TASK VIP
Sejarah pernah membuktikan bahawa Malaysia mempunyai gerakan mahasiswa yang cukup disegani dalam lewat era 60 an dan awal 70 an. Kita mempunyai sejarah keunggulan dunia akademik suatu masa dahulu. Namun akhirnya keunggulan ilmu dan idealisme mahasiswa ini tersekat dengan pengenalan Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU).
Di dalam aspek sejarah, AUKU digubal sepertimana yang diungkap oleh Muhammad Abu Bakar di dalam buku yang ulung membicarakan perjuangan mahasiswa: Mahasiswa Menggugat (1975), menyatakan bahawa AUKU adalah merupakan satu konotasi kesan daripada kelantangan dan keterlibatan pelajar secara langsung dengan isu-isu kenegaraan yang sememangnya menggentarkan pihak pemerintah. Malah kecenderungan pelajar menyokong pihak pembangkang terutamanya pada pilihanraya 1969 benar-benar menggusarkan kerajaan yang akhirnya melahirkan AUKU.
Mahasiswa merupakan majoriti di dalam sebuah universiti, namun jelas boleh dilihat bahawa suara mahasiswa yang paling tidak didengari dan dipedulikan. Hal ini kerana mahasiswa tidak lagi mempunyai autonomi sebagai mahasiswa kerana kebanyakan keputusan yang dijalankan tanpa penglibatan secara optimum daripada mahasiswa. Sehubungan itu, kami pihak Gabungan Mahasiswa Ukm (GMUKM) sentiasa komited dalam memperjuangkan isu ini secara berterusan bagi mamastikan mahasiswa kembali diberi kepercayaan oleh pihak pentadbiran sekaligus mengembalikan autonomi mahasiswa yang dirampas selama beberapa dekad yang lalu.
GMUKM menuntut agar mahasiswa diberi AUTONOMI dalam menguruskan pelajar sendiri. secara konseptualnya, peranan yang sedang dimainkan oleh JHEPA di masa depan perlu dikembalikan kepada pelajar dan perkara ini memang pernah berlaku pada suatu masa dahulu. Kenapa perlu mahasiswa diberikan autonomi? Jawapannya mudah,iaitu kerana mahasiswa ialah segolongan manusia intelek yang diberikan ruang untuk berfikir secukupnya dan kesannya mahasiswa sudah cukup matang dalam menentukan hala tuju diri mereka sendiri.
pandangan intelektual hasil daripada kajian, observasi dan penilaian mereka sama ada di dalam atau di luar universiti.