• Tidak ada hasil yang ditemukan

Jentanam Kurangkan Padi Angin PPK Langkawi Keluarkan Padi Organik Sektor Pertanian Pemacu Ekonomi Negara Koridor Ekonomi Wilayah Utara Bangunkan

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "Jentanam Kurangkan Padi Angin PPK Langkawi Keluarkan Padi Organik Sektor Pertanian Pemacu Ekonomi Negara Koridor Ekonomi Wilayah Utara Bangunkan"

Copied!
16
0
0

Teks penuh

(1)

Jentanam Kurangkan Padi Angin

PPK Langkawi Keluarkan Padi Organik

Sektor Pertanian Pemacu Ekonomi Negara

Koridor Ekonomi Wilayah Utara Bangunkan Sektor

Pertanian

(2)

P

adi angin merupakan masalah yang melanda dalam industri padi mengakibatkan kerugian kepada pesawah dan negara. Puncanya pelbagai, antaranya penggunaan mesin yang tidak diselia rapi, penggunaan benih yang tidak diiktiraf dan penyediaan sawah yang tidak sistematik. Perlaksanaan penanaman padi secara tabur terus yang bermula pada awal tahun 80-an telah dikenal pasti sebagai punca utama serangan padi angin.

Padi angin menjadi pesaing kepada padi yang ditanam kerana sifatnya cepat tumbuh dan membiak, lebih-lebih lagi pertumbuhannya sukar dikawal. Ia sukar dikenalpasti pada peringkat awal tumbesaran kerana ia menyerupai padi yang ditanam.

Pencemaran padi angin ini mengakibatkan kehilangan hasil antara 74-97% dan merendahkan mutu padi. Laporan lain mendapati sekiranya pencemaran berlaku sebanyak 35%, ia dapat mengurangkan hasil antara 40-50% atau hasil jatuh kepada 3.2 tan/ha.

Masalah padi angin yang juga disebut Padi Merah (Red Rice) merupakan masalah universal kerana ia juga berlaku di negara pengeluar padi yang lain di dunia.

Dari segi morfologi, padi angin dapat dikenalpasti daripada pokoknya yang lebih tinggi, permukaan daun berbulu kesat, perikarp berpigmen, warna daun, bentuk tangkai dan biji padi mudah lerai. Jika dilihat dari segi saiz pula terdapat biji padi yang panjang dan pendek. Manakala perbezaan yang ketara dapat dilihat ialah biji padi angin biasanya mempunyai ekor.

Jentanam

Kurangkan Padi

Angin

Oleh : Rohman Jasmani (Ibu Pejabat LPP)

(3)

Padi angin amat berbeza dari segi ketinggian pokok, bilangan tangkai dan bilangan biji/tangkai.

Pelbagai usaha dilakukan oleh pihak-pihak yang terlibat dalam industri padi bagi mengatasi perkara ini. Antara cara yang disarankan adalah pengiliran cara penanaman padi, sekiranya musim ini menggunakan cara tabur terus, maka musim berikutnya cara mengubah perlu dilakukan. Walaupun cara mengubah dapat mengurangkan masalah padi angin, namun memerlukan masa yang lama dan tenaga buruh yang ramai. Malah tenaga mahir dalam kerja ini telah lama berkurang. Beberapa inisiatif telah dilakukan oleh pihak tertentu dalam memperkenalkan cara mengubah terbaru. Penggunaan mesin transplanter atau jentanam kepada para peladang yang mengusahakan projek padi benih berdaftar antara langkah yang diambil.

Mesin jentanam yang kini semakin banyak digunakan oleh pesawah bukan sahaja mampu mengurangkan pembiakan padi angin, malah bolah mempercepatkan kerja dengan keupayaan mengubah 1.2 hektar sehari. Antara keistimewaan lain mesin ini ia dapat mengubah mengikut jarak dan jumlah anak benih yang kita kehendaki.

Dengan penggunaan mesin yang menggantikan tenaga manusia dalam kerja mengubah ini ia berlainan

dengan cara yang biasa dilakukan oleh kebanyakan pesawah kerana ia memerlukan benih padi yang disemai terlebih dahulu. Benih-benih padi yang terpilih akan diletak dalam tray (takung) berukuran 2 kaki x 1 kaki x 1 inci tinggi untuk semaian anak padi dan bagi 0.4 hektar sawah memerlukan 100 tray anak padi. Tapak semaian khas yang mempunyai saliran yang baik diperlukan bagi menempatkan anak-anak padi ini.

Kerja mengubah anak padi yang berumur 20 hari oleh mesin jentanam biasanya dikenakan kadar bayaran sebanyak RM300.00 setiap 0.4 hektar, iaitu RM150.00 bagi perkhidmatan jentanam dan RM150.00 untuk 100 tray anak padi. Perkhidmatan ini kebanyakan diberi oleh pertubuhan peladang kawasan yang mana ahlinya mengusahakan tanaman padi bagi membolehkan para pesawah mendapat benih padi asas yang terjamin dan bermutu.

Justeru itu, pesawah tidak payah membazirkan tenaga, masa dan wang bagi menyedia dan mengawal tapak semaian. Sebaliknya boleh menumpukan perhatian dalam kerja-kerja penyediaan bendang bagi proses penanaman. Penanaman melalui mesin jentanam ini juga memudahkan para pesawah membuat kerja-kerja pembajaan, kawalan serangga dan mengawal rumpai bagi mengelakkan merebaknya padi angin yang mengancam industri padi.

(4)

P

ulau Langkawi merupakan salah sebuah pulau peranginan yang cukup dikenali di dunia dan berada di bawah pentadbiran Kerajaan Negeri Kedah. Langkawi terdiri daripada kumpulan 99 buah pulau tropika yang terletak di luar pantai barat laut Semenanjung Malaysia dan mempunyai kepadatan penduduk seramai 65,000 orang dengan pelbagai aktiviti ekonomi seperti perniagaan yang berkaitan pelancongan, pertanian dan lain-lain lagi.

Pulau Langkawi yang juga dikenali sebagai pulau lagenda ini dianugerahkan dengan kekayaan sejarah silam merangkumi seribu lagenda dan misteri termasuklah cerita burung besar dan garuda, pahlawan gagah perkasa dan puteri mahsuri serta pelbagai catatan sejarah yang lain. Langkawi merupakan salah sebuah pulau yang tercantik di dunia, menjadi kunjungan masyarakat pelusuk dunia bagi menikmati keindahan pulau dan keindahan kehidupan marin.

Tidak hairanlah sektor pelancongan amat sinonim dengan Langkawi yang juga menjadi pulau bebas cukai dan tentunya merupakan penyumbang utama ekonomi. Namun begitu, keindahan dan kekayaan semulajadinya kini mula ditelan arus pembangunan. Bagaimanapun, Langkawi masih berlatarbelakangkan sebuah perkampungan yang cantik dan terpelihara dengan sawah padi terbentang luas.

Sungguhpun pelancongan menjadi fokus utama pulau lagenda ini, sektor pertanian dan industri asas tani tidak pernah dipinggirkan. Banyak jabatan dan agensi ditempatkan dipulau ini bagi memastikan sektor pertanian dan indutri asas tani terus dimajukan.

Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Langkawi merupakan salah satu organisasi yang wujud di Pulau Langkawi bertujuan membela nasib peladang di samping untuk meningkatkan taraf sosio ekonomi penduduknya.

PPK Langkawi memfokuskan kepada aktiviti memajukan sektor tanaman padi dari aspek tanaman, khidmat nasihat, mekanisasi dan pengangkutan. Namun masalah pengairan telah membataskan penamanan padi yang hanya dapat diusahakan satu musim setahun. Usaha sedang dijalankan untuk memohon daripada Kerajaan Negeri supaya sistem pengairan ditingkatkan bagi membolehkan padi diusahakan dua musim setahun.

Projek tanaman padi yang dijalankan di bawah seliaan PPK Langkawi diusahakan samada secara mini estet atau kelompok, bukan hanya melibatkan jenis padi yang biasa ditanam. Tanaman padi organik menjadi

PPK LANGKAWI KELUARKAN PADI ORGANIK

Oleh : Rosly Abdul Rahman (LPP Kedah)

4

(5)

kekuatan dan kebanggaan baru bagi PPK. Ini menunjukkan bahawa PPK akur dengan matlamat pelan korporat LPP dalam peningkatan dan penglibatan PP dalam aktiviti-aktiviti strategik.

Kg. Ewa telah dipilih oleh PPK Langkawi bagi menjalankan projek tanaman padi organik kerana kesesuaian tanah dan persekitarannya. Projek ini dijalankan dengan kerjasama Institut Penyelidikan dan Pembangunan Pertanian Malaysia (MARDI) yang sentiasa memberi khidmat nasihat dan pemantauan bersama PPK bagi memastikan projek yang diusahakan ini mencapai kejayaan.

Sama seperti tanaman padi biasa, aktiviti tanaman padi organik turut memerlukan persediaan tanah yang sempurna. Tanah-tanah perlu dibajak dan dibadai sebelum kerja-kerja tanaman padi dijalankan. Tanaman padi organik boleh dilakukan secara mencedung. Namun PPK menggunakan khidmat mesin jentanam (transpanter) bagi memindahkan semaian padi ke tanah sawah. Setiap mesin jentanam dapat memuatkan sebanyak 12 talam semaian. Dengan penggunaan teknologi ini, ianya akan menjimatkan masa serta dapat mengawal serangan penyakit dan padi angin. Selain itu ianya

dapat mengatasi masalah tenaga buruh yang agak meruncing dalam sektor tanaman padi. Menurut Pegawai Penyelidikan dari MARDI, penanaman padi organik ini memerlukan penjagaan yang agak rapi dan peraturan yang ketat. Tanaman padi organik mengelakkan penggunaan baja dan racun perosak sentatik agar tanaman bebas daripada sisa bahan kimia.

Untuk tanaman padi jenis ini, ianya tidak boleh menggunakan sebarang bahan bukan organik seperti baja kimia. Bagi tujuan keselamatan pokok, racun kimia yang biasanya digunakan dalam tanaman padi juga dilarang sama sekali. Sementara itu, kawasan persekitaran penanaman padi organik mestilah terkawal dan berada dalam kawasan yang tidak dicemari. Sebaik-baik ianya terletak dalam kawasan lindungan dan berada jauh dari

kawasan tanaman padi biasa.

PPK Langkawi disyorkan oleh MARDI menggunakan padi bermutu tinggi jenis Mas Wangi Variety MRQ 74. Pokok padi jenis ini boleh dituai dalam tempoh masa selama 135 hari. Variety ini berbau wangi, sedap dimakan dan harga di pasaran juga agak tinggi. Pokok padi mendapat semburan yang dibuat daripada pokok mambu, serai wangi, halia atau bawang. Variety MRQ 74 diperkenalkan oleh pihak MARDI adalah hasil kacukan Q 34 Kasturi dari jenis wangi India yang mempunyai sifat yang sama dengan Padi Brasmati.

Untuk meningkatkan kesuburan tanah, bahan pembajaan lazimnya diperbuat daripada kompos, najis

(6)

haiwan dan tanaman kekacang. Baja organik juga dihasilkan melalui pengkomposan sisa tumbuhan, jerami, sekam padi dan sisa pemprosesan daripada kilang kelapa sawit. Baja organik akan ditabur di tanah-tanah sawah dan dibiarkan selama sebulan sebelum aktiviti pembajakan dijalankan sebanyak 3 kali. Kerja-kerja membadai kemudiannya dilakukan menggunakan jentera 2 roda.

Struktur pokok padi Mas Wangi adalah rendah berbanding dengan padi jenis biasa iaitu antara 60 hingga 70 sentimeter. Pokok ini mempunyai ketahanan yang tinggi dan tidak mudah rebah walaupun masak dalam musim hujan. Berdasarkan kajian yang dibuat oleh pihak MARDI, hasil padi amat berpotensi dan boleh mencapai sehingga 5.5 tanmetrik sehektar. Padi yang masak akan dituai menggunakan jentera dan ada juga kawasan berskala kecil menggunakan kaedah manual.

Padi yang telah dituai akan dihantar ke kilang padi untuk diproses. Pengendalian lepas tuai padi organik merupakan proses yang kritikal. Padi yang dibawa ke kilang akan melalui proses pertama iaitu fasa pengeringan. Padi akan dimasukkan ke dalam kapuk wap. Padi hendaklah diserak dan diratakan dan proses ini dilakukan berulang kali bagi memastikan padi kering sekata dan serentak. Ianya hendaklah dikeringkan menggunakan suhu yang sesuai bagi mengelakkan padi menjadi rosak atau menjejaskan kualiti beras yang akan dihasilkan.

Kaedah pemprosesan padi dikawal secara automasi. Biasanya padi dikeringkan sehingga 12 peratus bagi membolehkannya disimpan bagi tujuan pengilangan. Padi-padi akan disimpan dalam tempoh masa selama 3 bulan sebelum melalui proses seterusnya. Padi akan melalui proses seperti pembersihan iaitu mengasingkan bahan-bahan asing seperti daun-daun kering, jerami dan kotoran dengan buah padi. Kemudian padi akan melalui proses pembuangan kulit untuk dijadikan beras. Beras seterusnya melalui proses pemutihan dan dalam masa yang sama dedak akan diasingkan dari beras yang dihasilkan.

Pada masa ini PPK Langkawi telah menjalankan penanaman padi organik untuk kawasan seluas 48 hektar. Perancangan masa depan PPK adalah untuk meningkatkan keluasan tanaman padi organik samada di Kg. Ewa atau mengembangkan ke kawasan-kawasan yang lain. Ini bergantung kepada

minat, kesediaan dan kesanggupan ahli untuk melaksanakan projek tersebut.

Pemasaran beras organik pada masa kini amat menggalakkan. Pengguna boleh mendapatkan beras ini di PPK Langkawi. Pemasaran di kawasan Pulau Langkawi dikembangkan ke Institut Pegurusan Peladang (IPP) Langkawi di Jalan Ayer Hangat dan di MARDI Langkawi serta boleh diperolehi di hotel-hotel terkemuka di Langkawi. Harga bagi sekilo beras organik ialah RM6.00, jauh lebih tinggi jika dibandingkan dengan harga beras biasa yang dijual dipasaran.

PPK Langkawi juga giat mempromosikan beras organik dan membuat jualan di pameran-pameran seperti Hari Peladang, Penternak dan Nelayan. Sambutan yang diperolehi amat menggalakkan di mana permintaan adalah melebihi penawaran. Kepada yang berminat untuk mendapatkan beras organik PPK Langkawi, bolehlah menghubungi pejabat PPK Langkawi, Padang Matsirat, 07100 Langkawi, Tel 04-9551205 atau Fax 04-9552993.

6

(7)

S

ektor pertanian merupakan antara dasar dalam Rancangan Malaysia Ke-9 yang selaras dengan hala tuju Dasar Pertanian Negara Ketiga. Pendekatan pertanian baru ini diharap dapat mencetuskan revolusi dan akan berupaya mempergiatkan semula sektor pertanian sebagai penyumbang ekonomi Negara. Bagi mencapai matlamat ini, pembangunan sektor pertanian dalam Rancangan Malaysia Ke-9 akan dilaksanakan berdasarkan teras dasar iaitu:

i. Meningkatkan pengeluaran pertanian termasuk penerokaan sumber pertumbuhan baru dengan penyertaan sektor swasta yang lebih besar;

ii. Mengembangkan aktiviti pemprosesan berasaskan pertanian dan kepelbagaian produk;

iii. Memperkukuhkan pemasaran dan rangkaian global;

iv. Meningkatkan pendapatan pekebun kecil, petani dan nelayan; dan

v. Menambah baik sistem penyampaian perkhidmatan.

Berdasarkan teras dasar pelaksanaan Rancangan Malaysia Ke-9 yang ditetapkan, perancangan dan pelaksanaan projek dan program akan dibuat bagi mencapai 5 sasaran khusus berikut :

i. Menjanakan pertumbuhan nilai ditambah sebanyak 7.6% berbanding dengan sumbangan sektor perladangan sebanyak 3.2%;

ii. Mencapai imbangan perdagangan dalam makanan sebanyak RM 1.2 billion;

iii. Mencapai pertumbuhan nilai ditambah bagi industri asas tani sebanyak 5.2%;

iv. Menarik pelaburan swasta sebanyak RM 20.1 bilion bagi mengkomersialkan pengeluaran sektor makanan dan industri asas tani; dan v. Mencapai sasaran SSL bagi komoditi-komoditi

seperti yang telah disasarkan.

Penterjemahan halatuju dan teras dasar Rancangan Malaysia Ke-9 akan menumpukan kepada usaha ke arah menjayakan matlamat akhir dan sasaran yang telah ditetapkan. Program-program dan projek pembangunan yang bakal dilaksanakan adalah selaras dengan strategi iaitu:

i. Menambahkan kawasan pengeluaran agro-makanan;

ii. Memajukan sumber pertumbuhan baru seperti tangkapan ikan laut dalam dan tuna, rumpai laut, ikan hiasan dan bunga-bungaan;

iii. Meningkatkan industri asas tani;

iv. Mempelbagaikan sumber pendapatan golongan sasar;

v. Memanfaatkan Agro-bioteknologi dan Marin Bioteknologi;

vi. Peningkatan Keupayaan Pemasaran,

vii. Pematuhan Piawaian dan Kualiti Antarabangsa;

viii. Penyediaan Pinjaman dan Insentif; dan ix. Penumpuan kepada Total Factor Productivitiy Secara keseluruhannya, sasaran utama pembangunan pengeluaran agro-makanan dan pemprosesan hiliran di bawah Rancangan Malaysia Ke-9 ialah untuk memperbanyakkan golongan petani,

Sektor Pertanian

Pemacu Ekonomi

Negara

(8)

penternak dan nelayan moden dan komersial serta agro-entrepreneurs untuk menerajui pembangunan agro-makanan.

Pelancaran Zon Industri Akuakultur (ZIA) merupakan projek perintis pengeluaran akuakultur yang akan dilaksanakan di bawah pendekatan ‘anchor company‘ bagi mencetuskan pembangunan pesat dalam ternakan Ikan/ Udang Laut, Udang/ Ikan Air Tawar, Kerang dan Ikan Hiasan.

Peruntukan di bawah pembangunan infrastruktur ZIA iaitu, jalan ladang, sub-stesen elektrik, saliran utama dan kolam takungan ialah RM16 juta, manakala peruntukan dalam RMK9 sehingga 2010 sahaja ialah RM6.895 bilion serta memerlukan 22,284 orang pengusaha.

Perlaksanaan Pusat Fidlot Kebangsaan (NFC) oleh Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani semata-mata bertujuan menambah pengeluaran daging lembu bagi mencapai tahap sara hidup 35 peratus menjelang tahun 2010. Kejayaan projek ini akan mengurangkan kadar import bagi daging lembu dan kambing yang amat besar. Projek NFC melibatkan kawasan seluas 2,024 hektar di Gemas, Negeri Sembilan dan 626 hektar dalam bentuk 310 Ladang Satelit di seluruh Negara.

Sasaran pengeluaran daging lembu ialah 15,840 tan metrik serta 102,200 tan metrik baja organik menjelang tahun 2010. Projek NFC memerlukan pembabitan 860 usahawan; 1 integrator, 4 syarikat kontrak komersial, 310 ladang satelit dan 545 pengusaha ladang integrasi. Manakala bilangan peluang pekerjaan yang disediakan oleh projek NFC ialah 780 orang.

Kerajaan Persekutuan menyediakan kemudahan asas & infrastruktur yang dianggar berharga RM1.3 bilion bagi memajukan sektor pertanian. Sektor swasta adalah digalak memainkan peranan sebagai ‘anchor company’ serta mewujudkan ‘smart partnership’ dengan usahawan di luar Taman Kekal Pengeluaran Makanan (TKPM). Projek TKPM dijangka memerlukan tenaga 834 orang di pihak kerajaan manakala pembabitan pihak swasta ialah seramai 6,500 orang.

Projek Pembangunan Usahawan Industri Asas Tani (Agro-Enterpreneur) bertujuan membangunkan enterprais dan usahawan asas tani ke arah Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS). Projek ini dijangka akan meningkatkan pendapatan pengusaha melalui aktiviti nilai tambah sehingga sekurang-kurangnya RM2,000 bersih sebulan dan disasarkan sebanyak 10,000 pengusaha akan dilahirkan dalam tahun 2010 dengan menjana nilai sebanyak RM2,461 billion, iaitu pendapatan

8

Ternakan lembu yang diusahakan secara intergrasi dengan kelapa sawit oleh PPN Perak menjurus kepada transformasi pertanian.

(9)

kasar sebanyak RM4,100

sebulan bagi setiap pengusaha. Ladang

Kontrak merupakan program yang bersifatkan pengeluaran di samping dua program lain iaitu NFC dan juga TKPM dibangunkan di bawah Projek New Agriculture Integrated Development.

Pelaksanaan program ini akan mengambil kira kesemua aktiviti di sepanjang rantaian bekalan pengeluaran pertanian di mana khidmat-khidmat sokongan untuk menjayakan projek ini seperti kemudahan lepas tuai yang merangkumi pusat pengumpulan, pusat pengedaran akan disediakan. Selain itu, perkhidmatan-perkhidmatan sokongan lain seperti kemudahan kredit, perkhidmatan bantuan teknikal, kemudahan input pembangunan dan pemasaran juga akan disediakan. Projek Ladang Kontrak yang mempunyai peruntukan sebanyak RM34 juta ini mewujudkan peluang kepada seramai 22,243 orang sebagai peserta. Pelaksanaan projek-projek pembangunan pertanian memerlukan sokongan perkhidmatan yang cekap dan berkesan. Perancangan, perlaksanaan dan pemantauan dari peringkat

awal sehingga kepada pemasaran hasil-hasil dan produk-produk pertanian amat penting dalam usaha untuk menjaya dan memajukan sektor ini. Sehubungan itu, pendekatan pelaksanaan projek-projek pertanian melalui kaedah MOA Inc. yang diperkenalkan oleh Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani adalah semata-mata memartabatkan sektor pertanian.

Objektif pelaksanaan projek-projek secara MOA Inc. adalah untuk meningkatkan keberkesanan sistem penyampaian bagi mencapai matlamat mentransformasi sektor pertanian dan meningkatkan peranan kerajaan dalam menghadapi isu-isu, cabaran-cabaran dan kehendak-kehendak sektor pertanian agar berdaya saing untuk menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi negara secara berterusan.

Ia dilaksanakan melalui pendekatan dengan menggembleng seluruh pemikiran, tenaga dan sumber manusia daripada kesemua jabatan dan agensi di bawah Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani untuk memberikan khidmat kepakaran dan nasihat yang terbaik bagi membantu golongan sasar. Melalui pendekatan ini juga, kesemua Jabatan dan Agensi tersebut akan memberi perkhidmatan secara berpasukan disemua peringkat pembangunan projek seperti perancangan, pelaksanaan, pengurusan, pemasaran, pemantauan dan penilaian. Dengan peranan yang dilaksanakan oleh Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani ini, sektor pertanian akan menjadi perniagaan yang menguntungkan dan seterusnya sebagai pemacu ekonomi negara.

(10)

K

erajaan baru-baru ini telah melancarkan beberapa koridor ekonomi yang dipecahkan kepada zon selatan utara, timur, Sabah dan Sarawak. Di dalam setiap zon ekonomi yang dilancarkan terdapat pelbagai sektor ekonomi akan dibangunkan bergantung kepada kedudukan infrastruktur dan kegiatan ekonomi setempat. Sektor pertanian tidak diketepikan dan dijadikan pemangkin dikebanyakkan zon ekonomi tersebut.

Pembangunan Koridor Ekonomi Wilayah Utara (NCER) telah melihat sektor pertanian mampu menjana ekonomi di mana pertanian adalah salah satu sektor ekonomi utama di negeri-negeri utara, melibatkan 21.7% tenaga pekerja bagi Perlis, 19% bagi Kedah, 18% bagi Perak dan 1.4% bagi Pulau Pinang.

Aktiviti-aktiviti pertanian di Koridor Ekonomi Wilayah Utara merangkumi penanaman padi, tanaman komersial seperti kelapa sawit, getah dan tebu serta buah-buahan dan sayur-sayuran. Daripada sejumlah 800,000 hektar kawasan pertanian utama, hampir 42% ditanam dengan padi dan 49% kelapa sawit. Pendapatan rendah para petani berbanding pekerja sektor-sektor lain berpunca daripada kadar pengeluaran tanaman yang rendah, yang disebabkan oleh beberapa faktor asas. Salah satu objektif utama Koridor Utara adalah untuk menangani faktor-faktor tersebut, seterusnya meningkatkan pendapatan petani dan juga sumbangan ekonomi sektor pertanian kepada negara.

Perubahan dari amalan-amalan sedia ada kepada amalan-amalan “pertanian baru” adalah amat

Koridor Ekonomi

Wilayah Utara

Bangunkan Sektor

Pertanian

penting bagi menangani isu kadar pengeluaran yang rendah dan menambahbaik produktiviti tanah. Ini seterusnya akan meningkatkan sumbangan ekonomi sektor pertanian, menambah pendapatan penduduk luar bandar dan mengurangkan defisit perdagangan negara terhadap bahan makanan yang telah meningkat dari tahun ke tahun.

Kira-kira 40% keluasan tanah Koridor Ekonomi Wilayah Utara iaitu 932,581 hektar diklasifikasikan untuk pertanian. Daripada jumlah ini, 595,615 hektar digunakan untuk penanaman padi, tebu, kelapa sawit dan getah. Sebanyak 167,598 hektar daripada keluasan tersebut ditanam dengan padi, iaitu mewakili 64% daripada jumlah kawasan penanaman padi di Semenanjung Malaysia.

Selain daripada tanaman komersial seperti kelapa sawit yang diusahakan oleh syarikat perladangan, kebanyakan aktiviti pertanian dijalankan oleh pekebun-pekebun kecil, terutamanya penanaman padi dan ternakan. Padi biasanya ditanam oleh pekebun-pekebun kecil dalam kawasan purata seluas 1.06 hektar. Pertanian pada skala kecil menyebabkan ketidakcekapan, kos pengeluaran yang tinggi serta kualiti pengeluaran yang tidak konsisten. Ini akhirnya mengakibatkan hasil pengeluaran dan pendapatan yang rendah dan menghadkan keupayaan petani untuk membuat pelaburan yang dapat meningkatkan produktiviti.

Sektor padi akan ditingkatkan produktivitinya daripada tahap pengeluaran masa kini 3-5 tan sehektar kepada 8 tan sehektar menjelang 2012 dan 9-10 tan sehektar menjelang 2020 melalui pembangunan penyediaan infrastruktur pengairan. Kerajaan telah menyediakan

10

(11)

pelbagai inisiatif untuk meningkatkan pengeluaran padi dan menambah pendapatan petani, antaranya ialah:

· Penghasilan biji benih padi bermutu tinggi di Pusat Penyelidikan dan Pembangunan Benih. · Penambahan bilangan pengeluar biji benih

yang diperakui.

· Pewartaan kawasan jelapang utama untuk melindungi kawasan padi daripada digunakan untuk tujuan selain pertanian makanan.

· Pelaksanaan program pertanian bersepadu untuk mempelbagaikan dan meningkatkan pendapatan petani seperti penternakan ikan dalam tali air atau penanaman buah-buahan dan tanaman kontan di sepanjang batas. · Penambahan nilai kepada hasil padi dengan

menggalak aktiviti hiliran berasaskan dedak, jerami dan sekam padi.

· Penukaran jenis tanaman bagi petani-petani di kawasan yang tidak dirangkumi sistem pengairan moden.

Di samping itu sektor perikanan dan akuakultur dipertingkatkan kerana kawasan pesisiran pantai sepanjang 700km turut menyediakan peluang-peluang untuk menternak kepelbagaian spesies ikan. Kewujudan sumber-sumber air tawar telah menggalakkan perkembangan ternakan ikan air tawar dan Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani telah mengenal pasti 217 hektar tanah di Perlis dan 202 hektar di Kedah sesuai digunakan untuk aktiviti-aktiviti tersebut.

Pembangunan sektor ternakan akan dapat membantu mengurangkan pergantungan import daging dan mewujudkan sumber pendapatan tambahan kepada petani. Inisiatif-inisiatif juga telah dirancang dan akan dibangunkan untuk menggalak penternakan seperti:

· Pembangunan sistem fidlot ditahap kampung dan daerah, dengan Pusat Fidlot Kebangsaan, Gemas sebagai sumber pembiakan baka.

Aktiviti-aktiviti pertanian di Koridor

Ekonomi Wilayah Utara merangkumi

penanaman padi, tanaman komersial

seperti kelapa sawit, getah dan

tebu serta buah-buahan dan

sayur-sayuran.

(12)

· Pembangunan estet-estet industri yang terbiar kepada ladang ternakan dan akan menjadi kawasan-kawasan berteknologi tinggi yang tertumpu ke atas produk- produk berasaskan ternakan.

· Pembangunan pusat pemprosesan halal di Perlis, Kedah dan Pulau Pinang untuk tujuan eksport.

Isu-isu pemasaran wujud disebabkan skala penanaman yang kecil, yang mengakibatkan ketidakupayaan untuk membekal hasil pada kuantiti, kekerapan dan mutu yang konsisten. Dengan itu, petani dan penternak kurang berupaya untuk menjadi pembekal terus kepada pasaraya mega, pasaraya biasa, pengilang ataupun peruncit yang akan memastikan permintaan berterusan bagi hasil pertanian mereka. Kebanyakan petani memasarkan hasil pertanian melalui pasar-pasar tempatan, pasar tani, Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) atau orang tengah yang tidak dapat memberi harga pada kadar tetap.

Kadar penggunaan teknologi serta amalan agronomi di kalangan petani adalah masih rendah, walaupun terdapat bantuan kerajaan dari segi khidmat nasihat mengenai amalan pertanian moden, teknologi serta benih berkualiti melalui pelbagai agensi kerajaan. Ini antara faktor yang membawa kepada kadar pengeluaran yang lebih rendah di samping tahap kemahiran teknikal yang

rendah dan ini juga menjejaskan keupayaan untuk mencapai piawaian antarabangsa.

Berdasarkan kepada perkembangan tersebut, peranan pertubuhan peladang akan menjadi lebih penting bagi merealisasikan Koridor Ekonomi yang dibangunkan melalui penglibatan ahli dalam sektor pertanian.

Dengan terlaksananya pelbagai perancangan yang diatur oleh kerajaan untuk memajukan sektor pertanian ia diharap dapat mengubah persepsi umum yang sedikit masa dulu menganggap pertanian adalah untuk sara diri satu industri yang menguntungkan dan selari dengan hasrat kerajaan untuk menjadikan “Pertanian Adalah Perniagaan”.

“Kira-kira 40% keluasan tanah Koridor

Ekonomi wilayah Utara iaitu 932,581

hektar diklasifikasikan untuk pertanian.”

(13)

PENGURUSAN PELABURAN MODAL

PERTUBUHAN PELADANG (PP)

Oleh : Wan Salahuldin Wan Mohd Rashdi (Ibu Pejabat LPP)

Konsep Pelaburan Dalam Pertubuhan Peladang (PP)

Pelaburan merupakan satu alternatif dalam mempelbagaikan pulangan ekonomi perniagaan PP. Pelaburan bukanlah suatu kegiatan yang negatif atau salah dilakukan PP, tetapi ianya hendaklah dilakukan dengan bijaksana dan berlandaskan undang-undang PP. Kepercayaan dan mandat yang diberikan oleh ahli-ahli PP keatas pengurusan PP haruslah dijaga dengan jujur dan amanah. Amalan Tadbir Urus yang baik dapat dicerminkan daripada prestasi penyata kewangan PP yang baik dan positif.

Definasi Pelaburan

Pelaburan boleh didefinasikan sebagai penanaman modal pada masa sekarang dengan jangkaan mendapat pulangan atau keuntungan pada masa akan datang selepas mengambilkira risiko (Mohd Ali Hj. Bahrom, 1995). Pelaburan adalah komitmen dana kepada satu aset yang akan dipegang untuk satu tempoh pada masa hadapan, dengan harapan aset tersebut akan menghasilkan pendapatan optimum.

Perancangan Pelaburan

Pelaburan tidak menjamin sama ada PP akan berjaya mendapat pulangan atau tidak kerana dipengaruhi

oleh faktor-faktor seperti kestabilan politik, ekonomi negara, spekulasi pasaran, persaingan perniagaan, perubahan teknologi dan inflasi. Oleh yang demikian kegiatan perancangan pelaburan dalam PP memerlukan pengetahuan, pengalaman dan kecekapan menilai pasaran. Kebijaksanaan dan pertimbangan yang tepat dalam memutuskan pelaburan dana PP memerlukan kepakaran dan kemahiran tinggi.

Jenis Pelaburan PP

Produk pelaburan yang dipilih untuk melabur bergantung kepada pelbagai faktor seperti matlamat kewangan PP, aliran tunai, tempoh masa, jumlah modal dan aset yang dimiliki PP. Pelaburan fizikal merangkumi kilang, jentera, ladang, bangunan dan

(14)

hartanah. Pelaburan kewangan pula merangkumi sekuriti simpanan tetap, saham dan lain-lain bentuk aset kewangan. Sekuriti adalah dokumen formal yang menjadi bukti pelaburan kewangan di mana pemilik dan hak pembayaran balik antara kedua-dua pihak di catatkan.

Risiko Pelaburan

Pengurusan PP perlu diingatkan bahawa tiada jaminan bahawa pemilikan pelaburan sekuriti akan menerima balik jumlah modal yang dilaburkan atau pulangan tetap bagi pelaburan tersebut. Ini bermakna pengurusan PP mengambil risiko kerana pulangan akan hanya diterima pada masa akan datang bergantung kepada prestasi pasaran saham. Contohnya apabila harga saham jatuh maka PP tidak akan menerima sebarang dividen ataupun keuntungan.

Pematuhan Undang-Undang

Rasional pematuhan peraturan dan undang-undang adalah untuk memberi panduan kepada pengurusan PP agar pelaburan PP diurus secara berhemah dan telus bagi menjamin kepentingan modal ahli-ahli PP. Jumlah yang boleh dilaburkan adalah tertakluk kepada had yang telah diluluskan dalam Mesyuarat Agung PP.

Peraturan 55 (Peraturan PP 1983)

Pertubuhan Peladang boleh melabur atau mendepositkan kumpulan wang dalam bentuk harta dan ekuiti mengikut Seksyen 15 B Akta PP 109 tetapi dengan kelulusan secara bertulis daripada Pendaftar.

Seksyen 15 B (Akta PP 109 1973)

Bentuk-bentuk Pelaburan/Pendepositan

a. Dalam mana-mana bank yang diluluskan oleh Pendaftar dari masa ke masa.

b. Dalam apa-apa sekuriti kerajaan persekutuan atau kerajaan mana-mana negeri.

c. Dalam sekuriti yang dikeluarkan oleh mana-mana pihak berkuasa awam yang ditubuhkan dibawah undang–undang.

d. Dalam modal syer atau sekuriti mana-mana badan atau syarikat berdaftar.

e. Dalam pembelian tanah atau dalam pembinaan

bangunan.

f. Dengan apa-apa cara lain yang diluluskan oleh Pendaftar.

Permohonan Pelaburan PP kepada Pendaftar a. Kertas kerja tujuan pelaburan PP.

b. Mengisi borang permohonan bagi melabur/ memperniaga wang PP. (Borang LPP/B 7/73 – Pin. 2004).

c. Cabutan Minit Mesyuarat Ahli Jemaah Pengarah PP.

d. Cabutan Minit Mesyuarat Agung PP.

e. Penyata kewangan dan Lapuran Audit Tahunan PP.

f. Prestasi dan Analisa Kewangan PP.

g. Laporan Carian Hakmilik dan Carian Syarikat. h. Surat Tawaran Bank/ Institusi.

i. Penyata Kewangan Syarikat.

Pembiayaan Pelaburan PP

Pembiayaan pelaburan boleh didapati dari sumber dalaman dan sumber luaran. Keperluan pembiayaan penting kerana pengurusan kewangan PP yang bijak dan kos efektif bergantung kepada kualiti aset PP, kecekapan sumber, kecairan tunai dan bayaran balik pinjaman bagi mengaut keuntungan ekonomi yang maksimum.

Faktor-faktor Pemilihan Pelaburan PP a. Objektif dan matlamat pelaburan. b. Polisi dan strategi pelaburan.

14

(15)

c. Prospek pertumbuhan perolehan . d. Sebaran sekatan pelaburan. e. Potensi dan risiko pelaburan.

f. Jenis dan jumlah yuran pengurusan dana. g. Prestasi kewangan dan pengagihan pendapatan

kepada pelabur.

h. Maklumat lembaga pengarah, pasukan pengurusan utama, juruaudit dan pemegang amanah.

i. Nisbah, harga perolehan dan hasil dividen.

Penilaian Pelaburan PP

Jumlah pelaburan aset yang tinggi dalam penyata kewangan mungkin memperlihatkan bahawa sesebuah PP tersebut telah berjaya dan kukuh dari aspek kewangan. Ini secara tidak langsung akan menaikan imej PP. Walaubagaimanapun gambaran kedudukan jumlah aset yang tinggi berdasarkan pelaburan PP pada harga kos atau harga beli adalah subjektif. Hakikat sebenar nilai harga saham semasa mungkin telah meningkat naik ataupun jatuh daripada apa yang dilapurkan pada tahun tersebut. Setiap PP perlu mengambilkira peruntukan rosotnilai yang mencukupi bagi pelaburan PP.

Pelaburan Saham Amanah

Saham Amanah merupakan pelaburan alternatif terbaik kerana risiko dapat dikurangkan kerana pelaburan dibuat dalam pelbagai sektor industri. Pelaburan ini diurus oleh pengurusan professional yang berpengalaman. Saham amanah adalah suatu instrumen pelaburan yang berfungsi mengumpulkan sumber kewangan dari kalangan orang ramai untuk dilaburkan secara kolektif

dalam pasaran saham. Pelaburan dibuat dalam beberapa dana di mana kerugian yang ditanggung oleh beberapa kaunter boleh diimbangi oleh keuntungan yang diperolehi daripada

kaunter lain. T a n g g u n g j a w a b Pengurusan PP Adalah menjadi t a n g g u n g j a w a b pihak pengurusan PP untuk menilai kemampuan dan halatuju pelaburan PP. Pengurusan PP perlu sedar dan peka bahawa setiap tindakan yang diambil mempunyai risiko pelaburan yang perlu ditanggung. Kekuatan modal kerja di PP adalah penting bagi

memastikan aktiviti operasi harian PP dapat berjalan dengan lancar. Setiap bentuk pelaburan yang dibuat mesti melihat pulangan yang optimum tanpa menjejaskan kewangan PP. Persekitaran ekonomi yang berubah memerlukan pengurusan PP mengkaji setiap pelauran bagi memastikan strategi pelaburan PP masih relevan dengan objektif dan matlamat PP.

(16)

Untuk keterangan lanjut sila hubungi: Pertubuhan Peladang Kawasan Rengit,

No. 12, Jalan Besar Rengit, 83100 Batu Pahat, Johor Tel : 07-4241251 Faks : 07-4243057

16

Referensi

Dokumen terkait

Word of Mouth, Daya Tarik Iklan, Persepsi Harga dan Kualitas Produk secara simultan atau bersama-sama mempunyai pengaruh yang signifikan dan positif terhadap minat beli motor

1) Hasil observasi siklus I pertemuan pertama adalah aktivitas guru dalam melaksanakan pembelajaran model Make A Match dengan media gambar menunjukkan bahwa:

Upaya perbaikan yang dapat dilakukan yaitu memberikan pemerataan dan kemudahan akses informasi yang efektif seperti melakukan penyuluhan di setiap dinas peternakan

Kesempatan kerja sektoral juga dipengaruhi oleh sumber-sumber pertumbuhan ekono mi dari sisi demand, namun hanya investasi dan ekspor yang secara konsisten signifikan

Perubahan dimensi atau volume bangunan atas mempunyai pengaruh yang signifikan terhadap koreksi lambung timbul minimum untuk kapal ukuran kecil ketika lebar bangunan atas

Bahwa benar dengan demikian Terdakwa telah bertindak seolah-olah sebagai pemilik dengan menggadaikan 1 (satu) unit mobil Toyota Kijang LGX wama biru metalik Nopol B

TERHADAP PENINGKATAN PRESTASI BELAJAR IPA TEMA MAKANAN SEHAT DAN BERGIZI UNTUK SISWA TUNARUNGU KELAS 4 SLB BAGIAN TUNARUNGU YRTRW SURAKARTA TAHUN AJARAN 2014/2015”,

Penelitian ini menganalisis parameter unjuk kerja yang mempengaruhi pada mobile TV saat user melakukan handover pada jaringan mobile WiMAX seperti jitter, end to