www.sifufbads.com
Terima kasih kerana anda telah mendownload ebook bertajuk 37 Tips Tingkatkan Jualan Melalui
Facebook ini dari sifufbads.com. Ebook ini percuma, tapi sifufbads tidak menjanjikan apa‐apa jaminan hasil selepas anda gunakan panduan ini. Pihak sifufbads juga tidak bertanggungjawab dengan apa‐apa yang terjadi selepas anda gunakan tips ini. Ini adalah perkongsian biasa yang telah digunapakai oleh sifufbads dan juga pelajar‐pelajar sifufbads dalam meningkatkan jualan produk di facebook. Ianya meliputi pelbagai jenis produk, pelbagai harga, pelbagai audiens. Insyallah, dengan perkongsian tips‐tips ringkas ini, ianya dapat membantu anda untuk tingkatkan jualan lebih dari biasa. Tiada ilmu, kita cari ilmu! Ada ilmu kita amalkan. Bila kita amalkan, amalkan sehingga menjadi. Panduan ini disebarkan/diberikan di atas kesedaran mengembangkan ilmu pemasaran internet kepada masyarakat. Pihak sifufbads juga ingin memaklumkan bahawa Facebook sentiasa berubah. Jadi, dinasihatkan anda supaya sentiasa alert dengan perubahan‐perubahan FB yang mana ianya akan mempengaruhi akan keberkesanan pemasaran anda di FB. Cuba dapatkan ilmu‐ilmu terkini dari sifufbads samada dari seminar, di fanpage mahupun blog sifufbads. Untuk dapatkan info‐info terkini, cara terkini tentang ilmu FB ads Marketing, sifufbads sarankan anda mendaftar untuk: 1) Like fanpage kami di https://www.facebook.com/sifufesbukads
2) Ikuti tips‐tips di blog www.sifufbads.com dan anda disarankan juga daftar nama dan emel di web tersebut untuk terima emel tips‐tips FB Ads Marketing PERCUMA terus ke emel anda. Sekian. JaMaL Sifufbads Sdn Bhd www.sifufbads.com FB: Sifu FB Ads
www.sifufbads.com Siapa Sifufbads Nama penuhnya, Jamaluddin Bin Bahari. Nama glemer, JaMaL. Berumur 32 tahun (pada tahun ebook ni ditulis), berpendidikan Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Awam. Mula melibatkan diri dalam perniagaan internet hasil dari pendedahan oleh Dr Irfan Khairi sejak 2008 lagi. Pada mulanya beliau menjalankan perniagaan Internet secara sambilan di mana beliau membahagikan masa sebagai seorang jurutera awam di siang hari dan menjalankan perniagaan ebook selepas tamat waktu perkhidmatan sektor awam. Sejak April 2010, JaMaL telah mengambil keputusan untuk memulakan perniagaan Internet dengan lebih serius. Keputusan ini dibuat setelah beliau mendapati pendapatan sambilan yang diperolehi adalah konsisten dan jauh lebih tinggi dari gaji penjawat awam yang diterimanya setiap bulan. JaMaL mula terlibat dalam dunia perniagaan Internet sebagai usahawan produk digital, usahawan produk fizikal, pemasar affiliate, dan juga blogger. Beliau dikenali oleh penggiat industri perniagaan Internet di Malaysia sebagai ‘pengajar’ sejak tahun 2009 lagi. Selain itu, beliau juga sering menghasilkan panduan‐panduan perniagaan dan pemasaran Internet yang sering dijadikan rujukan usahawan‐ usahawan lain.
JaMaL @ sifufbads mula fokus pada
pembelajaran/kajian/eksperimen tentang Facebook Ads Marketing secara khusus bermula pada tahun 2011 lagi. Beliau menghabiskan puluhan ribu ringgit bagi tujuan tersebut. Beliau juga mula mengajar pelajarnya FB Ads Marketing bermula 2011 sehingga lah sekarang. Lebih 50 ribu orang telah mempelajari ilmu FB Ads Marketing dari beliau dari blog, fanpage, dari emel.
Beliau juga telah hasilkan beberapa panduan dalam bentuk ebook, video yang mengajar ilmu FB Ads Marketing. Selain itu, banyak seminar-seminar dan juga program-program Training FB Ads Marketing yang telah dianjurkan di bawah syarikat beliau, sifufbads sdn bhd.
www.sifufbads.com
www.sifufbads.com
www.sifufbads.com
Ingin Belajar FB Ads Secara Live
Bersama Sifufbads? Ingin belajar ilmu
terbaru, ter’efektif’, termurah FB Ads
Marketing?
Sertai
Seminar
FB
Ads
Missing
Chapter
2014
sekarang
di
Klik
sini
untuk
mendaftar
www.sifufbads.com
37
Tips
Tingkatkan
Jualan
Melalui
TIPS‐TIPSMEMBUATIKLANFBADS
TIPS #1 : FOKUS BINA FANS, BUKANNYA TRAFIK
Tahukah anda, menjual kepada fans adalah lebih mudah berbanding menjual kepada non‐fans.
Kenapa ? Ini mereka yang telah LIKE page anda, iaitu fans anda, lebih mengenali anda dan
produk anda berbanding mereka yang masih belum jadi fans (non‐fans). Untuk menjual lebih
mudah kepada mereka, anda perlu konsisten dalam membina relationship, engagement dan
sentiasa tingkatkan kredibiliti/kepercayaan mereka terhadap page anda. Anda bagaimana? Dah
mula kumpulkan fans yang relevan dengan page anda? Jika belum, anda boleh mulakan
membina fans anda menggunakan FB Ads, Like marketing. Apabila jumlah fans page anda
melebihi 5000, adalah mudah untuk membina iklan yang menyasarkan fans anda sendiri.
TIPS #2 : GUNAKAN GAMBAR YANG RELEVAN, MEMUKAU
Dalam FB Marketing, gambar atau imej memainkan peranan besar untuk menarik perhatian
audiens dan seterusnya mampu membuatkan mereka berminat atau berniat untuk membeli.
Jika anda seorang penjual baju kurung, cuba gunakan gambar model menggayakan baju kurung
tersebut. Jika jual produk kencantikan muka, anda boleh gunakan gambar testimonial
pengguna. Jika anda jual ubat kuat ? Gunakan gambar produk (jangan gambar yang bukan‐
bukan ye). Jual t‐shirt? Mungkin anda boleh gunakan gambar model memakai t‐shirt. Extra tips
– Gunakan gambar yang mampu memainkan emosi prospek! Emosi prospek mudah ‘dicuit’
dengan menggunakan gambar yang mempersembahkan unsur‐unsur adjektif seperti “cantik,
mudah, cepat, murah, jimat, lain dari lain, ekslusif dll.
TIPS #3 : GUNA PERKATAAN‐PERKATAAN YANG MAHAL PADA IKLAN
Di Facebook terlampau banyak iklan. Mungkin kita akan tenggelam jika mesej pemasaran kita
kurang berkesan. Nak beriklan di Facebook perlu mengandungi mesej pemasaran yang gagah.
BONUS, CEPAT adalah perkataan yang mahal dan menarik minat untuk orang klik.
TIPS #4 : FAHAMI SIAPA BAKAL PELANGGAN KITA
Tak kenal, maka tak dapat pembeli lah! Jadi, cuba kenali pelanggan anda sebaiknya. Kenali
maklumat demografi mereka (umur, jantina, pekerjaan, status family dll) , di mana mereka, apa
yang mereka suka, apa yang mereka buat, apa masalah mereka, apa situasi mereka, apa
mereka inginkan dan sebagainya. Semakin anda mengenali mereka, semakin mudah anda
menjual kepada mereka. Setuju ?
TIPS #5: ORANG SUKA PERGI KE KEDAI YANG RAMAI ORANG
Katakan anda ingin makan ikan bakar di satu kawasan yang belum pernah anda pergi yang
mana terdapat lebih dari 10 restoran ikan bakar yang bersebelahan antara satu sama lain. Anda
pergi yang mana satu? Saya yakin anda pasti akan memilih restoran yang memiliki paling ramai
pelanggan bukan? Begitu juga di Facebook! Orang membeli dari fanpage yang paling ramai
pelanggan! Iaitu ramai fans, ramai komen! Jadi, tingkatkan jumlah fans anda dan tingkatkan
respons di fanpage anda!
TIPS #6 : MENJUAL PADA WAKTU ORANG BERDUIT
Jika nak menjual, jual lah pada ketika orang berduit. Iaitu waktu gaji masuk. Pada waktu ini,
memang lebih mudah menjual berbanding hari biasa. Kita boleh buat iklan tentang produk kita
kepada prospek ketika ini, ataupun anda boleh follow up semula mereka yang pernah berminat
dengan produk anda (orang yang komen dan juga yang PM). AMARAN: Jangan menjual di hari‐
hari PERAYAAN! Ataupun sehari dua sebelum perayaan! Ini kerana prospek anda sedang berada
di ‘alam lain’ ketika itu! (mood raya)
TIPS #7 : ELAKKAN JAM 12AM – 9AM
Why? Why? Kenapa nak dielakkan masa ni? Mudah je jawapannya! Kan ini waktu tidur dan
www.sifufbads.com
sia‐sia! Kenapa ? Jika audiens layari Facebook pada waktu ini, mereka layarinya menggunakan
smartphone mereka, di atas katil sambil berbaring! Satu kedudukan yang kurang sesuai untuk
membuat pembelian. Anda boleh kurangkan bajet iklan anda untuk perlahankan iklan anda,
ataupun pause iklan anda sepanjang tempoh ini.
TIPS #8 : JUAL MANFAAT, BUKANNYA PRODUK
Anda kena tahu, orang membeli disebabkan MANFAAT yang bakal mereka perolehi dari produk
yang dibeli. Orang membeli steam iron kerana dapat bantu mereka menggosok baju dengan
cepat, mudah dan selamat di pagi hari. Orang membeli produk pemutih wajah kerana mereka
ingin kelihatan cerah, cantik dan menawan. Kaum Adam membeli produk ‘ubat kuat’ kerana
mereka ingin nampak hebat di depan isteri mereka. Wanita Melayu membeli baju kurung di FB
kerana mereka ingin kelihatan cantik, menawan lagi tertawan. Beli aircond, bukan sebab
aircond tu cantik, canggih, tapi aircond tu boleh memberi kesejukan pada kita, tak panas! Orang
beli cermin mata anti silau sebab ianya dapat kurangkan silau. Orang beli Burger Bakar sebab
ianya nampak sedap, lazat berkrim. Anda pula bagaimana? Apa manfaat produk anda?
TIPS #9 : SUKA, KENAL, PERCAYA
Di Facebook, anda juga perlu gunakan konsep ini. Pertama, buatkan audiens suka dengan page
anda. Bagaimana nak buat orang sukakan page anda? Anda boleh gunakan gambar yang
menarik, yang lain dari lain, atau gunakan ayat‐ayat yang memikat. Ini mampu buatkan audiens
sukakan page anda! Seterusnya, kenalkan diri anda kepada mereka. Tunjukkan siapakah anda di
sebalik fanpage anda. Anda boleh tunjukkan diri anda, ataupun syarikat anda. Letakkan nama,
alamat, website dan sebagainya yang mampu membantu buatkan orang mengenali anda. Dan
seterusnya buatkan mereka percaya dengan anda, dan juga produk yang dijual. Bagaimana?
Anda boleh gunakan testimonial, tunjukkan pengiktirafan terhadap produk anda, mahupun
endorsement dari mereka yang berpengaruh. Belum pernah cuba ? Cer cuba…
TIPS #10 : 75% ORANG MEMBELI DISEBABKAN EMOSI
Pernah dengar fakta ini ? Ya, 75% pembelian dibuat disebabkan emosi! Sebagai contoh ‘awek’
saya, suka sangat membeli jubah di Facebook disebabkan teruja dengan fesyen, warna, dan ke‐
eksklusif‐annya. Pantang lihat jubah yang cantik‐cantik, terus saja beliau membelinya. Dan
prospek untuk membeli dengan penggunaan gambar, video, ayat dan juga tawaran anda.
TIPS #11 : TINGKATKAN TRAFIK
Fanpage menarik, produk ada permintaan, gambar memukau, ayat menjual power belum
bermakna produk anda boleh senang‐senang saja terjual! Anda perlu buat perkara paling
penting dalam pemasaran, iaitu ‘tarik trafik’, iaitu pelawat ke post di fanpage anda. Sedikit
trafik, sedikit lah potensi jualannya! Banyak trafik, banyaklah peotensi jualannya! Bagaimana
nak tarik trafik ? Apa lagi, gunakan lah FB Ads! (Contohnya ‐ Saya kalau nak sales RM5k sehari,
saya kena dapatkan trafik sebanyak 1000 klik sehari. )
TIPS # 12 : KIRA CONVERSION RATE
Dari 100 pelawat yang klik post iklan anda, berapa ramai yang menjadi pembeli? Jika ada 1
pembeli dari 100 klik tadi, conversion rate iklan post anda 1%. Kira conversion rate iklan anda
setiap hari atau sebaik saja anda mencapai klik sebanyak 100 klik. Tak dapat conversion rate 1%
selepas 1 hari ataupun selepas 100 klik, anda perlu berbuat sesuatu. Mungkin boleh mencuba
audiens yang baru, ataupun gunakan gambar dan ayat iklan yang baru.
TIPS #13 : PRODUK YANG BANYAK MANFAAT, JANGAN JUAL SEMUA MANFAAT.
Selalu kita tengok mana‐mana iklan pemasaran letakkan semua manfaat produk dalam iklan
mereka. Contohnya ada satu produk boleh ubat penyakit gout, kencing manis, darah tinggi, dan
macam‐macam lagi, pendek kata kita selalu anggap produk ni ajaib boleh ubatkan semua
penyakit. Cuba ambil satu sahaja manfaat produk. Dalam hal ini saya ambil penyakit kencing
manis. Jadi saya boleh target iklan hanya kepada orang yang kencing manis sahaja.
www.sifufbads.com
TEKNIK‘ENGAGEMENT’DENGANPELANGGANDANBAKALPELANGGAN
TIPS #14 : GUNA STRATEGI PEMASARAN MENGIKUT ISU SEMASA.
Contoh isu semasa, harga barang naik selepas pilihanraya. Buat satu post Facebook berkenaan isu minyak naik dan bagi solusi macam mana produk anda boleh bagi bantu masalah kenaikan minyak. Contohnya masa harga minyak naik mungkin ramai orang cadangkan untuk dapatkan produk penjimat minyak. Kita boleh juga memberi solusi lain seperti memberi cadangan dengan cara tingkatkan pendapatan seperti perniagaan internet (contohnya macam SifuFbAds ☺ ).
TIPS #15 : GUNA BALIK POST‐POST FACEBOOK YANG MEMPUNYAI ‘ENGAGEMENT’ YANG TINGGI. Mungkin ada banyak post Facebook anda yang mempunyai komen dan like yang tinggi. Copy dan paste balik post‐post ini ke dalam ‘note pad’ simpan dalam laptop atau desktop kita. Bila nak gunakan balik? Mungkin selepas 2‐3 bulan kemudian, guna balik post ini.
TIPS #16 : ‘RESERVE’ 1 HARI KHAS TULIS BANYAK POST DAN SIMPAN DALAM NOTEPAD.
Pernah tak sampai satu masa kita tiada idea nak post apa kat Facebook Pages kita. Cuba ‘reserve’kan satu hari untuk tulis post Facebook 30‐50 post dan simpan dalam ‘notepad’. Jadi tak adalah masalah tiada idea nak tulis apa. Cuma buka balik notepad kita ‘copy’ dan ‘paste’ balik. Boleh juga terus jadualkan post kita melalui fungsi ‘schedule’ post di Facebook Pages.
TIPS #17 : UPDATE AKTIVITI SYARIKAT/PERNIAGAAN.
Nampakkan bahawa bisnes kita ‘hidup’. Update gambar ofis, gambar tengah membungkus, gambar tengah pos, dan macam‐macam lagi. Semua ini akan meyakinkan bahawa Facebook Page kita adalah sebuah bisnes yang ‘serius’ bukan part time atau main‐main. Ia akan tingkatkan keyakinan orang untuk membeli walaupun anda hanya bisnes dari rumah.
TIPS #18 : BUAT CONTEST, TAWARKAN HADIAH.
Guna duit dari hasil keuntungan produk, labur untuk hadiah untuk contest. Contest adalah salah satu cara untuk Fan Facebook anda terus ‘keep in touch dengan anda. Melalui contest juga boleh viralkan Facebook Pages anda untuk lebih banyak Fan. Contest membuatkan fans kita dihargai, orang yang bukan fans pun teringin jadi fan kita.
(return on investment) yang bagus, kenapa anda tak tingkatkan bajet iklan? Sayang duit?
Dengan meningkatkan bajet iklan, ianya dapat bantu anda tingkatkan lagi jumlah trafik ke post
iklan anda, dan seterusnya mampu tingkatkan jualan dan keuntungan anda. Ada bran ?
TIPSCLOSINGPELANGGAN
TIPS #19 : RESPON PELANGGAN DIIKUTI PERTANYAAN.
Lepas respon pelanggan akhiri ayat kita dengan pertanyaan juga. Contoh, bila pelanggan
bertanya tentang produk, akhiri dengan soalan seperti ‘tuan, nak beli berapa unit ye?’, ‘tuan
nak buat pembayaran melalui Maybank atau CIMB?’, galakkan pelanggan terus respon kepada
kita. Jawapan diikuti dengan soalan akan meningkatkan lagi potensi pelanggan untuk membeli.
TIPS #20 : LEBIH CEPAT ANDA RESPONS, LEBIH CEPAT MEREKA MEMBELI
Camne tu? Jika anda terima komen di post anda, ataupun terima PM (personal messages) di inbox anda, sila respons sepantas yang boleh! Lebih‐lebih lagi pada waktu ‘orang bekerja’ 9am –
4pm. Kenapa ? Jika mereka memberikan respons pada waktu ini, ianya memberi petanda
bahawa mereka memang berminat dengan produk anda. Dan pada ketika itu, mereka memang
sedang berada di page anda menunggu respons dari anda pula. Jangan tunggu sehari dua baru
nak respons :‐)
TIPS #21 : PROSPEK TAKKAN MEMBELI SELAGI TIADA TEKANAN
Nak menjual kena tekan si prospek ke? Oh tidak! Tidak! Bukan begitu bos. Maksudnya di sini,
kita boleh gunakan ‘sense of urgency’ untuk memberi tekanan dalaman kepada prospek untuk
BERTINDAK SEGERA! Bertindak untuk MEMBELI! Bagaimana? Anda boleh adakan jualan terhad
mungkin dari segi kuotanya, atau dari segi masa, iaitu bagi dengan meletakkan dateline untuk
prospek bertindak membeli. Sebagai contoh, anda boleh lihat contoh ini ‘ “ 5 UNIT LAGI ‐
BEDAK TANAKA, UNTUK YANG SUKAKAN KECANTIKAN”. AMARAN – pastikan tawaran anda
benar‐benar wujud, bukannya trick semata‐mata hanya bertujuan untuk menarik perhatian
prospek sahaja.
www.sifufbads.com
TIPS #22 : TAWARKAN PELANGGAN MEMBELI LEBIH DENGAN HARGA DISKAUN
Jika pelanggan setuju untuk beli dari kita satu unit, cuba tawarkan offer tak masuk akal seperti
harga diskaun “Kalau beli 3 unit kami bagi harga diskaun RMXXX, Nak tak?”. Atau beri BONUS
“Kalau beli 5 unit kami bagi buku panduan kuruskan badan dalam masa 7 hari”.
TIPS‐TIPSAYATJUALAN
TIPS #23 : STRATEGI “PRODUK HABIS TERJUAL”
Strategi ini akan memberitahu prospek anda bahawa anda sangat yakin bahawa produk anda
akan dijual habis dan tidak akan bertahan lama dipasaran. Ramai orang akan terpengaruh
dengan keyakinan anda, malah anda boleh menambahkan keyakinan dengan menyatakan
anggaran jangka masa bila produk anda akan habis dijual.
Contoh ayat ; “Produk ini pasti akan habis terjual dalam masa seminggu sahaja…”
TIPS #24 “TIADA PEMASANGAN”
Anda hanya perlu nyatakan bahawa produk anda tidak memerlukan pemasangan apa – apa
perisian untuk menggunakannya. Ini disebabkan ramai yang tidak suka atau kurang mahir untuk
memasang perisian di komputer mereka kerana kadang kala memasang perisian merupakan
kerja yang rumit.
Contoh ayat : “Anda tidak perlu memasang apa – apa perisian untuk menggunakan produk ini..”
TIPS #25 : STRATEGI “UBAHSUAI”
Strategi ini membenarkan prospek anda mengubahsuai produk anda mengikut keperluan
mereka. Anda juga boleh menyatakan produk anda sangat mudah untuk disesuaikan dengan
keadaan semasa atau keperluan mereka.
Contoh ayat : “Produk ini boleh disesuaikan dengan apa jua keperluan anda dengan mudah..
Strategi ini akan memberitahu prospek anda bahawa mereka hanya akan membuat pelaburan
sekali sahaja tanpa perlu membayar yuran bulanan atau tahunan. Maknanya, anda membuat
penetapan bayaran hanyalah sekali sahaja. Jika mereka berminat, pastinya mereka akan
mendapatkan servis anda kerana ramai yang tidak suka membayar yuran secara berulang –
ulang setiap bulan.
Contoh ayat: “Dapatkan servis kami sekarang dan buat pelaburan sekali sahaja seumur hidup tanpa perlu membayar yuran bulanan..”
TIPS #27 : STRATEGI “MEREKA MELAKUKANNYA”
Berikan prospek anda contoh yang spesifik tentang beberapa orang yang telah mendapat
faedah melalui produk anda. Anda boleh jadikan mereka sebagai sebuah kisah kejayaan para
pelanggan anda atau letakkannya sebagai faedah produk di ayat jualan anda. Letakkan juga
sebagai testimonial.
Contoh ayat: “Ali telah menjana RM1000 seminggu manakala John pula baru sahaja memperoleh RM500 setelah dua hari mempraktikkan apa yang ditunjukkan dalam ebook saya..”
TIPS #28 : “TIDAK MEMPERCAYAI”
Nyatakan kepada prospek anda bahawa anda juga pada mulanya tidak mempercayai bahawa
produk anda memberikan hasil positif, sama seperti mereka yang kali pertama melihatnya. Ini
akan menghapuskan ketidakpercayaan mereka terhadap produk anda kerana anda sudahpun
menyatakannnya sebelum ini dan mereka mahu membuktikan yang anda tidak benar.
Contoh ayat: “Saya juga tidak mempercayainya dahulu, sama seperti anda yang pertama kali melihatnya sehinggalah akaun bank saya mula dipenuhi wang setiap hari..”
www.sifufbads.com
TIPS #28 : STRATEGI “PENDEKKAN WAKTU”
Katakan kepada prospek anda ianya mungkin mengambil masa berbulan – bulan untuk
mencapai matlamat mereka jika mereka melakukannya bersendirian. Ramai orang suka
menjimatkan masa dan gemar memilih idea yang memudahkan.
Contoh ayat: “Jika anda melakukannya seorang diri anda mungkin mengambil masa sehingga 6 bulan, namun produk saya mampu menjadikannya 6 hari sahaja..”
TIPS‐TIPSTINGKATKANKREDIBILITI
TIPS #29 : BUAT EBOOK PERCUMA
Ebook percuma biasanya kita biasanya kita tengok orang guna untuk produk digital. Ebook
percuma pun boleh guna untuk jual produk fizikal juga. Apa yang kita nak tulis dalam ebook
percuma? Boleh letak tips‐tips, rahsia, kalau kita jual produk alatan memasak seperti
Pemanggang Ajaib, boleh compilekan resepi‐resepi. boleh tulis fakta dan statistik dan macam‐
macam lagi. Ebook percuma bertujuan untuk educate pelanggan dan bakal pelanggan yang
sebelum ini belum beli tapi perlukan info yang lebih tentang produk kita.
TIPS #30 : SESEKALI TUNJUKKAN FEEDBACK NEGATIF DARI PELANGGAN
Biasalah tak semua produk yang kita jual itu ‘perfect’. Kadang kala ada juga kekurangan dalam
produk kita. ‘Screen shot’ feedback negative dari pelanggan tentang kekurangan produk kita
dan beri penyelesaian. Contoh, ada pelanggan minta refund, penghantaran lambat, produk
tak berkesan. Kalau produk tak berkesan kita boleh bagitau mungkin produk ini tak sesuai
dengan dia tapi sesuai diguna orang lain. Di sini kita boleh kurangkan refund rate dan tingkatkan
kepercayaan bakal pelanggan untuk beli produk kita yang lain.
TIPS #31 : SENTIASA UP TO DATE DENGAN FUNGSI TERKINI FACEBOOK
Facebook sentiasa berubah. Kalau dulu kita selalu marah‐marah sebab banyak fungsi Facebook
selalu berubah tapi kita tetap guna sampai sekarang ye tak? Jadi nak tak nak kena sentiasa
pengiklan terus beriklan di Facebook. Jadi nak tak nak kena sentiasa update dan upgrade ilmu.
Sama ada melalui blog, berguru, beli ebook dan datang seminar. Untuk dapatkan update terkini
melalui pemasaran Facebook boleh belajar melalui laman web www.SifuFBAds.com
TIPS #32 : SIMPAN DATABASE PELANGGAN.
Nak cari pelanggan baru memang susah. Manfaatkan pelanggan sedia ada. Bak kata orang
kampung saya, buyer always buyer always buyer. Sekali mereka jadi pelanggan kita, mereka
berpotensi membeli lagi dari kita (kalau servis kita bagus). Tapi jangan terus mempromosi
meng’khinzir’ buta. Bagikan sebab untuk kita untuk terus berhubung dengan mereka. Contoh
email atau sms mereka ucap selamat hari raya, selamat pagi, salam awal muharram. Terus
berhubung ‘keep in touch’ dengan para pelanggan sedia ada. Dalam pada masa yang sama
mungkin boleh tawarkan BONUS dan DISKAUN untuk ‘return customer’.
TIPS #33 : GUNA MEDIUM PEMASARAN SELAIN FACEBOOK SEBAGAI BACKUP
Amat berbahaya jika hanya guna 1 kaedah pemasaran melalui Facebook sahaja. Apa akan jadi
jika Facebook Page kita ditutup tanpa sebab. Akan menjejaskan sumber pendapatan kita. Jika
jualan di Facebook semakin mantap. Laburkan duit untuk pemasaran lain. Buat blog/website,
upah orang untuk pemasaran SEO dan rankingkan melalui Google. Bina pemasaran email untuk
kumpul database pelanggan. Jika produk fizikal boleh guna Mudah.my dan Lelong.my
TIPS #34 : CARI SEBAB UNTUK KITA TERUS BERHUBUNG DENGAN PELANGGAN
Dah lepas jual produk kepada pelanggan, jangan diam je. Cuba cari sebab untuk terus
berhubung dengan pelanggan kita. Contohnya selepas beberapa hari pelanggan guna produk
kita, tanya feedback pelanggan yang guna produk kita. Kalau feedback bagus boleh jadi
testimoni. Selain dari itu, sekali sekala boleh bertanya khabar atau ucapkan selamat hari raya,
tahun baru, Chinese new year, awal muharram kepada pelanggan (cara ini lebih mudah jika kita
guna autoresponder email marketing). Cara ini boleh meningkatkan potensi return customer.
www.sifufbads.com
Nak cari pelanggan baru agak mencabar bagi sesetengah orang. Tapi kalau kita mempunyai
produk yang mempunyai potensi pembelian berulang, kurang masalah untuk cari pelanggan
baru tapi tumpu kepada tingkatkan kualiti servis. Produk yang mempunyai potensi tempahan
berulang seperti produk kesihatan, makanan, tudung dan sebagainya.
Dan the
IMPORTANT
2…..
Jual
produk
berpermintaan
tinggi
+
Pantau
ROI
TIPS 36: JUAL PRODUK YANG ADA PERMINTAAN
Salah satu sebab susah nak buat sales, sebab kita menjual produk yang tiada permintaan. Jika
nak jualan yang baik di FB, juallah produk yang ada permintaan. Bagaimana ? Lihatdi FB, ada tak
orang lain menjual produk seperti kita? Ataukita buat kajian carian 'keyword' di google. Sebagai
contoh ; jika anda ingin jual krim lebatkan rambut, cuba cari keyword"cara lebatkan rambut" di
google Trend. Di situ, anda akan ketahui samada produk anda ada permintaan ataupun tidak.
TIPS 37: PANTAU ROI
ROI tu apa? ROI adalah Return On Investment, iaitu berapa kali pulangan dari kos iklan yang
anda laburkan. Senang cerita, berapa anda keluarkan kos untuk iklan, dan berapa pula untung
yang anda dapat. Katakan anda berlanjakan RM100 untuk iklan FB Ads anda selama1 minggu.
pulangan sebanyak 49 kali ganda. (labur RM100, untung RM4900)
Sekian saja. Selamat beramal!