• Tidak ada hasil yang ditemukan

ANTARA MASYARAKAT HIJAU DAN TEKNOLOGI HI

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "ANTARA MASYARAKAT HIJAU DAN TEKNOLOGI HI"

Copied!
4
0
0

Teks penuh

(1)

ANTARA MASYARAKAT HIJAU DAN

TEKNOLOGI HIJAU

24 Julai 2010 · by Muhammad Qayyum · in Uncategorized. ·

Saya dapat perhatikan terdapat beberapa seruan terhadap pengaplikasian teknologi – teknologi hijau di UTM. Pada pandangan saya, seruan terhadap teknologi hijau adalah seruan yang baik. Ianya merupakan satu daripada keperluan dalam pembangunan lestari. Namun adakah pengaplikasian teknologi tersebut semata – mata sudah cukup untuk kita mencapai maksud dan matlamat penciptaannya?

Teknologi Hijau

Buat anda yang tidak biasa dengan istilah teknologi hijau, ianya bermaksud penggunaan sains alam sekitar untuk memulihara sumber dan alam sekitar semula jadi dan mengawal kesan negatif aktiviti manusia (sumber:http://ms.wikipedia.org/wiki/Teknologi_hijau) . Mungkin mudah ditakrifkan sebagai sebarang bentuk teknologi yang boleh membantu memulihara dan memelihara alam sekitar.

Sebagai contoh, teknologi kereta berkuasa solar yang menjana tenaga daripada cahaya matahari sekaligus mengurangkan pembebasan gas karbon dioksida dan gas karbon monoksida ke udara, disamping menggunakan sumber tenaga yang boleh diperbaharui.

Pembangunan Lestari

Pembangunan lestari (sustainable development) pula bermaksud pembangunan yang memenuhi keperluan semasa serta masa hadapan bagi mencapai kesinambungan antara pembangunan ekonomi, sosial dan alam sekitar demi kesejahteraan bersama tanpa menjejaskan keperluan generasi seterusnya (sumber:http://www.jpbdjohor.gov.my/pautan_info/PbgnMampan.pdf). Mudah saya ertikan sebagai pembangunan yang menepati keperluan generasi kini dalam masa yang sama tidak menyebabkan generasi depan menghadapi ancaman. Pembangunan yang memikirkan keperluan generasi akan datang.

Sebagai contoh, projek pengayaan teknologi sumber tenaga yang boleh diperbaharui seperti biojisim. Untuk generasi kini, keperluan terhadap biojisim tidaklah begitu terdesak kerana kita masih ada sumber tenaga bahan api fosil. Tetapi demi generasi hadapan, kemungkinan bahan api fosil mungkin tidak lagi relevan kerana satu, kesan pencemaran daripada pembakarannya, kedua, kehabisan sumber tersebut daripada perut – perut bumi.

Persoalan Utama

(2)

Sememangnya banyak teknologi – teknologi hijau sudah dibangunkan di negara – negara barat. Dengan pelaburan yang mencukupi, memang kita mampu membeli teknologi – teknologi tersebut. Kita gantikan sistem dan teknologi semasa sekian – sekian dengan sistem dan teknologi yang lebih mesra alam seperti di barat.

Tetapi dalam kegharaihan kita melihat fenomena kebangkitan teknologi hijau di barat, kita lupa meneliti faktor utama kepada kebangkitan teknologi hijau itu. Iaitu faktor manusiawi. Manusia di sana. Bagaimana bentuk mentaliti mereka? Bagaimana pula sikap mereka?

Masyarakat Mentaliti Hijau

Semester ini saya mengikuti kelas “Principles of Chemistry & Environmental” yang disyarahkan oleh Dr Maketab bin Mohamed. Saya dimaklumi beliau sewaktu kelas pertama, di Amerika Syarikat, aktiviti memancing dikenakan lesen. Permohonan lesen tersebut sudah pastinya memerlukan bayaran – bayaran tertentu. Namun bagi masyarakat di sana, ianya tidak menbebankan, kerana dana tersebut digunakan khusus bagi tujuan pemeliharaan dan pemuliharaan kawasan habitat – habitat hidupan air. Kemudian saya teringat dua tahun lepas sewaktu saya mengikuti kelas “Pollution Control” oleh En Ismail bin Mahmood. Saya ditugaskan oleh beliau untuk mengkaji mengenai fenomena illegaldumping (pembuangan haram).

Saya mengambil beberapa penempatan di Amerika sebagai kes rujukan, salah satunya ialah di Whiting, Indiana. Kawasan 10 ekar di sana pada masa dahulunya menjadi tempat pembuangan haram oleh –penempatan setempat. Namun atas usaha pihak pentadbiran dan komuniti setempat, masyarakat dididik supaya bermentaliti hijau dan mesra alam. Kawasan ini, Lost Marsh, dibersihkan daripada sampah sarap yang bertan – tan, kemudian ditanam semula rumput, dibina kotak – kotak sarang burung dan pelbagai lagi usaha pemuliharaan oleh penduduk setempat dengan bantuan kerajaan. Dan mereka seterusnya berusaha mengekalkan kehijauan kawasan ini sehinggalah hari ini, dengan izin Allah, telah menjadi habitat bagi 23 spesis burung dan 59 spesis tumbuhan flora.

Bagaimana mentaliti hijau masyarakat kita? Soal membuang sampah merata – rata itu sudah menjadi kelaziman. Bila hari terakhir sewaktu anda memandu, kereta di hadapan anda membuang bungkusan sampah melalui tingkap? Enam hari yang lepas bagi saya.

(3)

Buat pengetahuan anda, tenaga elektrik dijana melalui pembakaran bahan api fosil. Pembakaran bahan api fosil adalah penyumbang kepada pencemaran kerana berlakunya pembebasan karbon dioksida berlebihan dan banyak lagi gas – gas yang merbahaya yang menyumbang kepada pemanasan global. Jika kita tidak menggunakan elektrik secara optimum, kita adalah penyumbang kepada pencemaran dan kemusnahan alam.

Kiraan mudah, katakanlah kuasa elektrik yang sepatutnya kita gunakan cuma 100 kilowatt minggu ini. Tetapi akibat pembaziran, penggunaannya meningkat, katakanlah kepada 200 kilowatt seminggu. Hal ini akan menyebabkan keperluan terhadap tenaga elektrik meningkat. Bagi menampung peningkatan terhadap keperluan tersebut, pihak yang menjana tenaga elektrik terpaksa meningkatkan pembakaran bahan api fosil. Peningkatkan pembakaran akan menyebabkan peningkatan pembebasan bahan – bahan pencemar ke alam sekitar.

Itu masalah lampu korridor, bagaimana pula dengan kipas dan lampu di bilik? Komputer peribadi dan komputer riba? Haru biru mentaliti kita. Ramai mahasiswa yang membiarkan komputer mereka terbuka 24 jam sehari kerana memuatturunkan filem dan video yang prosesnya memerlukan masa berjam – jam, walhal tiada kepentingan langsung terhadap pembangunan intelektual mereka. Hiburan semata – mata. Bukankah Abu Hurairah RA pernah melaporkan, Rasullullah SAW bersabda;

“Sebahagian kecantikan seseorang muslim itu adalah meninggalkan sesuatu yang tidak bermanfaat terhadap dirinya”

HR Imam at-Tirmidzi

Saya akui perbandingan yang saya buat tidak konsisten dari segi situasi. Tetapi saya kira kita boleh nilai daripada situasi – situasi yang saya tulis, betapa berbezanya bentuk mentaliti dan sikap masyarakat barat terhadap ekosistem alam berbanding masyarakat kita.

Malahan, mentaliti mereka di peringkat pimpinan negara pun agak meragukan. Saya masih ingat, Dr Maketab pernah meluahkan kekecewaannya dengan mengatakan, “If you want to talk about environment, never talk with politicians, they just want to listen to what they want, not the truth”. Beliau banyak terlibat dengan penilaian terhadap pemeliharaan alam sekitar, saya kira pengalaman hidup beliau pastinya mengajar beliau kecewa dengan pepimpin masyarakat yang tidak serius mengenai alam sekitar.

(4)

Kecewa bukan? Itu sedikit yang saya kongsikan daripada apa yang mereka luahkan. Dan mereka adalah ahli akademik. Mereka menilai berdasarkan ilmu pengetahuan mereka, bukannya omongan propaganda.

Penyelesaian

Sifirnya mudah, manusia yang mencipta teknologi dan sistem. Bukan sebaliknya. Menggunakan teknologi – teknologi hijau sedia ada tidak dapat menjamin pembangunan lestari dan menyelamatkan dunia daripada kerosakan akibat kegilaan industri kapitalis.

Sebaliknya, melahirkan manusia – manusia bermentaliti hijau yang sensitif terhadap pemuliharaan dan pemeliharaan alam akan sekaligus melahirkan masyarakat yang ingin kepada teknologi mesra alam, pembangunan industri yang tidak menjahanamkan khazanah alam dan sistem yang tidak mencemar alam.

Penutup

Referensi

Dokumen terkait

Larangan pemilikan tanah pertanian secara absentee walaupun sudah diatur dalam Peraturan Pemerintah Nomor 224 Tahun 1961 yang dirubah dengan Peraturan Pemerintah

Transparansi tidak berpengaruh secara signifikan pada kepatuhan wajib pajak badan, hasil ini menunjukkan bahwa faktor transparansi tidak menjadi hal utama dalam

Aksi atau pelaksanaan yang dilakukan Humas BCA dalam mengelola majalah InfoBCA yaitu dengan melakukan informasi mengenai perkembangan perusahaan berupa produk,

Gula merupakan komponen penting dalam media kultur untuk pertumbuhan dan perkembangan in vitro , sebab gula merupakan sumber energi yang biasa didapat tanaman dari

dalam hal memiliki Unit Syariah, modal dalam perhitungan dana jaminan sebagaimana dimaksud dalam Pasal 7 ayat (1), sampai dengan tanggal 31Desember 2010, adalah modal

Dengan demikian, jenis jenis plankton pada Kelas Bacillariophyceae merupakan jenis yang umumnya dijumpai di perairan Tanjung Unggat dan memiliki kelimpahan yang paling

دحمأ : ؟ةثدالمحا يساردلا ماود يسينودنإ ةغللا ملكت مكح ام دممح : اذام اذام لا Contoh di atas percakapan antara Ahmad dan Muhammad terjadi interferensi

Hal ini karena pemerintah sebagai pemegang kebijakan harus menyadari resistensi konflik antarumat beragama. Terutama mencakup pada empat pokok masalah keagamaan dindonesia,