• Tidak ada hasil yang ditemukan

SEKOLAH KEBANGSAAN BATU BERENDAM, MELAKA. Penjajahan & Kebangkitan Tokoh

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "SEKOLAH KEBANGSAAN BATU BERENDAM, MELAKA. Penjajahan & Kebangkitan Tokoh"

Copied!
17
0
0

Teks penuh

(1)

Disediakan Oleh : ……… m/s 1

SEKOLAH KEBANGSAAN BATU

BERENDAM, MELAKA

(2)

Disediakan Oleh : ……… m/s 2

Nama : ………

Kelas : ………

No. I/C : ………..

Nama Guru : ……….

Biodata Murid

Nama : ……….

Umur : ………..

Tarikh Lahir : ………

Nama Ayah : ………

Nama Ibu : ……….

Bil. Adik beradik : ………

Cita – Cita : ………..

Hobi : ……….

Falsafah Hidup : Don’t worry be happy.

(3)

Disediakan Oleh : ……… m/s 3

PENGHARGAAN

Penghargaan yang tidak terhingga serta ucapan terima kasih saya

kepada guru pembimbing iaitu Puan MAZURA BINTI MUSTAFA,

ibubapa, rakan-rakan dan semua pihak yang terlibat sama ada secara

langsung mahu pun tidak bagi menyumbangkan idea, kerjasama dan

sokongan sepanjang penghasilan folio ini.

(4)

Disediakan Oleh : ……… m/s 4

Isi Kandungan

1.0 Pengenalan (Konsep Penjajahan) ... 5

a) Konsep Imperialisme ... 5

b) Konsep Kolonialisme ... 5

c) Konsep Mekantilisme ... 5

2.0 Kedatangan Kuasa Luar ... 6

a) Kuasa Luar dan kawasan yang dikuasai ... 6

b) Kronologi Kedatangan Penjajah ... 7

3.0 Tujuan Kedatangan Kuasa Luar ... 8

4.0 Banding Beza Tujuan Kedatangan Penjajah British dan Jepun ... 9

5.0 Penentangan Oleh Tokoh Tempatan ... 9

a) Nama Pemimpin dan tokoh tempatan mengikut zaman penjajahan ... 10

b) Peristiwa penentangan oleh pemimpin tempatan ... 10

6.0 Kesimpulan ... 13 7.0 Lampiran ... 14 Lampiran 1 ... 14 Lampiran 2 ... 15 Lampiran 3 ... 16 8.0 Bibliografi ... 17

(5)

Disediakan Oleh : ……… m/s 5

1.0 Pengenalan (Konsep Penjajahan)

Kedudukan Negara kita yang strategik dan kaya dengan sumber bahan mentah telah menarik kuasa luar datang ke Negara kita. Secara tidak langsung kuasa luar sudah mula berminat untuk menjajah Negara kita untuk pelbagai tujuan. Konsep penjajahan boleh terbahagi kepada tiga iaitu:

a) Konsep Imperialisme

Penjajahan dan peluasan kuasa berdasarkan sempadan politik dan kedaulatan negara.

b) Konsep Kolonialisme

Peluasan kuasa dan penjajahan serta meletakkan pengaruh terhadap negara yang dijajah. Sama ada pengaruh dalam bidang politik, ekonomi dan sosio budaya berasaskan peradaban dan budaya penjajah.

c) Konsep Mekantilisme

Peluasan kuasa dan penjajahan serta meletakkan kuasa dalam aspek ekonomi. Membolot kekayaan ekonomi dan keuntungan untuk negara penjajah. Menjadikan negara jajahan bergantung ekonomi dengan negara penjajah.

Penjajahan berlaku apabila sebuah negara menguasai negara atau bangsa lain - selalunya melalui cara yang agresif atau ketenteraan dan menyaksikan wilayah diambil dengan cara ini. Istilah penjajahan dan imperialisme kadang-kadang digunakan bertukar ganti tetapi sarjana selalunya membezakan di antara kedua-duanya; penjajahan bagi satu negara yang menguasai negara lain melalui kuasa politik, dan imperialisme lebih kepada istilah umum untuk penguasaan politik atau ekonomi sama ada secara langsung atau tidak langsung.

(6)

Disediakan Oleh : ……… m/s 6

2.0 Kedatangan Kuasa Luar

Negara kita terletak di tengah – tengah laluan perdagangan antara Timur dengan Barat. Kekayaan sumber bahan mentah telah menarik kuasa luar datang untuk meakluki Negara kita. Kemunculan Melaka sebagai pusat perdagangan telah menarik minat kuasa luar datang ke Melaka. *Sila rujuk

Lampiran 1 untuk Laluan Pelayaran kuasa luar ke Melaka.

a) Kuasa Luar dan kawasan yang dikuasai

Kedatangan kuasa luar ini disebabkan oleh penemuan jalan laut, penyebaran agama dan keperluan bahan mentah. Kuasa tersebut ialah:

• Portugis - Portugis telah datang ke Melaka pada tahun 1509. Pada awalnya kedatangan mereka hanya untuk berdagang. Oleh sebab Melaka menjadi pusat perdagangan rempah dan enterpot yang terkenal, Portugis telah menawan Melaka pada tahun 1511.

• Belanda - Belanda telah pun bertindak di Betawi (Indonesia) semasa menguasai Melaka. Belanda ingin monopoli kawasan perdagangan di Selat Melaka. Selain itu, Belanda juga hendak menguasai rempah dan bijih timah. Belanda dengan bantuan Johor telah menakluki Melaka pada tahun 1641.

• British - Semasa Belanda menguasai Melaka, pihak British telah bertapak di Pulau Pinang pada tahun 1786. Namun pelabuhan Pulau Pinang tidak berkembang maju, oleh itu, British hendak menguasai pelabuhan Melaka serta ingin menguasai kawasan bijih timah di Semenanjung Tanah Melayu. Melalui Perjanjian Inggeris-Belanda pada tahun 1824, British telah dapat menduduki Melaka.

• Jepun - Jepun mula menyerang Tanah Melayu pada 8 Disember, melalui daripada kawasan utara Tanah Melayu mengikut jalan darat daripada Negara Thailand. Tanah Melayu dan Singapura telah jatuh ke tangan tentera Jepun pada Februari 1942. Pendudukan Jepun berakhir

(7)

Disediakan Oleh : ……… m/s 7 pada 12 September 1945 selama lebih kurang tiga tahun setengah. *Sila

rujuk Lampiran 2 untuk pelancaran Jepun dua arah.

b) Kronologi Kedatangan Penjajah

Tahun 1511 Portugis menakluk Melaka.

Tahun 1641 Belanda menguasai Melaka selepas mengalahkan Portugis. Tahun 1786 British Berjaya menduduki Pulau Pinang melalui perjanjian

dengan Sultan Kedah.

Tahun 1824

Menerusi Perjanjian Inggeris – Belanda, British mendapat hak meluaskan pengaruh di Semenanjung Tanah Melayu, Sarawak dan Sabah.

Tahun 1841 British menguasai Sarawak melalui pelantikan James Brooke sebagai Gabenor Sarawak.

Tahun 1882 British menguasai Sabah.

Tahun 1942

Pendudukan Jepun dari Tahun 1942 hingga Tahun 1945. Jepun menguasai Semenanjung Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak.

(8)

Disediakan Oleh : ……… m/s 8

3.0 Tujuan Kedatangan Kuasa Luar

Kuasa luar yang datang ke negara kita disebabkan oleh faktor perdagangan, kemegahan, penyebaran agama kristian, keperluan bahan mentah dan peluasan tanah jajahan.

Faktor Huraian

Perdagangan Permintaan rempah sangat tinggi di

Eropah. Oleh itu, kuasa Barat ingin menguasai Melaka yang merupakan pusat pengumpulan dan pengedaran rempah.

Kemegahan Negara-negara Eropah bersaing untuk

menjadi kuasa yang dikagumi. Oleh itu, mereka perlu mendapatkan tanah jajahan. Melalui penaklukan tersebut, kuasa Barat diiktiraf dan disanjung oleh negara lain.

Penyebaran Agama Agama Islam sudah berkembang luas di

Asia Tenggara. Oleh itu, kedatangan mereka juga didorong oleh hasrat untuk menyebarkan agama Kristian di Asia Tenggara.

Keperluan Bahan Mentah Selepas berlaku Revolusi Perindustrian di Eropah, kuasa barat memerlukan bahan mentah seperti bijih timah, bijih besi, emas dan arang batu. Bahan mentah ini merupakan keperluan utama kilang mereka. Oleh itu, British ingin menguasai negara kita yang kaya dengan bijih timah.

Peluasan Tanah Jajahan British dan kuasa Eropah yang lain

bersaing di Asia Tenggara. Tujuan mereka adalah untuk perdagangan, keperluan bahan mentah, kemegahan dan penyebaran agama Kristian. Oleh itu, Belanda telah menakluk Indonesia, Sepanyol menakluki Filipina, Perancis menakluk Indochina dan British menakluk Semenanjung Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak.

(9)

Disediakan Oleh : ……… m/s 9

4.0 Banding Beza Tujuan Kedatangan Penjajah British dan Jepun

British mula bertapak di negara kita pada tahun 1786 manakala Jepun pula menduduki Tanah Melayu pada tahun 1942. Kedua – dua Negara, British dan Jepun telah menakluk Negara ini mempunyai tujuan mereka masing – masing yang agak sama namun ada juga yang berbeza. Ianya seperti jadual dibawah:

British Jepun

• Keperluan bahan mentah seperti bijih timah dan bijih besi bagi kilang di negara mereka. • Pasaran barang kilang.

• Menunjukkan kemegahan dan kuasa.

• Bersaing dengan kuasa barat yang lain untuk mendapatkan tanah jajahan.

• Keperluan bahan mentah seperti bijih timah dan getah untuk kilang di Jepun.

• Pasaran barang kilang.

• Menamatkan penjajahan Barat di Asia Tenggara dengan slogan ‘Asia untuk Asia’. • Membentuk sebuah empayar

yang kuat di Asia.

5.0 Penentangan Oleh Tokoh Tempatan

Penjajahan kuasa luar tidak disenangi oleh penduduk tempatan. Penjajahan kuasa luar di Tanah Melayu, Sarawak dan Sabah telah menyebabkan pemimpin dan pembesar tempatan kehilangan kuasa dan kedaulatan. Oleh itu, mereka menentang kuasa luar tersebut.

(10)

Disediakan Oleh : ……… m/s 10 a) Nama Pemimpin dan tokoh tempatan mengikut zaman penjajahan

ZAMAN

PENJAJAHAN

TOKOH/PEMIMPIN YANG MENGETUAI PENENTANGAN

Portugis di Melaka Sultan Mahmud Shah Belanda di Perak Raja Haji

British di Perak Dato’ Maharaja Lela British di Sarawak Rentap

British di Sabah Mat Salleh Jepun di Tanah

Melayu

Anggota Force 136

b) Peristiwa penentangan oleh pemimpin tempatan

i) Sultan Mahmud Shah – Sultan Mahmud Shah menentang Portugis.

ii) Raja Haji – Raja Haji Menentang Belanda.

Raja Haji merupakan pembesar berketurunan Bugis dalam kerajaan Johor-Riau. Kerajaan Johor-Riau berpusat di Riau. Apabila Raja Haji berusaha untuk menawan Riau, Raja Haji dan pengikutnya menentang Belanda. Raja Haji cuba

Sultan Mahmud Shah telah berusaha berkali-kali menawan semula Melaka. Pada tahun 1515 hingga tahun 1519, Sultan Mahmud Shah melancarkan serangan sebanyak tiga kali. Contohnya, pada tahun 1517, baginda dengan bantuan askar dari Muar menyerang Protugis di Melaka tetapi gagal. Baginda juga gagal mengepung Melaka untuk menyekat kemasukan bekalan makanan. Kegagalan Sultan Mahmud Shah ini disebabkan pembinaan Kota AFamosa oleh Portugis.

(11)

Disediakan Oleh : ……… m/s 11 mengepung Melaka pada tahun 1874 tetapi tewas. Pada tahun yang sama, berlaku satu lagi pertempuran di Teluk Ketapang. Raja Haji terkorban dalam pertempuran ini.

iii) Dato’ Maharaja Lela – Dato’ Maharaja Lela menentang British

iv) Rentap – Rentap Menentang British

Rentap ialah ketua orang Iban. Rentap mengutip cukai di sungai Skrang. James Brooke menganggap orang Iban di Sungai Skrang

sebagai lanun lalu bertindak untuk

menghapuskan mereka. Oleh itu, Rentap telah menyerang kubu Brooke di Nanga Skrang pada tahun 1853. Pada tahun 1857 hingga tahun 1858, James Brooke telah beberapa kali menyerang Rentap tetapi gagal. Rentap terpaksa berundur diri apabila James Brooke menyerangnya selama sebulan di Bukit Sadok. Rentap meninggal dunia sebelum dapat menyerang balas terhadap James Brooke.

v) Mat Salleh – Mat Salleh menentang British

J.W.W.Birch merupakan Residen pertama di Perak. Birch mengambil alih kuasa memungut cukai menyebabkan tindakannya itu tidak disukai oleh pembesar. Birch mengharamkan amalan menyimpan hamba oleh pembesar tempatan. Pembesar tempatan berasa marah akan tindakannya itu. Dato' Maharaja Lela bersama-sama dengan pembesar tempatan yang lain merancang membunuh Birch. Akhirnya Birch mati di Pasir Salak pada tahun 1875.

(12)

Disediakan Oleh : ……… m/s 12 Mat Salleh merupakan pembesar Sulu di Sungai Sugut. Mat Salleh menentang Syarikat Borneo Utara British (SBUB). Penentangan ini disebabkan SBUB mengambi hak kutipan cukai daripada pembesar tempatan. SBUB

juga bertindak memusnahkan kampong Mat

Salleh. Mat Salleh marah lalu membakar Pulau Gaya, iaitu pusat pentadbiran British. SBUB bersetuju untuk mendamai dengan membenarkan Mat Salleh mentadbir daerah Tambunan. Namun, SBUB tidak menepati janji. Mat Salleh menyerang semula SBUB tetapi terkorban dalam peperangan pada tahun 1900.

vi) Angkatan Force 136 – Angkatan Force 136 menentang Jepun

Pihak British tewas kepada Jepun semasa Perang Dunia Kedua. Kegagalan ini menyebabkan British membentuk Force 136. Tujuannya adalah untuk menentang Jepun di Tanah Melayu.

Force 136 merupakan pasukan sulit yang menentang Jepun. Markasnya terletak di Sri Lanka dan India. Force 136 bertanggungjawab menaikkan semangat penduduk Tanah Melayu menentang Jepun. Force 136 bertindak mengumpul sukarelawan tempatan menentang Jepun. Ahli Force 136 terdiri daripada pemuda dan pemudi Melayu. Mereka diberi latihan dan senjata untuk menentang Jepun.

(13)

Disediakan Oleh : ……… m/s 13

6.0 Kesimpulan

Dalam bab ini , saya telah mengetahui bahawa sejarah penjajahan di Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak serta mengenali Pahlawan – pahlawan yang pernah wujud di Negara kita. Lokasi yang sangat strategic dan jauh dari bencana alam serta Selat Melaka di Melaka yang mempunyai pusat perdagangan yang sangat pesat disamping Negara yang kaya dengan sumber bahan mentah menyebabkan banyak kuasa luar ingin menakluk Negara kita. Kekayaan tanah air telah dibolot oleh pejajah dan penduduknya pula ditindas . Demi mengembalikan maruah bangsa dankedaulatan negara , Pahlawan tanah air telah berjuang bersama-sama rakyat tempatan untuk menentang penjajah. Walaupun mereka gagal , namun semangat dan keberanian mereka amat dikagumi dan menjadi inspirasi kepada perjuangs seterusnya. Perjajahan kuasa asing telah meninggalkan kesan yang pahit kepada seluruh rakyat pada ketika itu.

Maka, sebagai rakyat kita harus belajar untuk hidup dengan cara aman dan damai. Ini adalah, untuk kekal menjadi bangsa yang bermaruah dan negara yang berdaulat adalah menjadi tanggungjawab kita untuk membina jati diri serta memperkasa bangsa dan Negara.

(14)

Disediakan Oleh : ……… m/s 14

7.0 Lampiran

Lampiran 1

(15)

Disediakan Oleh : ……… m/s 15 Lampiran 2

Serangan tentera Jepun ke atas Tanah Melayu dilancarkan melalui dua arah iaitu pantai Timur dan Pantai Barat melalui jalan darat daripada Negara Thailand.

(16)

Disediakan Oleh : ……… m/s 16 Lampiran 3

(17)

Disediakan Oleh : ……… m/s 17

8.0 Bibliografi

a) Buku Teks Kajian Tempatan Tahun 5 b) Buku Teks Sejarah Tingkatan 2

c) http://ms.wikipedia.org/wiki/Penjajahan d) http://coredev.fsktm.um.edu.my/servlet/sreport.sReportShow?report_id=139& xslFile=orange e) http://en.wikipedia.org/wiki/Mahmud_Shah_of_Malacca f) http://en.wikipedia.org/wiki/Lela_Pandak_Lam g) http://en.wikipedia.org/wiki/Rentap h) http://ms.wikipedia.org/wiki/Mat_Salleh i) http://en.wikipedia.org/wiki/Force_136

Referensi

Dokumen terkait

Abstrak : Penelitian ini bertujuan untuk (1) mendeskripsikan faktor penyebab kesulitan mahasiswa dalam memahami mata kuliah struktur aljabar (2) mendeskripsikan

Pihak UNNES juga perlu memberitahukan kepada sekolah latihan terkait dengan hak dan kewajiban yang harus diperoleh mahasiswa praktikan sehingga dapat memperlancar kegiatan

RANGSANG NEURON SENSORIS OTAK NEURON MOTORIS TANGGAPAN.. Gerak refleks adalah gerak yang

Ini kan sebuah kesadaran yang sangat baik yang momentumnya harus kita gunakan untuk memperluas dan meningkatkan basis pajak kita," kata Jokowi di Kantor Pelayanan Pajak

Judul Tesis : Kajian Pencahayaan Alami Terhadap Kenyamanan Visual dan Termal Secara Fisiologis Pada Ruang Produksi (Studi Kasus PT. Formosa Bag Indonesia Di Tegowanu

informasi akuntansi penjualan dan siklus pendapatan serta kesimpulan atas kegunaan sistem baru yang akan diusulkan dalam mengatasi permasalahan yang ada

Teknik kolase diartikan sebagai komposisi artistik yang dibuat dari berbagai bahan yang ditempelkan pada permukaan gambar (Budiono MA, 2005:15). Kolase dipilih sebagai

Keywords: biomimetic pattern recognition, hyper sausage neuron, writer identification, united moment invariants, aspect united moment