• Tidak ada hasil yang ditemukan

Tahsin Alquran Asgment

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "Tahsin Alquran Asgment"

Copied!
31
0
0

Teks penuh

(1)

PENGENALAN

Al-Quran merupakan kalam Allah yang diturunkan kepada junjungan besar Rasulullah saw melalui perantaraan malaikat Jibril a.s. secara beransur-ansur dan disampaikan kepada kita dengan jalan yang mutawatir serta membacanya merupakan suatu ibadah. al-Quran mempunyai kesenian yang unik dari sudut bacaan yang memerlukan seseorang menguasai ilmu tajwid, tarannum, qiraat sab‟ie, dan lain-lain lagi demi memantapkan penguasaan bacaan Tartil mengikut bentuk dan kehendak ayat agar mudah difahami, dihayati dan diamalkan dengan sempurna seterusnya dapat melahirkan generasi al-Quran yang cemerlang.

Tuntutan bertarannum dalam sabda Rasulullah saw :

َف ْمُكِتا َو ْصَأِب َناَء ْرُقْلا اوُنِّسَح

اًنَس َح َناَء ْرُقْلا ُدْي ِزَي َنَسَحْلا َت ْوَّصلا َّنِأ

Maksudnya: ”Perelokkanlah bacaan al-Quran itu dengan suara-suara kamu, sesungguhnya suara yang elok sahaja boleh menambahkan keelokkan bacaan al-Quran itu”.

(Hadith Riwayat Abu Daud) Bacaan al-Quran yang terbaik adalah bacaan yang menggabungkan keelokan suara, bertajwid dan bertarannum yang mencapai martabat bacaan tartil yang sebenar (Nik Jaafar 1998). Menurut Nurliana Mohd Shariff (2003), alunan tarannum Al-Quran bukan sekadar tidak sama dengan lagu-lagu nyanyian lain seperti Lagu Penglipur Lara, Syair, Qasidah, Nasyid dan sebagainya bahkan al-Quran juga tidak boleh dilagukan seperti lagu-lagu nyanyian tersebut. Perkara ini telah jelas diterangkan oleh baginda saw dalam sabdanya :

نوحلب نأرقلا اؤرقإ

نيباتك لهأو قسفلا لها نوحلو مكايإو اهتاوصأو برعلا

(2)

Bermaksud : “Bacalah al-Quran itu dengan irama (lagu) kearaban dan dengan suara berlahjah arab. Jangan sekali-kali kamu melagukan al-Quran itu dengan gaya lagu ahli fasik dan ahli-ahli kitab (Kristian dan Yahudi).”

(Hadis Riwayat Imam Thabrani & Baihaqi) Seorang muslim meyakini kesucian dan keutamaan kalamullah, kalam yang paling utama dan sempurna; tidak ada cela dan kebatilan sedikitpun padanya. Barangsiapa yang berpegang teguh dengan Al-Quran (dan Al-Hadits) sebagai jalan hidupnya dalam segala aspek kehidupanya maka dengan izin Allah Ta‟ala hidupnya akan berjaya di dunia dan di akhirat kelak. Namun hal itu tidak akan mungkin tercapai kecuali jika kita mempelajari dan melaksakannya dalam kehidupan seharian. Maka kita sebagai seorang muslim tidaklah boleh melupakan Al-Quran dan mengambil hukum lain dalam menyelesaikan permasalahan hidup. Dengan tilawah (membaca) dan memahami Al-Quran secara terus menerus, sedikit demi sedikit, Insya`Allah kita akan dapatkan berbagai ilmu pengetahuan bagi menambah keimanan kita.

(3)

RUKUN-RUKUN TILAWAH AL-QURAN

1. Sah sanad.

Sanad secara mudah bermakna sandaran, sijil tauliah atau syahadah. Secara lebih khusus iaitu seseorang membaca al-Quran sehingga khatam daripada bimbingan guru-guru yang muttaqin lagi bijaksana dan bersambung sanad-sanad bacaannya sehingga kepada bacaan Rasulullah. Pemeliharaan rukun ini sangat penting kerana bacaan al-Quran merupakan sebahagian daripada sunnah Nabi s.a.w.

Definisi sebenar cara penerimaan sanad untuk meyakinkan bahawa bacaan tersebut adalah datangnya daripada Rasululah s.a.w ialah dengan membaca al-Quran di hadapan guru yang thiqoh (dipercayai), serta keilmuan guru tersebut dalam bidang al-Quran diketahui umum dan guru kepadanya juga terkenal di dalam masyarakat. Inilah dimaksudkan sanad atau sijil ketika menuntut ilmu bacaan al-Quran.

Sanad yang dikenali umum dalam bentuk sehelai kertas yang dinamakan sijil atau tauliah merupakan suatu perkara yang baru. Kewujudannya kerana terhakisnya ilmu daripada hati manusia dan pembohongan serta penipuan berleluasa. Jika diimbas kepada sirah Rasulullah kita dapati orang yang menanggung al-Quran ketika itu adalah mereka yang sangat amanah (sahabat-sahabat). Penerimaan mereka terhadap ilmu yang dipelajari daripada Rasulullah tidak diragui kesahihannya walaupun ketika itu tidak terdapat sijil dan bentuk-bentuk perakuan bertulis yang lain.

 Bertepatan dengan nahu Bahasa Arab  Bertepatan dengan

mushaf Rasm Uthmani  Sah sanad.

(4)

Oleh itu untuk mengelakkan keraguan dalam bacaan al-Quran, setiap individu muslim hendaklah mencari kepastian terhadap diri sendiri tentang pembelajaran dan penerimaan di dalam ilmu al-Quran yang dibaca sekarang.

2. Bertepatan dengan mushaf Rasm Uthmani

Iaitu bacaan-bacaan mesti bertepatan dengan salah satu daripada mushaf-mushaf Rasm Uthmani. Mushaf Kufi adalah salah satu mushaf Rasm Uthmani dan digunakan secara meluas di Malaysia dan di dunia. Penggunaan mushaf ini selari dengan riwayat bacaan yang tersebar luas di Malaysia dan di dunia iaitu bacaan Imam Asim, Riwayat Hafs Torik (aliran bacaan) Syatibi. Penulisan Rasm Uthmani merupakan sesuatu yang tauqifi (ketentuan Allah) dan bukan daripada ijtihad (buah fikiran) mana-mana pihak.

Pengabaian terhadap penggunaan mushaf Uthmani akan menyebabkan bacaan kurang tepat seperti menambah bacaan huruf-huruf tambahan di dalam penulisan al-Quran, penghentian (waqaf) bacaan kurang tepat.

3. Bertepatan dengan nahu Bahasa Arab.

Iaitu bacaan-bacaan mesti bertepatan dengan salah satu wajah (bentuk) kaedah nahu Bahasa Arab samada ia fasih atau lebih fasih, yang disepakati atau yang tidak disepakati selama mana sanad bacaan tersebut tetap sahih.

Berapa banyak bacaan-bacaan al-Quran yang diingkari oleh ahli-ahli nahu bahasa arab tetapi keingkaran mereka tidak diterima kerana ulama-ulama salaf berijma‟ menerimanya. Ini kerana jika sesuatu riwayat diakui keesahannya ahli-ahli nahu tidak boleh menolaknya dan dikira sebagai satu kesalahan bahasa kerana bacaan al-Quran adalah sunnah muttabaah yang mesti diterima.

Jika kekurangan salah satu daripada rukun tersebut bacaan itu dikira Syaz (yang meragukan)

(5)

MARATIB TILAWAH YANG DIBENARKAN DAN YANG DILARANG

1. TARTIL

2.TAHQIK

3. TADWIR

4.HADAR

Iaitu kelajuan seperti tartil. Cuma ia lebih lambat dan perlahan. Kelajuan ini biasanya dilaksanakan bagi mereka yang baru belajar tentang al-Quran supaya dapat melatih lidah menyebut

huruf dan sifatnya dengan tepat dan betul

Ialah bacaan perlaha-lahan, tenang ketika melafazkan huruf-huruf daripada makhrajnya dan sifatnya dengan memberikan hak

sifat semula jadi huruf dan mustahaknya (sifat-sifat mendatang) serta bertadabbur dengan maknanya. Biasanya dibaca oleh mereka yang sudah mengenal makhraj huruf, sifat-sifatnya dan

tahu hukum tajwid. Tingkatan bacaan ini adalah lebih baik dan lebih diutamakan

Kelajuan bacaan pertengahan di antara kelajuan bacaan tartil dan hadar

Bacaan cepat serta tetap dengan menjaga kesemua hukum tajwid dan biasanya diamalkan oleh para penghafaz al-Quran atau orang

(6)

BACAAN KHUSUS RIWAYAT HAFS TORIK SYATIBI

Talfiq

Bahasa: Rekaan

Istilah: Mencampurkan bacaan sebahagian daripada torik dengan torik yang lain. Ia juga dikenali dengan “tarkib turk”

Hukum: Tidak harus

Imam Nuwairi-Haram,Makruh dan mengaibkan.

Menjadi kesalahan jika menggabungkan bacaan antara torik Imam Syatibi dengan torik Imam Ibnu Jazari dalam satu masa kerana terdadap jurang perbezaan antara kedua-dua torik tersebut.

Antara ciri-ciri khusus riwayat hafs torik Syatibi:

1. Attakbir: bermaksud ucapan "

ربكا الله وه الله لاا هلا لا

" atau sekurang-kurangnya "

الله

ربكا

" atau

دمحلا للهو ربكا الله وه الله لاا هلالا

ketika khatam Quran riwayat hafs melalui torik Syatibi tidak membaca takbir.

2. Mad munfasil dibaca dengan kadar 4 dan 5 harakat.

3. Mad Muttasil dibaca dengan kadar 4 atau 5 harakat dan 6 harakat apabila diwaqaf atas huruf mad berada dihujung kalimah.

4. Idgham nun sakinah atau tanwin bertemu huruf Lam

(ل )

dan

(ر)

tanpa ghunnah. 5. Saktah hanya berlaku pada 4 tempat.

6. Pada fatatih suwar surah Yasin dan surah Rum dibaca dengan Izhar.

7. Pada perkataan

(لاسلس)

pada surah al-Insan ayat 4 boleh dibaca 2 wajah ketika waqaf sama ada dihazaf alif atau diisbat alif.

8. Kalimah-kalimah

(فعض)

pada ayat 24 surah Rum dibaca 2 wajah berbaris di atas dan berbaris dhommah.

9. Pada kalimah

(لله ناتا امف)

pada surah an-Naml‟ ayat 36 harus dibaca 2 wajah ketika waqaf

10. Pada kalimah (قرف) pada surah Syuara‟ ayat 63 harus dibaca 2 wajah – Tafkhim dan Tarkik.

(7)

TAHSIN AS-SOUT

Ilmu Tahsin Al-Sout merupakan salah satu cabang dalam kesenian Islam yang menjurus kepada bidang seni membaca al-Quran dengan suara yang lunak. Kesenian Islam dikatakan mula berkembang sejak zaman Nabi Daud a.s dan puteranya Nabi Sulaiman a.s. Kemudian bidang ini telahpun berkembang sehingga sekarang.

Dalam konteks proses penghasilan suara, alat memproses suara dikenali sebagai paru-paru. Ia merupakan organ pernafasan yang mengandungi udara apabila disedut dan kemudian dihembus keluar melalui halkum, mulut dan hidung.

HALKUM

. MULUT

HIDUNG

Iaitu alat salur suara

Iaitu corong bawah

(8)

Dalam konteks mengenali sifat-sifat suara pula, ia boleh dibahagikan kepada empat kategori iaitu:

SIFAT-SIFAT SUARA

SUARA TERBAIK Ia mempunyai sebelas sifat iaitu ketepatan nada, tinggi, rendah, garau, lembut, manis, licin, bersih, terang,lantang dan tajam.

SUARA BAIK Ia mempunyai sepuluh sifat iaitu ketepatan nada,

sederhana, rendah, garau, lembut, manis, licin, bersih, terang dan lantang.

SUARA KURANG BAIK

Ia mempunyai sembilan sifat iaitu ketepatan nada, tinggi, kecil, lembut, manis, licin,

bersih,terang dantajam.

SUARA TIDAK BAIK

Ia mempunyai sifat-sifat sumbang, nipis, lembab, lemah, keras, serak, pecah, parau, terketar-ketar, tenggelam,tersepit,

(9)

Apabila sesuatu seni itu membawa manfaat kepada manusia khususnya seni suara dengan mempraktikkannya dalam membaca al-Quran, maka memperindahkan dan menghiasinya dengan melunakkan bacaan dan mengelak dari sebarang kesalahan tajwid dibenarkan oleh Islam. Oleh sebab itu, kaedah seni bacaan al-Quran ditentukan melalui seni suara. Manakala seni suara itu pula tidak dapat dipisahkan dengan seni berlagu (tarannum). Suara merupakan salah satu anugerah Allah s.w.t yang dikurniakan kepada manusia. Kepentingan suara dalam kehidupan manusia membolehkan segala aktiviti komunikasi dan muamalat berjalan dengan lancar. Seni suara jika diteliti dari sudut hukum asalnya adalah harus. Ini kerana ia adalah fitrah manusia yang sukakan keindahan dan hiburan. Keharusannya akan berubah dan bertukar menjadi makruh atau lebih buruk lagi iaitu haram jika didapati ianya melanggar batas-batas syarak.

(10)

Pakar tarannum telah menggariskan beberapa peranan suara dalam bacaan al- Quran yang selari dengan bidang tajwid, tartil dan tarannum.

PERANAN SUARA DALAM BACAAN AL-QURAN 1. Menentukan bunyi sesuatu huruf

atau kalimah al-Quran dengan tetap. Iaitu menerusi alat-alat pertuturan yang tertentu seperti Halqi, Lisani dan Shafawi.

2. Menentukan bunyi sifat-sifat huruf mengikut lahjah yang dikehendaki. Iaitu menerusi alat-alat pembesaran dan penyuburan suara seperti Halqum, Khayshum dan Jawf.

3. Menentukan tekanan bunyi yang menarik seperti lembut, keras, halus, kasar dan licin. Iaitu menerusi saluran udara dan pernafasan yang tertentu.

5. Menentukan nada dan irama (lagu) yang tertentu. Iaitu menerusi proses penyusunan perkara-perkara di atas dengan teknik teknik yang tertentu.

4. Menentukan peningkatan (Tabaqah) rendah, sederhana, tinggi dan tertinggi. Iaitu menerusi alat proses suara seperti dada, tekak, rongga hidung dan rongga otak.

(11)

HUKUM TAJWID

Tajwīd (دديوجت) dari segi bahasanya bermaksud melakukan sesuatu dengan elok yang berasal dari perkataan Jawwada. Pada istilah syarak, tajwid adalah ilmu yang boleh mengenalkan tempat bagi tiap-tiap huruf dengan memberi apa yang patut baginya dari segi sifat-sifat huruf itu seperti menyatakan dan menyembunyikan atau apa yang dimestikan bagi huruf-huruf itu dari sifat-sifat luar dari segi panjang, pendek, tebal, tipis dan sebagainya. Anggaran ilmu tajwid itu serta hukum tajwid ialah menyampaikan dengan sedalamnya kesempurnaan tiap-tiap sebutan dari ayat al -Quran. Para ulama menyatakan yang hukum bagi mempelajari hukum tajwid itu adalah fardhu kifayah tetapi mengamalkan ilmu tajwid ketika membaca al-Quran adalah fardhu ain atau wajib kepada lelaki dan perempuan yang mukallaf.

Firman Allah s.w.t:

ًليِت ْرَت َنآ ْرُقْلا ِلِّت َر َو

“Bacalah al-Quran itu dengan tartil.” (al-Muzammil: 4)

Membaca al-Quran dengan tartil bermakna membaca dengan tenang, perlahan serta dapat mengeluarkan sebutan setiap huruf dari makhrajnya dengan betul serta menyempurnakan segala syarat-syaratnya.

Aisyah r.a meriwayatkan, Rasulullah s.a.w bersabda:

“Orang yang mahir dengan al-Quran ( hafalan dan bacaannya yang amat baik dan lancar) kedudukannya di akhirat adalah bersama para malaikat yang mulia dan taat, adapun orang yang membaca al-Quran dan tersekat-sekat dalam bacaannya,

sedang ianya amat payah, baginya adalah dua pahala.”

(12)

Hukum mempelajari ilmu tajwid adalah fardu kifayah. Mengamalkan bacaan al-Quran dengan bertajwid adalah fardu „ain bagi setiap Muslim yang mukallaf. Membaca al-Quran dengan bertajwid boleh dihuraikan dalam dua keadaan:

1) Membaca al-Quran dengan bertajwid pada kadar yang paling minimum iaitu bacaannya tidak mengubah struktur perkataan atau merosakkan maknanya. Hukumnya adalah fardu „ain.

2) Membaca al-Quran dengan bertajwid iaitu dengan memelihara keseluruhan hukum-hukum tajwid dalam bacaan. Hukumnya wajib ke atas mereka yang mahir dengan ilmu tajwid.

Ulama Qurra‟ (orang yang ahli dalam ilmu bacaan al-Quran) telah membahagikan kesalahan dalam bacaan al-Quran kepada dua jenis iaitu:

Lahn Jali (يلجلا نحللا)

Kesalahan yang terdapat dalam lafaz dan mempengaruhi tata cara bacaan, sama ada mengubah makna ayat atau tidak. Dinamakan “kesalahan besar” kerana kesalahan ini diketahui oleh ulama qiro‟ah maupun orang awam, seperti:

a. Perubahan huruf dengan huruf

مْيِقَت ْسُمْلَا

َمْيِقَت ْصُمْلَا

َنْيِذَّلَا

َنْي ِزَّلَا

َنْيِّلاَّضلَا

َنْيِّلاَّظلَا

(13)

b. Perubahan harokat dengan harokat c. Penambahan huruf d. Penghilangan tasydid

ُتْلُق

ِتْلُق

ِّب َر

ب َر

ِتْمَعْنَأ

ُتْمَعْنَأ

َناَك ْنَم

َناَك ْناَم

ْمُكْنِم

ْمُكْنيِم

َف َّرَع

َف َرَع

ْلِّدَب

ْلِدَب

(14)

e. Penambahan tasydid

f. Penghilangan bacaan panjang

Kesalahan-kesalahan di atas hukumnya haram. Ulama telah sepakat tentang keharamannya, dan pelakunya berdosa

َح ِرَف

َح ِّرَف

َج َرَم

َج َّرَم

ُباَتِكْلَا

ُبَتِكْلَا

َنَيَبْلَا

َناَيَبْلَا

(15)

Lahn Khafi (يفخلا نحللا)

Kesalahan yang berkaitan dengan tidak sempurnanya pengucapan bacaan,

kesalahan seperti ini hanya diketahui oleh orang yang ahli dalam bidang ini (bidang qiroah), seperti:

a. Tidak sempurna dalam pengucapan dhommah.

ا ْوُد ْوُن َو

→ Seharusnya dibaca wa nuuduu tetapi dibaca wa noodoo b. Tidak sempurna dalam pengucapan kasroh.

ِهِلْيِبَس

→ Seharusnya dibaca sabiilih tetapi dibaca sabiileh c. Tidak sempurna dalam pengucapan fathah.

(16)

TARANNUM

Al-Quran merupakan kalam Allah yang diturunkan kepada junjungan besar Rasulullah saw melalui perantaraan malaikat Jibril a.s. secara beransur-ansur dan disampaikan kepada kita dengan jalan yang mutawatir serta membacanya merupakan suatu ibadah. al-Quran mempunyai kesenian yang unik dari sudut bacaan yang memerlukan seseorang menguasai ilmu tajwid, tarannum, qiraat sab‟ie, dan lain-lain lagi demi memantapkan penguasaan bacaan Tartil mengikut bentuk dan kehendak ayat agar mudah difahami, dihayati dan diamalkan dengan sempurna seterusnya dapat melahirkan generasi al-Quran yang cemerlang.

Tuntutan bertarannum dalam sabda Rasul saw :

اًنَس َح َناَء ْرُقْلا ُدْي ِزَي َنَسَحْلا َت ْوَّصلا َّنِأَف ْمُكِتا َوْصَأِب َناَء ْرُقْلا اوُنِّسَح

Maksudnya: ”Perelokkanlah bacaan al-Quran itu dengan suara-suara kamu, sesungguhnya suara yang elok sahaja boleh menambahkan keelokkan bacaan

al-Quran itu”. (Hadith Riwayat Abu Daud)

Bacaan al-Quran yang terbaik adalah bacaan yang menggabungkan keelokan suara, bertajwid dan bertarannum yang mencapai martabat bacaan tartil yang sebenar (Nik Jaafar 1998). Menurut Nurliana Mohd Shariff (2003), alunan tarannum Al-Quran bukan sekadar tidak sama dengan lagu-lagu nyanyian lain seperti Lagu Penglipur Lara, Syair, Qasidah, Nasyid dan sebagainya bahkan al-Quran juga tidak boleh dilagukan seperti lagu-lagu nyanyian tersebut. Perkara ini telah jelas diterangkan oleh baginda saw dalam sabdanya :

يإو اهتاوصأو برعلا نوحلب نأرقلا اؤرقإ

نيباتك لهأو قسفلا لها نوحلو مكا

Bermaksud : “Bacalah al-Quran itu dengan irama (lagu) kearaban dan dengan suara berlahjah arab. Jangan sekali-kali kamu melagukan al-Quran itu dengan gaya lagu ahli fasik dan ahli-ahli kitab (Kristian dan Yahudi).” (Hadis Riwayat Imam Thabrani & Baihaqi)

(17)

JENIS-JENIS TARANNUM TARANNUM BAYYATI TARANNUM SOBA Bermaksud rindu. dipopularkan kini oleh qari

mesir

Sifat Tarannum Soba • Gerak ringan meresap jiwa. • Alunan lembut yang mendayu.

• Sesuai dengan tobaqot sederhana.

• Sesuai dengan ayat memohon, merayu, merintih dan

sebagainya. Peranan Tarannum Soba

• Menenangkan persembahan. • Membawa kekhusyukan dan

keinsafan.

• Dapat menimbulkan kesenian fasohah Al-Quran. • Dapat menimbulkan perasaan mengkagumi mukjizat Al-Quran.

Peranan Tarannum Al-Bayyati • Memantapkan persembahan. • Sesuai sebagai tarannum pembukaan

dan penutup.

• Pengukuran kepada tarannum sesudahnya.

• Dapat menimbulkan kesenian fasohah Perkataan bayyati adalah dari bahasa

Arab yang bererti rumah atau tempat kediaman.

Sifat Tarannum Al-Bayyati • Lembut disamping tegas. • Sesuai dengan tobaqot sederhana.

• Harmoni. • Berunsur ketenangan

(18)

Hijaz ialah sebuah kawasan di dalam Arab Saudi. Sangat popular sebagai suatu cabang pelopor tarannum dahulu. Tetapi kini tarannum hijaz telah diubahsuai oleh Qari-qari Mesir mengikut zouq budaya mereka.

Nahwand juga adalah nama suatu tempat. Terletak di Hamadan Parsi (kini Iran). Tetapi kini tarannum nahawand telah diubahsuai oleh qari-qari Mesir mengikut zouq budaya mereka.

TARANNUM HIJAZ

Sifat Tarannum Hijaz

• Gerak lambat tapi berkesan. • Ketegasan pendorong semangat. • Kelincahan menghidupkan

persembahan.

• Sesuai dengan mana-mana tobaqot.

• Sesuai dengan ayat perintah, tegas atau marah.

Peranan Tarannum Hijaz.

• Memberi semangat kepada persembahan.

• Memberi kepuasan kepada pembaca dan pendengar. • Memberi tenaga kepada tarannum sesudahnya.

• Menunjukkan Ketegasan kepada mesej Al-Quran.

• Dapat menimbulkan kesenian fasohah Al-Quran.

• Dapat menimbulkan perasaan mengkagumi mukjizat Al-Quran.

TARANNUM NAHWAND

Peranan Tarannum Nahawand • Melembutkan bacaan. • Menenangkan jiwa pembaca

dan pendengar.

• Sesuai dengan ayat memohon, bercerita dan sebagainya. • Dapat menimbulkan kesenian

fasohah Al-Quran.

• Dapat menimbulkan perasaan mengkagumi mukjizat Al-Quran. Sifat Tarannum Nahwand

• Gerak ringan yang berkesan. • Kelembutan bersopan. • Sederhana memikat jiwa.

• Kehalusan seni. • Sesuai dengan tobaqot

(19)

Berasal dari parsi (iran) kemudian digunapakai oleh qari-qari Hijazi. Tetapi kini tarannum rast telah diubahsuai oleh qari-qari Mesir mengikut zouq budaya mereka.

Berasal dari parsi (iran) kemudian digunapakai oleh qari-qari Hijazi (pada kurun-kurun 7 masihi hingga 19 masihi). Tetapi kini tarannum Sikah telah diubahsuai oleh qari-qari Mesir mengikut zouq budaya mereka.

TARANNUM RAST

Peranan Tarannum Rast • Memberi semangat kepada

persembahan. • Memberi tenaga kepada

tarannum berikutnya. • Memberi kepuasan kepada

pembaca dan pendengar. • Dapat menimbulkan kesenian

fasohah Al-Quran. Sifat Tarannum Rast

• Gerak lembut disamping ketegasan.

• Kelembutan alunan. • Lincah menyemarakkan. • Sesuai dengan mana-mana

tobaqot.

• Sesuai dengan mana-mana bentuk ayat.

TARANNUM SIKAH

Sifat Tarannum Sikah • Gerak lambat meyakinkan. • Kelembutan menusuk kalbu. • Berciri kesedihan dan kerintihan. • Sesuai dengan ayat-ayat merayu, memohon, merintih dan sebagainya.

• Sesuai dengan mana-mana tobaqot.

Peranan Tarannum Sikah • Melembutkan persembahan.

• Memberi kepuasan kepada pembaca dan pendengar. • Membawa kekhusukan dan

keinsafan.

• Dapat menimbulkan kesenian fasohah Al-Quran.

(20)

Berasal dari parsi (iran) kemudian digunapakai oleh qari-qari Hijazi (pada kurun-kurun 7 masihi hingga 19 masihi). Tetapi kini tarannum Jiharkah telah diubahsuai oleh qari-qari Mesir mengikut zouq budaya mereka.

TARANNUM JIHARKAH

Sifat Tarannum Jiharkah

• Gerak ringan yang berkesan. • Kelembutan menusuk kalbu.

• Harmoni.

• Sesuai dengan ayat-ayat merayu, memohon, merintih dan sebagainya. • Sesuai dengan tobaqot sederhana.

Peranan Tarannum Jiharkah • Menenangkan ketegangan

persembahan.

• Melembutkan persembahan. • Membawa kekhusukan dan

keinsafan.

• Dapat menimbulkan kesenian fasohah Al-Quran.

(21)

SEJARAH PENULISAN AL-QURAN

Menurut ahli sejarah, penulisan al Quran bermula dari zaman Nabi Muhammad s.a.w di mana sebaik sahaja Rasulullah menerima wahyu. Baginda mengarahkan penulis- penulis wahyu mencatatkan ayat-ayat al Quran yang diterimanya. Antara penulis wahyu tersebut ialah Khulafa al Rasyidin serta sahabat baginda yang lain seperti Zaid bin Thabit. Mereka mencatat ayat-ayat al Quran tersebut pada pelepah-pelepah tamar, kepingan batu, tulang dan lain-lain bahan-bahan tulisan.

Pada zaman Khalifah Uthman bin Affan r.a memerintah islam, telah berkembang dengan luas hingga ke negeri Sham, Kufah, Iraqdan negara-negara lain.Umat Islam yang berada di merata-rata tempat telah mempelajarid a n m e m b a c a a l Q u r a n m e n u r u t k a e d a h - k a e d a h b a c a a n d a r i p a d a p a r a s a h a b a t y a n g masyhur di kalangan mereka.Khalifah Uthman telah membentuk satu jawatankuasa penulisan al Quran yangdiketuai oleh Zaid bin Thabit. Tugas mereka ialah membukukan al Quran, iaitu menyalin lembaran-lembaran al Quran yang diambil daripada Hafsah binti Umar untuk dijadikan mushaf.

Sesudah itu,Khalifah Uthman Bin Affan telah memerintahkan supaya dikumpulkan s e m u a l e m b a r a n a l Q u r a n y a n g d i t u l i s s e b e l u m n y a i t u d i b a k a r . D e n g a n d e m i k i a n m a k a pembukuan al Quran pada zaman Khalifah Uthman bin Affan itu memberi faedah yang besar kepada umat Islam iaitu menyatukan kaum muslimin dalam satu bentuk mushaf yang seragam menurut ejaan dan tulisannya.Ia juga menyatukan bacaan, walaupun masih terdapat kelainan bacaan tetapi bacaan tersebut tidak berlainan dengan Mushaf Uthmani.

(22)

Kesimpulannya, ilmu Rasm ialah ilmu yang membincangkan cara menulis lafaz-lafaz atau ucapan untuk memelihara pengucapan huruf-hurufnya dari segi lafaz, huruf-huruf asal dan ilmu yang membahaskan kaedah menambah, mengurang, menyambung, memisah dan menggantikan huruf. Penulisan (rasm ) al Quran ini adalah satu sunnahRasulullah s.a.w yang diikuti secara ijma‟ ( s e p a k a t ) o l e h s e l u r u h u l a m a mujtahidin kerana tulisan ini adalah berbentuk tauqifiyyah dan ia dibuat di bawah pengawasan Nabi s.a.w. Maka penggunaan tulisan Imlaei atau Qiasi tidaklah diharuskan.

(23)

KAEDAH PENULISAN RASM

UTHMANI

1.Al-Hazf

(

فذحلا)

Membuang huruf.

5.Al-Fasl wa

al-Wasl

(

لصولاو لصفلا)

Memisah dan menyambung tulisan

pada kalimah dan huruf.

6.Ma fihi

Qira’atani

(

بتكف ناتاءارق هيف ام

اهادحا ىلع)

Kalimah yang mengandungi dua bacaan

ditulis dengan salah satu bacaan.

2.Al-Ziadah

(

ةدايزلا)

Menambah huruf.

3.Al-Hamzah

(

ةزمهلا)

Penulisan hamzah.

4.Al-Ibdal

(

لادبلإا)

Menggantikan huruf dengan huruf lain.

(24)

1. KAEDAH AL-HAZF (فذحلا)

Hazf bermakna membuang atau menggugurkan huruf dari struktur kalimah. Terbahagi kepada 3 bahagian:

i. Hazf al-Isyarat

(ةراشلإا فذح)

= Dibuang kerana menunjukkan terdapat beberapa cara bacaan.

ii. Hazf al-Ikhtisar

(راصتخلإا فذح)

= Dibuang mengikut kaedah yang telah ditetapkan. iii. Hazf al-Iqtisar

(راصتقلإا فذح)

= Dibuang pada kalimah yang tertentu, pada tempat yang tertentu.

iv. Huruf-huruf yang digugurkan ialah Alif

(ا),

Ya

(ي),

Wau

(و),

Lam

(ل)

dan Nun

(ن).

2. KAEDAH AL-ZIADAH

(ةدايزلا)

Huruf tambahan atau Al-ziadah tersebut ialah alif, wau dan ya. Contohnya pada ayat yang berikut:

(25)

3. KAEDAH AL-HAMZAH(

ةزمهلا

)

BAHAGIAN HAMZAH

Huruf Hamzah yang terdapat di dalam al-Quran terbahagi kepada dua bahagian iaitu:

 Hamzah Al Wasl

Iaitu huruf hamzah tambahan yang hanya terletak pada permulaan kalimah-kalimah tertentu. Ia hanya di baca ketika memulakan bacaan sahaja dan gugur ketika

menyambungkan bacaan dengan kalimah sebelumnya. Dalam al-Quran rasm Uthmani, huruf hamzah ini di tulis dalam bentuk huruf alif,

contonya seperti:

ِميِحَّرلا ِنم ْحَّرلا

 Hamzah al-Qat'

Iaitu huruf Hamzah yang terletak sama ada di permulaan, pertengahan ataupun di hujung.

Contohnya seperti yang terletak di permulaan:

ُهَل ْو َح اَم ْتءاَضَأ اَّمَلَف

4. KAEDAH AL-IBDAL (

لادبلإا)

Dalam penulisan mashaf RasmUthmani huruf-huruf yang digantikan itu terbahagi kepada lima bahagian iaitu:

(a) Ibdal huruf Alif kepada huruf Waw. (b) Ibdal huruf Alif kepada huruf Ya‟. (c) Ibdal huruf Nun kepada huruf Alif.

(d) Ibdal huruf Ta' al-Marbutah kepada huruf Ta‟ al-Maftuhah. (e) Ibdal huruf Thulathi Waw kepada huruf Alif.

(26)

Contohnya:

5. KAEDAH AL-FASL WA AL-WASL

(لصولاو لصفلا)

Secara keseluruhannya al-W asl dan al-Fasl yang terdapat dalam mushaf-mushaf Uthmaniah boleh dibahagikan kepada empat bahagian iaitu:

(a) Bentuk penulisannya bersambung dalam semua mushaf Uthmaniah. (b) Bentuk penulisannya berpisah dalam semua mushaf Uthmaniah.

(c) Bentuk penulisannya berbeza sama ada bersambung atau berpisah dalam semua mushaf Uthmaniah.

(d) Bentuk penulisannya harus sama ada dengan bersambung atau berpisah dalam semua mushaf Uthmaniah

Contoh: Kalimah yang di tulis bersambung dalam semua Mushaf Uthmaniah ditulis dengan bersambung dalam semua mushaf Uthmaniah pada kalimah-kalimah berikut: Semua Ya‟ al-Nida dengan kalimah-kalimah yang selepasnya seperti:

(27)

6.

KAEDAH MA FIHI QIRA’ATANI ( ىلع بتكف ناتاءارق هيف ام

اهادحا)

Sekiranya terdapat sesuatu kalimah yang mengandungi duaa atau beberapa wajah qiraat, maka kalimah yang di tulis dengan salah satu dari wajah-wajah qiraat

tersebut. Kaedah penulisan kalimah-kalimah yang termassuk dalam bahagian ini boleh di bahagikan ke[ada tiga bahagian, iaitu:

1. Mengandungi dua wajah qiraat dan ditulis bertepatan dengan cara bacaan

2. Mengandungi dua wajah qiraat dan ditulis berpandukan salah satu dari

keduanya ( wajah yang lebih masyur) dan banyak digunakan oleh qiraat-qiraat mutawatirah

3. Mengandungi dua wajah qiraat dan ditulis berbeza-beza antara mushaf

(28)

DHABT AL-QURAN

Dhabt Al-Quran' ialah satu disiplin ilmu yang membahaskan mengenai tanda/simbol yang diciptakan oleh para Ulama' untuk membantu di dalam pembacaan Al-Quran. Contohnya tanda baris atas, bawah, dan depan, tanda sabdu, titik-titik pada huruf dan lain-lain lagi.

Pada zaman Rasulullah s.a.w dan para Sahabat r.a, Al-Quran ditulis tanpa apa-apa tanda/simbol seperti baris dan titik. Huruf-huruf Hijaiyah (seperti 'ba', 'ta', 'tsa', 'jim' dll) ditulis tanpa titik. Kebanyakan umat Islam ketika itu, mahir dan menguasai ilmu bahasa arab. Ini membolehkan mereka membaca tulisan Al-Quran walaupun tanpa titik, baris, dan simbol-simbol lain.

KELEBIHAN DAN KEPENTINGAN DHABT AL-QURAN

Di antara kelebihan dan kepentingan Dhabt Al-Quran ialah :

1) Dapat membaca Al-Quran dengan tepat mengikut hukum tajwid.

2) Menghilangkan kesamaran cara bacaan pada tanda baris dan tanda hukum bacaan seperti tanda sabdu, mad, dan lain-lain.

Jenis Dhabt

Terdapat dua jenis dhabt (tanda), iaitu

 Naqt al-I'rab : Tanda/simbol dalam bentuk baris atas, bawah, dan hadapan

 Naqt al-I'jam : Tanda dalam bentuk titik, untuk membezakan huruf bertitik dan huruf tidak bertitik

(29)

Alamat atau tanda-tanda yang terlibat dengan dhabt pada huruf-huruf al-Quran dari segi bentuk, warna dan tempat meletakkannya ialah:

 Harakah

 Sukun

 Syaddah

 Mad

 Hamzah

Perbezaan ilmu Rasm dan ilm Dhabt

Ilmu rasm:

 Dicipta untuk memberi perhatian pada permulaan dan waqf(berhenti) kalimah al-Quran.

 Contoh: kalimah Muhammadun ditulis dengan hruf mim, ha‟, mim & dal. Dibuang huruf nun yang bertanwin

 Berhubungkait dengan huruf pada kalimah-kalimah Al-Quran dari segi isbat dan hazaf (ada dan buang)

Ilmu dhabt:

 Dicipta untuk memelihara bacaan ketika wasal(bersambung)

 Contoh: Huruf nun yang mati dibiarkan tanpa tanda mati bagi menunjukkan berlaku hukum idgham pada nun tersebut apabila dibaca secara wasal.

 Berhubungkait dengan semua yang dipamerkan oleh huruf-hruf al-Quran dari segi baris, mati, syaddah dan sebagainya

(30)

REFLEKSI

Alhamdulillah syukur kehadrat ilahi kerana di beri kesempatan kepada saya untuk menyiapkan tugasan Tahsin Al-Quran tepat pada masa yang telah diberikan. Ucapan setinggi-tinggi terima kasih kepada ahli keluarga saya yang memberi semangat kepada saya untuk menyiapkan tugasan ini. Tidak lupa juga kepada rakan-rakan yang banyak membantu dalam mencari bahan-bahan tugasan

Didalam menyiapkan tugasan yang di beri tentu sahaja mempunyai cabaran yang terpaksa di tempuhi terutamanya dari segi masa yang terhad untuk saya menyiapkannya ditambah pula dengan tugasaan di sekolah menyebabkan saya terpaksaa menggagahkan diri untuk menyelesaikannya. Disebabkan halangan masa juga saya tidak dapat mencari lebih banyak bahan rujukan yang lebih mendalam tentang tajuk Tahsin Al-Quran ini yang mana saya rasa, saya mampu membuat tugasan ini dengan lebih baik dan lengkap. Selain itu juga, tugasan ini perlu di hantar dalam waktu atau tempoh yang singkat menyebabkan tugasaan ini tidak dapat di buat dengan lebih terperinci lagi.

Setelah saya teliti dan analisa daripada apa yang telah saya himpunkan segala rujukan berkenanaan tajuk-tajuk diatas, saya mendapati banyak ilmu baru yang telah saya ketahui yang mana sedikit sebanyak dapat menambah pengetahuan saya tentang ilmu al-quran ini yang mana sebelum ini saya tidak pernah mempelajarinya. Istilah-istilah yang digunakan contohnya maratib al-quran, jenis-jenis tarannum merupakan perkara baru yang saya ketahui. Dengan adanya tugasan ini juga menyebabkan saya banyak membaca tentang kesalahan-kesalahan di dalam membaca al-quran yang mana mungkin sebelum ini saya tidak mengambil berat dari segi bacaan mahupun tajwid. Dengan pengetahuan yang sedia ada ini ditambah dengan ilmu yang baru saya dapati ini sedikit sebanyak akan menyebabkan saya lebih berhati-hati dan memperelokkan bacaan saya dari segi tajwid, kesalahan yang biasa di lakukan atau dari segi sebutan.

(31)

Oleh yang demikian, tugasan berkaitan ilmu ql-quran ini sedikit sebanyak telah menambahkan ilmu pengetahuan saya tentang al-quran dan saya juga yakin saya dapat membuat tugasan ini dengan lebih baik jika di berikan waktu yang panjang. Semoga ilmu yang telah saya dapati ini akan menjadi manfaat yang berguna pada diri saya terutamanya serta akan saya ingati untuk diajarkan pada generasi akan datang.

Referensi

Dokumen terkait

Judul PENGARUH ANTARA PENGAMBILAN RISIKO, BERSAING AGRESIF MENGEJAR PRESTASI, INOVATIF, KEPUASAN KERJA DAN KECERDASAN ENTREPRENEURIAL (STUDl PADA PERWIRA MENENGAH DI MARKAS

Gambar 4.2 Diagram Pengaruh Perbedaan Suhu Ruang (25 o C) dan Suhu Modifikasi (40 o C) Pada Proses Ekstraksi dengan Kombinasi Pelarut Etanol : Etil asetat (80 : 20) Selama 6

perakuan amalan tahunan semasa yang sah, yang bukan seorang pegawai awam dan yang, atas permintaan atau melalui perkiraan dengan Kerajaan, menjalankan apa-apa

Karena itu, untuk mengubah citra negatif birokrasi perijinan usaha dan investasi, Propinsi Jawa Timur menggagas dan melakukan penyederhanaan pelayanan perijinan

Berisi tentang pembahasan mengenai marching band, mulai dari pengertian, sejarah sampai dengan elemen instrumentasi dan standar ukuran yang digunakan; pengertian dan

Hasil yang diperoleh dalam penelitian ini adalah: (a) obyek wisata yang memiliki potensi tinggi adalah Pulau Merah, (b) obyek wisata yang memiliki potensi

Jadi berdasarkan uraian diatas, motivasi kerja seorang au- ditor merupakan dorongan dalam diri seorang auditor untuk dapat bekerja dan mencapai prestasi kerja yang tinggi, baik

LKJIPDinas Kearsipan dan Perpustakaan Kabupaten Kebumen merupakan bentuk pertanggung jawaban atas perjanjian kinerja Dinas Kearsipan dan Perpustakaan Kabupaten