAP

PERCERAIAN MELALUI SMS

Di negara Singapura, pada Julai 2001 telah meluluskan fatwa bahawa seorang suami boleh menceraikan isterinya menerusi perkhidmatan SMS dan perbuatan tersebut akan mensabitkan jatuhnya talak. Pendaftar Mahkamah Syariah Singapura, Shaifuddin Saruwan telah menyatakan bahawa lafaz cerai menerusi SMS akan memberi kesan yang sama seperti lafaz cerai yang dibuat melalu surat. Walau bagaimanapun suami berkenaan masih perlu hadir ke Mahkamah Syariah untuk mengesahkan penceraian tersebut. Ini kerana walaupun lafaz cerai yang dibuat melalui SMS adalah memadai tetapi masih ada syarat-syarat yang perlu dipatuhi oleh suami untuk memastikan lafaz talak tersebut sah iait u, pengirim SMS hendaklah suami yang sah, kenyataan lafaz cerai itu adalah jelas dan terang serta semasa menghantar SMS si suami memang berniat untuk menceraikan isterinya. Oleh itu, jika lafaz talak dibuat menerusi SMS, Mahkamah Syariah masih perlu memanggil si suami ke mahkamah untuk mengesahkan lafaz cerai secara bersumpah untuk membuktikan cerai tersebut.[14]

(10)

[2014] 1 LNS(A) xlv Legal Network Series 10

Manakala Penasihat Unit Kaunseling Kekeluargaan Mahkamah Dubai, Amiriah Arab Bersatu (UAE), Andel Salam Mohammad turut menyatakan bahawa lafaz perceraian boleh dibuat melalui SMS.[15] Walau

bagaimanapun cerai menggunakan SMS hanya akan dianggap sah jika memenuhi beberapa syarat iaitu penghantaran SMS hendaklah betul -betul dilakukan oleh suami kerana lafaz talak yang dibuat oleh orang lain tidak akan memberi kesan kepada si isteri. Syarat kedua pula suami mestilah ada niat untuk menceraikan isteri di mana maksudnya mestilah jelas, terang dan difahami. Syarat ketiga, si isteri mestilah menerima SMS tersebut. Ini adalah selaras dengan pendapat Jumhur Ulama di mana jatuh talak melalui tulisan yang disertai niat. Oleh itu apabila seorang suami menceraikan isterinya di dalam hati, tidak jatuh talak tersebut ke atas isteri sehinggalah suami berlafaz dengannya atau mengerakkan lidahnya walaupun tidak dapat didengari.[16]

LANGKAH-LANGKAH BAGI MENGAWAL PERCERAIAN

MELALUI SMS

Terdapat dua jenis perceraian iaitu perceraian di dalam (dengan izin) dan di luar (tanpa izin) mahkamah. Cerai melalui SMS ini merupakan perceraian di luar tanpa keizinan mahkamah. Menceraikan isteri dengan penggunaan teknologi seperti menerusi SMS adalah amat tidak beradab dan pihak lelaki disifatkan sebagai seorang yang pengecut dan bacul. Hukuman yang dikenakan pada si suami yang melafazkan cerai menerusi SMS adalah sepertimana yang terkandung dalam seksyen 124 Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah Persekutuan) 1984 yang membawa kepada hukuman penjara maksimum enam bulan atau denda RM1000. Hukuman ini seharusnya diberatkan lagi bagi menjaga kesucian sesebuah institusi perkahwinan tersebut dan imej Islam itu sendiri.

(11)

[2014] 1 LNS(A) xlv Legal Network Series 11

Cadangan yang dibuat oleh Datuk Syeikh Ghazali Abdul Rahman (Ketua Pengarah Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia pada masa itu) pada tahun 2003 supaya diperkenalkan hukuman penjara mandatori dilaksanakan.kepada suami yang melafazkan cerai terhadap isteri melalui SMS mungkin boleh dipertimbangkan.

Mengenai saranan pelbagai pihak supaya satu undang-undang baru perlu diwujudkan bagi menangani cerai SMS ini bukanlah satu alternatif yang terbaik kerana undang-undang yang sedia ada sebenarnya telah memadai dan cukup tegas. Masalah sebenar kepada hakikat undang -undang di Malaysia adalah terletak pada aspek penguatkuasaan di mana tiada atau kurang penguakuasaan yang tegas dan konsisten oleh pihak -pihak yang berkenaan.

Selain itu, apabila berlakunya kes suami menceraikan isteri di luar mahkamah samaada dilafazkan secara lisan atau dilafazkan men erusi SMS dan suami dibawa ke mahkamah misalnya di bawah Seksyen 124 Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah Persekutuan) 1984, adalah disarankan supaya prosiding mahkamah itu diberi liputan berita yang meluas oleh media cetak dan media elektronik untuk memberi peringatan kepada suami yang berniat menceraikan isteri melalui saluran yang tidak digariskan oleh syara’.

PENUTUP

Perceraian yang dibuat menerusi SMS telahpun diputuskan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan sebagai sah iaitu dalam erti kata lain, gugurnya talak jika ia diiringi dengan niat.Walau bagaimanapun, jika dilihat dari segi etika, perbuatan ini sememangnya disifatkan tidak berperikemanusiaan kerana martabat kaum wanita tidak boleh direndahkan sebegitu rupa

(12)

[2014] 1 LNS(A) xlv Legal Network Series 12

melalui tindakan seumpama ini. Badan perundangan negara seharusnya memandang serius perkara ini dengan mengenakan denda yang berat kepada para suami yang melakukan perbuatan tersebut agar pelakuan menceraikan talak menerusi SMS terkawal.

____________________________________________________________

* Prosiding Seminar Kebangsaan Undang-Undang & Teknologi: Isu Undang-undang dan Syariah, 14 hb September 2006, Falkulti Undang-undang, UKM Diterbit dengan kebenaran Jawatankuasa Penerbitan Fakulti Undang-undang, Universiti Kebangsaan Malaysia.

** sham, @uum.edu.my, Fakulti Pengurusan Awam dan Undang-Undang, Universiti Utara Malaysia.

*** norazlyna@uum.edu.my, Fakulti Pengurusan Awam dan Undang-Undang, Universiti Utara Malaysia.

Nota penghujung:

[1] Surah al-Baqarah 2:229.

[2] Faisal Othman,, (1991), Poligami tidak boleh dijadikan Dasar Negara, Utusan

Malaysia, 6 Disember, hlm. 6.

[3] Mutaah ialah harta-benda yang wajib diberikan oleh suami yang menceraikan isterinya. Kadar mutaah adalah yang dipersetujui oleh suami isteri, jika tiada persetujuan, hakim syarie akan memutuskannya dengan menimbangkan kedudukan suami dari segi kewangan. Dalam kes Piah Che Lah [1983] 3TH 220, mahkamah mendapati bahawa seorang isteri yang nusyuz dengan melakukan perbuatan meninggalkan rumah tanpa izin suami, tidak mendapat na fkah iddah tetapi dibenarkan tuntutan mutaah. Peruntukan berkaitan mutaah ini terkandung di bawah seksyen 56 Akta Undang-undang Keluarga Islam (Wilayah Persekutuan) 1984.

(13)

[2014] 1 LNS(A) xlv Legal Network Series 13 undang-undang Malaysia, Dewan Bahasa dan Pustaka, hlm. 78.

[5] Hassan Salleh, (1989), Asas kekeluargaan Islam, Dewan Bahasa dan Pustaka, h lm. 145.

[6] Jangan benar lafaz cerai melalui SMS’.Utusan Malaysia 11 Julai 2001.

[7] Hukum perceraian melalui sistem pesanan ringkas. Terdapat di: http://www.islam.gov.my/e-rujukan/sms.pdf.

[8] Zieman (2006) Cerai sms; Sam penghinaan kepada isteri. Terdapat di: http://mstar.com.my/cms/comtent.tsp?id=com.tms.cms.article.

[9] Salleh Buang. ‘Cerai di luar mahkamah adalah jenayah ’. Utusan Malaysia. 5 Ogos 2003.

[10] Perlu perakuan Mahkamah Syariah mengikut undang-undang keluarga Islam, cerai sms tidak sah’. Utusan Malaysia. 31 Julai 2003.

[11] Seksyen 47 Akta Undang-undang Keluarga Islam (Wilayah Persekutuan) 1984 .

[12] (1991) 3 MLJ xxx

[13] Mimi Kamariah.(1999) Family law in Malaysia. Kuala Lumpur: Malayan Law Journal. hlm. 144.

[14] ‘Singapura lulus fatwa lafaz cerai melalui SMS ’. Utusan Malaysia. 5 Julai 2001.

[15] Tarmizi Abdul Rahim (2003), Cerai menerusi SMS sah. Terdapat di:

http://www.utusan.com.my/utusan/content.asp?y=2003&dt=0725&pub=Utusan_Mala ysia&sec=Muka Hadampan& pg=mh 01.htm.

[16] Syed Ahmad Syed Hussin et all (eds) .(2001). Wahbah Zuhaily: Fiqh Perundangan

Referensi

Dokumen terkait

Shalawat serta salam senantiasa kita junjungkan kepada Rasullullah Muhammad SAW, sehingga dapat menyelesaikan penyusunan skripsi ini dengan judul “Prestasi Belajar

Penelitian ini difokuskan pada permasalahan yang berkaitan dengan pelaksanaan full day school dalam membentuk sikap kedisiplinan serta mengembangkan minat dan bakat

Berdasarkan analisis data dan temuan penelitian yang diperoleh selama menerapkan model Pembelajaran Berbasis Masalah (PBM), diperoleh kesimpulan sebagai berikut: 1)

penelitian lebih lanjut dalam bentuk skripsi dengan judul “Pengaruh Kreativitas Dan Inovasi Terhadap Keberhasilan Usaha Pada Usaha Pakaian Tauko Medan.”.. 1.2

Model pembelajaran kooperatif tipe Make A Match merupakan kegiatan bekerjasama mencari pasangan sambil belajar mengingat dan memahami suatu konsep atau topik

Berbagai senyawa dengan komposisi yang beragam dapat diperoleh dari proses pirolisis, selain itu jenis bahan baku beserta kondisi operasi pirolisis diperkirakan

1) Organisasi inibersifat intra sekolah, dan merupakan satu-satunya organisasi siswa yang sah di sekolah sebagai wadah siswa berorganisasi dan menampung seluruh kegiatan siswa,

Masyarakat Kalirejo terdiri dari berbagai macam suku dan adat istiadat, walaupun Kalirejo merupakan salah satu desa yang berada di Lampung namun suku asli