CONTOH PERJANJIAN
TENDER PERKHIDMATAN MENYEDIAKAN DAN MEMBEKALKAN MAKANAN
BERMASAK DI INSTITUT TADBIRAN AWAM NEGARA (INTAN) JALAN ELMU, KUALA LUMPUR
PERJANJIAN ini dibuat pada _____ haribulan _______ tahun 2018.
ANTARA
KERAJAAN MALAYSIA, yang mana bagi tujuan Perjanjian ini diwakili oleh Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN), Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia yang beralamat di Institut Tadbiran Awam Negara, Jalan Elmu, 59100 Kuala Lumpur (kemudian daripada ini disebut sebagai “Kerajaan”) sebagai satu pihak;
DAN
..., sebuah syarikat yang diperbadankan di Malaysia di bawah Akta Syarikat 1965 dan mempunyai pejabat berdaftar di ... (kemudian daripada ini disebut sebagai “Kontraktor”) sebagai pihak yang satu lagi.
(pihak Kerajaan dan Kontraktor boleh dirujuk secara berasingan sebagai “Pihak”
atau secara bersesama sebagai “Pihak-Pihak”).
BAHAWASANYA:
A. Kerajaan berhasrat melantik Kontraktor untuk melaksanakan Tender Perkhidmatan Menyediakan Dan Membekalkan Makanan
Bermasak Di Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN) Jalan Elmu, Kuala Lumpur (kemudian daripada ini disebut sebagai
“Perkhidmatan”) seperti dalam Lampiran ... kepada Perjanjian ini daripada Kontraktor.
B. Kontraktor telah bersetuju untuk melaksanakan Perkhidmatan itu berdasarkan terma-terma dan syarat-syarat yang dinyatakan dalam Perjanjian ini.
DENGAN INI DIPERSETUJUI SEPERTI YANG BERIKUT:
FASAL 1 – DEFINISI DAN TAFSIRAN
1.1 Definisi
Bagi maksud Perjanjian ini, istilah-istilah berikut hendaklah ditakrifkan sedemikian melainkan jika konteksnya mengkehendaki makna yang lain:
(a) “Kerajaan” ertinya Kerajaan Malaysia dan di mana bersesuaian, Pengarah INTAN atau mana-mana pegawai yang diberi kuasa oleh Kerajaan Malaysia secara bertulis untuk mentadbirkan pelaksanaan Perjanjian ini;
(b) “Kontraktor” ertinya ... dan termasuklah wasi-wasi, pentadbir-pentadbir, pengganti dan penerima pindah milik;
(c) “Pegawai Penguasa” ertinya Pengarah INTAN yang bertindak bagi pihak dan atas nama Kerajaan Malaysia untuk mentadbirkan pelaksanaan Perjanjian ini;
(d) “Wakil Pegawai Penguasa” ertinya Ketua Kluster atau mana-mana pegawai yang dilantik oleh Pegawai Penguasa secara bertulis yang bertindak bagi pihak dan atas nama Kerajaan Malaysia;
(e) “Pegawai Penyelia” ertinya Pegawai Tadbir Kluster atau wakilnya selaku pegawai yang memantau Perkhidmatan;
(f) “Diluluskan” ertinya kelulusan bertulis daripada Pegawai Penguasa, Wakil Pegawai Penguasa atau Pegawai Penyelia di pihak INTAN Jalan Elmu;
(g) “Diarahkan” ertinya arahan bertulis oleh Pegawai Penguasa, Wakil Pegawai Penguasa atau Pegawai Penyelia di pihak INTAN Jalan Elmu;
(h) “Perkhidmatan” ertinya membekalkan Perkhidmatan Menyediakan Dan Membekalkan Makanan Bermasak di Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN) Jalan Elmu, Kuala Lumpur; dan
(i) “Menu” ertinya senarai jenis hidangan yang telah ditetapkan dalam Tender.
1.2 Tafsiran
Melainkan jika dinyatakan sebaliknya, tafsiran dalam Perjanjian ini adalah seperti yang berikut:
(a) resital-resital, fasal-fasal, lampiran-lampiran dan apa-apa dokumen yang dirujuk dalam Perjanjian ini hendaklah diambil kira, dibaca dan ditafsirkan sebagai sebahagian daripada Perjanjian ini;
(b) perkataan yang membawa maksud satu adalah juga merujuk kepada jumlah majmuk dan juga sebaliknya;
(c) perkataan-perkataan yang merujuk kepada orang perseorangan adalah juga merujuk kepada kumpulan perseorangan, syarikat, perbadanan, firma atau rakan kongsi sama ada diperbadankan ataupun tidak diperbadankan;
(d) apa-apa perkataan atau ungkapan yang ditakrifkan dalam Perjanjian ini adalah juga termasuk olahan tatabahasa dan ungkapan perkataan yang ditakrifkan;
(e) rujukan kepada fasal hendaklah bermaksud rujukan kepada fasal- fasal dalam Perjanjian ini;
(f) perkataan “Perjanjian”, “Kontrak” atau perkataan lain yang sama hendaklah mengandungi fasal yang terkandung dalam Perjanjian ini dan termasuk apa-apa pindaan, perubahan, penambahan, atau modifikasi dan kontrak tambahan secara bertulis padanya;
(g) rujukan kepada undang-undang adalah termasuk peruntukan undang-undang yang telah dipinda, disemak, atau dicetak semula;
(h) tajuk-tajuk dan juga tajuk-tajuk kecil kepada fasal-fasal dalam Perjanjian ini adalah hanya untuk mempermudahkan rujukan sahaja dan tidak menjejaskan pentafsiran dan maksud ayat dalam Perjanjian ini;
(j) apa-apa jadual, lampiran, dokumen, nota atau penerangan yang dirujuk dalam Perjanjian ini dan apa-apa pindaan, perubahan, penambahan atau modifikasi bertulis padanya hendaklah ditafsirkan dan dibaca sebagai sebahagian daripada Perjanjian ini;
(j) semua rujukan terhadap hari, bulan atau tahun hendaklah termasuk hari dan waktu bekerja biasa Kerajaan, hari Sabtu dan Ahad dan hari kelepasan am Negeri-Negeri yang berkenaan melainkan dinyatakan sebaliknya atau sebagaimana yang dipersetujui secara bertulis oleh Kerajaan;
(k) apa-apa syarat teknikal yang tidak ditarifkan secara khusus dalam Perjanjian ini hendaklah ditafsirkan menurut penggunaan atau
definisi yang biasa diterima oleh mereka yang terlibat dalam profesion ini di Malaysia;
(l) apa-apa rujukan kepada kaedah secara bertulis atau notis adalah termasuk sebarang komunikasi yang dihantar secara pos berdaftar berbayar, kabel, transmisi faks, mel elektronik atau cara lain yang sama dengannya;
(m) apa-apa rujukan kepada “kelulusan” atau “kebenaran” adalah bermaksud kelulusan atau kebenaran secara bertulis;
(n) mana-mana rujukan kepada “hari”, “minggu”, “bulan” atau “tahun”
adalah merupakan rujukan kepada hari, minggu, bulan atau tahun tersebut menurut kalendar Gregory;
(o) sekiranya rujukan berkaitan dengan masa bagi sesuatu perbuatan yang harus dilakukan atau sesuatu persetujuan dicapai atau kebenaran diberikan, rujukan tersebut harus dianggap dibaca bersama ungkapan tersebut atau mana-mana tempoh yang dipersetujui secara bertulis antara Pihak-Pihak dalam Perjanjian ini dari semasa ke semasa; dan
(p) sebutan mengenai salah satu Pihak kepada Perjanjian ini atau mana-mana dokumen atau kontrak lain hendaklah termasuk penggantinya dan pemegang serah haknya yang dibenarkan.
FASAL 2 – SKOP PERJANJIAN
Kontraktor akan melaksanakan Perkhidmatan seperti yang ditentukan dalam Lampiran ... kepada Perjanjian ini dan Kontraktor akan mengendalikan Perkhidmatan itu mengikut terma-terma dan syarat-syarat Perjanjian ini.
FASAL 3 – SKOP KERJA DAN PERKHIDMATAN
3.1 Kontraktor dikehendaki untuk memberikan Perkhidmatan kepada Kerajaan mengikut spesifikasi seperti yang ditetapkan dalam Syarat-Syarat Khas dan Skop Perkhidmatan serta melaksanakannya dengan sempurna.
3.2 Kontraktor hendaklah menjalankan Perkhidmatan itu ‘jika dan apabila’
dikehendaki oleh Kerajaan.
3.3 Kontraktor hendaklah melaksanakan dan menyempurnakan Perkhidmatan itu menurut spesifikasi dalam Lampiran ... kepada Perjanjian ini.
3.4 Sepanjang masa Perjanjian ini berkuat kuasa, Kontraktor hendaklah menyediakan pekerja-pekerja mahir, bahan-bahan, alat-alat, mesin-mesin, dan lain-lain keperluan yang sesuai dengan secukupnya untuk melaksanakan Perkhidmatan dengan sempurna dan memuaskan kepada Kerajaan.
3.5 Kontraktor akan memberi jaminan penuh sepanjang tempoh Perkhidmatan dan kesemua kos yang terlibat adalah di bawah tanggungan Kontraktor.
FASAL 4 – TEMPOH PERJANJIAN
Tanpa mengambil kira tarikh Perjanjian ini ditandatangani, Perjanjian ini hendaklah berkuat kuasa mulai dari ... dan akan tamat pada ... untuk tempoh selama Lapan Belas (18) Bulan (kemudian daripada ini disebut sebagai
“Tempoh Perjanjian”).
FASAL 5 – NILAI PERJANJIAN
5.1 Bagi maksud Perjanjian ini dan tertakluk kepada kepatuhan Kontraktor kepada terma-terma dan syarat-syarat Perjanjian ini, Kerajaan hendaklah, sebagai balasan kepada Perkhidmatan, membayar kepada Kontraktor
sejumlah Ringgit Malaysia ... (RM...) sahaja (Nilai Perolehan: RM... + GST 6%: RM... = RM...) (kemudian daripada ini disebut sebagai “Nilai Perjanjian”) dengan kadar bulanan berjumlah Ringgit Malaysia ... (RM...) sahaja.
5.2 Nilai Perjanjian hendaklah, melainkan diperuntukkan sebaliknya secara khusus, termasuk semua duti dan cukai barang dan perkhidmatan menurut Akta Cukai Barang dan Perkhidmatan 2014 [Akta 762] dan apa-apa kos dan caj yang berkaitan dan bersampingan dengan Perkhidmatan.
FASAL 6 – PERUBAHAN NILAI PERJANJIAN
6.1 Nilai Perjanjian yang dinyatakan dalam Fasal 5.1 Perjanjian ini adalah tetap dan apa-apa permohonan bagi tujuan kenaikan harga oleh Kontraktor tidak akan dibenarkan melainkan dipersetujui sebaliknya melalui pindaan kepada Perjanjian ini.
6.2 Sekiranya terdapat perubahan harga yang memerlukan kerja tambahan yang tidak termasuk dalam skop kerja yang dipersetujui seperti dalam Lampiran ... selepas Perjanjian ini ditandatangani, pihak Kontraktor boleh mengemukakan harga kenaikan itu kepada Kerajaan untuk dipertimbangkan.
6.3 Walau apa pun Fasal 6.2, perubahan atau kekurangan pada Nilai Perjanjian ini hanya akan dibuat terhadap Perkhidmatan yang dilakukan selepas mendapat kelulusan daripada Kementerian Kewangan.
FASAL 7 – BON PELAKSANAAN
7.1 Sebelum Perjanjian ini ditandatangani, Kontraktor hendaklah menyerahkan kepada Kerajaan suatu Bon Pelaksanaan dalam bentuk jaminan bank yang dikeluarkan oleh bank yang berdaftar di Malaysia sebanyak Ringgit
Malaysia ... (RM...) sahaja (kemudian daripada ini disebut sebagai “Bon Pelaksanaan”) seperti dalam Lampiran ...
kepada Perjanjian ini yang merupakan lima peratus (5%) daripada jumlah Nilai Perjanjian setahun sebagai jaminan terhadap apa-apa pelanggaran atau kemungkiran Kontraktor terhadap mana-mana terma atau syarat dalam Perjanjian ini.
7.2 Sekiranya Bon Pelaksanaan tidak diserahkan kepada Kerajaan seperti yang ditetapkan, maka Kerajaan boleh membatalkan Perjanjian ini dan Pihak-Pihak dalam Perjanjian ini dianggap tidak mempunyai sebarang ikatan seperti sebelum Perjanjian ini ditandatangani.
7.3 Tempoh sah laku Bon Pelaksanaan hendaklah sehingga ...
iaitu dua belas (12) bulan selepas tarikh tamat Perjanjian atau selepas pelaksanaan Perkhidmatan akhir sekali mengikut mana yang terkemudian.
Tempoh ini hendaklah dilanjutkan apabila diminta oleh Kerajaan.
7.4 Sekiranya tuntutan dibuat oleh Kerajaan di bawah Bon Pelaksanaan yang menyebabkan jumlah jaminan bank itu berkurangan daripada jumlah yang dinyatakan dalam Fasal 7.1, Kontraktor hendaklah menggunakan suatu Bon Pelaksanaan tambahan supaya nilai Bon Pelaksanaan yang dipegang oleh Kerajaan bersamaan dengan nilai lima peratus (5%) daripada Nilai Perjanjian ini.
7.5 Selain daripada remedi-remedi lain yang sedia terkandung dalam Perjanjian ini, Kerajaan berhak melepaskan atau mendapatkan kesemua atau apa-apa jumlah wang yang terkumpul dalam Bon Pelaksanaan itu sekiranya berlaku pelanggaran mana-mana terma atau syarat yang terkandung dalam Perjanjian ini oleh Kontraktor tanpa perlu memberikan sebarang notis.
7.6 Bon Pelaksanaan ini akan dikembalikan sesudah Perjanjian diselesaikan dengan memuaskan dan pihak Kontraktor telah berjaya menyelesaikan semua hutang dengan Kerajaan (jika ada).
FASAL 8 – PEMBEKALAN PERKHIDMATAN
8.1 Kontraktor hendaklah memberi Perkhidmatan sehingga memuaskan hati Kerajaan di tempat atau tempat-tempat dan waktu atau waktu-waktu seperti ditetapkan dalam Perjanjian ini.
8.2 Pesanan Perkhidmatan yang sebenar akan dibuat oleh INTAN Jalan Elmu terus kepada Kontraktor. Segala Perkhidmatan yang diminta oleh INTAN Jalan Elmu dari semasa ke semasa adalah disifatkan seperti telah dibuat oleh Kerajaan.
8.3 Kontraktor hendaklah, atas permintaan Kerajaan yang dibuat melalui INTAN Jalan Elmu, membekalkan Perkhidmatan yang ditentukan dalam Perjanjian ini dengan nilai-nilai yang ditentukan dalam Lampiran ...
kepada Perjanjian ini di tempat dan masa yang dikehendaki.
8.4 Walau apa pun perkara di atas, Kerajaan berhak meminda mengikut keperluan, memberi arahan, menambah bidang tugas, spesifikasi tugas dan kawasan kerja tanpa apa-apa bayaran kepada Kontraktor. Keputusan Kerajaan adalah muktamad.
FASAL 9 – PEMBAYARAN
9.1 Semua pembayaran adalah dalam matawang Ringgit Malaysia.
9.2 Kontraktor boleh membuat tuntutan pembayaran setelah Kerajaan berpuas hati akan Perkhidmatan itu dan permohonan tuntutan bayaran dipersetujui oleh Kerajaan melalui proses yang berikut:
(a) perkhidmatan yang dilaksanakan mengikut skop kerja terperinci tanpa ada kelewatan dalam Lampiran ... kepada Perjanjian ini dan Laporan Perkhidmatan yang diperakukan oleh Pegawai Penguasa atau mana-mana pegawai yang diberikan kuasa untuk memperakukan Perkhidmatan yang sempurna merangkumi skop Perkhidmatan yang dinyatakan dalam Perjanjian ini; dan
(b) Permohonan tuntutan diluluskan oleh Pegawai Penguasa atau Wakil Pegawai Penguasa.
9.3 Pembayaran bagi Perkhidmatan yang dilaksanakan oleh Kontraktor akan diproses oleh Kerajaan setelah menerima invois dan semua dokumen
yang dinyatakan dalam Fasal 9.2 daripada Kontraktor. Kesemua dokumen itu perlu dihantar kepada:
KETUA KLUSTER
Kluster Pengajian Pembangunan Pengurusan dan Inovasi, Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN),
Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia, Jalan Elmu,
59100 Kuala Lumpur.
9.4 Kerajaan akan membuat bayaran dalam tempoh empat belas (14) hari selepas menerima invois daripada Kontraktor dengan syarat semua dokumentasi tuntutan adalah lengkap dan betul.
9.5 Kerajaan juga berhak untuk mempertikaikan invois yang dikemukakan oleh Kontraktor disebabkan oleh sebarang kemungkiran atau
ketidaksempurnaan yang belum diremedi sewajarnya dalam Perjanjian ini oleh Kontraktor. Dalam hal yang demikian, Kerajaan akan memaklumkan Kontraktor secara bertulis mengenai pertikaian itu, termasuk menyatakan sebab-sebab pertikaian.
9.6 Semua pertikaian hendaklah diselesaikan sebelum sebarang pembayaran boleh dilaksanakan oleh Kerajaan. Sekiranya pertikaian itu tidak dapat diselesaikan di antara Pihak-Pihak, ia boleh dirujuk kepada timbang tara mengikut Fasal 27 Perjanjian ini.
9.7 Kerajaan boleh menahan pembayaran dengan memberi notis kepada Kontraktor pada bila-bila masa, sekiranya Kerajaan berpendapat bahawa kemajuan dan hasil kerja Kontraktor tidak mengikut spesifikasi yang ditetapkan seperti dalam Lampiran ... kepada Perjanjian ini.
9.8 Melainkan ditetapkan selainnya oleh Kerajaan, pembayaran akan dibuat oleh Kerajaan kepada Kontraktor secara elektronik dan fi perkhidmatan akan dikenakan ke atas Kontraktor sebanyak kosong perpuluhan empat peratus (0.4%) mengikut setiap nilai invois yang dikemukakan kepada Kerajaan, tertakluk kepada had maksimum Ringgit Malaysia Empat Ribu Lapan Ratus (RM4,800.00) sebagaimana yang dinyatakan dalam 1Pekeliling Perbendaharaan (1PP) (PK 5 – Perolehan Secara Elektronik).
9.9 Bagi maksud pengenaan fi perkhidmatan di bawah Fasal ini, Kerajaan berhak memotong terus daripada jumlah pembayaran yang akan dibuat kepada Kontraktor.
FASAL 10 – HARGA MAKANAN DAN MINUMAN
10.1 Kontraktor hendaklah membekalkan makanan bermasak dan minuman bagi Kursus, Majlis Khas dan Mesyuarat. Harga tawaran Petender hendaklah berdasarkan menu bagi kursus-kursus di INTAN Jalan Elmu seperti di Jadual I, II, III, IV, V, VI dan VII sahaja.
10.2 Kontraktor dikehendaki membuat tawaran menurut menu yang ditetapkan bagi tiga kategori di atas dan sebarang kenaikan harga selepas kontrak ditawarkan adalah tidak dibenarkan. Perubahan kepada menu adalah tertakluk kepada had harga yang ditetapkan oleh Petender bagi menu yang
berkenaan. Mana-mana item yang ditawarkan oleh kontraktor yang berjaya yang tidak disenaraikan dalam menu hendaklah terlebih dahulu mendapat kelulusan Pengarah INTAN atau wakilnya.
FASAL 11 – ANGGARAN KUANTITI
11.1 Kontraktor hendaklah menyediakan anggaran kekerapan sajian sebulan sebanyak 2,000 kali sajian masing-masing bagi minum pagi dan makan tengah hari dan sebanyak 500 sajian masing-masing bagi sarapan pagi dan makan malam bagi Menu Kursus, bergantung kepada permintaan dari semasa ke semasa.
11.2 Anggaran kuantiti Majlis Khas dan Mesyuarat adalah tertakluk kepada keperluan dari masa ke semasa.
11.3 Kuantiti yang ditetapkan adalah anggaran sahaja dan Kerajaan boleh menambah atau mengurangkannya mengikut keperluan.
11.4 Pada kebiasaannya, sajian tidak diperlukan pada bulan Ramadan serta pengurangan tempahan sajian akan berlaku pada bulan Disember dan Januari bagi tujuan penutupan akaun dan penyaluran peruntukan bagi tahun kewangan baharu.
FASAL 12 – TEMPAT DAN JADUAL WAKTU
12.1 Semua sajian makanan hendaklah dimasak di dapur sedia ada di Dewan Makan INTAN Jalan Elmu, Kuala Lumpur.
12.2 Jadual waktu perkhidmatan adalah seperti berikut:
Sajian Hari
Sarapan Pagi
Minuman
Pagi Makan Tengahari Makan Malam Isnin hingga
Khamis
7.00 - 8.00 pagi
10.30 - 11.00 pagi
12.30 tengah hari - 2.00 petang
6.30 petang - 8.00 malam
Jumaat 7.00 - 8.00 pagi
10.30 - 11.00 pagi
12.00 - 1.15 tengah hari
6.30 petang - 8.00 malam
Sabtu 7.00 - 8.00
pagi - 12.30 tengah hari
- 2.00 petang
6.30 petang - 8.00 malam Ahad 7.00 - 8.00
pagi - 12.30 tengah
hari - 2.00 petang
6.30 petang - 8.00 malam Jadual ini boleh diubah atas permintaan Pengarah INTAN atau wakilnya dari masa ke semasa.
12.3 Sajian makan malam tidak perlu disediakan bagi jumlah tempahan kurang daripada 20 sajian kecuali atas permintaan khas Pengarah INTAN atau wakilnya.
FASAL 13 – PEMATUHAN UNDANG-UNDANG DAN PERATURAN PIHAKPIHAK BERKUASA
13.1 Perkhidmatan Menyediakan dan Membekalkan Makanan Bermasak adalah tertakluk kepada semua undang-undang, garis panduan dan peraturan semasa yang dikeluarkan oleh mana-mana pihak berkuasa.
13.2 Kontraktor adalah bertanggungjawab untuk memastikan semua makanan dan minuman yang dibekalkan adalah halal dari segi agama Islam.
FASAL 14 – PERATURAN MEMBEKALKAN MAKANAN
14.1 Makanan yang disediakan hendaklah jenis hidangan orang Islam dan untuk memastikan syarat ini dilaksanakan, maka bahan-bahan makanan tersebut hendaklah dimasak dan disediakan oleh tukang-tukang masak yang beragama Islam. Garis panduan seperti di Lampiran G3 dan G4 hendaklah dipatuhi. Atas permintaan Pengarah INTAN atau wakilnya, Menu Khas (seperti sajian vegetarian) hendaklah disediakan.
14.2 Makanan bermasak ini hendaklah disediakan mengikut tempahan di tempat- tempat yang disedia dan ditetapkan oleh Pengarah INTAN atau wakilnya.
Tempat-tempat penyediaan ini hendaklah sentiasa berada di dalam keadaan bersih, kemas dan selamat.
14.3 Makanan yang disediakan hendaklah sentiasa bertutup dengan ‘cling film’
dan sebagainya. Kontraktor adalah dimestikan menggunakan ‘food warmer’.
14.4. Kontraktor juga hendaklah mematuhi peraturan-peraturan terkini mengenai kesihatan, kebersihan dan kehalalan ketika melaksanakan perkhidmatan seperti:
a) Garis Panduan Makanan, Minuman dan Bahan-Bahan Gunaan Orang Islam (JAKIM);
b) Undang-undang Kecil Pengendali Makanan (Wilayah Persekutuan) 1979;
c) Panduan Kebersihan dan Keselamatan Makanan;
d) Guidelines Mass Catering, Kementerian Kesihatan Malaysia;
e) Recommended Nutrient Intakes for Malaysia, Kementerian Kesihatan Malaysia, 2005;
f) Akta Makanan 1983 dan Peraturan-Peraturan Makanan 1985;
g) Peraturan-Peraturan Kebersihan Makanan 2009;
h) Garis Panduan Pengiktirafan Bersih, Selamat dan Sihat (BESS) bagi Pengusaha Premis Makanan; dan
i)
Lain-lain Garis Panduan/Dokumen-dokumen yang berkaitan penyediaan makanan yang berkuatkuasa sepanjang tempoh kontrak.FASAL 15 – LAYANAN OLEH PRAMUSAJI
Kontraktor hendaklah menitikberatkan pematuhan kaedah dan peraturan layanan makanan mengikut Garis Panduan Tanggungjawab dan Tatakelakuan Pramusaji seperti di Lampiran G3 melainkan diarah sebaliknya.
FASAL 16 – PERALATAN DAN PENYENGGARAAN
16.1 Peralatan-peralatan seperti peti sejuk, kerusi, meja, alat pemusnah lalat dan kelengkapan utama dapur adalah disediakan oleh pihak Kerajaan (INTAN). Peralatan ini hendaklah sentiasa dalam keadaan baik dan sempurna. Sebarang kerosakan yang berlaku hendaklah dibaiki sendiri oleh kontraktor di atas dayausaha, ikhtiar dan perbelanjaannya sendiri melainkan dipersetujui sebaliknya.
16.2 Kemudahan-kemudahan lain seperti alat-alat masakan, pinggan mangkuk, garpu, sudu, cawan, alas meja, pewangi dan lain-lain kelengkapan, keperluan tenaga buruh dan sebagainya adalah di bawah tanggungjawab kontraktor untuk menyediakan dengan secukupnya bagi menguruskan kerja-kerja di bawah kontrak ini. Barang/alat tersebut hendaklah juga sentiasa dipastikan berada dalam keadaan baik, bersih dan boleh digunakan sepanjang masa.
FASAL 17 – PERALATAN DAN PENYENGGARAAN
17.1 Segala harta benda Kerajaan yang digunakan oleh kontraktor untuk menguruskan kontrak ini adalah hak milik Kerajaan dan penggunaannya
adalah dihadkan kepada kerja-kerja di bawah kontrak ini sahaja. Kontraktor adalah bertanggungjawab ke atas harta benda ini termasuk penyelenggaraan, pembaikan dan menggantikannya jika hilang atau rosak.
17.2 Kontraktor dikehendaki menyemak senarai harta benda Kerajaan dan kebolehfungsiannya semasa penyerahan dilaksanakan dan jika Pengarah
INTAN atau wakilnya tidak menerima apa-apa kemusykilan dalam masa dua (2) bulan daripada kontraktor terhadap perkakas/barang Kerajaan itu, maka adalah ditafsirkan bahawa perkakas/barang tersebut adalah dalam keadaan baik dan sempurna.
17.3 Kontraktor hendaklah mengembalikan semua perkakas/barang kepunyaan Kerajaan dalam keadaan baik dan sempurna setelah perkhidmatannya di bawah kontrak ini tamat atau ditamatkan. Sekiranya didapati ada di antara barang/perkakas tersebut telah rosak atau hilang, maka kontraktor adalah bertanggungjawab sepenuhnya membayar segala kerugian itu dengan segera tidak kira bagaimana ianya berlaku.
17.4 Kontraktor adalah dikehendaki membuat laporan kerosakan harta benda Kerajaan (equipment shutdown), bekalan air, eletrik atau kemudahan- kemudahan lain kepada Unit Domestik, INTAN Jalan Elmu.
FASAL 18 – BAHAN-BAHAN PEMBERSIHAN
Kontraktor adalah dikehendaki menyediakan bahan-bahan pembersihan (termasuk sabun pencuci tangan untuk peserta) dengan secukupnya untuk digunakan bagi tujuan membersihkan pinggan, mangkuk, alat-alat dapur dan sebagainya.
FASAL 19 – KEBERSIHAN
19.1 Kontraktor adalah bertanggungjawab ke atas kebersihan ruang bangunan yang digunakan iaitu termasuk ruang dapur, bilik stor, bilik pejabat, tempat- tempat pekerja dan dewan makan, tempat pembuangan sampah dan keadaan di sekelilingnya dan juga kebersihan alat kelengkapan serta bahan-bahan makanan yang digunakan.
19.2 Kontraktor juga hendaklah memastikan tempat menghidang makanan selain daripada Dewan Makan seperti Bilik Mesyuarat, Dewan Kuliah dan
lain-lain tempat hendaklah dikemas dan dibersihkan selepas majlis/program selesai.
19.3 Kontraktor hendaklah memastikan segala sisa makanan, sampah sarap dibungkus, diikat dan dibuang di tempat membuang sampah luar dari kawasan INTAN setiap hari dan tidak membiarkannya di dalam keadaan terdedah atau menjadi punca lain-lain masalah. Ini adalah bagi mengelak daripada menjadi tarikan kepada tikus, kucing, burung, lalat, ular dan sebagainya. Sampah sarap tidak boleh disimpan di waktu malam di dalam kawasan Dewan Makan atau di mana-mana kawasan INTAN termasuk tempat pembuangan sampah INTAN. Kontraktor hendaklah menyediakan tong sampahnya sendiri dan membawa keluar sampah sarap tersebut dari INTAN setiap hari.
19.4 Kontraktor hendaklah memastikan segala sisa-sisa makanan dan lain-lain jenis sampah tidak dibuang ke dalam sinki atau longkang atau lain-lain tempat seumpamanya yang boleh menyebabkan tersumbatnya saliran- saliran air atau longkang.
19.5 Memastikan keadaan pinggan, mangkuk dan lain-lain peralatan bagi penyediaan makanan berada dalam keadaan baik, bersih dan tersusun
kemas pada setiap masa terutamanya di Dewan Makan.
19.6 Kebersihan lantai dan dapur adalah tanggungjawab Kontraktor. Kontraktor hendaklah memastikan keadaan lantai dan dapur sentiasa bersih dan dicuci dan dimop pada setiap hari. Bagi kawasan yang berkarpet hendaklah divakum sekurang-kurangnya sekali seminggu. Pengarah INTAN atau wakilnya akan membuat pemeriksaan dari masa ke semasa dan boleh mengarahkan Kontraktor membersihkan mana-mana kawasan di bangunan Dewan Makan pada bila-bila masa sahaja.
19.7 Semua pekerja hendaklah menggunakan sarung tangan, penutup hidung, mulut dan penutup kepala semasa penyediaan makanan. Undang-Undang dan peraturan yang berkaitan hendaklah dipatuhi
FASAL 20 – PENGGUNAAN AIR, ELEKTRIK DAN GAS
20.1 Bekalan air paip dan tenaga eletrik yang digunakan bagi melaksanakan kontrak ini akan ditanggung oleh kontraktor. Kerajaan akan mengenakan bayaran sebanyak RM200.00 sebulan untuk elektrik dan RM100.00 sebulan untuk air. Kontraktor dikehendaki berjimat cermat menggunakannya.
20.2 Kontraktor adalah bertanggungjawab untuk mendapatkan bekalan dan membayar gas dapur yang digunakan bagi melaksanakan kontrak ini.
FASAL 21 – STOR MAKANAN
Kontraktor adalah bertanggungjawab untuk menyediakan stor makanan (bahan makanan kering dan basah) secukupnya supaya bekalan makanan tidak terputus.
Bahan-bahan makanan yang disimpan di dalam stor ini tidak boleh mengandungi apa-apa barang makanan yang haram di sisi agama Islam. Garis Panduan Penyimpanan Bahan-Bahan Makanan seperti Lampiran G4 hendaklah dipatuhi.
FASAL 22 – TENAGA KERJA
22.1 Kontraktor mestilah menyediakan bilangan pekerja minimum yang mencukupi berdasarkan kepada tempahan sajian seperti berikut:
Kriteria Peranan
Bilangan Minimum Pekerja bagi Tempahan Sajian di
antara 1-100
Bilangan Minimum Pekerja bagi Tempahan Sajian di
antara 101 dan ke atas
Penyelia 1 1
Pramusaji 3 6
Tukang Masak 1 2
Pembantu Tukang
Masak 1 2
Pencuci 2 2
Jumlah 8 13
22.2 Semua tenaga pekerja yang menguruskan kerja-kerja kontrak ini hendaklah terdiri daripada Warganegara Malaysia dan beragama Islam.
22.3 Satu salinan surat pelantikan pekerja serta butiran lanjut mengenai gaji, elaun dan KWSP hendaklah dikemukakan kepada Pengarah INTAN atau wakilnya dalam masa sebulan selepas mereka diambil bekerja.
22.4 Tukang masak hendaklah mempunyai sijil-sijil yang berkaitan dengan penyediaan makanan bermasak daripada mana-mana institusi yang diperakui.
FASAL 23 – KESIHATAN DAN DISIPLIN TENAGA PEKERJA
23.1 Kontraktor hendaklah memastikan bahawa pekerja-pekerjanya adalah sentiasa berpakaian bersih dalam keadaan yang sihat dan bebas dari penyakit berjangkit (contagious dan infectious).
23.2 Sebelum pekerja-pekerja itu dibenarkan bekerja di tempat ini, kontraktor hendaklah memastikan mereka diberikan suntikan vaksin typhoid (TY2) serta menjalani pemeriksaan perubatan secara berkala. Bukti suntikan typhoid perlu diserahkan apabila berlaku pertukaran pekerja Sesalinan laporan pemeriksaan perubatan untuk setiap pekerja hendaklah diserahkan kepada Pengarah INTAN atau wakilnya dalam masa sebulan selepas mereka diambil bekerja.
23.3 Sekiranya bakal-bakal pekerja yang dicadangkan untuk bekerja atau pekerja-pekerja yang telah bertugas didapati tidak layak dari segi kesihatan
untuk berkhidmat, maka ianya akan dilarang untuk bekerja di tempat tersebut.
23.4 Pekerja-pekerja hendaklah berambut pendek, berkuku pendek dan kemas/bersih. Pekerja yang tidak sihat atau mempunyai jangkitan di kulit tidak dibenarkan bertugas.
23.5 Pekerja-pekerja tidak dibenarkan tinggal di dalam kawasan INTAN Jalan Elmu selepas waktu bertugas. Kontraktor hendaklah memastikan semua pekerja-pekerja meninggalkan premis INTAN selepas bertugas. Kontraktor mestilah menyediakan segala keperluan pengangkutan pergi dan balik yang diperlukan pada tiap-tiap hari bagi tujuan kontrak ini. Semua pekerja dikehendaki keluar dari premis INTAN Jalan Elmu selewat-lewatnya 11.30 malam kecuali dengan kebenaran Pengarah INTAN atau wakilnya.
23.6 Kontraktor hendaklah memberhentikan dengan segera mana-mana pekerja yang diarahkan oleh Pengarah INTAN atau wakilnya, sekiranya didapati bahawa pekerja berkenaan merupakan ancaman keselamatan kepada Kerajaan atau terlibat dalam kegiatan jenayah atau penyalahgunaan dadah atau berkelakuan yang tidak senonoh. Sekiranya berlaku, maka segala pembayaran dan perbelanjaan (jika ada) hendaklah ditanggung kesemuanya oleh Kontraktor.
FASAL 24 – PAKAIAN SERAGAM
24.1 Kontraktor hendaklah memastikan pakaian seragam seperti berikut digunakan:
24.1.1 Kemeja putih (lengan panjang) dan berseluar slack hitam berserta dengan penutup kepala bagi pramusaji lelaki.
24.1.2 Kemeja putih (lengan panjang) dan berkain hitam / berseluar slack hitam berserta dengan penutup kepala bagi pramusaji wanita.
24.1.3 Kemeja putih dan berseluar slack hitam berserta dengan penutup kepala bagi tukang masak dan pencuci lelaki.
24.1.4 Kemeja putih (lengan panjang) dan berkain hitam / berseluar slack hitam berserta dengan penutup kepala bagi tukang masak dan pencuci wanita.
24.1.5 Tukang masak dan pencuci hendaklah pakai apron putih semasa bertugas.
24.1.6 Semua pekerja diwajibkan memakai kasut semasa bertugas.
24.2 Pakaian yang menjolok mata adalah dilarang sama sekali dan pihak INTAN berhak mengarahkan pekerja yang melanggar syarat ini meninggalkan kawasan INTAN dengan serta-merta.
24.3 Contoh pakaian tersebut hendaklah terlebih dahulu dipersetujui dan diluluskan oleh Pengarah INTAN atau wakilnya.
FASAL 25 – MEMERIKSA KEBERSIHAN
25.1 Kontraktor hendaklah membenarkan Pengarah INTAN atau wakilnya memasuki pada bila-bila masa tempat-tempat yang digunakan oleh kontraktor dan kakitangannya dengan tujuan memeriksa keadaan kebersihan dan tempat tersebut. Mereka juga adalah berhak untuk memeriksa kebersihan seseorang pekerja itu jika difikirkan perlu.
FASAL 26 – PROSES PENGENALAN TUGAS
26.1 Satu proses pengenalan tugas selama dua (2) hari akan diadakan seminggu sebelum kerja bermula tanpa sebarang bayaran. Proses pengenalan tugas hendaklah dilakukan bersama dengan Pengarah INTAN atau wakilnya. Di antaranya perkara-perkara yang akan dilakukan ialah:
a) Menyenaraikan senarai pekerja;
b) Menyenaraikan bidang tugas;
c) Keterangan tentang skop kerja dan standard kualiti kerja;
d) Keterangan tentang peranan penyelia;
e) Semakan perkakasan dan lokasi sajian; dan f) Membuat jadual kerja.
26.2 Perincian Perkara 27.1. hendaklah dikemukakan oleh kontraktor.
FASAL 27 – PENERIMAAN BEKALAN BARANG BASAH MENTAH
27.1 Semua bekalan barang basah hendaklah dibekalkan sehari sebelum sajian berkaitan disediakan.
27.2 Semua bekalan barang basah hendaklah segar dan dalam keadaan baik mengikut spesifikasi yang ditetapkan.
27.3 Semua penerimaan bekalan basah akan dibuat oleh wakil INTAN bersama wakil dari syarikat. Bekalan yang tidak menepati spesifikasi akan ditolak serta merta dan perlu diganti dengan bekalan baru pada hari yang sama tanpa melibatkan sebarang kos pada Kerajaan.
FASAL 28 – KEROSAKAN KE ATAS HARTA BENDA KERAJAAN
28.1 Kontraktor hendaklah sentiasa berhati-hati untuk mengelakkan kerosakan atau kecederaan dari berlaku ke atas harta benda Kerajaan, peserta kursus, pekerja-pekerja dan pelawat INTAN Jalan Elmu. Kontraktor akan dipertanggungjawabkan untuk mengganti atas perbelanjaannya sendiri, apa-apa kerosakan atau kecederaan yang berlaku terhadap harta benda Kerajaan, peserta kursus dan pelawat INTAN Jalan Elmu semasa menjalankan Perkhidmatan di bawah Perjanjian ini serta Kontraktor akan juga dipertanggungjawabkan di atas segala kerugian atau kerosakan yang berlaku dengan apa jua yang disebabkan oleh alat keperluan Kontraktor
yang dibawa ke dalam kawasan Kerajaan berhubung dengan pelaksanaan Perjanjian ini.
28.2 Kontraktor adalah bertanggungjawab bagi apa-apa kerugian seperti kecurian, kebakaran atau kerosakan dalam apa jua keadaan sekali pun ke atas harta benda Kerajaan yang disebabkan oleh kecuaian atau dilakukan oleh Kontraktor, pekerja atau kakitangan Kontraktor.
28.3 Jika kerosakan harta benda Kerajaan yang jumlah harganya lebih besar daripada bayaran atau cagaran, maka pihak Kontraktor bertanggungjawab membayar ganti rugi seperti yang dinilai.
FASAL 29 – INSURANS DAN TANGGUNG RUGI
29.1 Kontraktor hendaklah menerima tanggungan dan hendaklah menanggung rugi Kerajaan terhadap apa-apa tanggungan, tuntutan dan/atau prosiding:
(a) mengenai kecederaan diri atau kematian mana-mana orang;
dan/atau
(b) mengenai kerosakan terhadap apa-apa harta dalam apa bentuk sekali pun dan/atau yang dipunyai oleh sesiapa pun,
jika ini disebabkan oleh kecuaian atau perbuatan atau keingkaran sengaja oleh Kontraktor di mana kecederaan, kematian atau kerosakan itu disebabkan oleh atau berbangkit daripada atau dalam masa Kontraktor melaksanakan atau menjalankan Perkhidmatan di bawah Perjanjian ini.
29.2 Tanpa menjejaskan tanggungan untuk menanggung rugi Kerajaan seperti yang tersebut di atas, sekiranya difikirkan perlu, Kontraktor bolehlah atas perbelanjaan sendiri, pada setiap masa, menyenggara insurans-insurans bagi melindungi pekerja-pekerjanya di bawah Fasal 30 dengan mana-mana syarikat insurans yang diiktiraf oleh Kerajaan. Satu salinan polisi insurans berkenaan hendaklah diserahkan kepada Kerajaan.
FASAL 30 – INSURANS PEKERJA
30.1 Kontraktor hendaklah mengambil dan menyenggara dalam Tempoh Perjanjian ini, suatu insuran pampasan pekerja dan/atau insurans liabiliti pekerja atau sebarang insuran yang terpakai bagi pekerja dan/atau ejennya sebagaimana yang dikehendaki di bawah undang-undang Malaysia.
30.2 Apa-apa insuran yang diambil oleh Kontraktor di bawah Fasal 30 hendaklah diambil dengan kos dan perbelanjaan Kontraktor.
30.3 Kontraktor hendaklah menyerahkan sesalinan polisi insuran di bawah Fasal 30 kepada Kerajaan sebaik sahaja polisi insuran yang berkenaan diperolehi.
30.4 Kontraktor hendaklah membayar premium dan apa-apa jumlah lain yang sepatutnya dibayar berkenaan apa-apa polisi insuran di bawah Fasal ini apabila jumlah berkenaan menjadi kena bayar dan mengemukakan resit atau salinannya kepada Kerajaan sebagai bukti pembayaran.
30.5 Kontraktor hendaklah memberikan maklumat yang betul dan tepat kepada syarikat insuran berkenaan apa-apa perkara di mana sebarang ketaksahihan maklumat boleh menjejaskan atau memprejudiskan apa-apa polisi insuran yang diambil di bawah Fasal ini atau pembayaran apa-apa tuntutan insuran.
30.6 Kontraktor hendaklah memastikan apa-apa polisi insurans hanya boleh dibatalkan selepas tamatnya tempoh tiga puluh (30) hari daripada tarikh syarikat insurans memberikan notis menasihatkan Kontraktor supaya polisi insurans dibatalkan.
30.7 Kontraktor hendaklah tidak, pada bila-bila masa, membenarkan atau menyebabkan suatu tindakan atau perkara dilakukan yang boleh mengakibatkan polisi insuran menjadi tidak sah atau terbatal atau boleh
batal atau kadar premium menjadi lebih tinggi. Dalam hal ini, di mana Kerajaan meluluskan apa-apa cadangan Kontraktor untuk menaikkan liputan risiko, Kontraktor hendaklah membayar apa-apa premium tambahan berdasarkan penambahan risiko yang perlu diinsuranskan.
30.8 Dalam hal di mana apa-apa kerosakan atau kehilangan berlaku dalam Tempoh Perjanjian, Kontraktor hendaklah, daripada jumlah insuran yang dituntut atau jika tidak mencukupi, dengan menggunakan sumbernya sendiri, membaiki, mengganti atau membaik pulih kerosakan atau kehilangan itu.
FASAL 31 – REPRESENTASI DAN WARANTI
Kontraktor dengan ini memberi representasi dan waranti kepada Kerajaan bahawa:
(a) ia adalah sebuah perniagaan yang sah diwujudkan dan didaftarkan di bawah undang-undang Malaysia;
(b) ia diberi kuasa untuk memasuki dan melaksanakan obligasi di bawah Perjanjian ini dan untuk memberikan/menjalankan Perjanjian ini seperti yang termaktub di bawah Perjanjian ini;
(c) ia telah mengambil segala langkah-langkah perlu bagi memasuki dan pelaksanaan Perjanjian ini dan untuk menjalankan segala transaksi di bawah Perjanjian ini;
(d) pada tarikh Perjanjian ini ditandatangani, tiada apa-apa pelaksanaan atau transaksi di bawah Perjanjian ini yang melanggar peruntukan-peruntukan terutamanya berkaitan–
(i) Memorandum dan Artikel Persatuannya; atau
(ii) mana-mana dokumen atau perjanjian yang mengikatnya atau asetnya;
(e) tiada litigasi, arbitrari, tuntutan cukai, pertikaian atau prosiding pentadbiran yang sedang atau masih bertangguh atau dalam pengetahuan Kontraktor, yang boleh mengakibatkan kesan (adverse effect) atas Kontraktor atau kebolehan Kontraktor untuk melaksanakan obligasi kewangan atau obligasi lain di bawah Perjanjian ini;
(f) Perjanjian ini adalah satu obligasi Kontraktor menurut undang-undang, sah dan mengikat Kontraktor dan dikuatkuasakan menurut terma dan syarat- syarat Perjanjian; dan
(g) Kontraktor mempunyai keupayaan kewangan dan teknikal untuk menjalankan Perkhidmatan dan kerja-kerja di bawah Perjanjian ini,
dan Kontraktor dengan ini mengaku bahawa Kerajaan telah memasuki Perjanjian ini berdasarkan representasi dan waranti Kontraktor seperti dinyatakan di sini.
FASAL 32 – KEGAGALAN MELAKSANAKAN PERKHIDMATAN
32.1 Kontraktor akan ditakrifkan sebagai gagal menyempurnakan Perjanjian ini sekiranya tidak dapat membekalkan sepenuhnya Perkhidmatan ini seperti yang ditetapkan oleh Kerajaan.
32.2 Jika Kontraktor telah gagal melaksanakan Perkhidmatan sebagaimana yang dinyatakan dalam Perjanjian ini, maka pihak Kerajaan sentiasa berhak:
(a) memotong apa-apa wang yang kena dibayar oleh Kerajaan kepada Kontraktor bagi setiap kegagalan melaksanakan kerja-kerja; dan/atau
(b) menamatkan Perjanjian.
32.3 Hak Kerajaan dalam Fasal ini ialah sebagai tambahan kepada dan tanpa menyekat hak-hak Kerajaan yang lain ada secara nyata atau tersirat dalam Perjanjian ini atau di sisi undang-undang untuk menuntut ganti rugi
daripada Kontraktor kerana gagal melaksanakan tanggungjawab di bawah Perjanjian ini.
FASAL 33 – DENDA DAN PEMBAYARAN DENDA
33.1 Sekiranya Kontraktor gagal menyempurnakan Perjanjian ini seperti yang dinyatakan dalam Fasal 32 atau lain-lain sebab yang berpunca dari pihak Kontraktor, maka Kerajaan boleh mengenakan denda ke atas Kontraktor seperti yang berikut:
a) Makanan bermasak lewat dibekalkan iaitu lebih daripada 15 minit dari jadual yang ditetapkan di perenggan 12.2 dan jumlah potongan adalah bersamaan dengan 100% (tiada bayaran) daripada nilai tempahan yang lewat; atau
b) Tidak menghantar pekerja secukupnya seperti yang telah dinyatakan di dalam perenggan 22.1. Kegagalan kontraktor untuk menyediakan jumlah pekerja minimum layak dikenakan pemotongan ke atas tuntutan bulanan yang dikemukakan mengikut asas pengiraan pemotongan seperti berikut:
Peranan
Pemotongan Jika Tidak Memenuhi Jumlah Pekerja
Minimum (RM / orang / hari)
Penyelia 100
Pramusaji 60
Tukang Masak 80
Pembantu Tukang Masak 70
Pencuci 60
c) Sekiranya kontraktor gagal menyediakan dan membekal makanan berkualiti seperti yang ditetapkan atau hasil kerja yang tidak memuaskan seperti yang ditetapkan dalam spesifikasi, INTAN boleh
membuat pemotongan sebanyak maksimum 10% dari tuntutan bayaran mengikut tempahan sajian yang terlibat. Hasil kerja yang tidak memuaskan di sini bermaksud seperti berikut:
(i) Menukar menu tanpa memaklumkan dan mendapat kelulusan daripada Pengarah INTAN atau wakilnya;
(ii) Menukar bahan asas yang telah ditetapkan (seperti menukar ikan kepada daging atau sebagainya);
(iii) Menukar cara kaedah masak yang telah ditetapkan dalam menu (seperti mengukus kepada membakar atau sebagainya);
(iv) Membekal makanan yang tidak berkualiti (buah-buahan yang kecil atau kecut, basi, nasi dan lauk mentah atau sebagainya);
(v) Tidak memasang api kepada food warmer;
(vi) Lantai Dewan Makan dan dapur kotor dan berbau serta tidak kemas;
(vii) Pramusaji tidak memakai pakaian seragam yang lengkap seperti yang dikehendaki dalam tender dan kebersihan peribadi yang lemah;
(viii) Hasil kerja lain yang tidak memuaskan berdasarkan kepada aduan yang diterima daripada mana-mana sumber yang disahkan oleh Pengarah INTAN atau mana-mana wakilnya;
(ix) Tenaga pekerja yang bertingkah-laku tidak memuaskan termasuk melanggar arahan yang dikeluarkan oleh Pengarah INTAN atau mana-mana wakilnya;
(x) Kontraktor tidak mematuhi penghantaran bekalan mentah seperti di perenggan 27.
d) Pemotongan bagi kegagalan menyediakan bekalan secukupnya mengikut bilangan sajian yang ditempah oleh pihak INTAN yang seterusnya menyebabkan pengurangan kuantiti sajian akan dibuat mengikut asas pengiraan berikut:
Pemotongan Asas Pengiraan Pemotongan Jika Kuantiti Bekalan Tidak Mencukupi
30% bagi kekurangan satu menu dalam satu sajian
Pemotongan sebanyak 30% daripada tuntutan yang dikemukakan bagi tempahan sajian tersebut.
Contoh :
Tempahan sajian = Makan tengah hari Tuntutan makan tengah hari = RM1,000.00
Potongan 30% = RM300.00 Bayaran kontraktor = RM700.00
Kekurangan kuantiti
sajian dalam satu menu Kuantiti Kurang Pemotongan
1-10 sajian RM100
11-20 sajian RM125
21-30 sajian RM150
31-40 sajian RM175
41-50 sajian RM200
51 sajian dan ke atas
Sajian dianggap tidak lengkap dan
dianggap kekurangan satu
menu.
Tertakluk kepada pemotongan 30%
daripada tuntutan yang dikemukakan bagi
tempahan.
e) Pemotongan ini boleh dibuat melalui tuntutan bil bulanan yang dikemukakan oleh kontraktor.
33.2 Kontraktor perlu memberi penjelasan secara bertulis kepada Kerajaan sekiranya terdapat kesalahan yang disabitkan dalam tempoh tujuh (7) hari
bekerja dari tarikh surat/notis amaran dikeluarkan. Jika Kerajaan tidak menerima sebarang penjelasan atau penjelasan yang diberikan adalah tidak munasabah, maka Kerajaan berhak untuk mengenakan denda seperti dalam Fasal 33.1 dan apabila tiga (3) surat/notis amaran dikeluarkan, maka Kerajaan sentiasa berhak menamatkan Perjanjian seperti yang dinyatakan dalam Fasal 36 Perjanjian ini.
FASAL 34 – KERJA-KERJA DI LUAR PERJANJIAN
Jika Kontraktor gagal melaksanakan Perkhidmatan sebagaimana yang ditetapkan dalam Lampiran ... kepada Perjanjian ini dengan memuaskan, Kerajaan sentiasa berhak mendapatkan pelaksanaan Perkhidmatan itu daripada kontraktor lain sebagaimana yang difikirkan wajar tanpa terlebih dahulu mendapat kebenaran daripada Kontraktor dan dengan itu Kerajaan mempunyai hak untuk menuntut daripada Kontraktor apa-apa jumlah perbelanjaan berlebihan yang dikenakan terhadap Kerajaan bagi mendapatkan Perkhidmatan itu daripada kontraktor lain berserta kos pentadbiran sebanyak dua puluh lima peratus (25%) daripada jumlah perbelanjaan sebenar yang terpaksa ditanggung oleh Kerajaan.
FASAL 35 – GANTI RUGI
Jika Kontraktor gagal melaksanakan Perkhidmatan sebagaimana disyaratkan dalam Lampiran ... kepada Perjanjian ini mengikut kepuasan Pegawai Penguasa dan/atau dalam masa satu (1) bulan selepas Perjanjian ini ditandatangani, gagal
memberikan Perkhidmatan itu, Kerajaan berhak menamatkan Perjanjian ini dan berhak dibayar ganti rugi bernilai keseluruhan Bon Pelaksanaan seperti dalam Fasal 7.1.
FASAL 36 – PENAMATAN PERJANJIAN
36.1 Jika Kontraktor melakukan pelanggaran terhadap mana-mana terma dan syarat Perjanjian ini, Kerajaan boleh, dengan memberi notis bertulis (kemudian daripada ini disebut sebagai “Notis Kemungkiran”) kepada
Kontraktor dengan menyatakan kegagalan atau kemungkiran yang dilakukan Kontraktor dan mengkehendaki Kontraktor meremedikan kegagalan atau kemungkiran itu dalam tempoh masa yang dinyatakan dalam Notis Kemungkiran atau suatu tempoh lain sebagaimana yang dipersetujui oleh Kerajaan. Sekiranya Kontraktor gagal meremedikan kegagalan atau kemungkiran itu, Kerajaan boleh, dengan memberikan notis bertulis tiga puluh (30) hari kepada Kontraktor, menamatkan Perjanjian ini.
36.2 Walau apa pun Fasal 36.1, jika pada bila-bila masa:
(a) Kontraktor itu sebagai orang perseorangan (atau, apabila Kontraktor iaitu adalah firma, mana-mana pekongsi firma itu) pada bila-bila masa menjadi bankrap atau sesuatu perintah penerimaan, atau perintah pentadbiran dibuat terhadapnya, atau membuat sesuatu penyelesaian, atau perkiraan dengan atau bagi faedah pemiutang atau jika Kontraktor itu syarikat meluluskan suatu ketetapan atau Mahkamah membuat suatu perintah bahawa syarikat itu digulung (bukan suatu penggulungan ahli bagi maksud penyusunan atau penyatuan) atau jika seorang penerima atau pengurus bagi seorang pemiutang dilantik atau jika timbul keadaan yang memberi hak kepada Mahkamah membuat sesuatu perintah penggulungan;
(b) Kontraktor menjadi bankrap atau memberhentikan perniagaan;
(c) Kerajaan mempunyai sebab bagi mempercayai bahawa Kontraktor atau sesiapa yang diambil bekerja olehnya atau bertindak bagi pihaknya (sama ada dengan atau di luar pengetahuan Kerajaan), membuat tawaran, memberi atau bersetuju untuk memberi mana- mana pegawai Kerajaan apa-apa pemberian dalam bentuk balasan atau hadiah sebagai dorongan untuk/atau kerana melakukan atau bersetuju untuk melakukan apa-apa perbuatan yang berkaitan
dengan perolehan atau pelaksanaan Perjanjian ini dengan Kerajaan; atau
(d) Kontraktor melakukan apa-apa perkara yang melanggar undang- undang sama ada berkaitan dengan Perjanjian ini atau tidak,
Kerajaan boleh menamatkan Perjanjian ini dengan serta-merta.
36.3 Walau apa pun yang tersebut dalam Fasal 36.1 di atas, Kerajaan adalah sentiasa berhak menamatkan Perjanjian ini tanpa memberi apa-apa sebab dengan memberi tiga puluh (30) hari notis kepada Kontraktor.
36.4 Sekiranya Perjanjian ini ditamatkan menurut Fasal 36:
(a) Kerajaan berhak melantik kontraktor lain untuk melaksanakan Perkhidmatan dan Kontraktor tidak berhak menerima pampasan dan/atau bayaran balik bagi apa-apa perbelanjaan yang telah ditanggung bagi pelaksanaan Perjanjian ini setakat bayaran Perkhidmatan yang telah diberikan;
(b) Kontraktor hendaklah menanggung apa-apa kerugian dan kerosakan yang dialami dan/atau ditanggung oleh Kerajaan akibat penamatan Perjanjian ini; dan
(c) Tanpa menjejaskan mana-mana peruntukan dalam Fasal 36.1, 36.2 dan 36.3, penamatan Perjanjian ini tidak akan memprejudiskan sebarang hak yang telah sedia ada bagi Pihak- Pihak di bawah Perjanjian ini, dengan syarat sentiasa bahawa penamatan Perjanjian ini tidak akan menyentuh hak-hak Kerajaan yang sedia terakru di bawah Perjanjian ini.
FASAL 37 – PENAMATAN KONTRAK ATAS KEPENTINGAN NEGARA
37.1 Tidak tertakluk kepada mana-mana peruntukan dalam Perjanjian ini, Kerajaan berhak menamatkan Perjanjian ini pada bila-bila masa dengan memberi notis bertulis tidak kurang daripada tiga puluh (30) hari kepada Kontraktor (tanpa perlu memberi apa-apa sebab) sekiranya Kerajaan berpendapat penamatan itu perlu dilaksanakan atas kepentingan negara, kepentingan keselamatan negara atau bagi tujuan polisi Kerajaan atau polisi awam.
37.2 Bagi maksud Fasal ini, perkara yang berjumlah kepada “kepentingan negara”, “kepentingan keselamatan negara”, “polisi Kerajaan” dan “polisi awam” hendaklah diputuskan oleh Kerajaan sahaja dan keputusan itu adalah muktamad dan tidak boleh dicabar.
37.3 Pihak-Pihak bersetuju bahawa Kontraktor tidak berhak untuk menuntut sebarang kerugian termasuk kehilangan perolehan pendapatan, pampasan, tuntutan, ganti rugi atau sebagainya atas penamatan Perjanjian ini.
FASAL 38 – PENAMATAN ATAS RASUAH, AKTIVITI TIDAK SAH DAN MENYALAHI UNDANG-UNDANG
38.1 Penamatan
Tanpa menjejaskan hak-hak Kerajaan yang lain, sekiranya Kontraktor, kakitangannya, agennya atau seorang yang diambil bekerja olehnya disabitkan oleh Mahkamah atas kesalahan terlibat dengan rasuah di bawah Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 [Akta 694] atau aktiviti tidak sah dan menyalahi undang-undang berhubung dengan Perjanjian ini atau apa-apa kontrak lain yang dimasuki oleh Kontraktor dengan Kerajaan, Kerajaan berhak untuk menamatkan Perjanjian ini pada
bila-bila masa, dengan memberikan notis bertulis kepada Kontraktor yang akan berkuat kuasa serta-merta.
38.2 Akibat daripada Penamatan
(a) Atas penamatan itu, Kerajaan berhak ke atas semua kehilangan, kos, ganti rugi dan perbelanjaan (termasuk kos dan perbelanjaan tidak langsung) yang ditanggung oleh Kerajaan akibat dari penamatan itu.
(b) Bagi mengelakkan kekeliruan atau was-was, Pihak-Pihak dalam Perjanjian ini bersetuju bahawa Kontraktor tidak mempunyai hak untuk mendapatkan balik apa-apa ganti rugi termasuk kehilangan keuntungan, pampasan, tuntutan atau apa-apa ganti rugi lain setelah Perjanjian ini ditamatkan.
FASAL 39 – FORCE MAJEURE
39.1 Tiada Kemungkiran
(a) Sekiranya pelaksanaan Perjanjian ini tidak dapat diteruskan oleh Kontraktor seperti mana skop Perkhidmatan yang dipersetujui bersama dalam Perjanjian ini akibat peperangan, gempa bumi, bencana alam, pemberontakan, rusuhan, kekacauan awam, mogok, pertikaian buruh, kebakaran, bahaya-bahaya laut atau bahaya-bahaya lain yang berlaku di luar kawalan pihak Kontraktor, maka pihak Kontraktor adalah berkewajipan memberitahu kepada Kerajaan secara bertulis dalam masa empat puluh lapan (48) jam dari masa berlakunya kejadian itu sekiranya pihak Kontraktor memerlukan pengubahsuaian terhadap skop Perkhidmatan yang sedia ada bagi tujuan pelaksanaan Perjanjian ini. Dalam hal ini, pihak Kerajaan akan menjalankan penyiasatan sendiri secepat mungkin bagi mengenal pasti kejadian itu adalah suatu Force
Majeure dan jika munasabah, akan membenarkan pelaksanaan skop Perkhidmatan baru yang berkenaan.
(b) Walaupun skop Perkhidmatan yang baru diluluskan oleh Kerajaan, namun pihak Kontraktor hendaklah sentiasa berusaha mengelakkan apa-apa kelewatan daripada berlaku sehingga menjejaskan Perkhidmatan di bawah Perjanjian ini. Kelulusan skop Perkhidmatan yang baru tidak akan diberi sekiranya kelewatan pelaksanaan Perkhidmatan berkenaan adalah disebabkan apa-apa kerosakan alat atau perkakas Kontraktor yang digunakan bagi tujuan pelaksanaan Perjanjian ini.
(c) Pihak Kerajaan atau Kontraktor adalah tidak bertanggungjawab bagi sebarang ketinggalan atau kegagalan dalam menjalankan Perjanjian ini, jika ketinggalan atau kegagalan itu timbul daripada keadaan Force Majeure, dengan syarat Pihak-Pihak bersetuju bahawa keadaan Force Majeure telah berlaku.
(d) Sekiranya salah satu Pihak tidak bersetuju bahawa keadaan Force Majeure telah berlaku, pertikaian ini hendaklah dirujuk kepada pihak pengurusan atasan dan seterusnya pihak timbang tara seperti yang dinyatakan dalam Fasal 40.
39.2 Kelewatan atau Gangguan Kerja
Mitigasi
(a) Sekiranya keadaan Force Majeure berlaku dan menyebabkan Kontraktor tidak dapat menjalankan tanggungjawabnya dalam Perjanjian ini, Kontraktor hendaklah memaklumkan pihak Kerajaan dan mengambil tindakan mitigasi dan menjalankan segala usaha untuk mengatasi kelewatan atau gangguan terhadap tanggungjawabnya.
(b) Sekiranya keadaan Force Majeure berlaku dan menyebabkan Kerajaan tidak dapat menjalankan tanggungjawabnya dalam Perjanjian ini, Kerajaan hendaklah memaklumkan pihak Kontraktor dan mengambil tindakan mitigasi dan menjalankan segala usaha untuk mengatasi kelewatan atau gangguan terhadap tanggungjawabnya.
39.3 Penamatan
(a) Sekiranya pihak Kerajaan atau Kontraktor tidak dapat menyempurnakan Perjanjian ini akibat keadaan Force Majeure yang berpanjangan secara berterusan selama tidak kurang dari tiga (3) bulan, dan jika keadaan Force Majeure berada pada tahap serius sehingga menjejaskan kemungkinan Perjanjian ini disempurnakan, Pihak-Pihak boleh menamatkan Perjanjian ini dengan syarat ia di atas persetujuan bersama yang dinyatakan secara bertulis. Dalam hal yang demikian, tiada Pihak yang bertanggungjawab kepada Pihak yang lainnya, kecuali bagi sebarang pelanggaran Perjanjian yang berlaku sebelumnya.
(b) Kontraktor akan mematuhi semua arahan atau panduan Kerajaan sekiranya Perjanjian ini tamat mengikut kehendak Fasal 26.3.
(c) Walau apa pun yang dinyatakan dalam Fasal 26.3, Kerajaan sentiasa mempunyai hak untuk–
(i) menamatkan Perjanjian ini; atau
(ii) mendapatkan Perkhidmatan daripada punca-punca lain.
39.4 Penyambungan Tempoh
Tertakluk kepada Fasal 26 Perjanjian ini, Kerajaan boleh membenarkan penyambungan Tempoh Perjanjian ini sekiranya pihak Kerajaan bersetuju bahawa keadaan Force Majeure telah berlaku. Dalam hal yang demikian, Kontraktor hendaklah mengambil semula langkah dan tindakan yang perlu dan sesuai bagi mengatasi sebarang kelewatan.
39.5 Kewajiban Berterusan
Bagi tujuan mengelakkan sebarang kekeliruan, Pihak-Pihak akan terus menjalankan tanggungjawab masing-masing yang tidak terganggu oleh keadaan Force Majeure itu, dan kewajiban Pihak-Pihak akan diteruskan sehingga mendapat sebarang keputusan penamatan atau lain-lainnya, berkaitan Fasal 26.3.
FASAL 40 – TIMBANG TARA
40.1 Apa-apa pertikaian yang timbul antara Kerajaan dengan Kontraktor mengenai tafsiran, pengertian atau penguatkuasaan Perjanjian ini atau hak dan/atau tanggungan Pihak-Pihak di dalamnya atau apa-apa perkara yang timbul daripadanya atau berhubung dengannya hendaklah, pada mulanya, dirujuk kepada pihak pengurusan atasan Pihak-Pihak untuk penyelesaian.
40.2 Sekiranya apa-apa pertikaian gagal diselesaikan dalam tempoh tiga puluh (30) hari setelah ianya dirujuk kepada pihak pengurusan atasan maka pertikaian itu bolehlah dirujuk oleh mana-mana Pihak kepada seorang penimbang tara yang dilantik oleh Pengarah, “Regional Centre for Abitration”, Kuala Lumpur dan apa-apa rujukan seperti itu hendaklah dianggap sebagai suatu persetujuan kepada timbang tara dalam ertikata Akta Timbang Tara 2005 [Akta 646] dan kaedah-kaedah timbang tara
“Regional Centre for Abitration”, Kuala Lumpur hendaklah terpakai.
40.3 Setiap Pihak akan menanggung kos prosiding timbang tara masing-masing.
40.4 Keputusan timbang tara muktamad dan Pihak-Pihak adalah terikat dengan keputusan itu.
40.5 Rujukan ke penimbang tara atau sambungan sebarang prosiding timbang tara tidak boleh dijadikan sebab bagi mengenepikan kewajipan Pihak-Pihak menjalankan tanggungjawab dalam Perjanjian ini.
FASAL 41 – INDEMNITI
41.1 Kontraktor hendaklah mengganti rugi Kerajaan daripada dan terhadap segala bayaran tuntutan, belanja ganti rugi, tanggungan kerugian dan/atau kos perbicaraan yang mungkin ditanggung oleh atau dikenakan ke atas Kerajaan akibat yang langsung atau tidak langsung daripada pelanggaran apa-apa syarat Perjanjian ini oleh Kontraktor, ejen atau pekerjanya semasa melaksanakan Perkhidmatan.
41.2 Kontraktor hendaklah mengganti rugi Kerajaan jika berlakunya sebarang kecederaan kepada individu daripada atau terhadap tanggungan, kerugian, bayaran tuntutan dan perbicaraan yang timbul di sisi undang-undang jika Kontraktor gagal melaksanakan tanggungjawab ke atas Perkhidmatan melainkan disebabkan oleh kecuaian individu itu.
41.3 Kontraktor bertanggungjawab dan hendaklah mengganti rugi Kerajaan jika berlaku sebarang kerosakan atau kecederaan kepada harta benda, daripada dan terhadap segala tanggungan, kerugian, bayaran tuntutan, perbicaraan dan atas kecederaan atau kerosakan yang timbul akibat kegagalan Kontraktor melaksanakan Perkhidmatan sama ada yang berlaku pada harta alih atau sebaliknya serta disebabkan akibat kecuaian atau ketidaksempurnaan Perkhidmatan oleh Kontraktor, ejen, pekerja, sub- kontraktor dan mana-mana keadaan di bawah kawalan Kontraktor.
41.4 Kontraktor boleh tidak menggantirugikan Kerajaan seperti mana yang dinyatakan dalam Fasal 41.1, 41.2 dan 41.3 jika kerugian, kerosakan, kematian dan kecederaan yang berlaku disebabkan oleh tunjuk perasaan dan situasi yang menghalang pelaksanaan kerja, kebakaran atau letupan, kecurian, bencana banjir, keadaan huru hara, peperangan, ketidaktenteraman awam, kerosakan atau kerugian yang disengajakan serta keadaan-keadaan yang di luar kawalan Kontraktor.
41.5 Jika bilangan Kontraktor itu sebagai syarikat dua (2) orang atau lebih daripada dua (2) orang, maka tanggungan bagi mereka di bawah Perjanjian ini hendaklah disifatkan sebagai bersesama dan berasingan.
41.6 Tanpa menyentuh tanggungjawab Kontraktor dalam Fasal 41.1, pihak Kontraktor bolehlah mengadakan suatu insurans atas perbelanjaan sendiri bagi meliputi segala tanggungjawab berkenaan dengan sebuah syarikat insurans yang diiktiraf oleh Kerajaan.
41.7 Tertakluk kepada Kerajaan, jika suatu keputusan Mahkamah telah dibuat atau suatu keputusan telah dipersetujui sebagaimana dalam Fasal 40 Perjanjian ini, Kerajaan boleh tidak mengarahkan Kontraktor mengganti rugi Kerajaan sebagaimana yang dinyatakan dalam Fasal 41.1 jika ganti rugi itu adalah disebabkan kejadian yang berlaku yang bukan disebabkan oleh pelanggaran syarat Perjanjian ini oleh Kontraktor.
FASAL 42 – NOTIS
42.1 Jika mengikut peruntukan-peruntukan dalam Perjanjian ini, satu notis diperlukan, ia hendaklah diberi secara bertulis dan dihantar dengan pos berdaftar atau diserahkan ke alamat yang berikut:
(a) bagi pihak Kerajaan:
Kluster Pengajian Pembangunan Pengurusan dan Inovasi,
Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN) Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia, Jalan Elmu,
59100 Kuala Lumpur.
(b) bagi pihak Kontraktor:
SYARIKAT ...
(No. Syarikat: ...) (Alamat Syarikat)
42.2 Kontraktor hendaklah memberi notis bertulis dalam masa empat belas (14) hari kepada Kerajaan, jika berlaku pertukaran alamat atau entiti Kontraktor.
FASAL 43 – PELAKSANAAN PERJANJIAN
Kontraktor hendaklah melaksanakan Perjanjian ini mengikut terma dan syarat yang ditetapkan oleh Kerajaan.
FASAL 44 – PEMAJAKAN ATAU PERJANJIAN KECIL
44.1 Kontraktor tidak boleh memberi perjanjian kecil Perjanjian ini atau apa-apa bahagiannya kepada mana-mana pihak lain tanpa terlebih dahulu mendapat persetujuan bertulis daripada Kerajaan.
44.2 Jika Perjanjian ini atau mana-mana bahagian daripadanya diberi perjanjian kecil kepada mana-mana pihak lain dengan persetujuan bertulis Kerajaan, Kontraktor bersetuju tanpa syarat untuk terus bertanggungjawab secara berterusan dan secara sendiri dan peribadi bagi memastikan kontraktor kecil mematuhi terma-terma dan syarat-syarat dalam Perjanjian ini.
44.3 Sebarang isu yang timbul antara Kontraktor dan kontraktor kecil mengenai Perjanjian ini atau hal-hal lain adalah di luar tanggungjawab Kerajaan.
FASAL 45 – PEMBERIAN MILIK
Kontraktor tidak boleh memberi milik kesemua atau mana-mana bahagian Perjanjian ini atau menerima milik, menggadai atau mempertanggungkan apa-apa jua daripada wang yang kena dibayar atau yang genap masanya untuk dibayar di bawah Perjanjian ini atau apa-apa faedah yang terbit atau yang mungkin terbit daripada Perjanjian ini tanpa terlebih dahulu mendapatkan kelulusan bertulis Kerajaan.
FASAL 46 – PENEPIAN HAK
46.1 Kegagalan pihak Kerajaan dan/atau Kontraktor untuk menjalankan penguatkuasaan mana-mana hak, remedi atau peruntukan bawah Perjanjian ini pada bila-bila masa, tidak akan terjumlah kepada suatu penepian hak, melainkan jika ia telah dibuat secara bertulis terlebih dahulu.
46.2 Sebarang penepian hak hendaklah dibuat secara bertulis dan hendaklah dirujuk dan dipersetujui oleh Kerajaan.
FASAL 47 – KEBOLEHASINGAN
Jika mana-mana fasal daripada Perjanjian ini didapati menyalahi undang-undang, tidak sah atau tidak boleh dikuatkuasakan di bawah undang-undang sekarang atau undang-undang masa hadapan, fasal itu hendaklah diasingkan sepenuhnya dan Perjanjian ini hendaklah ditafsir dan dikuatkuasakan seolah-olah fasal yang menyalahi undang-undang, tidak sah atau tidak boleh dikuatkuasakan itu tidak pernah terkandung sebagai sebahagian daripada Perjanjian ini dan fasal-fasal lain hendaklah kekal berkuat kuasa sepenuhnya dan mempunyai kesan seolah-olah Perjanjian ini telah diikat tanpa fasal yang menyalahi undang-undang, tidak sah atau tidak boleh dikuatkuasakan itu.
FASAL 48 – KERAHSIAAN
48.1 Kontraktor tidak boleh menzahirkan kepada mana-mana pihak apa-apa maklumat yang ditemuinya atau yang dizahirkan kepadanya bagi maksud pelaksanaan Perjanjian ini antara Pihak-Pihak.
48.2 Fasal 48.1 hendaklah terus berkuat kuasa walaupun setelah Perjanjian ini ditamatkan atas sebarang sebab.
FASAL 49 – PEMAKAIAN UNDANG-UNDANG
49.1 Perjanjian ini hendaklah ditafsirkan mengikut dan dikawal oleh undang- undang Malaysia dan Pihak-Pihak bersetuju untuk tertakluk kepada bidang kuasa Mahkamah-mahkamah di Malaysia.
49.2 Pihak-Pihak pada Perjanjian ini bersetuju untuk mematuhi segala peruntukan undang-undang yang berkuat kuasa, arahan, perintah atau kehendak yang diberikan oleh pihak berkuasa yang kompeten untuk berbuat demikian di bawah mana-mana peruntukan undang-undang yang berkuat kuasa di Malaysia.
49.3 Kontraktor hendaklah memastikan kontraktor kecil turut mematuhi segala peruntukan undang-undang yang berkuat kuasa, arahan, perintah atau kehendak yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa yang kompeten untuk berbuat demikian di bawah mana-mana peruntukan undang-undang yang berkuat kuasa di Malaysia.
FASAL 50 – PINDAAN
50.1 Kerajaan boleh, dalam tempoh berkuat kuasanya Perjanjian ini, mengkaji dan jika perlu, dengan persetujuan Kontraktor mengubah dari semasa ke semasa spesifikasi yang terkandung dalam Perjanjian ini atau lampiran- lampiran dan jadual-jadual yang menjadi sebahagian daripada Perjanjian
ini. Mulai dari tarikh perubahan itu, semua Perkhidmatan yang dibekalkan mestilah mengikut spesifikasi yang diubah itu dengan syarat tidak berlakunya perubahan dari segi Nilai Perjanjian.
50.2 Sebarang pindaan atau perubahan kepada Perjanjian ini hendaklah dibuat secara bertulis dalam bentuk perjanjian tambahan dan ditandatangani oleh Pihak-Pihak.
50.3 Jika sesuatu pindaan atau perubahan itu menyebabkan perubahan dari segi perbelanjaan pengeluaran atau tempoh yang dikehendaki bagi pengeluaran, maka Nilai Perjanjian dan tempoh Perkhidmatan yang terlibat oleh perubahan itu bolehlah diubah dengan persetujuan bertulis Pihak- Pihak.
FASAL 51 – IKLAN
Tiada iklan mengenai Perjanjian ini boleh disiarkan dalam mana-mana akhbar, majalah atau apa-apa alat pengiklanan yang lain melainkan jika pengiklanan itu telah terlebih dahulu memperolehi kelulusan bertulis Kerajaan.
FASAL 52 – DUTI SETEM DAN KOS
Apa-apa duti setem dan kos yang harus dibayar berkenaan Perjanjian ini hendaklah diurus dan ditanggung oleh Kontraktor sepenuhnya.
FASAL 53 – MASA
Masa, di mana-mana disebut dalam Perjanjian ini adalah merupakan intipati kepada Perjanjian ini.
FASAL 54 – DOKUMEN-DOKUMEN
Dokumen-dokumen berikut hendaklah dibaca serta disifatkan sebagai sebahagian daripada Perjanjian ini iaitu:
(a) Syarat- Syarat Khas - Lampiran ...
(b) Syarat- Syarat Tambahan - Lampiran ...
(c) Skop dan Spesifikasi Kerja - Lampiran ...
(d) Spesifikasi Bahan-Bahan Mentah - Lampiran ...
(e) Jadual Harga - Lampiran ...
(f) Bon Pelaksanaan - Lampiran ...
(g) Surat Setuju Terima - Lampiran ...
(h) Pendaftaran Syarikat/Perniagaan oleh Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM)
- Lampiran ...
(i) Garis Panduan Anggaran Keperluan - Lampiran ...
(j) Garis Panduan Tanggungjawab dan Tatakelakuan Pramusaji
- Lampiran ...
(k) Garis Panduan Penyimpanan Bahan-Bahan Makanan
- Lampiran ...
(l) Jadual Menu - Lampiran ...