• Tidak ada hasil yang ditemukan

AMALAN PENGURUSAN ISLAM DI MALAYSIA

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "AMALAN PENGURUSAN ISLAM DI MALAYSIA"

Copied!
36
0
0

Teks penuh

(1)

AMALAN PENGURUSAN ISLAM DI MALAYSIA1

Oleh

Roslan Abd Jelani

Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN)

Pendahuluan

Sebelum kita dapat membincangkan perkara di atas, perlulah jelas dalam

pemikiran kita tentang apakah sebenarnya yang cuba kita perkatakan. Ini

memandangkan tajuk di atas kelihatan begitu umum dan dari satu segi, tidak

begitu releven untuk dihuraikan jika yang hendak disentuh di sini adalah

pengurusan Islam itu sendiri sebagai satu korpus ilmu baru yang telah

dibangunkan dengan rapi dan sistematik lalu dijadikan sebagai premis utama dalam pengamalan pengurusan di Malaysia.

Sebenarnya, semenjak negara kita mengecapi kemerdekaan sehinggalah pada

alaf baru ini, belum banyak lagi usaha yang dilakukan dengan giat dan sistematik

oleh mana-mana pihak sama ada pusat pengajian tinggi awam atau mana-mana

institusi kerajaan bagi membangunkan disiplin pengurusan yang benar-benar

1 Tajuk di atas merupakan salah satu topik utama yang dibincangkan dalam Konvensyen

Pengurusan Islam bertemakan Pengurusan dan Islam: Wahana ke Arah Memartabatkan Pembangunan Negara Abad 21 yang diadakan di Aseania Resort, Langkawi pada 18 – 19 November 2000, anjuran Universiti Utara Malaysia. Dalam membentangkan isu yang berkaitan, saya menampilkan semula sebahagian artikel yang ditulis oleh Tuan Hj. Mohd Affandi Hassan yang bertajuk “Pendekatan Tauhid dalam Pengurusan dan Pentadbiran Awam: Konsep, Prinsip, dan Model Alternatif “ untuk direnung dan difikir oleh para peserta konvensyen. Artikel ini telah dimuatkan dalam buku Kecemerlangan Pentadbiran: Dasar dan Amalan dalam Islam,

(2)

dilandaskan kepada kesatuan dua bentuk ilmu iaitu ilmu naqli dan ilmu aqli2 yang

boleh dicapai melalui empat saluran ilmu3 yakni:

i. Pancaindera (kaedah empirikal);

ii. Khabar Sadiq (al-Qur’an, al-Hadith, dan Khabar Mutawatir); iii. ‘Aql Salim; dan

iv. Ilham (penampakan tentang hakikat sesuatu yang dipancarkan oleh Allah atas jiwa yang mutma’innah).

Usaha-usaha Awal Pembangunan Disiplin Pengurusan Islam

Dalam aspek membangunkan disiplin pengurusan Islam, Institut Tadbiran Awam

Negara (INTAN) misalnya telah memulakan langkah awalnya dalam hal ini

dengan menerbitkan buku yang berjudul Kecemerlangan Pentadbiran: Dasar dan Amalan dalam Islam pada tahun 1990 yang diselenggarakan oleh Shafie Hj. Mohd. Salleh dan Mohd. Affandi Hassan; disusuli kemudiannya pada tahun 1992

dengan penerbitan buku The Tawhidic Approach in Management and Public Administration: Concepts, Principles and an Alternative Model yang dikarang oleh Mohd. Affandi Hassan, dan penerbitan Buletin Pengurusan Islam; muncul

2 Usaha yang dinyatakan di atas hanya dilakukan secara individu oleh tokoh pentadbir dan tokoh

akademik seperti Tuan Haji Mohd Affandi Hassan yang sering menghuraikan tentang pendekatan Tawhid dalam pengurusan,Profesor Dr. Wan Mohd Nor Wan Daud yang sering memperkatakan tentang prinsip adab pengurusan, Profesor Dr. Muhammad Kamal Hassan yang sering

menjelaskan tentang aspek perbandingan pengurusan, dan Saudara Mohd Zaidi Ismail yang acapkali secara bersungguh-sungguh mena’rifkan istilah tadbir dan adab sebagai inti pati utama teori pengurusan.

(3)

selepas itu buku Citra Karya: Falsafah, Nilai dan Etika dalam Perkhidmatan Awam yang diterbitkan pada tahun 1994; dan kemuncaknya apabila diadakan satu bengkel di peringkat kebangsaan pada 21 hingga 22 September 1995 yang

dihadiri oleh wakil-wakil penting dari semua institusi-institusi latihan kerajaan dan

institusi-institusi pengajian tinggi awam bagi tujuan membincangkan tiga perkara

penting yang berkaitan dengan pengurusan dan pentadbiran dari perspektif

Islam iaitu:

i. cadangan mewujudkan kurikulum kursus pentadbiran dan pengurusan

dari perspektif Islam;

ii. usaha-usaha bagi meningkatkan tahap kepakaran/kemahiran tenaga

pengajar/pensyarah di institusi-institusi latihan di seluruh negara dalam

bidang yang berkaitan; dan

iii. penubuhan sebuah pusat sumber maklumat pengurusan dan

pentadbiran Islam.

Ekoran daripada bengkel tersebut, beberapa siri kursus pengurusan dan

pentadbiran Islam yang berbentuk latihan untuk jurulatih dan beberapa seminar

umum telah diadakan. Kursus dan seminar yang diadakan ini lebih menjurus ke

arah memberi pendedahan awal kepada para peserta tentang kerangka dasar

pentadbiran dan pengurusan Islam yang menyentuh perkara-perkara penting

seperti prinsip al-Tawhid sebagai teras pembangunan organisasi, mu’amalat

(4)

berlandaskan hakikat iman, ilmu, amal dan ihsan, pemupukan semangat syura, dan konsep ikhtiar sebagai asas pembinaan kreativiti.

Walau bagaimanapun, usaha yang kelihatan dilakukan secara

bersungguh-sungguh di peringkat awal ini akhirnya mulai malap, mungkin disebabkan oleh

beberapa faktor:

i. usaha ini, walaupun berlaku di peringkat organisasi, tetapi ia lebih

merupakan inisiatif perorangan yang penuh ikhlas, beristiqamah,

bersemangat ilmu, berani, dan yakin bahawa prinsip Islam dapat

diolah untuk dilahirkan sebagai satu sistem pengurusan yang beradab.

Patut diingat bahawa tidak sekelumit pun timbul dalam jiwa orang yang

sebegini matlamat yang berkepentingan peribadi yakni sama ada

untuk mengejar kedudukan, kuasa dan pangkat. Contoh usaha dan

keperibadian yang dipancarkan oleh individu-individu ini sebenarnya

tidak dipupuk dengan sewajarnya dalam diri pegawai-pegawai awam

yang lain, ditambah pula dengan kurangnya pengiktirafan organisasi

terhadap hasil usaha yang sebegini hingga mengakibatkan

terbantutnya perjalanan program tersebut;

ii. kurangnya keutamaan yang diberikan oleh peringkat pengurusan

terhadap aspek pembinaan disiplin pentadbiran dan pengurusan Islam

lalu program yang sebegini dibiarkan dalam keadaan

terumbang-ambing. Akibatnya, amanah bagi melaksanakan program tersebut

(5)

dari segi mengolah bidang yang diceburi, atau melaksanakan

tanggung jawab tersebut dengan ala kadar sahaja sehigga

mengakibatkan usaha yang bersepadu dalam hal yang berkaitan tidak

dapat dilaksanakan;

iii. terpahatnya budaya kerja kebendaan yang bersifat anti ilmu yang

berpaksikan “hawa” dan zann atau rasa agak-agak di peringkat individu; tuntutan sosio-politik dan desakan ekonomi jangka pendek di

peringkat institusi dan negara.4 Ini sebenarnya menjadi punca kepada

lahirnya pemimpin organisasi yang rakus jiwanya yang hanya

berlumba-lumba mengejar kedudukan dan pangkat hinggakan

komitmen yang jitu tidak dapat diberikan kepada program di atas yang

secara zahirnya seolah-olah tidak dapat menjanjikan apa-apa

keuntungan kebendaan; dan

iv. lahirnya kelompok pentadbir dan pengurus yang begitu pragmatik

terhadap sistem pemikiran Barat yang sekular yang bilangan mereka

lebih ramai berbanding dengan kelompok yang mempunyai ilmu dan

keyakinan yang kukuh terhadap Islam. Kelompok tersebut sebenarnya

mengendong pemikiran beku , bebal dan penuh keraguan (sceptic) hinggakan tidak terbit pada jiwa mereka hakikat dan kebenaran

sesuatu. Bagi mereka, perkara seperti metafizik, tasawwuf, tawhid, dan prinsip fiqhiah amat tidak releven untuk diketengahkan dalam konteks pengurusan masa kini.

4 Wan Mohd. Nor Wan Daud, “Budaya Kerja Bersepadu” , Kecemerlangan Pentadbiran: Dasar

(6)

Usaha bagi membangunkan disiplin pengurusan Islam ini juga turut dilaksanakan

oleh Akademi Pengurusan Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia

(YPEIM) dengan menggunakan prinsip al-Tawhid sebagai teras dalam latihan. Usaha yang baru dimulakan ini dan berterusan sehingga kini lebih tertumpu

kepada soal menerapkan semangat keIslaman sejati dalam konteks pengurusan

dan pembangunan organisasi. Program yang sebegini, walaupun pada

dasarnya tidak lagi bersifat apologatik atau akomodatif terhadap sistem

pengurusan Barat tetapi masih di peringkat permulaan kerana subjek-subjek

utama dalam kursus yang ditampilkan ini hanya berkisar pada elemen-elemen

teras yang menjadi tunjang kepada pembinaan disiplin pengurusan Islam.

Banyak lagi usaha yang perlu dilakukan dalam hal ini misalnya menyenaraikan

istilah-istilah dan konsep-konsep utama pentadbiran Islam sambil pada masa

yang sama membina teori dan sistem pentadbiran dan pengurusan Islam.

Amat malang sekali, usaha sedemikian masih belum dapat dilakukan secara

kolektif atau secara gabungan dengan institusi-institusi “unggul” yang lain

kerana program sebegini lahir bukan atas dasar minat dan kesedaran bersama

tetapi masih dalam lingkungan inisiatif individu yang begitu yakin dan berazam

tinggi bagi menampilkan prinsip pentadbiran Islam sebagai landasan utama

sistem pengurusan. Keadaan ini menggambarkan betapa ceteknya fahaman

para pengamal pengurusan tentang Islam; hanya memberi perhatian terhadap

(7)

untuk bersandiwara. Mereka alpa terhadap hakikat dan kebenaran kukuh yang

menandai Islam yang secara batin menghendaki kita supaya menyuburkan satu

bentuk kehidupan yang membolehkan kita, pada setiap detik dan ketika,

menghadirkan diri ke hadrat Illahi.

Kehidupan subur yang dinyatakan di atas, pada hakikatnya, perlu dimulakan di

peringkat diri terlebih dahulu. Keaiban, kadaifan, dan kemaksiatan diri hendaklah

senantiasa diperhitungkan (muhasabah); kemahabesaran mu’jizat Illahi yang ditajallikan dalam diri hendaklah tidak boleh tidak direnung dan difikirkan (tafakkur); dan, pengawasan diri dalam maksud diri aqali mengawali dan seterusnya menakluki diri hayawani sudah semestinya setiap masa dilakukan (muraqabah). Perlu diingat bahawa amal-amal yang terkandung dalam aspek pengurusan dan pentadbiran jika dilakukan bukan atas tujuan untuk menyucikan

jiwa, membaiki laku perangai dan budi pekerti, serta mencapai rasa dan

pengalaman rohani yang boleh menghampirkan diri kepada Allah, kelak ia akan

menfasadkan diri dan membutakan mata hati. Berwaspadalah! Barang siapa

yang buta (mata hati kerohaniannya) dalam dunia ini akan butalah juga ia di

akhirat kelak, bahkan lebih sesat lagi jalannya.5Oleh itu kita dapat perhatikan

bahawa ramai pengurus dan pentadbir yang asyik menyuarakan slogan

kecemerlangan dan kemajuan organisasi sebaliknya diri mereka semakin

terbantut dan jiwa mereka pula semakin keroh;banyak melakukan helah

terhadap hukum agama dan banyak mengeluarkan dalil-dalil palsu; sering

merobek kesusilaan dan kesopanan insaniah; hinggakan hakikat iman, Islam dan

(8)

ihsan ditanggapi sebagai tiada kaitan dan keserasian dengan sains pengurusan

moden.

Hakikat Sistem Pengurusan Moden

Akibat daripada pengabaian terhadap pembangunan disiplin pentadbiran dan

pengurusan Islam maka apa yang terhidang kepada kita pada masa kini

hanyalah sistem pengurusan yang diwarisi dari Barat yang secara zahirnya

kelihatan enak tetapi terselit dalamnya racun yang bakal mengundang bencana

pada jiwa dan kefasadan pada aqal. Jika dinukilkan sebagai satu misalan,

disiplin pengurusan Barat itu ibarat sebatang pohon palsu yang dihiasi dengan

daunan yang indah warnanya dan buah-buahan yang rupanya mempersonakan

tetapi sayang, isinya tidak dapat dikecapi malah jauh sekali daripada memberi

kelazatan pada batin. Kebaikannya hanya semata-mata terhad sebagai hiasan

belaka yang bakal diubah-ubah rupanya dan kedudukannya sejajar dengan

keinginan nafsu yang jahil tentang batasan ma’na keindahan kerana butanya

terhadap maksud ilmu.

Sains pengurusan Barat serta sistem yang turut serta bersamanya, jika direnung

melalui hati nurani yang hening, menampilkan penafian secara halus terhadap

(9)

i. Faktor Pandang Alam (Worldview)

Sains pengurusan itu lahir dalam kerangka pandang alam sekular yang biasa

digelar dengan nama humanisme. Faham inilah yang menobatkan manusia sebagai penentu utama nilai kehidupan dunyawi ini dan pada masa yang sama

meletakkan kebendaan pada satu kedudukan yang paling istimewa.6 Proses

menduniakan manusia ini dilakukan dengan keadaan yang begitu licik melalui

perancanaan disiplin pengurusan yang bersifat rasional dan liberal sehingga

sampai pada tahap mematikan iman lalu pengurusan itu muncul dalam

keadaannya yang bebas dari petunjuk ilmu wahyu. Walaupun perkara-perkara

yang menyangkut tentang agama munkin diperkatakan, tetapi ianya berlaku atas

dasar ‘utiliti ‘dalam kaitannya dengan faedah ekonomi dan politik dan agama itu sendiri hanya dianggap sebagai salah satu cabang budaya yang senantiasa

perlu disesuaikan dengan order baru kehidupan.

Perkembangan yang tidak sihat ini berlaku sejajar dengan peringkat kematangan

yang kononnya dicapai oleh Barat dalam faham mereka tentang Tuhan.

Peringkat kematangan ini mengandaikan bahawa manusia telah berupaya untuk

mengetahui segala rahsia yang terkandung di sebalik kejadian alam ini melalui

pendekatan yang bersifat empirik dan rasional yang boleh terhasil daripada

penggunaan panca indera.7 Peringkat inilah yang menandai kemunculan doktrin

6 Syed Muhammad Naquib al-Attas, Risalah Untuk Kaum Muslimin (Kuala Lumpur: ISTAC, 2001),

para 9, ms. 18 – 22.

7 Ibid, para 15 ms. 42. Lihat juga Nicola Abbagnano, “Humanism”, The Encyclopedia of

(10)

yang menyisihkan manusia daripada kekangan agama, mengandaikan bahawa

tidak ada alam lain kecuali alam nyata ini, menetapkan bahawa manusialah yang

layak menentukan nasibnya sendiri, berpegang bahawa prinsip taqdir Illahi tidak

berlaku atas manusia, dan menthabitkan bahawa tanggung jawab kepada Tuhan

telah beralih sepenuhnya kepada tanggung jawab kepada manusia.8

“Kematangan” inilah yang digunakan oleh Barat bagi mematangkan

disiplin-disiplin ilmu yang lain, salah satunya adalah pengurusan. Ini terbukti melalui

kemunculan pemikiran dan teori pertama dalam pengurusan yang dianggap

sebagai klasik yang tertumpu kepada pendekatan yang bersifat saintifik dan

rasional. Teori ini mulai diperkenalkan oleh Frederick Taylor (1856 – 1915),

seorang jurutera daripada Amerika Syarikat. Teori pengurusan yang

diperkenalkan oleh Taylor ini telah secara nyata merendahkan martabat

kemanusiaan dengan mengandaikan manusia sebenarnya tidak lebih daripada

faktor pengeluaran seperti mesin dan modal yang tenaganya perlu

dimanipulasikan supaya sesuai dengan aspirasi dan matlamat industri.

Teori ini dimantapkan kemudiannya oleh Henry Fayol dengan menggariskan

beberapa rangka dasar pengurusan saintifik yang berkisar pada fungsi

perancangan, penyusunan, urusan kakitangan, kepimpinan, dan pengawalan.

Dalam perkembangan ini, akan terzahir pada pandangan akal-budi kita bahawa

golongan pragmatis dalam disiplin pengurusan ini semakin menonjolkan

8 Bagi memahami selanjutnya tentang aspek dasar Sekularisme,sila rujuk Syed Muhammad

(11)

keangkuhan mereka dengan mencanangkan unsur kenisbian (relativity) dalam persoalan nilai. Ini disebabkan persoalan nilai dalam rangka penyusunan sistem

pentadbiran, bermula daripada peringkat perencanaan hinggalah ke peringkat

pelaksanaan, dihuraikan dalam konteks perkadaran (kuantitatif) yang banyak bergantung kepada faktor-faktor keberhitungan (quantifiable factors), yang pada hakikatnya lebih bersifat fungsian (functional). Oleh sebab itu, nilai yang

diletakkan pada setiap aspek pengurusan itu tidak lagi mengandungi makna

yang mutlak sebaliknya makna-makna itu senantiasa diubah suai mengikut ciri

dan suasana perubahan sesuatu industri.

Pada tahap akhir pembentukan teori pengurusan yang dianggap klasik ini, Max

Weber muncul bagi memperkenalkan teori organisasi yang berasaskan birokrasi.

Teori ini sebenarnya muncul sejajar dengan usaha yang dilakukan oleh para

pemikir Barat ke arah mengubah sepenuhnya (transformation) ideologi Kristian supaya sesuai dengan rasionaliti teknologi dan ekonomi. Rasionaliti inilah nanti yang dipakai sebagai asas dalam kajian dan pembentukan organisasi sambil

pada masa yang sama mengenakan pengaruh saintisme dan modernisme. Nilai kerohanian tidak lagi dijadikan kriteria utama dalam mengukur kemanusiaan

seseorang sebaliknya banyak bergantung kepada pengetahuan, kemahiran dan

ketrampilan teknikal. Ekoran daripada itu, lahirlah satu bentuk hubungan dalam

organisasi yang bersifat vertikal yang menampakkan penyataan kehendak golongan atasan bagi mengukuhkan kuasa mereka yang perlu dilaksanakan oleh

(12)

jiwa kelihatan muncul dalam persekitaran organisasi seperti pergelutan mencari

kuasa, semangat puak atau kelompok (cronisme), paksaan pendapat tanpa pensahihan, konflik kepentingan, kecenderungan melakukan fasad sama ada pada aspek rohani dan jasmani, cemburu dan berhasad ke arah menghilangkan

peluang yang dikecapi oleh seseorang, pengaturan dan perundangan yang

menjurus ke arah memuaskan nafsu kelompok minoriti yang memegang autoriti

tertentu (oligarchy), dan pembentukan wawasan dan matlamat yang menghanyutkan.

Secara umum, kita dapat menthabitkan bahawa teori-teori pengurusan yang

dihasilkan pada fasa pertama ini pada hakikatnya tertumpu pada dua aspek

dasar sekularisme, iaitu:

i. penyuburan semangat positivisme yang membawa kepada penafian hakikat kerohanian daripada alam semesta. Semangat ini

kemudiannya dibangunkan dalam akal manusia yang terbukti melalui

teori-teori pengurusan yang dibentuk lalu dinyatakan melalui

amalan-amalan pengurusan yang berkaitan; dan

ii. pemantapan aspek existencialisme dalam erti kata menyatakan maksud kewujudan manusia di atas muka bumi ini tanpa dikaitkan

dengan akhirat. Akibatnya, ketetapan agama dan adab kerohanian

telah dipinggirkan lalu diganti dengan prinsip kebebasan dan autonomi

(13)

nilai yang disandarkan pada faham- faham dan sistem-sistem

pengurusan yang ditampilkan.

Oleh sebab itu, tidak hairanlah pada ketika itu, muncul tokoh-tokoh birokrat yang

berperi laku songsang, tidak bermaruah, dan tidak berjiwa, tetapi pada

pandangan Weber, sifat sebegini amat berfaedah kepada organisasi.9 Apa yang

cuba ditekankan hanyalah kecenderungan diri hayawani ke arah mencapai keselesaan tubuh, mengisi kepuasan nafsu, dan memperolehi kuasa. Kesemua

keinginan ini terangkum dalam prinsip hedonisme (inti pati kepada budaya hawa nafsu) yang tertumpu pada aspek utilitarian bagi tujuan memaksimumkam atau mengoptimumkam keuntungan ekonomi. Pendekatan pengurusan ini juga

menerbitkan satu budaya kerja yang bersifat total-empirical yang mengenepikan unsur-unsur non-factoral seperti maruah dan adab insani. Budaya pengurusan yang sebegini disuburkan sampailah ke peringkat di mana fungsi akal manusia

dianggap semata-mata sebagai gerak balas kimia yang terangsang melalui

keinginan terhadap kebendaan.

Di sinilah mulanya bertapak pemikiran pengurusan yang kedua sebagai satu

kelangsungan daripada pendekatan saintifik dalam pengurusan. Pada peringkat

ini, tumpuan utama dialihkan kepada aspek tingkah laku dan motivasi yang

dipengaruhi oleh teori-teori hasilan ahli psikologi Barat yang bergelar

9 Kenyataan Weber ini telah ditentang oleh Merton, sarjana Barat yang terkenal dalam bidang

(14)

behaviourist, antaranya B.F. Skinner, A.H. Maslow, dan Sigmund Freud. Pendekatan humanistik dalam pengurusan ini dimulai dengan uji kaji yang

dilakukan oleh Elton Mayo dan rakan-rakannya di Hawthorne (the Hawthorne Experiments) pada akhir tahun 1920-an, yang merumuskan bahawa kepentingan sosial dalam organisasi perlulah lebih diutamakan berbanding dengan

kepentingan individu manakala para pengurus hendaklah bertindak sebagai

perantara dalam hubungan pekerja dengan pihak pengurusan.

Rumusan ini membawa kepada lahirnya kajian-kajian seterusnya dalam

pengurusan yang menumpukan aspek dorongan manusia yang berdasarkan

prinsip rangsangan (stimulus response) dan gerak balas lazim (conditioned reflexes) terhadap perkara-perkara yang menyenangkan dan menimbulkan keghairahan pada nafsu. Kesemuanya ini dibincangkan dalam skop kebahagiaan

jasadiah dan kebahagiaan emosi sebagai faktor utama bagi membangkitkan

motivasi para pekerja. Keperibadian yang kukuh sama ada bagi pekerja atau

bagi mana-mana manusia hanya digambarkan dalam bentuk perasaan

keamanan yang mencukupi, hubungan yang berkesan dengan faktor-faktor

zahiriah, dan kepuasan jasmaniah,10 yang secara umumnya, ke arah melahirkan

manusia saintifik. Di sekitar perkembangan idea inilah, banyak sekali teori yang dihasilkan melalui uji kaji makmal terhadap haiwan telah dialihkan untuk dipakai

pada manusia. Sebagai mana yang dijelaskan oleh J.B. Watson,

10 Untuk keterangan lanjut tentang hal ini, sila rujuk A.H. Maslow dan B.Mitteman, Principles of

(15)

(behaviorism) attempts to do one thing: to apply to the experimental study of man

the same kind of procedure and the same language of description that many

research men had found useful for so many years in the study of animals lower

than man. We believe then, as we believe now, that man is an animal different

from other animals only in the types of behavior he displays.11

Sebagai rumusan, secular reductionist view yang menjadi tunjangan dalam pemikiran pengurusan di peringkat ini akhirnya mengakibatkan kejatuhan pada

martabat kemanusiaan (dehumanisation). Pendekatan yang dianggap objektif dan tidak berat sebelah dalam memahami persoalan tingkah laku ini sebenarnya

disejajarkan dengan ideologi Barat yang bersifat kebendaan dan menganggap

agama sebagai satu khayalan yang perlu dibuang kerana ia dianggap menyekat

kebebasan akal.12 Tidak hairanlah ketika berleluasanya gejala behaviorisme

dalam pemikiran pengurusan ketika itu, perkataan-perkataan seperti kesedaran,

kepercayaan, dan roh dianggap sebagai sebahagian daripada perkataan yang

menjijikkan.13 Oleh sebab itu, segala teori sama ada yang menyentuh tingkah

laku atau motivasi pekerja hanya berkisar pada gejala yang dapat dikesan oleh

panca indera semata-mata sehinggakan aspek nilai yang terbentuk dalam diri

11 J.B. Watson, Behaviourism (London: W.Norton & Co., 1970), m.s. ix.

12 H.F. Ellenberger, The Discovery of the Unconscious (London: Allen Lane, the Penguine Press,

1970), m.s. 525.

13 Dalam menggambarkan era berleluasanya behaviorisme di Barat, John Eccles menyatakan,

“ words like mind, consciousness, thoughts, purposes and belief were considered dirty

words…..Ironically, the most prominent philosophical obscenities were a new class of four-letter-words – mind, self, soul, will.” Evolution of the Brain: Creation of the Self (London: Routledge Publishers, 1991) m.s. 225.

(16)

seseorang pekerja itu dianggap berlaku atas dasar kemungkinan yang didokong

oleh faktor pengukuhan positif atau pun negatif.

Agenda pembentukan manusia saintifik sebagaimana yang terkandung dalam faham behaviorisme dan yang kemudiannya disebatikan dengan pendekatan tingkah laku dalam pengurusan, kelihatannya semakin dimajukan pada tahap

ketiga pemikiran pengurusan yang menggunakan pendekatan sistem. Dalam

pendekatan ini, manusia bukan sahaja dianggap saintifik tetapi pada masa yang

sama, dianggap sebagai pemproses maklumat.

Andaian yang dipakai pada ketika itu ialah perkembangan setiap organisasi

bukan sahaja bergantung kepada faktor dalaman tetapi juga saling berkait

dengan rangsangan yang ditonjolkan oleh sesuatu faktor luaran khususnya

faktor pembangunan sosio-budaya yang berlaku sejajar dengan perkembangan

teknologi. Kesalingberkaitan antara faktor dalaman dan faktor luaran bagi

sesuatu organisasi dimisalkan seperti interaksi yang berlaku antara unsur

karbon, hidrogen dan oksigen dalam proses photosynthesis tumbuh-tumbuhan. Oleh sebab itu, setiap faktor luaran hendaklah turut diberi tumpuan dan perlu

dianggap sebagai fakta yang perlu difikirkan,diklasifikasikan dan disaring sebagai

manfaat bagi melancarkan fungsi dan mengembangkan lagi sumber dalam

organisasi.

Ahli-ahli teori pengurusan yang muncul ketika itu telah mengkritik pendekatan

(17)

humanistik kerana mengandaikan organisasi sebagai sistem yang tertutup

sehingga menyebabkan sesuatu objektif, prosedur, dan proses dibangunkan

hanya berdasarkan pemboleh ubah dalaman (internal variables) semata-mata. Oleh itu, mereka menetapkan bahawa organisasi perlulah dianggap sebagai

sistem yang terbuka yang perlu mengambil kira tentang kesan yang turut dibawa

oleh pemboleh ubah luaran (external varibles)14 walau pun pada hakikatnya

sistem itu lebih tertutup kerana masih tidak memberi pengiktirafan yang

sewajarnya terhadap unsur kerohanian yang menjadi pendorong utama pada

tingkah laku manusia.

Dalam mengaitkan setiap pemboleh ubah dengan sesuatu masalah yang timbul

dalam organisasi, muncullah aspek pengurusan operasi yang tertumpu kepada

kaedah saintifik dan matematik . Ekoran daripada itu,pendekatan kuantitatif

dalam pengurusan mula diberi penekanan utama. Segala penyelesaian masalah

bersifat kebetulan (contingency) kerana berdasarkan semata-mata kepada hasil penyelidikan yang bertunjangkan hipotesis yang diandaikan.

Di samping itu, skop pengurusan yang sedemikian lebih banyak tertumpu

kepada aspek perkhidmatan berteraskan pelanggan (consumer-driven services), peningkatan imej (image-based campaigning), autoriti yang bersifat sementera dan mengikut konteks (temporal-contextual and rule-bound authority), dan persekitaran sama ada mikro atau makro serta transformasi yang perlu dilakukan

14 Bagi mengetahui keterangan lanjut tentang hal ini, lihat David Easton, A System Analysis of

(18)

ke atasnya. Oleh sebab itu, kita akan dapati bahawa teori-teori pengurusan yang

muncul ketika itu amat mementingkan soal menghasilkan makna15 pada sesuatu

objek dan tindakan serta soal hubungan kuasa yang terzahir dalam sesuatu

proses dan sistem pengurusan. Tindakan manusia hanya dimisalkan seperti teks

sastera yang tertakluk kepada analisis dan kaedah kritikan yang terhasil melalui

sesuatu teori sastera (literary theory). Ini menunjukkan bahawa spekulasi

berperanan sebagai faktor penting dalam aspek penilaian sesuatu tindakan,

manakala pada masa yang sama, persoalan yang paling utama yang perlu

senantiasa difahami iaitu hakikat amal semakin tidak diendahkan.

Hasil daripada fungsi meletakkan makna pada setiap objek dan tindakan, maka

dalam dua dekad kebelakangan ini, kita dapat perhatikan bahawa persoalan nilai

mula dibincangkan dengan serius dalam pengurusan. Persoalan nilai yang

dibincangkan ketika itu sering dikaitkan dengan matlamat untuk melahirkan

budaya korporat yang nampaknya menepati ciri-ciri post-capitalist . Ini disebabkan budaya korporat dengan nilai-nilai yang ditanam bersamanya itu

didorong oleh cita rasa stakeholder yang bersifat eclectic16 dan senantiasa ingin

menyerlahkan apa yang boleh dipanggil sebagai expressive individualism. Walau pun apa yang dilakukan itu bertujuan untuk menjamin kelangsungan (survival)

15 Perlu diingat bahawa makna yang cuba diberi terhadap setiap objek dan tindakan itu adalah

bersifat relatif kerana ia dilahirkan melalui kerangka pemikiran secular-humanism dan

merangkumi konsep tragedi yang menggambarkan kekecewaan terhadap agama. Dalam hal ini, keraguan telah dipakai dengan meluasnya bagi mencapai kebenaran yang sudah tentu

merupakan satu perkara yang mustahil. Akibatnya, sesuatu makna yang diberi itu telah

menimbulkan kacau-bilau pada adab terhadap diri, bahasa dan alam.Bagi melihat tentang makna tentang ‘makna’ (ma’na), lihat Prof. Syed Muhammad Naquib al-Attas, Islam and the Philosophy of Science (Kuala Lumpur: ISTAC, 1989), m.s. 15.

16 Menurut J.F. Lyotard dalam bukunya The Postmodern Condition: A Report on Knowledge

(19)

organisasi tetapi apa yang terhasil akhirnya adalah suasana yang tidak tenteram

bukan sahaja dalam ruang lingkup organisasi tetapi juga luar organisasi. Anasir

yang sering muncul dalam suasana yang sedemikian adalah eksploitasi oleh

peneraju sesebuah organisasi bagi memenangi persaingan dan menyerlahkan

kehebatan organisasinya. Tenaga dan perbelanjaan organisasi banyak

dihabiskan secara tidak wajar untuk membentuk imej, menampilkan daya penarik

(glamour), dan supaya menjadi tarikan media atau awam (media or public figure) manakala istilah yang sering disalahgunakan untuk menjustifikasi perkara ini

adalah objektif strategik. Keadaan sebegini tidak ubah seperti menjadikan

organisasi sebagai sebuah sarkas yang ahlinya sentiasa berada dalam tragedi

untuk menyempurnakan pertunjukannya dan mendapat tepukan gemuruh dari

para penonton.17 Apa yang penting untuk kita perhatikan di sini adalah maruah

manusia dalam organisasi masih belum dikembalikan, yang terbukti melalui apa

yang dikatakan oleh Charles Handy,

…..people are regarded as a competative asset to be led, motivated, deployed

and developed, together with the firm’s other resources….18

Secara umumnya, perkembangan budaya korporat yang berlaku itu berkait

rapat dengan perkembangan yang pesat dalam bidang sosial, ekonomi, politik,

dan teknologi. Perubahan pesat ini disebut oleh J.F. Lyotard sebagai

postmodern condition”19 yang membawa perubahan yang fundamental dari segi

17 Organisasi sebagai sebuah sarkas ini dihuraikan dengan begitu menarik sekali oleh Tuan Haji

Mohd. Affandi Hassan dalam artikelnya Citra Organisasi: Nilai dan Etika dalam Pentadbiran, Buletin Nilai dan Etika, Jld. 1 Bil. 1/1992.

(20)

pengalaman manusia bukan sahaja kepada negara-negara Barat tetapi juga

kepada negara-negara yang sedang membangun. Postmodern condition ini juga dianggap oleh J. Habermas20 sebagai melengkapkan lagi agenda Enlightenment

yang dirasakan tidak dapat disempurnakan dalam era kemodenan.

Jika pengaruh pengurusan yang sebegini, menurut Tuan Haji Mohd. Affandi

Hassan, berjaya melahirkan tiga kelompok penjawat awam iaitu kolonial-pragmatik, birokratik-nasionalis, dan tradisional-moralis,21 maka saya ingin

mengukuhkan lagi kenyataan beliau itu dengan merangkumkan ketiga-tiga

kelompok tersebut sebagai new petit bourgeoisie.22Bagi kelompok ini, imej

merupakan perkara yang amat dipentingkan sehingga kadangkala sampai pada

peringkat mengorbankan matlamat dan inti pati utama organisasi malah agama

sekalipun. Dari satu segi, kelompok ini sebenarnya memancarkan simbol

postmodern yang memuja dan mendewakan keinginan hawa nafsu (hedonisme) dan pada masa yang sama mewakili satu klas elit masyarakat antarabangsa

sebagaimana yang dihasratkan dalam proses globalisasi. Akibatnya,

keseluruhan proses pengurusan yang dikendalikan oleh kelompok ini, bermula

daripada peringkat matlamat sehinggalah ke peringkat pelaksanaan, semuanya

bersifat artificial dan palsu. Apa yang jelas kelihatan di sini ialah terkongkongnya

20 J.Habermas, Modernity an Incomplete Project dalam H.Foster (ed), Postmodern Culture

(London: Pluto Press, 1983).

21 Lihat kenyataan dan penjelasan beliau ini dalam artikelnya Pendekatan Tauhid dalam

Pengurusan dan Pentadbiran Awam: Konsep, Prinsip, dan Model Alternatif, Kecemerlangan Pentadbiran: Dasar dan Amalan dalam Islam. Diselenggarakan oleh Shafie Hj. Mohd Salleh dan Hj. Mohd Affandi Hassan (Kuala Lumpur: INTAN, 1990) m.s. 29 – 31.

22 Sekadar meminjam istilah yang digunakan oleh P.Bordieu dalam bukunya Distinction: a Social

(21)

amalan pengurusan itu pada tiga bentuk keutamaan yang berteraskan keinginan

hawa nafsu yang sentiasa meluap-luap iaitu:

i. keutamaan untuk merebut autonomi tertentu dalam sistem pentadbiran

sehingga membolehkan lahirnya kebebasan untuk bertindak

sepenuhnya bagi mencapai matlamat yang berteraskan hedonisme; ii. keutamaan ke arah mengukuhkan kuasa dalam bentuk penyataan

kehendak pengurusan atasan yang senantiasa dipaksakan untuk

dilaksanakan oleh golongan bawahan walaupun kehendak tersebut

mengandungi unsur-unsur syubahah dan kadang-kadang bertentangan secara jelas dengan prinsip Islam; dan

iii. keutamaan pada soal pengagihan kuasa, fungsi dan sumber sehingga

melalaikan aspek yang lebih penting untuk sentiasa dititikberatkan iaitu

bagaimana kuasa, fungsi dan sumber tadi, dari segi penggunaannya,

berupaya menepati prinsip keutamaan yang telah digariskan dalam

Syari’ah supaya kemuliaan manusia di sisi Allah S.W.T. akan terus dapat dipelihara manakala fitrah kemanusiaan akan dapat diisi dengan sebaik-baiknya.

Secara jelas juga boleh dikatakan di sini bahawa inti pati pengurusan Barat yang

disajikan dalam sistem pengurusan negara ini lalu dimamah dengan lahapnya

oleh sebahagian pentadbir yang menduduki tampuk pentadbiran kerajaan,

sebenarnya membawa satu aspek kebebasan dalam amalan pengurusan yang

(22)

dapat difahami melalui konsep ikhtiyar. Kebebasan dalam Islam merujuk kepada keadaan bebasnya diri natiqah daripada cengkaman dan penguasaan diri

hayawaniyyah yang cenderung mengajak kepada kejahatan; bebasnya aql

daripada dikuasai oleh nafsu yang lazimnya jahil tentang had kebenaran; dan

pada masa yang sama bebas daripada sebarang bentuk keraguan sama ada

zann, syakk dan wahm. Penghuraian yang jelas tentang makna kebebasan ini telah diberikan oleh Prof. Dr. Syed Muhammad Naquib al-Attas sebagaimana

berikut:

The activity that is called ‘freedom’ is in ikhtiyar, which is an act, not in hurriyah, which is a condition. The act that is meant in ikhtiyar is that of making a choice, not between many alternatives, but between two alternatives: the good or the

bad. Because ikhtiyar is bound in meaning with khayr, meaning ‘good’, being derived from the same root khara (khayara), the choice that is meant in ikhtiyar is the choice of what is good, better, or best between two alternatives. This point is

most important as it is aligned to the philosophical question of freedom. A choice

of what is bad of two alternatives is therefore not a choice that can be called

ikhtiyar, in fact it is not a choice, rather it is an act of injustice (zulm) done to one self. Freedom is to act as one’s real and true nature demands --that is, as one’s

haqq and one’s fitrah demands – and so only the exercise of that choice which is of what is good can properly be called a ‘free choice’. A choice for the better is

therefore an act of freedom, and it is also an act of justice (‘adl) done to oneself.23

23 Syed Muhammad Naquib al-Attas, Prolegomena to The Metaphysics of Islam: An Exposition of

(23)

Ekoran daripada ketidakfahaman tentang makna kebebasan, kebanyakan

amalan pengurusan yang dilaksanakan telah mencerminkan kesempurnaan

manusia sebagai haiwan yang semakin ghairah ditunggangi oleh syaitan. Ini

mengakibatkan dunia pengurusan dipenuhi dengan nilai-nilai palsu yang

bertunjangkan nafsu, emosi, dan khayalan yang tidak menampakkan lagi

kesederhanaan dan keadilan manakala pada masa yang sama menyisihkan

nilai-nilai iman, ilmu dan amal saleh. Apabila nilai-nilai ini tersisih, maka hati akan

menjadi keras dan mula terpalam dengan wajah syirik, kufur dan nifaq. Oleh itu, tidak hairanlah jika kebanyakan amalan pengurusan ditampilkan dengan pola

dan gaya yang bersesuaian dengan nilai yang ditetapkan oleh masyarakat umum

atau stakeholder yang sebahagiannya berintipatikan prasangka dan kepura-puraan terhadap agama.

Akibatnya, ketaatan kepada Allah dan Rasul-Nya yang wajib dijadikan sebagai

tunjang dalam segenap aspek pengurusan seolah-olah dianggap sebagai

perkara yang bersifat sampingan, yang ditekankan hanyalah aspek ritualnya sahaja. Pengorbanan semata-mata kerana Islam dalam setiap khidmat yang

ditaburkan telah beralih kepada “pengorbanan” untuk mendapat nama, pangkat,

dan kedudukan. Penghormatan kepada al-Qur’an, al-Hadith, dan pendapat para

(24)

yang begitu cemerlang telah tidak dijadikan rujukan utama oleh para pengurus

kini, kononnya tidak praktikal dan pada pendapat mereka, perlu ditafsirkan

semula. Pengiktirafan yang sewajarnya tidak diberikan kepada para ulama dan

ilmuwan Islam masa kini, dengan anggapan bahawa mereka hanya pandai

berteori dan tidan layak untuk dilibatkan dalam mana-mana perencanaan

pengurusan dan pentadbiran negara kecuali yang hanya menyangkut dengan

agama semata-mata. Akhirnya, para pengurus ini menjalankan setiap urusan

pentadbirannya dalam keadaan seolah-olah Tuhan itu tidak wujud atau Tuhan

seperti tidak mengetahui apa yang dilakukannya atau yang difikirkannya.

Keadaan yang digambarkan di atas berlaku dalam dunia pengurusan masa kini

kerana sebahagian daripada para pengamal pengurusan di negara ini tidak

sedar betapa palsunya gagasan Pengurusan Barat yang menjadikan hawa nafsu

sebagai asas peri laku manusia. Hal ini terpampang jelas dalam kata-kata

seorang ahli psikologi, Abraham Maslow, dalam bukunya Eupsychian Management, yang besar pengaruhnya dalam disiplin pengurusan Barat:

My work on motivations came from the clinic, from a study of neurotic people…. I

would like to see lot more studies of this kind before feeling finally convinced that

this carry-over from the study of neurosis to the study of labour in factories is

legitimate.24

24 Petikan ini dipinjam daripada petikan yang dibuat oleh Hj. Mohd. Affandi Hassan, Pujangga

(25)

Hakikat pengurusan yang sedemikian rupa nampaknya telah menghalang

manusia daripada mencapai pengertian yang sebenar tentang matlamat ia

dizahirkan di atas muka bumi ini. Jika aspek kegilaan inilah yang menjadi asas

dalam pengurusan, terutama dalam mengisi keinginan shahwat yang tidak mengerti suatu pun akan batas kebenaran, tidak hairanlah jika semakin ramai

manusia telah menghumban jauh kemuliaan martabat kejadian yang dianugerahi

oleh Allah S.W.T. padanya. Tidak hairan juga jika semakin ramai manusia telah

berubah kedudukannya daripada al-hayawanal-natiq kepada hayawan

hedonistik sehingga ghaflah akan maksud ‘ubudiyyah kerana ‘ashiq dan khayal

dalam kemashghulannya mengejar kebendaan. Dalam keadaan yang sebegini, manusia akan mula ditunggangi oleh unsur shahwaniyyah dan ghadabiyyah

yang lepas bebasyang bakal menjunamkannya ke dalam jurang kecelakaan lalu

akan terus membiarkan jiwanya duduk dalam keadaan murung (huzn) dan menderita (ghummah). Penderitaan jiwa ini kemudiannya akan terjelma dalam reaksi-reaksi yang bersifat neurotic dan psychotic sehingga menakibatkan seseorang itu akan terus diselubungi dengan zulm dan fasad. Punca kepada berlakunya tragedi yang sebegini sekurang-kurangnya telah dinyatakan oleh

Scott Peck, seorang ahli psychiatrist Amerika, seperti berikut:

The major reason for this strange state of affairs is that the scientific and religious

models have hitherto been considered totally immiscible – like oil and water,

mutually incompatible and rejecting.25

25 M. Scott Peck, Denial of the Soul: Spiritual and Medical Perspectives on Euthanasia and

(26)

Kenyataan sebegini dapat didokong seterusnya oleh kenyataan Benson yang

mengaitkan masalah ini dengan keadaan dunia moden yang didominasi dengan

semangat saintisme. Menurutnya:

Even when we (as scientist) acquire new information, even when we conquer

mysteries, we feel empty and unfulfilled. And faith is the only long-term solace.26

Ciri-ciri pengurusan sebagaimana yang dinyatakan di atas, jika dipakai dalam

konteks pembangunan, adalah bertepatan dengan apa yang telah dinyatakan

oleh Prof. Dr. Wan Mohd. Nor Wan Daud, akan menghasilkan zero-sum

development27yakni pembangunan yang semakin melambangkan keangkuhan

manusia. Walaupun amalan pengurusan tersebut menerbitkan satu bentuk

pembangunan yang berjaya dari segi kebendaan tetapi ia semakin menjauhkan

manusia daripada kesederan “keberhutangan”28 kepada Allah S.W.T.;

menjadikan nafsu al-ammarah29 semakin bermaharajalela; dan melahirkan peri

laku yang diistilahkan sebagai schizophrenia atau split personality ( yakni keadaan fikiran atau emosi yang kacau-bilau akibat tidak mempunyai tujuan

yang sehala) sehingga membawa kepada konflik kejiwaan yang disebut oleh

26 Herbert Benson, Timeless Healing (London: Simon & Schuster, 1996), m.s. 202 dan 208. 27 Pandangan beliau yang amat menarik ini boleh dirujuk dalam artikelnya Some Basic Issues of

Development, Malaysian Development Experience: Changes and Challenges (Kuala Lumpur: INTAN, 1994), m.s. 875 – 878.

28 Prinsip keberhutangan yang dimaksudkan di sini adalah salah satu inti pati utama yang dapat

menyatakan konsep al-Din. Perkara ini dihuraikan dengan terperinci oleh Prof. Syed Muhammad Naquib al-Attas dalam buku beliau Islam: The Concept of Religion and the Foundation of Ethics and Morality (Kuala Lumpur: ABIM, 1976).

29 Keadaan ini merujuk kepada diri yang sentiasa terdorong untuk melakukan perkara-perkara

(27)

Emile Durkheim sebagai anomie atau normlessness30. Bencana yang

sebeginilah yang mungkin mengakibatkan penyakit yang dinamai oleh Dr. V.E.

Frankl sebagai noogenic neurosis31 iaitu sejenis penyakit mental yang berlaku

disebabkan oleh konflik di antara jiwa dengan nilai yang pelbagai. Ini berpunca

daripada kegagalan manusia mengenali makna sebenar kehidupan atau

mengenali hakikat diri yang sebenar.32

Kegagalan ini telah mengakibatkan faham liberal demokrasi Barat terpampang

jelas dalam matlamat pengurusan yang memberi perhatian kepada sains dan

teknologi dalam membina masyarakat. Hakikat sebegini akan dapat dilihat

dengan jelas jika kita sedari bahawa sains pengurusan Barat sebenarnya telah

dan semakin hebat mendakyahkan satu pandangan hidup yang mengutamakan

tragedi dan nilai kebangsaan yang menepati jiwa Barat dan kebudayaannya lalu

dipaksakan untuk dialami oleh bangsa-bangsa lain melalui ilmu-ilmu baru yang

dibentuk bermula dari terpancarnya anasir saintisme di Barat. Disiplin-disiplin

baru yang dimunculkan oleh Barat juga, tidak terkecuali pengurusan, secara

halus menyatakan kekecewaan mereka dalam pengalaman beragama dan

menggambarkan rasa tidak senang serta prasangka mereka terhadap prinsip

kewujudan Tuhan.

30 Robert K. Merton, Social Theory and Social Structure, edisi semakan dan penambahan

(Glencoe: Free Press, 1957), m.s. 136 nota 6.

31 Sila rujuk V.E. Frankl, Man’s Search for Meaning (London: Holder and Stoughton, 1964). 32 Dalam Surah al-Hasyr 59:19, Allah S.W.T. berfirman yang bermaksud, “Dan janganlah kamu

(28)

ii. Faktor Epistemologi

Kebatilan sains pengurusan Barat juga dapat diselami melalui falsafah ilmu yang

dijadikan sebagai landasan dalam penggubalan disiplin tersebut. Kita perlu sedar

bahawa pembinaan disiplin pengurusan berlaku dalam keadaan pemikiran para

pemikir pengurusan Barat mengendong sikap saintifik yang secara jelas

menentang ilmu wahyu dan meragui sepenuhnya terhadap ma’na kerohanian.

Landasan pemikiran yang tidak bertitik tolak daripada kesedaran tentang hakikat

wujud dan kewujudan ini kemudiannya telah menerbitkan pelbagai bentuk

kejahilan yang bermula daripada zann, syakk dan berakhir dengan wahm.

Bentuk-bentuk kejahilan inilah yang “mewarnai” segala teori dan prinsip

pengurusan, lalu jika dipegangi, akan meranapkan kemuliaan dan martabat

kemanusiaan. Oleh itu, akan terlihatlah dalam dunia pengurusan khususnya,

ramai manusia yang tubuhnya atau rupa zahirnya sahaja manusia tetapi jawhar

diri yang dikendongnya itu, yang pada asalnya bersifat kemalaikatan, telah bertukar sifat sama ada sebagai hayawan, syaitan, atau taghut (pewaris utama sifat fasad Fir’aun, Hamman, Qarun dan Namrud). Tidak hairanlah jika amalan pengurusan itu dijalankan dengan penuh bernafsu yang bercapur-baur dengan

perasaan dengki, dendam, hasad, iri hati, angkuh, riya’, ‘ujub, takabbur dan penuh dengan matlamat peribadi. Asas ketenangan dan kedamaian dalam

(29)

mewaqafkan seluruh hidup dan tenaga bagi mencapai maslahah ummah melalui amalan pengurusan tanpa rasa terikat kepada sesiapa kecuali kepada hukum

Allah dan sunnah Rasul-Nya, telah tidak dipegangi. Maqam yaqin kelihatannya tidak banyak dicapai oleh para pengurus masa kini. Maqam yaqin ini pada hakikatnya terpancar melalui kesediaan seseorang pentadbir dan pengurus itu

bertaubat apabila ia sedar telah membuat keputusan yang salah; sabar jika belum sampai maksud yang dihajati; shukur setelah mencapai sesuatu kejayaan;

ridha dengan natijah yang diperolehi; takut (khauf) akan melakukan kebatilan dan kezaliman; berkeadaan mengharap (raja’) untuk senantiasa dapat

melaksanakan kebenaran dan menyempurnakan ‘ubudiyyahnya kepada Allah S.W.T.; dan tidak putus bermunajat dan bertawakkal kepada Allah S.W.T. dalam melakukan sesuatu ikhtiyar.

Dalam hal ini, benarlah sebagaimana yang sering diungkapkan oleh Profesor

Syed Muhammad Naquib al-Attas dalam tulisan-tulisan dan syarahan-syarahan

beliau tentang ilmu bahawa kekacauan dan kefasadan yang dilakukan dalam aspek keilmuan akan mengakibatkan keadaan kacau-bilau dari segi adab

sehingga sesuatu itu tidak disusun dengan tertib dalam sistem kewujudan

berdasarkan martabat dan darajatnya masing-masing sebagaimana yang telah

ditentukan oleh Allah S.W.T.. Dalam disiplin pengurusan yang banyak berkisar

pada pengkajian tentang tingkah-laku manusia dalam kehidupan

berorganisasinya, kebenaran ini terbukti apabila teori-teori pengurusan itu

(30)

dengan ideologi saintismenya ke arah melahirkan kebenaran yang bersifat objektif. Apabila terpakainya kaedah ini, maka dengan jelas terjadinya

pemisahan antara fenomena kerohanian dan jasmani. Keadaan ini sinonim

dengan gerakan logical positivism yang menobatkan akal hayawani manusia sebagai sumber untuk mencapai ilmu dan pada masa yang sama

menghancurkan wibawa ilmu wahyu sebagai sumber utama ilmu. Inilah juga

yang dinyatakan oleh Syed Hossein Nasr sebagai reductionist , iaitu label

kepada sains Barat kerana ia bukan sahaja memisahkan antara akal dan wahyu

bahkan menolak sama sekali wahyu sebagai punca dasar ilmu.

Berdasarkan kepada suasana ilmu yang sebegini, Barat menetapkan bahawa

kebenaran sesuatu teori itu bergantung kepada sejauh mana teori tersebut

menepati skala akal hayawani manusia dan sejauh mana teori tersebut berjaya

membuahkan faedah-faedah kebendaan yang menyeronokkan hawa

nafsu(hedonisme). Dalam kata lain, hujah bagi menetapkan kebenaran sesuatu teori itu bergantung kepada khayalan dan emosi yang penuh dengan kepalsuan

nilai. Bagi Barat juga, teori pengurusan yang dihasilkan melalui kaedah ini

dianggap begitu pragmatik dan begitu unggul kerana berjaya menggabungkan

dalamnya kaedah logical dan empirical. Bagi kita pula sebagai orang Islam, kita sewajibnyalah menetapkan kaedah ini sebagai kaedah shirik kerana ternyata wujudnya pemisahan antara kaedah naqli dengan kaedah aqli.

(31)

Melalui kenyataan di atas dan berdasarkan pengalaman pengurusan yang dilalui

oleh negara kita semenjak kemerdekaan sehinggalah kini, sememangnyalah

mustahil bagi kita untuk memperkatakan amalan pengurusan Islam yang telah

dan sedang dilaksanakan di Malaysia. Cuma yang boleh difikirkan di sini adalah

amalan pengurusan yang bermiripkan Islam yang tidak semestinya Islam, atau

pun amalan pengurusan yang berperspektifkan Islam tetapi masih diletakkan

dalam dominasi pemikiran pengurusan Barat yang akibat akhirnya, beberapa

prinsip Islam diubah suai dengan tidak beradab sekali supaya menepati

semangat sains pengurusan Barat tadi.

Usaha yang dilakukan oleh kerajaan dengan mengenengahkan Dasar Penerapan Nilai-nilai Islam dalam Pentadbiran pada tahun 1985 dan menggubal Pekeliling Am tentang Garis Panduan bagi Mengadakan

Ceramah PenerapanNilai-nilai Islam dalam Perkhidmatan Awam pada tahun 2001 bukanlah boleh dijadikan sebagai justifikasi utama bagi kita menthabitkan bahawa kita telah mengamalkan pengurusan Islam. Walau pun usaha tersebut

merupakan usaha murni kerajaan bagi memastikan semua tanggung jawab

dilaksanakan dengan sebaik-baiknya oleh semua penjawat awam, namun

terdapat beberapa persoalan utama yang perlu dijawab terlebih dahulu sebelum

(32)

Pertama, apakah matlamat kita sebenarnya di sebalik usaha penerapan nilai-nilai Islam. Adakah semata-mata mahu digunakan sebagai alat bagi mencapai

maksud kenegaraan yang menumpukan kepada kepentingan pragmatik ekonomi

dan sosio-politik, atau sebagai teras bagi melahirkan insan adabi yang

senantiasa sedar tentang amanah keinsanannya. Jika ianya dijadikan sebagai

alat dalam maksud utilitarianisme bagi mencapai keinginan yang bersifat

hedonistik, sudah tentu ini akan membantu menyemarakkan api kefasadan yang bakal merobek kalbu-diri yang selama ini telah dibekalkan dengan kalimah

tawhid. Kelak, akan lahirlah anasir pendewaan diri yang membayangkan akibat pemikiran humanisme yang menetapkan bahawa Tuhan bersifat statik dan tidak layak mencampuri urusan-urusan keduniaan kerana kononnya akan

menghilangkan kekudusan Tuhan. Di sinilah punca yang membawa kepada

faham kenisbian (relativeness) nilai lalu ma’na pada sesuatu nilai itu senantiasa diubahsuai mengikut dorongan hawa nafsu.

Alangkah baiknya jika pelaksanaan nilai-nilai Islam dalam pentadbiran kerajaan

sekarang dimulakan atas kesedaran untuk mengembalikan manusia kepada

prinsip taklif yang benar-benar menepati fitrah kemanusiaan yang meliputi dua aspek amanah yakni amanah sebagai hamba Allah yang setiap detik wajib

mengenal dan mengiktiraf kewujudan-Nya dalam setiap sudut kehidupan dalam

(33)

Kedua, adakah kita telah melakukan usaha yang bersungguh-sungguh bagi menyisihkan (dewesternization) gagasan pemikiran Barat yang berteraskan

Sekularisme yang mendominasi disiplin pengurusan. Adakah kita sudah cukup peka dan memahami setiap andaian (presupposition) yang dipakai oleh Barat dalam membentuk pelbagai teori pengurusan. Adakah kita sudah cukup sedar

tentang akibat akhir yang bakal merundung kehidupan kita ekoran daripada

sikap kita yang membuta tuli mengikut apa saja pemikiran yang dilambakkan

oleh Barat yang membuaikan kita dengan dendangan lagu kejayaan yang

mengalpakan yang muziknya dimainkan oleh pemusik-pemusik palsu.

Tidakkah kita mahu mengambil i’tibar daripada peristiwa yang menimpa

Sayyidina Adam ‘alaihi al-salam yang dipesonakan dan dialpakan oleh syaitan

tentang buah pohon khuldi yang jika dikecapi konon-kononnya dapat

mengekalkan kehidupan baginda di shurga, atau tidakkah kita sudah cukup

diperingatkan oleh Rasulullah sallahhu ‘alaihi wa sallam tentang bahana lubang

biawak yang kononnya dapat menyelamatkan dan membebaskan kehidupan kita

tetapi sebenarnya bakal menggelapkan kalbu diri dan membebalkan akal-budi.

Perlulah kita perhati dengan bersungguh-sungguh bahawa organisasi yang

semata-mata digerakkan berteraskan falsafah pengurusan Barat sebenarnya

tidak berupaya menzahirkan manusia sebenar yang benar-benar faham tentang

(34)

sekular, manusia politik atau manusia ekonomi yang lalai bertafakkur tentang asal-usulnya, hakikat kejadiannya, amanahnya di atas dunia ini, kedudukannya

yang mulia sebagai makhluk pilihan, ke’aiban dirinya, hakikat amalnya, dan

kesudahan hidupnya. Organisasi yang sebegini hanya membayangkan siyasah ‘akliah-hayawaniyyah yang senantiasa dikepungi kejahilan zann, shakk, dan

wahm yang semakin meneguhkan penjara jiwa manusia yang berada dalamnya: mereka merasakan sudah cukup mengenali dunia tetapi sebenarnya mereka

semakin diperdaya dan dimudaratkan oleh kehidupannya. Inilah akibat hati yang

menjadi kerajaan di dalam tubuh itu tidak dijaga sebaliknya nafsu diangkat

menjadi raja hinggakan agama tidak dapat dipegang sebaik-baiknya. Inilah api

yang terselindung di dalam sekam pengurusan Barat yang begitu hedonistik

matlamatnya sehingga membuat hati pengamalnya menjadi keras dan terpadam

cahayanya, lupa daratan kerana asyik bergelumang dengan prinsip-prinsip

pengurusan yang penuh khurafat, shubahah dan haram, cetek akal, dan hilang semangat peng’abdian.

Ketiga, adakah dalam akal kita telah tertunjang pandang alam Islam yang sempurna sebagai landasan bagi melaksanakan Islamisasi dalam erti kata

membebaskan diri daripada tradisi tahyul, mitos, animis, kebangsaan dan

kebudayaan, dan selepas itu membebaskan akal dan bahasa daripada pengaruh

sekularisme lalu kembali kepada kejadian asalnya yakni kepada fitrah, atau

adakah kehidupan kita semakin suram diselubungi dengan prinsip dualisme,

(35)

diwarisi oleh kita selama ini. Haruslah disedari bahawa walaupun disiplin

pengurusan Barat terkandung dalamnya aspek kebijaksanaan jasmaniyyah

namun kekuatan tersebut tidak berupaya melahirkan kejayaan dalam konteks al-falah jika disiplin tersebut tidak ditundukkan kepada al-Din.

Pembentukan pandang alam Islam dalam akal amatlah penting kerana ia kelak

akan berfungsi sebagai acuan yang dapat menampilkan perspektif yang jelas

dalam setiap tindak-tanduk yang kita lakukan khususnya dalam mengendalikan

soal pengurusan. Tanpa adanya pandang alam Islam, kita akan cenderung

menuruti nafsu dalam setiap pertimbangan dan keputusan serta sangat kurang

memeliharakan yang sia-sia. Akibatnya, hati akan menjadi buta hinggakan

akhirat tidak akan menjadi nyata. Lebih malang lagi, disiplin pengurusan pada

masa kini banyak mengajar kita supaya masyghul teramat pada dunia sehingga

secara tidak sedar terlepas pegang pada agama, lebih menjadikan kita jahil

berbanding ma’rifat, sering menyalah suruh dan tegah Allah, tidak mengenali

hakikat diri kerana asyik bergelumang dengan cita-cita dunia yang mudarat, dan

lupa akan akhirat lalu kepada Islam amatlah khianat.

Persoalan-persoalan yang dibangkitkan di atas perlulah dianggap sebagai

cabaran yang terpaksa dihadapi dalam konteks penggubalan disiplin pengurusan

Islam kerana jawapan kepada setiap persoalan tersebut akan dapat

sekurang-kurangnya menzahirkan ma’na dan maksud asasi tentang aspek pengurusan

(36)

ialah pengurusan itu janganlah ianya sampai ke peringkat pemujaan diri, akal

dan nafsu sebaliknya hendaklah ia dibataskan sebagai hiasan yang

memancarkan lagi keindahan sistem mu’amalah Islam dan pada masa yang

sama, pelaksanaannya itu hendaklah dipastikan sejajar dengan hakikat iman,

Referensi

Dokumen terkait

Kekuatan hubungan murni dapat dilihat bahwa hubungan pengetahuan tentang gizi dengan kebiasaan makan anak usia dini menunjukkan kekuatan hubungan yang lebih tinggi

Pada proses pembelajaran yang sedang berlangsung, guru harus mengenali karakteristik belajar peserta didik dalam setiap proses pembelajaran, karena semua..

$angguan sensasi pada wajah ,subjektif maupun objektif sering ditemukan. itemukannya trigeminal neuralgia pada dewasa muda mungkin merupakan gejala awal dari

Ucapan terima kasih juga disampaikan kepada para dosen di PSKTTI-UI yang telah memberikan penulis beragam ilmu sehingga penulis dapat memanfaatkannya untuk menyelesaikan tesis

Pada misa hari Minggu tanggal 23 Agustus 2015 di St Paschal’s Box Hill dari kedua calon ini kita akan memilih ketua KKI periode 2015 – 2018.. Tentu saja hanya akan satu

Pendeteksian pada penelitian ini juga dapat menghasilkan jumlah clusters yang lebih sedikit dengan akurasi RI yang lebih tinggi dibandingkan dengan hasil

Pakan yang disukai oleh tiram mutiara Pinctada maxima adalah Tetraselmis sp dengan konsentrasi pakan 20.000 sel/ml dengan kecepatan filtrasi mencapai 1,63 lt/jam , dalam penelitian

Pada tahap perancangan aplikasi mobile dirancang dengan tujuan sebagai alat komunikasi antara pemakai ( user ) dengan pembuat program guna mendapatkan sistem aplikasi