Berdasarkan artikel Pengintegrasian Ict Dalam Proses P&P Pendidikan Islam oleh Engkiar bin Martias, Information Communication and Technology (ICT) atau Teknologi Maklumat dan Komunukisai (TMK) boleh didefinisikan sebagai satu alat atau sistem yang digunakan sebagai medium untuk memproses, mengurus, memanipulasi, memindah, menyimpan dan menyebarkan maklumat melalui media elektronik. Holmes (1999), memberikan pandangan bahawa integrasi teknologi dalam P&P memerlukan guru yang bersedia dan fleksibel dalam menggunakan teknologi dalam kaedah pengajaran harian dengan mata pelajaran yang diajar.
ICT memberi banyak manfaat kepada guru untuk menyampaikan proses Pengajaran dan Pembelajaran (PdP). Hal ini kerana ia berupaya meningkatkan kefahaman kepada murid dalam pelajaran. Dalam abad ke-21 murid telah terdedah kepada teknologi-teknologi sejak berumur 4 tahun. Kanak-kanak kini diberi pendedahna kepada gajet sejak mereka belum boleh berkata lagi. Tidak hairanlah pelajar akan bosan didalam kelas jika guru menggunakan teknik pembelajaran lama hanya berbekaalkan kepada buku teks dan papan putih semata-mata.
Selain itu, teknik ini juga meberi manfaat kepada murid kerana ia boleh memberikan murid mengakses maklumat yang sukar diperolehi. Jika kita hanya berpandukan kepada buku teks, murid hhanyya mendapat maklumat berdasarkan apa yang diajar oleh guru sahaja. Dengan adanya ICT ini, murid dapat meneroka maklumat dengan sendiri sejurus dapat menimbulkan minat terhadap salah satu dan pembelajaran menjadi lebih menarik dan mempunyai potensi yang baik untuk meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran.
yang lebih selesa belajar secara konkrit berbanding dengan secara abstrak. Ada yang dikategorikan sebagai ‘field dependent’ berbanding dengan murid ‘field independent’. Ini bermakna aktiviti-aktiviti pengajaran bagi murid yang suka secara abstrak atau tergolong dalam ‘field independent’ adalah mudah tetapi bagi murid yang belajar secara konkrit atau tergolong dalam ‘field dependent’ mereka akan mudah faham seperti beberapa konsep, prinsip, peraturan dan hukum sekiranya terdapat pelbagai bahan ilustrasi, rajah, latihan atau amalan. Oleh sebab itu, dengan adanya ICT, ia dapat membantu guru dapat mempelbagaikan teknik-teknik pembelajaran bagi memenuhi setiap stail ataupun cara murid tersebut belajar.