• Tidak ada hasil yang ditemukan

Pembangunan aplikasi WAP : pendekatan praktikal

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "Pembangunan aplikasi WAP : pendekatan praktikal"

Copied!
12
0
0

Teks penuh

(1)

Pembangunan

Pendekatan Praktikal

Aplikasi WAP:

(2)
(3)

Mohamad Hairol Jabbar

Mohd Helmy Abd Wahab

Pembangunan

Pendekatan Praktikal

Aplikasi WAP:

(4)

© Penerbit UTHM Cetakan Pertama 2009

Hak Cipta terpelihara. Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian artikel, ilustrasi dan isi kandungan buku ini dalam apa juga bentuk dan dengan cara apa jua sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman atau cara lain sebelum mendapat izin bertulis daripada Pejabat Penerbit, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia, Parit Raja, Batu Pahat, Johor. Perundingan tertakluk kepada perkiraan royalti atau honorarium.

Perpustakaan Negara Malaysia Data Pengkatalogan-dalam-Penerbitan Mohamad Hairol Jabbar

Pembangunan aplikasi WAP : pendekatan praktikal / Mohamad Hairol Jabbar, Mohd Helmy Abd Wahab.

Bibliorgafi : ms

ISBN 978-983-2693-78-3

1. Wireless application protocol (Computer network protocol). 2. Wireless communication systems. I. Mohd Helmy Abd Wahab. II. Judul. 004.62

Diterbit dan dicetak oleh : Pejabat Penerbit

Universiti Tun Hussein Onn Malaysia 86400 Parit Raja, Batu Pahat

Johor Darul Ta’zim Tel : 07-453 7454 / 7452 Faks : 07-453 6145

Laman Web : www.uthm.edu.my/pt E-mel : pt@uthm.edu.my

(5)

Kepada emak dan abah yang dikasihi, Mirah Bte Natek dan Jabbar Bin Baba, adik-adik serta insan yang disayangi, Siti Noor Sa’adah Bt

Mohamad Mokhtar. Mohamad Hairol Jabbar

Kepada isteri tercinta Fizlin Zakaria serta ibu dan ayah yang dikasihi, Sharifah Narimah Syed Yahya dan Abd Wahab Mohamad@Mohamed

(6)
(7)

KANDUNGAN

Prakata vii Bab 1

PENGENALAN WAP

Pengenalan Komunikasi Tanpa Wayar 10 Aplikasi Komunikasi Tanpa Wayar 13

Aplikasi WAP 14 Senibina WAP 24 Teknologi WAP 24

Bahasa Markup 24

Bahasa Markup Untuk Pelayar Peralatan Mudah Alih 26

Wireless CSS 28

Teknologi Lain Untuk Peralatan Mudah Alih 28 NT DoCoMo i-mode 28 Teknologi Pihak Pelayan 28 Kelebihan Dan Kekurangan Aplikasi WAP 30 Perkembangan Terkini 31 Bab 2

PERALATAN & PERISIAN PEMBANGUNAN APLIKASI WAP Pengenalan 34 Kit Perisian Pembangunan 34

Nokia Mobile Internet Toolkit 7.0 36

Motorola Browser 39

Sony Ericsson WAP Emulator 40

Openwave Phone Simulator 40

DotWAP 43

Emulator 43

(8)

iv v WAP Proof 44 Yospace 45 WAPDrive WAPTor 2.3 46 EzWAP 47 WinWap 47 TigerII WAP Tools 48 Pelayar WAP Klondike Untuk Windows 48

Pelayar WAP Atas Talian 49 TT Emulator 49 Klinkmann 50 Pelayar Web/WAP Opera 51 Bab 3

ANTARAMUKA PENGGUNA MENGGUNAKAN XHTML MP Pengenalan XHTML MP 54 Peraturan Sintak 56 Sintak Komen 57 Struktur Dokumen 57

Pengisytiharan (Delaration) dan DTD 58

Elemen <html> 58

Elemen <head> dan Elemen <title> 59

Elemen <body> 59 Elemen <p> 59 Elemen <pre> 60 Elemen <h1> hingga <h6> 61 Elemen <div> 62 Elemen <hr> 63

Gaya Teks (text style) 63 Elemen <b> 64 Elemen <i> 65 Elemen <br> 65 Elemen <strong> 65

(9)

Elemen <big> 65 Elemen <small> 66 Elemen <em> 66 Elemen <q> 67 Elemen <ol> dan Elemen <ul> 68

Data Input Pengguna 70 Elemen <input> 70 Elemen <label> 71 Elemen <select> 72 Elemen <textarea> 72 Elemen <option> 73 Elemen <optgroup> 74 Elemen <form> 75 Elemen <table> 76 Elemen <td> 78 Elemen <th> 78 Elemen <tr> 78 Elemen <caption> 78 Elemen <address> 78 Elemen <dl> 80 Elemen <var> 80

Elemen <a> dan Elemen <link> 81

Elemen <img> 85 Bab 4

WIRELESS CASCADING STYLE SHEETS

Pengenalan 88 Sintak WCSS 89 Kaedah Penggunaan Style Sheets 91

1. Fail CSS Luaran 92

2. Style Sheets Pada Elemen <style> 95

(10)

vi vii

Warna 97 Tulisan (font) 99 Gaya Teks 100 Bab 5

MEMBINA APLIKASI DINAMIK WAP 104 Panduan Pembangunan Aplikasi WAP 105 Pembangunan Prototaip 107

Konfigurasi IIS 107

Konfigurasi MIME 112 Bahasa Pengaturcaraan ASP 114

Objek ASP 115

Mendapatkan Input Pengguna 117

Mencapai Pangkalan Data 117

Konfigurasi DSN/DSN-less 125

Menambah Data Dalam Pangkalan Data

Bab 6

KAJIAN KES

PEMBANGUNAN APLIKASI WAP UNTUK E-LEARNING 133 Pengenalan 134 Pelaksanaan 134 Lampiran A

Senarai pautan untuk kit perisian pembangunan dan emulator 173 Lampiran B

Ringkasan elemen-elemen XHTML MP 175 Lampiran C

Property untuk Wireless CSS 176

Bibliografi 178 Glosari 179 Daftar Istilah Bahasa Malaysia ke Bahasa Inggeris 184 Indeks 186

(11)

PRAKATA

Teknologi Internet telah berkembang pesat sejak mula diperkenalkan. Internet membolehkan pengguna mendapatkan data dan maklumat yang dikehendaki dengan mudah. Teknologi Internet menggunakan rangkaian wayar sudah begitu dominan pada masa ini. Walau bagaimanapun, capaian Internet menggunakan telefon mudah alih adalah masih baru dan semakin mendapat perhatian. Capaian Internet daripada telefon mudah alih dapat dilaksanakan menggunakan teknologi WAP. Aplikasi WAP merangkumi pelbagai perkara tidak terhad kepada maklumat yang bersifat hiburan semata-mata. Tambahan lagi, tidak semua data dan maklumat yang diperlukan pengguna memerlukan komputer peribadi untuk dicapai. Selain daripada itu, terdapat juga situasi dimana pengguna memerlukan capaian maklumat yang segera yang mana amat sesuai dengan aplikasi WAP seperti pembatalan tempahan bilik hotel. Capaian data-data bersaiz kecil dan maklumat ringkas adalah sangat efektif menggunakan telefon mudah alih atau pembantu digital peribadi. Di negara kita, penggunaan aplikasi WAP yang bukan bersifat hiburan masih belum digunakan secara meluas.

Pada hakikatnya, bilangan pengguna telefon mudah alih pada ketika ini adalah lebih banyak daripada pengguna komputer peribadi. Oleh yang demikian, pembangunan aplikasi WAP memberikan impak yang besar dalam memperluaskan capaian data dan maklumat oleh pengguna. Dengan mengambil contoh di United Kingdom, banyak aplikasi WAP telah dibangunkan dan ia mendapat sambutan menggalakkan daripada pengguna. Mobile Data Association (MDA) melaporkan bahawa capaian terhadap aplikasi WAP berjumlah 1.4 bilion pada tahun 2004 di UK dan statistik ini meningkat dari semasa ke semasa. Perkembangan ini menjelaskan bahawa pasaran untuk aplikasi WAP adalah sangat luas disebabkan bilangan penggunanya yang semakin bertambah setiap tahun. Buku ini membincangkan tentang pembangunan aplikasi WAP melalui pendekatan praktikal. Pembaca dapat mengetahui langkah-langkah yang perlu dilakukan untuk membangunkan aplikasi WAP. Buku ini memberi fokus kepada penggunaan bahasa XHTML MP untuk membina antaramuka pengguna dan ASP sebagai bahasa pengaturcaraan pihak pelayan untuk membangunkan aplikasi dinamik WAP. Oleh sebab dokumen XHTML MP adalah berasaskan bahasa XML, maka ia dapat

(12)

viii

dipaparkan pada sebarang pelayar iaitu tidak terhad kepada pelayar WAP sahaja. Selain itu, kita juga dapat menggunakan Wireless CSS bersama XHTML MP untuk membina gaya persembahan yang teratur dan terkawal. Ini merupakan kelebihan utama XHTML MP berbanding bahasa WML. Namun, langkah-langkah pembangunan aplikasi WAP adalah sama bagi kedua-dua bahasa ini.

Buku ini ditulis untuk digunakan oleh individu-individu yang berminat dalam pembangunan aplikasi tanpa wayar berasaskan WAP. Ia juga boleh digunakan oleh penuntut di institut pengajian tinggi awam dan swasta. Adalah diharapkan buku ini dapat dimanfaatkan sepenuhnya oleh pembaca.

Buku ini mengandungi enam bab dan dibahagikan kepada dua bahagian. Bahagian pertama adalah merupakan pengenalan teknologi WAP secara ringkas dan padat. Kemudian diikuti dengan perbincangan tentang elemen-elemen yang digunakan untuk membangunkan aplikasi WAP seperti bahasa pengaturcaraan untuk pelayar dan pelayan. Bahagian pertama bermula dari bab satu hingga empat. Bab pertama membincangkan tentang pengenalan teknologi tanpa wayar dari segi sejarah dan aplikasinya. Bab ini menekankan pengenalan teknologi WAP yang merangkumi senibina WAP, bahasa pengaturcaraan yang digunakan untuk pelayar dan pelayan, kelebihan dan kekurangan aplikasi WAP serta perkembangan terkini teknologi WAP.

Bab dua membincangkan tentang peralatan-peralatan (tools) yang digunakan untuk membangunkan aplikasi WAP. Perisian ini terdiri daripada kit perisian pembangunan dan juga emulator. Seterusnya dalam bab tiga kita bincangkan rekabentuk antaramuka pengguna menggunakan XHTML MP. Untuk memberikan gaya persembahan yang lebih menarik pada kandungan, Wireless CSS digunakan bersama dengan XHTML MP.

Wireless CSS dibincangkan dalam bab empat.

Bahagian kedua pula menerangkan tentang proses pembangunan aplikasi WAP yang dapat berinteraksi dengan pengguna. Ia melibatkan capaian terhadap data dalam pangkalan data. Untuk itu, kita memerlukan bahasa pengaturcaraan sebelah pelayan (server-side). ASP sebagai bahasa pengaturcaraan pada pelayan untuk membina aplikasi dinamik WAP dibincangkan dalam bab lima. Seterusnya bab enam mengandungi kajian kes. Satu aplikasi WAP dibangunkan bertujuan untuk mengukuhkan pemahaman pembaca. Aplikasi ini juga dapat digunakan sebagai panduan kepada pembaca yang ingin membina aplikasi sendiri.

Referensi

Dokumen terkait

Aiming to expand more the study of Jurgen Habermas’ Philosophy, the researcher will going to evaluate the Filipino context of society using Habermas’ Theory of Communicative

Para crear un relleno degradado personalizado también puede arrastrar colores desde la paleta de colores de la ventana de dibujo hasta los tiradores de vector interactivos

Penelitian ini dilatarbelakangi oleh rendahnya kemampuan pemecahan masalah matematika siswa Sekolah Dasar yang disebabkan oleh kurang terbiasanya siswa dalam

Jumlah Pemegang Saham Bulan Sebelumnya 1,812 Jumlah Pemegang Saham Saat Ini 1,790 Perubahan Jumlah Pemegang

Jumlah Pemegang Saham Bulan Sebelumnya 1,342 Jumlah Pemegang Saham Saat Ini 1,412 Perubahan Jumlah Pemegang

Sampel adalah sebagian dari jumlah dan karakteristik yang dimiliki oleh populasi dan sampel tersebut digunakan sebagai ukuran sampel dimana ukuran sampel merupakan suatu

Skripsi dengan judul “Penggunaan Metode Sepuluh Jari Dalam Perkalian Untuk Meningkatkan Prestasi Belajar Matematika Siswa kelas III A SD Negeri Rangkah IV – Surabaya

Bila diterapkan sanksi bahwa masa percobaan itu demi hukum tidak berlaku maka yang direndahkan adalah harkat, martabat dan harga diri tenaga kerja, karena dalam masa percobaan