• Tidak ada hasil yang ditemukan

Direka khusus untuk keperluan perubatan anda.

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2022

Membagikan "Direka khusus untuk keperluan perubatan anda."

Copied!
7
0
0

Teks penuh

(1)

Direka khusus untuk

keperluan perubatan anda.

PRUMy Medical Plus

Insuran Perlindungan

(2)

Orang selalu mengambil mudah kesihatan baik yang mereka nikmati dan mengandaikan bahawa jikalau sesuatu yang buruk akan berlaku pun, ia akan terjadi lambat lagi. Sehinggalah tiba harinya apabila mereka mendapati diri mereka dibebani bil perubatan yang besar dan tidak bersiap sedia untuk menghadapinya. Sebenarnya tiada siapa pernah terfikir bahawa mereka memerlukan insurans perubatan sehinggalah peristiwa malang menimpa mereka.

Perkara ini benar terutamanya pada hari ini kerana kos perubatan meningkat setiap tahun.

Kadar inflasi penjagaan kesihatan di Malaysia merupakan antara yang tertinggi di Asia1, dan ramai orang, terutamanya dari kalangan generasi muda, perlu menampung kenaikan menampung kenaikan kos ini apabila mereka meningkat tua.

DI PRUDENTIAL, KAMI PRIHATIN DAN KAMI SEDIA MEMBANTU.

DENGAN KENAIKAN KOS PERUBATAN DI MALAYSIA,

ADAKAH ANDA

MEMPUNYAI DANA YANG MENCUKUPI UNTUK

MEMPERSIAPKAN DIRI ANDA UNTUK

KEADAAN KECEMASAN PERUBATAN?

Sumber:

1https://focusmalaysia.my/malaysia-may-see-soaring-healthcare-cost/

(3)

APA YANG ANDA PERLUKAN APA YANG

ANDA HADAPI

Secara idealnya, insurans perubatan hendaklah terus melindungi anda sehingga bertahun-tahun akan datang ketika anda meningkat tua dan kesihatan anda merosot.

Pilihlah pelan yang menawarkan tahap perlindungan perubatan yang mencukupi serta komprehensif sehingga umur 100 tahun, tertakluk kepada terma dan syarat2.

Semua orang berbeza – jadi mengapa pelan perubatan anda harus sama dengan orang lain?

Apa yang anda perlukan ialah pelan yang boleh disesuaikan mengikut keperluan anda yang tersendiri.

Dengan meningkatnya kos sara hidup secara menyeluruh, anda memerlukan pelan insurans yang bersesuaian dengan kemampuan anda dan pada masa yang sama menawarkan anda perlindungan perubatan yang optimum.

Masa Depan

yang Tidak Pasti Perlindungan Sehingga Umur

100 Tahun Pelan Insurans

Perubatan yang Tidak Fleksibel

Kefleksibelan Kos Sara

Hidup Semakin Meningkat

Mampu Milik

2 Produk ini didatangkan dengan Perlanjutan Tempoh Perlindungan untuk melanjutkan tempoh pelan asas dan rider(-rider) (jika berkenaan) sehingga Ulang Tahun Polisi yang mana Hayat Yang Diinsuranskan mencapai umur 100 atau tempoh perlindungan maksimum rider, mana-mana yang lebih awal. Melainkan anda memohon untuk membatalkan Perlanjutan Tempoh Perlindungan, polisi anda akan dilanjutkan secara automatik selagi ia mempunyai nilai unit-unit yang mencukupi untuk menolak bayaran caj-caj, yuran-yuran dan cukai-cukai yang berkaitan semasa tempoh yang dilanjutkan. Untuk memastikan nilai unit-unit yang mencukupi, premium tambahan mungkin diperlukan dalam tempoh yang dilanjutkan.

(4)

Pelan perubatan kami adalah unik, setiap satunya memberi anda tahap perlindungan dan manfaat yang berbeza, jadi anda boleh memutuskan apa yang paling sesuai dengan anda.

Berikut adalah beberapa manfaat penting yang patut anda cari dalam pelan perubatan anda.

MEMPERKENALKAN PRUMy Medical Plus

PRUMy Medical Plus merupakan penyelesaian komprehensif menggunakan PRUWith You sebagai pelan asas. PRUMy Medical Plus dapat memberikan perlindungan jangka panjang bagi memenuhi keperluan perlindungan anda.

Dengan PRUMy Medical Plus, anda mempunyai kefleksibelan untuk memilih pelan perubatan yang memenuhi keperluan anda yang tersendiri – daripada perlindungan perubatan asas yang memberi ganjaran kerana kekal sihat sehinggalah kepada perlindungan perubatan tinggi yang akan membantu anda menangani peningkatan kos perubatan pada tahun-tahun akan datang.

APA PUN KEPERLUAN ANDA, KAMI MEMPUNYAI PENYELESAIAN YANG TEPAT UNTUK ANDA

Pelan-pelan perubatan ini adalah tidak terbatal, yang bermaksud bahawa anda tidak perlu berasa bimbang kerana mengetahui bahawa anda akan terus dilindungi walaupun keadaan kesihatan anda mungkin berubah, asalkan polisi anda masih berkuat kuasa.

BAGAIMANA SAYA MEMILIH PELAN PERUBATAN YANG PALING MENEPATI KEPERLUAN SAYA?

PRUValue Med

RM150, RM200, RM300,

RM400, RM500 atau RM600 setiap hari

PRUMillion Med

RM200, RM250, RM300, RM400 atau

RM500 setiap hari

PRUHealth

RM100, RM150, RM200, RM300 atau

RM400 setiap hari Setiap pelan perubatan disertakan pilihan Bilik & Penginapan untuk anda. Manfaat harian meliputi caj bilik harian seperti yang dikenakan oleh hospital untuk kos penginapan, makan &

minum dan kos jagaan kejururawatan am sekiranya anda dimasukkan ke hospital.

APAKAH KELAYAKAN BILIK & PENGINAPAN HARIAN SAYA?

Nilai Untuk Wang

Nilai Had Tahunan yang Tinggi Bonus Tanpa Tuntutan

PRUValue Med PRUMillion Med PRUHealth

(5)

PRUValue Med memberikan anda perlindungan tanpa had bagi melindungi anda secara berterusan sepanjang masa akan datang. Walau bagaimanapun, apabila jumlah tuntutan terkumpul yang dibayar kepada anda melebihi Med Aras Nilai Perubatan (RM1 juta, 1.5 juta atau 2 juta), anda perlu membayar 20% daripada jumlah kos layak yang berlebihan. Pilih pelan PRUValue Med dengan Med Saver, di mana anda hanya perlu membayar jumlah tetap yang bersamaan dengan nilai Med Saver yang dipilih (i.e., RM300, RM1,000, RM3,000, RM5,000 atau RM10,000) untuk mana-mana satu kehilangan upaya untuk menikmati penjimatan premium.

Dialisis Buah Pinggang Pesakit Luar

APAKAH MANFAAT LAIN YANG BOLEH SAYA DAPAT DARIPADA PELAN SAYA?

Bertentangan dengan kepercayaan ramai, pelan insurans perubatan bukan sahaja memberi perlindungan semasa anda dimasukkan ke hospital. Ketiga-tiga pelan perubatan ini juga melindungi rawatan pesakit luar seperti yang dinyatakan di bawah. Jadi, anda mempunyai pilihan berehat untuk pulih dengan lebih selesa dan secara privasi di rumah sendiri.

Setiap pelan perubatan juga disertakan dengan manfaat nilai tambahan dan unik yang direka khusus untuk menepati keperluan anda.

Jadi, jangan bertangguh lagi – dapatkan perlindungan dengan PRUMy Medical Plus hari ini!

Rawatan Kanser Pesakit Luar

Pembedahan Harian

PRUValue Med PRUMillion Med PRUHealth

TIADA had tahunan TIADA had seumur hidup

Had tahunan yang TINGGI hingga RM1.98 million TIADA had seumur hidup

Had tahunan hingga RM150,000 Had seumur hidup hingga

RM1.56 million

PRUValue Med

Perlindungan

Komplikasi Kehamilan

PRUMillion Med

Rawatan Demam Denggi

Pesakit Luar

PRUHealth

Bonus Tanpa Tuntutan – memberi anda ganjaran

kerana kekal sihat Banyak pelan insurans perubatan menetapkan had tahunan – had Ringgit ke atas tuntutan tahunan bagi manfaat yang dilindungi; serta had seumur hidup – amaun Ringgit maksimum bagi jumlah manfaat yang pelan perubatan akan bayar sepanjang hayat individu.

BERAPAKAH JUMLAH PERLINDUNGAN PERUBATAN SAYA DI BAWAH PELAN INI?

(6)

Nota Penting & Penafian:

• PRUMy Medical Plus adalah penyelesaian yang ditawarkan oleh produk kami, PRUWith You sebagai pelan asasnya dilampirkan dengan rider perubatan. Penyelesaian ini diunderait oleh Prudential Assurance Malaysia Berhad 198301012262 (107655-U), yang berlesen di bawah Akta Perkhidmatan Kewangan 2013 dan dikawal selia oleh Bank Negara Malaysia.

• PRUMy Medical Plus terdiri daripada komponen yang boleh dibeli secara berasingan dan anda tidak diwajibkan untuk memilik semua komponen pakej ini.

• Pembelian polisi hayat ialah satu komitmen kewangan jangka panjang. Anda hendaklah memastikan bahawa polisi ini (termasuk rider) menepati keperluan anda dan memastikan bahawa anda mampu membayar premium yang perlu dibayar di bawah polisi ini. Untuk mencapainya, kami mengesyorkan anda supaya menghubungi Perancang Kewangan Prudential anda yang akan membuat analisis keperluan dan membantu anda dalam membuat keputusan termaklum. Anda juga boleh menghubungi terus syarikat insurans untuk maklumat lanjut.

• Kos insurans yang dicaj untuk rider Insurans Perubatan dan Kesihatan ditunjukkan di laman web Prudential.

• Risalah ini hanya mengandungi keterangan ringkas produk dan adalah tidak lengkap. Anda dinasihatkan supaya merujuk Lampiran Keterangan Produk PRUWith You, Ilustrasi Produk, Lembaran Fakta Dana (jika ada) dan risalah insuranceinfo mengenai Insurans Hayat, Insurans Berkaitan Pelaburan, Insurans Kemalangan Peribadi dan Insurans Perubatan dan Kesihatan sebelum membeli sesuatu polisi, serta merujuk kepada terma-terma dan syarat-syarat dalam dokumen polisi untuk butir-butir mengenai ciri-ciri dan manfaat- manfaat, pengecualian-pengecualian dan tempoh menunggu di bawah polisi ini.

• Tempoh rujukan percuma selama 15 hari diperuntukkan dari tarikh polisi dihantar kepada anda untuk membolehkan anda mengkaji sama ada polisi tersebut memenuhi keperluan anda. Jika polisi dibatalkan dalam tempoh ini, kami akan membayar balik kepada anda nilai unit (pada harga unit tarikh penilaian berikutnya selepas tarikh pemberitahuan) tambah dengan premium yang tidak diperuntukkan, caj (sebarang caj insurans, caj perkhidmatan, caj pemprosesan dan caj-caj lain, mana yang berkenaan), dan cukai (jika ada) yang telah kami tolak dan juga akan menolak perbelanjaan perubatan yang kami mungkin telah bayar atau bersetuju untuk bayar.

• Mengandaikan seorang lelaki, berumur 20 tahun, bukan perokok membeli polisi PRUMy Medical Plus dengan Jumlah Diinsuranskan Asas RM100,000, Total Multi Crisis Care RM100,000, Acci Guard Plus RM100,000, Acci Med Plus RM5,000, Acci Income Plus 3 unit, PRUValue Med RM1,000,000 R&B RM200 dengan Med Saver RM300 dan Payor Basic, tempoh polisi sehingga umur 70 tahun dengan lanjutan automatik, 100%

dana terurus, dengan pembayaran premium bulanan melalui kad kredit, anggaran jumlah premium yang harus dibayar:

Untuk maklumat lanjut, layari laman web di www.prudential.com.my atau hubungi salah satu Perancang Kewangan Prudential yang mesra. Kami sentiasa sedia membantu.

Jumlah premium yang harus dibayar berdasarkan tempoh perlindungan

sehingga umur 70 tahun

Untuk meningkatkan kemampanan polisi anda sehingga umur 100 tahun

Alternatif 1 Alternatif 2

RM231.00 bulanan

Kami menasihatkan anda untuk terus membayar jumlah premium

yang harus dibayar dalam tempoh yang dilanjutkan.

Tambahan pula, penambahan Tokokan Premium Berkala sebanyak RM192.00 bulanan adalah dicadangkan daripada

umur 20 sehingga akhir Perlanjutan Tempoh Perlindungan.

Kami menasihatkan anda untuk terus membayar jumlah premium

yang harus dibayar dalam tempoh yang dilanjutkan.

Tambahan pula, penambahan Tokokan Premium Berkala sebanyak RM2,534.00 bulanan

adalah dicadangkan daripada umur 70 tahun sehingga akhir Perlanjutan Tempoh Perlindungan.

(7)

• PRUWith You dan rider-ridernya yang boleh dilampirkan (jika ada) bukan produk patuh Syariah.

• Anda boleh menyerahkan polisi anda pada bila-bila masa. Walau bagaimanapun, jika anda menamatkan polisi pada tahun-tahun awal, anda mungkin memperoleh amaun yang kurang daripada premium yang telah anda bayar. Pada penyerahan, nilai serahan akan dibayar dan semua manfaat di bawah polisi ini akan ditamatkan.

• Sebarang rujukan umur adalah berasaskan Umur Pada Hari Jadi Akan Datang.

• Sekiranya versi Bahasa Inggeris, Bahasa Melayu dan Bahasa Cina bagi risalah ini mempunyai sebarang percanggahan atau tidak konsisten, versi Bahasa Inggeris bagi risalah ini akan diutamakan dan digunapakai.

SILA AMBIL PERHATIAN BAHAWA INI ADALAH PRODUK INSURANS YANG DIKAITKAN DENGAN PRESTASI ASET PENDASAR, DAN BUKANNYA PRODUK PELABURAN TULEN SEPERTI UNIT AMANAH.

Prudential Assurance Malaysia Berhad 198301012262 (107655-U)

Level 20, Menara Prudential, Persiaran TRX Barat, 55188 Tun Razak Exchange, Kuala Lumpur, Malaysia.

Tel: 03-2771 0228, 03-2116 0228 E-mel: customer.mys@prudential.com.my Laman web: www.prudential.com.my Prudential Assurance Malaysia Berhad

Ahli PIDM

Prudential Assurance Malaysia Berhad (PAMB) adalah ahli Perbadanan Insurans Deposit Malaysia (PIDM). Sebagai ahli PIDM, sebahagian daripada manfaat yang diinsuranskan di bawah polisi insurans yang ditawarkan oleh PAMB adalah dilindungi daripada kerugian sebahagian atau keseluruhan manfaat insurans oleh PIDM, sekiranya berlaku kegagalan penginsurans. Untuk maklumat lanjut mengenai had perlindungan dan skop perlindungan, sila dapatkan risalah maklumat PIDM dari PAMB atau layari laman web PIDM (www.pidm.gov.my) atau hubungi talian bebas tol PIDM (1-800-88-1266).

09/2021

Nota-nota:

-Premium adalah tidak terjamin dan mungkin berubah pada masa akan datang bergantung kepada pulangan pelaburan sebenar, pembayaran premium, manfaat-manfaat polisi dan caj-caj. Anda boleh merujuk kepada penyata tahunan untuk amaun Tokokan Premium Berkala yang dicadangkan, yang dikemas kini setiap tahun, untuk meningkatkan kemampanan polisi sehingga tempoh yang dilanjutkan (berdasarkan Alternatif 1 di atas), dan boleh mempertimbangkan untuk membuat tokokan premium anda dari semasa ke semasa untuk meningkatkan kemampanan polisi anda. Kami akan memaklumkan anda sekurang-kurangnya 90 hari sebelum Perlanjutan Tempoh Perlindungan jika terdapat sebarang premium tambahan yang diperlukan dalam tempoh yang dilanjutkan.

-Umur yang dinyatakan dalam jadual di atas merujuk kepada umur Hayat Yang Diinsuranskan pada Ulang Tahun Polisi.

-Sila rujuk Lampiran Keterangan Produk untuk maklumat selanjutnya.

Referensi

Dokumen terkait

Imam Sodikun – 104.14.024 Pusat Latihan Sepak Bola PSSI | 23 Pelaku pada Kelompok Kegiatan dan kebutuhan ruang Publik Bangunan Asrama Putra/Putri terdiri dari : Tamu yang

Dari keempat pengencer semen yang digunakan untuk preservasi semen anjing Retriever, ternyata P2 menunjukkan persentase spermatozoa motil dan spermatozoa hidup yang

Manfaat dari penelitian yang penulis lakukan adalah agar dengan dibuatnya video profil ini dapat digunakan sebagai sarana untuk memberikan informasi sekaligus promosi kepada

Sekiranya sijil ini dibatalkan dalam tempoh ini, kami akan memulangkan kepada anda nilai unit (pada tarikh penilaian berikutnya) serta sumbangan yang tidak dilaburkan,

• Pengembangan permukiman dalam dunia yang mengkota • Pembangunan kapasitas serta pengembangan kelembagaan • Sistematika Habitat Agenda menjadi acuan bagi Pemerintah. Indonesia

Dari hasil tersebut dapat disimpulkan bahwa kinerja guru pelaksanaan lesson study yang kedua masuk dalam kategori baik sesuai kriteria yang

Kerajaan Melayu Melaka muncul sebagai sebuah kuasa yang unggul pada abad ke-15.. Jelaskan faktor yang membolehkan Melaka muncul sebagai sebuah kuasa perdagangan

Pada sektor pertanian jagung terdapat ketergantungan dari bibit yang dihasilkan dari pabrik sehingga berdasarkan pengakuan beberapa warga serta kepala desa, hal ini dipandang bahwa