• Tidak ada hasil yang ditemukan

PERAKAUNAN PENDAPATAN NEGARA

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2022

Membagikan "PERAKAUNAN PENDAPATAN NEGARA"

Copied!
10
0
0

Teks penuh

(1)

e-PRAKTIS

PERAKAUNAN PENDAPATAN NEGARA

BAB 2

BAHAGIAN A SOALAN ANEKA PILIHAN Jawab semua soalan.

1 Keluaran negara yang dihitung berdasarkan harga tahun semasa dikenali sebagai A keluaran negara harga pasaran

B keluaran negara nominal C keluaran negara potensi D keluaran negara benar

2 Yang manakah pernyataan yang benar tentang Keluaran Negara Kasar (KNK) nominal dan Keluaran Negara Kasar benar?

A KNK nominal sama dengan KNK benar apabila wujud inflasi

B KNK nominal melebihi KNK benar apabila indeks harga semasa menurun C KNK benar melebihi KNK nominal apabila indeks harga semasa meningkat D KNK nominal melebihi KNK benar apabila indeks harga semasa meningkat 3 Jadual di bawah ini menunjukkan data pendapatan negara sebuah ekonomi bagi tahun

2016.

Butiran RM juta

Keluaran Negara Kasar pada kos faktor Pendapatan faktor bersih dari luar negeri Cukai tak langsung

Subsidi Susut nilai

4 000 750 1 250 500 200 Keluaran Negara Bersih harga pasaran bagi ekonomi ini ialah

A RM2 300 juta B RM3 050 juta C RM3 800 juta D RM4 550 juta

4 Perbezaan antara Keluaran Negara Kasar kos faktor dengan Keluaran Negara Bersih harga pasaran ialah

A pendapatan faktor bersih dari luar negeri dan susut nilai B susut nilai dan cukai tak langsung

C susut nilai, cukai tak langsung dan subsidi

D pendapatan faktor bersih dari luar negeri, susut nilai, cukai tak langsung dan subsidi

(2)

5 Dalam kaedah perbelanjaan, nilai Keluaran Dalam Negara Kasar dihitung dengan menjumlahkan komponen yang berikut kecuali

A perubahan stok B penggunaan swasta C perkhidmatan kerajaan

D pembentukan modal tetap kasar swasta

6 Jadual di bawah ini menunjukkan nilai keluaran pelbagai aktiviti pada suatu tahun bagi sesebuah negara.

Butiran RM juta

Pertanian, perhutanan, dan perikanan

19 634

Perlombongan dan kuari 17 241

Pembuatan 57 942

Pembinaan 6 725

Elektrik, gas, dan air 10 212

Pengangkutan, penyimpanan, dan perhubungan 19 205

Perdagangan borong dan runcit 35 103

Kewangan, insurans, dan hartanah 35 500

Perkhidmatan kerajaan 17 632

Perkhidmatan lain 19 133

Tambah: Cukai import 6 208

Keluaran Dalam Negara kasar (KDNK) harga pasaran 244 535 Berapakah sumbangan sektor ketiga kepada KDNK harga pasaran?

A 15.08%

B 51.76%

C 55.94%

D 57.39%

7 Jadual di bawah menunjukkan data pendapatan negara dalam sesebuah ekonomi pada tahun tertentu.

Butiran Nilai

(RM juta) Upah dan gaji

Untung kasar Subsidi

Pendapatan faktor dari luar negeri Susut nilai

Cukai perseorangan Bunga bersih Sewa

Bayaran faktor ke luar negeri Cukai tak langsung

2 500 4 000 150 700 200 500 3 000 1 100 400 550

(3)

Perbezaan antara Keluaran Negara Kasar kos faktor dengan Keluaran Dalam Negara Kasar pada kos faktor ialah

A RM150 juta B RM300 juta C RM350 juta D RM850 juta

8 Jadual di bawah ini menunjukkan data perakaunan pendapatan negara sesebuah ekonomi pada suatu tahun tertentu.

Butiran RM juta

Perbelanjaan penggunaan Pelaburan

Eksport Import Subsidi

Cukai tak langsung Cukai langsung

Bayaran faktor bersih ke luar negeri Perbelanjaan kerajaan

Susut nilai

2 300 4 500 6 700 7 800 1 200 3 400 5 600 –3 200 4 300 2 100

Berapakah Keluaran Dalam Negara Kasar pada harga pasaran?

A RM6 800 juta B RM7 800 juta C RM10 000 juta D RM12 200 juta

9 Jadual di bawah ini menunjukkan butiran pendapatan negara bagi sesebuah ekonomi pada suatu tahun tertentu.

Butiran RM juta

Cukai tak langsung 3 400

Cukai pendapatan 1 000

Subsidi 2 400

Bayaran pindahan 150

Penerimaan pendapatan dari luar negara 90 Pembayaran pendapatan ke luar negara 330 Keluaran Dalam Negeri Kasar pada kos faktor 11 610 Berapakah Keluaran Negara Kasar pada harga pasaran?

A RM12 850 juta B RM12 520 juta C RM12 370 juta D RM10 370 juta

(4)

10 Jadual di bawah ini menunjukkan sumbangan sektor pembuatan kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) bagi sesebuah negara dari tahun 2011 hingga tahun 2016.

Tahun Sumbangan Sektor Pembuatan kepada KDNK (RM juta)

2011 2012 2013 2014 2015 2016

26 859 30 324 34 458 39 790 44 684 50 270

Berapakah purata kadar pertumbuhan sektor pembuatan dari tahun 2012 hingga tahun 2016?

A 11.3%

B 12.8%

C 13.4%

D 34.2%

11 Pemboleh ubah yang paling sesuai untuk mengukur pertumbuhan ekonomi sesebuah negara ialah

A keluaran negara kasar benar B keluaran negara kasar nominal C keluaran dalam negara kasar benar D keluaran dalam negara kasar nominal

12 Peningkatan pertumbuhan ekonomi diikuti oleh peningkatan taraf hidup rakyat sesebuah negara apabila wujud peningkatan

A kos sosial B masa kerja C kualiti barangan D jumlah penduduk

(5)

BAHAGIAN B SOALAN ESEI Jawab semua soalan.

1 (a) Takrifkan konsep pendapatan negara yang berikut:

(i) Keluaran Negara Kasar nominal [2]

(ii) Keluaran Negara Kasar benar [2]

(b) Jelaskan hubungan antara Keluaran Negara Kasar nominal dengan Keluaran

Negara Kasar benar. [6]

2 Bagaimanakah Keluaran Negara Kasar harga pasaran dihitung mengikut kaedah perbelanjaan? [10]

3 Jelaskan lima masalah yang dihadapi dalam penghitungan keluaran negara. [10]

4 (a) Mengapakah peningkatan Keluaran Negara Kasar harga semasa tidak semestinya menunjukkan peningkatan kebajikan masyarakat? [2]

(b) Jelaskan empat matlamat dasar makroekonomi bagi sesebuah negara. [8]

BAHAGIAN C SOALAN KUANTITATIF Jawab semua soalan.

1 Jadual di bawah menunjukkan data Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) dan Keluaran Negara Kasar (KNK) sesebuah negara pada harga tetap 2008.

Tahun Butiran (RM juta)

KDNK KNK

2014

2015 418 730

427 170 380 648 390 104

(a) Takrifkan konsep Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) dan Keluaran Negara

Kasar (KNK). [2]

(b) Hitung pendapatan faktor bersih luar negeri (PFbLN) pada tahun 2014 dan 2015.

Jelaskan nilai yang diperoleh. [3]

(c) Hitung kadar pertumbuhan ekonomi berdasarkan

(i) nilai KDNK [1]

(ii) nilai KNK [1]

(d) Antara nilai KDNK dengan KNK, yang manakah lebih sesuai digunakan untuk menggambarkan prestasi ekonomi sesebuah negara? Mengapa? [2]

(6)

(e) Nyatakan masalah ekonomi yang dihadapi oleh sesebuah negara apabila kadar

pertumbuhan ekonomi bernilai negatif. [1]

2 Jadual di bawah ini menunjukkan data pendapatan negara bagi sebuah ekonomi.

Butiran RM juta

Perbelanjaan penggunaan Pelaburan

Perbelanjaan kerajaan Eksport

Import

Cukai tak langsung Subsidi

Pendapatan faktor bersih dari luar negeri Susut nilai

25 000 5 000 5 000 4 000 6 000 4 000 1 000 –1 000 2 000

(a) Apakah yang dimaksudkan dengan pendapatan faktor bersih dari luar negeri?

Mengapa kah nilainya negatif? [2]

(b) Hitung:

(i) KDNKhp (ii) KNKkf

(iii) Pendapatan negara [6]

(c) Nyatakan dua kegunaan data pendapatan negara. [2]

(7)

BAHAGIAN A

1 D 2 D 3 D 4 C 5 C 6 C 7 B 8 C 9 C 10 C 11 C 12 C

BAHAGIAN B

1 (a) (i) Keluaran Negara Kasar nominal (KNK nominal) ialah nilai output yang dihasilkan oleh faktor pengeluaran milik warga negara mengikut harga pada tahun semasa.

(ii) Keluaran Negara Kasar benar (KNK benar) ialah nilai output yang dihasilkan oleh faktor pengeluaran milik warga negara mengikut harga pada tahun asas.

(b) Hubungan antara KNK nominal dengan KNK benar ialah indeks harga pengguna pada tahun semasa (IHP1).

KNK benar = KNK nominal × 100 IHP1

Jika indeks harga pengguna pada tahun semasa meningkat, iaitu IHP1 bernilai melebihi 100, maka KNK benar lebih rendah daripada KNK nominal.

Jika indeks harga pengguna pada tahun semasa menurun, iaitu IHP1 bernilai kurang daripada 100, maka KNK benar lebih tinggi daripada KNK nominal.

Jika indeks harga pengguna pada tahun semasa tidak berubah, iaitu IHP1 bernilai 100, maka KNK benar sama dengan KNK nominal.

2 Dalam kaedah perbelanjaan, jumlah nilai perbelanjaan yang dilakukan oleh semua sektor akan dihitung seperti yang berikut:

Butiran RM juta

Perbelanjaan penggunaan (C) 100

Perbelanjaan pelaburan (I) 200

Perbelanjaan kerajaan (G) 150

Eksport bersih (X – M) 100

Perubahan inventori –50

Keluaran Dalam Negeri Kasar pada harga pasaran (KDNKhp) 500 (+) Pendapatan faktor bersih dari luar negeri –100 Keluaran Negara Kasar pada harga pasaran (KNKhp) 400

JAWAPAN CADANGAN

(8)

Perbelanjaan penggunaan merupakan perbelanjaan yang dibuat oleh sektor isi rumah terhadap barang pengguna. Perbelanjaan pelaburan ialah perbelanjaan yang dibuat oleh sektor firma terhadap barang-barang modal. Perbelanjaan kerajaan terdiri daripada penggunaan awam dan pelaburan awam. Eksport bersih ialah nilai eksport ditolak nilai import. Perubahan inventori ialah nilai stok akhir ditolak stok awal. Apabila semua butir perbelanjaan tersebut dijumlahkan, nilai KDNKhp akan diperoleh.

Pendapatan faktor bersih dari luar negeri ialah perbezaan antara pendapatan faktor milik sebuah negara di luar negara dengan pendapatan faktor asing di dalam sebuah negara. Apabila KDNKhp dicampurkan dengan PFbLN, nilai KNKhp diperoleh.

3 Masalah utama yang dihadapi dalam penghitungan keluaran negara:

Masalah pengiraan dua kali

Masalah ini wujud apabila terdapat kegagalan untuk membezakan antara barang perantaraan dengan barang akhir dalam proses pengeluaran barang. Contohnya, nilai tepung dan nilai roti. Dalam penghitungan pendapatan negara, nilai roti, iaitu nilai barang akhir dikira, manakala nilai tepung tidak dikira kerana nilai tepung telah dihitung dalam nilai roti.

Masalah aktiviti produktif yang tidak dipasarkan

Terdapat aktiviti produktif yang sepatutnya dikira dalam pendapatan negara tetapi gagal dikira kerana aktiviti-aktiviti tersebut tidak dipasarkan. Contohnya, dalam sektor pertanian, hasil pertanian digunakan untuk kegunaan keluarga sendiri.

Masalah aktiviti produktif yang tidak dibayar dengan wang

Banyak aktiviti produktif seperti projek gotong-royong dan kerja suri rumah tidak dikira kerana aktiviti-aktiviti tersebut tidak dikenakan bayaran.

Masalah aktiviti produktif yang haram mengikut undang-undang

Aktiviti produktif yang haram tidak patut dikira dalam penghitungan pendapatan negara kerana aktiviti-aktiviti tersebut menyalahi undang-undang negara. Contohnya, aktiviti penyeludupan dan cetak rompak.

Masalah pengumpulan maklumat

Terdapat aktiviti produktif yang menyumbang kepada pendapatan negara tidak dikira kerana maklumat dan data sukar diperoleh dan ada pula maklumat yang dapat itu tidak lengkap.

4 (a) Peningkatan KNK harga semasa tidak semestinya menunjukkan peningkatan kebajikan masyarakat kerana peningkatan ini dipengaruhi oleh kenaikan harga umum atau inflasi dan kenaikan saiz penduduk. Jika wujud kenaikan harga dan saiz penduduk, pendapatan benar per kapita akan menurun dan taraf kebajikan juga menurun.

(b) Empat matlamat dasar makroekonomi adalah seperti yang berikut:

Mencapai tingkat guna tenaga penuh

Guna tenaga penuh ialah keadaan ekonomi yang mengalami kadar pengangguran kurang daripada 4%. Guna tenaga yang tinggi atau kadar pengangguran yang rendah menunjukkan kegiatan ekonomi yang banyak dijalankan dan jumlah barang

(9)

yang dikeluarkan akan meningkat. Oleh itu, semakin rendah kadar pengangguran, semakin tinggi tingkat pendapatan negara dan semakin pesat pertumbuhan ekonomi sesebuah negara.

Menstabilkan tingkat harga umum

Kestabilan tingkat harga umum yang berterusan akan mengelakkan masalah inflasi.

Masalah inflasi menjejaskan taraf hidup masyarakat dan meningkatkan kos pengeluaran. Seterusnya, inflasi akan menjejaskan pertumbuhan ekonomi. Oleh itu, kestabilan tingkat harga umum penting untuk meningkatkan taraf hidup rakyat sesebuah negara.

Meningkatkan pertumbuhan ekonomi

Pertumbuhan ekonomi wujud apabila terdapat peningkatan dalam tingkat keluaran negara pada sesuatu tahun berbanding dengan tahun sebelumnya. Pertumbuhan ekonomi yang tinggi akan meningkatkan taraf hidup masyarakat jika kadar pertumbuhan ekonomi melebihi kadar pertumbuhan penduduk.

Mencapai imbangan pembayaran yang baik

Imbangan pembayaran bertambah baik apabila aliran wang masuk melebihi aliran wang keluar dalam sesebuah negara akibat perdagangan antarabangsa. Imbangan pembayaran lebihan ini disebabkan oleh kenaikan nilai eksport barang dan perkhidmatan serta kemasukan pelaburan asing. Keadaan ini akan meningkatkan rizab emas dan mata wang asing bank pusat serta mengukuhkan nilai mata wang sesebuah negara.

BAHAGIAN C

1 (a) KDNK ialah nilai output yang dihasilkan dalam sesebuah negara oleh faktor pengeluaran milik warganegara tersebut dan milik warganegara asing.

KNK ialah nilai output yang dihasilkan oleh faktor pengeluaran milik warganegara tersebut yang berada di dalam dan di luar negara.

(b) Tahun PFbLN (RM juta) 2014 380 648 – 418 730

= –38 082 2015 –37 066

PFbLN bernilai negatif kerana jumlah penerimaan pendapatan faktor dari luar negeri kurang daripada pembayaran pendapatan faktor ke luar negeri.

(c) Kadar pertumbuhan ekonomi

Nilai KDNK 427 170 – 418 730 418 730 × 100

= 2.02%

Nilai KNK 2.48%

(10)

(d) KDNK lebih sesuai digunakan untuk menggambarkan prestasi ekonomi sesebuah negara kerana KDNK mengukur nilai output yang dihasilkan dalam negara tersebut.

(e) Kadar pertumbuhan ekonomi yang negatif mewujudkan masalah kemelesetan ekonomi.

2 (a) Pendapatan faktor bersih dari luar negeri ialah perbezaan antara penerimaan pendapatan faktor yang diterima dari luar negara dengan pembayaran/pendapatan faktor ke luar negara. Nilainya negatif kerana pembayaran pendapatan faktor dalam negara melebihi penerimaan pendapatan faktor yang diterima dari luar negara.

(b) (i) KDNKhp = Perbelanjaan pengguna + Pelaburan + Perbelanjaan kerajaan + Eksport bersih

= 25 000 + 5 000 + 5 000 + (4 000 – 6 000) = RM33 000 juta

(ii) KNKkf = KDNKhp + PFbLN – Cukai tak langsung + Subsidi = 33 000 + (–1 000) – 4 000 + 1 000

= RM29 000 juta (iii) Pendapatan negara = KNBkf

= KNKkf – Susut nilai

= 29 000 – 2 000

= RM27 000 juta

(c) Dua kegunaan utama data pendapatan negara ialah:

(i) menghitung kadar pertumbuhan ekonomi (ii) membandingkan taraf hidup antara negara

Referensi

Dokumen terkait

Realisasi program/kegiatan yang memenuhi/tidak memenuhi target kinerja hasil/keluaran yang direncanakan pada Renja Dinas Pendidikan Dayah Aceh tahun 2016 terdiri atas

Jadi dapat dikatakan bahwa strategi merupakan langkah-langkah yang berisikan program- program indikatif untuk mewujudkan visi dan misi, sedangkan

Loyalitas pelanggan hanya akan tercipta jika karyawan mempunyai antusiasme tinggi dalam melayani pelanggan (Kartajaya, 2007). Fokus utama dari One to One Marketing di Bank

Tempat tinggal mereka di gunung Komasaan (wilayah Bintauna. Makin lama turunan kedua keluarga itu semakin banyak, sehingga mereka mulai menyebar ke timur di Tudu

Tabel 2 di atas menunjukkan bahwa rata-rata lama kala II pada kelompok persalinan dengan hypnobirthing adalah 19,93 ± 1.71 menit. Distribusi Frekuensi Ibu

• Pasal 20 ayat (1) : Pendayagunaan tanah wakaf untuk pembangunan rumah susun: dilakukan dengan cara sewa atau kerja sama pemanfaatan. sesuai dengan

Penelitian oleh Sarip Usman menunjukkan hasil jumlah perenang memperoleh hubungan yang cukup erat dengan penurunan sisa klor yang terkandung dalam air kolam

Berdasarkan pedoman penafsiran nilai koefisien korelasi menurut Sugiyono (2010: 231), nilai koefisien korelasi sebesar 0,6636 menunjukkan hubungan yang kuat antara